Coaching Smart Blogging yang terakhir sebelum tibanya Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: August 6, 2009 onlineSalam blogging semua
Sebaik sahaja entri mengenai Withdraw Paypal menggunakan Maybank Visa debit kad diterbitkan semalam, aku ada terima email yang menyatakan “betapa gembiranya” mereka (blogger dan internet marketer) di Malaysia ini kerana urusan pengeluaran duit Paypal melalui Maybank Visa Debit Card telah dipermudahkan.
Dan hari ini setelah satu lagi catatan mengenai Langkah mengeluarkan duit dari Paypal menggunakan Maybank Visa debit card diterbitkan, semakin ramai yang email dan nyatakan perasaan yang sama tetapi hasrat yang berbeza.
Hasrat yang berbeza?
Umum sudah mengetahui yang Seminar + Bengkel Buat Duit Dengan Blog di KL telahpun DIBATALKAN. Tapi saban hari semakin banyak email yang meminta supaya ianya di anjurkan semula (ditambah lagi dengan pendedahan blogging selepas Seminar di UTM Skudai tempoh hari).

Ini adalah satu perkara yang agak pelik dan mengelirukan kerana tempahan telahpun dewan seminar hotel di KL telahpun dibatalkan.
Walaubagaimanapun, setelah difikirkan semula dan atas request dari bakal peserta… aku akan cuba untuk menganjurkannya. Cuma Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog kali ini TIDAK akan di adakan di KL. Aku hanya mampu adakannya di JB.

Masalahnya sekarang ini ialah kebanyakan tempat untuk coaching semua sudah ditempah oleh pihak lain, termasuklah cyber cafe yang aku selalu guna. Jadi aku masih lagi dalam keadaan samar-samar untuk menganjurkannya.
Cuma satu sahaja yang aku boleh usahakan sekarang ini ialah JIKA aku GAGAL untuk mendapatkan hotel ataupun tempat yang lebih selesa, maka aku HANYA boleh menerima 10-12 orang peserta sahaja untuk acara 15hb -16hb Ogos (coaching yang terakhir) ini. Itupun tak sure lagi di mana hendak buat coaching ini… pheewww.
So bagi sesiapa yang BERMINAT (dan cukup syarat), silalah buat TEMPAHAN TEMPAT duduk terlebih dahulu dahulu. Kalau dapat tempat yang sesuai, mereka yang telah membuat TEMPAHAN TEMPAT akan diberi PRIORITY terlebih dahulu. Ada peluang, kita akan berjumpa di dalam Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog 15hb dan 16hb Ogos nanti.
Sila buat tempahan melalui email ini yang disediakan di bawah (sebarang tempahan melalui email lain TIDAK AKAN diberi keutamaan):
email: tempahan@seminarblogging.com
Pendek kata, bulan puasa nanti at least dah boleh bermula. Dan hasilnya bolehlah dituai kemudian. Tapi sekali lagi aku highlightkan… ini untuk mereka yang BERMINAT sahaja, bukan atas dasar ikut kawan ataupun seumpamanya.
p/s: Hantar nama dahulu, jadi atau tak jadi… lain citer. Kita hanya mampu merancang. Apa pun, aku akan umumkan STATUS seminar pada hari Rabu minggu hadapan.



Peluang menarik bagi warga JB dan warga laur jb yang berhampiran utk menuntut ilmu dari sifu Rohaizad…
Malangnya, that time aku kat SAbah lah pulak..attend conference…kat KK…
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 3:07 pm
Insya Allah.. tahun depan kita akan berseminar lagi.
cyza Reply:
August 6th, 2009 at 5:13 pm
Ishk…maybe lepas raya mana tau sempat…. tak pun aku raya pi rumah ko la ijad…amcam…? boleh ka? anak2 aku mesti dapat duit raya currency USD…hehe
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 5:17 pm
Hahahaha.. boleh no problemo.
cyza Reply:
August 9th, 2009 at 8:43 pm
Eh…nak kasih tau la…semalam adik aku balik dari KL, cuti kejap. PAstu ada lah citer pasal rohaizad.com. dan dia kata ko dengan dia duk sebelah2 masa kat sekolah agama kat kg melayu…. rupanya, adik aku tu member dengan ko dulu-dulu…Nama dia Aziruddin @ Din …blog dia Budeen.com, tapi kurang aktif lah… ko kenal dia ke? saja je tanya…
wallahua’lam…
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 8:45 pm
Laaa.. patutlah. Dari hari tu aku nak tanya ko Zaki,… tapi aku just assume pelanduk 2 serupa. Sebab cara dan attitude ko memang sama.
