Soalan untuk dijawab dan dibincang.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: September 3, 2009 online

Catatan kali ini hanyalah mengenai soalan sahaja (rasanya aku tak pernah buat entri sebegini sebelum ini). Kalau ada sesiapa yang ingin membantu untuk mencari jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan, bolehlah menggunakan ruang komen di bawah. Bukan apa, sekadar ingin berdiskusi dengan lebih sempoi.

=========================================================

1. Sejak 1-2 minggu kebelakangan ini, ramai betul yang bertanyakan mengenai tarikh terkini Seminar Smart Blogging. Email yang bertanyakan tentang seminar ini bukan sedikit, tapi banyak. Mengapa permintaan ini tiba-tiba mendadak pun aku tak pasti.

Baiklah.
Kalau katakan seminar yang akan datang ini dianjurkan di UTM Skudai (mungkin selepas raya -terhad untuk 30 orang sahaja-), adakah bakal peserta berminat untuk hadir?

* Tahniah WanMus kerana berjaya mendapat USD35.00 lagi semalam. Beliau telah berjaya menjana hampir RM500 dalam masa 30 hari melalui kaedah Smart Blogging. Alhamdulillah…

=========================================================

hal-alexa.jpg

2. Pelik!
Blogger A mengatakan bahawa unik traffik untuk blognya (blog A) mencecah 3000++ SEHARI. Tapi mengapa pula Alexa ranking untuk blog tersebut lebih teruk dari blogger B yang mempunyai hanya 500-1000 SEHARI? Dan yang lagi malang, blog A itu tidak termasuk pun grafnya di dalam statistik Alexa. Tapi blog B jelas mempunyai stats yang real.

Kesimpulannya, adakah blogger A tadi menipu tentang screenshot traffik di blognya semata-mata untuk mendapat sales dari advertising di blognya atau ada masalah pada site tracker yang digunanya?

* Screenshot di atas adalah sekadar contoh sahaja.
=========================================================

komisyen.JPG

3. Ada sesiapa affiliate member Pakej Video Puan Lisa yang dah dapat komisyen bagi bulan Julai dan Ogos? Kalau ada, silalah beritahu kerana sejak Team A-Class mengambil alih urusan pembayaran komisyen, aku masih lagi tidak mendapat komisyen.

Adakah aku sorang sahaja yang “terlepas pandang” atau adakah aku yang termiss apa-apa di sini?

=========================================================

sony-ebook.jpg

4. Kalau katakanlah aku ingin menerbitkan satu ebook (ini bakal menjadi sebahagian dari sejarah hidup aku nanti) yang akan di releasekan secara PERCUMA untuk seluruh rakyat Malaysia mengenai perjalanan hidup aku yang buta IT (dahulunya) sampai boleh terjebak di dalam dunia blogging hari ini, ada sesiapa yang mahu join?

Berminat untuk menjadi SPONSOR?
Caranya mudah sahaja iaitu di setiap cerita aku yang boleh dikaitkan dengan produk kamu, maka link ataupun image akan diletakkan sekali dalam ebook tersebut (boleh menarik jualan) dengan syarat ebook ataupun produk kamu itu bukan ebook sampah.

One time fee, Sekali SPONSOR untuk SELAMANYA! (syarat-syarat lain akan diberitahu kemudian.)

=========================================================

spam.jpg

5. Aku agak pelik apabila ada orang email dan menyatakan yang blog ini telah menghantar SPAM ke dalam kotak emailnya. Macam mana boleh wujud dakwaan sebegitu pun aku tak tahu. Aku tidak pernah menghantar artikel dan email SPAM kepada pembaca blog ini kerana itu bukanlah style rohaizad dot com. Tambah lagi itu semua adalah satu perbuatan yang tidak beretika.

Bloggers,
Jangan sesekali kita lupa untuk memerangkan kepada pembaca sendiri akan KEGUNAAN “email subscribe” kerana ada sesetengah pelawat yang tidak ingat bahawa suatu ketika dahulu… dia pernah letakkan emailnya di dalam ruangan subscribe di blog kita. Dan apabila dia menerima entri terkini kita di dalam email mereka (dengan kerap), ada di antara mereka yang mula naik menyampah dan bertindak mengatakan kita SPAM mereka.

Ini bukan salah kita dan mungkin juga bukan salah mereka. Apa yang pasti adalah kurangnya info mengenai FUNGSI email subsciption dan seumpamanya. Mungkin dulu dia suka dengan email yang diterima tetapi sekarang tidak lagi.

