Air mata Ramadhan – apakah ertinya bagi seorang blogger?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: September 4, 2009 online
5-6 tahun yang lepas, aku adalah seorang insan yang boleh tahan kurang jahilnya terhadap dunia IT.
Jahilnya aku pada waktu itu hanya Tuhan sajalah yang tahu. Pernah satu tahap, ada member tanya apakah ID untuk YM… so dengan confidentnya aku terus senyum kambing (cover air muka). Malah kambing pun tak senyum macam aku.
Bayangkan, YM pun aku tak tahu pada waktu itu….huhuhuu sedih betul. Yang aku tahu pada waktu tu hanyalah bermain free games di MiniClip.com.
Dan apabila zaman menganggur mula menyelubungi kehidupan, aku semakin terpanggil untuk melihat dunia internet dengan lebih jauh. Duduk di rumah… surfing sana, surfing sini… bloghoping dari satu blog ke blog ke blog yang lain untuk menghabiskan masa yang ada sambil-sambil belajar mengenai dunia blogging.
Kemudian semakin hari, aku rasakan dunia blogging semakin berkembang pesat. Semua peluang aku rembat dan segala sumber aku sumbat ke dalam minda. Aku berada di dalam dunia aku sendiri.

Orang lain tidak tahupun apa yang aku belajar setiap hari. Tetapi dalam proses belajar itu, kewangan aku semakin sempit sehingga 2 kali hari raya aku rasa SUNGGUH tertekan kerana tak cukup duit even untuk beli baju raya sendiri!
Walaubagaimanapun, aku kuatkan semangat untuk terus hidup. Semakin banyak rahsia blog yang aku cungkil terutamanya kesan dan potensi blog yang ada di barat sana. Semakin banyak blog mat saleh yang berjaya menawan hati aku sehingga aku BERAZAM satu hari nanti, aku hendak duduk di rumah dan menjana pendapatan dari blog-blog yang aku ada.
Dipendekkan cerita, aku semakin selesa dengan dunia blogging. Tidak lama selepas itu, jiwa blogging semakin sebati. Sehingga pada satu masa (bulan Ramadhan 2006 atau 2007 kalau tak silap), total income blogging aku sepanjang bulan itu mencecah RM6000++ (syukur alhamdulillah).
Rasanya itulah antara airmata Ramadhan yang amat menyentuh hati dan jiwa kerana aku tahu yang hari raya pada tahun itu nanti PASTI lebih seronok untuk di raikan bersama (ada duit di tangan). Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata.
Dan airmata Ramadhan itu seakan ingin mengalir lagi tadi setelah melihat testimonial dari beberapa peserta yang telah menghadiri coaching dan Seminar Smart Blogging sebelum ini.
Selalunya sebelum seminar bermula, ramai yang mengatakan:
“Dapat menjana RM300 secara sambilan tiap-tiap bulan dari aktiviti blogging pun dah cukup… boleh bayar bil api dan bil air…. boleh menolong isteri mengurangkan beban perbelanjaan dapur dan sebagainya”

Tapi hakikatnya, kalau usaha lebih.. pasti hasilnya juga lebih. Inilah yang di perolehi oleh salah seorang peserta di Melaka (link 1, link 2, link 3) iaitu Sain (Hussain) yang telah berjaya menjana lebih dari USD317.00 iaitu RM1109.50 dalam sebulan hanya dari blogging sahaja.
Syukur… walaupun seorang student, dapat juga duit raya dan duit tambahan:
Begitu juga dengan pendapatan yang diperolehi oleh saudara Reza (www.rezamohyin.com) yang semakin cemerlang dengan aktiviti bloggingnya.
Untuk pengetahuan pembaca setia blog ini, beliau (saudara Reza) telah berjaya menjana pendapatan sebanyak USD998.00 iaitu RM3493.00 hanya dari blog-blognya yang PR0 pada bulan lepas!!!
Insya Allah, asal ikut sahaja langkah yang telah diberitahu dalam seminar, mesti boleh menjana pendapatan.
Blogger Shaffik: Berjaya menjana lebih dari RM1000 bulan lepas (dari duit blogging – tak kacau duit gaji-)
Blogger Nuaeman: Baru sahaja menghabiskan lebih kurang RM800++ untuk beli baju dan barang hari raya (dari duit blogging juga – tak kacau duit gaji-)
Blogger WanMus: In the making… bulan pertama dan hampir RM500 telah di jana… duit raya katanya
Hebat… sungguh hebat!!
Jadi siapa kata kita tidak boleh berdiri sama tinggi dengan blogger barat sana?
