Review – MasterKit untuk Virus Komputer (versi bahasa Melayu) !!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: August 3, 2009 onlineRamai yang mendakwa dan menyangka jika seseorang itu bekerja menghadap komputer sepanjang hari, maka orang itu lebih arif mengenai perihal mengenai komputer. Walaupun ada di antara mereka yang tahu mengenai selok belok perisian dan perkakasan komputer, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Memang ada yang mengatakan kalau kita selalu menghadap PC/Laptop, maka kita mungkin lebih mengetahui sakit demam PC kita sendiri. Tapi adakah kita sedar bahawa realitinya, lebih ramai yang hanya tahu menggunakannya dari “menguruskannya”. Aku sendiri adalah salah seorang yang hanya tahu “mengguna” sahaja. Kalau PC/laptop buat hal, mulalah mencari kedai komputer.
Sebenarnya, antara masalah besar yang masih ada dalam diri aku ialah “perasaan takut” untuk explore apa yang ada di dalam laptop ataupun sebarang sistem mahupun perisian dalam komputer. Apa yang aku tahu pasal komputer ialah swith on, masukkan password, connect to internet, bukak email… upload dan download.
Sehinggakan kalau ada VIRUS masuk pun, aku tidak dapat cam sama ada itu adalah virus ataupun tidak. Silap haribulan, aku “mengalu-alukan” lagi kedatangan virus tersebut… sama seperti KES Virus Yahoo! Messenger yang berlaku sedikit hari lalu.

Tapi hari ini aku gembira sangat sebab ada juga golongan bijak pandai di Malaysia ini yang sanggup berusaha untuk menolong orang seperti aku ini. Maksud aku di sini ialah ada juga pakej untuk aku belajar mengenai CARA-CARA MENANGANI VIRUS (MasterKit Virus Buster) versi bahasa Melayu.
Iya… dunia internet Malaysia sekarang semakin berkembang dan ini adalah salah satu daripada nikmat bagi orang yang jahil seperti aku. Memang aku seorang full time blogger tetapi apabila tiba bab-bab virus ini, naik berasap juga kepala hotak. Terkedu pun ada.
Kalau nak tau lagi, masa kena serang dengan Virus Yahoo! Messenger hari itu pun, Life4Hire dengan ikhlas menolong aku dari A sampai Z. Al-maklumlah… aku bukan ada basic dalam hal-hal macam ni.
Tapi dengan adanya MasterKit Virus Buster ini, aku semakin seronok dan aku semakin percaya yang hidup aku akan menjadi lebih senang atau dengan kata lain, aku dapat menambah pengetahuan mengenai virus ini dengan lebih mendalam.
Mendalam?
Apa yang dimaksudkan dengan “mendalam”?
Bagus sangat ke ebook ini?

Honestly, aku hanya boleh komen satu je mengenai produk/ebook ini iaitu BAGUS!
Kerana apa?
Kerana itulah sahaja yang mampu untuk aku describekan.
Honestly, aku memang cukup suka dengan gaya persembahan ebook ini. Pada waktu aku mula terima ebook ini, aku sudahpun terpukau dengan gaya persembahannya yang lain dari yang lain. Simple dan tidak mengelirukan.
Kenyataannya, ebook ini cukup menarik perhatian untuk aku membacanya dengan lebih mendalam lagi. Kadang-kadang tu, aku seperti meminta supaya adalah virus yang menyerang ke dalam PC lama aku supaya bolehlah aku mencuba ilmu yang terkandung di dalam ebook ini. Bukan hendak mencari pasal tetapi aku pasti jika kamu seperti aku, pastinya kamu akan seronok sebab ebook ini cukup berbaloi.
Kadang-kadang apabila kita sudah terlalu banyak membaca mengena internet marketing, kita seakan terlupa dengan ilmu-ilmu yang lain. Sebagai seorang yang agak dungu dalam hal-hal komputer ini, ebook ini sememangnya adalah salah satu anugerah terindah dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi jika dinilaikan dari segi pembelajaran yang ada di dalamnya.
Baiklah, sekarang aku akan mengupas mengenai ebook/produk ini dengan lebih lanjut:
1. Kehebatan produk ini bergantung pada betapa tingginya tanggapan kita pada ilmu yang ada di dalamnya.
2. Jika kena pada gaya, kita yang asalnya tidak tahu cara nak repair PC/laptop memang boleh repair sendiri berpandukan tatarajah yang diberi.
3. Bukan ebook saja, tetapi disertakan juga himpunan tools yang disertakan untuk repair PC. Sekaligus peluang untuk menambah pendapatan pun boleh diperolehi setelah tamat membacanya.
4. Pembelian pula hanyalah sekali seumur hidup.
5. Harga produk cuma RM100 tetapi sebagai seorang pembeli, semua info dan update terkini akan diberi secara percuma.
Bukan itu sahaja, penerangan yang diberikan juga cukup ringkas tetapi menarik. Aku sendiri kadang-kadang pun “terasa” yang semua penerangan di dalam pakej ebook/produk ini seolah-olah perli aku secara direct.
Mana tidaknya, ayat yang digunakan tu memang kena betul-betuk kat batang hidung aku. Ini adalah antara page yang memang membuatkan aku terasa seperti diperli (lebih-lebih lagi pada statement no1 dan no 2 di bahagian “Disadvantages” di bawah tu):

Walaubagaimanapun, sekarang aku tidak ada alasan untuk TIDAK BELAJAR mengenai virus dan penjagaan komputer beserta perisian yang aku gunakan sekarang iaitu Windows Vista. Ini adalah kerana semunya ada diterangkan di dalam ebook yang mempunyai lebih 90 muka surat ini. Yang penting, ebook ini memang boleh dimanfaatkan oleh aku, kamu, mereka dan keluarga mereka.
Secara peribadi, produk ini tidak ubah seperti buku tebal yang biasa dijual di kedai buku. Cuma apabila ia diterbitkan dalam bentuk elektronik (ebook), maka mudahlah aku untuk membawanya terutamanya sewaktu seminar (juga boleh disimpan di dalam thumbdrive). Nak membawa buku yang berat, memang dah malas sebab laptop je dah berat. So sambil duduk berehat, sambil membaca dan mencuba. Kat cyber cafe pun boleh baca.
Percaya atau tidak, ebook ini mempunyai banyak perkara yang diperlukan bagi orang seperti aku. Dari segi susun atur tajuknya yang tidak memeningkan kepala, pasti orang seperti aku akan lebih mudah untuk memahami.
Jika tidak percaya, kamu semua bolehlah lihat di bahagian kiri ebook Masterkit Virus Buster ini:

Kurang jelas?
Sebagai rekod, aku akan paparkan tajuk dan sub-tajuk kandungan ebook ini. So inilah isi kandungan ebook/produk ini setelah dibesarkan saiznya:
Haaaaa….!
Best tak?
Berminat?????
Kalau berminat untuk memilikinya, janganlah tunggu lama lagi sebab dari pelajar sehinggalah ke suri rumah, ebook ini memang sesuai (boleh dimiliki oleh sesiapa pun). Kalau ada yang ingin menjadi seorang affiliate yang berjaya dengan melariskan produk yang BUKAN PRODUK SAMPAH, inilah affiliate yang tidak harus kamu lepaskan!
Yup, betul… kamu bukat setakat boleh membeli dan membaca serta membuat perniagaan dari apa yang kamu pelajari melalui ebook/ produk MasterKit Virus Buster ini, malah kamu juga boleh menjualnya kepada rakan-rakan yang ada sekaligus mendapat komisyen sebagai seorang affiliate.
Hey…!!
Kamu bukan menjual produk yang tidak bagus, malah aku rekomenkan pada sesiapa yang hendak belajar mengenai selok belok virus komputer dan perkara yang berkait dengannya (juga menjana pendapatan)… this is THE BEST !!!



