Impian menjadi kenyataan – menaiktaraf diri sebagai seorang blogger.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: September 16, 2009 onlineMalam tadi aku telah pergi ke Plaza Kotaraya untuk mencari baju Melayu. Sampai saja di sana, aku tengok semua baju cantik-cantik sampaikan aku sendiri confuse hendak memilih baju raya yang sesuai. Sesuai di sini bermaksud bukan jenis baju Melayunya tetapi warna apa yang hendak di pilih.
Inilah masalah yang aku sering hadapi tiap-tiap tahun bila hendak membeli baju Melayu untuk hari raya. Dari kecil sampai besar, masalahnya still sama… cliche dan stereotype.. kelakar betul.
Tapi sekarang bukan hal baju raya yang hendak aku ceritakan. Untuk entri kali ini, aku akan review satu lagi produk yang belum pernah aku review sebelum ini. Cuma sebelum itu, ada satu cerita yang aku rasa wajar untuk aku kongsikan bersama di sini.
Yup, peristiwa ini berlaku ketika aku sedang sibuk hendak memilih baju raya. Ingin tahu apakah perisitiwa tersebut? Baiklah… teruskan bersama entri ini kerana ianya akan diterangkan kemudian.
Sabarlah sket …..
Pembaca sekalian,
Masih ingat tak lagi dengan satu pakej DVD yang telah di kaburkan imejnya dalam entri Pakej Raja Grafik tempoh hari?
Dan hari ini apa yang telah aku janjikan itu akan aku kotakan. Inilah dia pakejnya!

Yes….. rasanya semua orang dah tahu dan mungkin juga pernah jumpa Pakej Kit Blogger ini kan? Tidak keterlaluan jika aku katakan ada yang sudahpun memilikinya.
Tetapi bagi seorang blogger yang tidak pernah mengaplikasikan semua langkah di dalam Pakej Kit Blogger ini seperti aku, ia ibarat satu perkara yang mencabar kerana ramai yang mengatakan pakej ini BAGUS.
Betul ke pakej ini bagus?
Atau gempak sahaja lebih?
Atau adakah pakej ini untuk mereka yang serious dalam dunia blogging?Itulah persoalan yang ada dalam minda aku ketika DVD ini sampai di rumah minggu lepas. Aku sedar nama SmartZul cukup besar dalam industri IM tanah air… tapi terus terang aku cakap memang aku tak kenal dia. Peduli apa kalau orang cakap dia otai ke… hapa ke… yang penting bagi aku ialah ADAKAH pakej ini bagus ataupun sekadar pakej “sampah”.
Selepas beberapa hari aku baca dan kaji semua panduan yang ada dalam pakej ini, semakin jelas pula info yang aku terima. Walaupun pada mulanya aku cuma sangka ebook ini macam ebook biasa yang ada di pasaran… rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Segala maklumat yang di susun begitu baik dan SUPERB!!!

Memang benar aku tidak pernah belajar domain, hosting, ftp, cpanel melalui apa-apa panduan pun sebelum ini (belajar sendiri) tetapi panduan-panduan yang ada dalam pakej ini telah berjaya membuatkan aku tersenyum sampai aku berkata-kata dalam hati.
Nak tahu apa yang ada dalam hati aku lepas membaca semua panduan yang ada dalam pakej ini?
Inilah yang terdetik dalam hati aku:
“Azab betul masa aku belajar seorang diri dulu… semuanya perlu di tela’ah dan dicuba sampai berjaya. Tiada guide ataupun panduan yang boleh membantu. Dahlah tu, dulu aku belajar semuanya dalam bahasa Inggeris. Tetapi ebook ini dah lebih dari apa yang aku mahukan… penerangan dalam bahasa Melayu plak tuh… mangkuk betul”
Tak percaya?
Cuba lihat sendiri panduan-panduan yang ada dalam Pakej Lengkap Kit Blogger ini:
Tapi yang seronoknya mengenai panduan-panduan dalam pakej ini ialah TIADA satu pun info yang “terlepas” dari apa yang aku rasakan penting untuk diketengahkan. Malah jangan terperanjat kalau aku katakan ia TERLEBIH LENGKAP.
Ebook ini juga mempunyai cukup screenshot yang cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja BERANI UNTUK MENCUBA. Aku berani jamin siapa yang ZERO dan tidak pernah tahu mengenai BLOG dan BLOGGING akan dapat melahirkan blog sulung mereka sebab memang COMPLETE!

Aku bukan suka-suki menulis tapi semua ini terpacul dalam kepala setelah aku letakkan diri aku sebagai seorang NEWBIE yang tak tahu satu haram apa pun. So janganlah risau, memang panduan dalam pakej ini dah lengkap untuk newbie ataupun blogger yang selama ini menggunakan blogpost.
Nak lagi details?
No problem… aku akan beri lagi penerangan supaya dapat menolong kamu yang baru untuk membuat keputusan.
1. Panduan Senarai Semak Tindakan
- Ada 11 tindakan yang boleh kamu ikuti. memang mudah, semuanya telah di berikan dengan teratur. Best!2. Rujukan Tambahan.
- Semua mengenai Filezilla termasuklah tutorialnya ada di sediakan.3. Perisian.
- Tidak pasti di mana hendak mendapatkan FileZilla?4. Pelan Tindakan.
- Inilah masterpiece sebenar untuk seorang blogger yang ingin membina blognya sendiri.5. PDA Blog.
- Sebagai seorang blogger baru, kamu akan dikuatkan lagi dengan Panduan dan Asas Blog (PDA). Perfect!6. Materials.
- Dunia blogging bermula di sini sebab di sinilah kamu akan di dedahkan dengan Theme, Plugins, WordPress, Kod banner dan yang lainnya.7. Kupon Hosting NetKL.
- Ingin dapatkan offer yang menarik?
Semua ini boleh kamu miliki hanya dengan RM100!!
Lagi satu…. ini bukannya joke ataupun lawak Nabil okay… ini adalah offer yang memang kamu boleh grab, tapi hanya untuk pembeli yang terawal sahaja. Dan sekarang kenyataannya, usaha kamu untuk membina blog sendiri akan menjadi lebih mudah.
Kalau dahulu kamu hanya menggunakan blogspot atau platform blogging yang percuma, sekarang kamu sudahpun boleh mengabadikan nama yang telah diberi oleh ibu ayah kamu sebagai DOMAIN utama kamu di pentas blogging. Seronokkan? Impian akan menjadi KENYATAAN
So sekarang bagaimana?
Ada yang SUDAH YAKIN untuk mendapatkan Pakej Lengkap Kit Blogger ini?
Jika ada, aku ingin nyatakan lagi bahawa harga RM100 ini tidak habis setakat itu sahaja !!!
Cuba lihat
BONUS-BONUS
yang akan kamu dapat sebagai hadiah hari raya yang mulia ini:

| RM40 + RM60 + RM45 + RM30 + RM35 + RM15 + RM30 + RM25 + RM25 = RM305.00 !!!! Jadi di mana rasionalnya di sini? Adakah kita hendak bayar sebanyak RM100.00 + RM305.00 = RM405.00 untuk semua pakej ini ataupun hanya dengan RM100 sahaja? Yang pasti, harga istimewa ini akan naik ke RM150.00 selepas raya nanti (atau 100 org yang terawal). So janganlah tunggu lagi… sebab selalunya peluang datang hanya sekali. |
Haaa… berbaloi`kan?
Itu semua pandangan dan pendapat dari perspektif produk.
Tapi sebenarnya ada satu lagi aspek yang perlu untuk di timbal balik sebelum kita membeli sesuatu produk iaitu “SERVICE after sales“.
Umum sudah ketahui bahawa sejak kebelakangan ini, dunia Internet Malaysia telah di landa dengan pelbagai masalah terutamanya dengan ebook yang melampau mahal tetapi servicenya cukup hampeh.
Lepas dapat duit jer, habis semua pembeli di tinggalkan terkapai-kapai tanpa bantuan dan sokongan. Dan setelah aku berjumpa sendiri dengan tuan punya pakej ini, aku tahu yang SmartZul adalah seorang IM yang bertanggungjawab.

Tiba-tiba jer….?
Haaa…. inilah peristiwa yang aku katakan di awal entri ini. Sedang aku sibuk memilih baju raya malam tadi di Plaza Kotaraya, aku langsung tidak perasan yang orang di belakang aku ialah SmartZul. Rupa-rupanya SmartZul (pemilik pakej ini) pun sedang shopping baju raya kat plaza Kotaraya… hahahahah
Mungkin hendak di jadikan cerita… pertemuan aku dengan Smartzul secara tidak sengaja malam tadi semacam dah ditentukan kerana entri kali ini adalah REVIEW yang sungguh berkait rapat dengan kehidupannya… walhal sebelum ini aku tak pernah bersua muka dengan dia.
Oh ya… jika kamu membeli Pakej Lengkap Kit Blogger ini, satu perkara yang menarik mengenainya ialah kamu tidak perlu download semua panduan yang ada dalam pakej tersebut.

Ini adalah kerana pakej ini akan dihantar terus ke rumah kamu. Jadi tiada lagi masalah download… Celcom lembaplah.. Streamyx macam siput laaa.. dan seumpamanya. Laptop ataupun PC kamu juga tidaklah sesak nanti. Smart!!
Berminat untuk menaiktaraf anda sebagai seorang blogger?
Dapatkan segera Pakej Lengkap Kit Blogger hari ini juga!
| Minta maaflah banyak-banyak ya. Biasalah… tiada insan yang sempurna. Tapi harga RM100 ini masih lagi berbaloi jika hendak dibandingkan dengan apa yang kamu akan dapat nanti. Percayalah… |
![]() |
Review ini telah ditaja sepenuhnya oleh saudara Yoji. |








Aku taun ni 1st time beli baju melayu seniri..sonok~ kaler hitam..hahah..
Nasib bek aku dh ade blog..kalu x dh lama aku rembat satu pakej ni
rohaizad Reply:
September 16th, 2009 at 9:19 pm
Tapi ramai lagi yang masih tercari-cari ebookyang betul-betul sesuai dan bagus. Harap review ini dapat membantu mereka.
Een Rockstar Reply:
September 17th, 2009 at 2:23 am
harap2 gitu la..org M’sia especially melayu ni ramai lg yg xtau psl blog ni..smlm sy impress gla kt sorg bdk Chinese bru umo 11 thn dh ada blog seniri..self hosted plk tu..ijad leh usya blog dia..
http://www.glosonblog.com
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:05 am
Ooo… adik Gloson ni… yup, dah banyak kali dah dia kuar paper.
JHafiz Reply:
September 19th, 2009 at 6:17 am
fuh…. 11 tahun tu… tapi asal xleh buka?
haha..bleh plak terserempak ngan Zul ye masa ngah shopping?haha..
so apa kaler yang ko sambar?kekkeke..ke jumpa terus memasing tak jadi beli?
rohaizad Reply:
September 16th, 2009 at 9:20 pm
Aku beli warna coklat perang.
hafiz Reply:
September 17th, 2009 at 12:18 pm
pergh..same plak kaler baju aku ngn bro ijad..lalalala…
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:10 pm
Samalah pulak… hahaha
Yup, ebook ni mmg bagus! Saya kenal dunia blog daripada ebook Bro SmartZul ni lah. Thanks SmartZul!
rohaizad Reply:
September 16th, 2009 at 9:30 pm
Yup… tidak syak lagi!
rugilah sesiapa yang tidak dapat kan ebook tersebut!