Sebenarnya ada lagi blogger-blogger lain seperti bro Life4Hire dan ramai lagi yang sudah menjana sekurang-kurang RM300-RM500 sebulan tetapi mereka masih lagi ingin duduk di bawah radar. Low profile katanya… hehehehe.
Tapi percayalah, semua yang di bawah radar ini akan terbang seperti helang di udara satu hari nanti kerana rezeki Allah di muka bumi ini bersepah. Aku doakan kejayaan (peserta) kalian semua (sebarang pertanyaan dan support, jangan malu dan segan untuk email seperti biasa
). Lambat bermula tidak mengapa tapi jangan tidak bermula langsung ye. Jalan sudah ada di hadapan mata
Mungkin pada orang yang sudah biasa menjana RM10,000 atau RM30,000 sebulan, amaun di atas tidaklah begitu memberansangkan bagi mereka tetapi bagi aku yang dahulunya susah (walau luaran nampak macam takde masalah)… ia cukup sinonim kerana nilai sebegitu cukup besar untuk aku teruskan hidup.
Hakikatnya, kejayaan peserta coaching dan seminar menjana pendapatan dari blogging adalah antara perkara manis yang pernah berlaku dalam hidup aku.
Inilah erti airmata Ramadhan untuk blogger seperti aku. Bukan setakat menghayati fadhilat Ramadhan sahaja, tetapi lebih dari itu. Kisah dahulu memang terlalu pahit untuk dikenang, tetapi ia sentiasa dijadikan sebagai motivasi. Ramadhan sememangnya membawa erti yang cukup bermakna bagi diri aku.
Benar, aku hanya sekadar tunjukkan jalan tetapi seperti kata bidalan:
“Jangan diberikan ikan kepada si lapar tetapi berikanlah mereka pancing dan ilmu untuk menangkap ikan… kerana itu akan mengelakkan mereka dari bergantung harapan dari orang lain“
Apa pun, mereka yang di atas itu hanyalah berblogging secara part-time sahaja. Aku pula lebih suka kalau blogging ini dibuat secara part-time kerana setidaknya, kita boleh dapat 2 jenis pendapatan. Satu pendapatan dari kerja tetap harian dan satu lagi dari blogging.
Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Adil dan aku percaya bahawa segala usaha yang dilakukan pasti akan ada hasilnya. Antara sibuk, rajin, malas dan mahu atau tidak sahaja.
p/s: Jangan lupa bayar zakat sudah ya… ekekekeke









Sesiapa yang ada matlamat dan tahu apa yang dia nak kemudian berikan fokus sepenuhnya bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan Insya_Allah akan terasa juga manisnya.
Tetapi bagi yang tak habis-habis mencipta alasan maka sampai ke akhirnya mereka hanya asyik tersenyum melihat orang lain peroleh hasil. Bila ditanya pada diri sendiri.. “takpe masa aku akan tiba..”
Memanglaa akan tiba.. tetapi kalau tak bermula bila agaknya nak tiba.. tak logik bukan?
Fikir-fikirkan…
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:24 am
Komen yang tegas tetapi amat bermakna jika di fikirkan. Semoga ada tindakan susulan selepas ini
jeremy Reply:
December 10th, 2009 at 1:27 pm
haLo…sa bru shaja dlam bidang berbloging nie…hurmmm byak uda yang i dah tau..tetapi..i bru aja buat blog beberapa hri lalu..heheh tapi tak thu nak isikan apa..hehehe smetyme bngung jga la..ble bgi tips..:) thnkiu..
rohaizad Reply:
December 10th, 2009 at 5:35 pm
Terdapat banyak tips dan info yang berguna di sini:
http://www.problogger.net
p/s: segala infonya percuma sahaja di situs itu.
Hampir meleleh juga air liur.. oopps air mata aku baca kisah 2 kali Ramadhan tak beli baju raya. Aku pun pernah berada dalam situasi yang hampir sama, dengan alasan ‘degil’ untuk menjadi usahawan (kerja sendiri).
Tapi semua tu adalah memori cerita luka untuk jadi catatan manis suatu hari nanti. Kita semua boleh berjaya jika ada usaha dan kemahuan. Niat perlu diperbetul dan kejarlah impian!
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:25 am
Aku pun sebenarnya jeles ngan semangat ko Sam. Kalau ko tak strong, ko takkan jadi otai eBay.
Pada aku, ko lagi kuat dan lebih survive!
samdaddycool Reply:
September 4th, 2009 at 1:42 am
Aku masih banyak membelek ebook serta blog tentang ebay. Banyak lagi yang aku perlu pelajari. Dulu aku rasa aku dah banyak ilmu tentang ebay, sekarang aku rasa terlampau banyak yang aku belum tahu.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 2:48 am
Itulah ciri-ciri orang yang akan berjaya iaitu tidak pernah puas belajar. Respek la kat ko Sam
Masyaallah…hebat betul diaorang ni. Sifu dia toksah ceritalah…memang mantop sekali
Memang mencabar jiwaku ini…bro Ijad bila next seminar?
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:41 am
Next seminar paling awal pun selepas raya. Paling lewat awal 2010. Apa pun, sentiasalah jenguk ke http://www.SeminarBlogging.com untuk perkembangan terkini.
memang terharu rasa dengan pendapatan sepanjang ramadhan ni dengan idea dan ilmu yang dikongsikan bro ijad.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:42 am
WanMus ni dia senyap-senyap berisi… semoga dapat menjana lebih lagi dollar selepas ini.
Duit raya… yaaayyy!!!
Salam bro ijad,
Mantap lah sifu ijad dan anak murid. Boleh saya tau nak jadi macam mereka, berapa lama pengalaman yang diperlukan. Saya masih baru dalam dunia blogging nih
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:53 am
Mantra,
Pengalaman boleh ditimba… tiada masalah, seperti artikel yang diletakkan di dalam blog bro Shukor kita.
Tapi satu perkara yang perlu dijelaskan di sini ialah BLOGGING bukan berpaksi pada “berapa cepat untuk buat duit” tetapi sejauh manakah KESERASIAN seseorang itu dalam dunia blogging.
Sebab apa?
Sebab pendapatan blogging bukanlah seperti pendapatan mereka yang selalu mendapat income dari skim cepat kaya, menjual ebook ataupun mereka yang handal dalam affiliate.
Kalau katakanlah peserta itu datang ke seminar semata-mata untuk “buat duit”, maka mereka pasti akan pulang dengan perasaan kecewa.
Tapi kalau peserta itu datang untuk mengetahui konsep blogging dan dan melihat bagaimana aku menjana pendapatan melalui blog, maka dia akan pulang dengan gembira. Insya Allah.
Berminat ke?
hoho..sebagai satu member, IM, blogger tegar dan forumer yang sama aliran. Aku turut bangga dengan hasil-hasil blogger yang lain. Benar, blogging dan affiliate memang lubuk emas kitaorang. Hehe..
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 1:54 am
Oiittt… mana pergi?
Lama tak jengah kat sini ya…:D
p/s: Janji pendapatan kita halal, tak gitu?
nak nangis bace kisah abang daa….
memang ape yg abang usaha sudah Allah bayar…abang seminar abang tu kat Johor je ke?kat pantai timur ade tak?
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 2:47 am
Kat pantai timur Insya Allah ada di Terengganu. Tapi masih dalam perancangan kerana ianya diuruskan oleh seorang penganjur disana nanti.
I will keep update about this, so dun worry ye
MyDailyBlog.Info Reply:
September 5th, 2009 at 12:44 am
kalau kat terengganu maybe aku boleh pergi…comfirm pegi..hehehe
haha..adakah aku dikira low profile jugak? ops!
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 2:56 am
Hahahaha… sebab ko tak kasi aku lagi screenshot income blogging ko… dan aku tahu memang ko dah jana banyak!
Apa pun, teruskan usaha.. sama-samalah kita menjana pendapatan dari blogging
setiap kali aku membaca tulisan rohaizad
maka setiap kali itulah semangat aku jadi berkobar2
cuma, masalahnya, kalau semangat jer berkobar,
tapi tiada tindakan, buang karan aja la jawabnya…huhu
semoga aku dapat menuruti jejak langkah korang. amin
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 3:33 am
Yup, kena bertindak juga, no choice. Even kalau nak buat apa-pun, the first step is a must.
Tak kiralah kita nak berjaya dalam affiliate ke, eBay ke… semuanya sama.
“Kita buat, kita dapat”
p/s: Tapi kalau “Kita tak buat, kita …..?”
PakarHowTo Reply:
September 4th, 2009 at 9:35 am
kalau kita tak buat, kita tak dapat…
kalau kita tak buat, kita ketinggalan…
kalau kita tak buat, kita gigit jari…
kalau kita tak buat, kita rugi besar laaa…jawabnya…
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 5:25 pm
Begitulah nampaknya…
Salam bro ijad..
Setiap post bro mesti ade emotional touch..
N post kali ni telah minitiskan air mata..betapa ia memberi inspirasi terhadap diri seorang hamba Allah ini..
Dengan sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan dengan lebih baik, nescaya rezeki akan datang melimpah ruah..
Saya doakan bro sentiasa dimurahkan rezeki.
