Seminar + Bengkel Buat Duit Dengan Blog di KL !!!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: July 20, 2009 online
Setelah mendapat feedback yang baik ketika berseminar di Melaka, rasanya sudah tiba masanya aku naik ke KL kerana ramai yang mengatakan lebih mudah jika di buat di sana.
Dan setelah memikirkan waktu yang sesuai, 16hb Ogos 2009 merupakan satu pilihan yang tepat kerana tidak banyak seminar yang dilangsungkan pada hari tersebut.
Sebelum aku teruskan dengan seminar ini, ada baiknya aku kalau terangkan sekali lagi mengenai realiti dari aktiviti blogging. Bukan apa, sekadar ingin memastikan sama ada seminar ini sesuai untuk kamu ataupun tidak.
1. Betul ke blogging boleh menjana wang tambahan?
- Aku sudah berblogging sejak dari tahun 2004-2005. Kalau ada yang mengatakan blogging tidak boleh memberikan pendapatan tambahan, rasanya wajarkah aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi fulltime blogger?
- Aku menjana pendapatan serendah USD1.00 di peringkat permulaan. Kemudian naik sedikit menjadi USD10.00. Seterusnya, aku nampak peluang yang besar untuk dapatkan USD100.00. Begitulah sehingga ke hari ini. Sekarang aku sudah berada di tahap USD1000 – dan USDXXXX dalam menjana pendapatan dari blog-blog yang aku miliki.
2. Siapa yang layak datang ke seminar ini?
- Mereka yang sudah letih dan hampir fed up dalam mencuba segala macam cara untuk menjana pendapatan secara online.
- Mereka yang dah buntu kerana selalu mengeluarkan duit membeli ebook tetapi tidak ke mana akhirnya.
- Mereka yang tidak berfikiran atas dasar sistem PONZI ataupun Pak Man Telo.
- Mereka yang selama ini berblogging tetapi tidak tahu arah sebenar. Izinkan aku untuk menunjukkan jalannya.
- Selalunya setelah kamu berjaya mendapat USD10.00 yang pertama, maka kamu sendiri akan nampak cara dan jalan untuk menjana USD100 yang seterusnya.
USD10.00?
Iya benar… aku berpijak di bumi yang nyata. Kalau setakat aku taburkan janji-janji HYPE seperti “RM100,000 RIBU DALAM MASA SEHARI” atau “DUDUK GOYANG KAKI PUN BOLEH DAPAT RM25000!!!” dan menyuruh kamu untuk membeli ebook sebegitu, baik tak payah.
HAKIKATNYA KALAU SATU SEN pun tak boleh dijana at the end of the day, bukankah ianya mengecewakan? Daripada aku menjadi bahan cemuhan dan sumpah serapah mereka yang dah keluar duit (bukan mudah nak cari duit woo….) , rasanya lebih baik kalau aku dapat tunjukkan jalan bagaimana dari USD10.00 boleh menjadi USD1000. FACT AND FIGURE.
Tapi kalau ada yang tidak sanggup dengan cara bagaimana seorang blogger menjana pendapatan, ini bukanlah seminar yang sesuai untuknya.
3. Dibawah adalah butir-butir mengenai seminar yang akan dijalankan:
Tajuk: Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog
Tempat: Hotel Citrus KL.
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang. Makan pagi, lunch dan minum petang disediakan.
Tarikh: 16 Ogos 2009
Kelengkapan: Datang lenggang pun boleh. Kelengkapan lain dan alat tulis akan saya sediakan.
Dewan seminar: Aku akan menggunakan LCD projektor. Jadi tidak perlulah kamu membawa laptop yang berat itu. Yang penting adalah PEMAHAMAN kamu dalam seminar tu.
4. Jika berminat, silalah membuat TEMPAHAN terlebih dahulu kerana 10 orang pertama akan mendapat harga istimewa!!
10 orang pertama: RM300 !!
20 orang kedua: RM350 !!
10 orang ketiga: akan dinaikkan lagi.
Bayaran boleh dibuat setelah minimum penyertaan peserta tercapai pada 1hb Ogos 2009.
* Seminar ini akan dilangsungkan seperti biasa tetapi jika penyertaan tidak mendapat sambutan, maka ia akan dibatalkan.
