Buat duit dari blog – blog Melayu dan blog Inggeris (niche blog).
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: September 25, 2009 onlineBuat duit dari blog sememangnya semakin digemari oleh ramai pengguna internet. Kesedaran terhadap potensi blog dalam menjana pendapatan sampingan kini menjadi sesuatu yang saban hari diidamkan oleh sesiapa sahaja termasuklah bagi mereka yang baru hendak berblogging. Ibarat cendawan selepas hujan, tumbuh melata di serata bumi.

Untuk mereka yang dapat membacanya dengan pemahaman yang tinggi, pasti mereka dapat melihat konsep pengiklanan yang aku maksudkan dalam entri tersebut. Memang keseluruhan entri tersebut hanya berkisar pada pengiklanan yang menjurus pada industri blogging di US sana.
Tapi jika ada yang tanya kenapa aku “lebihkan” tanggapan pada industri pengiklanan di barat sana, apa yang aku boleh katakan ialah aku masih lagi mentah dalam industri blogging tanah air. Sebab itu aku tidak nampak skop pengiklanan sebenar dalam industri blogging tanah air.
Jelasnya, apa yang aku lihat pada dunia pengiklanan di Malaysia pada waktu itu mungkin lain dari apa yang orang lain nampak. Puas aku mengkaji dan terus mencari, apa yang aku dapat simpulkan ialah pengiklanan di Malaysia ini masih lagi berada di dalam lingkungannya yang tersendiri.
Pokok pangkalnya, aku memang kurang jelas bagaimana sebuah blog seperti ini (BUKAN BLOG HIBURAN DAN GOSSIP) mampu untuk memberikan hasil kepada pemiliknya (bukan mengutuk tapi setidak-tidaknya aku jujur pada apa yang aku katakan).
Mengapa?
Sebab rata-rata aku lihat minat dan kecenderungan pengguna internet di Malaysia ini lebih kepada cerita hiburan, gossip, politik, perempuan seksi, skirt terselak nampak seluar dalam, baju terdedah nampak buah dada ataupun cerita pasal cerai talak rumah-tangga artis.
Tapi adakah itu TITIK NOKTAH bagi semua apa yang ada dalam dunia internet tanahair (Malaysia ini)?
Adakah semua blogger perlu buat blog hiburan atau gossip semata-mata dahagakan traffik yang mencanak-canak?
Atau adalah semua blogger perlu merisikokan diri sendiri sampai di dakwa di mahkamah semata-mata “tersalah tulis” di dalam blog politik masing-masing?
Aku rasa tidak.
Sebab jika betullah bagai yang dikata, maka semakin kecillah industri blogging tanah air sedangkan di luar sana blog si tukang kasut pun boleh mendapat perhatian.
* Jadi apa yang kurang sebenarnya?
* Jika inilah senarionya, macam mana mereka yang tidak minat berblogging mengenai politik dan hiburan seperti aku hendak menjana pendapatan dari blog Melayu yang satu ini?
Hari berlalu dan terus berlalu. Aku cuba untuk mencari “tune” sebenar blog ini. Aku harus meningkatkan traffic dan returning visitors. Kajian mengenai niche juga semakin kerap di lakukan supaya mendapat targeted readers yang sesuai. Aku mesti tumpukan perhatian pada ‘blog monetization’.

Lama-kelamaan aku semakin bersemangat untuk membangunkan blog ini sehinggalah aku mengenali “jiwa” sebenar blog ini. Secara tidak langsung, aku tahu skop sebenar bagi blog-blog seperti ini untuk hidup dalam arena tempatan. Malah semua komen dan sokongan yang diterima melalui email juga telah aku study.
Aku sendiri tidak boleh bercakap sesuka hati tanpa ada fakta jelas yang menyokong. Aku perlu transparent untuk sesetengah perkara. Dan itulah yang pengguna internet khasnya pembaca blog ini mahukan. |

Hasil dari traffik yang diterima juga telah aku pelbagaikan dalam menjana pendapatan termasuklah sales untuk program affiliate.

