Ingin beriklan? Sila klik di sini

Buat duit online – 6 cara popular untuk melakukannya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: September 14, 2009 online

Apabila kita berkata mengenai buat duit online (make money online-MMO-), ramai dari kita yang tersenyum dan ada juga sesetengahnya yang menggaru kepala. Ramai yang melakukan berbagai-bagai cara untuk memastikan usaha masing-masing terlaksana.

Tiba pada satu tahap, kita mula sedar bahawa TRAFFIK adalah segala-galanya. Semakin tinggi traffik yang kita ada, semakin baguslah peluang untuk kita buat duit. So di bawah ini adalah senarai 12 cara popular buat duit online yang aku pernah buat selama ini (banyak lagi cara nak buat duit di internet sebenarnya):

1. Google Adsense.

- Ini sesuatu yang lazim untuk diperkatakan. Kiranya kalau beberapa tahun dahulu aku hanya melihat sahaja amount $0.45 itu bersarang sampai berbulan-bulan lamanya, sekarang semuanya sudah berubah. Semakin banyak cara untuk menarik traffik telah diimplementasikan (whitehat – SEO organic traffic). Hasilnya? Alhamdulillah…

2. Affiliate program.

komisyen-pakej-video.gif

Boleh dikatakan ini juga menjadi satu cara yang mudah untuk buat duit online. Sama ada kita sedar ataupun tidak, inilah satu-satunya program yang semua orang boleh lakukan.

Dulu aku sendiri agak skeptikal dengan affiliate program tetapi sekarang tidak lagi. Dari affiliate tempatan sehinggalah ClickBank, semuanya dah merasa. Seronoknya, ia tidak memerlukan sebarang modal kerana tidak melibatkan sebarang pembelian domain ataupun hosting (itu cara yang aku guna). Kunci kejayaannya cuma satu sahaja iaitu PROMOSI. Lebih meluas PROMOSI, lebih tinggilah jualan yang dapat dilakukan.

3. Perkhidmatan.

cek.jpg

- Jika kita expert di dalam satu-satu bidang, maka di sinilah punca rezeki tambahan yang kita boleh lakukan. Jangan sesekali memandang rendah terhadap kebolehan yang ada pada diri sendiri kerana itu adalah satu perkara yang amat mendukacitakan.

Dalam hal ini, tidak perlulah pengalaman yang hampir 10 tahun. Kalau kita tahu untuk set up blog, itu pun dah kira bagus kerana hanya dengan RM50, pasti mereka yang tidak tahu set up blog akan gembira jika servis itu di tawarkan walaupun secara YM. Perkhidmatan review produk juga boleh di jadikan sebagai pendapatan tambahan.

4. Pertandingan yang di anjurkan.

- Ini lagi satu program yang semakin banyak boleh ditemui. Asalkan kita boleh memberikan hasil dan keputusan yang bagus, maka mudah sahaja untuk kita buat duit online. Tidak kiralah ianya dianjurkan oleh pengiklan/blogger/webmaster tempatan mahupun antarabangsa, semua boleh sertai dan mendapatkan peluang untuk mendapat hadiah berupa wang.

Aku sendiri sekitar tahun 2007 dulu ada masuk contest yang di anjurkan oleh AhBoon. Memang tak banyak cuma $10 tapi seronok… main teka-teka jer dapat duit…

5. Pay per post.

- Yang ini lagi popular sebab bagi seorang blogger, ini ibarat makanan ruji bagi mereka. Bila blog dah banyak dan advertiser yang berminat, takkan nak tolak rezeki`kan? Seorang blogger yang kental tidak akan cepat melatah kalau blognya di penalize oleh Google. Kalau hari ini satu blognya di penalize oleh Google, esok dia akan kembali dengan 3 blog baru!

technorati-stats.JPG

Di sebabkan alah biasa tegal biasa itulah aku semakin jatuh hati dengan dunia blogging. In fact, Technorati melaporkan mereka telah mengindex 133 juta blog sejak 2002. Untuk tahun 2008 sahaja, purata 900,000 blogpost di index dalam masa 24 jam!

