Withdraw Paypal menggunakan Maybank Visa debit kad.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: August 5, 2009 online
Aku masih ingat lagi pada zaman awal permulaan aku menceburi internet ini beberapa tahun lepas.
Pada waktu itu, hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa lecehnya hendak mencairkan USD ataupun dollar yang ada di dalam akaun Paypal.
Setiap kali withdraw, apa yang ada di dalam hati adalah “tawakkal”. Maksudnya aku hanya bergantung pada nasib dan kepercayaan yang ada di antara aku sebagai penjual USD dan 2 insan istimewa yang membayar aku dalam Ringgit Malaysia.
Sebenarnya dulu aku menjual semua Paypal yang ada on a “trust” basis. Kalau ada yang hendak menyeleweng, maka akulah orang yang akan menjadikan keadaan lebih teruk.
Mana tidaknya, setiap kali sesuatu tranksaksi dilakukan, pihak pembeli USD akan bank-in kan Ringgit Malaysia ke akaun aku dulu dan kemudian barulah aku akan transferkan semua Paypal aku ke dalam akaun mereka.
Bukannya sedikit… transaksi memang melibatkan jumlah ribuan ringgit. Sekali transaksi, nilainya di antara RM1500-RM1800. Tiada apa yang hendak disandarkan tetapi aku bersyukur, tidak pernah sekalipun aku “dikapur” oleh business partner dalam menukar USD yang ada ke Ringgit Malaysia.
Lagipun aku cukup menghormati business partner aku sendiri. Malah sampai ke hari ini, aku masih lagi berhubung dengan mereka. Sekalung terima kasih kepada Rina dan suaminya, Egan. Bagi yang belum mengenali mereka, kamu semua bolehlah mengunjungi ke blog mereka di Atniz Dot Com.
Kini mereka berdua telahpun mempunyai bisnes internet sendiri. Mereka menawarkan khidmat link building yang dahulu mereka sendiri tidak pernah bayangkan. FYI, pada awal perkenalan… mereka langsung tidak tahu bagaimana menjana duit dari industri yang sedang mereka niagakan sekarang ini. Hebat`kan mereka?
So siapa kata orang yang tiada basic tidak boleh menjana pendapatan di internet?
Siapa kata umur 30-40 tahun sudah terlambat untuk berada di dalam industri ini?
Siapa kata hanya mereka yang expert IT sahaja boleh mengaut keuntungan dari dunia internet?
Kalau ikut pengalaman aku yang tidak seberapa ini, kebanyakan mereka yang sudah berjaya dalam dunia internet sekarang ini pun adalah mereka yang tidak mempunyai latarbelakang IT langsung. Kalau ada yang fikir pekerja kilang dan pemandu teksi tidak sesuai untuk berada di dalam industri ini, fikirkanlah sekali lagi kebenaran ayat aku ini.
Bukan itu sahaja, kalau hari ini ada rakan-rakan kamu yang still lagi tidak percaya tentang peluang membuat duit di internet… tunjukkanlah transaksi Maybank kamu semua.
Tunjukkan transaksi Maybank?
Kenapa pula?
Apa kaitannya?

Sebab sekarang kita sudah boleh withdraw semua USD (dollar) yang ada dalam akaun Paypal di US sana itu TERUS MENERUS ke akaun Maybank kita di Malaysia… pheeewwww.. mudahkan?!!!
** Thanks to owner PPS yang baru iaitu Menj kerana mengingatkan aku pasal kad debit visa Maybank.
Jadi apakah perkara UTAMA yang perlu dilakukan sebelum kamu “add” kad Visa debit Maybank kamu di Paypal?
Mudah sahaja:
1. Login ke Maybank2u.
2. Terus pergi pada menu Utilities.
3. Klik pada link “Maybankard Secure Online Shopping Registration“.
4. Berikan fokus yang tinggi pada kolum “Personal Assurance Message“.
5. Sila letak ayat penyata. Jangan sekali-kali cuba untuk letak titik noktah sebab sebarang “character” akan menjadikan result application itu sebagai “unsuccessful “.
Kemudian lihat sama ada proses tersebut Success ataupun Unsuccessful. Kalau Unsuccessful, janganlah risau kerana bukan semua yang berjaya pada percubaan kali pertama. Aku sendiri mencuba selama berhari-hari, baru berjaya (mungkin ini adalah salah satu dari langkah keselamatan yang Maybank gunapakai).
