PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: August 15, 2009 online
Ada orang kata blog adalah tempat untuk meluahkan isi hati. Ada orang kata blog tidak lari seperti online diari. Pada satu pihak, blog juga dijadikan sebagai satu wadah untuk mencari kenalan, melebarkan ideologi dan juga untuk mencari pasal.
Tidak lupa juga pada satu kenyataan yang diberikan oleh sesetengah orang bahawa blog ini umpama satu dunia yang penuh dengan penipuan. Jadi antara semua yang disebutkan, mana satukah yang BETUL dan mana satukah yang SALAH?
Jawapannya:
SEMUA yang disebutkan di atas adalah BENAR belaka, tiada satu pun yang salah kerana itulah fungsi blog. Apa sahaja yang ditulis di dalam blog, maka itulah yang akan di sampaikan.
Blog sebenarnya bersifat “tabligh”, jadi kalau apa yang disampaikankan itu bagus pengisiannya… maka baguslah hasil yang diperolehi oleh pembacanya.
Begitu juga fungsi blog sebagai medium untuk menjana pendapatan. Sesiapapun berhak untuk memberikan yang terbaik di dalam blognya. Semakin informative sesebuah blog tersebut, semakin “cantiklah” penerimaan yang akan diberikan oleh pengunjungnya termasuklah menjadikan blog sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan.
Terdapat pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan melalui blog yang kita ada. Kalau hendak disebutkan satu persatu memang banyak. Tetapi hari ini aku akan memilih satu sahaja daripada cara-cara yang ada iaitu menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog.
Apakah yang dikatakan sebagai PROGRAM AFFILIATE?
- Program affiliate adalah salah satu program yang bersifat PAY PER SALE. Setiap jualan haruslah melalui link affiliate yang kita miliki.
Sebagai seorang affiliate member, kita mempunyai kuasa penuh untuk menjual produk affiliate sebanyak mana pun (UNLIMITED) kerana semakin banyak jualan yang kita lakukan, semakin banyaklah KOMISYEN yang akan kita perolehi. Untuk hari ini, aku akan fokuskan kepada aspek blogging di Malaysia, bukan antarabangsa.
Berbaloikah untuk menjadi seorang affiliate?
Bukankah itu produk orang lain, bukannya produk kita…?
Apakah keuntungan menjual produk orang lain?
- Memang betul itu produk orang lain. Sebab itulah dinamakan AFFILIATE. Kalau produk sendiri… bukanlah AFFILIATE namanya. Kalau ada yang rasa ragu-ragu untuk menjadi seorang affiliate, let’s get back to basic atau mari kita balik ke pokok pangkalnya iaitu mengenai MODAL.
Menjadi seorang affiliate member tidak memerlukan sebarang MODAL. Maksud MODAL di sini ialah kita tidak perlu memerah idea dan melabur sebarang duit untuk melahirkan sesuatu produk. Kita juga tidak perlu membayar untuk menjadi rakan kongsi kepada tuan punya produk tersebut.
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mendaftar sebagai affiliate member (rakan kongsi kepada tuan punya produk), kemudian gunakan link affiliate yang telah diberi untuk melakukan promosi. Jika ada sales, sama-samalah kita dan pemilik produk itu mengira keuntungan yang ada. So ADIL`kan?
Bagaimana untuk menjual produk affiliate melalui blog?
- Haaa… inilah yang selalu difikirkan oleh kebanyakan blogger kerana ramai yang kata “nasiblah… kalau ada, ada… kalau takde, takdelah rezeki”.
Malah percaya atau tidak, banyak buku-buku yang ada di pasaran ketika ini pun hanya tahu cakap “boleh buat duit dari blog dengan menjual produk affiliate” tetapi ramai yang TIDAK menerangkan teknik dan kaedah yang boleh dilakukan.
Mengapa ini boleh berlaku?
Sebab ada di antara mereka sendiri pun tidak tahu cara untuk melakukannya. Lebih menyedihkan lagi apabila mereka hanya mengambil “ayat” tersebut dari web dan sumber affiliate yang lain.