Jadi pay per post adalah satu program yang reliable bagi advertiser. Oh yaa… aku baru sahaja terima satu lagi offer dari satu advertiser melalui program Sponsoredreviews pagi tadi:

sr-offer-3.gif

So siapa kata orang yang lemah English seperti aku takleh buat duit di peringkat antarabangsa?

6. Pengiklanan di blog (blog advertising).

- Ini sudah menjadi satu perkara yang memang tidak boleh dinafikan lagi. Jika kadar traffik yang diterima itu tinggi, maka kadar ataupun rate juga mestilah tinggi kerana demand telahpun wujud di situ. Blog ini sendiri ada menawarkan pengiklanan di beberapa hot spot yang strategik.

Cuma bukan mudah untuk blog berbahasa Melayu nak survive dengan niche sendiri kerana rakyat Malaysia sendiri lebih berminat pada blog yang berunsurkan hiburan hiburan dan gossip. Kalau tidak percaya, buatlah satu blog gossip dan aplikasikan teknik Meta Marketing, gerenti boleh dapat traffik gitu-gitu jer. Aku dah mencubanya (sebab itu aku berani mengatakannya).

Memang benar… BUKAN mudah. Bermacam cara dan teknik telah digunapakai untuk melihat kecenderungan pembaca di blog ini (terima kasih kepada semua yang telah menyokong blog rohaizad dot com).

Apapun, apabila kita hendak fokus pada blog advertising… ianya memang terlalu luas untuk diperkatakan. Bagi aku, ada satu perumpamaan yang aku suka pakai iaitu “kita selalu melihat… tetapi tidak melihat betul-betul”.

paypal-proof-september.gif

Jadi kalau ada sesiapa yang ingin “melihat dengan betul” akan potensi pengiklanan di internet, semua akan di terangkan dalam Seminar Smart Blogging di UTM selepas hari raya nanti. Kerana percaya atau tidak, kaedah Smart Blogging akan memberikan peluang untuk kita menjana pendapatan secara sampingan walaupun blog yang ada itu TIDAK MEMPUNYAI TRAFFIK… !!!

Niche bertaraf antarabangsa sebenarnya boleh memberikan income yang lebat untuk kita kerana ada satu bahagian di dunia pengiklanan yang ramai tidak sedar akan potensinya. Aku sendiri sudah bertahun-tahun menjana pendapatan dalam dunia yang aku gelar sebagai Smart Blogging.

So adakah kita sudah bersedia untuk buat duit online bagi 2010 nanti ?? Bersedialah lebih awal…!!!

« « Pakej DVD Raja Grafik Malaya – kadang-kadang sifat tamak itu juga bagus!!!*** Impian menjadi kenyataan – menaiktaraf diri sebagai seorang blogger. » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 95 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. isk..title cakap 6 cara, dlm post cakap ada 12 cara..mana satu ni ejad? hehe

    rohaizad Reply:

    Itulah namanya skill menipu…hahahaha.

    Sebenarnya memang ada 12 cara tapi aku buat 2 bahgain. Lagi 6 cara aku akan sambung nanti di bahagian 2… special untuk pembaca blog ini.

    Bukan apa, takut kalau panjang sangat.. kang bosan pulak yang nak membacanya.

    p/s: Perasan aje ko ni ye… betul-betul fokus!!

    samdaddycool Reply:

    Kawan aku sorang ni memang mantap!

    mkhafiz Reply:

    nama pun otai..salah 1 cara la tu taktik die…heheheh..anyway..blog anda dah jadi tatapan harian dan inspirasi ku.