Hakikatnya, urusan internet sekarang semuanya senang dan inilah yang membuatkan insan seperti aku semakin bersemangat untuk menambah cabang pendapatan di internet sendiri.
Kamu pula bagaimana?
Sudah bersedia untuk gunakan kemudahan yang ada dalam menambah pendapatan di internet?








Wah.. tak tau plak bleh kuarkn duit dr paypal guna kad debit maybank, info yang sugguh berguna..ak takut2 nak add debit card maybank kat paypal sb maklumlah, kat dlm akaun tu (maybank) la ak simpan duit kn.hehe. Btw, xpe ke en. Izad tunjuk nombor kat kad debit tuh? huhu, ke yang dummy nyer tuh? heehe
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 10:52 pm
Itu dummy card ke
nak2 mcmna eh..bg phone jika ok nak cal jumaat mlm for detail..
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:11 pm
Haaaa?
Phone?
Malam Jumaat?
Detail?
?????????
rafieebest Reply:
August 5th, 2009 at 11:52 pm
pasal nak buat blog bleh dapat oncos
sebab lepas nie banyak mengadap laptop ber internet je
sambil kerja bekerjaya 2 in 1
kalo x pun bg tau by mail
isk..aku pn tak tahu dh leh guna MB nyer debit card skang ni..dulu aku dengar cam payah jer nak berurusan ngan paypal ni…huhuhuhuhu~~
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:14 pm
Aku dah “add” card Maybank ni ke Paypal, cuma belum pernah buat sebarang withdraw lagi. Cuma aku diberitahu oleh Menj. Dia cakap dah boleh withdraw. Anyway, nanti aku akan cuba withdraw.
oooo. pasal tu aritu aku try masukkan dalam paypal tak dapat… kena aktifkan dalam m2u page rupanya… TQ bro..
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:54 pm
You are welcome. No problem…
thanks for the info Ijad, 1st time try, successful
.
Saya jugak merupakan seller tetap fund paypal kepada reena dan egan.
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:55 pm
First time terus dapat ye, wah beruntung
motokriss Reply:
August 6th, 2009 at 10:12 am
thanks 4 the info bro.
baru 2hari jer aku tukar kad atm maybank kepada visa maybank.
baru nak survey cara ko dah siapkan infonya.
semoga ko terus berjaya dan berjaya.
amin
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 1:22 pm
Terima kasih…
wah best ni,nanti i nak try.kalau berjaya nanti memang best. tq for info
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:56 pm
Yup, lagi seronok lepas ni kan?
Dekat personal assurance msj tu, ikut suka kita nak letak pape pun ek, asal jgn ade character? Cenggitu ek? :s
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:57 pm
Yup, kira macam ayat tergantung, jangan letak tanda soalan ataupun titik. Contoh:
Hari ini hari Khamis
Tq bro, makin banyak la alternatif DC untuk withdraw fund di Paypal…
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:58 pm
Yup, dunia semakin maju… cuma Malaysia je lambat sket. huhuhuhu
Tq bro for this announcement hehe.Dekat area PAM tu, nak tulis pe ye? kat situ contoh; my favourite F1 driver….mungkin leh tulis camni: bro ijat sungguh baik hati kongsikan tips ni hehe
rohaizad Reply:
August 5th, 2009 at 11:59 pm
Hahahahah…. ini bodek ke apa nih? ekekeke
Salam bro..
thanks for the information
kali ni bleh tros sampai ke akaun maybank dari paypal
best2
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 12:02 am
Aqif Reply:
August 6th, 2009 at 1:09 am
verifikasi telah berjaya.
tgh tunggu 2-3 hari online statement masuk
baru dapat verification code
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 1:22 pm
Tak yah tunggu 2-3 hari Aqif. Dalam masa 24 jam pun dah boleh dapat EXPUSE 4 digit number tu.
zad,kalau kad debit public bank? cam ner plak..same jea kan?
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 12:12 am
Ermm… tak sure pulak sebab aku tak pakai Public Bank Card.
Wizurai Reply:
August 8th, 2009 at 12:52 am
kalo kad debit PB boleh download ebook aku…
oh yeah. Alhamdulillah.
mudahla lepas ni. trimas bro! =)
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:47 am
Orait !
ni nak kena tukar pakai debit kad maybank ler lepas ni..
