Facebook – pro and kontra.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Berita - Tarikh diterbitkan: July 21, 2009 online
Masih ingat lagi dengan salah satu artikel yang paling panas di Malaysia sedikit masa dulu?
Kalau ada yang lupa, mungkin kamu boleh recall semula di sini, di sini, di sini dan di sini.
Hari ini aku ingin menjelaskannya sekali lagi bahawa penggunaan Facebook ini tidak menjadi satu kesalahan jika kita tahu had dan batasnya. Sebagai seorang pengguna Facebook, kita harus sedar dan tahu apa yang kita lakukan.
Dalam semua perkara yang berkait dengan Facebook, tidak ada apa yang perlu di risaukan selagi kita tidak memberi 100% maklumat dan data peribadi kita. Kalau ada yang suka giler dan cinta bagai nak rak dengan aplikasi Facebook, tindakan “menyerahkan” segala butiran peribadi bukanlah satu perkara yang bijak untuk dilakukan.
Walaupun ianya telah dibincangkan di bahagian komen dengan panas sekali pada catatan-catatan yang lepas, tetapi masih ada lagi yang agak skeptikal mengenai Facebook. Apa yang boleh aku katakan ialah tiada salahnya, tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
Tapi jika ada yang OVER HYPE dengan Facebook, mari kita berkongsi satu sinopsis yang mungkin dapat mematangkan lagi penggunaan kita terhadap laman web sebegini.
Ahmad adalah seorang usahawan dan juga bekas seorang doktor di hospital pakar. Sekarang Ahmad semakin dikenali di kalangan ahli korporat sebagai salah seorang usahawan yang berjaya dan telahpun menjadi jutawan. Ahmad juga adalah seorang speaker motivasi yang semakin disegani ramai.
Sekarang Ahmad semakin menggemari dunia internet. Mana tidaknya, ramai di kalangan ahli korporat yang setaraf dengannya juga memilih Facebook dan demi menjaga “kelasnya” yang tersendiri, beliau mesti menyertai “GROUP” yang telah dikhaskan oleh rakan korporat yang lain.
Mengapa Facebook?
Biasalah…. antara laman-laman web sosial yang ada di dunia ini, hanya Facebook sahaja yang nampak lebih “dewasa” dan “matang”. Malah pengguna yang terdiri dari golongan profesional juga menggunakannya. Berbanding dengan Myspace dan Friendster, penggunanya lebih kepada “remaja”.Lama-kelamaan Dr Ahmad menjadi semakin “gian” dengan aplikasi Facebook. Demi menunjukkan komitmennya terhadap perniagaan yang dimilikinya, habis semua data dan rutin dicatatkan dengan alasan supaya ahli di dalam groupnya lebih respek padanya. Dari perihal kelab Golfnya, meetingnya, aktiviti sosialnya, temujanjinya… hatta di mana anaknya bersekolah pun diceritanya.
Hari berganti hari, Dr Ahmad semakin dikenali dan lebih ramai yang ingin berkenalan dengannya. Boleh dikatakan setiap invitation yang diterima, dia akan accept/add. Bukan main happy lagi Ahmad!!
Tanpa disedari, semua maklumat mengenai beliau dan keluarganya telah di intip dengan sempurna oleh sekumpulan penjenayah sehinggalah satu hari anaknya telah diculik!!!
Maklumlah… cerita mengenai kekayaanya semakin tersebar luas dan penjenayah/perompak sentiasa menyasarkan sasaran pada orang sebegini.
Ermmm… inilah yang berlaku jika semua data dikongsikan secara “liar” dan rambang tanpa apa-apa pemantauan. Sekarang ini pun, ramai orang kenamaan yang “sudah serik” dengan penggunaan Facebook. Di barat atau di US sendiri, penggunaan Facebook yang terlalu extreme semakin membahayakan keadaan diri dan keluarga mereka.
Tetapi seperti yang aku katakan di atas, kita haruslah bijak sebelum berkongsi apa-apa pun di internet ini. Malah ramai dari IM dan pengguna internet di Malaysia yang telah berjaya menjadikan Facebook sebagai satu platform dalam menjual produk dan servis mereka. Jadi kenapa perlu diambil serious mengenai Facebook sampai PHOBIA begitu sekali?