  2. reezluv said:

    aku pernah dapat no 3 dan no 6 sahaja..

    no 3 tu aku dapat sampai sekarang..tak putus lagi..masih lagi market local..belum nak ke international.

    no 6 tu aku penah dapat sekali.sekali dapat USD75.Terkejut gak aku tetibe die contact aku dari contact form je nak mengiklan kat salah satu post aku.dia bayar USd75..

    tapi domain dan blog tu dah pupus dah..sebabnya?biarlah berkubur dulu dan bukak buku baru lepas seminar smartblogging nanti..:P

    reezluv Reply:

    ehe..tambah skek..no 4 tu pun aku penah rasa..walau tak banyak..hehe..

    yang aku tak pernah merasa lagi no 1,2,5…bila la nak merasa check clickbank..hehe..

    target aku 2009/2010..nak dapatkan check clickbank..hehe..wish me luck..haha

    rohaizad Reply:

    Boleh…. sama-samalah kita membuat persediaan untuk meneroka dunia blog advertising :)

  3. ejam said:

    bagus info nie, tak sabar rasanya nk tau kupasan lanjut dan extra2 yg lain time seminar tu nanti.

    rohaizad Reply:

    Nanti kita akan kupas habis-habisan di seminar itu nanti!!! :D

    MyDailyBlog.Info Reply:

    wah..wah…mantap nie jad, jumpa di skudai…
    ko dh listkan nama aku :)

    rohaizad Reply:

    Dah… nama dah ada dalam list dah…

    MyDailyBlog.Info Reply:

    so tunggu masuk duit jea lagi huhuhu

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… adalah rezeki tu nanti. :)

  4. msarbin said:

    Cool!

    Saya berminat dengan affiliate program, pernah cuba tapi tak pernah ada hasilnya..hohoho. Sampai sekarang masih belajar dan belajar.

    Skrg nak berjinak2 dengan ppp and blog advertising tuh.

    rohaizad Reply:

    Yup, teruskan belajar sebab lagi banyak failure, lagi banyak lubang duit yang kita akan jumpa secara tak sengaja. :)

  5. abgzol said:

    Memang tak sia-sia kalau singgah kat sini..sentiasa dihidangkan informasi yang sangat bermanfaat untuk orang baru macam aku dalam berblog ni.

    Agak-agaknya sebelum ini Ijad ada senarai mailing-list beribu-ribu tak macam kebanyakan IM lain? Ya la mereka senang2 jerk dapat komisyen lumayan dari affiliate dari mailing-list mereka.

    Seingat aku ler..sepanjang aku merayau-rayau di internet ni tak pernah lagi jumpa squeezepage atau opt-in dari ijad. Soalannya..adakah kejayaan ijad menjana pendapatan dari program affiliate hanya promosi dari blog? Power tu..!!!

    rohaizad Reply:

    Yup bro Zol.

    Mailing list sampai beribu-ribu tu memang aku takde. Kalau ada pun, semuanya dari subscribers blog ini melalui FeedBurner.

    Sales affiliate tempatan pun hanya dari blog ini jer. Dan hasil dari trial-error selama ini, terciptalah entri PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog ini. Cuma sales affiliate dari ClickBank je datang dari Youtube.

    Aku cuba habis-habisan untuk optimizekan blog Melayu yang satu ini. Maklumlah… blog Melayu ni tak macam blog English, pasarannya tak berapa luas. Tapi lepas ini akan datang nanti ada opt-in page kot sebab tengah dalam proses untuk tukar theme baru… hehehehe

    abgzol Reply:

    Wah..panjang lebar betul artikel “PANDUAN PERCUMA: Tips untuk menjana pendapatan dari program AFFILIATE melalui blog”. Bagi aku ler memang padat ler tips yang dikongsikan. Sangat mengujakan aku..tanpa mailing list bro berjaya buat duit dengan program affiliate hanya daripada blog. Artikel tu aku akan print-out untuk dibaca berkali-kali ;)

    Hanya yang boleh aku katakan jutaan terima kasih Ijad..semoga niat & keikhlasan berkongsi ilmu akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT + dicepatkan bertemu jodoh :D ke masih menunggu Nora Danish..???? Kui..kui..kui..

    rohaizad Reply:

    Nora Danish?
    Usah di sebut lagi nama itu… hahahaha

  6. faisalhanim said:

    stakat nie aku cuma dpt no.2 & no.6 jer..tp itu pun tak byk ler…emm..nmpak mcm senang jer, tp hakikatnyer susah jugak beb…

    rohaizad Reply:

    Memang susah kalau tak cukup trial-error. Kalau dah banyak trial-error, Insya Allah.