Berikut adalah pendapatan yang dapat di jana oleh blog ini untuk bulan September 2009 setakat hari ini, (bukan sejak dari blog ini di tubuhkan):
Pendapatan dari khidmat review: RM 300.00
Affiliate Exabytes: RM 410.00
Affiliate Pakej Video: RM 240.00
Affiliate Rahsia Emas: RM 40.00
Affiliate Panduan KWSP: RM 10.00
____________________________________
Jumlah: RM 1420.00
____________________________________
Mungkin ada yang menilai RM1420.00 itu kecil. Tapi bagi diri aku, ianya cukup besar. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah perbelanjaan untuk sebelum dan selepas hari raya. Malah kalau hendak di bandingkan dengan gaji semasa bertugas sebagai sales assistant di Carrefour pun jauh lebih tinggi (masa tu gaji di Carrefour sekitar RM650.00 sahaja sebulan).
Tambahan pula, semua income itu di jana hanya melalui blog ini. Tiada kos yang terlibat kerana tidak pernah sekalipun aku guna Adwords, coupon Facebook ataupun sebagainya.
Agaknya inilah yang dikatakan buat duit dari blog. Cuma satu perlu diingat, buat duit dari blog bukanlah boleh diperolehi dalam sehari atau sebulan dua.
Aku sendiri mengambil masa lebih kurang SATU TAHUN untuk memberikan yang terbaik pada pengiklan dan juga pengunjung blog ini. Kalau tidak kuat iman, jangan kata setahun… sebulan blogging pun dah ada yang surrender (pernah berlaku pada diri aku 3-4 tahun yang lepas kerana tidak nampak hala tuju dalam dunia blogging).
So siapa kata kita tidak boleh buat duit dari blog?
Percayalah… setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti akan ada hasilnya. Yang penting… kita mesti PERCAYA dengan apa yang kita lakukan.
Cuma kalau ada di antara kita yang dah lama berblogging dalam bahasa Melayu tetapi masih tidak nampak lagi “jalan yang sesuai untuk buat duit dari blog“, masih ada lagi peluang untuk kita menjana pendapatan dari blog-blog English yang kita ada.

Maksudnya, kalau arena tempatan tidak sesuai untuk kamu buat duit, jom kita buat duit di ke persada antarabangsa sebab di situ masih ada banyak lagi rezeki kerana peluang yang ada di sana LEBIH LUAS.
Apa-apa pun, niat asal aku dulu untuk menjana pendapatan di arena tempatan dan juga arena antarabangsa telahpun tercapai….. syukur Alhamdulillah.
Kalau kita sendiri dah pandang rendah pada diri sendiri, siapa lagi yang akan memandang tinggi pada kita di kemudian hari?
Hey…. rezeki ada di mana-mana bukan?
p/s: Tempahan Seminar Smart Blogging di UTM Skudai hanya tinggal untuk 5 orang sahaja lagi. Harap maklum.







Congratz bro! Klau xde blog ni mungkin aku x kenal ko Jad. Dan klau xde blog ni juga aku sekarang bukanlah blogger kental kihkihkihkih.
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:19 am
No problem… wah… makin bahagia ko ye buat duit dari blog
huhuhuhu
Saya ingat lagi ketika mula-mula nak buat blog dalam bahasa melayu. sama ada pasaran atau tidak. tapi jujur saya katakan bahawa blog rohaizad.com yang terus memberikan semangat dan pencetus inspirasi supaya terus memperjuangkan blog aqifstrategi.com dalam bahasa melayu.
Dan saya kini begitu berbangga dengan wujudnya blog-blog yang berpotensi seperti rohaizad.com dan sewaktu dengannya.
Tahniah saya ucapkan atas pendapatan yang dijana pada bulan ini! Insyaallah kita akan berjumpa di seminar smart blogging untuk mengetahui rahsia-rahsia menjana pendapatan daripada blog.
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:19 am
Insya Allah… kita berjumpa nanti di UTM Skudai.
Tak lama lagi, blog melayu pun boleh jana duit sepenuhnya.
