Seminar Blogging Dot Com – telah siap dan akan dilancarkan!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: July 5, 2009 onlineAlhamdulillah.. setelah berhempas pulas selama hampir 2 hari, akhirnya siap juga laman minisite Seminar Blogging Dot Com ini. Rasanya ini adalah antara 2 hari dalam kehidupan aku yang agak extreme kerana terpaksa memerah otak dan keringat demi satu projek yang akan memberikan faedah untuk jangka masa yang lama.
2 hari?
Iya…. maklumlah, aku bukannya seorang coder ataupun orang yang tahu bermain dengan PHP mahupun HTML. Hendak menggunakan Dreamweaver pun menggigil-gigil… apalagi untuk designing. Otak ini semakin kering rasanya, punggung ini sudah kematu jadinya dan mata ini hampir layu dibuatnya.
Tapi syukur pada Tuhan.
Sememangnya WordPress adalah satu dari anugerah terindah bagi seorang blogger. Kalau nak tahu, laman web Seminar Blogging Dot Com ini telah di bangunkan sepenuhnya dari theme-theme wordpress yang sudah agak kuno. Di ambil codenya kemudian diupload semula. Selepas itu, jika rupanya hodoh dan berterabur… maka usaha yang 3-4 kali ganda akan dilakukan sehinggalah sedap mata memandang. Pheeewwww …!
Dan terbukti seorang blogger biasa juga mampu untuk membuat minisite. Bukan itu sahaja, ini juga memungkinkan blogger tersebut untuk menambah portfolionya kepada satu lagi cabang iaitu “minisite developer”. Bukankah ini boleh dijadikan sebagai satu pendapatan tambahan untuk blogger biasa seperti kita?
p/s: tapi hendak juga minta pendapat pembaca setia blog ini… OK ke KO laman ini ye?




cantik jugak…
Tahniah!
Jadi boleh buka bengkel ajar Minisite jugak?
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 10:16 pm
Wahhh… rasanya tak layak lagi kot
Nice bro!!! Ini yg aku tggu selama ni. Dh ada web rasmi class blogging. Baru mantap dia punya pegi. Huhuhu. Ape2 pn congratz!!! X rugi ko pkai masa 2 hari tu. Berbaloi memang berbaloi!!!
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 10:20 pm
Bagai nak pecah ubun-ubun kepala nih… tapi jadik jugak akhirnya… hahahahah
Dah ok tu, cun… mungkin lain kali nak ‘touch-up’ kasi lagi menarik pun bole…
p/s- gambo atas skali tu aku rasa ‘jambu’ ler..
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 10:21 pm
Haaa.. ye ye… nak touch up lagi nih. Aku nak buang gambar kat atas tuh.
Wah! maju setapak lagi. Tahniah bro. Selamat maju jaya.
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 10:32 pm
Yup… setapak demi setapak… tapi langkah tetap diteruskan!
kira okey gak minisite tu…..best baca sale letternya… terasa mcm baca post entri dalam blog bro pulak…..
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 6:55 am
Hahahahah… sebenarnya, inilah kali pertama pengalamaan menulis sales letter. Thanks Hazman.
Tak sabar nak join seminar ni kalo kat KL… Bila Ijad nak buat kat KL?
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 1:53 am
Nak buat pun takde yang boleh tolong organizekan kot… ekekekeke. Insya Allah akan dipertimbangkan.
lawa apa minisite tu..
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 1:55 am
Thanks Eyeman. At least boleh diperbaiki lagi.
sori la bro,jujur aku katakan,website tak berapa menarik,tapi ayat ko buat aku cair beb..kalau ada masa insyaallah nak juga aku join seminar,..bila agaknyer nak buat kat kl ni,permintaan tinggi ni bro..
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 1:56 am
Haaa.. ada juga komen yang membakar semangat. Insya Allah aku akan touch up sedikit demi sedikit.
Permintaan tinggi di KL? Ye ker?
*Ada orang cakap kalau buat kat KL, langsung takde orang datang sebab kat KL tu dah ramai yang buat seminar macam ni.
hazman aka species1980 Reply:
July 6th, 2009 at 9:25 pm
bro…
setakat nie rasanya seminar blogging dengan english medium tak banyak lagi.kalau ade pun ust one to one personal coaching je.masih ramai lagi yang perlukan bantuan untuk blogging dalam bahasa inggeris nie…termasuklah saya….
p/s :kalau kat KL tempat yang best…saya cadangkan kat JOMTRAINING.COM
rohaizad Reply:
July 7th, 2009 at 1:51 am
Ermmm… kan ker kita akan berjumpa di Melaka dalam bulan ni? Don’t worry .. rahsia pasti akan terbongkar!
Tarak la jad..no big deal..
Salute bro!
Apa apa hal upgrade…guwe ada saje kalau ada pape…hahaha
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 2:02 am
Itu dia… OTAi design dah datang!
Kawan-kawan… kalau ada yang nak dari designer, inilah orangnya!
Woahh..congrats Rohaizad! Dah siap ade webpage sendiri, keep ur best ya. Chaiyuk!
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 6:53 am
Thanks Kakeru!
salam bro.. nampak macam menarik.. boleh join ni, kalau ada masa.
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 6:51 am
Boleh… apa salahnya
susunan ayat dah cukup mantap seperti biasa. best.
salesletter yg paham kehendak pengunjung dan bakal ahli seminar tu.
eh, aku ni pandai2 je bagi review kan. haha. takpe lah kan.
pasal design, ade jugak 2-3 perkara yg aku tak berkenan. kena redesign lagi tu bro. kasi cantek.
antaranya:
- elakkan menggunakan TABLE. guna CSS sepenuhnya. kalau nak guna jugak, jgn letak border tu. hee..
- bahagian ‘apa yg diterangkan’ yg kaler hijau tu. kasi kemas cket.
- pastu yg bhgn ‘ops nanti dulu’ tu. ada gambar mcm arrow tu kan. pastu ada border dibhgn gambar arrow tu. kalau boleh, buang border empat segi kat gambar arrow tu.
- kat mana button utk buat tempahan seminar?
- bhgn bonus tu letakkan gambar kalau ada. kasi menarik cket. bonus tu taruk banyak2 lagi menarik minat org ramai. pastu siap dgn gambar.
antara contoh minisite yg kemas n tersusun bagi aku: http://www.seminarebook.com/ yang dijalankan oleh saudara shuth. mesti kenal-kan? hee..
p/s: aku bukan nak mengajar bro. tapi hanya pandangan mata aku yang tak seberapa ni kat minisite seminarblogging.com.
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 6:53 am
Redesign?
Boleh dan memang itu yang akan dilakukan. Maklumlah, tak habis touch up lagi. Mengenai BONUS, memang banyak… tinggal nak masukkan mana yang sesuai jer…
Thanks Baloot, komen yang sangat membina!
Assalamualaikum. Dari segi pandangan seorang graphic designer (pernah berada bidang ini)mesej graphic tersebut sudah dapat difahami oleh audience.
Kemuncak dari kemahiran adalah menulis buku dan memberi ceramah/seminar. Tahniah kerana berjaya melakukannya. Ia bukan sekadar memerlukan ilmu dan kemahiran tetapi keberanian mencuba!. Inilah antara “x factor” yang melahirkan “outstanding result”
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:50 am
Terima kasih Fathuri
Sangat memotivasikan.
Salam Tuan Ijad,
TAHNIAH!!! Dah langkah level baru. Pas nie leh wat service baru lak.. Ekekekekekek…
Apa pun, penyampaian serta design pada saya sudah bagus.
Terpulang pada pendapat dan halwa mata masing2. Kekadang kita susah hendak puaskan semua pihak dengan design yg menarik.
Apa pun, pendapat dan kritikan akan membantu kita maju di masa hadapan.. Keep it up Tuan Ijad!!!
Semoga success selalu.. Salam pertalian persahabatan…
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:52 am
Terima kasih Ijam,
Kamu pun apa kurangnya. Nampak semakin berkembang portfolio yang sedang di bina. Semoga kita bersama-sama menuju ke puncak kejayaan!
ok….minisite cantik….mesej nak disampaikan jelas…ajar aku buat minisite pulak lepas ni….:)
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:59 am
Boleh… apa salahnya.
p/s: Cuma orang tu jer busy. susah sangat Big Bos Giant nak lepaskan dia. Best Employee lah katakan. huhuhuhu
lawa site ni broo…bro ijad memang berbakat besar..:)
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:57 am
Thanks Jamal… kamu tu pun tidak kurang juga bakatnya. Nak-nak bakat dalam bidang “affiliate”.
Congrats ye sebab jadi Master Affiliate dalam penjualan eBook Pengurusan Kewangan
menarikk…
boleh pelbagaikan lagi income bro
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:55 am
Rasanya memang boleh… cuma setakat sambil-sambilan tu bolehlah kot. Takut kerja yang dah tersedia ada ni tak terlayan pula nanti.
wah2…..guna wordpress ek???
wordpress sememangnya macam2 leh buat…segalanya tersedia di internet dan percuma plak tu…
aku tengah explore2 camne nak buat Multiple User plak dengan WordPress…huhu
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 11:54 am
Multiple User?
Apa perbezaannya dengan WP MU ye? Setahu aku, WordPress memang dah ada MU (multiple user) function. Opsss.. maybe ko tengah develop projek baru kot.
Congrats!!
mazuki 2u2c Reply:
July 7th, 2009 at 3:03 pm
macam wordpress.com da…..
orang register with new subdomain
Itu Rohaizad, jika buat betul2, buat sungguh2, fokus yang tepat, hasilnya adalh baik sekali. Dalam dunia internet adalah penuh maya tapi jika ada fokus yang maya akan jadi nyata. OK website nice..
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 4:56 pm
Thanks… biasalah… merangkak dulu baru bertatih.
cayalah bro! tapi bila nak buat bengkel ni kat KL? Aku harap bengkel ni dapat diadakan di KL….huhu
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 4:58 pm
KL?
Kata hari tu bro nak tolong setiupkan di Pahang? Itu yang sedang menunggu nih
zuhairy Reply:
July 9th, 2009 at 3:56 pm
nanti aku cari tempat dulu..Insyaallah, klu ada sambutan, boleh la deal nanti..ok. tapi klu ada yg wat kat KL, aku prefer nak join kat KL la, hehe
Taniah !! 2 hari tu dapat siap dah kira hebat dah !!
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 5:36 pm
Yup, bila berjaya… manis pengalaman itu dan hanya diri sendiri yang boleh menikmatinya.
p/s: kena hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri nih
ok le boleh paham.tapi tak cukup mengiurkan la.kasi warna-warnie skit nampak suci sangat.tp sayang teringin nk join tp masih berblogging pakai blogspot lg.baru nk blaja katakan.huhuhu
rohaizad Reply:
July 7th, 2009 at 1:52 am
Bagus tuh. Belajar dulu sebab lagi kuat BASIC yang kita ada, lagi senang untuk kita tambah info yang kita perlukan.
Bagi saya, kira oklah tue.. Tahniah yer.. Sbb dah berjaya.. Usaha tangga kejayaan.. Yang penting tindakan.. Sesetengah orang ada skill tetapi tiada tindakan
rohaizad Reply:
July 7th, 2009 at 1:54 am
“Sesetengah orang ada skill tetapi tiada tindakan”
p/s: Fuhh… mendalam maknanya tuh. Memang best kalau ada pepatah “sound direct” macam ini. Membuka minda yang sedang lena.
Simple tetapi bertenaga!
Aku rasa buat masa ni ok tu Jad, yang penting adalah promosi. Kalau design gempak gila, tapi sambutan tak menggalakkan, tak guna juga. kalau bagi komen, memang takkan ada ‘perfection’. Setiap mata ada selera masing-masing.
Dan kena faham, ‘This is one man show’… Mantap untuk ‘minisite’ yang pertama.
rohaizad Reply:
July 7th, 2009 at 1:53 am
Hahahahaha… “ONE MAN SHOW”… betul jugak tu. Memang buat seorang diri pun sebenarnya. So title tu amat bertepatan sekali.
p/s: Sebenarnya semua blogger sejati adalah “ONE MAN SHOW” juga!
lawa atau buruk sesuatu benda adalah suatu perkara yang subjektif.Tak sama imaginasi setiap orang.
Apa yang penting ko dah ada web ijad oiii..wakakka..
rohaizad Reply:
July 7th, 2009 at 9:18 am
Hahahahah… tapi aku memang suka dengan hasil kerja design ko Wan. Jeles!
gile smart gambar dlm minisite tu… siap pakai kot lagi… hohoho…
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 12:48 am
Hahahahahah… sesekali apa salahnya. Bila orang kampung cuba berposing. Kelakau.. kelakau….