Antara kemahuan dan juga alasan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: August 27, 2009 onlineKEJAYAAN adalah hasil kombinasi usaha, doa dan pengorbanan. Tidak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan, pada aku ketiga-tiga perkara ini amat penting kerana hidup kita ini bukanlah indah selalu. Kalau hidup ini indah selalu, maka sudah tentu kita tidak akan di maki oleh bos kita, di ejek oleh rakan sekeliling dan dipandang hina oleh orang yang lebih kaya dari kita.
KESUSAHAN dan KEMISKINAN pula adalah satu motivasi yang paling HEBAT sekali dalam kehidupan seorang manusia manakala BODOH SOMBONG pula adalah perkara paling bodoh dan yang paling mudah untuk dilakukan. Aku bukan berfalsafah tidak tentu pasal tapi aku berkata dari pengalaman. Kalau tidak percaya, tanyalah orang sekeliling dan juga diri sendiri.

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN sebenarnya?
Baiklah, mungkin ramai yang telah sedia tahu apa makna kejayaan. Even kalau ditanya pada budak darjah satu pun mereka tahu sebab perkara sebegitu memang ada di ajar disekolah. Asal lulus periksa je, bermakna dah berjayalah tu.
Tapi itu di peringkat umur darjah satu. Untuk orang dewasa seperti kita, apakah maksud kejayaan yang kita inginkan?
Aku pasti ramai yang akan katakan seperti ini:
“Asal dapat memberikan kesenangan (bukan kekayaan) kepada keluarga dan dapat bersama keluarga dalam apa jua bidang yang diceburi, kira itu sudah memadai”… betul kan?
Aku rasa itu juga yang aku mahukan tetapi jauh dalam lubuk hati aku… aku mahukan lebih dari itu. Aku mempunyai target aku sendiri dan yang lebih penting, aku sendiri yang akan achieve target itu kerana dalam diri aku, kejayaan tidak semestinya untuk tatapan umum. Walaupun hanya cukup untuk mencabar diri sendiri… itupun sudah cukup “manis”!
Kemahuan adalah asas kepada semua kejayaan. Kalau tidak ada kemahuan, macam mana hendak membuat langkah pertama`kan? Cuma ada ketikanya yang menghalang itu bukanlah orang lain.. tetapi diri sendiri. Dan di sinilah akan wujudnya ALASAN yang pelbagai.
Apa yang terjadi selepasnya ialah PENAFIAN yang akan menjatuhkan kemahuan yang pernah terdetik di dalam hati suatu ketika dahulu. Percaya atau tidak, “permainan hati” ini kalau tidak di asuh dengan betul, semakin berseliratlah azam yang pernah di bina.
Kadang-kadang apabila aku renung semula hidup yang sudah-sudah, rasa seperti bersyukur sangat dengan apa yang telah di kecapi. Memang semuanya rezeki dari Tuhan tetapi usaha adalah permulaan bagi segala-gala. Buktinya sesiapapun boleh berjaya walaupun mereka bukan seorang Islam… cuma bezanya terletak pada rezeki yang diperolehi iaitu sama ada BERKAT ataupun tidak.
Aku sendiri 4-5 tahun yang lepas (sewaktu bersama BLOGSPOT) pernah berazam untuk menjadi seorang FULLTIME BLOGGER. Tapi arah dan tujuan untuk menjadi seperti John Chow dan Darren Rowse yang menjana pendapatan hanya dari rumah berblogging sepanjang masa langsung kabur dan tidak jelas. Maklumlah… orang buta IT dan English pula menjadi satu kelemahan yang nyata.

Tapi aku ada KEMAHUAN.
Kemahuan itulah yang mengatasi ALASAN yang wujud pada waktu itu. Iya… memang wujud juga ALASAN pada waktu itu. Bohonglah kalau aku kata alasan tidak wujud. Cuma ianya tidak setinggi KEMAHUAN yang ada dalam hati aku.
Tiba pada satu tahap, aku teringat pada kata-kata yang selalu pakcik aku ucapkan ketika hendak menukang rumahnya sendiri masa aku kecil dulu. Kata-kata itulah yang buatkan aku bersemangat.
Aku selalu bertanya pada beliau:
“Boleh ke Acik buat rumah ini sorang-sorang?”Kemudian satu sahaja jawapan yang keluar dari mulut beliau iaitu:
“Kita buat dia… bukan dia buat kita”…
Dari situlah, semangat aku datang. Begitu juga dengan inisiatif blogging yang aku lakukan selama ini. Apa yang berlaku di sekeliling kita bukanlah faktor kegagalan kerana semua orang berpeluang untuk menjana pendapatan dari blog.