Aku harap penjelasan dan persoalan yang ditimbulkan dalam catatan ini dapat dijadikan sebagai satu kesedaran mengenai laman web sebegini. Facebook adalah satu UTILITY ataupun kemudahan yang boleh kita kongsikan secara percuma. Begitu juga dengan laman web sosial yang lain (tapi penangan Facebook memang dahsyat!)
Kalau fikirkan negatif, maka negatiflah ia. Kalau difikir secara positif, maka positiflah ia termasuklah mengembangkan DAKWAH melalui Facebook itu sendiri. Rasanya tiada salah kalau kita berkomuniti di dalamnya sambil bertabligh. Tabligh bermaksud menyampaikan dan ianya tidak tertakluk kepada face to face. Radio juga boleh dijadikan sebagai satu method untuk bertabligh.
Baru-baru ini, aku telah dihubungi oleh 2 orang kawan lama. Mereka ni adalah kawan sekolah sejak darjah 1 lagi. Setelah mencuba mencari semua kawan lama sejak sekian lama, maka akhirnya bertemu juga kami di Facebook.
Naaahhhh… lihat….
Kalau tahu menggunakannya dengan tertib, maka hubungan silaturrahim dapat di eratkan semula. Rindu betul dengan kawan-kawan lama.
Opsss… aku belum tahu sangat menggunakan Facebook. Still tengah survey semua aplikasi di dalamnya.
Rohaizad dah ada Facebook? Hahahahahah







leh sy add ijad nnt sbb dh ada facebook..
btul la ijad, sesetengah user 2 dh mcm sangap dgn facebook.. abes semua app nk dicuba..
sy pn dh nek muak hari2 dpt invitation..
kan elok guna facebook 2 seperti tmpt brainstorming mcm group blogger malaysia..bleh jga berkongsi2 idea..bkn 2je..dpt generate traffic lg..
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:54 pm
Betul tu… memang best betul point yang kamu tulis nih.
Yesss…..
Sememangnya FACEBOOK adalah antara laman sosial yang kian menakluki kebanyakan gologan dewasa sekarang nie…Dalam dunia blogging kita boleh dapat trafik sampingan dari FACEBOOK…
Yang penting NEVER expose too much bout ur self …
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:54 pm
Kena jaga privacy yang sememangnya private. Betul tak?
betul tu. da byk kes2 kecurian identity berlaku.
takde yang lebih berharga daripada identity sendiri.
kalau da org lain pakai identity kita macamnana?
nuaeman Reply:
July 22nd, 2009 at 5:24 am
kita tukar lak identiti sendiri ikut identiti orang lain kat Facebook tuh.. haa sampai bila tak abis lepas tuh..
ko patut letak cerita ada sorang mamat ni bakal dilantik jd ketua Mi6, lepas tuh bini dia publish pasal tuh kat FB..and info bini dia tuh ada kat FB plak mmg detail giler babi…siap dengan gambar ape semua..hehe…and semua orang leh view profile dia…
Fatin Pauzi Reply:
July 22nd, 2009 at 3:29 am
Mi6 tu ape ke bendo?
nuaeman Reply:
July 22nd, 2009 at 5:21 am
Itu lebih kurang cam MIB.. huhu..
kekurangan masa untuk berfacebook, myspace, friendster………
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:55 pm
Aku pun sama… silap-silap nak update Facebook ni kena outsourcekan kat org lain… hahahaha
mazuki selangor2u Reply:
July 23rd, 2009 at 11:40 am
perlu ke update selalu facebook??
haha
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 4:05 pm
Giler laa…. budak sekolah aku tak henti-henti hantar stuff kat facebook aku.. adoii yaiii
alop,
salam tuan rumah…..
minta izin..
aku taip bingsense kat yahoo, keluar blog rohaizad no.3.
byk info dlm blog ni. aku dah bookmark blog ni dah.
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:57 pm
Thanks Sairil
Selamat datang!!
Saya xda facebook. Cuma tahu ym je. haha
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 6:56 pm
YM pun ok… cuma ikut keperluan. Ni dah nak puasa lepas tu raya, mesti syok dapat contact dan jumpa balik member lama… yeee haaaa…!!
hazman aka species1980 Reply:
July 23rd, 2009 at 2:48 am
memang dah banyak JEJAK KASIH dengan adenya FB nie…
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 10:48 am
Jejak kasih?