Hakikat yang sebenarnya ialah sesetengah penulis buku itu sendiripun TIDAK TAHU bagaimana untuk buat sales affiliate di blog mereka. Hermm….. tahu cakap, tahu tulis tetapi bukannya ada apa pun. Borak kosong sahaja.
1. Buatlah REVIEW dengan jujur.
- Pembaca adalah manusia biasa yang mempunyai akal. Kalau kita review sesuatu produk affiliate tersebut dengan JUJUR, pembaca kita juga boleh merasainya dengan ikhlas.
Ini tidak… selalunya apa yang berlaku ialah kita copy paste semua yang ada di sales page ebook. Kemudian dengan selamba kita BUBUH bulat-bulat di dalam blog. Bila ini terjadi, masalah yang akan datang bukan datang dari produk itu, tapi dari blog kita sendiri. Iya.. blog kita akan jadi “blog sampah” melainkan kalau kita claim yang artikel itu bukanlah satu review.
2. Bagaimana untuk membuat REVIEW dengan jujur?
- Mudah sahaja. Untuk membuat sesuatu review dengan ikhlas dan jujur, kita perlu tahu apa yang kita review`kan. Maksudnya di sini, kita mesti membeli dan menggunakan produk itu. Jika ianya sebuah ebook, maka kita perlu beli untuk mengetahui isi kandungannya.
Iya… kita mesti faham apa yang kita tulis, kalau tidak… macam mana kita hendak meyakinkan pengunjung dan pembaca akan produk yang kita reviewkan itu?
So persoalannya sekarang, kalau kita tidak memahami semua mengenai produk tersebut.. adakah review kita itu nanti benar-benar “jujur”?
** Rohaizad, tadi kamu kata program affiliate ini tidak memerlukan MODAL. Sekarang kalau kena beli ebook, maknanya dah melibatkan MODAL. Apa nih… saya tak fahamlah…!
- Sila fahamkan betul-betul. Mempromosikan link affiliate dan membuat review adalah 2 perkara yang berbeza. Mempromosikan atau meletakkan link di blog memang tidak memerlukan kos kerana ianya tidak melibatkan apa-apa REVIEW. Berbeza dengan satu keadaan yang lain di mana kita membeli produk tersebut dan selepas itu membuat REVIEW mengenainya di blog sendiri.
Ringkasnya, jualan affiliate di blog boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu jualan secara langsung dan secara tidak langsung (bukan jualan langsung MLM). Meletakkan link/banner affiliate di blog itu dinamakan jualan secara tidak langsung kerana ianya saling tak ubah seperti meletakkan iklan di blog.
Manakala meletakkan link affiliate beserta REVIEW adalah jualan secara langsung dan selalunya, jualan yang terhasil melalui link affiliate yang di letakkan di dalam REVIEW akan mendatangkan sales yang lebih banyak.
Ye ke?
Iya…. kerana pembaca selalunya akan menghargai apa yang kita lakukan. Lagipun, umum sudah mengetahui bahawa beribu ebook muncul setiap bulan dan jika kita membuat review secara jujur, itulah yang akan menambat hati mereka kerana paling tidak, kita telah membantu mereka dalam membuat keputusan.
3. “Jualan yang terhasil melalui link affiliate yang di letakkan di dalam REVIEW akan mendatangkan sales yang lebih banyak”. Boleh terangkan apakah kelebihan review produk affiliate di blog sendiri?
- Iya benar. Jika kita membuat review/ulasan untuk sesebuah produk/ebook, kita mempunyai advantage dari segi Search Engine Optimization (SEO). Serious… inilah yang terjadi kepada review yang telah aku buat untuk Pakej Video Puan Lisa.
Di Google, mana-mana pengguna internet yang menaip beberapa keyword berbahasa Melayu seperti yang tertera di bawah pasti akan tertumpu ke blog rohaizad dot com ini:
a) Menjana pendapatan dari Youtube.
b) Menjana pendapatan dari Pakej Video.
