Mengumpul “harta online” daripada blog – untuk jangka masa panjang.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: July 9, 2009 onlineAcapkali apabila kita berbicara pasal blogging, ramai dari kita selalunya menggunakan FREE platform blog seperti Blogspot, Blogsome, WordPress.com, Friendster blog dan Myspace blog sebagai favorite platform. Sudah menjadi lumrah di dunia, benda percuma memang ada daya tarikan yang kuat.
Tetapi bukan semua benda percuma itu bagus terutamanya untuk jangka masa panjang. Dalam dunia blogging, platform percuma ini selalunya tidak mempunyai nilai yang tinggi untuk diperdebatkan.
Tidak kira berapa lama kita menggunakannya, ianya masih “tidak akan ke mana”. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Pendek kata kalau kita menggunakan platform percuma dalam berblogging, kita sebenarnya telah menghadkan (limit) potensi blog kita sendiri.
Ini adalah perumpamaan yang aku sediakan mengenai 2 jenis blog platform yang semua telah sedia maklum:
a) Platform PERCUMA: Umpamakan ia sebagai “rumah sewa”.
2) Platform berbayar: Umpamakan ia sebagai “rumah sendiri”.
Haaa… rasanya itulah perumpamaan yang paling sempoi untuk dijadikan sebagai pembuka cerita.
Baiklah.
Beberapa hari lepas ada seorang IM terkenal Malaysia telah berchatting dengan aku. Kalau aku sebut namanya, pasti kamu semua tahu. Kami mula bercerita mengenai dunia blogging dan apabila tiba pada satu tahap, aku telah mengajaknya untuk berdiskusi dengan lebih mendalam. Hasilnya, aku dapat lihat arah dan tujuan dia dalam dunia blogging.

Image credit:tenantwiz.com
Pembaca sekalian,
Dalam berblogging ini ramai tidak sedar yang kita sebenarnya sedang membina dan mengumpul harta di alam maya (online) dan terus terang aku katakan bahawa IM ini telah berada di landasan yang betul.
IM ini “nampak” semua blognya itu adalah “harta” nya juga. Mengikut pengalaman aku yang tidak seberapa ini… kalau seseorang blogger itu menganggap blog-blog yang dimilikinya itu sebagai “harta”, maknanya dia akan nampak dengan jelas destinasi bloggingnya.
Jadi apa yang patut dilakukan di peringkat permulaan untuk “mengumpul harta” online daripada blog?
Simple dan ianya memerlukan 2 perkara untuk dilaksanakan:
1. Beli domain yang bagus dan sesuai.
- Kalau personal blog (nama sendiri dot com), beli sahajalah domain nama sendiri (contohnya: www.ahmadalbab.com ke) tapi kalau untuk niche blog, pastikan domain itu cukup power. Dalam hal ini, kita fokuskan pada niche blog.2. Belilah pakej hosting yang sememangnya mampu untuk dibeli. Hosting boleh dimiliki dengan serendah RM30-RM50 untuk setahun. Kalau ada yang cakap tak mampu, mereka itu mungkin PENIPU sebab RM300 untuk duit rokok setiap bulan, ada pula budgetnya.
Haaa.. mudahkan?
Tapi perlu di ingat, domain yang power memang boleh membantu untuk jangka masa panjang. Katakanlah setelah 3-4 tahun kita berblogging dan kita ingin berhenti, at least kita boleh menjual nama domain kita. Yang pasti, industri jual beli domain tidak akan turun nilainya.
Di sini disertakan satu contoh mudah:
Ini ialah salah satu blog gadget yang aku set-up untuk suka-suki. Walaupun ada blog gadget yang lain, tetapi biarlah aku jadikan ini sebagai satu contoh untuk pemahaman yang lebih jelas:
(*perhatian: rohaizad dot com tidak pernah reveal gadget blog Englishnya sebelum ini, tetapi untuk pembaca setia blog ini, maka hari salah satu blog gadgetnya akan ditunjukkan)

- Blog ini baru sahaja berusia setahun lebih.
- Blog ini PR`nya cuma PR1.
- Blog ini jarang di update tetapi still nampak “hidup”.
- Blog ini mempunyai domain yang bagus.
- URL blog ini ialah www.GadgetBlog.info
Aku masih dan tetap akan terus berblogging di blog ini. Hey…. masih ingat lagi di entri yang sudah-sudah bahawa blogging itu cool, relax dan enjoy?
Dan percaya ataupun tidak, untuk domain (GadgetBlog) ini sahaja… sudah ada orang tanya BERAPA HARGANYA. Dan kalau aku teruskan berblogging dengan domain ini untuk beberapa tahun lagi… insya Allah…. domain ini boleh dijual. Setakat USD3K (RM10,000) memang boleh pergi.
RM10,000?
Yup.
Yang seronoknya pada waktu aku membelinya di Godaddy tahun lepas, hanya extension .info sahaja yang tinggal. So ini adalah domain “gadget blog” yang terakhir di muka bumi ini kerana “extension standard” yang lain (.com, .net , .org, .mobi , .biz, .us) semua telah di ambil. Tapi kita kenalah tahu di mana “end user”nya (walaupun domain ini dot info, tapi ianya adalah keyword domain).
Opsss.. masih ada 2 lagi domain gadget dalam simpanan yang boleh dikomersialkan iaitu www.viaGadget.com dan www.GadgetWeblog.com. Perjalanan masih lagi jauh. Perjuangan masih belum selesai….
Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi perkara lain yang membuatkan blog dot com kita bernilai. Apabila blog kita bernilai, lebih banyak lagi “lubang bisnes” yang akan dijumpai. Malah, blog flipping juga semakin dahsyat dan ia telahpun menjadi salah satu dari perniagaan yang kencang pendapatannya.
Dan yang lebih menarik lagi pada waktu kita sedang sibuk berkira-kira untuk menambah blog telah sedia ada… kita tidak perasan yang “harta online” kita ini telahpun semakin bertambah. Dari 1 blog jadi 3 blog. Dari 3 blog ke 6 blog. Dari 6 blog ke 10 blog. Dan semakin berkembang empayarnya!
Pada waktu itulah nanti adsense kita masyuk (belajarlah tekniknya), SEO untuk blog pula dah menjadi semakin “pekat” dan penjualan “text-link” pun semakin melimpah ruah!!!
Haaa… sekarang cuba bandingkan apa yang telah kita kongsikan tadi dengan blog yang didirikan di atas platform blogpost tadi (bertahun-tahun dok gitu jugak). Nampakkan perbezaanya?
Jika kita inginkan sesuatu yang lebih berharga, maka pelaburan harus dibuat. Apa yang kita buat ini bukan untuk sehari dua, tetapi untuk tahun-tahun yang akan datang.
Kalau seseorang individu itu jenis 1 month oriented orangnya, maka blogging ini TERUS TERANG bukan bidang yang sesuai untuknya. Pergilah buat aktiviti lain selain dari berblogging.
Sebagai kesimpulan bagi tajuk mengumpul harta online daripada blog – untuk jangka masa panjang, ada 2 soalan yang kita boleh tanyakan kepada diri sendiri:
1. Adakah kita masih terus ingin duduk di “rumah sewa”?
2. Atau adakah kita ingin duduk di “rumah sendiri”?
p/s: Untuk semua peserta Seminar Buat Duit Dari Blog di Hotel Straits Meridian Melaka, banyak lagi rahsia blogging yang akan dikongsikan. Kita berjumpa semua di sana ya !!!



Terasa gak aku..
cuma nak maintain blog-blog tu yg leceh.. terutama si wordpress ni selalu update..
aku kadang2 tak terkejor nak kejor dia..
Takpe nanti kat bengkel belajo lagi
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 12:39 pm
Zool, mengapa perlu di risaukan mengenai WordPress tu?
Aku sampai skang still pakai WordPress 2.3. Tak payah upgrade pun takper. Buang masa je.
zool Reply:
July 9th, 2009 at 8:26 pm
ooo ko tak upgrade ek??
tu le salah satu sebab aku malas nak ber’domain’ sendiri.. takpe lepas ni aku nak cari domain lain.. tambahkan harta domain..
lagipun baru lepas re’new’ domain ..
yazidyahaya Reply:
July 10th, 2009 at 5:38 pm
iya..betul tu rohaizad..tak payah upgrade pun..kita bukan nak power pasal dalam dalam blog tetapi kita nak power dalam membuat duit dengan blog..jadi dalaman blog aku semua yang season punya..tapi still gak boleh buat duit..hehehehe
hazman aka species1980 Reply:
July 9th, 2009 at 6:06 pm
bro zool….
aritu saya ada email pasal hotel murah kat area melaka central…sekadar tempat bermalam sebelum pergi seminar ahad nie….
any suggestion…?
zool Reply:
July 10th, 2009 at 11:30 am
Er.. sori tak perasan emel …
hotel murah.. rasanya yang dekat melaka sentral tu.. strait meridian tu … lain2 yg dekat situ.. jap..