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:46 am
Takyah tukar… tambahkan jer lagi kad di dalam Paypal.
ni sebenarnya dari tahun lepas aku dah kol maybank tanya sebab time tuh aku dah ada debot kad ni…memang diorang cakap tahun ni leh guna…so maybank menunaikan apa yang dikata…
aku pon dah buat..heheh
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:45 am
Yup… tapi kalau boleh semua ada lagi bagus.
tapi kenapa bila add kat paypal xdapat ek?? ke xvalid lagi aku punye ni
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:45 am
Cek balik semua data yang diberi. Sama tak dengan apa yang ada pada kad Maybank?
cantek nih.
aku baru considering nk bukak al-rajhi nyer debit card for paypal withdrawal.
kalau maybank da boleh buat macam tu sonang sikit.
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:44 am
Kalau ada 2-2 kad lagi bagus… hehehehe
Hebat bro…trima kasi dgn info anda yg sangat bagus!…
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:43 am
Sama-sama
Dah register dengan paypal guna maybank debit card. o.k je tak ada masaalah pun. lepas add card kat paypal tunggu confirm lah pulak
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 9:42 am
Yup, tahniah!
Thank rohaizad. Berita gembira ni. Nnti bleh la aku add kad maybank, tp duit paypal blum masyuk lg. hehe
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 1:12 pm
Takper.. pelan pelan… aku dulu pun sama macam kamu. Paypal asyik kosong jer… tension. hahahaha
Nak Tanya… sekarang saya sudah ada PayPal tapi guna Maybank VISA so nak create satu lagi PayPal guna Maybank Debit Card dengan email add & password yang sama? (dah cari kat main menu Help PayPal & Maybank2u tapi kantoi)
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 1:14 pm
Zul, Maybank Visa tu credit card ke debit card? Agak keliru sedikit kat sini.
[...] Maybank Visa debit card? Berikut adalah langkah-langkahnya: 1. Sila isi dan aktifkan dahulu data Maybankard Secure Online Shopping Registration [...]
Diulas pada August 6th, 2009 at 10:55 ambagusla. dulu memang tak leh pakai rasanya. Tapi sekarang nih dah boleh la agaknya..
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 1:18 pm
Yup… satu berita gembira buat semua.
[...] sahaja entri mengenai Withdraw Paypal menggunakan Maybank Visa debit kad diterbitkan semalam, aku ada terima email yang menyatakan “betapa gembiranya” mereka [...]
Diulas pada August 6th, 2009 at 2:48 pmnice.. thanks rohaizad kerana berkongsi maklumat ini…
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 7:59 am
No problem…
ada org yg betul2 dah withdraw ke? kalo sy tak silap faham blog anda, mcm cuma dah add service kat m2u kan?
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 4:04 pm
IcedNyior, rasanya mungkin kamu belum jelas. Sila baca lanjutan catatan ini di sini:
http://www.rohaizad.com/2009/08/06/langkah-mengeluarkan-duit-dari-paypal-menggunakan-maybank-visa-debit-card/
wah. nak kena daftar debit kad maybank ar camnie. huhu.
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 4:02 pm
Daftar jangan tak daftar Aman
Wah.. thanks a lot for the info!
really appreciate it!
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 4:18 pm
Glad you like it!
wah ini sudah bagus,baru teringat nak apply Tunemoney kena charge lak tu nk apply.ni kire free ok la..
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 7:58 am
Yup, betul betul.
Salam bro, nak request sket panduan… Aku ada member yang jual produk kesihatan melalui blog dia, kebetulan produk tu dpt sambutan dari luar negara spt Singapora dan lain-2. Masalahnya, skrg org dari luar negara tu nak bayar kat dia cmne ek barang tu kalo dia order? Boleh bagi guide sket? Mgkin dengan PayPal ke, atau melalui credit card ke? Apa-2 ajelah janji dgn cara tu memudahkan org luar Malaysia beli.
Jana Pendapatan Dari Blog
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 7:58 am
Apa-apa payment method pun boleh. Janji boleh buat pembayaran.
[...] mesej saya semalam mengenai berita ini. Terima kasih juga buat saudara Rohaizad kerana menulis post di blog berkenaan berita gembira [...]
Diulas pada August 13th, 2009 at 10:39 ambagus ni.
terus boleh buat via online guna maybank2u ke bro?
cam debit card public bank kena bgtahu kat bank dulu kan utk internet banking..
leh phm ke soklan aku ni…
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 8:07 pm
Iya… betul betul.