Adik ko member baik aku .. serious! Ko boleh tanya dia sikit punya jahat aku kat kelas.. dia jelah yang tau. hahahahah
Salam Bro,
Kalau tak ada tempat, nanti Uncle cuba arrangekan kat Komplek Belia Larkin, dia orang pun ada Cyber Cafe. Dapat murah sikit. Uncle pun boleh tumpang jugak…
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 3:10 pm
Yup, baru je deal dengan member yang sorang ni. Dia sedang tanyakan. Anyway, thanks Uncle.
p/s: lama tak dengar berita… sihat?
Azhar Reply:
August 6th, 2009 at 5:02 pm
Uncle sihat aje. agak sibuk sikit.
mungkin peluang warga KL utk berguru dgn ko jad tak menjadi kali ini.
esok lusa sape tau.
rezeki ada di mana2…
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 4:21 pm
Tak menjadi?
Bukan macam tu. Majoriti warga KL memang tak minat menjana duit dari blogging. Itu memang pasti.
boy_bersahaje Reply:
August 6th, 2009 at 7:41 pm
Pedasnye!!!
mazuki selangor2u Reply:
August 8th, 2009 at 8:21 pm
diorang semua dah kaya la…nak wat apa lagi wat duit
pcuserz Reply:
August 9th, 2009 at 5:59 pm
bukan sumer org KL tak berminat.
masakan sanggup turun jb or melaka datang coaching ko jad.
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 6:03 pm
Ko lain… ko superb!
hah…. apa tungu lagi.
daftar jangan tak daftar.
joint jgn tak joint
percayalah….
korang tidak akan rugi meletakkan pelaburan untuk menghadiri personal coaching nih.
(coaching nih amat berbeza dengan seminar)
aku telah memulakan langkah untuk berblog menggunakan tunjuk ajar rohaizad.
banyak gila rahsia dia yang korang pasti teruja dan terkejut.
adios
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 5:15 pm
Thanks Hisyam.
p/s: nanti dah “pecah telur”, aku belanja makan
motokriss Reply:
August 7th, 2009 at 11:36 am
tenkiu
tenkiu
heheh
Lepas hadir seminar di UTM tempohari, nak sesangat le tambah ilmu kat Bengkel Ijad ni. Walaubagaimanapun, syarat- syaratnya belum dipenuhi lagi.
Insyallah akan diusahakan juga.
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 5:14 pm
Insya Allah… nanti kita akan berjumpa di lain waktu ye kak
Nak tnya skit..seminar sebelum ramadhan n yang kat UTM skudai tuh lain2 ker? dua seminar yang berbeza or seminar yang sama??
rohaizad Reply:
August 6th, 2009 at 5:13 pm
Satu soalan yang bagus. Yang kat UTM tu tak jadi sebab UTM ada konvo. So itu yang tengah cari tempat lain.
mazuki selangor2u Reply:
August 6th, 2009 at 10:06 pm
jemput la datang konvo utm…dekat je tuh kat blok aku…hahahaha
waah buat dua hari ker?
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:02 pm
Rasanya satu hari je kot. Hari Ahad.
adusss
yg 15 atau 16 hb ni x jadi kt utm?
adus
pastu mcm mana bro
saya berminat ni
hoho
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:02 pm
Sila lihat info terbaru.
yg pasti
saya tempah satu
kalau kt larkin jadila
hoho
kalau yg jauh2
problem transport lak
leh mintak tolong wanmus pegi anta ni
hoho
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:01 pm
Insya Allah…
Salam bro ijad..
nak tny ni..
nape bila sy dftar utk clickbank, after isi sume detail kat form sign up and submit borg tu, mst de kuarkan balik form y same?? ade masalah ke?
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:00 pm
Uikss?
Ye ke?
Tak pernah pulak berdepan masalah macam tu so far.
Salam Bro… Nampaknya bisnes makin mantap? Tahniah. Biler plak nak buat dekat Malaysia Timur? Bleh gak join.