* Jika ada yang ingin membawa laptop sendiri pun boleh kerana bilik seminar telah dilengkapi dengan WI-FI.
* Untuk rujukan tambahan, kamu bolehlah dapatkan laporan seminar di Melaka di sini.
Kita berjumpa di Kuala Lumpur nanti ya !!!








Wow….
Akhirnya seminar blogging nie dah ditawarkan untuk lokasi KL…kengkawan yang berada di LEMBAH KELANG dan sewaktu dengan MESTI merebut peluang ini !!!.CEPATlah mendaftar….
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 6:17 pm
Perghh… laju betul En Hazman kita ni bubuh komen. Superb!!!
hafreze Reply:
July 20th, 2009 at 7:50 pm
aku nak buat program ni. jutawan5minit.com
hahaha..5 minit je terus jutawan.
damn it, gila scam macam tu.
p/s: ini adalah joke, jangan korang ingat aku seyes plak. ehe
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:35 pm
HYPE giler siot.. hahahahahah
wowowow…
mesti ramai yg join nih…
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 7:30 pm
Tak tau lagi… sebab orang KL ramai yang lebih kepada program lain… kan? Macam MLM dan etc..
tak dapat pergi
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 7:30 pm
Rugilah… sebab lepas ni seminar akan dibuat di JB semula.
siot jer..aku dh pegi melaka..br nak datang KL..hampeh btol !
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 7:31 pm
Janganlah marah bang… nanti tak hensem… hahahahah
Wizurai Reply:
July 20th, 2009 at 10:43 pm
baru Melaka beb… aku turun JB lagi… marah jugak… wakakaka…
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 10:46 pm
Takper… at least aku dapat belanja ko makan Mee Rebus Tulang malam tuh…
Mindaku Di Sini Reply:
July 20th, 2009 at 11:37 pm
marah tak marah…haha…dah kata aku brutal sangat..aku tolong marah la nii…muakakkaka…kalau ko nak soh aku tlg apa yg patut..aku takde hal..16hb aku rasa aku takde pape pon…nak pegi menempek muka jadi sukarela ko pon bleh jer….
mazuki selangor2u Reply:
July 21st, 2009 at 1:40 am
aku dah balik skudai baru nak buat kat JB…life4hire plak p melaka xcakap kat aku plak tuh..hahaha siot
pcuserz Reply:
July 21st, 2009 at 9:17 am
aku pon macam takde ape2 aritu.
kalau tak ape2 aku pon dengan tak malunye menawarkan diri jadi sukarelawan.
hazman aka species1980 Reply:
July 21st, 2009 at 9:28 pm
aku pun rasa nak lepak2x jumpe kengkawan….secara tak langsung dapat gak bertemu blogger yg lain…
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:11 am
Yup betul.. boleh ngeteh!
boy_bersahaje Reply:
July 20th, 2009 at 10:17 pm
huhu saba yam. saba. ade hikmah disebalik batu hahahaha
pcuserz Reply:
July 21st, 2009 at 8:43 am
aku suke komen ni.
hahahaha
syabas bro..dah samapai K.L.tak terasa nak turun sebelah pantai timur plak ke?
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:37 pm
KL adalah tempat yang paling sesuai sebab ia di tengah-tengah (center point). Lagipun rasanya tak ramai blogger dari Pantai Timur yang berminat kot.
Mindaku Di Sini Reply:
July 20th, 2009 at 11:39 pm
haaa…time wat kat melaka…ni la ayat dia bg..melaka tuh kira central…senang orang KL nak datang..muakkakkakkaa
pcuserz Reply:
July 21st, 2009 at 8:46 am
aku pon rase dia cakap macam tu.
ps.: L4H aku rase ijad nak try usha awek2 blogger KL pulak, lepas cobaan kat melaka tak berjaya.
;-p
hazman aka species1980 Reply:
July 21st, 2009 at 9:33 pm
Takpe…nanti make sure bro ijad booked awek hotel tu untuk amik gambar peserta masa abis seminar nanti….ngeh2x…
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:12 am
Ada ke awek?
