Ingin beriklan? Sila klik di sini


Malam tadi sepatutnya ramai yang hadir, tetapi oleh kerana disebabkan jarak dan juga perkara-perkara lain… makan ini sahajalah peserta yang sempat menghadirkan diri. Walau apapun, untuk peserta yang telah membalas email jemputan (kerana tidak dapat menghadirinya)… terima kasih di ucapkan, Insya Allah kita boleh bergathering lagi di lain masa.

Apa pun, di bawah adalah antara gambar-gambar yang tidak seberapa adanya. Banyak lagi gambar telah di masukkan di dalam di dalam forum FDB. Jadi jenguk-jenguklah ke dalam forum ye :)

buka-puasa-1.gif

Haa… sekali pandang, latar belakang dia sebijik macam kat negara China kan?

buka-puasa-2.gif

Blogger Shaffik (berbaju hijau) baru sahaja menumbuk meja makan kerana Pak Imam lambat hendak laungkan azan! Begitu juga dengan blogger Abu Samah… geram betul mereka dengan Pak Imam tu…


buka-puasa-4.gif

Operasi bermula !!

buka-puasa-5.gif

Dah makan… semuanya senyum, kalau tak… lain macam je wajah masing-masing… huhuhuhu

buka-puasa-6.gif

Tengok tu En Hirman kita (berbaju biru) yang hensem sambil tersengih kerana baju Chelseanya begitu menyerlah malam itu. DI belakang berdiri itu ialah WanMus dan juga Boy Reza yang semacam tak puas hati kerana kambing panggang tak dapat dinikmati lagi… orang ramai berbaris panjang. Yang pasti aku tetap Liverpool.. hahahaha

buka-puasa-14.gif

Blogger Nuaeman seakan tidak puas hati dengan IM WanMus sebab ketika perbincangan sedang berlangsung, IM WanMus masih tetap ingin meneruskan aktivinya. Jelas kelihatan wajah tidak puas hati beliau… habislah WanMus lepas nih..

buka-puasa-7.gif

Inilah salah seorang peserta SELAKU penganjur untuk Seminar Smart Blogging yang akan datang di UTM selepas raya nanti iaitu IM WanMus (lawati blog beliau di www.WanMus.com)

buka-puasa-3.gif

Posing bila dah kenyang.. memang macam ni

buka-puasa-15.gif

buka-puasa-16.gif

Grand juga tempat ini`kan? Surau siap ada air-cond lagi. Yang penting, seronok!

buka-puasa-8.gif

Masa ni semua cover perut sebab kekenyangan. Selepas majlis makan, ada satu lagi acara iaitu majlis SEMPOI GATHERING di Dataran Bandaraya

buka-puasa-9.gif

Kelihatan satu group manusia yang entah apa-apa duduk di atas stage Dataran Bandaraya Johor Bahru. Siapakah mereka?

buka-puasa-10.gif

Blogger Reza (berjaya menjana hampir RM8000 dalam masa 3 bulan melalui teknik Smart Blogging) sedang berkongsi tips dan skill yang dilakukan dengan ikhlasnya. Cayalah…!

buka-puasa-11.gif

Dari kiri: Pendekar Fidrus (jersey merah Arsenal), Pendekar Abu Samah, Pendekar WanMus, Pendekar Zol Kulai, Pendekar Shaffik, Pendekar Zairizad, Pendekar Hirman, Pendekar Marzuki sedang sibuk upload semua “tips” yang sedang di berikan oleh Pendekar Reza (berbaju hijau).

buka-puasa-12.gif

Tak pernah di buat dek orang gathering se-sempoi ini. Tapi yang penting masa sesi ini di jalankan, kita semua duduk bersila… no double standard here… takde istilah otai di sini… semuanya sama.

buka-puasa-13.gif

Oh ya… tema majlis semalam adalah NO PROTOCOL. Maknanya tak buat kat hotel pun takper, janji mesej yang hendak di sampaikan sampai dan sesi perkenalan telahpun terjalin di antara mereka yang hadir.

Untuk semua peserta Smart Blogging yang tidak dapat hadir, mungkin kita akan berjumpa lagi di lain waktu dalam majlis yang lebih besar. Aku memang ada niat dalam hati untuk buat gathering besar-besaran untuk semua peserta Smart Blogging.