Wah Bro,
Uncle dah buka Atniz.com. best jugak we tu, mudah baca dan tak keliru. Thanks bro, satu lagi web berguna buat newbie.
rohaizad Reply:
August 21st, 2009 at 3:21 pm
Sama-sama…
wah..berita baik untuk newbie cam saya ni, baru carik time nak g buka akaun ar rahji..(biase le baru dapat keje, susah nk cuti)…TAPI sekarang xyah buat dah sbb leh pakai maybank je..hehe..
thank for dis info bro..gua caya sama lu
rohaizad Reply:
September 9th, 2009 at 12:37 pm
No problem… janji boleh buat kat Maybank tu cepat-cepat.
hehe… is there any english..
i cannot understand it..
rohaizad Reply:
September 9th, 2009 at 12:40 pm
Majal, unluckily… I still don’t provide it yet. But you can try Google it cause I believe there’s many tutorials regarding it that have been provided lately by many bloggers as well.
“This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card.”
saya telah verify kad tersebut guna kad debit maybank, tetapi isu tersebut yang keluar..
kenapa ya. adakah kad maybank ini hanya untuk pengeluaran sahaja, tetapi untuk verify tidak boleh.. adakah hanya kad public bank sahaja yang boleh?
terima kaish..
rohaizad Reply:
October 7th, 2009 at 9:09 pm
Syam,
Kad Debit Maybank hanya untuk WIHDRAW, bukan untuk VERIFY. Rasanya dah jelas kat atas tu ditulis WITHDRAW PAYPAL, bukan VERIFY PAYPAL kan?
syam Reply:
October 7th, 2009 at 10:23 pm
salam.. terima kasih kerana menulis..
oo.. ye ke, memang tajuk withdraw, ingatkan ada tajuk lai berkaitan dengan kad maybank ni, kot2 saya tak jumpa ke berkaitan dengan Verify..
bilalah plak, maybank nak buat verify ni..
kiranya, lepas saya verify tu, barulah saya boleh add kad ni untuk withdraw plak ke?
sori sesangat sbb saya tak biasa pakai benda ni.. selalu dok guna pun liberty reserved je. tapi susah skang ni, nak cari changer..
ok, terima kasih sesangat..
kalau berkaitan dengan kad debit plak..
antara ke tiga2 ni.. mana lagi elok nak di daftarkan:
1. kad debit eon bank
2. kad debit public bank
3. kad debit ambank
terima kasih atas tulisan..
rohaizad Reply:
October 7th, 2009 at 10:27 pm
Lebih mudah untuk gunakan Ambank NexG Card. Ini ada satu artikel yang boleh membantu:
http://www.post-buzz.com/2007/06/04/the-complete-steps-on-how-to-verify-your-paypal-account-with-nexg-card/
salam..sy nk tny,,
sy br bkk acc paypal,
tp tak leh nk verify lg..
sbbnye tak tau mcm mana nak dapat nombor empat digit ty dr card statement..cam ne ye??
help me..:))
thanks
adess..~~hehe..thank u..:))
kalau guna VCC tu leh jugak ke tuk verify?
ya guna vcc acc memang boleh utk verify pay pal
Salam, saya ada skit kemuskilan..
1) Kawn sy ada verify guna VCC. TAPI tempoh expired dia telalu singkat. Daftar 14 Nov. Expired date VCC 14 Feb 2010. Memang 3 bulan je ke? lepas 3 bulan tu acc.paypal mcmana? atau lebih baik buat debit visa public bank je..
2) Saya da ada debit crd maybank. Akaun paypal dah ada,tapi belum verify.. Mengikut crita komentar di atas sya kena verify dengan buat debit card visa public bank dulu.. kemudian baru saya add maybank debit untuk widhraw. Eemm betul ke apa saya kata ni?? harap dapat bantuan otai2.
Terima kasih moga bertambah rezeki semua.
p/s:- tolong email pd saya jawapan ni. TQ..
rohaizad Reply:
November 14th, 2009 at 11:00 pm
Jawapan:
1) Mengenai VCC, itu tak berapa pasti sebab tak pernah guna sebelum ni bro.
2) Seperti yang di katakan di atas, itu adalah benar.
[...] mengeluarkan duit paypal melalui kat Maybank Visa Debit seperti yang dilaporkan on En. Rohaizad di link#1 and link#2. Sekarang pengguna paypal da boleh keluarkan duit anda melalui transaksi fund transfer [...]