Itu yang perlu disoalkan… hahahaha
Insallah, Jumpa kat UTM dulu sebelum jumpa di KL. kena ajust schedule yg telah ditetapkan kalau nak ke KL!…org jay bee tunggu seminar ni juga.
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:38 pm
Insya Allah.
Bro, mau join la… camner….
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:43 pm
Cek email please.
Agak2 blh sampai Penang x?
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:40 pm
Penang tak mendapat sambutan sangat kot. Jadi kita berjumpa di KL yea.
alamakkkkkkkkkkkkkk!!! Aku akan terlepas coaching sbb ada hal yang memang tak dapat dielakkan time tu
Memang aku takde rezeki laaa…Sedih betoi, huhuhu
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 9:39 pm
Salah satu sebab kenapa aku buat di KL ni pun sebab ko dah sarankan tempoh hari.
zuhairy Reply:
July 21st, 2009 at 4:29 pm
betul la tu bro. tapi dah ditakdirkan aku mmg ada keje hari tu, huhuhu…nanti nak wat lagi tak kat KL?
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 10:50 am
Insya Allah
Assalamualaikum.Buatlah sampai tahap jadi icon seminar “income from blogging “sebagaimana irfan khairi jadi icon “internet bisnes”. Saya percaya saudara mempunyai segala syarat dan kemampuan untuk melakukannya. Satu hari nanti saudara akan terbang hingga ke Sabah, Sarawak, Brunei malah terus ke singapore!. Sejauh imaginasi kita, sejauh itulah langkah kita…sky is the limits!
rohaizad Reply:
July 20th, 2009 at 10:48 pm
Tinggi betul expectation tuh… tapi takper, yang penting buat apa yang perlu dibuat dahulu.
samdaddycool Reply:
July 21st, 2009 at 1:29 am
Aku suka idea ni… nanti ko iklan kan dlm metro / utusan / berita / star.. dsb
tu dia seminar smart blogging da sampai KL da.
pegi jgn tak pegi oi…
rohaizad Reply:
July 21st, 2009 at 11:05 am
Kita berjumpa di sana nanti…
Salam Semua,
Bukan nak memuji tapi ikhlas dari hati.
sesiapa yang 50-50 nak pegi ketanak pegi tuh. aku nasihatkan pegilah.
sesungguhnya korang takkan jumpa seorang yang berkongsi ilmu seikhlas rohaizad nih. aku tabik spring dengan dia setelah aku jumpa kali pertama dan setelah menyertai bengkel dia.
segala rahsia dikongsi. dia tak takut rugi. yang rugi adalah aku kerana belum memanfaat ilmu dah rahsia yang dikongsi.
sooooo apa lagi….daftar cepat. rm 300 tuh teramat murah dibanding dengan ilmu yang tak ternilai yang bakal anda perolehi.
adios
boy_bersahaje Reply:
July 21st, 2009 at 10:51 am
Betol2. Kite kasi ijad haus sampai minum air ber gelen2 hahaha
rohaizad Reply:
July 21st, 2009 at 11:04 am
Thanks Sham.
Jangan lupa untuk berforum yea… nama sudah didaftarkan.
motokriss Reply:
July 21st, 2009 at 6:31 pm
aku dah start forum.
haaa ni satu lagi keistimewaan untuk yang joint seminar atau bengkel. tak dapat beb cari kat tempat lain.
forum jangan tak forum.
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 10:50 am
Marilah berkomuniti bersama-sama.
hafreze Reply:
July 21st, 2009 at 12:38 pm
betul tu. aku agree.
maybe aku tiada kredibiliti untuk cakap demikian. tapi percayalah. sebab aku dah pergi, lihat sendiri. nilai sendiri.
ternyata..kelas rohaizad amat berbaloi.
ku lihat dia..padangan pertama..ternyata..indahh..aceh..lagu estrella plak
bro.. seminar tu ramai aweks tak datang he he.. boleh nyelam sambil minum air.. he he..
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:58 pm
Wahahahaha…. dia target awek rupanya… nanti kena tambah Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog Sambil Mencari Jodoh… hehehe
samdaddycool Reply:
July 23rd, 2009 at 12:29 am
ngeheheheheheeee… aku gelak sorang2 ..
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 10:49 am
Ceeettttt…!