Insya Allah… doakan niat aku ini termakbul yea…. memang rindu hendak berjumpa dengan kamu semua. Salam Ramadhan dari kami blogger-blogger JB untuk semua blogger Malaysia (amnya) dan juga peserta Seminar Blogger secara khususnya :)

========================================================

pcuserz-pecah-telur.gif

Klik untuk gambar yang lebih besar

p/s: Tidak lupa sekalung ucapan tahniah kepada saudara PcUserz kita yang sudahpun pecah telur (USD117.24 = RM410.00). Semoga selepas ini lebih banyak USD (Dollar) yang dapat di jana melalui kaedah Smart Blogging. Selamat berjaya untuk beliau dan selamat maju jaya untuk semua peserta yang lain.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 58 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. hari ni bukak pose kat mana plak jad???hahahaha

    rohaizad Reply:

    Kita gi Mersing… amacam?
    Mau follow?
    Hahahaha..

    p/s: Layan seafood kat pantai Mersing memang masyukkk…!

    nuaeman Reply:

    Setuju sangat aku… boleh balik kampung… hehe

    rohaizad Reply:

    Cehhh… balik kampung ajer yang difikirkan… hahahah

  2. capth said:

    Nampak meriah dan berselera sungguh teman-teman menghadapi juadah berbuka puasa… Yang tinggal jauh dapat tengok gambar jadilah…

    rohaizad Reply:

    Abang Hamdan… Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain waktu. Sedang di usahakan :)

  3. reezluv said:

    kat UTM tu bape aribulan bro?

    rohaizad Reply:

    Tak sure lagi Reez, akan di update secepat mungkin sebab takut bertindih dengan seminar lain.

    reezluv Reply:

    nanti jangan lupa inform ye ijad.:D kot dapat bulan 11 ke orait ar tu..memang timing aku nak p jb tuh..:D

  4. Sain said:

    Bestnya…. jeles aku tak dpt gather sekali dengan korang…Kongsi la Reza nya tips tu kat forum ye…tak kan untuk orang JB je kot…hehehhe

    rohaizad Reply:

    Memang dia akan kongsi tips tu nanti. Nantikan yea :)

    Jmay Reply:

    Btul2.. orng kl pn nk gak nih..hihi

  5. abrablog said:

    wahh. best la korang yek..

    rohaizad Reply:

    Ala…mini gathering jer… :D

  6. dr.aku.la said:

    berbuka sambil curah ilmu.
    mesti best!
    perut penuh.
    kepala pon penuh gak.

    rohaizad Reply:

    Tapi rasanya makanan tu yang lebih masuknya dari ilmu.. hahhahaha

  7. pcuserz said:

    mesti byk info terkini dikongsi tu…

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya lebih kepada perbincangan internet dan blog presentation jer. Tapi bila dah berjumpa, semua cerita masuk sekali termasuklah pasal bola.

  8. hirman said:

    tempat happening tul..mmg syok kalau p taman tasik tue.yg lagi syok dpt coaching lagi…
    Pasai gathering leh r wat kat mersing..
    bercoaching depan unggun api..

    chelsea rule the world…:)

    rohaizad Reply:

    Yang lain aku sokong tapi bab Chelsea rule the world tu, aku bangkang sepenuhnya!!

    nuaeman Reply:

    Apa plak Chelsea.. Man United laa.. apapun Liverpool tak payah cerita laa kat sini.. dah takde harapan dah..

    rohaizad Reply:

    Cehhh… aku bakor laptop baru ko tu nanti Mat… hahaha

    mazuki selangor2u Reply:

    arsenal la………….hahahaha

    mfidz Reply:

    yup… hidup ARSENAL… kasi bakar sama Izad… hu3

  9. wanmus said:

    gathering paling sempoi sekali di abad ini..tak pernah ada service after sales di buat macam ni..memang terbaik

    rohaizad Reply:

    Terima kasih.. terima kasih… sekadar membantu apa yang terdaya.

    p/s: Kalau buat kat resort 2 hari 1 malam… fuhh best nyer!!