Walaubagaimanapun, seorang subscriber yang sporting akan sentiasa berasa COOL dan happy apabila menerima email terkini dari blog yang mereka suka. Kalau tidak suka, just un-subscribe sahaja, mudahkan?

Dan bertitik tolak dari email tersebut jugalah, aku telah menambah alternatif untuk mengelakkan perkara yang sebegini terjadi lagi. Iya, aku telah menambahkan satu lagi subscription bagi semua pembaca yang berminat untuk mendapatkan entri terkini dari blog ini iaitu RSS subscription.

Kalau ada yang merasakan mereka tidak suka dengan email subscription, maka mereka bolehlah menggunakannya. Link untuk RSS subscription telah di sediakan di bahagian bawah email subscription (di sebelah kanan blog ini -sidebar-)

Soalannya: Adakah kamu ada menyediakan 2 jenis subscription ini (email dan RSS) di blog kamu? (ambillah pengajaran dari kes aku ini) huhuhuhu….

=========================================================

p/s: Terima kasih atas semua jawapan yang bakal diberikan. :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 56 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. samdaddycool said:

    Wah.. dedahkan Jad sapa yang menipu Alexa ranking tu. Aku rasa ramai newbie belum tahu macamana nak check Alexa dan fungsinya. Percaya bulat-bulat kat screenshot. Ramai yang suka menangguk di air keruh dan mengaku otai sesuka hati.

    rohaizad Reply:

    Untuk dedahkan nama orang yang tipu screenshot tu rasanya tak perlulah kot. Kalau dia tipu, dia yang makan hasil duit haram. Janji kita tak tipu. Sebab itulah aku pilih untuk pakai http://www.Sitemeter.com kerana mereka boleh memberikan LINK SEBENAR untuk lihat stats blog.

    Untuk blog ini, aku sendiri boleh memberikan link sebenar dari Sitemeter. Walaupun stats blog ini bersifat private, tetapi base on a daily stats, kita masih boleh meletakkan stats sebenar dari mereka (LIVE!!) untuk ditunjukkan kepada advertiser sebagai tanda KEJUJURAN.

    Kalau siapa yang pakai Sitemeter tu, dia memang tahu part istimewa ini.

    pcuserz Reply:

    tips bagus ni…

    wanmus Reply:

    yup.saya pun guna sitemeter. resultnya detail dan kita boleh tahu dari mana datnangnya pelawat ke blog kita

    JHafiz Reply:

    ic. nice sharing. lepas ni, kalau sapa2 canang traffic dia best, mesti pakai sitemeter.com ni

  2. pcuserz said:

    betul cakap sam,
    ramai je yang percaya stats yang diberi.
    walhal scam je.
    ps.: tahniah buat wanmus. terbukti PR0 pon boleh buat duit.

    rohaizad Reply:

    WanMus dah dapat… kamu En PCUSERZ bila nak hantar progression pada aku ye? :) Aku tunggu progression niche blog kamu pula lepas ni. Buatlah duit cepat-cepat, nak raya ni :)

    Psssttt!!!
    Jangan lupa untuk baca kisah WanMus dalam forum FDB ye, thread Pecah Telur dan Testimonial!

  3. reezluv said:

    oho..teringin plak aku rasa nak join seminar smart blogging tu..huhu..aku nak ke JB ujung taun ni..hehe..rasa2 nya ada tak? :D

    reezluv Reply:

    kalau ada area Ipoh gitau le eh atau KL..kat situ je yang aku rasa cepat nak pegi..JB tu sekali sekala jek..:P

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. beres :)

    wanmus Reply:

    insyallah, seminar tu bro ijad dalam perancangan katanya..jomlah ramai2 join seminar ni sebab saya dah buktikannya. Untuk ebay, affiliate dan CB semua perlukan trafik tapi ngan blog PR0 dan trafik 5-20 sehari je (tu pun sebab submit ke social bookmark), saya dah dapat bayaran. Anda yang lagi tahu caranya mesti boleh buat lebih dari saya

    rohaizad Reply:

    Yup, terbukti Smart Blogging memang boleh buat duit. Yang seronoknya income tu semua tidak memerlukan modal untuk PPC, Landing Pages dan seumpamanya. HALAL lagi… :)

    p/s: Selama ini pun memang kita berblogging juga`kan? Cuma blogging yang satu ini kita berblog dan kita dapat duit. Amacam, seronok? Ada rasa nak join? Hehehehe

    reezluv Reply:

    baguih2..tak sabar nak pegi rsanya..hehe..kot ada area KL..bedesup nanti aku amek cuti..hehe..kalau Sabtu Ahad lagi chantek!

