Ingin beriklan? Sila klik di sini

Seminar Smart Blogging di UTM Skudai 18hb Oktober yang akan di anjurkan nanti nampaknya mengikut perancangan. Setakat hari ini, semuanya berjalan dengan lancar. Bagi peserta seminar yang telah membuat tempahan, sila periksa kotal email kamu untuk penerangan yang selanjutnya.

Untuk pengetahuan semua, terdapat perubahan kepada jumlah peserta seminar yang dibenarkan. Jika sebelum ini kuota maksimum peserta adalah sebanyak 35 orang, maka hari ini dengan rasminya kuota tersebut telah dihadkan kepada 25 ORANG SAHAJA.

Di ulangi, Seminar Smart Blogging di UTM Skudai ini hanya dibuka untuk 25 orang sahaja (tiada jaminan komputer untuk peserta yang ke-26). Bermakna hanya tinggal 5 kekosongan sahaja lagi !!!

Jika ada yang telah berblogging bertahun-tahun dan kurang jelas bagaimana hendak menjana pendapatan melalui blog bahasa Inggeris serta minat dengan dunia blogging, maka bolehlah membuat tempahan dengan segera. Tempahan di saat-saat akhir ini akan diterima berdasarkan kepada SIAPA DAHULU, AKAN DIDAHULUKAN.

Terima kasih dan berjumpa kita di UTM untuk berseminar bersama-sama nanti :)

Buat duit dari blog – blog Melayu dan blog Inggeris (niche blog).

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: September 25, 2009 online

Buat duit dari blog sememangnya semakin digemari oleh ramai pengguna internet. Kesedaran terhadap potensi blog dalam menjana pendapatan sampingan kini menjadi sesuatu yang saban hari diidamkan oleh sesiapa sahaja termasuklah bagi mereka yang baru hendak berblogging. Ibarat cendawan selepas hujan, tumbuh melata di serata bumi.

blog-melayu-menjana-duit.gif
Tahun lepas pada 4hb April 2008, aku pernah menyuarakan secara jujur isi hati aku mengenai sejauh manakah kebolehan blog Melayu boleh menjana duit. Entri tersebut adalah antara entri yang terawal di dalam blog ini. Baru 3 bulan usianya ketika itu.

Untuk mereka yang dapat membacanya dengan pemahaman yang tinggi, pasti mereka dapat melihat konsep pengiklanan yang aku maksudkan dalam entri tersebut. Memang keseluruhan entri tersebut hanya berkisar pada pengiklanan yang menjurus pada industri blogging di US sana.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Godaddy promo code 2009 – $2.99 untuk dot com domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: September 24, 2009 online

Siapa tahu, mungkin ini adalah promo code yang terakhir dari Godaddy untuk tahun 2009`kan? Tapi untuk penjimatan, ada baiknya kalau kita membelinya kerana harganya masih lagi murah berbanding harga biasa.

domain-bank.gif

Seperti biasa, ada syarat-syarat yang tertentu untuk dipenuhi sebelum membelinya:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Google SLAP – adakah ia mempengaruhi klik adsense kita?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: September 24, 2009 online

google_slap.gif

Selama 2 bulan, aku cuba untuk study dan study dan terus study perangai Google SERP dan 2 minggu lepas aku hampir ketemu jawapannya. Sungguhpun jawapan ini tidaklah seperti mana yang aku harapkan tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yang aku boleh pelajari.

Pemantauan yang aku lakukan ini cukup memberikan aku keyakinan yang terdapat sesetengah perkara memang berada di luar kawalan kita.

Bulan lepas… aku ada chat dengan owner PetalingStreet.org iaitu Menj mengenai “graf” adsense yang aku dapat. Kemudian beberapa minggu selepasnya aku chatting pula dengan owner OhBulan.com mengenai perkara yang sama, ternyata mereka adalah antara mereka yang perasan akan hal ini.

Yang peliknya, aku sendiri tidak tahu puncanya. Pelbagai cara dan teknik serta skill telah aku gunakan tetapi jawapannya tetap juga sama. Graf yang aku dapat semakin memeningkan kepala aku kerana sebelum ini, tidak pernah berlaku pun perkara sebegini.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ucapan hari raya di malam raya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: September 19, 2009 online

Hari ini kita berbuka buat kali yang terakhir.
Sebab esok hari raya.

Hari ini kita bertolak ke kampung.
Emak dan ayah menunggu untuk bersama beraya.

Hari ini kita sibuk mengemas rumah.
Sebab esok kita akan berhari raya.

Hari ini kita berkumpul anak beranak.
Sebab esok kita akan beraya.

Hari ini kita berhenti seketika dari buat duit online.
Sebab esok adalah hari untuk berhari raya.