  7. megat said:

    semakin tertekan ha3.

    xpe. xpe sdg berusaha. ijad mmg the best ;)

    rohaizad Reply:

    Jangan berhenti… :) Usaha terus.

  8. Fazreen said:

    wlupun aku berjya bt duit dgn advertising tp aku rasa aku perlu ilmu ko la ijad..sbb 2 la aku tgh berusaha tuk kumpul duit pegi seminar ko as soon as possible..doakan aku dpt pegi smeinar ko ijad..

    rohaizad Reply:

    Kita jumpa di UTM Skudai lepas raya nanti ya :)

  9. blalang said:

    congrat la ijad. ko mmg pro blogger.

    aku dah merasa semua kecuali pay per post sebab tak pernah try pun..

    Ijad raya nanti dtg la rumah aku bawak awek. kalau takde awek bawak wanmus pun x per hehe.

    rohaizad Reply:

    Huishhh… takdelah. Aku cuma full time blogger jer, bukan problogger.

    Insya Allah.. aku akan datang beraya kat rumah ko… :)

    safwanhussin Reply:

    Dah full time tu kira pro la.. Kalau buat part time kita kira semi-pro blogger. Hehe

    rohaizad Reply:

    Problogger ni tinggi darjatnya pada aku. Tak sampai lagi tahap tu wehhh…

  10. alone said:

    blogging memang indah dan menyeronokkan! :)

    rohaizad Reply:

    Betul….betul…betul…

  11. sabah2u said:

    berblogger satu hobi yang menarik disamping itu kita boleh jana pendapatan secara kecil-kecilan. :)

    rohaizad Reply:

    Ada juga yang menjana pendapatan dari blog secara besar-besaran :)

  12. razak said:

    good info bro,baru mula nak merasa duit atas talian ni.tima kasih utk teknik meta marketing tu,memang betul2 menjadi..

    rohaizad Reply:

    Razak – sama-sama… harap dapat tingkatkan lagi traffik blog ya :D

  13. fathuri said:

    Assalamulaikum Ijad. Membaca post di atas memang memberi satu motivasi untuk lebih serius supaya fokus pada satu2 bidang yang diminati.

    Dengan hanya fokus pada medium blog sebagaimana pengalaman Ijad, sudah terbukti mampu mencipta pelbagai sumber pendapatan.

    Tahniah! Ijad, harap satu hari nanti Ijad akan dapat trademark sebagai Icon “Smart Blogger” Malaysia.

    Ambo juga sedang fokus menggunakan medium blog untuk membina perniagaan “itu” (ehem!..ijad dah maklum kan..)

    Alhamdulillah, hasilnya diluar dugaan…

    Pelbagai bukti yang ditunjukkan oleh otai2 “online income earner” memang akan membuat niewbie rambang mata, sehingga hilang fokus apa yang sebenarnya sendang dikejar.

    Ambo syorkan Ijad boleh buat satu posting yang bertajuk ” Bagaimana memilih online bisnes mengikut bakat dan minat anda”

    idea tersebut sekadar cadangan ,…. untuk membantu kawan-kawan kita di luar sana yang masih tak jumpa hala tuju kemana bakat & minat itu hendak dihalakan.

    Andai selama kita kenal ada tulisan yang tak kena di hati, ambo mohon maaf ye Ijad.Begitu juga dengan semua peminat blog tersohor ini.

    Ambo ada membuka ruangan “idea & impian” di blog ambo. Tujuannya untuk mengumpulkan 100 idea & impian kawan-kawan kita. Moga mereka boleh saling berhubung dan bekerjasama untuk mencapai impian masing-masing.