Dulu orang tidur kita berjaga, orang berjaga kita tidur. Tapi itu cuma di peringkat awal… lama kelamaan, hidup ini semakin BEBAS dan cukup SERONOK untuk di nikmati. Yang penting KEMAHUAN, bukannya ALASAN.
Tapi perlu diingat, bukan itu sahaja yang perlu dilakukan. Doa dan pengorbanan juga harus dilakukan. Even dalam alam percintaan pun, banyak pengorbanan yang terpaksa di lakukan (bukan melakukan perkara yang bodoh ya), apalagi untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan.
Aku pasti semua peserta seminar dan personal coaching aku sedang dalam proses “pengorbanan” kerana masih ada lagi yang masih belum menjana pendapatan yang di inginkan. Walaupun sebab yang diberikan ialah “sibuk”, aku harap semuanya akan mendapat apa yang di citakan.
Untuk Wanmus yang sudah mula mencanai wang dari hasil blogging, aku pasti kamu akan dapat menjana lebih lagi USD di masa akan datang dan testimonial yang diberikan di dalam private forum FDB cukup untuk buat aku sendiri jeles.
Mana tidaknya Mus, PR0 pun dah boleh menjana wang walhal dulu aku sendiripun tidak pernah mendapat peluang sebegitu. Cuba bayangkan kalau kesemua niche blog kamu ada PR? Pheewww….
Dan untuk Nuaeman, semangat yang kamu tunjukkan itu pastinya akan membawa pulangan di masa hadapan. Aku juga berharap agar semua peserta seminar/coaching yang lain akan dapat menjana at least RM1000-RM2000 setiap bulan kerana bila difikirkan secara rasional, siapa yang hendak beri wang macam tu pada kita… kan?

Mengapa blogging?
Sebab sepanjang hidup aku mencuba pelbagai program menjana wang di internet selama ini, blogging boleh dikategorikan antara “Perniagaan yang SMART” kerana memerlukan modal yang KECIL tetapi pulangan yang BESAR. Tiada kos untuk PPC (Pay Per Click), tiada kos untuk membina Landing Pages ataupun Minisite dan seumpamanya.
Yang perlu hanyalah kesabaran, pakej hosting dan juga domain untuk niche blog sendiri yang harganya kurang dari $10.



Salam bro..
Saya amat kagum dengan post bro kali ini.
Mesti pernah dengar ayat berikut:
“Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”
bukannya ALASAN
Tahniah kepada sesiapa yang telah berjaya dalam menjana pendapatan dalam blogging. Termasuk bro ijad sendiri.
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:42 pm
Thanks Aqif. Cuma bercakap dari pengalaman sahaja.
semangat dan usaha kena lebih kalau nak berjaya ni.banyaknya ramai yang sekerat jalan.aku mungkin tak terkecuali juga.hahaha
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:44 pm
Kalau ikutkan, memang menjana pendapatan dari blogging ini lebih mudah dari kerja yang pernah aku lakukan dulu.
Kalau ikutkan kerja sebagai pembantu, nak cari RM15 sehari, berkilo barang kena pikul dari pagi sampai petang sampai satu masa tu, nak makan pun tak lalu sebab terlalu letih. huhuhuhu
bagus info nie, melahirkan rasa kesedaran dalam diri aku yg selalu byk alasan.
KEMAHUAN tu kena cukup kuat dari alasan dan cobaan kerana jika tidak senang2 jer ditewaskan.
Apa yg penting…kerja siap…
Jangan separuh jalan sudah…
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:44 pm
Betul… betul… betul…
Apa yang penting, mindset kita. Kalau kita fikir tak boleh, tak bolehlah jadinya. Kalau kita sentiasa berfikir positif+usaha+doa, insyaallah kita akan berjaya.
Mak saya pun selalu cakap benda yang sama: “Kita buat dia… bukan dia buat kita”…
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:45 pm
Tapi ramai juga yang gagal di pertengahan jalan… kan?
aku setuju dgn ko jad,
“winners find solutions,
losers find excuses”
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:46 pm
“Makan dalam” ayat tuh…
Assalamualaiku ijad. Post di atas, memang menyengat!
