Ingin beriklan? Sila klik di sini


Untuk penyokong Manchester United – hari ini dalam sejarah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: July 18, 2009 online

mu-logo.gifmalaysia-football-team-logo.gif






Manchester United 3 – Malaysia 2!!
Apa kes?




Aku adalah penyokong pasukan bola sepak negara sendiri dan juga pasukan Liverpool. Tapi apa yang aku ingin katakan malam ni ialah pandangan dari seorang peminat bolasepak secara peribadi general.



1. Aku memang penyokong setia Liverpool sejak dari Tingkatan 2. Lama dowh…

2. Dalam arena bolasepak, Manchester United adalah salah satu pasukan yang paling aku benci (ini adalah ayat berbentuk provoke). * Nuaeman, kalau satu hari nanti aku bertumbuk dengan ko, itu pasti disebabkan oleh hal bola sepak… bukan disebabkan hal blogging. hahahaha

3. Keputusan hari ni memang memalukan untuk pasukan Manchester United. Ramai yang kata Malaysia akan kena “titik” dengan MU sehingga 5-0 sebab “budak” Alex Ferguson`lah katakan. Tapi kenyataannya “hampeh”! (ayat provoke lagi!)

4. Ramai yang kata cuaca panas laaa…. itulah… inilah…. MU tak biasa, mereka penat. Haloo…there is no excuse okay!

5. Sebagai peminat Liverpool, aku dan Steven Gerrard akan duduk minum kopi sambil ketawa berdekah-dekah melihat ulang tayang game yang dimainkan oleh budak Alex Ferguson.

6. Ada sesiapa peminat Manchester United di sini yang boleh describekan perasaan mereka ketika gol mereka bolos 2 kali??!! Kalau ada sila nyatakan di dalam kotak komen di bawah.

7. Ada sesiapa yang boleh tahu apakah yang terdetik di dalam hati Tony Fernandez ketika ini? Kalau ada sila nyatakan di dalam kotak komen di bawah.

8. Siapa yang ada keupayaan psikik, boleh kamu berkongsi apa yang difikirkan oleh jurulatih bolasepak negara? Kalau ada sila nyatakan di dalam kotak komen di bawah.

9. Atas dasar dan semangat kesukanan, aku cukup berbangga sebab at least… segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada team Malaysia boleh dipinggirkan.

10. Baiklah, lupakan sebentar mengenai Liverpool dan Manchester United. Sekarang mari kita berbicara tentang cara-cara dan idea spontan yang boleh diberikan kepada jurulatih bolasepak negara serta motivasi yang seharusnya dikirimkan kepada mereka.

** Mungkin aku akan hantarkan email pada team bolasepak Malaysia apa yang kamu cadangkan itu. Kenapa… tak percaya?

Intermission:

Kalau katakanlah goal terakhir tadi (20 minit terakhir still fight!) tidak masuk, mesti kita dah seri. Itu okay lagi. Tapi kalau katakanlah Malaysia mengatasi MU dengan 2-1, apakah perasaan kita sebagai rakyat Malaysia??

return-game.jpg

Dan jersi apakah yang akan kita sarungkan untuk 2nd match pada hari Isnin ini nanti? Credit untuk Zamz On The Blog

malaysia-fans.gif
Gambar penyokong Malaysia ni aku amik kat mana entah. Kalau owner dia terbaca, ingin sekali aku kreditkan kepadanya

** Tidak kiralah apa yang kita lakukan, kejayaan besar selalunya datang dan diulang selikan dengan kejayaan-kejayaan kecil terlebih dahulu (seperti juga blogging). Komen please…


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 65 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Shaffik said:

    hahahahahha…aku dah jangkakan Man.U tak menang besar. Petang sorang member aku mms gambar die di stadium bukit jalil. Konon boleh makan Malaysia. Jgn harap. Tapi player Malaysia lebih yakin dan semangat. Kalah pun bermaruah. Laaa siap nak repeat tu. hahahahahahahahahaha…pecah perut…

    Nuaeman..apa komen anda?

    rohaizad Reply:

    Anak jantan TAKKAN TAKUT di cabar. Aku sokong repeat match ni. Kalau kalahpun, biarlah bermaruah.

