Apabila Raja sudah berblogging…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: September 2, 2009 online

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sesiapa pun boleh menjadi blogger. Dari student, pekerja kilang, pemandu teksi, tukang kasut, peniaga pasar malam, guru, guru besar, CEO hatta Perdana Menteri pun boleh menjadi blogger.

Tapi dalam banyak-banyak profesion yang disebutkan di atas, ada satu lagi golongan yang rasanya wajar disebut iaitu mereka yang terdiri di kalangan raja. Haaa…. jangan terperanjat kalau ada di kalangan raja yang turut berblogging. Ini bukan joke ye, ini adalah cerita benar.

Dalam banyak-banyak raja yang aku kenal di dunia ini, ada beberapa yang aku lihat memang aktif dalam berblogging. Mereka ini boleh dikatakan antara yang memang fall in love dalam dunia blogging kerana mereka dapat melihat potensi blog dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Tapi adakah info yang ingin di sampaikan hanya berkaitan dengan undang-undang negara ataupun berkisar pada kekuasaan yang ada padanya termasuk hal politik?

rk.jpg

raja ini baru sahaja bayar affiliatenya wang komisyen… pheewww

Tidak.
Jawapannya memang tidak sebab Raja juga ada yang bersifat “business oriented”. Aku harus akui ini kerana di Malaysia sendiri, memang ada raja yang terarah pada dunia internet. Hey, jangan lupa… idea dan luahan serta pendapat adalah faktor terpenting dalam menjadikan sesuatu blog itu berinformasi. So no double standard in blogging.

Apa yang aku boleh katakan ialah sedahsyat mana pun seseorang raja ataupun IM itu berniaga di internet, dia mesti ada blog. Ini adalah kerana blog adalah tempat yang paling bagus untuk menunjukkan betapa transparentnya mereka sebagai seorang internet marketer. Kerana kalau mereka menipu pembeli, di situlah mereka di pertanggungjawab untuk menjawab semua komen yang akan di jawab secara “public”.

Tapi siapakah raja yang dimaksudkan?

Nanti dulu… sebelum aku memberitahu siapakah raja tersebut, ada baiknya aku memberikan hint. At least, mana yang belum pernah melawat blog dia, akan dapat meneka siapakah dia. Yang pasti bukan blog Raja Petra (“raja” jugak`kan?)

Hakikatnya, raja yang satu ini memang boleh dikatakan antara blog yang glamer dia Malaysia. Sebab raja yang satu ini sungguh aktif dalam menghasilkan produk dan kelabnya sendiri. Kalau nak diikutkan, memang ramai yang sudah tahu produk dia sebab dah ramai yang beli. Haaa…. dapat tangkap tak siapa raja ini?

Raja yang satu ini mempunyai lebih dari satu blog. Dan blog yang aku ingin review pada hari ini ialah blognya yang menggunakan extension “dot biz”.

Iya… raja yang suka berblogging ini tak lain dan tak bukan ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Raja Kamil!! (hahahahaha… siap ada suspen lagi) :D
Jadi apa yang menarik mengenai kupasan yang ada dalam blognya?

Seperti biasa, aku ni memang suka betul tengok niche yang di bawakan oleh satu-satu blog. Hal yang sama juga aku lakukan apabila pertama kali melihat blog RK yang satu ini iaitu RajaKamil.biz.

Setelah di belek-belek dan diamati betul-betul, blog tersebut mempunyai 2 niche yang boleh dikaitkan bersama iaitu make money online (MMO) serta tips perniagaan internet. Memang tidak dapat dinafikan blog sebegini memang boleh menarik perhatian pengunjung kerana seperti yang kita dapat lihat yang setiap hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang terdedah kepada dunia internet.

Kupasan yang diterbitkan oleh RK sebenarnya lebih kepada dunia IM tempatan. Ada banyak post yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh pengunjung blog tersebut dalam mencari peluang untuk buat duit di internet. Malah antara entri yang paling latest sekali ialah satu video dari RK sendiri mengenai RM yang dia miliki dalam akaun Maybank dan akaun CIMB`nya. Memang kena betul bunyinya… dari RK ke RM…. :)

Bukan itu sahaja, ada few things yang aku hendak highlight mengenai blog tersebut. Antara yang aku rasakan unik dalam blog tersebut ialah kelab VIPnya. Percaya atau tidak, tidak ramai blogger yang mempunyai kelab mereka yang tersendiri. Aku sendiri tidak terdaya hendak memberikan komitmen sebegitu.