Btw, terkejut& sedih jugak dapat berita yg k’jaan nak filter internet ala China hari ni. Mcm manala filter 2 agaknya. Dibuatnya tak boleh access website dari luar negara, naya jugak IM mcm kita ni. Apa pendapat Bro Ijad?
Berita 2 saya baca dari sini.
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 1:59 pm
Ye ke?
Kalau betul, maknanya kena cari alternative lain le gamaknya
Assalamualaikum. Suka dan bangga melihat progress saudara. Rasanya kerjaya ini semacam sesuai benar dengan charactor dan minat saudara. Semoga “terbang” tinggi lagi…
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 1:56 pm
Dan untuk blogger lain juga…
Aku selalu pergi seminar atau kursus anjuran majikan tapi seminar buat duit dari blog belum pernah. Kot2 company aku nak buat aku lantik kau jadi vendor kami huhuhu.
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:20 pm
Huhhhh?
Bertuahlah kalau ada company yang sanggup organizekan seminar macam tuh….
Tapi apa salahnya, bisa diatur pak!!
bulan puasa…cuti ke,,buka kat Barza ramadan kan boleh….hehehe..
rohaizad Reply:
August 7th, 2009 at 2:21 pm
Barza Ramadhan?
nanto tak sengaja pulak makan kuin seri muka.. susah pula nanti… ekekekeke
Yang Pasti nya 15 ke..16…aku nak ikuti..sebab 2 hari ni aku kerja.senang nak apply leave.apa kata coaching kat umah kaula senang…
rohaizad Reply:
August 8th, 2009 at 5:31 pm
Insya Allah… sedang diusahakan.
hoho..sorry bro, lab UTM tidak dibuka time konvo. time lain boleh buat..lepas raya kot kita wat kat UTM ke..tempat insyallah banyak..
rohaizad Reply:
August 8th, 2009 at 5:29 pm
Boleh… aku pun sedang dalam survey-survey tempat nih…
Insallah; ilmu tak cukup lagi !!! masih kurang, rasa- rasa tak memenuhi syarat lagi tak cukup dengan minat aja?
rohaizad Reply:
August 8th, 2009 at 5:31 pm
Saya tak nampak lagi yang Kak Bib boleh menceburi bidang ini.
Soalan yang Kak Bib beri pada saya masa lepas lunch di UTM itu pun sudah cukup untuk menunjukkan yang saya yang Kak Bib belum bersedia.
Malah saya pun tak faham apakah maksud sebenar Kak Bib memberi saya soalan sebegitu. Teruk sangatkah saya ni Kak Bib?
** Saya tak tahu apakah MOTIF Kak Bib perli saya. Terguris hati saya. Takperlah…. Kak Bib kuatkan dulu asas blogging.
bro, bila nak sambar ofis sendiri ni?
takyah pening pasal CC yg dah dibuking org lain…
rohaizad Reply:
August 8th, 2009 at 5:28 pm
Harga kat JB ni melampau-lampau laaa. Tapi takper, memang sedang usha …
samdaddycool Reply:
August 9th, 2009 at 12:28 am
tu la aku ckp buat opis kat Pontian (Kukup ke..
) senang sikit nak makan ikan bakar sambil blogging santai..
)
buat kat JB best…tak ada tol
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 8:58 am
Cehhh… ada ke TOL yang dijadikan cerita… hahahah
hello bro,
taknak buat e-book ke pasal blogging nih..mesti ramai nk beli..
rohaizad Reply:
August 9th, 2009 at 6:01 pm
Ebook?
Kalau ebook pasal blogging nie, dah beribu orang jual kot.
razak Reply:
August 10th, 2009 at 8:42 pm
beTul la bro,
Tapi kalau rasa cara bro nie unik.Lain dr yang lain,boleh kot.Apapun direct coaching is the best..baca pun kadang2 x paham.cuma e-book utk dapat reach to many people..peacee
myarsenal Reply:
August 14th, 2009 at 9:09 am
betul tu, kdg2 ebook ni x dpt menyelesaikan masalah… f2f ni dapat memudahkan lg pembelajaran dan kita dpt tahu siapa yg kita deal of… x gitu
sy nk pegi gak bengkel awk nih… hik3
[...] p/s: I’ll miss Ijad’s coaching session… [...]
Diulas pada August 9th, 2009 at 8:51 pm