    Kalah dalam berjuang tidak dinamakan pengecut. Betul tak geng semua?

  2. alone said:

    memang xdinafikan MU memang team yang kuat tapi aku rasa team Malaysia memang boleh respeklah sebab boleh boloskan gol MU dua kali!

    pendapat aku.. team Malaysia ada improvement. cayalah!

    rohaizad Reply:

    Kalau ada api semangat juang, main 3 jam pun takkan terasa. Percayalah cakap aku.

    p/s: dulu masa kadet, aku pernah kena lari berkilometer. tapi oleh kerana kalau seorang berhenti semua akan di denda… maka rasa penat itu hilang atas dasar “team work”. bengang jer sarjan tuh.

    mazuki selangor2u Reply:

    tp skrg walaupon msh kadet….cam pnt he nk brlarii.kn kemblikn stmina nih

    rohaizad Reply:

    Ko buatkan aku nak create satu projek laa… macam boleh pergi je idea nih.

  3. KNizam said:

    haha nyaris2 nak seri tadi
    apa2 pun harapnyer stadium tukar kaler kuning la isnin neh kan

    rohaizad Reply:

    Cayalah Nizam!!! Aku harap pun begitu jugak!!

    p/s: kadang-kadang warna kuning ni kalau tenung lama-lama, boleh “panas” juga.

  4. azhar said:

    lawan lagi sekali…

    aduh..

    sapa dapat duit tiket tu??

    habis duit rakyat org putih bawak lari..huhuhu

    sekali lawan cukup laa..

    kalau nak 2 kali..takyah tiket aaa..atau pun guna tiket utk perlawanan pertama..

    rohaizad Reply:

    Azhar… sedih juga bila kamu bangkitkan isu duit rakyat ni. Ini bukan PAKSAAN, ini adalah hobi dan minat. Tiada siapa paksa siapa.

    Apabila kita suka sesuatu sukan, maka kita tidak akan benci apa yang kita korbankan, lebih lebih lagi dalam menyokong pasukan negara sendiri.

    Ini nak bantai FREE jer sepanjang hidup, mana boleh.

    p/s: masih ramai lagi yang berfikiran macam nih… sedih!

    mazuki selangor2u Reply:

    aku stuju….malay style seme free….
    iklanfree
    promotefree
    ebookfree
    webhostingfree
    domainfree

    tiket pon nak free???

    rohaizad Reply:

    Yup… inilah yang berlaku.

    p/s: kalau macam nih, sampai bila pun kita tak support team sendiri. tapi kalau kalah, bagai nak rak diaorang hentam.

  5. menj said:

    Aku tabik spring kepada pasukan bolasepak Malaysia. Harap-harap ada lagi nampak peningkatan dan kita boleh dapat Piala Suzuki AFF dulu, barulah kita fikirkan apa langkah seterusnya.

    rohaizad Reply:

    Yup… kadang-kadang api semarak nasionalism dari aspek sukan ini boleh timbul pada saat yang tidak disangka.

    p/s: aku teringat dulu masa sukan komanwel… perrghhh… meremang bulu roma aku bila tengok orang kita beraksi di peringkat dunia…

  6. Kill-Vearn said:

    hoho.. erm aku rasa mcm MU tak main secara serius td… sbb tu menang kecil aje… erm bukan tak sokong negara sendiri, but tgk MU main pon bukan mcm kat tv sebelum ni… tahla..ape2 pon tahniah pada malaysia..

    rohaizad Reply:

    Betul tu Kill Vearn. Tapi mungkin itu boleh membantu confident level pada second match nanti. Macam yang aku kata, kalah dalam permainan itu adat tapi jangan takut untuk bertanding.