Hari ini kita meraikan kemenangan setelah berpuasa di bulan Ramadhan.
Dan esok adalah hari untuk merayakannya.

Hari ini aku ingin menyusun sepuluh jari, andai ada yang menyakiti hari.
Sebab esok hari untuk kita bergembira.

Hari ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini.
Sebab esok aku dan kamu akan bercuti intuk merayakan AidilFitri…!!!

Dengan ingatan tulus ikhlas…
rohaizad bin jumat

Impian menjadi kenyataan – menaiktaraf diri sebagai seorang blogger.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: September 16, 2009 online

Malam tadi aku telah pergi ke Plaza Kotaraya untuk mencari baju Melayu. Sampai saja di sana, aku tengok semua baju cantik-cantik sampaikan aku sendiri confuse hendak memilih baju raya yang sesuai. Sesuai di sini bermaksud bukan jenis baju Melayunya tetapi warna apa yang hendak di pilih.

Inilah masalah yang aku sering hadapi tiap-tiap tahun bila hendak membeli baju Melayu untuk hari raya. Dari kecil sampai besar, masalahnya still sama… cliche dan stereotype.. kelakar betul.

Tapi sekarang bukan hal baju raya yang hendak aku ceritakan. Untuk entri kali ini, aku akan review satu lagi produk yang belum pernah aku review sebelum ini. Cuma sebelum itu, ada satu cerita yang aku rasa wajar untuk aku kongsikan bersama di sini.

Yup, peristiwa ini berlaku ketika aku sedang sibuk hendak memilih baju raya. Ingin tahu apakah perisitiwa tersebut? Baiklah… teruskan bersama entri ini kerana ianya akan diterangkan kemudian. :D Sabarlah sket …..

Pembaca sekalian,
Masih ingat tak lagi dengan satu pakej DVD yang telah di kaburkan imejnya dalam entri Pakej Raja Grafik tempoh hari?

Dan hari ini apa yang telah aku janjikan itu akan aku kotakan. Inilah dia pakejnya!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Buat duit online – 6 cara popular untuk melakukannya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: September 14, 2009 online

Apabila kita berkata mengenai buat duit online (make money online-MMO-), ramai dari kita yang tersenyum dan ada juga sesetengahnya yang menggaru kepala. Ramai yang melakukan berbagai-bagai cara untuk memastikan usaha masing-masing terlaksana.

Tiba pada satu tahap, kita mula sedar bahawa TRAFFIK adalah segala-galanya. Semakin tinggi traffik yang kita ada, semakin baguslah peluang untuk kita buat duit. So di bawah ini adalah senarai 12 cara popular buat duit online yang aku pernah buat selama ini (banyak lagi cara nak buat duit di internet sebenarnya):
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga bagus!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: September 12, 2009 online

review-pakej-dvd-raja-grafik-malaya.gif
Haaaaa….
Jangan ada yang negative thinking ye bila tengok tajuk entri kali ini. Itu semua adalah enthusiastic dan perasaan excited yang aku sendiri alami setelah 2-3 hari berada di dalam dunia Raja Grafik Malaya dan ____________.

Sejak 2-3 hari ini, aku memang berada dalam dunia aku sendiri sebab 2 pakej DVD telah sampai ke rumah aku melalui courier. Atas sebab itulah juga blog ini tidak dapat di update seperti biasa. Kalau ada yang bertanya apakah 2 pakej DVD yang aku terima itu, jawapannya mudah sahaja.

Satu ialah pakej DVD Raja Grafik Malaya manakala yang satu lagi ialah ________ (rahsia daaaa). Tapi untuk hari ini, aku akan review dulu Pakej DVD Raja Grafik Malaya. Kemudian, barulah aku akan review pakej DVD yang satu lagi.

Kalau sebelum ini aku hanya menggunakan Adobe Photoshop pad kadar yang minima… tetapi selepas aku meneroka isi kandungan pakej DVD Raja Grafik Malaya ini, ternyata ada kegilaan yang melanda. Mungkin perkataan “gian”, “ketagih” atapun “addicted” boleh menjelaskan betapa teruknya Adobe Photoshop aku bekerja untuk aku sebagai tuannya.

Sebenarnya bagi orang yang tidak berminat dengan dunia designing dan grafik, memang tiada apa-apa yang istimewa mengenai pakej DVD Raja Grafik Malaya kepada mereka.

Tetapi bagi mereka yang pernah menggunakan Adobe Photoshop, pakej DVD Raja Grafik Malaya ini adalah antara harta yang boleh digunapakai dengan mewahnya. Maknanya ilmu dan info yang ada dalam pakej DVD Raja Grafik Malaya ini bukannya untuk di gunapakai buat sehari, 1 minggu atau 1 bulan… tetapi untuk selama-lamanya (bertahun-tahun!)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya