Review – MasterKit untuk Virus Komputer (versi bahasa Melayu) !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: August 3, 2009 online

Ramai yang mendakwa dan menyangka jika seseorang itu bekerja menghadap komputer sepanjang hari, maka orang itu lebih arif mengenai perihal mengenai komputer. Walaupun ada di antara mereka yang tahu mengenai selok belok perisian dan perkakasan komputer, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Memang ada yang mengatakan kalau kita selalu menghadap PC/Laptop, maka kita mungkin lebih mengetahui sakit demam PC kita sendiri. Tapi adakah kita sedar bahawa realitinya, lebih ramai yang hanya tahu menggunakannya dari “menguruskannya”. Aku sendiri adalah salah seorang yang hanya tahu “mengguna” sahaja. Kalau PC/laptop buat hal, mulalah mencari kedai komputer.

Sebenarnya, antara masalah besar yang masih ada dalam diri aku ialah “perasaan takut” untuk explore apa yang ada di dalam laptop ataupun sebarang sistem mahupun perisian dalam komputer. Apa yang aku tahu pasal komputer ialah swith on, masukkan password, connect to internet, bukak email… upload dan download.

Sehinggakan kalau ada VIRUS masuk pun, aku tidak dapat cam sama ada itu adalah virus ataupun tidak. Silap haribulan, aku “mengalu-alukan” lagi kedatangan virus tersebut… sama seperti KES Virus Yahoo! Messenger yang berlaku sedikit hari lalu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Salam blogging dan selamat berhujung minggu semua,

Ini adalah update terkini mengenai status Seminar + Bengkel Buat Duit Dengan Blog yang akan dilangsungkan pada 16hb Ogos 2009 nanti. Dukacitanya aku ingin memaklumkan bahawa seminar yang bakal dianjurkan 2 minggu dari sekarang MUNGKIN TERPAKSA DIBATALKAN. Keputusan ini di ambil atas beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan.

Buat pengetahuan semua, jumlah peserta yang telah membuat tempahan hanyalah 4 orang sahaja setakat ini. Dan ini sememangnya berada di bawah minimum quota untuk aku membuat booking dewan seminar di hotel tersebut.

Jika ada yang bertanya mengenai mengapa ia tidak mendapat sambutan (seperti sambutan yang diterima di Melaka), aku hanya boleh katakan masing-masing mungkin ada sebab yang tersendiri. Tetapi yang pasti aku telahpun cuba untuk menganjurkannya di KL.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Aku pernah menerima email dari mereka yang agak keliru mengenai kedua-dua pakej di atas. Kalau seorang itu boleh dikira okay lagi tapi kalau dah ramai… rasanya bagus jika aku berikan ulasan mengenai produk ini secara PERCUMA.

Dan setelah hampir seminggu lebih blog ini tidak dapat di update (berada di Kepala Batas, Kedah), rasanya inilah masa yang paling TEPAT untuk aku mengupdate blog ini (dengan menerangkan ebook Pakej Video Blog dengan lebih lanjut lagi)… hehehehe.

Sebenarnya, kedua-dua pakej video ini langsung tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Kandungan atau method yang di ajar di dalam pakej video ini juga berbeza. Pakej Video Blog dimiliki oleh Saudara Alang manakala Pakej Video Youtube dimiliki oleh Puan Lisa.

Dipendekkan cerita, Saudara Alang juga tidak mempunyai talian sedara-mara dengan Puan Lisa :D .
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →