Ingin beriklan? Sila klik di sini


Sahur di Johor Bahru, berbuka di Butterworth – pergi naik kereta, balik naik bas.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: September 1, 2009 online

Letih ada, mengantuk pun ada sebab baru sampai JB pagi tadi. Semalam drive sehari suntuk. Lepas tu terkejar-kejar untuk settlekan sedikit urusan.

Bertolak lepas Subuh, then sampai di Butterworth pukul 3.00 petang. Kalau tidak singgah di Serdang tengah harinya, maybe boleh sampai Butterworth lebih cepat sedikit. Kemudian sampai jer Butterworth terus settlekan 2-3 perkara sehingga pukul 6.00 petang. After that, terus beli tiket bas untuk shoot balik ke JB (dapat last seat pukul 9.00 malam)… pheewwww!

Pagi ini terus buka email, aiyaakkk …. banyak giler email yang perlu di baca sampai pening kepala ini di buatnya. Nasib baik malam tadi boleh access Gmail dari dalam bas… (via handphone) so dapatlah baca separuh email yang ada.

rr-sungai-sungkai.jpg
Berehat di R&R Sungai Sungkai – untuk rehat Zuhur, bukan berhenti makan ye !!! -

Anyway, semalam di Butterworth sempat juga berhubung dengan Bro Azran, salah seorang member Wang Cyber yang pernah attend Seminar Smart Blogging di Melaka tempoh hari (link 1, link 2, link 3) dan sempat juga berbuka bersama.

Kira best jugaklah sebab dapat berbuka dengan orang-orang Penang (previous post aku ada mentioned pergi Bukit Mertajam tapi rupanya kena gi Butterworth daaa).

Hajat hati memang nak makan Chaw Kuey Tiaw di medan selera Penang Sentral yang dikatakan sedap, tapi gerai tu tutup pulak. Cisss…. last-last, kita berdua berbuka nasi goreng ayam. Bolehlah… janji makan :)

buka-puasa-dengan-azran1.gif
Pergi Butterworth naik kereta, balik JB naik bas – apa kes? takde apa-apa, cuma dah lama tak naik bas :) -

Sambil-sambil menanti waktu berbuka puasa (6.00 petang) dan sambil manunggu bas bertolak ke JB (pukul 9.00 malam), aku dan Azran sempat discuss beberapa topik online money yang tidak kurang hebatnya. Dari kisah dunia sebenar sehinggalah ke dunia internet… semuanya di sentuh tapi most of the time, hal internetlah adalah yang paling banyak di bincangkan.

Yang menarik, yang gembira dan yang cerita kelakar dalam dunia internet pun ada di bualkan. Cuma apabila tiba pada part yang kecewa mengenai kegagalan dalam menjana pendapatan, itu sudah cukup untuk membuatkan rasa kesal dan blur terpapar di muka Azran. Cuma aku sebagai seorang member, apa yang aku terdaya lakukan ialah share apa-apa yang patut. Hidup perlu diteruskan…. dan aku tahu Azran bukan orang yang cepat mengalah.

One for sure, next visit aku ke Butterworth akan di sambut oleh Azran sebab dia dah janji nak bawa aku pusing Pulau Mutiara. Aku memang nak sangat pergi Pulau Mutiara sebab memang tak pernah pergi pun selama ini. Tapi Pulau Langkawi dan sampai… “langkah bendul” betul aku ni kan?

aku-di-penang.jpg
Memang kat sini kawasannya sentiasa berangin. Manyak syok wooo… patutlah waktu petang ramai giler orang berbasikal dan berjogging. Angin lautlah katakan…

Tu haaa.. kat belakang tu jer Pulau Mutiara (Penang)!
Oh ya… ada beberapa review yang perlu di siapkan untuk 2 minggu akan datang. So untuk pembaca blog ini dan juga mereka yang telah order review dari blog rohaizad dot com, nantikan yea... :)

p/s: Tahniah untuk WanMus !!!


