Ingin beriklan? Sila klik di sini

Salam blogging semua!

Berikutan permintaan yang agak tinggi dari bloggers yang berminat, satu lagi Seminar Smart Blogging (Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog) akan di anjurkan selepas Hari Raya AidilFitri nanti. Seminar ini akan di anjurkan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dengan kerjasama dari pihak Wanmus Technologies (JM0499956-W).

Mengikut perancangan asal, seminar akan datang ini sebenarnya akan disambung pada awal tahun 2010. Tetapi entah kenapa permintaan meningkat secara mendadak. Mungkin ini petanda bahawa blogging semakin menjadi pilihan di kalangan pengguna internet di Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan daripadanya.

lab-utm-skudai-2.gif

Untuk seminar kali ini, tempahan hanya dibuka maksimum kepada 35 orang sahaja. Walaupun lab komputer tersebut boleh menampung lebih dari itu, tetapi faktor keselesaan akan diberi perhatian. Di bawah adalah details untuk seminar yang akan datang:

Tempat: UTM Skudai, Johor Bahru.
Tarikh: 18hb Oktober 2009.
Hari : Ahad.
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang.

Rehat: Hi-tea pagi, makan tengah hari dan hi-tea petang (3 kali makan).
Kelengkapan: Akan disediakan (datang lenggang sehelai sepinggang pun boleh – blogging itu cool dan sempoi).
Komputer: 100% telah siap untuk digunakan (Dell + LCD monitor + Internet access).

Syarat tambahan: Sila filter minda masing-masing dari program perniagaan internet yang pernah dicuba sebelum ini. Datang dengan HATI yang tenang, WAJAH yang penuh senyuman, MINDA yang ikhlas seperti bayi yang baru dilahirkan. :D

*Jangan bawa stress yang ada… sila tinggalkannya di rumah. Insya Allah… seminar ini adalah satu seminar yang seronok!

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu di berikan perhatian oleh bakal peserta. Iya.. seminar ini bukanlah untuk semua orang. Ini bukan gurauan tetapi adalah SYARAT utama.

Seminar ini hanya untuk mereka yang ingin tahu mengenai dunia blogging dan juga internet advertising. Kerana itulah sahaja 2 sebab yang akan memungkinkan bakal peserta itu menjana pendapatan sampingan dari blog yang bakal mereka miliki.

Memang benar nama seminar ini “Buat Duit Dari Blog” tapi kalau tidak kena pada gaya dan caranya, silap haribulan peserta itu akan gagal menjana pendapatan dari blognya sendiri. Kalau ada yang ingin menyertai seminar ini semata-mata untuk buat duit pantas dan tamak, sila batalkan penyertaan kerana seminar ini tidak memerlukan orang seperti itu untuk berada di dalamnya.

Maaf kerana ayat di atas agak KASAR tetapi aku bertanggungjawab penuh untuk membolehkan bakal peserta menjana pendapatan dengan blog-blog yang mereka ada nanti. Semua orang boleh menganjurkan seminar tetapi tanggungjawab selepas itu bukanlah sesuatu yang ringan untuk dilakukan. Berat… memang berat!

Sekali lagi aku tegaskan di sini:
- “Sila filter minda masing-masing dari program perniagaan internet yang pernah dicuba sebelum ini. Datang dengan HATI yang tenang, WAJAH yang penuh senyuman, MINDA yang ikhlas seperti bayi yang baru dilahirkan”


Percayalah, kalau kamu datang dengan hati yang terbuka dan ingin mengetahui selok belok Smart Blogging, PASTI kamu boleh melihat dengan lebih jelas PINTU-PINTU rezeki yang terbentang luas dalam dunia blogging ini.

Perkara duit letak di belakang dahulu. Yang penting niat asal dari rumah dan konsep blogging itu sendiri. Selepas itu… barulah kamu tahu akan dunia blogging yang sebenar. Kalau tidak percaya, tanyalah pada mereka yang sudah berjaya menjana USD Dollar dari teknik yang telah mereka pelajari (walaupun blog mereka PR0).