dari pelajar sehinggalah ke suri rumah..
wah….ayat tu mcm pancing Kak Jie ye…
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 11:25 am
Suri rumah sekarang ni pun bukan calang-clang Kak Jie… macam Kak Jie pun apa kurangnya… femes satu Malaysia kenal…
waah..
bro life4hire….dah ader produk hebat di pasaran….tahniah kepada beliau….
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 11:39 am
Hahahaha… En Hazman kita ni mesti terbaca laju sangat kot… ini bukan produk bro life4hire … kikikiki
Mindaku Di Sini Reply:
August 3rd, 2009 at 2:50 pm
haha….tak pepasal aku naik nama plak kat sini…hehe
hazman aka species1980 Reply:
August 3rd, 2009 at 5:21 pm
HEHEHE….teruja nak kasi first komen la katakan…produk pakarbisnes rupanya….anyway kalau ade masalah ngan pc still boleh rujuk LIFE4HIRE…
wakakkakaka…salah letak aku tuh beb…aku tolong mana yang termampu jer…mana aku leh tolong, aku tolong..tuh jer….tak luak pon ilmu aku…mungkin leh belajar benda baru lg….
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 11:26 am
Merendah diri pula En Yam kita nih.. cehh…
p/s: anyway, thanks sebab tolong hari tu ye
Mindaku Di Sini Reply:
August 3rd, 2009 at 2:48 pm
hehe..tarak hal..skali komen aku pn salah jugak daaa…
Kujie Reply:
August 5th, 2009 at 8:10 am
dia pakar periuk belanga juga tu..jangan tatau
Aku baca jer ko punya review nih terus jer terasa nak beli.
bleh buat bisness repair komputer palk pasnih.
heheheh
yang pasti aku amat terasa keihlasan ko dalam mereview produk nih.
itulah dia Rohaizad. lelaki melayu yang amat jujur dan amat jarang ditemui sekarang.
heheheh
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 9:21 pm
Ni kena belanja murtabak nih… hahahaha
p/s: thanks Sham. pujian macam ni yang buatkan aku lebih seronok berblogging dan berkongsi.
Bestnya ebook dan ada tool sekali bila baca review
dari kau ni Ijad.Dah lama juga aku buat kerja repair merepair pc ni.aku rasa dah beratus,beribu pc dah aku buat bersama program nya sekali…Syabas…
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 9:19 pm
Haaa… agaknya kalau buat ebook mesti dah laku nih.. kan? kan? kan?
Aku rasa semua orang yang’buta’ atau separa buta tentang IT patut beli buku ni. Cuba baca pos aku tentang kedai pc yang kencing orang : Exposed: Repair Shops Hack Your Laptops – http://samdaddycool.blogspot.com/2009/07/exposed-repair-shops-hack-your-laptops.html
Dahlah tipu cakap rosak teruk, padahal dia longgarkan cip je. Lepas tu cuba nak tengok login name / password bank detail!
jadi, kena ada ilmu untuk tak kena tipu. Ini aku rasakan rujukan bahasa Melayu yang sangat baik.
wanmus Reply:
August 3rd, 2009 at 1:08 pm
yang tipu ni memang jahat giler..yerlah ngan file peribadi semua dia amik n curi
skrg ni zaman org ambil kesempatan & untung atas kesusahan org lain.
kene berhati2 selalu…
rohaizad Reply:
August 3rd, 2009 at 9:18 pm
Rasanya kalau orang yang memang expert bab-bab ni, dia pun boleh keluar ebook sendiri.
Cuma apa yang selalu terjadi ialah mereka sendiri yang tak perasan dengan kebolehan dan kepandaian yang mereka ada tu.
Yup, mereka sebenarnya boleh buat ebook dari situ!
hebat dan mengagumkan.. tak sabar aku menggengamnya.. tahniah !
rohaizad Reply:
August 4th, 2009 at 9:33 am
Silakan… silakan… then b oleh buat coaching sendiri berkenaan virus komputer.
takut untuk explorer..itulah masalah utama kebanyakan pengguna internet..heheheh
rohaizad Reply:
August 4th, 2009 at 9:34 am
Itulah aku.. kalau explore information internet, itu kira dah expert sket. Tapi bila melibatkan perkakasan dan perisian, kureng sangat.
yealah belajar jadi blogger kena belajar repair atau ambil tahu equipment.
(adik saya sudah beli Server baru so minta tolong seluruh karyawan-karyawan rohaizad dot com perkenalkan Web Sosial dia yakni iuneety dot com terima kasih)
makin meriah nampaknya dunia internet malaysia….bagus dan sangat bagus
[...] Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review MasterKit. – Apabila Raja sudah berblogging… – Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat [...]
Diulas pada October 23rd, 2009 at 8:07 am[...] – Jika ada yang belum kenali beliau, bolehlah memanggilnya dengan nama Nas (Nasrul). Produk Masterkit beliau amat bagus untuk lepasan SPM yang ingin belajar permasalahan komputer. Satu perkara yang [...]
Diulas pada December 5th, 2009 at 11:56 pm