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:32 am
Untuk NEWBIE, aku cukup recommend
memang betul tu beajar sendiri memang azab jugak.
kalau ada panduan macam ni senanglah kerjanya.
tinggal nak buat tindakan tu je
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:33 am
Kalau dari dulu lagi ada ebook ni, memang cukup elok.
haha..lucu jgak entry kali ni..
camner bleh jumpa smartzul tiba2 nih..haha..
dah takdir Allah yg aturkan..
tak tau ler org lain camner..tapi aku mmg gelak baca entry kali nih..
truskan review produk tu..
bukan setakat “ramai” yg kata produk tu bagus..
tapi “terlalu ramai” yg ckp..
lagipun, kalo produk tu tak bagus, die takkan bagi peluang untuk sesape nak jadi reseller produk tu..tgok macam yoji tu..
salah seorang daripada reseller die yg berjaya..
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:35 am
Itulah pasal… duduk satu tempat, satu daerah, tapi jumpa kat shopping complex nun kat bandar tu haa… kelakor betul.
Pergh..bro ijad punye review sentiasa tulus dan menarik. Apa yang paling sukar bagi saya ialah untuk meletakkan diri kita sebagai “zero” apabila ingin mempelajari sesuatu ilmu. Sebab kita sangka kita dah tahu semua, walhal banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui.
Begitulah juga dengan seminar smart blogging x lama lagi. Bak kata bro ijad, datang seperti seorang bayi (jangan gi sana merangkak pulak..hehehe).
Walaupun tahun ni saya raya dalam keadaan yang sukar (baju raya tahun ni pun x beli..senang cite x shopping raya pun
). Namun saya pasti tahun ini akan berakhir dengan satu perubahan yang drastik. Perubahan ke arah kebaikan untuk memajukan kehidupan yang sedia ada ke tahap yang lebih baik.
Besar harapan saya agar diberi petunjuk oleh bro ijad dan rakan-rakan blogger sekalian.
P.S: X sabar nak bersemuka dengan blogger2 semalaya ni.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:35 am
Insya Allah… di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Amacam Bro, Dah jumpa baju raya tu..
Pakej Kit Blogger tu uncle dah beli ari tu. memang berbaloi. Tapi yang betul betul newbie memang agak gerun sikit nak try.. But , they will still manage to built a first blog… bagi yang lain lain tu..slowly lah kita belajar…
Ebook ni memang berbaloi,,rugi kalau siapa tak beli..Tapi yang dah otai tu boleh gak buat reference bila terkedu sekejap…
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:37 am
Betul gak tu.. yang lama pun kadang-kadang sangap gak… so ebook ni sentiasa boleh dijadikan rujukan
SmartZul adalah seorang yang mempunyai prinsip tersendiri yang saya rasa sangat berbeza dengan IM tempatan yang lain.
Blog saya pun dibina berasaskan panduan beliau.
Selamat Hari Raya.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 1:49 am
Yup.. sesuai dengan namanya.. memang selalu smart sahaja ke mana pun dia pergi.
motokriss Reply:
September 17th, 2009 at 2:18 am
Betul Jad.Memang smart orangnya. Arituh aku pon ada terserempak Zul kat angsana tapi tak berani tegur takut salah orang. Gambar yang kolampirkan membuktikan sememangnya orang yangaku jumpa aritu adalah Smartzul. heheheh
Pasal Pakej Kit Blogger tuh memang lengkap. Aku dapat buat blog aku dengan bantuan buku dia lah. Aku ingat lagi ko cakap.
“Kalau ebook yang kita beli tu dapat membantu kita buat sesuatu maknanya ia bukan sampah.”
Tapi kalau baca banyak kali tak jadi apa hingga menimbulkan rasa menyampah maka ia adalah…..
Bukan nak mengipas tapi memberitahu kebenaran, pada siapa yang nak panduan lengkap untuk memulakan blogging belilah buku Pakej Kit Blogger ni.