Lagi satu, janganlah kamu datang ke seminar ini SEMATA-MATA kerana kamu “kecewa” dengan program janawang dari internet yang pernah kamu lakukan sebelum ini. Tetapi kalau kamu datang disebabkan “kecewa + INGIN BELAJAR mengenai dunia blogging”, maka kamu amat dialu-alukan.
Itu adalah 2 situasi yang berbeza !!

1. Datanglah seperti bayi yang baru lahir. Hanya dengan itu sahaja kamu mudah untuk menerima semua info yang akan diberikan. Iya… mudah sahaja, bukan?

2. Kalau kamu tanya aku mengapa aku mengatakan sedemikan, jawapan aku adalah ini:
Kita dah TAHU terlalu banyak mengenai buat duit dari internet… sampaikan sekarang kita mengalami masalah information overloaded tanpa kita sedari

3. Ini bukanlah Seminar Asas. Ini adalah seminar untuk mereka yang selama ini berblogging tetapi masih kurang jelas mengenai cara yang sesuai untuk menjana pendapatan dari aktiviti blogging mereka. Jadi di andaikan semua bakal peserta pernah mempunyai blog berdomainkan dot com sendiri.

Paling tidak, bakal peserta tahu menggunakan Wordpress. Jika kedua syarat penting ini ada, ia akan memudahkan lagi peserta untuk memulakan langkah pertama sebaik sahaja pulang dari seminar.

Oh ya… buat pengetahuan semua, yuran RM380 telahpun dimansuhkan kerana itu adalah harga promosi. Sama ada percaya ataupun tidak, harga promosi yang selama ini ditawarkan telah di “extend” lebih dari 10 bulan… pheeeew.

Dan bermula dengan seminar di UTM yang akan datang ini, harga telah kembali kepada RM450. However, untuk 10 PESERTA TERAWAL yang membuat tempahan, mereka akan diberikan early bird price iaitu RM400 sahaja!


Jadi bertindaklah sepantas yang mungkin dengan membuat tempahan di laman web Seminar Blogging. Sila isikan maklumat yang dikehendaki. Maklumat yang tidak lengkap akan menyukarkan keadaan.

Iya… just buat tempahan dahulu tanpa sebarang bayaran kerana bayaran hanya akan dibuat 2 minggu sebelum seminar berlangsung.

PERHATIAN:
Tolong jangan membuat tempahan melalui ruangan “Hubungi” blog ini. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kesilapan “terlepas pandang” seperti yang selalu terjadi sebelum ini kerana email primary yang digunakan di blog ini agak sibuk.

Jika ada yang masih lagi ingin menggunakan ruangan Hubungi blog ini dan kemudian terlepas pandang, itu adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Harap maklum.

« « Majlis berbuka puasa peserta Smart Blogging di JB Catering, Tasik Merdeka.*** Hadiah untuk diri sendiri? » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 97 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. [...] Bayaran: RM450 (harga promosi RM380.00 telah tamat tapi 10 peserta pertama akan mendapat harga istimewa iaitu RM400 sahaja! -sila rujuk catatan ini.) [...]

  2. Wahhhhh!!! Seronok!!!! Warga Jb, UTM dan juga pada mereka yang ternanti-nanti kelas ini, apa tunggu lagi?!!! Peluang dah terbentang luas. Aku sarankan kan 100% pergi ke coaching ni. Berbaloi!!!

    rohaizad Reply:

    Siapa cepat dia dapat… huhuhuhu.

    p/s: “Anda buat, anda dapat…” bak kata Ustazah yang kat dalam TV tu.