  7. aku rasa sebelum ni chelsea ke man u ke brazil ke takde yang men secara serius bila lawan ngn Malaysia tapi sebelum2 ini senang2 je diorang titik malaysia…

    tuk kali ni diorang men xserius tapi bolos 2….

    ada beza?? pikir2 kan

    semoga malaysia tidak gentar tuk lawan lagi nanti…

    chaiyok2

    rohaizad Reply:

    Haaa.. itulah pasal. Kalau player main tak serious aku boleh terima, tapi sehandal mana pun pasukan tu, dia mesti takkan biarkan jaring mereka di bolos.

    Kan? kan? kan? kan?

    mazuki selangor2u Reply:

    mcm chlsea sblm ni diorg men2 gak…hentam malaysia 2-0….

    xksi can gol punye…

    tp 1st gol amri yahya cun…lemas vdesar

    rohaizad Reply:

    Itu loop memang buat Vdesar tak tidur malam daaaaa….

  8. Biler ade second game nie….diharapkan player MALAYSIA akan bersemangat juang yang tinggi dan berfikiran positif nanti…

    pastinya dengan tak sampai sehari je rehat diorang dapat berikan persembahan yang lebih baik…

    rohaizad Reply:

    Yup, kalau ada menang itu lain citer, tapi biar MU berpeluh giler.

  9. kasimo said:

    lawan balik lagi best…

    aku beli tiket banyak2 pastu jual kat lelong..

    kaya pacik :)

    p/s dah tak minat tengok bola heheh

    rohaizad Reply:

    Kasimo ni betul-betul otak bisnes… ekekekeke :)

  10. mana wei nuaeman..aku nak tgk dia komen…tp nanti rematch..aku rasa malaysia teruk sket kena nanti…hehe…confirm MU tak main2 dah….

    rohaizad Reply:

    Itulah… sonyap jer… mesti Nuaeman malu dengan RajaGopal.

    mazuki selangor2u Reply:

    nueaman tengah menunngu game kedua….sib dia tengah yakin kot man u bakal belasah cukup2 malaysia…

    jgn man u kalah plak…sebab blog ko akan hilang seorang pengomen…hahahaha

    rohaizad Reply:

    Kalah takper… asalkan tidak menyerah kalah.

  11. Richie said:

    weyyy.. liverfool tak menang byk cup pun last season.. haha .. banyak bunyi daa.. play smart not hard.

    rohaizad Reply:

    Takper… tapi yang penting MU pernah di belasah oleh Liverpool…

    p/s: LIverpool saje je kasi can. Sebab MU dah goyang, maka Liverpool tolak si Owen tu untuk membantu. hahahahaha

    MrDisc Reply:

    huhu…kita tgk thn nie MAN UTD banyak cup lagi tak..jgn menang carling cup jek sudah…:P

  12. affuan said:

    Aku bukan peminat bola tapi entah kenapa dari dulu lagi aku nyampah ngan MU. Kenapa ha?

    rohaizad Reply:

    Hahahahahah… aku suka giler dengan ayat Safuan nih! Sound direct siot! :)

    mazuki selangor2u Reply:

    ni kes sama ngn mmbe aku nih…setiap game man u lawan dia tengok….sebab nak ngutuk…

    kelab dia sokong xde…kelab dia anti MAN U
    Kemenangan bagi dia jika dapat tengok kekalahan MAn U…teruk betul perangai

    rohaizad Reply:

    Hhahahahah… biasalah… peminat bola.

  13. aloqmalai said:

    aku rasa la ka..MU tu tak main full comitment tu..xkan la dia nak bagi bolos camtu ja..sah2 tau yg dia saja dah plan dah..aku rasa r
    **aku cadangkan erickson beli sorg lg striker..AMRI YAHYAH…hahaha

    rohaizad Reply:

    Kita tengok match malam ni.

  14. bedot said:

    hahahahhaha…
    aku salah satu A.M.U.F.C (Anti M.U Fan Club)

    rohaizad Reply:

    Hahahahahah… kita sekampung.

  15. nuaeman said:

    Aku seorang die hard fan Man Utd walaubagaimanapun aku tetap nak tengok pasukan negara beri tentangan yang hebat buat anak buah Alex ferguson.