Berbaloi baloi
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:59 am
Hahahaha… kalau ko tegur dia hari tu, silap-silap dapat duit raya dari Smartzul agaknya…:D
reezluv Reply:
September 17th, 2009 at 10:09 am
xtau la kot masa aku ngah date ngan awek aku kat sana kot pernah terjumpa dia agaknya..haha..itu kita taktau….
pakej kit blogger ni memang bagus. aku dah dapatkan pakej ni dengan bro smartzul pada 2-3bulan yang lepas rasanya untuk client aku yang baru nak mula blog.
daripada client aku habiskan masa utk belajar kat internet, aku pun dengan ‘baik’nya belanja client aku beli pakej kit blogger ni.
client aku ckp pun bagus sebab ada support dan forum.
thumbs up utk bro smartzul. dan tahniah kpd yoji sbb berjaya hasilkan JV dgn smartzul. hee..
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:00 am
Yup.. produk yang baik memang akan di kenang orang.
[...] Untuk membaca laporan beliau mengenai pertemuan kami, sila klik di sini. [...]
Diulas pada September 17th, 2009 at 4:22 amThanks bro. Tak tahu nak cakap apa.
Cuma nak bagitahu, dari siang sebelum terserempak tu memang asyik terfikir seperti akan berjumpa dengan bro. Ini serius, tak gurau tak tipu.
Sebenarnya, sebelum kita terserempak tu, saya dah datang ke UO tu sebelum maghrib. Tapi saya tunda dulu beli baju untuk berbuka dan solat. Then datang balik. Tup tup, terserempak. Allah Maha Bijaksana mengatur pertemuan ini.
Mengenai Kit Blogger, saya cuba yang terbaik. Dah banyak kali update tu. Lepas raya ni nak update kepada versi 2.8 pula. Ada beza sikit terutama widget. Dan ada beberapa projek tambahan yang lebih kepada teknikal wordpress.
Terima kasih semua.
ps. Motokriss. Next time tegur saja. Jangan malu-malu. Silap-silap boleh borak panjang.
Lokasi utama saya biasanya Popular / MPH City Square dan Kedai Buku Badan Plaza Angsana.
pps. Saya juga ada menulis mengenai pertemuan kami berdua ni di blog saya. Sila ke sana untuk membaca.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:59 am
Giler laah Smartzul ni… macam paranormal plak. Tapi apa pun, Pakej Kit Blogger tu memang bagus untuk semua bakal-bakal blogger.
JHafiz Reply:
September 19th, 2009 at 6:20 am
mm.. so nanti bg yg dah beli,dapat update terkini ebook secara free la ye?
yeah…memang ni je panduan wordpress yang terbaik aku rasa kat malaysia.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:02 am
Betul… memang inilah panduan yang bagus. Bahasa Melayu plak tu.
Memang tidak dibafikan Pakej Kit Blogger sangat sempurna untuk newbie atau sesiapa sahaja yang kepingin nak setup blog wp sendiri & ditambah lagi servis smartzul memang tidak mengecewakan. Aku pon pandai bina blog & berblog sebab pakej ni ler!
Seperkara yang aku kagum dengan smartzul coz dia ada prinsip dia sendiri yang kuat dalam berIM ni..
Kepada rakan newbie yang membaca entri ni aku sangat mencadangkan kamu mendapatkan pakej ini segera
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:03 am
Pasal prinsip tu, memang betul. Ramai IM kita yang dah lari dari prinsip IM yang sebenar. Kalai tak percaya, cuba perhatikan… istilah dan fungsi sebenar JV sekarang ni ada yang tidak berfungsi sepenuhnya.
JHafiz Reply:
September 19th, 2009 at 6:21 am
tak berfungsi camana tu bro?
ahahha.. agak dah zul mesti jumpa dgn rohaizad.com. dia ade cite kat facebook dia yang dia ade jumpe sorang blogger. tapi tak dinyatakan nama blogger tuh. dlm hati aku kuat mengatakan rohaizad.com. sekali betol daaa.. btw. pakej kit blogger ni mmg superb. aku dah milikinya korang bila lg?
