rohaizad dot com

Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga bagus!!!


review-pakej-dvd-raja-grafik-malaya.gif

Haaaaa….
Jangan ada yang negative thinking ye bila tengok tajuk entri kali ini. Itu semua adalah enthusiastic dan perasaan excited yang aku sendiri alami setelah 2-3 hari berada di dalam dunia Raja Grafik Malaya dan ____________.

Sejak 2-3 hari ini, aku memang berada dalam dunia aku sendiri sebab 2 pakej DVD telah sampai ke rumah aku melalui courier. Atas sebab itulah juga blog ini tidak dapat di update seperti biasa. Kalau ada yang bertanya apakah 2 pakej DVD yang aku terima itu, jawapannya mudah sahaja.

Satu ialah pakej DVD Raja Grafik Malaya manakala yang satu lagi ialah ________ (rahsia daaaa). Tapi untuk hari ini, aku akan review dulu Pakej DVD Raja Grafik Malaya. Kemudian, barulah aku akan review pakej DVD yang satu lagi.

Kalau sebelum ini aku hanya menggunakan Adobe Photoshop pad kadar yang minima… tetapi selepas aku meneroka isi kandungan pakej DVD Raja Grafik Malaya ini, ternyata ada kegilaan yang melanda. Mungkin perkataan “gian”, “ketagih” atapun “addicted” boleh menjelaskan betapa teruknya Adobe Photoshop aku bekerja untuk aku sebagai tuannya.

Sebenarnya bagi orang yang tidak berminat dengan dunia designing dan grafik, memang tiada apa-apa yang istimewa mengenai pakej DVD Raja Grafik Malaya kepada mereka.

Tetapi bagi mereka yang pernah menggunakan Adobe Photoshop, pakej DVD Raja Grafik Malaya ini adalah antara harta yang boleh digunapakai dengan mewahnya. Maknanya ilmu dan info yang ada dalam pakej DVD Raja Grafik Malaya ini bukannya untuk di gunapakai buat sehari, 1 minggu atau 1 bulan… tetapi untuk selama-lamanya (bertahun-tahun!)


pakej-dvd-raja-grafik-malaya-6.gif

Iya… benar.
Sebenarnya, aku bukanlah orang yang expert dalam designing mahupun grafik. Tetapi setelah aku berjaya menyiapkan Minisite pertama aku (www.seminarblogging.com) sendiri yang hanya dibangunkan dengan menggunakan WordPress, aku cukup yakin bahawa minisite aku itu boleh mendapat sentuhan yang lebih bagus lagi.

Dalam erti kata yang lain, banyak lagi “skill” ataupun “make over” yang boleh di tambah supaya boleh “menarik perhatian” pengunjung dan aku tahu semua itu boleh aku realisasikan menerusi Pakej DVD Raja Grafik Malaya ini.

Bercakap mengenai “menarik perhatian”, perasaan yang sama juga aku dapat ketika membuka Pakej DVD Raja Grafik Malaya ini di laptop aku ini. Mana tidaknya, bukak-bukak je terus aku di hidangkan dengan pakej BONUS!! Satu pendekatan yang sungguh giler dari owner pakej ini iaitu En Baloot kita.


pakej-dvd-raja-grafik-malaya.gif

Tak percaya?
Cuba tengok screenshot di atas.

Dalam file BONUS itu jer, ada banyak file yang telah membuatkan aku rasa nak klik (memang aku klik pun!) Satu persatu aku belek, satu persatu aku klik dan perasaan TAMAK untuk aku explore semua yang ada semakin menebal. Iya… tamak untuk ilmu tidak mengapa, asalkan jangan tamak untuk mengambil lauk ketika waktu berbuka puasa :D


pakej-dvd-raja-grafik-malaya-3.gif

Yang membuatkan aku tersenyum seketika ialah apabila En Baloot siap letak bonus ebook “Blogging For Dummies”… hahahahah. Dasar blogger….. dalam pakej grafik pun still ada citer pasal blogging… ahaksss (bagi yang belum kenal siapakah En Baloot, beliau juga merupakan seorang blogger).