Begitu juga dengan beberapa entri RK yang lebih menjurus kepada LIVE PROOF. Walaupun ianya hanyalah sekadar video sahaja, tetapi bagi mereka yang inginkan motivasi, itu sudah cukup untuk menambahkan kekuatan serta semangat dalaman. Iya… memang internet adalah lubuk duit, tetapi kalau hendak berjaya… mesti melalui proses jatuh bangun dahulu.

Itu mengenai kupasan yang ada dalam blog tersebut. Dan sekarang ada beberapa perkara yang aku rasakan perlu di upgrade oleh Raja Kamil sendiri sebab ianya amat penting. Blog ini telah bertukar theme, jadi masih terdapat banyak lack yang ada pada theme ini:

1. Archive section tidak di allocate pada tempat yang sepatutnya
- Archive section adalah antara part yang paling penting dalam sesuatu blog. Jika tidak ada, maka semua pengunjung baru akan menganggap yang blog tersebut adalah blog baru. Sudah pasti mereka akan pergi dari blog tersebut dengan segera. Aku mencari section “Archive” punyalah lama.. rupa-rupanya tersadai di page yang terakhir (http://rajakamil.biz/page/6)

2. Entri presentation
- Banyak info yang ada di dalam blog tersebut tetapi ada certain gaya pengolahan yang rasanya perlu di perbaiki bagik menarik minat pengunjung dengan lebih dalam lagi. Contohnya di entri Perang Bonus, catatan itu agak pening untuk di persembahkan kepada pengunjung dan pembaca. Rasanya penggunaan table sangat sesuai bagi membezakan sesuatu bahagian dengan bahagian yang lain.

3. Plugin yang boleh menarik perhatian pembaca dan pengunjung
- Plugin seperti “Related Articles” mungkin lebih sesuai dari widget LinkWithin itu sebab apabila kita banyak bermain dengan banyak “image”, ianya kurang membantu. Bukan itu sahaja, plugin “Random Articles” juga berbaloi untuk digunakan kerana aku dapati ada di antara entri-entri lama yang patut di paparkan untuk pembacaan pengunjung. Dengan adanya plugin Randon Articles, semua post akan di rombak dan dipaparkan di bahagian sidebar.

Yang lain, aku rasa tiada cuma alangkah bagus kalau RM dapat update blog ini dengan kerap sebab exposure dan traffik yang di terima dari forum Wangcyber agak tinggi dan ini seharusnya peluang yang tidak harus dilepaskan.

Semoga blog tersebut akan mendapat lebih banyak pembaca di masa akan datang :) Opsss.. komisyen di atas adalah untuk mereka yang menjual salah satu produk RajaKamil termasuklah PanduanAFD.

p/s: Review ini telah ditaja oleh Raja Kamil. Semua bentuk pendapat, idea dan kritikan telah diberikan secara PROFESSIONAL. Siapa yang inginkan blog mereka di review, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut di ruangan yang telah di sediakan.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 48 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taqi5007 said:

    hamba ingatkan raja betul..huhu..mmg banyak info pasal perniagaan online dalam blog rajakamil tu..

    rohaizad Reply:

    Mana yang suka jual ebook, pergilah blog tu sebab ada banyak ebook yang boleh di jual.