Manakala di Yahoo kalau taip Pakej Video, link affiliate aku akan berada di tangga teratas sekali (PakejVideo.com adalah cloaked link aku). Silap haribulan, orang yang hendak mencari harga pakej video bagi majlis perkahwinan pun akan sampai ke blog ini.
Untuk bulan ini sahaja sudah 4 (RM80.00) sales yang telah dijana. Bulan-bulan yang sebelumnya pula ada yang mencecah RM180.00 -RM260.00. Bukan mendabik dada tetapi itulah kajian yang aku sendiri lakukan (setiap bulan memang ada saja sales dari affiliate pakej video -without any failed-).

Begitulah juga dengan apa yang berlaku pada pakej BlogCashBluePrint.
Walaupun catatan yang aku tulis itu bukanlah satu review, tetapi kelebihan SEO yang ada telah membuatkan SERP (Search Engine Result Page) untuk “blogcashblueprint” milik aku sepenuhnya di Google (iya… blogcashblueprint.pinurl.com itu ialah link affiliate aku). Sama juga di Yahoo… tidak percaya, Google`lah sendiri
Bagaimana dengan sales atau jualan?
Sales dan jualan juga datang secara organic. Cuba lihat screenshot di bawah:

Sungguh… aku sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan ADWORDS ataupun FACEBOOK untuk menjual produk affiliate. Nak guna ADWORDS pun tak tahu…. huhuhuhuh. Semuanya hanya melalui blog.
Rohaizad… kamu pun sama… tahu tulis sahaja!!!
Kalau kamu tu tahu sangat, kamu ceritakanlah pada kami pembaca kamu apa yang kamu lakukan selama ini. Kami pun ingin menjana pendapatan dari blog kami sendiri !!No problem… takdak hal punya.
Aku akan cerita semua yang aku lakukan TANPA perlu kamu membayarnya. Iya…kalau ikutkan ada juga member aku di sini yang kata “buatlah ebook.. jual info tuh!” tapi rasanya aku masih lagi ingin memberikannya secara PERCUMA. Buat amal sket…
4. Apakah teknik yang boleh dilakukan untuk menambah “KEPEKATAN” keyword produk affiliate tersebut di blog kita?
- Baiklah… di bawah ini adalah antara teknik-teknik mudah yang aku lakukan selama ini:
a) Apabila tiba masa untuk buat review, pastikan kita tiada NIAT semata-mata untuk menjual.
Berikan info yang berbaloi untuk DIKONGSI bersama. Apabila reviewnya bagus dan meyakinkan, biarlah keputusan membeli itu dibuat oleh pembaca/pengunjung. Tetapi bagus di sini bukanlah review yang positif tak tentu pasal…
Review adalah suatu cerita yang disediakan untuk MEMBUAT orang lain supaya BERFIKIR. Bukan untuk meminta orang supaya MEMBELI. Kejujuran dalam sesebuah review itulah yang menambat hati prospek.
b) Satu review sahaja tidak akan dapat menjamin hasil untuk menjual.
Apa yang penting selepas itu ialah proses LINKBAIT. Maksud di sini ialah kita mesti selalu melakukan LINKBAITING di dalam blog sendiri. Yang kelakarnya, ramai yang tahu LINKBAIT tetapi “malas” untuk melakukannya.
Sila lihat contoh di sini:
- Artikel yang menggunakan kaedah LINKBAIT. (Asal artikel ini adalah artikel mengenai blogging, tetapi di pertengahannya… ada diselitkan link untuk Pakej Video.
Naaahhh… di sinilah kebarangkalian untuk jualan akan berlaku kerana LINKBAITING diantara artikel baru dan artikel lama akan mewujudkan satu keadaan yang “fresh” atau tidak jemu)
===> Jika kita berjaya menjana pendapatan dari program yang kita review gi blog sendiri, jangan lupa untuk update’kan REVIEW tersebut supaya KEYAKINAN bakal pembeli akan sentiasa bertambah. Gunakan skill LINKBAITING untuk memberikan lebih sensasi kepada review asal.
c) Lebih lama pembaca berada di blog kita, lebih bagus!!!
- Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri adakah blog kita ini membosankan atau tidak?
Beberapa tahun lepas, aku ada satu artikel Inggeris berkenaan BLOG POTENTIAL. Dalam artikel itu, penulis itu ada mengutarakan yang “lebih lama pengunjung anda berada di blog anda, lebih tinggi kebarangkalian berlakunya sales”.
Maksudnya di sini kalau pengunjung hanya datang selepas 15 saat, mereka terus meninggalkan blog kita… itu sangatlah merugikan. Tiada apa yang istimewa mengenai blog kita dan apabila orang tak suka blog kita, sudah pasti mereka tidak akan membeli dari kita.
Inilah yang aku usahakan selama ini. Mari kita imbas kembali sejarah pengunjung yang paling lama berada di blog ini:
- Juara (orang Sabah)
- Naib Juara (orang Melaka)
*** Bagaimana untuk membuatkan pengunjung berada lama di blog kita?
Seperti yang dikatakan di atas, janganlah buat blog sendiri sebagai “blog sampah”. Jangan suka update blog dengan semua PROGRAM AFFILIATE.
Kalau semua entri kita mempunyai MOTIF hanya untuk menjual, orang akan bosan dan jangan haraplah blog kita menjadi pilihan sebab kalau benar itu semua berlaku, memang SAH sampai bila pun sukar bagi kita untuk jana pendapatan melalui blog.
d) Menggunakan tools CLOAKED LINK percuma seperti tinyurl.com dan offto.net.
- Kalau hendak cloaked affiliate link dengan menggunakan subdomain sendiri pun boleh, tapi kedua-dua tools di atas juga amat membantu dalam penjualan produk affiliate.
Walaubagaimanpun, rasanya Offto.Net lebih baik kerana tools tersebut telah menyediakan SEO di bahagian HEADER. Bukan itu sahaja, OffTo.Net juga menyediakan fungsi “tracked” untuk kita melihat berapa banyak jumlah klik yang diterima.
Apakah yang istimewa mengenai SEO di bahagian HEADER?
Sekarang cuba perhatikan fungsi SEO yang telah disediakan oleh pihak OffTo.net pada bahagian kotak yang berwarna merah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Dan sekarang mari kita lihat hasil setelah link itu di cloaked:

Nama program itu sudah berada di bahagian header bersama dengan keyword yang diinginkan. Untuk lebih real, mari kita lihat sekali lagi keyword untuk keyword “blogcashblueprint”:

Terus terang aku katakan kalaulah PinUrl.com itu masih lagi wujud, maka aku lagi prefer untuk menggunakannya berbanding OffTo.net kerana Pinurl memberikan kita pilihan untuk meletakkan keyword affiliate yang kita inginkan di bahagian depan domain, tidak seperti TinyUrl.com dan Offto.net.
e) Menggunakan skill asas seperti BOLD pada keyword juga boleh dilakukan.
Selain dari itu, mengadakan pertandingan juga sangat membantu lebih-lebih lagi jika pertandingan itu membolehkan link affiliate produk kita berada di blog orang lain.
Jika ada yang mahu lebih advance, agresif tetapi unik, kita boleh menyediakan satu page untuk pembaca lain download REVIEW yang telah kita buat supaya mereka boleh membacanya walaupun ketiadaan internet. Opsss.. pastikan link affiliate kita berada di dalamnya supaya apabila pembaca tersebut berada online, maka link kita dapat di klik terus.
Affiliate adalah satu bidang perniagaan yang bagus untuk diceburi. Tetapi perlu diingat semua tips yang aku kongsikan di atas hanyalah sebahagian dari dunia affiliate. Masih terdapat banyak lagi cara untuk menjana pendapatan dengan program affiliate seperti:
i. Mailing list marketing.
ii. PPC program (pay per click).