  4. abgzol said:

    #1 – Sebabnya dah ramai yang menyedari Smart Blogging adalah teknik terbaik untuk menjana pendapatan melalui blog & dah tentu permintaannya tinggi kerana GURU yang akan mengajar bukannya omongan kosong tetapi telah terbukti akan KESMARTAN BLOGGINGNYA menghasilkan ribuan RM RM RM RM walaupun hanya berkain pelikat berblog kat rumah :D

    #2 – Mungkin juga si A menipu dengan screenshot tu! Tetapi mungkin gak ada masalah teknikal lain..ni yang aku pun nak tau dari segi teknikalnya kenapa si B boleh mengalahkan si A???

    #3 – Aku cuma sekadar daftar jerk jadi agen tapi tak pernah promote lagi ler. Yup aku ada menerima email dari Puan Lisa menyatakan pentadbiran telah di ambik alih oleh Team A-Class. Hmm..siapa ler ahli-ahli team ni kan??? Berkenaan komisyen aku nak gak tau agen-agen yang lain dah menjana berapa banyak dari pakej ni..

    #4 – Haaa..ni ler yang aku tunggu-tunggu selama ini. Pergh! Best tu bro ijad dah seikhlas hati memberi jaminan ebook rentetan pengalaman (blueprint ler kot) kejayaan seorang pemuda buta IT yang dah syok menjana income hanya dengan berblogging diberikan PERCUMA kepada kita semua!!! Horeyyyyyyyyyyyy..aku dahului dengan ucapan juta-jutaan terima kasih. Bila agaknya akan dilancarkan ya???

    #5 – Ni ler yang rasa menyampah gak..kan dalam email tu dah ada diberitahu kalau tak mau terima UNSUBSCRIBE jer ler!!! Pasti aku akan ambik pengajaran daripada apa yang berlaku kat ijad..sian beb tak pasal-pasal dituduh jadi spammer!!!

    rohaizad Reply:

    Haaa… komen paling best sebab menjawab semua soalan :)

    samdaddycool Reply:

    ahh aku pun tak perasan persoalan lain. Tentang ebook perjalanan Rohaizad bermula dgn buta IT tu, aku sokong amat-amat.. bak kata orang warm up lap sebelum keluarkan ebook-ebook seterusnya.

    rohaizad Reply:

    Mesti menitis air mata punyalah kalau ko baca ebook tu nanti… hahahahah

    samdaddycool Reply:

    erk… ni ebook biografi ni, nanti kena sediakan tisu banyak-banyak. Aku tahu gaya penulisan ko memang best!

    p/s- lepas ebook ni keluar, mesti ramai aweks yang single mingle nak buat abg angkat atau pakwe.. ngeheheh

    rohaizad Reply:

    Mana ader… aku main-main je. Ini bukan cerita Hindustan… hahahah

    samdaddycool Reply:

    Rexeki jangan ditolak ..ehem .. ehem

    hafiz Reply:

    kalau setakat menitis air mate xpe..jgn kuar habis air idung..tu yg x syok tuh…:D

  5. Aqif said:

    Salam bro Ijad..
    Saya berbesar hati untuk menjadi salah seorang sponsor untuk produk anda. ;)

    Harap kita dapat berhubung untuk perbincangan selanjutnya.

    Terima kasih :D

    rohaizad Reply:

    Produk apa tu ye?

    Sebab kalau ia ada kaitan dengan blogging, itu lebih bagus untuk memudahkan conversion jualan nanti. :D

    Anyway, kita boleh citer kemudian.

  6. abgzol said:

    ..huhuhuhu :D sorry le ijad komen aku kat atas tu bukannya menjawap soalan tetapi melemparkan soalan lagi ada ler!!! Harap ada rakan pembaca lain akan tolong jawapkan gak..

    rohaizad Reply:

    No problem… komen tu lengkap sebenarnya. :)

  7. megat said:

    ebook? itu yang paling cun! ;)

    rohaizad Reply:

    Ebook biasa je :)

  8. winzter said:

    aku berminat nak komen soalan no 3 tu jek.. skang pentadbiran dah tukar kan dan untuk pakej video tu skang sape yang beli dapat bonus baru..tapi yang dah lame beli x dapat ke? dah try tanya kat email puan lisa tapi die tak jawap pun seh..kecik ati..

    rohaizad Reply:

    Kita tunggu apa kata member lain sebab tak tahu lagi statusnya.