Kemudian, mata aku menjadi semakin rambang. Seronok, tamak dan haloba pada info-info yang ada di dalamnya cukup untuk membuatkan speed laptop ini rasa seperti slow pulak. Lagi banyak file yang aku klik, lagi laju pembacaan aku. Sehinggalah aku yang tidak berapa expert ini sampai pada file 1000 Photoshop Tricks.


pakej-dvd-raja-grafik-malaya-4.GIF

Hahahaha…. best…best…. I like!
Terus terang aku katakan banyak giler yang aku boleh belajar mengenai Adobe Photoshop dari pakej ini. Itu belum masuk cerita mengenai jenis-jenis Fonts, Flash + HTML Websites, Icons, Smileys, Text Effects, Layer Styles dan juga skill untuk “Brushes”. Yang pasti, aku akan gunakan semua Web Icons seperti yang ditunjukkan di bawah untuk projek yang akan datang:

pakej-dvd-raja-grafik-malaya-5.gif

Mungkin ada yang mengatakan semua info mengenai Adobe Photoshop bersepah di internet dan di Youtube. Tapi apabila di fikirkan dalam-dalam, mampukah kita mencari semua info yang berkaitan setiap kali kita hendak belajar atau hendak menggunakannya? Yang penting, semakin banyak yang aku boleh belajar mengenai skill Adobe Photoshop selepas ini.

Aku percaya atas kesedaran itulah maka wujudnya ebook ini. Dan lebih professional lagi, pemilik ebook ini telah menyediakan satu page PREVIEW khas untuk bakal pembeli. Preview ini akan melayakkan sesiapa sahaja untuk mendownloadnya secara PERCUMA. Sila klik di sini untuk mendapatkan Preview tersebut.

Pakej ini memang best tapi ADA SATU PERKARA yang aku rasakan perlu untuk En Baloot perbaiki. Berikut adalah antara info yang mungkin boleh digunapakai untuk next version of Pakej DVD Raja Grafik Malaya:

1. Adalah menjadi satu kelebihan jika En Baloot menyediakan satu file “PENGENALAN”.
- Fungsinya ialah untuk memberikan pendedahan dan penerangan yang lebih details mengenai isi kandungan pakej ini. Bukan semua peminat design dan grafik yang mahir dalam bidang mereka. Apatah lagi untuk mereka yang baru tetapi berminat.

Contoh Pengenalan yang boleh di lakukan adalah seperti ini:
Di dalam file “Photoshop Brushes”, anda akan dikenalkan dengan satu lagi kaedah untuk mencantikkan gambar. Brushes adalah …. bla…bla…bla….. (contoh penerangan Brushes seperti di bawah)


brushes.JPG

=========================================================

Aku percaya jika teknik PENGENALAN ini diterapkan dan diberikan sekali dalam Preview yang diberikan secara percuma macam yang diberitahu di atas tadi, Insya Allah memang Pakej DVD Raja Grafik Malaya akan lebih menarik untuk di miliki.

Mengapa?

Sebab apabila info yang diberikan terlalu banyak… (banyak betul info dalam pakej ini -berbaloi-), PENGENALAN sebegitu boleh membantu pembeli sekaligus merangkumi semua aspek yang ada di dalamnya lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia design dan grafik. Dan harga RM70 itu rasanya bukanlah satu faktor yang berat bagi mereka yang benar-benar ingin belajar.

Oh yaaa…
Sebagai kenangan pakej DVD Raja Grafik Malaya di blog ini, aku telah abadikan satu dari icon RSS Feed yang aku berkenan (diberikan percuma dalam pakej tersebut). Cubalah lihat di bahagian sidebar blog ini… nampak tak Panda comel tu… wahahahah! Cute betul…..!!! Kan? kan? kan?

baloot.jpg
Review ini telah ditaja sepenuhnya oleh Balootisme.com , Malaysia Web Designer and Freelancer Web Developer.

* Semua bentuk pendapat, idea dan kritikan telah diberikan secara PROFESSIONAL.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat review seperti ini, silalah hubungi pemilik blog ini melalui ruangan yang telah di sediakan.

rohaizad

Rohaizad merupakan seorang blogger yang berasal dari selatan tanahair. Memulakan karier sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2004, kini beliau semakin suka menceburi dunia online. Selain dari aktiviti blogging, beliau juga seorang photographer dan speaker untuk seminar yang berbentuk keusahawanan.