    Tentang perlawanan semalam aku akui dan berpijak dibumi nyata yang Man Utd tidak beraksi dengan baik. Bahagian tengah nampak sangat kurang berfungsi dengan baik. Mungkin Man Utd perlu beli seorang lagi playmaker yang kreatif. Perlawanan semalam sebagai ujian kepada nani utk mengisi kekosongan yang ditingalkan Ronaldo tetapi nyata permainannya belum cukup matang.

    Tentang anak buah K.Rajagopal yang rata-ratanya masih muda dan kurang pengalaman, syabas diucapkan walaubagaimanapun masih byk yang perlu diperbaiki. Pemain nampak sedikit gugup pada awal permainan dan kemudian mula melihatkan sedikit rentak tetapi lebih kepada membuat counter attack. Adakala bagaikan begitu gelojoh untuk buat percubaan yang kerapkali meleret perginya. Gol bijak dari Amri sedikit sebanyak beri keyakinan kepada mereka untuk beri tentangan pada separuh masa kedua.

    Aku tak suka puji melambung kepada pasukan Malaysia kerana dari pengalaman aku mereka-mereka nih selalunya hanyut dengan pujian. Nampak seperti ada sinar buat pasukan kebangsaan tetapi biarlah kalau boleh ia terus berkilauan.

    Sekian ulasan ringkas dari aku sebagai salah seorang member of OneUnited. :) (Provoke.. provoke tiada masalah.. sebab aku pun rajin provoke..)

    P/S: lepas Man Utd menang semalam Com aku pun mati dan tak boleh dihidupkan maka ari nih sibuk cari com baru. Aku dengan Hp Compaq sekarang.. heh!

    MrDisc Reply:

    huhu..mungkin belum guna valencia & obertan 2 player baru beli tue yaa…:)

    rohaizad Reply:

    Itu senjata terakhir kot.

    rohaizad Reply:

    Hoooooo… baru angkat laptop baru tuhhh!!!!

  16. nuaeman said:

    Er.. ko sengaja ke letak logo Persatuan Kena Sepak Malaysia tuh Jad. Dah laa harimaunya pun berbalut kaki..

    boy_bersahaje Reply:

    Hahaha banyak2 kenyataan nuaeman, aku x leh tahan dengan harimau yg berbalut kaki kirinye. hahahaha muke rimau tu pn nampak layu je.cayalah bro, memang teliti nye orang :P

  17. BAGAk said:

    aku rasa ramai yang anti MU, walaupun ramai penyokong MU di Malaysia ini

    sebenarpun aku tak berminat juga kat MU ni sebab aku penyokong Liverpool

    Disamping bersukan kedatangan MU ke Malaysia ini, jangan lupa nak buat duit secara tak langsung.

    Ikut teori aku….saja2 penyokong MU letupkan JW Marriot di Jakarta supaya boleh adakan perlawanan ke 2 (ulangan). Bertambah lagi untung daripada jualan tiket yang mahal tu…hahahahahha

    rohaizad Reply:

    Hahahahah…

    Bagak, giler dahsyat punya konspirasi… cayalah!

  18. Berita terkini….

    Kalau tak silap aku…3k seat khas untuk para pembeli tiket game kat INDON diperuntukkan untuk tengok second game kat BUKIT JALIL nanti.tapi dgn syarat diorg kena datang MALAYSIA untuk tukar tiket tu yang diorang dah beli tu….

    Secara tak langsung boleh gak bawak pelancong ke negara kita….sememangnya setiap masalah yang berlaku pasti ada peluang untuk sesetengah pihak…

    rohaizad Reply:

    Yup, dan ini adalah SALAH SATU SEJARAH besar dalam dunia bolasepak antarabangsa.

    p/s: ajak repeat lagi tuhh!!!

  19. pcuserz said:

    hahahah
    tu dia nuaeman da kuar da.
    sekali kuar panjang giler dia komen.
    apa2 pon respek giler kat team malaysia!
    jgn tenggelam dek pujian2 ni nnt bile rematch hampeh.

    rohaizad Reply:

    Itulah … jgn pujian in di ambil sebagai “comfort zone” mereka … sudahler.