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:57 am
Itulah… untuk yang NEWBIE nie, jangan berfikir panjang dan jangan takut. Pakej ini memang senang nak faham.
hafiz Reply:
September 17th, 2009 at 1:36 pm
aku pun mmg dah agak dah..smartzul kate jumpe blogger hensem..terus jer terbayang bro ijad..:D akupun dah sambar dah pakej nie.baru jer bbrpa minggu..still tgah bace..mmg berbaloi-baloi..
abgzol Reply:
September 17th, 2009 at 11:05 pm
Pergh! Melekat betu la jenama ‘Rohaizad dot Com’ sekarang..mana idaknya bila sebutnya blogger sure akan terpikir Rohaizad dot Com
Hehehehehe..
hoho..kuat betul jodoh ko dengan zul.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:57 am
Bezanya cuma 1 jer… aku shopping dengan selipar jepun jer kat Plaza Kotaraya tu. Tapi Smartzul dressing memang smart…hahaha
titan Reply:
September 17th, 2009 at 10:40 am
aahh. tak kira gak la. Ntah bila jodoh aku dengan ko. Haha..meh. raya banting tahun ni..
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:42 am
Rumah Nora Danish kat situ ke? Kalau betul,aku beraya kat Banting tahun nih…
abgzol Reply:
September 17th, 2009 at 11:06 pm
Haaaaaaaaa..kata jangan sebut nama tu lagi
muhahahahaha..Nora Danis Oh Nora Danish..
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 11:14 pm
Kalau bab menyakat jiwa dan perasaan aku, suka betul… hahahaha…
titan Reply:
September 19th, 2009 at 6:56 pm
hehe..nora danish? Siapa tu? Haha..
JHafiz Reply:
September 19th, 2009 at 6:22 am
ha3, btul2 blogger low profile… kagum2
masalah masyarakat kita ni semuanya nak FREE, tp bila dah dpt free tak pernah pun baca
skit2 jer pastu simpan buat perkasam, pada pandangan sy kalau nak belajar mengenai blog dalam masa yg singkat tidak ada lain selain cr Personal Coach ataupun beli ebook
kalau tak, mcm ijad kata lah, amik masa lama, aku pun melalui situasi tu, 3 tahun baru lah tahu mengenai blog
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:55 am
Dulu lain.. sekarang lain. Dulu susah nak maintain, sekarang semuanya dah tersedia di depan mata.
No 1 tu tak penah buat..’ Panduan Senarai Semak’..
Aku tak tau nak beli baju melayu ke tak tahun ni…
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:53 am
Masa zaman aku sesak dulu.. 2-3 tahun aku tak dapat beli baju raya. So sekarang aku beli sebab nak raya macam orang lain juga…
masa pun tak sempat dah beli baru raya.
pakai tahun lepas punya.bukan ada yang perasan pun.
kuih raya beli lelong kot.malam raya seronok keluar malam.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 10:04 am
Haa… beli time last pun okay gak.
Aku pun baru je berblog. Mmg masa adalah faktor utama. Aku nk jimat masa, aku upah je sorang blogger utk setup. Dh ada blog sendiri, barulah aku singgah2 bc blog org.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 9:54 am
Itulah seronoknya berblogging. Boleh dibuat secara sampingan..
reezluv Reply:
September 17th, 2009 at 10:40 am
tau takpe..sampai skang aku rasa best gile berblogging neh..haha..
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 11:29 am
Hahahahah… betul tu.
Inilah yang di namakan pertemuan yang tak di sangka..hehe.. Elok sgt la tuh, Smartzul ajar cara nak setup blog, Ijad lak ajar cara nk buat duit dr blog.. so sape2 yang berminat tuh.. grab la dua2 yer..haha
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 2:24 pm
Tapi Yoji lagi best, siap kasi pakej BONUS untuk perniagaan internet. Lagilah complete habih!