Terkini beliau sedang bekerjasama dengan pihak RTC Negeri Johor dalam menjadikan platform online sebagai kaedah tambahan untuk semua usahawan dalam menjual produk dan perkhidmatan yang ada.

  • reply Jmay ,

    Review yang sangat professional.. aku bukannya expert photoshop, sekadar tau yang basic2 jerk..dan aku tau, betapa susahnya untuk belajar photoshop dr scretch..huhu..mgkin kewujudan pakej sebegini boleh meringankan beban mereka2 yang baru hendak berjinak dgn photoshop.. :)

    • reply rohaizad ,

      Menyenangkan sebab semuanya dah di siapkan dalam satu DVD.

    • reply Abu Samah ,

      Bagus benda ni untuk meningkatkan skill designer.Aku rasa grafik-grafik ni kacang je,sebab aku dah sampai ke peringkat Animasi ,tapi aku malas nak praktikan .

      • reply Ezad ,

        Wah hebat En.Abu, lepas nih buat lah animasi pasal blogging dan kami pelakon2 nyer, buat animasi pendek2 pun xpe, best2!!

        • reply rohaizad ,

          Itulah En Abu nih… dari hari tu aku cakap buat ebook, dia jual mahal …

          • reply Jmay ,

            wah..tak sangka lak En. Abu pandai buat animasi..nnti kasi angkt skit animation tutorial dlm blog En. Abu..hehe

            • reply reezluv ,

              hehe..animasi bukan sesuatu yang kacang..hahaha..aku tau..pasal aku pun penah buat..tergeliat tangan dibuatnya..haha..

            • reply Een Rockstar ,

              Ijad panda 2 mmg cute..aku pun ada icon tu..nth kt mna aku donwload aku dh xingt..

              • reply rohaizad ,

                Haaa… betul tak seperti yang aku cakap kat atas tadi?
                Nak dapatkan info begini mungkin bersepah di internet tapi time bila nak cari/guna/pakai, semuanya dah tak ingat (macam yang kamu cakap tu)… betul tak? :D

                • reply Een Rockstar ,

                  betul2..tp kalu dh terjumpa tu better simpan kt tmpat yg senang nk cari..nnt xde la ssh nk cri time nk guna

                  • reply JHafiz ,

                    ha3. stuju2… memang la semua dah ade, tapi bile time nak pakai, tataw da kat mane..

                • reply MuhdSyukri ,

                  photoshop mmg sesuatu yg tak dpt kita bljr sehari dua.
                  begitu byk sgt benda yang dpt di explore.
                  Mungkin setahun dua lagi nak angkat Adobe Photoshop versi kotak besar punya (ori version) haha

                • reply Een Rockstar ,

                  Seni itu luas..everyone was born as a dseigner..tngl nk kembangkan je

                  • reply rohaizad ,

                    Betul… betul… aku skang ni memang tengah nak kembangkan lagi skill…. hehehehe

                  • reply baloot ,

                    satu review yang memang MANTOP. tak pernah lagi aku baca review yang best macam ni. hee..

                    aku memang berpuas hati dengan review dari bro rohaizad. perfect. memang berbaloi baloi.. :)

                    terima kasih bro!

                    • reply rohaizad ,

                      Terimas kasih En Baloot. Semoga selepas ini lebih banyak lagi pendedahan diterima dari dunia blogging Malaysia terhadap pakej ini. :)

                    • reply Blog Mantra ,

                      Fuyo baca review ni pun dah dapat rasa pakej ni memang

                      berbaloi-baloi…

                      • reply rohaizad ,

                        Untuk sesetengah orang macam aku, memang iya… tapi kalau bagi mereka yang dah expert tu, mungkin ada pandangan yang tersendiri kot :)

                      • reply boy_bersahaje ,

                        Memang orang cam aku yang buta grafik ni patut membelinya! I’allah lepas raya setelah segala projek siap, aku akan study grafik baloot ni.Aneway jad, very nice review! Payah hati ni aku ni terbuka nk beli produk2 digital melainkan hati tertarik dengan review :)

                        • reply rohaizad ,

                          Kadang-kadang bermain bila dengan Adobe Photoshop ni boleh memberikan kita side income. Percayalah!