  20. titan said:

    hehe..harimau berbalut kaki. haha..

    kalau menang 2nd set ni, memang balik kene sunat diorang nih..

    rohaizad Reply:

    Sebab selama ini harimau tercedera.. tak pernah memang. So harapkanmalam ni nanti boleh dibuka kembali balutan itu.

  21. MrDisc said:

    Skuad Terkini Rajagopal kena pertajamkan finishing..dari game pada ptg tue yg kwn tgk live kat bukit jalil, kalo tak 2-3 gerakan dari tengah dari amri yahyah bleh gak hasilkan gol..

    Kalo harap tunggu laki RITA tue jekk susah aa…kalo aritue K Rajagopal panggil safee sali mungkin dapat membantu ada finishing bagus…

    Tapi skuad yang dibentuk nie nak fokus sea games so kena gak aa pakai laki RITA nie..:P

    p.s – Korang rasa 2nd match nie harimau malaya mengaum lagi tak?ehe

    rohaizad Reply:

    Aku rasa harimau malaya tetap akan mengaum. Menang memang dia akan mengaum, tapi kalah pun dia akan mengaum sebab nak menjawab ada press.

    p/s: apa pun, finishing adalah satu timing yang paling perlu di perbaiki.

  22. ariey said:

    aku pun x sokong Mu ni bkn sbb dorang main tak bagus tp sebab gelaran dorang tu the red devils(setan merah).xkn aku nak prg sokong setan plak.Pakaila kambing merah ke,kucing merah ke okla sikit haha.Aku juga suka corak mainan pasukan liverpool tp terang-terang sangat dorag promosi arak carlsyberg dkt baju sedangkan arak tu haram jd aku ambil jalan x sokong sape2 supaya aku x kena jwb nanti.

    Die hard fan Mu dan liverpool jgn marah ye ni hanya sekadar pendapat aku je kalu nk sokong.Sokonglah itu hak masing2.

    rohaizad Reply:

    Marah peminat bola ni selalunya tak lama…. kalau kalah, esok lusa dah sejuk balik sebab match lain akan menanti.

  23. Aku pun benci dengan MU, aku penyokong Arsenal FC…

    Tapi aku rasa lah, mgkn player MU main sambil lewa kot…

    2nd Game ni rasanya mungkin kena belasah la kot dalam 3-0, bukan x patriotik…tapi Team Bola Sepak Malaysia selalu mcm ni, bila main bagus, kena puji, ada harapanlah, tetiba je kalah mengejut dan main dengan teruk sekali… sokmo gitu :(

    rohaizad Reply:

    Kalau dilambung dek pujian, memang team Malaysia akan tersungkur. Aku rasa ada bagusnya team Malaysia di kuarantin dari membaca apa-apa news mengenai perlawanan mereka sejak 1st game hari tu.

    p/s: barulah boleh fokus!

  24. kirin said:

    Man U forever :)
    la la la ..

    Yang penting MU tetap maintain. :)
    he he

  25. Zulazis said:

    Permain bola Pro. lahir dari Malaysia akan bermain di Kelab M.U. NANTIKAN….

  26. pcuserz said:

    updates:
    Man U 2 – Malaysia 0

  27. yana yana said:

    selalu kosong je kalau men dgn pasukan luaq.. hahaha tahniahla pasukan kita nih… tapi ada korang rasa2 dak yang MU senjaga main2 biasa sebab nak bagi ruang kat malysia, kan??? kan???? kan???????? ni mesti aku kena hentam kalau ckp mcm ni :P

  28. ben said:

    Liverpool lagi teruk.. siap seri lagi dengan thailand.. hehe
    jangan marah bro!!!

  29. Hirman said:

    Pasukan Malaysia kena bg yang sepaktakraw main..
    xperlu 11 0rang just 3 org dah cukup.hahahahah.

    stategi

    goal keeper—-penyerang—-goal—-(yg sorang lagi untuk celebrate.