    Kalau ijad ada kelapangan jemput singgah dan kongsikan impian Ijad ye. Begitu juga kepada pembaca-pembaca di sini. (Impian tidak semestinya berkisar hal bisnes & duit sahajakan Ijad..)

    Ambo ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidi Fitri khususnya kepada Ijad dan semua peminat setia blog ini.

    Assalamualaikum

    Fathuri

    psss…singgah ye bilamana ada kelapangan

    rohaizad Reply:

    Bagus tuh… teruskan usaha. Semoga sukses :)

  14. titan said:

    haha. betul. banyak lagi cara dan sub-cara nk buat duit online. Dulu, memang aku pun tak percaya. Tapi pengalaman dalam 5-6 tahun ni, malas nak cite la. Memang berbaloi-baloi..

    rohaizad Reply:

    Hahaaha.. betul tue.. tidak dapat di nafikan.

  15. dr.aku.la said:

    memang lain macam bile terima duit online ni.
    lagi2 dlm USD!!!
    sape cakap blogging takleh buit duit?!!!

    rohaizad Reply:

    Ha’ah… saper yang cakap? Baik mengaku cepat… hahahah

  16. syukran said:

    ni blog yg boleh dibuat contoh…good job bro

    msarbin Reply:

    Blog ini memang membuatkan aku terus bermotivasi setiap hari.

  17. [...] [...]

  18. pasal kebanyakkan rakyat malaysia hanya berminat pasal blog berunsurkan hiburan, itu aku betul2 setuju dgn ko zad…

    aku pernah test kat blog aku pakai keyword scha alyahya, nak kata banyak trafik yg datang tue xdealah,tapi bolehlah…hehehe…

    rohaizad Reply:

    Iya… teruskan.. teruskan… cuma aku ni kurang berminat sket untuk buat blog gossip sebab takut silap haribulan, menambah keaiban pada orang lain.

    p/s: Gossip tu memang adat dunia artis tapi tetap masuk dalam keaiban.

    nuaeman Reply:

    menambah keaiban orang satu hal.. menambah saham dosa lak kat kita lagi satu hal.. traffik meningkat sama naik dengan dosa fitnah serta menjaja keaiban orang.. tapi mereka-mereka yang buat blog camtu dikira blogger kental gak laa.. kental untuk menahan seksaan api neraka besok..
    (peringatan untuk diri sendiri yang pernah satu ketika dulu nak buat jugak blog sebegitu dgn blogspot tetapi batalkan hasrat bila kenangkan buruk baiknya)

    Wizurai Reply:

    fuhh… berasap je dengar…
    tapi aku tak buat la…

    titan Reply:

    setuju. kalau aku nk wat blog jenis ini, memang boleh punya. Cuma aku tak suka blog model macam tu..

    MyDailyBlog.Info Reply:

    ye btul tue,tuelah sbb aku tak buat niche cam tue kat blog aku..adeh..

  19. iphone 5g said:

    setakat ni duit masuk baru adsense dgn ppl. tu pon buat autoblog. azam tahun 2010 nak buat 100 autoblog sampai pengsan dan muntah hijau.

    bermula dgn angan2, pas tu kena usaha sampai dapat 100$ sehari.

    terima kasih berkongi info, tiap2 minggu lawat blog ni check info baru.

    rohaizad Reply:

    Auto blog?
    Buat manual blog laaa.. lagi best :)

  20. Jmay said:

    Aku plak pernah try yang no satu tu jerk (Google Adsense)..Ijad, kalu ko $0.45 tuh bersarang selama berbulan2..aku lak..$1.45 tuh bersarang hampir bertahun2 lamanyer..hahaah. Tapi dgn smart blogging.. aku dpt lebey dr $1.45 tuh dlm msa kurang dr sebulan!!..betul2 smart la teknik nih..hehe..thanks bro :)

    rohaizad Reply:

    Congrats!!!