  3. wanmus said:

    Jangan risau pasal tempat dan makanan..kami sediakan hanya yang terbaik..tanyalah peserta seminar internet adalah duit macamana servis yang kami berikan..so, untuk kali ini kami cuba berikan special sikit..Insyallah nasi yang glamer sekarang iaitu nasi ayam penyet akan dihidangkan.. sllurrppp..oppss..hehehe

    So, ilmu anda dapat, makan best pun anda dapat. dahlah RM400 je sape daftar awal ni

    rohaizad Reply:

    Nasi ayam penyek?
    Arrghhhh… masalah tu nanti sebab lepas makan tengah hari, aku dah tak boleh sambung seminar… sebab kenyang… hahahah!

    samdaddycool Reply:

    Nasiayam penyet.. wahh tak pernah makan lagi beb.. Insyaallah, aku akan buat tempahan kalau keadaan mengizinkan (dalam minggu depan baru boleh confirm).

    wanmus Reply:

    sedap bro..serius..ada tu sampai takleh tidor malam kalau tak pekena ayam penyet sekali dalam sehari..

    rohaizad Reply:

    Betul..betul…!!
    Gerenti Sam lupa balik jalan ke rumah dia lepas makan ayam penyek tu.

    nuaeman Reply:

    Kena ubah seminar ni kepada seminar + bengkel buat duit dari blog + Jamuan Nasi Ayam Penyek heh!

    rohaizad Reply:

    Ha’ah…udah-udahler tu citer bab makan. Lain dah jadinya entri ni.. huhuhuhu :)

    samdaddycool Reply:

    panjang nyer cerita nasi ayam penyek nih… :D .. perghh tengah puasa la plak..

    boy_bersahaje Reply:

    Tengoklah sape penganjurnye kan Mus. Makan mesti gempak, tengok perut dah menunjukan segalan2nya. Kihkihkhih

  4. aku nak jumpa member kat JB, nanti bolehlah aku singgah… haha…

    rohaizad Reply:

    Boleh apa salahnya… kita tak lupa member blogging punyalah… :D

    p/s: bawak kuih raya sekali nanti Yam!

  5. nuaeman said:

    aku nak datang sebab nak makan nasi ayam penyek je boleh tak.. :)

    rohaizad Reply:

    Bukan ker ko AJK bertugas?
    Cehhh… tak datang siap ko. :D

    wanmus Reply:

    tu kene caj lebih tu..hehe

    rohaizad Reply:

    Woiiitt… aku ingatkan aku sorang je stay sampai Sahur.. korang pun tak tido juga ye?

    p/s: nanti aku suruh bos ko pecat ko… sebab kat tempat kerja tido ye.. :D hahaha

    nuaeman Reply:

    ada tapau tak wan? kira cam barkat org kawin gitu.. boleh anak bini aku rasa sekali

    pcuserz Reply:

    bapak mithali ni
    makan pon igt anak bini kat umah

    rohaizad Reply:

    Ni citer seminar ke atau citer pasal makan? hahahah

    wanmus Reply:

    tu ar..korang ni..sape ntah start cerita bab makan..haha

    rohaizad Reply:

    Ha’ah…udah-udahler tu citer bab makan. Tau takper.

    Shaffik Reply:

    Samalah dengan aku..aku datang untuk makan ayam penyek…ayam penyek satu….hehehehehe:

    Alamak tersambung pulak…

  6. hirman said:

    sapo yang xjoin leh r p daftar.beza memang berbeza(iklan tv).blogging nie akan datang secara slow2 lepas g coaching nie :) .Memeber personal coaching yg lepas semua sempoi jer. Yang penting niat kena ikhlas n tinggal sekejap apa program2 lain

    rohaizad Reply:

    Tak perlu tinggal program lain pun takper. Blogging tidak pernah menghalang kita dari melakukan program lain yang telah dan sedang kita lakukan :)

  7. Aqif said:

    Salam bro ijad..niat dalam diri tu mmg nak sangat pergi.

    Akan ku usahakan. :)

    rohaizad Reply:

    Tempahan kamu telah diterima. Kita berjumpa nanti di JB :)

    Aqif Reply:

    Thanks a lot bro!
    Akhirnya hajat kesampaian. :)

    Memang xkan lepaskan peluang ni.

    rohaizad Reply:

    Iya… jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan dari aktiviti blogging.