JHafiz Reply:
September 19th, 2009 at 6:50 am
er… mane nk dptkan pakej yoji ni?
ebook smartzul tu memang bagus utk belajar ttg FTP, wordpress dan upgrade. semua dah ada. tinggal tindakan sahaja.
dalam masa sama aku respek gak kat yoji tu. bonus yang dia kasi tu….perghhhh memang lengkap. Apa yang dijual yoji tu bukan pakej lengkap kit blogger tapi pakej lengkap perniagaan internet. Boleh buat web jualan, ada autoresponder, panduan forum, sistem rahsia. hahahaha….kalau aku baru kenal internet, ini pakej pertama yang aku akan beli. memang superb.
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 2:24 pm
Haa.. betul.. betul. Aku setuju sangat.
Boleh lak jumpa dengan Zul kat Shopping.. Hehehe.. Beli tak baju Melayu? Tgk blog Zul, bro belanja western food.. Bila nak belanja saya pulak? Hehehe
rohaizad Reply:
September 17th, 2009 at 11:14 pm
Boleh… apa salahnya….
Sebelum saya mulakan komen ini saya mula mengucapkan selamat hari raya maaf dzahir dari saya sekeluarga kpd en.Rohaizad sekeluarga dan juga buat team anda ,saya sudah ada blog word press yang mana saya belajar dari menghadiri seminar yang diadakan dikl yang dianjurkan olih saudari catzer masaalahnya baru separuh siap maalumlah orang buta it tengah meraba-raba mencari panduan untuk memahami lebih lanjut,apakah yang perlu saya lakukan ,nampak besst jee..
rohaizad Reply:
September 18th, 2009 at 9:49 am
Hamzah, sudah dapatkan Pakej Lengkap Kit Blogger ini belum? Rasanya kalau dah ada pakej ini, memang takde masalah untuk siapkan blog kamu tu.
Aku start berblog dgn wordpress ni dari zero. segalanya aku belajar dari produk zul nih.. memang lengkap langkah demi langkah.. datang pulak dengan pakej sebegini.. jujur aku kata , dengan pakej ni sahaja dah cukup untuk kita mahirkan diri dengan wordpress, cpanel n ftp. pendek kata memang mantaplah! kerana semua produk yang diatas tu aku dah ada.
rohaizad Reply:
September 18th, 2009 at 12:31 pm
Tu diaaa…. bro Nuaeman dan share dia punya pengalaman… so bagi yang belum ada blog dot com sendiri, apa yang perlu di tunggu lagi?
Baju Melayu jenama WordPress memang latest in town…
selamat hari raya idul fitri
maaf lahir batin….
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:06 pm
Baju Melayu berjenama WordPress?
Bila 2 orang blogger johor dah berjumpa
memang berborak panjang la gamaknya
hehe….aku rasa pun ramai yang lahir
dengan produk Zul nie
dah tau basic, senang nak optimaze sendiri nnt
bagus review bro….
macam baca novel pulak
smartzul Reply:
September 19th, 2009 at 5:57 pm
Kit Blogger saya buat sehabis asas yang mungkin. Namun walaupun asas, itu pun ramai juga yang kata susah.
Memang panduan ini saya khaskan untuk mereka yang berminat untuk membina blog dot com sendiri dan tiada asas dalam teknikal blog.
mohd farid Reply:
December 23rd, 2009 at 10:39 pm
dah banyak kali fikir nak buat blog sendiri.. xtau nak nak buat blog ape..
banyak dah idea tp xdpt nak nich kn market.. hurm..
baru tahu, pakej lengkap ni upgrade dari pakej kit blogger rupanya, heran jgk sbb nmpk smartzul jgk yg hasilkan ni, tapi dua pakej berbeza rupanya.
rupanya pakej LENGKAP lagi banyak bonus!!! (siap ngn kupon hosting netKL tu.. fuh~)
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:05 pm
Haaa.. itu yang tak tahan tuh…
wah,saya mesti dapatkan untuk rakan-rakan kat office yang tak tahu berblog nie.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:07 pm
Betul tu Baem. Dapatkan untuk kengkawan di ofis tu so diaorang nanti pun dah boleh berblogging?