MyDailyBlog.Info Reply:
September 25th, 2009 at 8:41 pm
hahaha,betul..betul..betull
ya.. memang inilah yang kita kena consider. kadang2 orang perlekehkan blog bahasa Melayu padahal ada blog Melayu yang hebat incomenya.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:20 am
Cuma cabangnya tidaklah begitu banyak
Tapi still boleh generate kalau di monitize betul-betul.
Tahniah kerana terus berjuang bagi terus meningkatkan nilai dan martabat blog ini.
Secara ikhlasnye, dah lama saya mencari blog Melayu yang berkaitan blogging (pasal gosip-gosip artis senangla)yang berkualiti dan mempunyai blog design yang proper ( particular sket pasal design2 ni),blog ini sahaja yang saya rasa melekat di jiwa (n_n).
Ini pengetahuan saudara, ada dua sahaja blog melayu yang saya subscribe dan blog ini adalah satu daripadanya.
Jadi, teruslah berusaha dan berjaya!
Kasi quaote sket:
“We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love.”
-TOM ROBBINS-
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:21 am
Satu quote yang bagus… terima kasih
oho..aku walau agak lama gak la berblogging ni, tapi aku sendiri masih banyak perkara lagi aku kena belajar..tambah-tambah market luar negara tu..
tu yang aku kena gi seminar tu nanti nak tau lebih lanjut..hehe
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:23 am
Market luar negara lebih mudah sebenarnya. Market blogging tempatan ni yang agak terhad dan memerlukan masa yang lama untuk di monetize.
Tapi still positif.
“Cuma satu perlu diingat, buat duit dari blog bukanlah boleh diperolehi dalam sehari atau sebulan dua.”
..memang betul tu bro kalau tak sabar memang sukar nak bertahan lebih-lebih lagi bila hasil yang diharapkan belum lagi memuaskan! Paling penting bagi aku orang baru berblogging ni..buat jer & jangan give-up. Kelak sure akan jumpa juga tune yang serasi dengan jiwa..dan pada masa tu dunia blogging ni akan lebih menyeronokkan.
Contoh terdekat..blog ini ler daripada dulu tanggapan penulisnya agak sukar nak buat duit dengan blog berbahasa Melayu
nah..sekarang dah cecah 4 angka tu sebulan!!! Tahniah Ijad..sekarang aku yakin ramai di kalangan rakan baru menjadikan Rohaizad dot Com sebagai sumber inspirasi blog berbahasa Melayu yang berjaya..
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:24 am
Betul tu bro Zol. Bila tiba saatnya, pasti “sense of blogging” itu akan muncul. That time, dia punya syok… tak terkata.
aku dah kata dari dulu. blog BM pun boleh buat duit. Bukan blog english aje. Hehe..
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:26 am
Maklumlah… dulu main market luar je memanjang. Tapi market local pun ada nilainya yang tersendiri. Cuma tak boleh salah perhitungan sebab nanti tak jumpa “tune” yang diperlukan.
p/s: apa pun, apa yang ko cakap tu betul Titan.
Hidup Titan!
Yeah..setuju..kepada bob selamat hari raya..
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:27 am
Kan? kan? kan?
Dunia blogging semakin besar bro..tunggu jer laa 1/2 lagi..pasti banyak advertiser cari blog melayu. Insyallah..
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 3:26 am
Insya Allah… harapnya begitulah.
thanks for motivation.yep bro, aku semakin yakin blog melayu boleyh berjaya maju ke depan bile aku tgk blog mcm rohaizad ni.=)
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 9:46 am
Insya Allah… itupun kalau semakin banyak advertiser yakin dengan potensi blog sebagai medium untuk online marketing mereka.
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 9:49 am
Maybe… itupun kalau semakin banyak advertiser yakin dengan potensi blog sebagai medium untuk online marketing mereka.
Memang betul kita leh buat duit dgn blog.. Paling best blog orang putih..hehehe .. Ikut je seminar Ijad tu, sure leh dapat banyak dollar..
p/s = target saya untuk bulan ni untuk melepasi income bulan lepas tercapai… Dah $ 400 lebih, InsyaAllah menjejaki $ 500. Ada 5 hari lagi chance untuk tambah dollar bulan ni.