  8. megat said:

    hu3 nasi ayam penyet. nak nasi ayam penyet je boleh tak? he3

    adeh bilalah aku dpt join seminar. rasa macam seronok belajar dalam keadaan ramai-ramai.

    sebenarnya seronok nak jumpa kawan-kawan sambil berkongsi ilmu he3 ;)

    rohaizad Reply:

    Ko lagi special Megat. Personal coaching… siap aku naik ke Pasir Gudang lagi.. pheeww.. orang lain tak dapat Jack…. hahahaha

    Itu kira okay… siap invite pergi balik ke Aliff lagi… all sponsored… untung ko… :D

    p/s: jangan tunggu dan tangguh lama sangat. orang lain dah merasai nikmatnya.

    megat Reply:

    insya allah jad, bukan disengajakan tapi byk penghalang. ko faham sahajalah. tp aku berusaha utk tidak jadikannya alasan ;)

    terima kasih atas bantuan ko sehingga sanggup dtg umah utk menurunkan ilmu he3. aku kagum dgn kau jad.

    memang tidak harian kau mampu capai apa yang kau impikan. setakat ini hanya doa yang dapat aku iringkan untuk kau, insya allah.

    rohaizad Reply:

    Teruskan usaha Megat! :)

  9. pcuserz said:

    tempat special,
    makan special,
    seminar pon special,
    apa tunggu lagi?
    daftar sekarang!
    tak rugi!

    rohaizad Reply:

    Tu diaa…. En PcUserz kita dengan semangat membara untuk dapatkan duit raya… :)

    p/s: tahniah sekali lagi sebab dah merasai online income dari blogging :)

  10. titan said:

    hoho..lepas raya. Jap aku fikir..

    rohaizad Reply:

    Oiiittt… ko dah otai laa… nak gi seminar aku gak ke… ?

    p/s: segan aku bila otai nak sertai seminar aku nih… hahahah

    titan Reply:

    cait..takkan kedekut ilmu kot. haha..

    saje nak buang masa. Nak alih angin dan saje nak test drive keta aku jalan jauh. haha…tak bleh ker? tak bleh takpe. haha..

    rohaizad Reply:

    Oh yaa.. orang tu dah ada kereta baru, lupa plak aku. Hahaha… marilah, boleh bawak aku pusing JB dengan keta baru.. :)

    p/s: confirm ke? kalau confirm aku akan masukkan nama ko dalam list.

    titan Reply:

    tengok keadaan. aku tak nak janji. Kalau aku free dan takde halangan. Insya-Allah..

    rohaizad Reply:

    Orait roger…

  11. rina said:

    Makin meriah blogging ni. Semua mcm dah otai2 je. Tahniah ijad. Rse mcm nk joint juga.

    rohaizad Reply:

    Kalau dah sedia, bolehlah join Rina.. at least 2010, dah boleh buat duit. Insya Allah.

  12. Shaffik said:

    Kepada yang masih tidak mendapat apa-apa melalui blogging dan masih ada semangat yang tinggi untuk menjana wang dari blog…seminar ni tempat kamu…bukan nak mengampu, tetapi aku dah rasa nikmatnya…

    rohaizad Reply:

    Jom buat duit dari blog!

  13. shahrul said:

    Wah, best nye. Tp tmpt jauh nun di selatan. Akan di fikirkan.

    rohaizad Reply:

    Boleh.. apa salahnya.

  14. ejam said:

    rasanya tarikh tu dh sesuai sgt, segala urusan penting sy pun dah selesai rasanya.
    cuma bayaran tu kena asingkan awal2 coz takut terpakai plak nanti utk majlis hari bahagia.

    utm skudai pernah pergi skali jer time konvo dip dulu, so kalu jd nie kira kali kedua.
    masukkan nama sy yer.
    thx.

    rohaizad Reply:

    Nama kamu telah dimasukkan dalam senarai. Kita berjumpa lepas raya nanti yea.