Sekali lagi, REVIEW yang menarik selalunya akan berakhir dengan JUALAN. Dan mereka yang membeli hasil dari REVIEW yang bagus amat jarang sekali mengharapkan REBET kerana mereka membeli dengan ikhlas. Cuma kalau katakanlah kita sebagai blogger ingin memberikan hadiah kepada pembeli, itu terpulang. Semuanya bergantung pada niat.
==========================================================
Dalam dunia sales sendiripun telah termaktub…
“Bukan semua orang membeli disebabkan produk yang kita jual, tapi 80% orang akan membeli kerana mereka menyukai kita sebagai penjualnya”.
Tak percaya?
Cuba bayangkan Nora Danish selipar jepun dengan harga RM80.00… aku sendiri pun akan beli. Nasib baik Nora Danish takde buat affiliate. Kalau ada, confirm aku aku promote giler H1N1 untuk produk dia….!!
p/s: Itu sahaja catatan untuk hari ini. Harap dapat membantu.







penerangan yang cukup padat bro.. baru paham..
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:22 am
Harap boleh dimanfaatkan
ibnujusup Reply:
February 20th, 2010 at 4:08 pm
thanx bro… baru terbace entry ni, lps terclick dari entry lain…
rohaizad Reply:
February 21st, 2010 at 12:30 am
No problem. Bacalah, percuma lagi.
perfect information bro…aku pn bru nk mula berjinak dgn affiliate..tgh bt squeezepage tiba2 dpt email update new post kt blog ko..trus dpt maklumat baru..yg aku paling suka info psl cloak affiliate link tu…thanks again
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:25 am
Sama-sama… no problem.
betul kebanyakan mereka yg buat ebook tidak menerangkan cara kaedah yg betul.
Tapi aku x tahulah diaorg tahu kaedah yg sebetulnya…kot2 diaorg main copy, and then paste lepas tue edit dn jual…
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:31 am
Biasalah tu.. cuma kita kena pandai menilaikan jer. Bukan menuding, tapi bercakap mengikut pengalaman.
grr..thnks ijad dan artikel ni mungkin boleh dijadikan rujukan dan menarik orang untuk promote produk orang lain..mungkinkah produk aku satu hari nanti?hoho
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:31 am
Tak kisah… janji artikel ini boleh digunapakai dalam menjana pendapatan.
Assalamualaikum saudara Rohaizad. Nothing to say dan this words “you walk the talk!” Tahniah atas entry yang baguuuuuussss sekali.
Idea affiliate sambil blogging sudah lama bermain di fikiran. Akhirnya terjawab juga pada hari ini. Terima kasih banyak2. Moga niat beramal itu mendapat bahagian dariNya di sana nanti.
Tertarik dengan kes orang sabah yang lepak sampai 4 jam di blog ini. Macam mana nak dapatkan statistik itu. Adakah guna software khusus?
Oh ya, bilamana saudara ada kelapangan, jemputlah singgah ke blog saya dan mohon tinggalkan komen. Moga bermanfaat untuk pembaca.
Hari ini saya ada post satu entry yang memerlukan satu idea. Tentu ramai pembaca yang ingin tahu apa agaknya idea dari saudara Rohaizad.Maklumlah orang berpengalaman tentu ada something untuk dikongsikan.
Singgah ye..
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:35 am
Untuk dapatkan statistik tu, just mendaftar je dengan Sitemeter.com. Free version.
Artikel kali ini memang baik terutama bagi newbie yang mahu memulakan perniagaan internet dengan cara affiliate di blog. Thanx bro ijad atas info ini.
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:35 am
Rina – sama-sama.
Salam bro..
Sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada diri sendiri tentang bagaimana menjana pendapatan affiliate melalui blog.
Terima kasih.
Yang lain tu, harap2 perkongsian bro rohaizad ini diterima.
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:37 am
Mana yang nak terima tu, takde hal. Tapi kalau ada yang tak boleh terima panduan percuma pun, aku bukan boleh apa pun…. kan? kan? kan?
Aqif Reply:
August 18th, 2009 at 9:33 am
Btul2..
Btw, pasni leh suruh bro wat review e-book. Baru saya dapat tahu kelemahan dan kekuatan.
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 10:31 am
Yup, itu betul.
Huh..penat aku membaca. Tapi sangat worth!!! Aku ni memang tak pernah dapat duit dari affiliate. maybe kurang ilmu macam ko Jad. Yang penting, bagi aku affiliate ni promosi link tu bukan memain. Makin banyak tempat kita letak links affiliate kita, kebarangkailan dia makin tinggi untuk dapat sale. Thanks for the great info
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:39 am
Keep it up Boy. Dah dekat dah tu dengan dunia affiliate.
mantap! bab kata ko cun!
aku dah tahu dah semulia mana hati ko he3. tak macam mana orang lain tahu.
terima kasih sangat-sangat atas info yang terlalu penting di ambil tahu. sesetengah orang walaupun dah lama dalam dunia online tak semestinya tahu teknik-teknik tertentu.
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:40 am
Aku just story dari pengalaman jer… takde apa yang istimewa pun. Biasalah tuh..
Satu info yang sungguh berkesan untuk aku dan juga yang mahu berjinak-jinak dalam dunia affiliate…Nora Danish….cuba-cuba la kenen mana tau….
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:47 am
Nora Danish?
Aku on jer… cuma dia je yang memilih kot… huhuhuhu
memang maklumat yang mantap.. ni salah satu org suka duk lame2 kat blog bro termasuk la aku.. cuma,komen tu jarang sangat..ape2 pon, mmg aku follow blog bro..tak abis2 ngan maklumat..teruskan usaha bro..
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:46 am
Terima kasih… silalah datang lagi ye
bagus tulla info hg jad.menusuk di kalbu.Takpe sy budak baru belajar.
-Ikan2 tu pun macam praktis klik affiliate ja!
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:46 am
Huhuhuhuhu… semuanya bermula dari blog. So kayuh pelan-pelan…
wow! baru aku tersedar betapa banyaknya peluang yang terhidang untuk dicuba!
terima kasih rohaizad!
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:44 am
Teruskan usaha geng. Perjuangan masih belum selesai…
Satu perkonsian yang bagus jad,,,yang last tu aku lagi suka..nora danish?dalam maknanya tu….
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:42 am
Nora Danish?
Dah namanya jantan… kan?
Thanks Jad atas, teguran “buat review dengan ikhlas, bukan niat menjual”. Aku suka tips ko dgn teknik review, seterusnya menaikkan SERP utk promosi link affiliate.
p/s – aku teringin juga beli selipar Jepun RM80…
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:42 am
Nak beli gak ker… ?
Ingat sket bini kat rumah tu.. lainlah aku orang bujang… hahahah.
samdaddycool Reply:
August 16th, 2009 at 5:51 am
selipar aje…. bukan tokey selipar tu yang aku nak angkat ..ngehehheeee..
fuuhh..panjang tapi penuh informasi..
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 12:41 am
Thanks Merah…
p/s: teringat siot lagu Senja Nan Merah.
Seperti biasa, Rohaizad akan memberi maklumat yang amat berguna kepada pembaca blognya. macam tau2 jer orang lain ada masalah pasal menda nih. (terutamanya aku hehheheh)
sebab tuh dalam banyak2 blog kat M,sia nih Blog rohaizad.com masih aku kekalkan di senarai rss aku. yang lain aku dah malas nak baca.
Thanks for the good info bro. ayat yang melekat kat kepala aku “buatlah review yang ikhlas bukan review yang berniat untuk emnjual”
dalam maksud dia tuh..
huhuuuh
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 9:04 pm
Yup, blogger sekarang ni semakin bijak memilih.
abdfatah Reply:
August 18th, 2009 at 1:38 am
ikhlas sambil menjual. review memang best. praktikal dari review lagi best.
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 2:50 am
Yup, thanks abd fatah kerana sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini.
Terima kasih Rohaizad dengan tips yang menarik ni.
Baru saya tahu bagaimana nak review dengan cara yang betul…
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 9:03 pm
Sama-sama… biasalah tu… sharing
1st time aku dapat sale dari affiliate ialah sebab review dar blog aku…review itu sebenarnya pay per post IM kita untuk buat pertandingan ebook dia..
so, memang review di blog post adalah antara yang terbaik aku rasa…
satu lagi aku guna software profit protector untuk cloak link tapi yang lecehnya terpaksa la upload ke cpanel la plak…
nice tips bro…
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 9:01 pm
Yup… sebab tu aku sedih sebab PinUrl.com di shut down. Senang giler pakai free tools tu.
wahhh…
satu perkongsian ilmu yang cukup bagus!!!
mantop tips ko ijad..
aku pun dah byk merasai nikmat komisyen affiliate
melalui teknik review seperti yang diterangkan tu…
yang bestnya…
kita buat sekali saja review,
tapi hasilnya…berpanjangan…
setiap bulan masyuukkk..
ada 1 simple review yang aku buat
mengenai 1 produk beberapa bulan lepas…
hasilnya…kini setiap bulan (dah 3 bulan)…
aku dapat dalam RM200 lebih sebulan…
paling best…
duit komisyen tu masyuuuk, tanpa aku sedari…
tup2 awal bulan, duit komisyen affiliate ni masyukk.
memang best…ALHAMDULILLAH!!
lepas ni aku plan nak review 1 ebook lain plak…
baru saja dapat ebook tu, dan skang tengah baca,
esok lusa aku akan cuba buat review…
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 9:00 pm
Keep it up … semoga berjaya menjana sales geng!
Affiliate oh affiliate..
Aku suka affiliate ni..
Kadang2 tiba2 je dpt duit..
SIkit pun ok sebab bukan promo sgt..
teknik rohaizad ni mesti dpt tambah lagi income affiliate lelebih..
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 8:58 pm
Insya Allah Zool.. teruskan mencuba
Wah, untung Nora Danish. Haha. Banyak yang ko dalam post ni, Ijad. Thanks a lot. Erm, nak tukar topik skit, yang cakap Ceramic leh lepas dari BNM tu, ape citer ek? Any update?
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 8:55 pm
PAsal Ceramic tu, aku tunggu gak info dari “cable” kat sini. Tak sampai-sampai pun info tu, maybe sebab aku off handset sebab ada coaching hari ini tadi.
salam,
thanks bro ijad..artikel ni memang best..penuh berinformasi..Setiap bulan ada je produk yang kuar..nak promote kat mailing list atau emel kerap2, risau gak…orang x suka..
Tapi kalau buat review ikhlas, tentu ada sale jugak akhirnya…hoho…long term punya teknik…kan?
gud2…lepas ni nak kena praktik segera
rohaizad Reply:
August 16th, 2009 at 9:33 pm
Teruskan mencuba Naem… sebab blog kita ni sebenarnya amat berguna kalau di explore habis-habisan…
mazuki selangor2u Reply:
August 17th, 2009 at 4:07 am
so tiada la istilah untuk blog melayu xleh wat duit..cuma terhad la hehhee
Good info bro. Ko telah buktikan betapa kuasa blog tu boleh menghasilkan macam-macam income..memang pro laa …
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 2:37 am
Ko pun sama… tak lama lagi jadi pro la tuh.. “in the making” ler katakan…
nak sedap review kena baca dulu…kalau bro rohaizad ni xpela orang selalu bagi ebook suh baca dan review..ekekeke
cam kita ni terpaksa kena beli…atau pon kena ubah artikel sebagai menyampai review orang lain
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 2:36 am
Uiks… tak semua ye. Ada yang aku beli tau.
emmm…blog ni macam suratkhabar la..boleh digunakan untuk menyampaikan info dan juga boleh membuat jualan…seperti affliate tuh…good..imppressed..http://panduaninternet.webs.com
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 2:36 am
Thanks.. hope something that can be shared.
perghhh..pjg lebar.. da macam ebook. terima kaseh incik rohaizad. free2 je bg info, xnak wat ebook. moga d murahkan rezeki, pjg umur, dlm rahmat-Nya selalu…
rohaizad Reply:
August 18th, 2009 at 10:34 am
Semoga dapat sedikit sebanyak info yang berguna ya
[...] Jadi siapa cakap kita tidak boleh jadikan blog sebagai satu tempat untuk menjana pendapatan dengan program affiliate? [...]