P/ss = Rahsianya, terdapat dalam http://seminarblogging.com
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 12:00 pm
Wahhh… Sain,
Dalam diam rupanya dekat USD500 dah di jana ya?
Kejap, mari kita buat perkiraan:
USD500.00 x 3.5 = RM 1750.00
Aiseymen… ini kena belanja member lain ni.. buatlah openhouse Sain!
Ekekeke
p/s: Tahniah Sain. Asalkan HALAL dan BERKAT, kita mesti teruskan buat duit dari blog. Rezeki jangan di tolak… tak gitu?
thanks a lot jad..hampir setiap hari aku baca entry kat blog nih..satu perkara yg aku suka, “kejujuran dalam setiap post yg dilakukan”
aku bukannya nak bodek..haha..tapi tu kenyataan yg aku tau bla aku kenal rohaizad.com..ape yg ditulis mmg berdasarkn pengalaman sendiri..tak macam sesetengah blogger, setiap post cuma nak buat promosi dan iklan..mane nak dpt returning visitor kalo asyik buat iklan je..ilmu plak kurang dikongsikan..simpan sendiri sorang2..sedangkan konsep blogging tu ialah, “we share information”
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 12:21 pm
Aku pun rasa sama seperti yang kamu rasa Adenan. Kalau semua post asyik berbau`kan affiliate jer, lama-lama memang bosan.
Bukan menyalahkan sesiapa tapi blogging bukan hanya menerbitkan entri mengenai affiliate sahaja. Blogging lebih dari itu.
Assalamualaikum ijad.
Kupasan yang menarik dan bermakna khususnya pada mereka yang belum melihat dimensi2 lain dunia blogging.
Sesungguhnya pada minda orang yang kreatif, batu boleh jadi berharga.
Ambo sangat yakin, dengan momenton yang ijad bawa, insyaAllah satu hari nanti Ijad akan dihubungi oleh TV3 untuk membuat kupasan “smart blogging” di sana
Salam ceria & inspirasi
Fathuri
“pemburu impian”
http://www.fathuri.com
http://www.fathuri.ws
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 1:03 pm
TV3 ????
Wehhhh… jauh benor imaginasi kamu Fathuri. Kita bukannya artis laah… cuma blogger je. hahahahah
Ye.. Blog Melayu pun memang boleh buat duit..
Aku tak heran blog ko boleh buat duit izad sebab ko ada niche tersendiri.. walaupun title atas ‘umum dan spesifik’ tapi target ceritanya tentang macam mana buat duit dari internet..
ala sedangkan blog aku yang cikai tu pun blh dpt sikit2 affiliate inikan blog ko yg meletup.. he hehe..
tapi aku sebenarnya masih pening camne blog-blog personal .. citer kehidupan seharian boleh dpt duit..
cth terbesar; blog redmummy.com .. dia layan nuffnang je tapi dpt cek lagi besar nilai dari slip gaji aku sebulan.. jeles woo..
rohaizad Reply:
September 26th, 2009 at 1:26 pm
Haaa… memang betul.
Tapi targeted readers dia lebih besar sebab bahasa Inggeris telah di jadikan sebagai bahasa perantaraan
Congrats untuk redmummy.
Bro boleh jd John Cau malaysia la..sy rasa blog melayu nih bleh buat duit bila org2 malaysia mula cari info dlm BM.Skrg nih rata2 cari info dlm BI..bila org msia dah sedar banyak info2 dlm BM wujud so masa tuh mungkin blogger boleh buat wang besar….
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:27 pm
John Chow?
Isshhh… jauh giler bezanya tu. Macam bumi dengan langit. Tapi John Chow tu memang sentiasa jadfi blogging idol aku sebenarnya.
p/s: kalau di baca semula entri-entri lama dalam blog ini, banyak giler nama John Chow di sebut… maklumlah…. Idola…
Salam Bro, tahniah dgn hasil yg ko dah capai Zad. Pada tahun sekitar 2000 dulu kajian topik yg menarik minat org dlm internet ni ialah:
1. Free
2. Sex
3. Money
Aku rasa sampai sekarang pun topik atas nih akan tetap menarik minat org. Sandri mau ingat la mana jalan nak guna.
Tak dapat dinafikan blog ko nih ada unik sket kalau bandingkan yg lain. Tu lah pasal boleh drive traffic.
Mau gak aku belajo ngan ko nih…. hehehe
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:23 pm
Nak belajor tu rasanya tak susah, cuma komitmen tu yang ramai tak sanggup kot. Ramai dah yang belajar tapi tidak boleh commit.
ya benar..kadang2 mende ni makan mase nk dptkn hasil. jd, kene byk besabar dn teruskan usaha. terima kasih kerana memotivasikan kami..;)
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:22 pm
Ini cerita biasa jer… orang lain tu lagi dahsyat sebenarnya. Tapi kalau dah tiba tahap macam ni, teringat kembali waktu hendak naikkan ranking blog ini. Bukan senang…
seronok baca tetang org berjaya..
termotivasi aku…satu hari nnt mesti aku berjaya gak..
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:20 pm
Insya Allah.. sama-samalah kita berusaha ke arah yang sama
Tahniah bro ijad, setiap entri dbca pasti ada motivasi y menyunting diri, jujur n banyak panduan.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:19 pm
Setakat terdaya dan termampu untuk dilakukan, itu yang diberikan
advertiser dari Malaysia perlu makin ramai, barulah makin meriah blog kat Malaysia ni. sebab banyak advertiser dari luarlah tu ramai yang wat blog dalam bahasa asing tu
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:18 pm
Ia amat berkait rapat engan PELUANG dan PERMINTAAN… kalau demand dari tempatan tinggi, lagilah seronok.
Salam bro rohaizad,
Thanks. Kembali bersemangat bila baca entry ni
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:17 pm
Sama-sama… cuma berkongsi jer.
BM atau BI, masing-masing ada potensi, cuma kena ikut ‘tune’ niche mana yang mantap dan meletup..
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:16 pm
Betul tu En Sam. Cuma masa sahaja yang kadang kala menghalang. Tapi takper, bisa di atur…
Blogger juga pejuang bahasa melayu… duit jatuh no.2
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:15 pm
Tidak dapat di nafikan
bila fikir balik, macam pelaburan juga blogging ni kan..yang sy fikir macam tu la. advise terbaik dari rohaizad?
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:15 pm
Pelaburan itu mungkin dari segi masa. Yang lain tidak memerlukan modal kot
huhu.kena dapatkan khidmat nasihat bro ijad nie. hehe.
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:14 pm
UIkss… biasa je Aman. Blog kamu tu pun lagi ramai pembacanya
blog melayu yang paling saya minat.mestilah
blog komputer,keagamaan motivasi dan perniagaan.
semua tu jujur.tidah tipu pun.blog enggeris
saya pun bukan pasal artis.itu fakta….
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:13 pm
Teruskan berblogging Safar.
terasa aura dr blogger2 kt cni..bila masuk cni rasa kecik blk diri ni..hehe..tp semangat makin tggi..peace..
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:12 pm
Sesiapa pun boleh buat… no problem
c0ngrate bro ijad! actually saye tahu pasal cari duet dari blog pun dari blog rohaizad ni. dah tempah tempat nak g seminar kat UTM n harap2 xde halangan nak pegi la. doakan ye..excited tul bile bace cite org2 yang dapat duet dari blog.. insyaallah lepas ni saye plak huhu
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:11 pm
Insya Allah… kita akan berseminar dengan jayanya di UTM Skudai nanti
wanmus Reply:
September 29th, 2009 at 10:24 am
Jumpa di sana..
Blog oh blog
nak buat blog sekarang ini tidak sesukar dulu
mudah sahaja…..ditambah dengan dah ada bermacam2 panduan buat blog
tapi cabaran sebenar, bagaimana nak kekalkan momentum untuk terus menulis dan menulis di blog sendiri
rohaizad Reply:
September 28th, 2009 at 7:51 pm
Itulah yang dinamakan sebagai komitmen
memang benar macam ko cakap jad…aku sendiri pon lepas setahun baru dapat merasa duit dari blog melayu
wanmus Reply:
September 29th, 2009 at 10:24 am
setahun oklah tu dari diri ni setahun setengah baru dapat rasa..huhu..
banyak gak tu jad
gemuk income ko daripada advertising
tu belum masuk yang lain…..
okla…tu
kos murah
tapi income lebih
sape yang tak nak
rohaizad Reply:
September 29th, 2009 at 4:43 pm
Alhamdulillah… bila lebih ramai pengiklan, itu akan menambahkan lagi semangat untuk memberikan yang terbaik
salam bro rohaizad,
selama ini saya memang jadi silent reader jer. tapi hari nie tergerak hati nak komen.
tahniah kerana berjaya membuat duit dalam blog bahasa melayu. memang boleh sebenarnya tapi agak sukar pada awalnya.
walaupun blog niche hiburan, sebenarnya bukan senang nak buat duit dengan blog berbahasa melayu. ini bercakap berdasarkan pengalaman. mungkin satu hari nanti bila dah rasa cukup power saya akan try cerita lebih details.
rohaizad Reply:
October 3rd, 2009 at 1:50 am
Terima kasih… tapi realitinya memang orang kita suka pada blog hiburan kerana pendedahannya lebih mudah.
Cuba kita bercerita mengenai SEO, dalam 10 orang mungkin seorang dua sahaja yang boleh layan. Itu belum bercerita tentang Google Algorithm.
Kenyataan mudah mendapat pendedahan traffik melalui blog hiburan pun dah di akui oleh Syed Ikhwan dan Hafreze… pemilik OhBulan.com.
Mereka berdua pernah mengulas kalau kita tahu teknik Meta Marketing, dalam sebulan jer traffik boleh mencanak-canak.
Dan aku pun dah buat teknik tu, ternyata hasil traffik yang diterima melampau-lampau. Ini disebut berdasarkan kepada kajian dan trial error yang aku sendiri lakukan.
Dan simple report untuk kajian tersebut (traffik + meta marketing) ada di terangkan di dalam entri yang satu ini:
Teknik Meta Marketing.
Cuma bezanya, aku tidak pandai untuk duduk dalam dunia gossip. Itu sahaja. Tapi kamu hebat dalam dunia gossip, so dunia kita sama tapi NICHE kita berbeza dan kenyataannya, blog hiburan lebih mudah untuk diterima kerana beritanya lebih panas. Itu sahaja.
Shaffik Reply:
October 3rd, 2009 at 10:27 am
Saya setuju dengan pendapat Ijat. Bukan sebab saya ni anak murid die. Ini adalah pendapat peribadi.
Memang apa yang saya perhatikan, jika kita menulis sesuatu cerita mengenai Artis, memang mudah dapat traffik.
Ini terbukti mengenai cerita Azwan aku yang pernah aku ceritakan dahulu. Sepanjang Januari sehingga sekarang entri mengenai Azwan ali masih popular dan masih menjadi carian pertama di blog aku sampaikan entri tersebut di anugerahkan Google dengan Pagerank 1!
Jadi aku sependapat dengan Ijat bahawa blog hiburan agak mudah mendapat traffik yang tinggi. Sebab orang Malaysia lebih suka membaca gosip can hal perihal cerita artis. Yang Kedua ialah cerita mengenai sex. Sampikan perkataan melayu telah di exploitasikan dengan cerita-cerita dan bahan-bahan sex atau lucah di carian Google.
Lagi satu aku nak buat penambahan sedikit, kebanyakkan blog hiburan bukanlah 100% unik. Kebanyakkan yang aku lihat ianya adalah cerita-cerita dari Murai.com.my ataupun majalah-majalah hiburan tanahair. Cuma olahan tajuk dan isinya yang bijak mampu menarik lebih ramai pengunjung.
Tidak heranlah mengapa blog hiburan lebih berpotensi menjana wang buat masa ini. Itu realiti yang aku nampak. Sebab itu aku lebih menghargai penulis blog yang mampu menjana traffik yang tinggi bukan daripada blog hiburan. Mungkin anda pernah ke Kujie2.com atau yginsaf.com.
Aku mengkagumi blog mereka. Mereka jarang menceritakan hal perihal artis. Tetapi cerita yang di tulis mengenai kehidupan seharian juga mampu menarik pengunjung ke blog mereka lebih ramai. Mengapa ya? Mungkin penulisan yang lahir dari hati itulah penarik kepada pembaca-pembaca blog mereka.
Blog-blog seperti ini lebih mendapat perhatian dan penghargaan daripada orang-orang di luar sana. Tak salah aku katakan blog ini mungkin lebih bertahan lama dari blog biburan. Kerana mereka tidak terlalu taksub mencari cerita artis yang belum tentu betul, tetapi mereka lebih khusus menceritakan benda yang betul daripada benda yang tak betul.
Sekian sahaja komen daripada Shaffik. Maaf jika komen ini menginggung perasaan blogger-blogger lain. Ini hanyalah pendapat peribadi. Tiada niat menginggung perasaan sesiapa. Harap maaf.
Wah panjang sungguh komen aku..terlupa pulak ini adalah komen. Sorry Ijat. Terpanjang pulak komen ni..
beautifulnara Reply:
October 3rd, 2009 at 10:23 pm
salam.
saya tak nafikan kebenaran mengenai trafik.
dan saya juga mengkagumi kehebatan trafik2 mereka2 yang bercerita mengenai kehidupan peribadi.memang susah sebab gaya penulisan kena betul.
tapi apa yang saya nak cuba ajak pikirkan di sini ialah, seberapa banyak trafik yang blog hiburan nie mampu tarik pun, kalau dia tak dapat jadi authority dalam niche hiburan mmg sukar nak buat duit. ini berdasarkan pengalaman saya dalam dunia niche hiburan.
saya bagi contoh ye, katakan kalau blog peribadi macam sedara rohaizad nie yang mmg dah ada pengikut setia, yang sememangnya peka dengan dunia buat duit secara online, sudah tentu kalau nak buat duit secara affliate lebih mudah. berbanding dengan blog niche hiburan yang kurang target audience.
dari segi traffik pulak, katakan blog peribadi untuk menjana trafik hanya memerlukan sekadar 3 4 ribu pelawat setiap hari, tapi kalau untuk blog hiburan jumlah sebanyak itu tak kan mencukupi. kami perlukan lebih 3 atau 4 kali ganda daripada blog-blog peribadi yang sememangnya ada pengikut setia.
mungkin ada yang tak faham saya tulis nie tapi harap-harap ada yang cuba memahami apa yang saya cuba sampaikan.
thanks
mazuki selangor2u Reply:
October 4th, 2009 at 3:23 am
Blog hiburan aku tak ada rasa salah pulak…sebab aku melihat hiburan itu luas…
gossip
lagu
atau apa-apa sahaja berkait dengan hiburan.
Sebagai contoh kalau kita menyampaikan berita mengenai artis bercerai…
Mungkin tak perlu la kita nak komen lebih2 atau mengutuk…Mungkin untuk menyampaikan berita itu sesuatu yang perlu sebab kita berada dalam kategori hiburan….
Alhamdullillah saya temui blog anda terima kasih sedikit memberikan saya ruang dan peluang untuk terus menulis dan menjadikan blog sebagai pendapatan tp saya baru dan ingin mendapatkan tunjuk ajar boleh ke…..
rohaizad Reply:
October 6th, 2009 at 10:29 am
Boleh… apa salahnya.
p/s: Sebab kalau nak ceritakan satu persatu, sama sahaja sebab ianya sudahpun di ceritakan. Gali jer dalam-dalam blog ini. mesti jumpa punya.
[...] yang mencari rezeki melalui aktiviti bloggingnya tidak ubah seperti seorang PENULIS BEBAS yang mendapat bayaran dari pihak akhbar ataupun [...]
Diulas pada October 21st, 2009 at 11:11 am[...] cara sebenarnya untuk kita buat duit dengan blog. Ada yang buat duit melalui indirect program dan ada juga yang melalui direct program. Tidak ketinggalan juga mereka yang menjana pendapatan [...]
Diulas pada February 13th, 2010 at 11:21 am