Btw, saya mmg look forward untuk attend blog bro. We’ll see.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:12 pm
Insya Allah… jika diizinkan, kita akan bertemu di next seminar
saya kagum dengan saudara rohaizad..
kata-kata “Jangan diberikan ikan kepada si lapar tetapi berikanlah mereka pancing dan ilmu untuk menangkap ikan… kerana itu akan mengelakkan mereka dari bergantung harapan dari orang lain”
ada benarnya..
p/s: bila nak wat seminar kat kuching sarawak? saya mesti pergi nyer..hehe
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:13 pm
Kalau ada sambutan di sana, boleh saja.
Ya Allah, masuk berita plak saya nya testimoni ni..Hehehe, hari tu bro Ijad nak ambil testimoni lepas ikut seminar kat melaka saya tolak..malu nak masuk TV Rohaizad ….InsyaAllah, lepas ni Ijad akan kencang lagi orang yang akan join Seminar Blogging tu Ijad…Amin.
Ingat tuan/puan semua, itu baru Income Bulan pertama saya tau, satu percubaan dan permulaan sahaja..InsyaAllah bulan yang seterusnya akan berlipat kali ganda, setelah tau teknik dan rahsianya smart blogging ni..
Jadi, bagi sesiapa yang berminat nak jana income melalui blogging, harap korang semua ikutlah seminar anjuran Rohaizad.com ni…Tak rugi..!
p/s : Ini bukan iklan berbayar ya, ini hasil dari luahanan hati dan fikiran saya sendiri dan diterjemahkan melalui penulisan/menaip…Hehehe, Happy Blogging & Selamat Berpuasa Semua…
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:13 pm
Salam blogging dan selamat buat duit Sain!
Sain Reply:
September 4th, 2009 at 12:55 pm
Ijad,sedih dan gembira gak saya baca cerita Ijad sampai nak mengalir air mata melihat kejayaan anak muridnya ni…Thanks la Ijad ilmu bermanfaat mu tu…
zool Reply:
September 4th, 2009 at 3:26 pm
Sain, bila nak buat blog peribadi?? Boleh singgah2 sana…
Salute! huhu.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:14 pm
Hasil dari mereka yang telah berusaha.. tahniah untuk mereka.
[...] aku kumpul duit dari blog. Target aku untuk bulan Ogos, alhamdulillah telah tercapai. Sila ke sini untuk bacaan kisah aku di bulan Ogos yang lepas. Selain itu, aku juga dapat menyambut hari [...]
Diulas pada September 4th, 2009 at 8:10 amTu dia siri intro untuk ebook yang bakal Rohaizad dot Com terbitkan..dan 100% FREE untuk mereka yang bercita-cita untuk menjejaki kejayaan menjana WANG LUMAYAN dari blog
..kalau buat squeeze page untuk download ebook tu sure boleh dapat ribu-ribu mailing-list nih!!! tak nak buat PPL ke untuk ebook tu kelak?
Aku tak sangka ler kesusahan bro sebelum ini sampai 2x raya kesempitan nak beli baju raya..uisk! Tapi lagi ler tak sangka daripada buta IT boleh menjana RM6K rezeki di bulan Ramadhan 2006/7 tu..lagi ler tak sabar aku nak menunggu ebook tu dilancarkan! Gaya penulisan bro memang best tahap kayangan
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:15 pm
Just cerita dari pengalaman je Bro Zol. Ada lagi insan yang lebih teruk dugaannya di dunia ini sebenarnya.
dasyat…sumer yg ikut smartblogging yg bro buat berjaya akhirnya. Ntah bila la ada peluang nak join…nak tau secret bro.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:16 pm
Boleh apa salahnya.
Terharu dan kagum.
Kagum dgn peserta2 smartblogging. nnti nk join la.
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:16 pm
No problem… beres
Teras kerja saya ialah jualan barang kraf, cuma aktiviti blog nie saya tak tahu pulak nak di jadikan kerja teras saya, minat tu ada?
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:17 pm
Blogging ni buat secara part time pun boleh.
zool Reply:
September 4th, 2009 at 3:28 pm
buat blog pasal kraft pun ok per..