                        • reply taukey ,

                          semua grafik boleh cari di internet….TAPI….MASA….aku cuma katakan masa itu emas.

                          • reply rohaizad ,

                            Haa.. betul-betul. Bawak kereta Ferrari ikut jalan kampung dengan bawak kereta Kancil ikut highway… senang jer Ferreari tu ditinggalkan dek Kancil.

                            p/s: apabila tiba bab masa itu emas, wang atau kos akan menjadi perkara ke-2.

                          • reply kakeru ,

                            DVD ni mmg dah termasuk dalam senarai yg akan dibeli. Thanks Rohaizad sbb buat review khas utk DVD ini, mmg rasa sgt2 bagus. Insya-Allah, sampai masanya mau sambar satu. Ingatkan saya ya En. Baloot ;)

                            • reply rohaizad ,

                              Wahhh… orang macam Kakeru ni lagilah suka dengan pakej grafik sebegini`kan?

                              • reply kakeru ,

                                Yup, betul2! Lama dah mengidam mende nih..hoho.. ;)

                              • reply baloot ,

                                Orait kakeru.. Kalau dapatkan sekarang boleh guna kupon RAMADHAN09 dan masukkan pada ruangan NOTA semasa isi borang pengesahan pembayaran tu nanti.

                                Dapat diskaun RM10.

                                Aku pun sentiasa nampak Kakeru view Baloot’s Blog guna mybloglog tu. Hee.. :)

                              • reply abgzol ,

                                Best betul review Ijad nih..sure sales masyuk berduyun-duyun kat akaun bro baloot! Sebagai pengguna Adobe Photoshop aku memang sangat rekemenkan sangat newbie atau pengguna baru (malah orang lama pon) dapatkan pakej DVD Raja Grafik Malaya. Tengok screenshot tu pon memang tak patut ler Baloot letak harga RM70..murah tu beb! Hehehe..

                                Ijad..lagi sekali aku nak katakan ;)banyak skill review yang aku belajar dari bro! Ini yang aku cari..

                                • reply syukran ,

                                  salam..

                                  eh abgzol..rm70 tu dah ok dah..hehehe…baloot, ko menten rega tu tau

                                  • reply baloot ,

                                    orait bro. memang harga tu dah menten je sejak mula2 kuar. kalau nak dapatkan diskaun masa musim perayaan ni, boleh guna kupon RAMADHAN09 dan masukkan kat ruangan nota semasa isi borang pengesahan pembayaran. bole dapat diskaun RM10. :)

                                • reply rohaizad dot com » Kadar harga baru pengiklanan di blog rohaizad dot com. ,

                                  […] – Teknik Pemasaran. – Pakej Lumayan. – RM-Saver Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review MasterKit. – Apabila Raja sudah berblogging… – Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga bagus!!! […]

                                  • reply rohaizad dot com » Impian menjadi kenyataan - menaiktaraf diri sebagai seorang blogger. ,

                                    […] Pembaca sekalian, Masih ingat tak lagi dengan satu pakej DVD yang telah di kaburkan imejnya dalam entri Pakej Raja Grafik tempoh hari? […]

                                    • reply Laman Web Yang Membayar Anda Untuk Menulis Blog (Atau Sponsored Post) — Malaysia Web Designer | Malaysia Web Developer | Kelantan Web Designer Baloot's Blog ,

                                      […] khidmat pihak ketiga untuk mendapatkan bayaran. Seperti REVIEW yang di-buat oleh saudara Rohaizad.com untuk Raja Grafik Malaya (Sumber Grafik Adobe Photoshop), review tersebut adalah berbayar. Anda […]

                                      Leave a comment

                                      • Langgan!

                                        Isikan email anda pada kotak di bawah untuk entri terkini:






                                      • Facebook

                                      • Instagram saya


                                      • Hubungi