Wah..sure heboh ni aku yakinlah ramai yg menunggu bro ijad buat bengkel kat KL. Kalau ler aku masih kerja kat KL sure aku masuk punya..takdek RM aku sanggup pinjam kat kawan! La ni dah dok bumi kenyalang..belum berkesempatan lagi nak terbang ke KL. Mana la tau kan..kan..suatu hari nanti bro Ijad buat kat bumi kenyalang lak memang aku tak akan lepaskan peluang tu! RM300 aku rasa sgt bebaloi kalau nak dibandingkan ilmu yg akan bro ijad kongsikan & ajarkan. Malah pulangan akan korang dapat setelah mempraktikkan ilmu tu jauh lebih lumayan! Aku bukan ler nak bodek..tapi berdasarkan pengalaman aku mengikuti blog bro ijad ni aku dpt rasakan orangnya memang ikhlas..
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 10:46 pm
Tak tentu lagi bro Zol. Mungkin akan dibatalkan sebab tidak mendapat sambutan.
Dulu masa buat kat JB, semua mintak kat KL. Then buat kat Melaka pun diaorang kata kenapa tak naik ke KL. Now dah buat kat KL semuanya senyap jer…
hahahahahah
p/s: For sure yang kat JB still on macam biasa.
salam bro ijad…
nanti aku kasik 2 nombor kat ko…mereka nak join da lama da…sori ari tu aku very2 busy…jiran aku meninggal..
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 10:49 am
Weyyy… beribu kali aku call, tak balas-balas pun… mana ko pergi daaa?
Azrie Reply:
July 24th, 2009 at 12:45 am
aku busy yg amat nih…asal hjg minggu je orang kg panggil masak..
da kna blk..xper…rejeki…nih hjg mngu neh sepupu aku tunang…masak lai…mgu lps baru habeh msk….mgu dpn ade lai..org nak wat opn house…
rohaizad Reply:
July 24th, 2009 at 12:48 am
Ooo…. makin murah rezeki rupanya… Alhamdulillah… aku tau masakan ko sedap!!!
Semoga sukses dalam bidang masakan, Chef Azrie
Azrie Reply:
August 2nd, 2009 at 1:34 am
salam bro…sori…..aku emailkat ko dua nombor aku jumpa masa kat satu talk neh…dia minat psl blogging neh….sori coz senyap lama ekk…
kena g kursus pulak kat putrajaya 16 ogos ni…..lepas peluang.
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:09 am
Insya Allah… ada masa kita akan berjumpa lagi.
Bro, aku dah submit form tu. Adakah aku termasuk dalam list RM300 tu? Hehe
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:09 am
Yup, definitely!
aku datang buat menyibok boleh? Aku memang tinggal dalam Hotel Citrus tu…
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:10 am
Ko tinggal dalam hotel tu? Ko biar betik Rin!
MAcam terliur je. hehe. Hotel Citrus kat ane ek?
rohaizad Reply:
July 27th, 2009 at 2:11 am
Kat Jalan Sultan Ismail .. dekat ngan bangunan Sime Darby. Chow Kit Road….
Seminar ni ‘on’?
rohaizad Reply:
August 2nd, 2009 at 10:08 am
Rasanya macam terpaksa di OFF kan.
[...] adalah update terkini mengenai status Seminar + Bengkel Buat Duit Dengan Blog yang akan dilangsungkan pada 16hb Ogos 2009 nanti. Dukacitanya aku ingin memaklumkan bahawa seminar [...]
Diulas pada August 2nd, 2009 at 10:05 amuntuk di jb
berapa harga seminarblogging ni?
rohaizad Reply:
October 6th, 2009 at 7:03 am
RM450 – untuk early bird RM400. Cuma kalau betul-betul berminat, boleh dipertimbangkan untuk RM400.
[...] sudah mengetahui yang Seminar + Bengkel Buat Duit Dengan Blog di KL telahpun DIBATALKAN. Tapi saban hari semakin banyak email yang meminta supaya ianya di [...]
Diulas pada August 6th, 2009 at 2:51 pmbengkel untuk bulan oktober, november dan disember ade ke?
rohaizad Reply:
October 6th, 2009 at 7:02 am
Tidak dapat di pastikan lagi Ummie