“Baem?”
p/s: macam pernah ku dengar nama itu, tapi di mana ya?
Untuk makluman, saya mempunyai lebih daripada 100 orang reseller untuk Pakej Kit Blogger.
Design ecover ada yang berbeza, tapi nama Kit Blogger dan nama saya mesti dikekalkan. Jadi, kalau terjumpa mana-mana pakej atau panduan yang ada nama saya dan nama Kit Blogger, maka itu produk saya lah tu. Harap tidak terkeliru.
Beza saya dan reseller adalah bonus dan strategi masing-masing sahaja. Kandungan Kit Blogger adalah sama.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:08 pm
Itu dia… owner ebook dah datang buat penjelasan.
Harap semakin jelas semuanya ya.
Aku pernah baca ebook panduan ftp SmartZul.. memang aku terhutang budi dengan panduan tu, mantap dan ‘terlebih informasi’..
p/s- perghh lps shopping makan lamb chop ekk
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:04 pm
Ebook dia cukup simple tetapi jelas. Mudah untuk di fahami.
wargh kena beli nih…
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 8:05 pm
Jangan di tangguh lagi
waaa…seronoknyer… tapi ni la masalahnyer.. duit di tangan tade huhuhuhuuhh….
teringin kot nak kenal lebih lagi dalam dunia blogger ni…. hope tawaran pakej ni ada g
rohaizad Reply:
September 30th, 2009 at 6:58 pm
Sila cek email
salam..slmt hari raya! harap sihat la yer…
saya ni cuba nak bertanya kpada sedare. blog yg sedare buat ni asalnya dari tunjuk ajar bloggingsteps.com ker?
sebelum ni sedare ade buat blog x? atau sebelum ni pnh buat tapi gagal?
saya ingin sekali nak mengetahui…
apa faedahnya tu..boleh crita pnjg lebar x?
rohaizad Reply:
September 30th, 2009 at 7:00 pm
Sofea,
Di dalam entri di atas terus terang ada jawapan bagi semua soalan kamu. Punyalah panjang lebar diceritakan kat atas tu….. adehhh
Semua orang cerita pasal blog, utk biz @ personal. Aku memang buta pasal ni. Bln puasa lepas baru nak berjinak2 la kononnya. Tengok semua IM buat duit on-line mcm senang je..huhu.
Aku buat blog gak & cuba try test kat blogspot jer. Mcm rojak je rasanya. Ada sesapa nak komen blog pertama aku ni silakanlah..haha.. http://suraubukitjaya.blogspot.com
Aku tengah bingung skrg ni coz banyak sangat nak kena belajar, last2 tak tau nak mula kat mana..hehe. Mintak nasihat sikit. Ikut dari komen, produk ini memang 5 STAR…boleh dapat secara by hand tak..boleh gi ngeteh skali dan bual panjang..:) (Tapi ada ke yg nak kenal aku yg buta kayu ni..huhu)
Wokeylah..semoga segala usaha kita dipermudahkan dan disempurnakan oleh Nya. Semoga sahabat semua berjaya hendaknya…
rohaizad Reply:
September 30th, 2009 at 7:04 pm
Semua orang akan merasai keadaan seperti itu. So cool dan enjoy .. blogging ini relax.. tiada apa yang perlu di kejar.
lepas raya sekang nie ada tak lagi pakej cd blog rm 100? tapi tunggulah dapat duit tambahan 3 minggu lagi. kalau dapat diskaun lagi merasalah aku blog aku sendiri. kasi baik dan cun lagi.sekang tengah free pasal mc accident motor.
rohaizad Reply:
October 3rd, 2009 at 10:36 am
Azman – Sila cek email