  21. zool said:

    Test balik.
    1) First dpt bln Jan 09.. Tgh tunggu payment kedua .. baru cecah min semalam..
    2) affiliate.. Ada lah sikit.. tgh study n test utk foreign affiliate.. sedang mencuba teknik2 yg sesuai..
    3) penah buat blog blogspot cuma kecewa bila pembayar tak serius.. rugi je duit dia bagi kat aku..
    4) tak penah menang..
    5) tak diapprove lagi ..
    6) penah gak dpt.. sikit2

    rohaizad Reply:

    Teruskan kawan…biar lagi banyak income dapat di jana :D

    p/s: aku doakan.

  22. zulazis said:

    yea 1st time cuba dapat sikit 2 digit bila kita konsisten & komited walau partime mempromosikan blog boleh dapat 3 digit atau lebih…

    rohaizad Reply:

    Boleh… sket-sket lama lama jadi bukit.

  23. wanmus said:

    perghh..biar betul ahboon tu dapat 9k visitor per day..gila ape..pakai bomoh kot.huhu..
    mantop mantop..jeles aku di buatnya

    rohaizad Reply:

    Masa tu, aku dengan dia memang sama-sama build traffik melalui reddit.com :)

  24. Aqif said:

    Satu perkongsian yang amat menarik!
    X sabar rasanya nak gie seminar smart blogging.
    Duit tu lepas raya saya bayar ye :)
    Btw, boleh hantar no fon bro ijad x ke e-mail?
    Sebab first time ke luar negeri sorang2 ni. Hehe

    rohaizad Reply:

    Nanti lepas raya aku akan update semua details peserta. So mana yang datang dari KL, bolehlah naik satu kereta sekali (tong-tong dan budget-budget)… kan? kan? kan?

    p/s: sambil nak datang JB tu, bolehlah makan kuih raya dalam kereta… sambil nyanyi lagu raya sama-sama… :D

    Aqif Reply:

    Wah! Best tu! Dapat beramah mesra sebelum grak ke JB. :)
    hehe

    Sambil makan duit raya, sambil mengambil ilmu blogging. :D

    wanmus Reply:

    Perghh makan duit raya..hehe..

    reezluv Reply:

    hahaha..kelakar siot..hehehe

  25. Aqif said:

    silap da..makan kuih raya :P

  26. smartzul said:

    Saya pun dah merasa semua enam cara di atas. Tapi sekarang hanya fokus pada produk sendiri, affiliate (side income) dan juga pembinaan bisnes sebenar (keusahawanan).

    Nak tahu juga enam cara lagi.. Apa ya? :D

    ps. Abang Ijad kita ni hebat, jujur, ikhlas dan ‘tegas’ orangnya. Memang bertuah kalau sesiapa jadi anak muridnya.

    Thanks belanja tadi. Hehe.. ;)

    rohaizad Reply:

    No problem. Thanks sebab sudi lepak ngan aku malam tadi… Chicken chop dengan lamb chop tu cukup untuk buat aku tak boleh bangun sahur tadi… hahahaha

  27. safar said:

    kita terlalu terpegun dengan kehebatan orang lain.
    kehebatan kita bila lagi.

    rohaizad Reply:

    Kita yang tentukannya :)

  28. shah said:

    sy br je dpt mrasa satu dr
    6cara diatas kene usaha lbh lg nih

    rohaizad Reply:

    Teruskan usaha… jangan berhenti :D

  29. zuls said:

    Banyak-banyak kaedah tu, kaedah no 4 yang paling best.

    rohaizad Reply:

    :D

  30. zai said:

    salam semua,
    nak tnyer nih..sy dah try buat feedburner..n sy masukan link url sy..pastu dia ckp url link sy tak valid…sy dah cuba byk kali tp dia still ckp url sy x valid..then ,langsung sy x dpt teruskan feedburner tu…ade idea n pdangan x?…thx

    **nk tambah traffic,tp x nampak cara2 nyer

    rohaizad Reply:

    Sila baca dengan teliti steps yang di kehendaki dalam Feedburner :D

  31. safar said:

    akaun adsense saya pernah kena haram ( banned ) dulu.
    ini cerita tahun lepas juga.hantar emel minta rayuan dekat awek amoi pengurus adsense.dia kata itu kesalahan yang kami tak maafkan.

    sekarang ni akaun adsense dah ada balik.tunggu masa nak buat duit kembali.

    rohaizad Reply:

    Bagus tuh.. cuba lagi :D

  32. poshbeck said:

    bagus lah sume2 cara2 ni walaupun just in general.. takde detail2 nye? nape tak wat ebook detail tuk setiap cara2 ni? dapat duit lagi kan jual ebook… hehehe

    rohaizad Reply:

    Soalan: Takde detail2 nye?
    Jawapan: Details apa yang dimaksudkan?

    Soalan: Nape tak wat ebook detail tuk setiap cara2 ni? dapat duit lagi kan jual ebook?
    Jawapan: Pelik ya… bila diberi FREE, ada yang tanya kenapa tak buat ebook berbayar. Bila buat ebook berbayar… ada yang tanya, kenapa dijual.. kasilah FREE!

    p/s: Nanti selepas ini, semua tips dari blog ini akan dijual mengikut harga yang berpatutan. Insya Allah. :D

  33. zaki said:

    Nampaknya aku terpaksa berguru dgn ijad ni. Bab blog ni aku cuma generate income dgn adsense dan affiliates je. Yg lain tu langsung tak pernah. Anyway aku dah submit borang utk 10 tempahan terawal seminar di JB

    rohaizad Reply:

    Zaki, 10 orang terawal tu dah lama dah ditempah oleh orang lain sejak 2 minggu lepas lagi. Apapun, sila cek email … negotiation are always welcome.

  34. abu hannan said:

    salam,
    1. best betul blog ni. banyaaaaaaakkkk betul informasi.

    2. semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi berkat.

    ps. cuba2 juga ceburi bidang ni, tapi internet tak de kat Triang. Cuma boleh buat bila balik KB.

    rohaizad Reply:

    Thanks Abu Hannan. Rajin-rajinlah lawat blog ini lagi ye :)

  35. No 1 tu masih lum lepas lagi..
    kene kuatkan semangat ni..

    rohaizad Reply:

    Yup, kena kuatkan semangat sebab hanya yang kuat semangat ker boleh capai apa yang di inginkannya.

    Keep it up!! :D

  36. amani said:

    Walaupun aku x mempunyai blog ,hanya sekadar menggunakan portal tp aku hari2 menyinggah ke blog nie..mmg berbaloi dgn ilmu yg ada…tq bro

    rohaizad Reply:

    Set up lah satu blog Amani :)

  37. wargh…banyak betul kelebihan guna blog nie…

    rohaizad Reply:

    Cukup sesuai untuk menjana pendapatan secara sampingan :)

  38. hitomi ai said:

    masuk blog kat blogstarz ok tak ? sapa yang bayar kita ?

    rohaizad Reply:

    Blogstarz?
    Rasanya takde masa nak layan program scam macam tu. Tidak berbaloi.

  39. inani said:

    salam rohaizad

    terjumpe your blog dari google. very interesting read!. saya baru 2 bulan ber-blogging nih. saya akan follow ur blog. nnti terer la mcm rohaizad. heheh. salam

    rohaizad Reply:

    Welcome to the club bebeh! :)

  40. pedagangIT said:

    bro…
    untuk pasaran malaysia meta marketing ini melalui hiburan memang best…
    tapi bagi saya untuk saya lebih serius , kita cerita buat duit pun best…

    http://www.google.com.my/search?hl=en&q=buat+duit+online+dengan+mudah&meta=&aq=f&oq=

    keyword ini asalnya buat affilite untuk mudah.my
    jadi top plak…

    memang best ! bila faham SEO nie.. hihiih:)

belanja-saya