Boleh jual tu…
Betul tak izad?? Kalau tak betul kata je betul.. huhuhuhuhuhu
Sebenarnya nak buat duit di internet ni taklah sesukar yang kita fikirkan lagi2 bila tak reti nak menulis dalam omputih ni. jngan risau, saya pun tak reti snagat omputih tapi boleh je post dalam BI.macamana? semuanya dalam seminar bro ijad. Tak sabar nak jadi penganjur utk next bro ijad punye seminar
nantikan announcement dari big bos ijad kita ni
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 12:18 pm
Plan dah ada tapi semuanya lepas raya.
p/s: kita beraya dulu, then kita berseminar!
kekeke… btul2.. zakat jgn lpe..
mm.. duduk bawah radar tu ape bro?
setuju dengan pepatah memancing tu, betul sangat…
Ezad Reply:
September 4th, 2009 at 12:48 pm
Duduk bawah radar tuh, keep low profile..hehe betul ker, atau mmg betul2 dduk bawah radar sbb tu line signal internet laju jek..hehe
wow,ramai dah dapat hasil dari blogging ,aku bila lagi…………agaknya
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 5:25 pm
Tak lama lagilah tu…
Walaupun aku dpt tak sebanyak diorang yg join seminar tapi melalui seminar rohaizad aku dpt explore jln2 yang berbeza…
Harap aku dpt meletup selepas 2-3 bulan ni.. huhuhuhuhuhu..
rohaizad Reply:
September 4th, 2009 at 5:26 pm
Insya Allah… ada usaha, pasti ada hasilnya.
Ijat..ada satu cerita yg mungkin tidak dialami oleh orang lain..Alhamdullilah segala perbelanjaan untuk hari raya tahun ini pakai duit blog. Alhamdullilah..Berkat usaha dan semangat yang tidak pernah luntur…inilah hasilnya. Thanks ijat.
wanmus Reply:
September 4th, 2009 at 5:15 pm
wahh bestnya..alhamdulillah
boy_bersahaje Reply:
September 4th, 2009 at 8:24 pm
Wan, Shaffik tu semangat dia mengalahkan orang bujang cam kite ni…kihkihkihkih
Bila baca post tu membuat kan saya bersemangat nak blogging,saya pon baru mula belajar blogging 2-3bulan yang lalu..tapi tak sempat nak buat raya pasal saya ni lembap sket..
Semua orang boleh menjana duit dari internet. Hanya 2 perkara yang sangat penting untuk menentukanya:
1) Teknik
2) Usaha
Kita semua sama. Hanya 2 perkara atas tu yang membezakan. Aku sangat sarankan pergi ke kelas blogging Ijad. Sangat berbaloi! Kira kelas ni bagi aku short course untuk kita memenuhkan USD dalam paypal kita. Jangan ragu-ragu sementara peluang masih ada.Nanti gigit jari :p
Salam bro ijad,
1 je nk cakap ni, wa caya sma lulh bro,
tp cete n motivatn bro ijad mmg touching abis.
Dr hari ke sehari bila bca ada shj pengisian y hndk dsmpaikn. conglate.Mbuatkn dr y baring terus duduk, dr y ddk trs bdiri.
Cmanya, moga pntu hati sy ni blh tbuka nk join dunia blogging brolh. Amin….
tahniah.. aku tabik ko… tu la cam orang slalu cakap dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. stop making excuses and start working..
Bro, setiap kali bca entry bro.. psti ak akn hbiskn hingga ke footer..hihi, semuanyer pnuh dgn informasi..hehe..Ak stuju ngan boy_bersahaja, seminar Ijad nih betul2 membuka mata aku untuk berblog sambil mnjana pendapatan. Betul kata Ijad, pendapatan blogging nih bukannya datang dlm msa yang cepat, kesabaran dan konsistensi sgt di perlukan. Wlaupn sudah hampir sebulan mengikuti coaching Ijad, semangat aku msih tetap membara kerana blogging memang best!!! Thanks bro, dlu ak xtau nk wtpe ngan internet, sekarang aku xtau cmne nk tinggalkn internet.. da melekat da..hihi
sehari xde internet leh gile kalau dah jadi blogger sejati nih…hahaa
sedih la bro, crita tu.harap2 kisah itu tidak datang lagi selepas ini.
Aku x reti nak komen panjang2…
Pendek kata, aku suka baca post ni…mgkn boleh dijadikan motivasi untuk aku yg agak malas ini…hehehehe….
seminar nih yuran rm 350. takde diskaun ke untuk fresh graduate, penganggur atau student? curious
rohaizad Reply:
September 7th, 2009 at 12:06 am
Mantol,
Yuran RM350 tu harga masa promosi. Sekarang dah tak de lagi harga tu, sebab dah kembali kepada harga biasa. Harap maklum.
Syukur time aku g personal coaching harga masih lama.maybe masa tue harga minyak x naik lagi.
Heheheehhe.
Bagi aku harga ini mampu milik untuk semua kerana harganya berpatutan n khidmat after sales tue yang penting.
wah bagus skali infonya bro, aku jd semangat lagi ngeblognya. salam kenal dari Indonesia