Moga sengatannya membangunkan hati-hati yang sedang lena diulit mimpi bahawa “kejayaan boleh diraih dengan tanpa pengorbanan”
Begitulah juga halnya untuk menjemput ijad singgah dan meninggalkan komen di fathuri.com pun masih lagi memerlukan pengorbanan…..
Moga impian peribadi ijad (walau tidak didedahkan pada umum) tercapai..
Sesungguhnya melihat yang tersurat tidak semestinya memahami yang tersirat kan ijad…
Salam ceria & salam inspirasi dari saya
Oh ya, senang-senang singgah blog saya ye..dan tinggalkan komen moga bermanfaat untuk pembaca
Assalamualaikum..
Singgah ye ijad bilamana ada kelapangan..
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:47 pm
Insya Allah… aku akan singgah
lepas kemahuan perlu ada tindakan. tiada tindakan itu yang menjadikan ianya alasan. moga kita berjaya dalam bidang masing-masing.
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:48 pm
Semoga termakbul semua perancangan
Bro ijad…apa motif iklan bagi makan ikan dekat sidebar tu?
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:49 pm
Sekadar menghilangkan rasa bosan… manalah tau kalau ada pengunjung yang bosan dengan blog rohaizad dot com nie…. huhuhuhu
Aduhai Ijad…
Ko punye tulisan memang selalu menyentuh perasaan aku la.
Setiap kali aku baca tulisan ko,
pasti aku dapat ‘sesuatu’ daripadanya…
kadang2 tulisan ko membuatkan minda aku berputar ligat memahami setiap mesej yang ditulis.
kadang2 tulisan ko membuatkan aku terasa macam diperli pulak…
‘sibuk’ itulah alasan aku selalu berikan
kalau aku gagal menyiapkan sesuatu tugasan.
walhal, sibuk tu hanyalah ALASAN…huhu
aku tertarik dengan kata pakcik ko tu…
“Kita buat dia…bukan dia buat kita”
dalam kes aku plak,
mungkin aku bleh kata pada diri aku…
“kita merancang masa…bukan masa merancang kita”
so sepatutnya tiada alasan sibuk lagi dalam diri aku…
terima kasih atas pengajaran ko selama ini…
wa caya lu la beb…
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:51 pm
Isshhh… janganlah cakap macam tu. Aku tak makaudkan sesiapa dalam artikel ini dan aku tau ko memang sibuk. Kalau aku jadi ko pun aku akan berada di situasi yang sama juga.
Kesibukan adalah satu perkara yang tidak dapat di elakkan. Tetapi mungkin boleh di perjuangkan dengan pengurusan masa yang lebih smart.
Apa pun, kesibukan yang disebabkan oleh kerja-kerja harian adalah lebih baik dari buat-buat sibuk. Sekurang-kurangnya kita bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga dan anak bini… tak gitu?
setuju! memang ramai di antara kita yang ada kemahuan tapi dalam masa yang sama punya banyak alasan.
keep up, bro =)
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:56 pm
Dalam hal ini, langkah pertama harus dilakukan tanpa dolak dalik kerana itulah pemecah kebuntuan yang melanda.
adeh terasa baca entri ni ha3. seperti ditujukan kepada aku :p
macam mana pun aku masih sedang berusaha untuk jadikan kenyataan.
rohaizad Reply:
August 28th, 2009 at 1:01 am
Janganlah terasa… cehh. Aku tak mention nama saper-saper, just sharing jer…. ekekekeke
megat Reply:
September 1st, 2009 at 9:19 pm
tak terasa cuma terkilan pada diri sendiri yang masih belum mulakan apa-apa secara drastik (hu3).
Aku juga sedang berusaha untuk kemahuan dan kemahuan akan menjadi satu kenyataan yang nyataaaaaaaaa..insyaalah.
rohaizad Reply:
August 28th, 2009 at 1:01 am
Teruskan usaha… mesti ada hasil.
tengah mencari semangat yang hilang….
rohaizad Reply:
August 28th, 2009 at 1:02 am
Tak payah cari.. semangat tu dah ada dalam diri. Yang perlu sekarang ini ialah mengikut kata “hati kecil”.
razak Reply:
August 29th, 2009 at 6:00 am
baik bro,akan ku turutkan hati kecil ku..
nih kira subconcious mind la..
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:13 pm
Haa… lebih kurang cenggitu la…
mmg betul cakap bro.. setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.. Pengorbanan tu yang membezakan antara orang yang berjaya dan tidak berjaya..
rohaizad Reply:
August 28th, 2009 at 1:00 am
Thanks.