Haaa.. ya… ya… betul gak tu.
Saya masih tunggu FACEBOOK benarkan Java script dalam Comment Box
SELAMAT BERPUASA
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 10:42 pm
Haaa?
Betul jugak kan..kalau dah khusyuk sangat nak cari populariti sampai bagi bahaya pada diri buat ape..
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 10:41 pm
Just guna apa-apa yang patut udahler.
ulasan yang baik sekali…sebagai contoh..sekarang ni makin ramai awek-awek/bini orang yang selalu upload gambar dah sharing…kalau gambar biasa tak per ler…seesetengah tu gambar dalam kain
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 10:40 pm
Haaa.. itulah. Ada ke gambar berkemban pun di upload? Dah kenapa?
Aku memang setuju sangat dgn ulasan bro ijad..kena sentiasa berwaspada & jangan terlalu detailskan bio bukan jer kat FB..apa2 laman social networking pun. Aku tergolong pengguna baru dlm FB..yg surprisenya tak sangka lak bekas2 anak murid masa aku mengajar di kolej dolu-dolu ‘bertegur-sapa’ di FB..begitu gak bekas classmate zaman sekolah dolu..hehehe..seronok gak
bro ijad jgn lupa umumkan nanti ID bro kat FB tu boleh aku addkan gak! Kalau kena dgn gayanya..di FB gak boleh buat duit..tul tak?
rohaizad Reply:
July 22nd, 2009 at 10:38 pm
Bro… just click jer kat link yang diberikan di akhir catatan ini.
abgzol Reply:
July 24th, 2009 at 12:13 am
Oh ya tak ya gak tak perasan lak aku ayat tu adalah linknya..hehehehe
ok aku tambah sekarang gak! TQVM bro..
Hehehehehee.. Mengapa terlalu fobia dan ekstream..
Mcm bro katakan.. Kita perlu kontrol.. Semuanya masih dlm kawalan kita.. Tak perlu reveal semua sekali sampai alamat rumah pun diberi.. Senang org nak serbu,…
Heheheeh.. Apa pun, artikel nie memberi lebih jelas kepada mereka (terutama saya) untuk melihat lebih jelas penggunan FB
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 4:07 pm
Aku pun tak tahu sangat pasal FB ni. Cuma aku jadikannya sebagai tenpat jumpa kenalan lama. Best!
thanks approve bro..
off topic sat..bro pnah try Adzara x? Link dia http://www.adzara.my/
aku ada FB gak, cuma aku tak letak detail personal aku
dalam alam cyber ni macam2. even kat blog sendiri pon tayahla dedah semua benda kan. senang je orang nak taget tak payah nak usaha2 hehe.
salam..
ak de fb gak..
nk tnye..
pe yg bhye pling BESARnye??
mksudnye kalu CIA ke, sape2 tau personal kiter, pe yg dorg wat??
from yoy :http://saveurass.blogspot.com/
facebook? haha saya xde masa tok tu sume.dlu boley la.siap gan tagged,friendster,myspace,tubely,hi-5,circle99..huh..mmg bz time tu..(bz gn laman sosial ni la)tapi ble pikir balik..lbh baik delete je..sbbnye xde mase nk check laman sosial cmtu tiap ari..lg pon..ley wat leka n buang masa..juga xde sbb kukuh pon nk join bende2 cmni lagi.dr pengalaman saya..kebanyakan mereka yg join sumenye plastik..sebilangan saje yg jujur..haha..terpulang la pada individukn..lalalala~
[...] website sosial sehingga benda dalam kain pun nak di kongsi dengan rakan.Seperti kata saudara Rohaizad pro dan kontra Facebook.Dalam kes Sharifah Jasmine Soraya ni , apa tindakan yang sepatutnya erk….Kalau dilihat pada [...]
Diulas pada August 7th, 2009 at 6:09 pm[...] banyak kebaikan mengenai Facebook yang kita boleh dapat (jika kena pada gayanya), tetapi jangan sampai kita “terlena” [...]
Diulas pada February 21st, 2010 at 11:46 am