  9. fathuri said:

    Assalamualaikum Ijad. Perkara no 4 tu best!

    Berminat untuk menjadi SPONSOR?
    Caranya mudah sahaja iaitu di setiap cerita aku yang boleh dikaitkan dengan produk kamu…

    cadangan: ” …dan blog kamu”

    Ambo standby ni…

    rohaizad Reply:

    Haaaaa?
    Aku tak faham apa yang kamu komenkan ni.

    wanmus Reply:

    maksudnya dia dah standby nak jadi sponsor ebook demo..

    rohaizad Reply:

    Oooo… baru ambo faham :)

  10. Zulazis said:

    Bagi komen kat blog pun boleh dapat income…

    rohaizad Reply:

    :)

  11. haritz said:

    ape ker paedah menipu, boleh sen lebat ker

    reezluv Reply:

    memang leh lebat..tgk le monsunbiz..hehe..tapi tak selamat ar dunia akhirat…:P

    ijad:rasanya nanti ada smartblogging tu kat area KL roger2 la eh?aku confirm akan amek satu tempat nanti..

  12. raman said:

    salam..bro rohaizad tak teringin ke nak buat smart blogging ke negeri dibawah bayu ni(tawau,sabah).

    sambil jalan2 makan angin..cari jodoh ke hehe..bleh gak perturunkan ilmu kat kitaworang kat sini

    rohaizad Reply:

    Raman,
    Kalau ada sambutan di sana, memang saya akan pergi. Boleh Raman tolong organizekan?

    wanmus Reply:

    nak ikut..nak gi jugak jalan2 kat sabah..hheheh

    rohaizad Reply:

    Boleh.. beres… :)

    raman Reply:

    maksud awak….saya organize,cari orang,tempat,tarikh…then jemput awak datang jadi penceramahla ek..humm bunyi macam menarik…okay saya cubaa riki-riki dulu ngan kengkawan k

    rohaizad Reply:

    Orait no problem…

  13. razak said:

    bro,kt penang nih taknak buat ka.alang2 ada urusan kt penang,berseminar skli la.Bleh join.

    p/s- nk buat e-book pasal blogging.mesti best.asyik terkena e-book sampah ja.huhuhu.

    rohaizad Reply:

    Razak, memang nak buat sebenarnya. Cuma sambutan di Penang nampak seperti suam-suam kuku. Adalah dalam 2-3 orang.

    Kalau katakanlah ada lebih ramai yang berminat, Insya Allah akanku start enjin kereta on the spot :)

    p/s: Lepas raya? atau tahun hadapan?

  14. Nurul said:

    Teringin betul nak gi seminar smart blogging bro ijad nih, tapi takde peluang lagi..kena cari jugak peluang..terpikat ngan ss wanmus dan perserta lain…

    rohaizad Reply:

    Peluang tu akan tiba.. :)

  15. safwan said:

    Ya itu dia.. Satu lagi ebook dari Rohaizad.Com. Mari kita dapatkannya. Heheh..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah akan di siapkan… nak raya neh…

  16. syam KT said:

    kat teranung dok gi ke? nak belajar lagi pasal blog ni…

    rohaizad Reply:

    Tak sure lagi.. tunggu pihak penganjur siapkan tempat. Insya Allah.

  17. Jmay said:

    Bro, bnyk btul soklan nih tp ak nk jawab stu jerk..hehe. Rmai yang minat nk join smart blogging sb bro sememangnyer jujur dalam mempromosikn teknik ini kepada pembaca2 sekalian.. tiada udang disebalik batu. dlu pn first time ak baca psl smart blogging nih, trus ak terpikat and bila da join ternyata tidak mengecewakan ..tahniah bro..h:)

    rohaizad Reply:

    Takper.. sket hari lagi iklan untuk Seminar Blogging akan up!

  18. smartzul said:

    Bro. Buat buku.

    Rasanya lagi mudah berbanding ebook. Tulis saja, then segalanya diurus oleh pihak penerbit (editing, cover design, ……).

    Malah buku mempunyai tahap sentimental value yang amat terlampau. :)

    Good luck.

    rohaizad Reply:

    Ermmm… okay aku setuju. Rasanya itu adalah lebih baik

  19. [...] * Ini adalah sambungan dari ‘Soalan untuk dijawab dan dibincang’ soalan no 2: [...]