  2. samdaddycool said:

    ooo.. memang Blog Raja… suspen je aku tadi.. ngehehhe.. Good review.

    rohaizad Reply:

    Thanks Sam.

    p/s: cantik-cantik baju raya yang ko jual kat facebook tu.

    samdaddycool Reply:

    Cantik.. boleh belikan untuk yang tersayang ekk!

    rohaizad Reply:

    Kalau ada yang tersayang, memang akan aku belikan punya. Tapi takde daaa….

    samdaddycool Reply:

    Mak ko yang tersayang juga kan… :)

    rohaizad Reply:

    Memangler tapi dia bukan awek aku… hahhaha

  3. Raja Kamil said:

    Terima kasih, part paling bawah tu yang nak kena baiki lagi.
    :)

    rohaizad Reply:

    Terima kasih, part paling bawah tu kalau dapat diupgrade, memang seronok untuk menjadi tatapan pembaca. :)

    p/a: kadang-kadang pembaca suka blog surfing dan apabila presentation blog itu menarik dan sempoi, memang mereka akan datang lagi.. dan lagi.. dan lagi… :D

  4. ejam said:

    menarik blog RK, akan diskodeng selalu seperti blog ini yg sering jadi mangsa skodeng ejam…hehe

    *Pusingan Kedua SilangKata.my telah dilancarkan.

    rohaizad Reply:

    Skodeng jgn tak skodeng.:)

  5. winzter said:

    cikgu rohaizat? komen blog saye bleh..hehe gurau saja

    rohaizad Reply:

    Cikgu?
    Uikss… mana da cikgu kat sini. Blogger cabuk jer.

  6. shahrul said:

    Ingat blog raja mana td. Untung nama yg raja ni. Aku ada nama En.

    rohaizad Reply:

    Ha’ah… samalah kita. Pakai nama Encik je.. tapi kalau ada awek, titel tu dah lain… dah jadi abang atau ayang… ekekekeke

    shahrul Reply:

    Apa plak title RK ni ng bini? kekeke
    Ops, ngumpat plak. puasa2. Jgn mrh RK.

  7. fathuri said:

    Assalamualaikum Ijad. Terima kasih kerana singgah di blog ambo sebentar tadi. Akhirnya Ijad sudi “mencemar duli” singgah di sana ye…

    Dua pesoalan bermain di fikiran ambo..

    1)Mengapa entry “itu” yang dipilih untuk Ijad komen…tidak lates entry ?.

    2)Mengapa hari ini ? tidak sebelumnya atau esok mungkin juga lusa? untuk “mengomen”..eh,eh…betul ke perkataan ni..

    Daripada dua persoalan itu, ambo pun cuba-cuba membuat kesimpulan…

    1)Ijad agaknya memang seorang yang suka mencari “perbezaan” instead of “persamaan”
    (ciri2 orang yang adventures ni…)

    2)Sengaja cari “timing” yang sesuai untuk “matching”kan dengan “servis review blog”?
    (good business strategi…)

    Apa pun ia,…. botton linenya..Now we are Friend Ijad…officially!!!…

    Ambo suka berkawan dengan orang yang ada prinsip, Ego tinggi… yet…flexible…. This kind of friend will force me to fully utilize my strength!

    Terima kasih Ijad.

    Singgah lagi ye untuk komen2 yang “honest”. Bagus untuk komuniti “diari seorang pemburu impian”…

    Salam ceria & selamat berbuka Ijad

    Assalamualaikum

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya tiada apa-apa sebab mengapa aku pilih artikel itu untuk dikomenkan. Cuma yang latest dan yang terkini itu semuanya adalah “susulan” dari artikel tersebut.

    So aku cari akar dia dan artikel itulah permulaannya. Not more than that. :)

    p/s: Yang pasal “timing” yang sesuai untuk “matching”kan dengan “servis review blog” tu seperti yang ko kata tu, aku tak faham sebenarnya. :)

  8. MuhdSyukri said:

    A’aa, memang banyak info yg bagus di blog rajakamil tu.
    jadi ahli VIP dia pun best.
    Murah pulak tu dibanding dengan apa yg kita dapat.
    syabas kepada bro RK!

    rohaizad Reply:

    Ooo… syuxx ni mesti fan RK :) Dan ahli VIP rupanya. Ada sesiapa lagi yang dah jadi ahli VIP RK di sini?

  9. alone said:

    hm.. dapat beberapa benda baru di sini. nampaknya ada blog2 ak yg lack elemen yg serupa.

    tapi RK memang mantaplah. begitu juga dengan bro. keep up! =)

    rohaizad Reply:

    Nasrul, kalau ada yang perlu di implement untuk blog kamu, cubalah jangan tak cuba. Itu sahaja cara nak mengetahui potensi blog sendiri…

    p/s: “eksperimen” :)

  10. Blog Mantra said:

    Mantap gaya review yang bro rohaizad berikan. I like it :)

    rohaizad Reply:

    I always give my best :)

    p/s: Ingin memberikan yang terbaik untuk advertiser yang sudi beriklan blog ini dengan “se-professional” mungkin!