Kalau ikutkan, ini semua common sense cuma hendak berkongsi sahaja dengan semua pembaca.
fuh… entry motivasi bg seorang yg kadang2 ada kemahuan, kadang2 ada alasan…
rohaizad Reply:
August 28th, 2009 at 12:03 pm
Oiiittt.. orang kaya…
Berapa puluh ribu dah income adsense? Mesti lebat ni…kan?
Wizurai Reply:
August 30th, 2009 at 10:32 am
mana ada aku pegi seminar tu…
salah org la…
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:13 pm
Bukan seminar tu, tapi coaching Syed yang sebelum ni ada gambar ko daa…
Wizurai Reply:
August 31st, 2009 at 9:29 am
mana ada gambar aku la…
kembar aku kot… hoho…
aku pegi coaching ko jek…
ooo..patut pun ada referal dari sini, ada orang cakap2 bab aku rupanya..haha..sedikit sebanyak ilmu dari bro ijad jugak..
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:12 pm
Wahahahah… tau pulak tuh nama dia di sebut.
wanmus Reply:
August 31st, 2009 at 4:10 am
Taulah tgk kat feedjit tibe2 ada datang dari rohaizad.com
hehehe
Alhamdulillah walaupun aku belum begitu berjaya tapi ada lah sikit2…
Akan ku terus usaha hingga menuju kejayaan tahap tertinggi..
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:10 pm
Teruskan Zool!
wan mus dah start dapat earning upenye….syabas
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:10 pm
Dah…. hari ini dia dah dapat lagi banyak… bangun tidur jer dah dapat USD35.00!
p/s: Saper nak kasi kan?
wanmus Reply:
August 31st, 2009 at 4:10 am
Alhamdulillah..rezeki.ni dapat lah lagi utk tulis artikel..padahal outsource je..hehe
tumpang lalu…
seminggu 2 kali aku jengok blog rohaizad, cari tips.
sekarang ni tgh blaja buat duit dgn blog. baru 2 bulan blaja…
sanggup bersengkang mate 2,3 pagi belajar buat blog ni, hasilnya baru ciput dgn adsense dn maxbounty.
rohaizad Reply:
August 30th, 2009 at 2:07 pm
Cayalah Syam!
Kalau ada usaha, mesti ada hasil punyalah!
syam KT Reply:
August 30th, 2009 at 9:24 pm
tima kasih…
camne nak letak gambo dlm komen? sori, baru blajo…
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:42 pm
Daftar dulu di http://www.Gravatar.com
Bila ada kemahuan dan di tambah dengan usaha yang tidak pernah luntur, Insyallah apa yang dihajatkan akan dinikmati dengan senyuman pada penghujungnya.
Insyallah.
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:42 pm
Tidak dapat dinafikan
Ohh..bijak betul Ijad berbicara, ak suka pada ayat “kemahuan mengatasi alasan”. Yup, kadang2 usaha kita terbengkalai adalah disebabkn alasan yang menggunung tinggi.. cayok2!!
Abu Samah Reply:
August 30th, 2009 at 10:59 pm
Orang melayu..mesti tak tinggal perkataan ALASAN…kalau takda alasan tak ada orang pulak nak ambil tahu…
1 post yg sangat menarik especially untuk org spt aku yg motivasi down skit sejak akhir2 ini sama ada dalam bidang kerjaya dan juga buat duit dr internet…
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:43 pm
Itu sudah menjadi adat, tapi semua itu boleh di atasi
Memang betul la kata2 kau kali bro .. walaupun bisnes online yg aku pursue tidak sama dengan your business, tapi konsepnya masih sama. Masa mula2 buat biz internet memang ingat nak untung cepat, tetapi now dah sedar yg it takes time, effort and sacrifice untuk berjaya !
U da man !
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:43 pm
Sama-samalah kita menjana pendapatan online bersama-sama
Blog rohaizad dot com buat saya selalu bersyukur….
Betul tu, kemahuan adalah azas daripada kejayaan. Selain daripada doa, usaha dan kerja keras.
[...] yang ingin menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya? Mudah sahaja. Apa yang perlu ada ialah SEMANGAT, TINDAKAN, PENGORBANAN dan juga fikiran seperti seorang TUAN TANAH. Jika hendak mendapat pendapatan [...]
Diulas pada February 2nd, 2010 at 3:25 pm