1) hotel kancil.. dekat je ngan meridian ni..
9833 JLN BUKIT BARU 75150 BUKIT BARU
Malaysia 75150
Contact : 062843848
sori izad.. kat sini plak jadi cam tpt promo hotel..huhuhuhu
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:11 pm
Thanks Zool.
Akan aku emailkan pada semua peserta seminar.
mmg ade benarnye kate en ijad nie..insyaAllah..akan ku kuatkan tekad..jalan mesti dirintis kearah kejayaan yg lebih gemilang..yeahhh…
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 1:02 pm
Kalau dah buat blog di blogspot, jangan di delete blog tu. Teruskan sahaja. Cuma tambahkan saja blog baru yang berdomain dot com sendiri.
wah.. betul la apa yg aku tengah buat sekarang ni.. membangunkan rumah2 sendiri =)
harap2 berjayalah apa yang diusahakan ni. IsnyaAllah. Amin.
Haha.. makin bersemangat bila baca artikel ni. Thanks!
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 1:18 pm
Sama-samalah kita ya
Lamanya tak ke blog ini. Aku suka baca blog ko rohaizad. Yang aku pelik, panjang mana pun ko tulis aku mesti baca sampai khatam. Tak jemu langsung.
p/s: apa ilmu ko pakai sampai boleh menulis panjang tapi tak membosankan? kongsilah sket…heh heh
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 10:53 pm
Tak pakai apa-apa ilmu pun. Cuma menulis dari KEPALA, TURUN KE HATI dan AKHIRNYA DIREALISASIKAN OLEH JARI.
hoho..setuju.
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 10:54 pm
Thanks titan.
aku pun tak jemu…hee.
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 10:59 pm
Komen sebegini sebenarnya membuatkan aku lebih bersemangat hendak menulis dengan lebih bagus lagi. Terima kasih
Kak Jie dah beli ‘rumah ‘ baru kujie2.net , add on domain dgn hosting yg ada skrg
nak buat apa ye..rumah baru ni?
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 11:01 pm
Kak Jie, nampaknya domain tu sesuai untuk dijadikan sebagai Personal Niche (personal blog). Mungkin Kak Jie boleh compilekan semua perkhidmatan Kak Jie… (perubatan).
Mungkin Kak Jie boleh khaskan blog baru ni sebagai tempat untuk semua network business Kak Jie sahaja.
domain? ade la jugak beli domain sikit2.
kadang2 spontan je idea tu dtg, nasib2 takde org register lagi.
kadang2 sekarang kita tak nampak lagi value domain tu, tunggu la beberapa tahun lagi..
hosting? still pakai yang rohaizad offer aritu. terima kasih buat rohaizad.
ps.: ade berite terbaru tak pasal cencero?
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 11:02 pm
Cencero?
Takde… tapi jangan lupa back up!
tapi blog percuma tu boleh transfer ke doamin sendiri bila tiba masanya
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 11:03 pm
Yup, itu betul. Tapi ada certain free blog provider tak boleh import database.
sabar menanti ari ahad nie…..SEMANGAT TUNTUT ILMU…ngan bro rohaizad….
p/s : dah beli tiket bas ke melaka untuk sabtu nie…
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 11:04 pm
Berjumpa kita di Melaka nanti yea…!
wah, reveal blog English nampak…
p/s: inilah hartaweb… hoho!
rohaizad Reply:
July 9th, 2009 at 11:05 pm
Yea.. yea… jangan lupa email aku perkembangan masing-masing yea…
Jangan diam jer… aku cekik kang.
satu kisah yang cukup panjang dengan perumpamaan yang jelas sekali…yang pansti aku nak banglo sendiri…dan bagi sewa
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 12:09 am
Wahhh… banglo?
Sungguh memotivasikan sekali!!
Cayalah!!
p/s: tapi kena di praktikkan apa yang diperlukan
sebab tu aku stidak pernah mengunakan blogspot..tapi kalau nak belajar dulu ape salahnya..