  11. megat said:

    catatan yang tak boleh blah. kahkahkah. ko memang handal menarik lebih ramai pelawat datang ke blog ko nie. respek!

    sebenarnya byk lagi yg perlu aku belajar dlm bidang penulisan blog dan blog ini adalah salah satu rujukan ;)

    selamba je catatan berbayar ditulis sebegini, nampak kan honest dia. hehehe.

    ps – aku ingat lagi time ko nak bangunkan blog ini dari theme merah putih dulu (hu3)

    rohaizad Reply:

    Theme ni pun rasanya akan bertukar kot nanti… huhuhu

  12. Shukor said:

    Laaa…ingatkan raja kapoor tadi :)

    Neway, good review Ijad

    rohaizad Reply:

    Raja Kapoor?
    Hahahaha… dah sampai ke Hindustan pulak ye…

  13. PakarHowTo said:

    waaa bagus la review ko ni ijad.

    at least,
    aku dapat belajar beberapa perkara dari review ko ni…
    bila baca pasal plug in random artikel tu,
    terasa macam nak guna kat blog aku la plak…
    tq for the info bro.

    blog RK tu… aku slalu gak melawat….

    rohaizad Reply:

    No problem… mana yang rasanya boleh diambil dan di cuba, teruskan sahaja :)

  14. abgzol said:

    kui..kui..kui..aku ingat memang serius blog RAJA yang sedang memerintah tadi :D tapi bila baca sampai screenshot komisyen affiliate tu aku dah agak sure RK nih & memang betul pon! Selepas ini akan lebih banyak review dari ijad & akan banyak jugak lah teknik review akan aku pelajari dari sini ;) terima kasih ijad! Tak sabar nak melihat theme terbaru blog nih..apa ler konsepnya nanti???

    rohaizad Reply:

    Thanks bro Zol. Untuk theme terbaru nanti, konsepnya adalah “single dan bujang”. hahahahah

  15. firdauz said:

    kalau dapat title “Aling” pun okay. hahaha Darling la..

    rohaizad Reply:

    Dah namanya jantankan? Semuanya sama… gatal.. hahahah

  16. pcuserz said:

    raja?!
    raja apa?
    raja kamil rupenye.

    rohaizad Reply:

    Raja jugak aper… hehehehe

  17. Zulazis said:

    Raja Blogger Tahun 2009 ialah Rohaizad dot com

    rohaizad Reply:

    Huishh…. besar betul pengiktirafan tu. Mana ader… takdelah. Ramai lagi blogger yang layak sebenarnya.

    Yang pasti bukan aku.

  18. zool said:

    Wah siap dah boleh buat review blog berbayar skg ek.. caiyoklah rohaizad.

    rohaizad Reply:

    Mana yang termampu untuk diberikan, akan dicuba dengan sepenuhnya. Betul tak Zool?

  19. baloot said:

    rajakamil rupanya.. haha.. RK ni memang femes kat WC dan dalam arena IM. tak silap aku, RK banyak jugak bagi talk dengan ahli2 wc ni..

    rohaizad Reply:

    Janji Raja… hahahahah

  20. JHafiz said:

    ha3. ingatkan kerabat raja dari kerabat Di Raja betul. Tajuk article, punye la menarik. Pandai la bro tulis article, santai, menarik… Tak semua dikurniakan camni. Raja Kamil sorg je kut, bukak kelab VIP. Teknik yg baik jg utk tarik customer. Pandainye…

    rohaizad Reply:

    Boleh dijadikan contoh untuk mereka yang telah lama berblogging.

  21. titan said:

    aku tengok je title. aku dah agak sape orangnya. Hehhe..

    rohaizad Reply:

    Hebat ko Titan… :)

  22. [...] Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review MasterKit. – Apabila Raja sudah berblogging… – Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga [...]