Google SLAP – adakah ia mempengaruhi klik adsense kita?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: September 24, 2009 online
Selama 2 bulan, aku cuba untuk study dan study dan terus study perangai Google SERP dan 2 minggu lepas aku hampir ketemu jawapannya. Sungguhpun jawapan ini tidaklah seperti mana yang aku harapkan tetapi sekurang-kurangnya ada sesuatu yang aku boleh pelajari.
Pemantauan yang aku lakukan ini cukup memberikan aku keyakinan yang terdapat sesetengah perkara memang berada di luar kawalan kita.
Bulan lepas… aku ada chat dengan owner PetalingStreet.org iaitu Menj mengenai “graf” adsense yang aku dapat. Kemudian beberapa minggu selepasnya aku chatting pula dengan owner OhBulan.com mengenai perkara yang sama, ternyata mereka adalah antara mereka yang perasan akan hal ini.
Yang peliknya, aku sendiri tidak tahu puncanya. Pelbagai cara dan teknik serta skill telah aku gunakan tetapi jawapannya tetap juga sama. Graf yang aku dapat semakin memeningkan kepala aku kerana sebelum ini, tidak pernah berlaku pun perkara sebegini.
Aku tidak pasti jika masalah ini hanya melanda blog aku ataupun blog orang lain, tetapi jika ada di kalangan pembaca blog ini yang mengalami masalah yang sama… bermakna memang Google sedang membuat “sesuatu”.
Di bawah adalah senarionya:
1. Terdapat penurunan MENDADAK dari segi traffik untuk salah satu blog English aku yang seakannya tidak masuk akal.
2. Blog English ini memang maintain 400-700 traffic sehari. Semua traffic 99% dari search engine (organic traffic).
3. Penurunan yang di alami sungguh DRASTIK sehingga mencecah 60 orang sahaja dari 600!!!.
Mengapa traffik tiba-tiba sahaja turun?
Sekarang cuba lihat graf traffik yang dipersoalkan:
- Haaa… sebenarnya kalau tidak kerana penurunan klik adsense, aku sendiri pun tidak dapat mengesan berlakunya penurunan dari segi traffik. Memang pelik sebab setelah bertahun bersama Google Adsense, TIDAK PERNAH satu hari pun adsense aku tidak di klik.
Rupa-rupanya bukan disebabkan oleh SERP mereka, tapi Google telah menggunakan salah satu dari jurus lama mereka GOOGLE SLAP !!!!!
Dulu Google suka betul main pancung (penalize PR), sekarang dia kembali pula dengan lempang. Tetapi walaupun hanya sekadar lempang ataupun “SLAP”, ianya cukup pedih untuk diterima oleh semua pemilik blog dan website.
Memang kuasa lempang Google kali ini begitu power sehingga boleh mengacau traffik yang diterima oleh blog kita. Agaknya Google SLAP ini mempunyai jurus halilintar 7 petala langit, 7 petala bumi.
Tapi blog atau web apa yang Google akan SLAP?
Haaa… ini satu soalah yang bagus sebab ada 2 jawapan yang aku ingin kongsikan:
Yang pertama ialah untuk blog atau web yang dimiliki oleh pemegang akaun Adwords (Google telah upgrade Adwords AlGorithm mereka). Iya… jika mereka mempunyai account Adwords tetapi mempunyai 4 masalah seperti di bawah, silalah periksa baik-baik ya:
Google Slap 1: Isi kandungan yang di laman sales page kamu tidak sama dengan keyword yang kamu bid.
Google Slap 2: Landing page kamu adalah jenis squeeze page dan tidak di`linkkan dengan mana-mana page yang lain.
Google Slap 3: Landing page kamu terlalu penuh dengan imej manakala textnya pula terlalu sedikit.
Google Slap 4: Ad Groups kamu tidak targeted langsung. Dengan lain kata, kamu mempunyai Ad Groups dengan pelbagai keyword yang berlainan.
====> Okay, info di atas itu aku dapat dari mereka yang telah membincangkan hal ini dengan pihak Google Webmaster. Tetapi ada satu lagi jenis blog atau web yang turut kena lempang oleh Google. Kelakar pun ada, sedih pun ada.
Yang kedua ialah web ataupun blog yang mempunyai terlalu banyak LINK AFFILIATE di dalamnya, maka itu juga akan menjadi sebab yang mudah untuk di lempang oleh Google. Maknanya kebanyakan blog yang dikategorikan sebagai REVIEW BLOG mempunyai peluang yang cerah untuk di lempang.
Ini memang tidak banyak di perkatakan tetapi ramai yang dah terkena termasuklah aku dengan beberapa blogger lain di Malaysia. Tapi mengapa blog sebegitu di SLAP oleh Google? Bukankah bagus kita mempunyai blog yang bersih dari segala aktiviti HARAM ataupun BLACKHAT?
Memang betul tapi internet ini Google punya. So kenalah tanya Google sendiri tapi yang pasti kebanyakan keyword yang tinggi nilainya telah di miliki oleh jenis BLOG REVIEW atau WEB REVIEW. Dan ada sesetengahnya mendakwa Google melakukannya demi kepentingan advertisernya.
Jadi apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak dari dikesan oleh Google sekiranya blog kita penuh dengan link affiliate?
Haaaa… cubalah teka sambil-sambil berhari raya ye!