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:13 pm
Betul tu. Belajar untuk permulaan tak mengapa.
rumah sewa vs rumah sendiri…
tapi jangan lupa bab lanskap, perabot dsb..
entry yang power serta mantop..mmg amat membantu…
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:17 pm
Itu sudah pasti
beli domain byk2 dulu…
update ke tak update belakang kira….
hoho!
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:19 pm
Fuhhh…. macam nak jadi domainer jer… ni mesti ada projek baru nih…
fokusss….fokusss…..fokusss…..ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ….bangun woi…update blog…
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:18 pm
Hahahahaha…. tergelak sorang-sorang aku bila baca komen nih!
aku sj cek td..tgk berapa nilai harta ko nie Rohaizad.com…jawapannya usd23,710..
kalu ler betul calculator dia maknanya mahal sungguh nilai blog kamu…lebih kurang RM6k kalu dijual…hee.
korang yg lain kalu nak tahu berapa nilai harga blog korang leh ker link ini: http://www.business-opportunities.biz/projects/how-much-is-your-blog-worth/
tp rsnya yg pakai blogspot tak leh cek kot.
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:17 pm
Hahahahaha… lama betul tak main dengan tools ni. Last time check blog menggunakan tool ini tahun 2005 kot.
Yang dekat Seri Malay sia tu tak jadi ek?
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:20 pm
Tukar hotel je…egegegege
ijad, ada lagi tak seat utk seminar di melaka tu?
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:16 pm
Ada.
Nak join?
Call 013-788 4548.
blog aku sukar updated kerana tugasan, bila nak jadi cam kau yer!
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:15 pm
Kalau ada kerja lain, tinggalkan blog dulu. Kalau setakat blog untk hobi.. kita kena uruskan yang wajib, barulah blogging.
Cam care je hotel kat atas tu bro…kih kih kih…”Melaka….Aku cabar kau!!!Takkan Melayu Hilang Di Dunia Blogging” kate Ijad kepada warga Melaka esok…kih kih kih
rohaizad Reply:
July 10th, 2009 at 11:14 pm
nampak dalam gambar memang lawa kot. Kena pergi tengok sendiri baru tau.
melaka oh kampungku…hehe
thankz for info berguna nie..
nmpk nye sudah tiba masenye daftar 1st domain
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:03 pm
Mulakan langkah pertama
fuh..artikal yang sangat berguna untuk dijadikan pedoman..ngah berkira2 nk tukar hosting provider nih..en. rohaizad nak rekemenkn? hehe
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:04 pm
Nak hosting tempatan ke ataupun hosting US?
..aku suka betul perumpamaan yg bro ijad bagi sama ada nak terus dok rumah sewa atau rumah sendiri??? Aku insya’Allah dlm hujung tahun ni dah boleh dok rumah sendiri (ni memang rumah bukan pasal blog) hehehehe. Apa yg nak aku katakan lain ‘kepuasannya & keselesaannya’ bila dah ada rumah sendiri. Sekarang aku nampak lebih jelas..memang benar spt yg diperkatakan bro..kalau betul jalannya berblog ni adalah ‘aset online’ yang sangat bernilai & tak akan turun harga sama mcm industri hartanah!
aku beli domain ni http://www.ahmadalbab.com sebab tak sangka belum ada yang beli, walaupun beribu orang dah baca Blog Ijad pasal domain ni ( rumah sewa vs rumah sendiri )….rezeki la tu…la ni parking free kat Blogspot dulu…kalu ada yang nak tekel ..aku mesti up punya daa…beberapa hari saja dah ada 23,400 pages for ahmadalbab.com kat Google, Yahoo pulak 564 pages saja….tak macam website aku kat http://www.yusrizakaria.com…few months baru ada 1550 pages kat Google.
[...] untuk online setiap hari juga berbeza. Jadi janganlah putus asa kerana niche blog network adalah hartanah online [...]
Diulas pada February 2nd, 2010 at 3:40 pmwaw…
memang betul la domain ni leh wat asset..
tapi pening juga kepala nak pikir nama domain
best-best ni kan…ada tips tak?
rohaizad Reply:
March 15th, 2010 at 5:39 pm
Kalau nak bercerita pasal skill domaining ni, alahai…. 7 hari 7 malam pun tak habis…. serious
p/s: 1 tahun aku menuntut ilmu domaining nih … huhuhu