  15. Shukor said:

    Bro Ijad, bayaran pakai paypal boleh tak?

    rohaizad Reply:

    Ermmm… rasanya pakai RM lebih mudah kot. :)

  16. Jmay said:

    pergi jangan tak pergi!! seminar yang pling sempoi pernah aku hadiri..haha..erk, ayam penyet (start blik psl makan), lom penah rsa lagi..bro, klu gi JB ktne nk cri nsi tuh ek?? :D

    rohaizad Reply:

    Boleh pergi ke LC Corner ataupun kat depan New York Hotel, Banafe Corner (belah malam).

    wanmus Reply:

    Yang paling best ialah Nasi Ayam Penyet Pinang kat Tmn U depan Apartment Melana (rumah lama saya)..saya akan bawakan khas utk peserta seminar..hehe..opppsss tercerita bab makan lagi..hehe..jgn marah ek bos

    rohaizad Reply:

    Ha’ah…udah-udahler tu citer bab makan.

  17. winzter said:

    aiyakk.. nape wat lepas raye.. bajet xde lg seh..
    = (

    rohaizad Reply:

    Adehhh… takleh la nak ikut setiap sorang punya waktu… nanti apa kata peserta lain pula. Kalau buat bulan puasa, ada nanti yang marah… buat tahun depan pun ada yang marah kata lambat sangat.

    Lepas raya buat pun ada yang tak berkenan… huhuhuhu

    p/s: poning pakcik. tapi takper, tiada paksaan… :D

    wanmus Reply:

    Rasanya dah terbaik tu sebab 17hb adalah Deepavali so semua cuti Sabtu tu, jadi Ahad bolehlah datang seminar ni. Satu lagi kalau kerja kerajaan, gaji oktober akan masuk dalam 8 oktober, so tak ada masalah. Yang kerja swasta, gaji awal oktober tu simpanlah awal2 kalau nk join seminar ni..

    rohaizad Reply:

    Yup, memang cuti umum 17hb tu. So marilah bercuti sambil berblogging.

    winzter Reply:

    hehe xpe la.. lom de rezeki lagi k0t nak pegi..

  18. moyus said:

    Bro, adui jealous nye dengar cite sape2 yang dah pegi seminar bro, cam sempoi je..tapi nape jauh sangat..bila nak buat area perak ni?

    rohaizad Reply:

    MoYus, Perak tak jauhlah. Dekat je sebab ada budak dari Kedah ngan Terengganu pun boleh datang selamba je. :)

    p/s: Nak seribu daya… huhuhuhu :)

    moyus Reply:

    hua..cabaran ni..hehe
    skrg tgh praktikum lg..bro tak buat ke kat ats skit, muar ke ,tak pun soghomban selatan ko..hehe

    rohaizad Reply:

    Turun jer JB… :)

  19. Abu Samah said:

    Mari ramai-ramai ke seminar Izad ni,Pecahkan rekod sampai tak muat-muat tempat…

    rohaizad Reply:

    Thanks En Abu. Lain kali kita gathering lagi.

  20. reezluv said:

    Salam bro,

    aritu aku dah isi form dah sekali..kena isi lagi ke untuk tempahan tu?

    ni detailnya:

    Time Stamp: Saturday, September 5th, 2009 at 11:43 am

    hope dapat le antara 10 orang terawal tu ye?aku datang dari jauh ni..hehe.hope ada la diskaun tuh..hihihi

    rohaizad Reply:

    Sila cek email :)

    reezluv Reply:

    maceh2..hehe..

    mintak2 la masa date tu tak clash ngan memane kursus ke ape ke..huh!jangan tetibe plak ada surat panggilan kursus..terpaksa kensel le nampaknya kalau jadi sedemikian..huhu..

    yes..awal bulan 10 nanti aku akan amek cuti..hehe..:P..diskaun price RM400 ye bro?paling diskaun la tu ye? :P

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. RM400 tu akan menjadi satu cabaran supaya jadi RM4000. :D

    reezluv Reply:

    oho..baguih2..leh ar aku sambar iMac sebijik nanti..hihihi..

    iMac,iPod..fuh..tamak sungguh aku..haha..takpe2..pelan2..jangan gelojoh kumpul duit dari blogging..:D

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. :)
    Ini pun aku baru dapat lagi USD35.00… huhuhuhu

  21. Wanie Idayu said:

    Rahsia pergi ke mana2 seminar or majlis ilmu is … EMPTY YOUR CUP!!