Diulas pada August 20th, 2009 at 1:16 pmBiar 1000 affiliate dengan 1 blog jangan 1000 affiliate 1000 Blog. Blog SPAM + Traffic Autopilot pun boleh buat income. Tapi biar main sikit jangan tamak. Contoh 1 klik dapat 0.10 sen atau sebagainya.
rohaizad Reply:
August 22nd, 2009 at 1:17 pm
Salam bro,
Setelah meneliti satu perkataan ke satu perkataan dalam entry ni, aku dapati silapnya aku dalam dunia affiliate. Thanks bro
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:47 am
Mantra – sama-sama
Salam Ramadhan..
terima kasih atas segala curahan ilmu yang dapat akak cedok kat sini. Tgh mencari idea nih, nak tarik trafik ke website, nak tingkatkan sales product. Nak wat guano nih???
rohaizad Reply:
September 18th, 2009 at 2:45 pm
Kalau nak cerita mengenai tarik traffik, dah banyak di kongsikan dalam blog ni. Just cari je ye kak
[...] Hasil dari traffik yang diterima juga telah aku pelbagaikan dalam menjana pendapatan termasuklah sales untuk program affiliate. [...]
Diulas pada September 25th, 2009 at 7:02 pmSalam..bro rohaizad,saya ad promote banner affiiate di blog..klik byk hasil pun xda lg,saya tmph sebulan skrg dah 2 minggu..saya cdg nk tukar link affiliate dalam banner tu kepada link offto.net ditukar..boleh x?
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 7:00 am
Apa yang di maksudkan dengan “tempah sebulan?”
Sila jelaskan dengan terperinci soalan tersebut kerana terlalu berserabut.
Faizal Reply:
December 16th, 2009 at 2:00 pm
“tempah sebulan”maksudnya saya tempah iklan banner tu untuk pakej sebulan shj belum cadang nak sambung lagi sbb belum mendapatkan jualan.
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 2:12 pm
Kalau nak tukar ke offto.net, boleh. No problem.
Faizal Reply:
December 16th, 2009 at 2:16 pm
Thx utk info ini..:p
[...] Content is still the KING. – Entri yang hendak di terbitkan mestilah mampu untuk merangsang dan menarik minat orang untuk membaca. Contohnya: Bukan setakat entri motivasi biasa, tetapi entri yang menawarkan diri kamu sebagai [...]
Diulas pada January 27th, 2010 at 10:53 am[...] indirect program dan ada juga yang melalui direct program. Tidak ketinggalan juga mereka yang menjana pendapatan melalui affiliate hanya melalui blog [...]
Diulas pada February 13th, 2010 at 11:28 amInfo yang sangat bagus. Terima kasih..
[...] Sedara cakap memang pandai, tapi mana entri yang tuan katakan? Biar kami membacanya! Tuan boleh membacanya di sini: —> PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog. [...]
Diulas pada March 14th, 2010 at 11:40 pmHanya Allah sahaja yang mampu membalas segala sumbangan saudara yang mulia ini…
rohaizad Reply:
March 29th, 2010 at 12:48 pm
Terima kasih Din…. semoga kta semua berjaya
apa maksud cloak link ek bro?aku tak berapa nak paham lah..boleh tlg explain sikit tak?
rohaizad Reply:
May 5th, 2010 at 7:17 pm
Google pun boleh untuk dapatkan infonya
http://www.cloaklink.com/