Kadar harga baru pengiklanan di blog rohaizad dot com.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: August 31, 2009 onlineBaru satu jam negara kita menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52. Tiada apa yang hendak di ucapkan selain dari kesyukuran kerana negara kita ini masih aman dan damai berbanding negara lain yang sibuk berperang dan berkancah politik sehingga pertumpahan darah yang berlaku seolah menjadi senario yang “biasa dilihat”.
Merdeka!
Begitu juga dengan blog ini yang telah menyambut hari lahirnya yang pertama beberapa bulan lalu. Sebenarnya blog ini sama seperti blog lain yang ada dalam dunia blogging Malaysia. Tiada apa yang berbeza. Cuma apabila difikirkan mengenai niche blog ini, ianya sudah cukup untuk membuatkan tuannya berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.
Seperti yang telah diketahui, blog ini bukanlah blog hiburan ataupun blog gossip yang mudah mendapat respons dan traffik dari pengunjung internet. Blog ini adalah tempat untuk pemiliknya berkongsi idea, pendapat dan juga bebelan harian seorang fulltime blogger.
Sama ada suka atau menyampah pada isi kandungannya, itu semua bukan pemiliknya yang tentukan. Hanya pembaca dan pengunjungnya sahaja yang layak untuk menilainya. Maksudnya, blog ini mempunyai pembacanya yang tersendiri.
Kini, setelah berhempas pulas hampir setahun lebih… pemilik blog ini berasa gembira sekali dan alhamdulillah sangat kerana niche blognya semakin diterima oleh pembaca blog di Malaysia dan juga di Indonesia.

Bukan itu sahaja, traffik yang diterima juga semakin bagus dan sungguh memberangsangkan sekaligus membuktikan blog ini semakin mendapat perhatian terutamanya bagi mereka yang ingin mendapat pendedahan terhadap dunia blogging:
Dan sejajar dengan peningkatan traffik blog ini, maka dengan rasminya kadar harga bagi pengiklanan di blog ini juga akan dinaikkan. Untuk statistik dan harga lama, sila lihat di sini) manakala untuk mereka yang ingin beriklan bermula 1hb September 2009, kadar harga baru adalah seperti yang telah termaktub di bawah:
Kadar harga bagi 1 bulan:
1. Header -leaderboard- (saiz 728×90): EKSKLUSIF!!! (sila hubungi untuk rundingan harga)
2. Sidebar (saiz120 x 600): EKSKLUSIF!!! (sila hubungi untuk rundingan harga)
3. Sidebar (saiz 300×250): RM120.00
4. Sidebar (mini saiz 125×125): RM70.00
5. Single page (size 486×60): RM60.00
6. Khidmat review: RM100.00
Contoh-contoh review:
- Teknik Pemasaran.
- Pakej Lumayan.
- RM-Saver Plus.
- Rahsia Blog.
- Senang Hamil.
- Review Pengurusan Kewangan.
- Pakej Video Blog Alang.
- Review MasterKit.
- Apabila Raja sudah berblogging…
- Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga bagus!!!
* Produk yang pernah di review di blog ini tidak akan di review pada masa-masa akan datang.
Jika ada yang berminat, bolehlah buat tempahan di ruangan yang telah di sediakan. Terima kasih
p/s: Lepas sahur (lagi 3 jam) aku akan bertolak ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sampai sana mungkin petang. Kemudian settlekan hal di sana sampailah waktu buka. Lepas je buka, pukul 8.00 malam bertolak semula ke JB. Giler laaaahhh….!
p/s/s: Tadi selepas detik 12.00 31 Ogos 8TV ada menyajikan penonton seluruh Malaysia satu nyanyian lagu Bahtera Merdeka dari kumpulan Decma and The Could Have Been. Salah seorang ahli group itu mendapat pujian dari pengacara rancangan itu (Hunny madu) kerana memainkan Gambus dalam show tersebut. Haaaa… itulah anak saudara aku, namanya Firhan! Nanti aku upload video tu kat Youtube…. Merdeka !!!!








fuh. memang mantap! keep up bro! =D
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 5:41 am
Nasrul – Thanks
Best-best. All the best.
Nak tempah satu lah
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 5:42 am
Got your email!
Banner 728×90 telah dibooking oleh Raja Kamil. Harap maklum
wowow
mantap
berminat gak
dah add ym
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 5:43 am
YM aku takleh pakai… so sila buat tempahan di ruangan yang telah disediakan
p/s: Siapa cepat dia dapat!
salam kemerdekaan rohaizad..
aku rasa nak blog rohaizad review dvd raja grafik malaya aku lak…
apa prosedurnya? kena bagi dvd dulu atau just bagi url web?
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 5:46 am
Salam Baloot
Prosedur ada di terangkan di ruangan Iklan/Review. Mengenai DVD atau URL, kalau info itu boleh di download, just bagi URL untuk download. Kalau berupa fizikal (DVD) harap dapat di poskan supaya usaha untuk study info di dalamnya dapat dilakukan.
Jangan bayar dahulu. Selepas review di buat… barulah urusan pembayaran boleh dilakukan
baloot Reply:
August 31st, 2009 at 4:34 pm
terima kasih rohaizad. aku dah hantar guna contact form tu. nanti bagitau detail ye.