  10. Abu Samah said:

    Lepas makan ,dapat lagi satu coaching free,cara Sifu Izad memang Pro,kalau boleh ia ingin melihat semua yang pergi ke Coaching dia berjaya…Syabas

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… kita berjaya bersama-sama nanti :)

  11. Ezad said:

    Sape yang xde mmg rugi, hehe saja bakar2,xpe lain kali nnti gathering sterusnya jangan tak datang, yang penting jangan lupa subscribe blog Rohaizad..hehe kalu xmiss apa yang berlaku.

    rohaizad Reply:

    Ha… subscribe, jangan tak subcribe.

    mfidz Reply:

    hah, kasi bakar lg biaq jd mcm kambing panggang yg naik rentung tuh… hahaha… panas semacam jerk kat cni…

  12. megat said:

    pasti seronok! tahniah kpd yang menyertai. sudah pasti byk pengalaman dan info dapat dikongsi bersama.

    aku? mcm biasa masih dibawah tempurung he3.

    rohaizad Reply:

    Jangan kalah dulu, teruskan blogging seperti yang telah di ajar. Pasti boleh!

  13. Aqif said:

    Seronoknya..bile lagi kita dapat bertemu ye..:)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah..

    Aqif Reply:

    Btw, harap bro ijad boleh reply e-mail secepat yang mungkin.

    Maaf ye menyusahkan..

    rohaizad Reply:

    Please cek email.

  14. Aku baru makan kambing bape slices je, dah sakit pale. Huhuhu. Kaw sangat kot kambing Jb Catering ni kihkhihkhih.

    Kepada yang telah membuat keputusan untuk menjana pendapatan dengan blog SECARA SERIUS, pergilah ke kelas Ijad ni. Sumpah tak rugi walau sesen pun.

    Tapi kalau korang nak duit sekelip mate, nak duit goyang kaki, nak duit secara automatik nescaya kelas ini bukanlah untuk orang seperti itu :) .

    Tapi percayalah, segala jalan dan teknik yang ditunjukan dalam kelas Ijad ni, sangatlah mudah untuk diguna-pakai. Klau tak, masakan aku yang tak berapa bijak ni pun leh KENYANG MAKAN DUIT PAYPAL. kihkihkhihkih.

    Hidup blogger KENTAL! Selamat Hari Raya Aidilfitri yang diNanti :)

    rohaizad Reply:

    Itulah Smart Blogging namanya…

    p/s: baik kasi aku kambing panggang ko kat aku semalam… hahahha

    mfidz Reply:

    apa barang… kambing pun dpt ciput jerk… dh naik rentung kambing tu dipanggang…hik3

    rohaizad Reply:

    Rentung tu yang lagi sedap sebenarnya.. kurang lemak :D

    Shaffik Reply:

    Ayat yang last tu touching laa bro…hehehehehhe…bkn kenyang makan pakai duit paypal..alhamdullilah tahun ni dapat shopping pakai duit paypal bro…

  15. Jmay said:

    Wah..besh2 tgk korng sume berkumpul..next gathering insyaAllah.. ak akn sertai kalian.. :)

    wanmus Reply:

    nest gathering kita wat kat resort ijad kata..bestnye..

    rohaizad Reply:

    Betul tu… WanMus sponsor.. :)

    wanmus Reply:

    aku sponsor mandi laut free of charge 3 hari 2 malam..hahaha

    mfidz Reply:

    aku rase ler yg mana dh pecah telur tu ler yg donate lebih ckit… hik3 amacam izad?

    rohaizad Reply:

    Haa.. saper nak jawap? :D

    nuaeman Reply:

    Aku rasa ok gak tu.. tapi untuk batch yang baru-baru laa.. :)

  16. samdaddycool said:

    Kambing best, tasik best, legakan perut mengah kat dataran pun best… korang semua best!

    rohaizad Reply:

    Ko pun best gak Sam! :)

  17. [...] dan pelbagai gambar sepanjang gathering kami yang sangat sempoi di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini. « Kenangan bulan Ogos 2009 [...]

  18. Zulazis said:

    Smart Blogging Samart Fasting

  19. nuaeman said:

    Sapa nak join main bowling pulak lepas nih.? dah ramai-ramai kat jb tak buat aktiviti riadah tak best gak.. yang luar jb pun boleh mai gak kalau mau..

    rohaizad Reply:

    No hal.. saper nak follow?
    Aku memang JUARA BOWLING. Amacam… ada berani?

  20. nuaeman said:

    sonyap jee yang lain2.. huhu

    mazuki selangor2u Reply:

    bila nak buat ni nuaeman…harapnya lepas raya la kot…

  21. [...] berjudi… beli nombor ekor… beli dadah… hisap ganja… menipu orang… kita hanya BERBLOGGING [...]