Diulas pada November 16th, 2009 at 3:18 pmsalam..
bro..berape hari process keluar duit paypal ke maybank??
rohaizad Reply:
December 11th, 2009 at 2:09 pm
Rasanya semua jawapan itu sudah terang lagi bersuluh di paparkan dalam laman web Paypal.
salam…
berdasarkan kepada artikel diatas, maybank Debit Card dan blh digunakan dalam paypal, cuma sy ada sedikit persoalan, berapakah fee yg Maybank kenekan utk Debit Card nie?
mksd sy fee mcm Public Debit Card caj setiap tahun RM24.00…adakah maybank Debit Card ada caj mcm tu juga?
rohaizad Reply:
December 20th, 2009 at 6:37 pm
Sila hubungi pihak Maybank untuk penjelasan.
salam,
sy ada masalah..
sy baru mohon maybankard debit..lepas siap,terus buka paypal akaun dan link kan..sampai le ke tahap dia suruh masukkan 4 nombor..yg silapnya sy g masukkan no contoh “1234″..klik “submit” 3 kali dan last2 kad tu disable drpd paypal..sy pun taip form yg dia bg spy dpt enable balik kad tu..sedih betul..
hmm..agaknya berapa hari ek paypal leh enable balik kad maybank sy?..
lg satu, sy dh veify guna vcc dulu..klu masuk kad baru,mcm maybank tu kena verify lg ke??
tolong ye..
rohaizad Reply:
December 20th, 2009 at 6:36 pm
Tak pernah hadapi masalah macam tu. Sila hubungi Paypal sebab itu di luar bidang kuasa.
salam saudara…
akak dah ade debit kad EON combi mastercard.Akak dh daftar akaun paypal.masaalahnya sekarang akak tak tau camne nk verify utk dapat kod 4 digit.Perlukah akak daftar EON BANK ONLINE dahulu?
rohaizad Reply:
December 20th, 2009 at 6:34 pm
Kena tengok dalam akaun EON online. Semua bank akan sediakannya.
salam bro ijad..sy tgh nk register MSOS tu tp expired date tu nk tgk kt mane eh? terus tangguh dlu nk isi td takut silap. sori sy mmg tk tau ni..
em fyi sy guna debit kad…ade ke expired date?
rohaizad Reply:
December 30th, 2009 at 6:58 pm
Terang-terang di ada di tunjukkan di atas kad.
haah..dh perasan dh td mase belek2 kad mase tgh konfius tu..sori bro jgn marah ye..first timer ni sbb tu menggelupur skit td..hehe..ape pun terima kasih bagi info ni.
rohaizad Reply:
December 30th, 2009 at 11:44 pm
No problem…
bro, masa nak verifeid guna debit card maybank ni..kelauar mcm ni plak..
This card has been disabled for entry into the PayPal system. Please add a different card. You may also contact us using
apa ni?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 12:19 pm
Sebab kad itu di gunakan untuk VERIFY, sedangkan artikel ini menceritakan bagaimana hendak WITHDRAW.
VERIFY dan WITHDRAW itu maksudnya lain. Sila rujuk kamus untuk pengertian yang lebih jelas.
jadi, saya boleh guna x dulu paypal ni walaupun xdi VERIFIED? ataupun kena guna VCC dulu?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:15 pm
Lagi bagus kalau verify dulu. Sebab itulah Paypal suruh kita verify.
ok, thank bro rohaizad..boleh saya buat mcm ni>
saya VERIFIED guna VCC dan lepas tu WITHDRAW guna debitcard?
rohaizad Reply:
January 9th, 2010 at 1:18 pm
Boleh kot… entahlah. Tapi cubalah dulu sebab saya tak pernah menggunakan VCC kad selama ini.
salam
info yg awk bg sgt membantu.
saya beli brg melalui ebay dan nk byr guna paypal n debit card maybank.first time ni.
mula2 confius jugak,maklumla xde sape nak ajr cmne nk wt sume tu.
tp dgn info awk,saya berjaya.thank u very much.
[...] Kelmarin aku menukar kad lama Maybank kepada Kad Debit Visa Maybank setelah mendapat tahu melaluinya boleh mengesahakan dan mengeluarkan duit melalui paypal. Itu pun setelah aku mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh saudara Rohaizad di blognya, “withdraw paypal menggunakan maybank visa debit kad“. [...]
Diulas pada February 20th, 2010 at 4:00 pmwah, terima kasih atas info yg diberikan. tp malang sekali, sy belum buka akaun paypal. ades, slow betul sy ni.
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:29 am
Kalau boleh, baik buat secepat mungkin
pasal ‘pp1234′ tu die akan hantar kat mana ye?
rohaizad Reply:
March 8th, 2010 at 10:18 am
Cek dalam akaun bank statement.