    Then kita akan dapat menyerap segala yg diajar & benefit drpdnya… :)

    rohaizad Reply:

    That’s totally right!
    Thanks Wanie for the clarification. :)

  22. Aqif said:

    Nampaknya makin hawt seminar ni! Makin x sabar plak rasanya.

    Mari kita doakan agar perjalanan masing-masing dipermudahkan semasa dalam seminar ini. :)

    Aminn..

    rohaizad Reply:

    Amin……

  23. Der said:

    aku rasa cam insan kerdil jer,blog pun takde,knowledge pun zero,baru jer kenal apa itu domain dan hosting,layak ke aku nak menuntut ilmu ngan otai cam ko..(takde ke bercadang nak buat kat K.L)

    rohaizad Reply:

    Rasanya soalan nak buat di KL ni dah berpuluh ribu kali dijawab… huhuhuhu

    nuaeman Reply:

    Tak buat ditanya.. bila dah nak dibuat semua plak membisu.. apa kes?? huhu

  24. Zulazis said:

    1 Syawal nie hope tak ada seminar…..

    rohaizad Reply:

    Bila masa pulak aku cakap aku nak buat seminar 1 syawal?

    MyDailyBlog.Info Reply:

    sapelah yg nak p kalau buat 1 syawal?

    rohaizad Reply:

    Itulah pasal.. tau takper.

    web offer Reply:

    wah…syok sendirilah kalau buat time tue :)

  25. [...] aktiviti blogging aku. Tapi sebelum tu aku ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang seminar smart blogging yang dijadualkan pada 18 Oktober nanti. Aku berani jamin kepuasan dan tambah nilai ilmu yang bakal [...]

  26. Shahraduan said:

    Kalau buat kat area Kedah/Perlis jangan lupa alert dekat saya…nak join gak !! jauh2 ni susah skit, byk tanggungjawab.

  27. [...] segala senjata wordpress untuk membina blog yang mantap.Jika korang tahu apa yang dikatakan smart blogging oleh Rohaizad,korang seorang yang bertuah.Dengan smart blogging korang boleh membina income yang dahsyat spt Bro [...]

  28. [...] event yang perlu dihadiri. Dan salah satunya adalah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pro blogger saudara Rohaizad di UTM skudai, Johor pada 18/10/2009. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, akan sampai juga saya ke sana. Dan juga [...]

  29. khairol said:

    bro..nak tanya sikit..perlu ada blog yg guna domain sendiri ke baru boleh join?berminat nak join seminar ni..KL ngan JB tak jauh..ilmu lagi penting

    rohaizad Reply:

    Sila cek email ye :)

    khairol Reply:

    thanks bro..dalam contoh tu kenal ngan reza je..hehe..jumpa di sana..saya confirm datang..

    wanmus Reply:

    welcome to da club bro..jumpa di UTM :)

  30. [...] Seminar Smart Blogging di UTM Skudai 18hb Oktober yang akan di anjurkan nanti nampaknya mengikut perancangan. Setakat hari ini, semuanya berjalan dengan lancar. Bagi peserta seminar yang telah membuat tempahan, sila periksa kotal email kamu untuk penerangan yang selanjutnya. [...]

  31. rose said:

    salam…sy ni xd knowledge lngsung psl bloging ni…leh ke sy join seminar ni..huhu

    rohaizad Reply:

    Boleh tapi digalakkan jika mempunyai basic. Nanti akan berlaku kejadian peserta yang BLUR selepas pulang dari seminar. Itu yang sebenarnya mahu di elakkan.

    Ada kes yang semacam “tidak puas hati” sebab tidak faham satu apa pun selepas pulang dari seminar. Padahal sudah di beritahu supaya siapkan diri dengan basic yang penting.

    p/s: Sebab itulah wujudnya syarat-syarat seprti yang di sebutkan di dalam http://www.SeminarBlogging.com

  32. zyrontyez said:

    nanti aku nak join la..nak tau lagi pasal blogging ni..tapi kena ada domain sendiri dulu=(..

belanja-saya