Hehehe..aku tak tau nak tambag komen camner dalam isu ni coz aku belum terlibat lagi dengan GA. Tapi aku suka ayat ni..
“Agaknya Google SLAP ini mempunyai jurus halilintar 7 petala langit, 7 petala bumi.”
..macam baca komik dunia kungfu pulak! Apa-apa pun harapnya kali ini aku berjaya jadi pengomen pertama & Salam aidilfitri buat bro Ijad serta keluarga. Maaf kalau ada terkasar bahasa semasa mengomen di sini
rohaizad Reply:
September 24th, 2009 at 3:06 pm
Selamat hari raya juga untuk Bro Zol
dah balik dr raya ke ke bro?
hem, kalo guna short url servis cam tinyurl dll tu dia dpt kesan gak ke link aff dlm blog kita?
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:31 pm
Tak sure plak sebab ramai yang masih lagi buat trial error pasal hai ni
TanyaLelaki.com Reply:
October 16th, 2009 at 1:06 pm
aku ada try letak tinyurl dlm shoutbox.. utk afd la.. tak lepas la bro..
aku ni still dlm mood raya..maklumla kt kg lg..dh lupa psl blogging..
tp tertarik plk dgn article ko ni..aku ade gak bca kt blog2 omputih psl google slap ni..selagi google diktator dlm dunia internet ni selagi 2 la kta kna ikut cara dorg..klu xikut konfem kta yg putih mata…len la klu kta ade knalan yg keja dgn google..hehehe
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:33 pm
Memang betul
Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak dari dikesan oleh Google sekiranya blog kita penuh dengan link affiliate ialah saya sendiri pun tak tahu….
Kalau ikut tekaan rasanya guna Matrik 9 x 3 x 1 Blog Page View & link affiliate diagih-agihkan…. entah ler belum try…
Haaaa… cuba berteka-teki sambil-sambil berhari raya nie!
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:35 pm
Berteka-teki lah kita di hari raya ini.
Sakit beb kene slap ngn google. Silap2 leh muntah darah! Kihkihkih
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:40 pm
Hahahah… betul-betul…
Salam bro Rohaizad,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Tentang Google SLAP ni masih lagi belum sampai ilmu saya ke tahap ni. Kena explore lebih lagi lepas ni
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:37 pm
Explore.. jgn tak explore… kita layankan jer Google ni
Selamat hari raya bro..
x tau nk komen cm ne..apa pun tq for info..sesekali kena SLAP baru sedar dari lamunan..kn kn
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:39 pm
Memang betul.. kecewa pun ada gak… huhuhuhu
p/s: biasalah, asam garam seorang blogger memang macam tu.
aku tatau caranya…..mgkn boleh cuba cara ni agak nya.
1. letak no follow attribute kat link tersebut
2. cloak link affiliate
3. mantapkan keyword dalam blog. Biar niche iklan yang keluar tak bercampur-campur. Sekurang-kurangnya dalam niche
4. link exchange dengan blog yang sama niche
hehehe. betul ke jawapan tu? aku pun tatau
Fatin Pauzi Reply:
September 25th, 2009 at 7:38 pm
Aku rasa cloak link pun ok. Tak dapat detect kan?
Robot je yang datang check, bukan manusia kan?
mmm..kalau nak kbuangkan link affiliate,kuranglah pendapatan…
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:43 pm
Ada cara yang lain sebenarnya
Selamat Hari Raya bos…kalau dah kena Google Slap tu, tandanya kena bukak LAGI blog baru untuk gantikan yang kena lempang tu…kekekeke.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:44 pm
Betul-betul bos… itulah antara tugas seorang fulltime blogger.
aiyok. *tepuk dahi*
btw, selamat hari raya, bro rohaizad. maaf zahir & batin! =p
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:45 pm
Selamat hari raya juga Nasrul
waah…trafik durun dari 600 turun ke 60!!
penangan “pelempang google” kelihatan agak menyakitkan..
Namun kalau dah dasar usahawan internet tegar..
baru je kena “pelempang”, dah cari jalan supaya tak kena lempang lagi…
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:47 pm
Pedih rasanya bile kena lempang nih..
1.jgn guna adword.(ni jawapan nk kena lempang)tapi worth untuk jangkamasa panjang.
2.’link cloaker’
3.’google slap solution’
ntahlah…evolusi google le katakan.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:48 pm
Link cloaker itu memang satu solution
pedulik apa aku. Lempang ajela. anak dia sekolah kat tempat abah aku. aku suruh abah aku lempang anak google. haha..
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:48 pm
Hahahahah !
Gerun arr tengok halilintar lempang google neh.. baru nak jinak-jinak jual link + Adwords
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:49 pm
Kena pandai gunakan silat peringkat 8 kuasa angin taufan ribut badai melambai… baru baru elak dari kena lempang ngan Google…
samdaddycool Reply:
September 29th, 2009 at 7:08 pm
peringkat 8 ni yang aku menuntut dgn master Ijad
Pernah kena benda macam ni.terkejut macam
tak percaya.
[...] lihat kembali graf traffik pada entri Google Slap [...]
Diulas pada October 15th, 2009 at 10:26 pmdok kena lempang je ni.. bila kita nak lempang google balik? aku rasa la.. mai kita pakat g lempang google..
ops!! pakcik G ni faham ke aku cakap ni bro? naya aku nnti..
oh macam tu ke konsep google slap..saya search kat google terus dbawa ke sini..thanks sbb berkongsi maklumat ni