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:54 pm
Sila check email
kalau camni nak wat reserve untuk iklan kat blog jugaklah..hehe
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 5:49 am
Reserve, jangan tak reserve sebab siapa cepat dia dapat!
p/s: Aku akan bertolak ke Bukit Mertajam lepas Subuh ni Mus. So most of the time, maybe aku tak online sangat. Kalau nak booking, mention kat ruangan komen size apa yang di ingini pun boleh.
mm.. contoh blink2 text takde ke bro? mesti blink2 text tu pon ade size gak kan bro?
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:36 pm
Sizenya tetap sama, cuma colouring dan blink-blink !
Tahniah lah Bro.
Dari hari ke hari Blog saudara semakin mendapat perhatian ramai.
Tak rugi kalau nak beriklan di sini.
Berbaloi-Baloi…
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:37 pm
Terima kasih….
p/s: Mee Bandung Muar? Pheww…. nasib baik bulan puasa.
wah, semakin maju dah blog bro rohaizad ni.
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:38 pm
Bolehlah…. kita cuma blogging je. Dah itu yang kita tahu… huhuhuhu
naik harga bang?
selari dgn kadar baru tambang bas exkpress ke ni?
hahaha…
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:38 pm
Agaknya kot…. ekekekeke
Jat anak sedara ko ker yang main gambus tu? wah bagus laa…tak sabar nak tgk video die..
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:39 pm
Boleh… boleh…. nanti aku upload.
Pergh! Dahsyat betul la trafik blog bro nih! Selalunya blog bernichekan hiburan & gossip yang mudah mendapat trafik tinggi macam nih. Apa yang dapat aku belajar..original content & ikhlas dalam penyampaian akan membuatkan pembaca setia mengungjungi blog seperti rihaizad dot com
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:40 pm
Betul… tanpa pembaca dan pengunjung, saperlah blog ini
aku pun nak jugaklah buat iklan kat sini. ada special lagi tak kalau masuk iklan sini…cthnya percuma juadah buka puasa atau sahur ke…
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:41 pm
Cehhh…. juadah plak… hahahah
dah mencecah lebih 20k visitor, gilerlah.
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:41 pm
Itu pageviews dan unik trafficnya sekali.
malam ni kemungkinan naik harga minyak.. memang selaras jugak la ye.. hee..
rohaizad Reply:
August 31st, 2009 at 4:56 pm
Ye ker?
Naik lagi…. nak raya barang semua naik ye?
petang ni kena isi minyak keta penuh2..
aku tak tahu dalam paper ada ke tak pasal ni. aku baca online tadi. RON95 naik 5 sen jadi RM1.80 seliter. aduss.. pi mai pi mai tang tu jugak gov ni..
tentang dvd raja grafik malaya, dalam bentuk dvd (bukan download link).
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 1:02 pm
Kalau macam tu, email akan di hantar untuk bro poskan dvd itu supaya mudah untuk di study akan info yang ada di dalamnya
Wah..makin meriah blog Ijad nih.. tahniah bro sb usaha keras bro semakin membuahkan hasil..hehe
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:56 pm
Macam yang pernah di katakan orang tua kita dahulu… “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan boleh kita dapat sagunya…”
tahniah bro,diatas usaha perkongsian ilmu.we’ll support you utk naikkan lg taraf local blogger.Harap2 one day dapat jd blogger mcm bro.
p/s:Dtg BM contact la.dkt tempat sy tuh….
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:55 pm
Insya Allah… apa salahnya. Tapi tak tahu contact no kamu… huhuhuhu
razak Reply:
September 1st, 2009 at 8:32 pm
sory bro,lupa lak.takpa lain kali boleh.
rohaizad Reply:
September 15th, 2009 at 1:35 am
No problem…
mantap dan cun!
blog ini punyai peminatnya yang tersendiri. tiada niche khusus tapi tetap mendapat tempat.
tahniah ijad!
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:52 pm
Thanks Megat. Blog ko pun apa kurangnya
wah dah sampai ke indon seh.. congrate! congrate! seminar blogging bile nak wat lagi ek? tingin nak pegi ni
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:50 pm
Lepas raya ataupun tahun hadapan, Insya Allah…
Mantap!! Buat iklan melalui blog..
Inilah yg dikatakan boleh buat duit dgn blog
Tahniah Bro
rohaizad Reply:
September 1st, 2009 at 12:50 pm
Thanks, inila yang dikatakan internet advertising.
Harga Merdeka masih murah lagi….
rohaizad Reply:
September 8th, 2009 at 11:08 pm
Betul…betul… memang betul.
mencelah kat sini cket ye bro.. dvd dah hantar tadi..
tengah update salesletter cket, nanti dah siap aku bagitau bro ye.. kalau boleh review tu post hari selasa atau rabu..
no akaun maybank/cimb bro jugak..
rohaizad Reply:
September 8th, 2009 at 11:02 pm
Still tak dapat lagi .. maybe dalam perjalanan kot.
pehhh
dahsyatnya sini
byk otai2… hehe
salam ramadhan
rohaizad Reply:
September 8th, 2009 at 11:03 pm
Kengkawan … biasalah.
[...] best jugaklah sebab dapat berbuka dengan orang-orang Penang (previous post aku ada mentioned pergi Bukit Mertajam tapi rupanya kena gi Butterworth [...]
Diulas pada January 28th, 2010 at 8:57 am