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 22 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kallam said:

    huuuiyo bawak kete jauh tuh(pojek besar lah nii) maunyer patah pinggang kalo akuuu.. he he
    azran aku mcm tau jerk kekecewaan ko ,,, samalah tapi azran ko mesti belum tau rahsia beasar kekecewaan kiter kat s.a kann kan
    bro izat moga terus successs

    rohaizad Reply:

    Teruskan usaha!

    p/s: Selalunya kejayaan yang manis adalah hasil dari kegagalan yang lalu.

  2. Hani said:

    laaa…patut pun saya tunggu abang reply email saya abang tak reply2 jugak..rupa2nya pegi bttworh daaa…

    tapi da masuk 2 hari dah email saya..bila la abang nak reply nih…

    rohaizad Reply:

    Iya…Hani,
    Abang pergi mencari ketenangan… hahahaha

    p/s: Nanti cek email okay :)

    MyDailyBlog.Info Reply:

    ceh…wah…cari ketengan di pulau mutiara ke?

  3. samdaddycool said:

    Jad.. buah pala ada tak hang bawak balik sekilo dua???
    Syok gi Penang, sempat makan angin. Apa-apa pun , perjalanan yang memang memenatkan. Alhamdulillah selamat sampai JB balik.

    rohaizad Reply:

    Ada… ada. Aku siap beli yang dalam tong, setengah kilo!!!

    p/s: Original siottt…

    samdaddycool Reply:

    meleleh la plak air liur aku baca pose-pose ni.. slurrppp!!!

  4. boss said:

    pergi drive kereta.. balik naik bas.. kereta ada problem ke bro…

    rohaizad Reply:

    Balik naik bas sebab dah lama tak naik bas. Kereta tinggal kat sana…

    p/s: Biasalah.. kereta pakai buang… (hahahaha, berlagak sungguh statement aku nih). Jangan marah, gurau jer… :D

    wanmus Reply:

    hahaa..kalau kete pakai buang, semua org berenti keje jadi blogger je..hahhaa

    boss Reply:

    oo cam tu.. takut ke nanti gi amik kete tu tinggal body atas batu je.. habis dikorbankan spot rim ko tu.. he he.. jaga2..

  5. megat said:

    huh aku baca catatan perjalanan ko ni dah rasa penat (kah3).

    semoga apa yang dikerjakan atas usaha yang tak berbelah bahagi ini menghasilkan benefit yang berterusan dan dirahmati.

    rohaizad Reply:

    Thanks Megat. Akanku perjuangkan sehingga ke titisan peluh yang terakhir…

    Ehh salahh… akanku perjuangkan selagi Celcom Broadband tak buat hal!!

  6. Wizurai said:

    naik Myvi oren ka?
    bukan Myvi ko kaler itam ke?

    rohaizad Reply:

    Itu plat JLC, yang ini plat JLT (baru 4 hari keluar) dan kereta ini untuk adik aku pakai di Kepala Batas.

    p/s: Abang yang baiklah katakan… hahahahah

    motokriss Reply:

    Jad aku nak jadi adik ko bleh? hehehhe
    Bleh dapat keta. hua hua hua

    wanmus Reply:

    aku nak jadi jugak..hahah..nak keta

  7. Raja Kamil said:

    blur….kita tinggal atau masuk dalam kapsul (macam Bulma Dragon Ball),

    …..

  8. Shukor said:

    Memang boleh patah pinggang bro drive dari jb ke penang.

    Raya tahun lepas saya drive dari JB gi Kedah…tulang badan sampai berbunyi-bunyi :D

  9. pcuserz said:

    pergh…
    abg bagi kete kat adik tu.
    siap delivery service lagi.
    aritu mase aku pegi penang aku ade kontak azran gak.
    tapi mase tu dia bz tak dpt nk jumpe.
    maybe next time. :D

  10. Zulazis said:

    pernah berbuka kat pesawat

    Muzafir Di Hari Raya….