Sah! Google SERP sedang dalam masalah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: October 15, 2009 online

Akhirnya, teka teki mengapa traffik yang semakin sedikit di salah satu blog aku terjawab. Lega rasanya dan setelah ramai yang membincangkannya di forum-forum, maka aku yakin bahawa memang ada masalah dengan Google SERP.

Sebenarnya, agak lama aku mencari jawapan kepada apa yang telah dan sedang berlaku. Telahan demi telahan aku sangkakan, sampailah ke tahap Google Slap. Rupa-rupanya ini memang berkait rapat dengan Google SERP.

Cuba lihat kembali graf traffik pada entri Google Slap ini:

traffik-menurun

Dan sekarang cuba bandingkan dengan traffik yang kembali normal sejak awal bulan Oktober ini:

traffik-meningkat

Seperti biasa, apabila kita ingin kaitkan income adsense dengan traffik yang kita terima, secara tidak langsung ia mesti berkait rapat dengan klik yang kita perolehi.

Syukur alhamdulillah… klik yang diterima semakin “pulih” dan bagi blogger seperti kita yang mendapat klik 100% dari “organic traffic”, semestinya nikmat sebegini amat di syukuri (tidak menggunakan teknik BLACKHAT).

Mari lihat statistik klik yang diterima:

adsense-click

Jadi persoalan di sini ialah:

1. Ada sesiapa di kalangan pembaca setia budiman blog ini yang mengalami masalah yang sama?
2. Jika ada, adakah ianya melibatkan blog Melayu? Atau blog English?
3. Boleh kongsikan perubahan ketara di dalam adsense kamu itu?

Kesimpulannya.. nasib baik semua dah kembali normal. Bolehlah cast-out kan adsense seperti biasa nanti. :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 42 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. reezluv said:

    aku cuma pelik, nama plak tetibe bilangan visitor aku bleh meningkat 100 peratus…adakah sebab itu juga?blog ini la..erm..hehe

    rohaizad Reply:

    Mungkin juga Reez. Sebab tak banyak ‘clue’ yang boleh di dapati setakat ini.

  2. azwan said:

    Traffic ke site2 aku consistent. Takde pulak masalah macam kau.

    rohaizad Reply:

    Baguslah kalau macam tu. Kira ‘selamat’. :D

  3. alone said:

    lega rasanya bila baca berita ni. blog aku pun ada kesan negatif dari hal ni.

    rohaizad Reply:

    Oohh… ada rakan blogger lain juga yang kena tempias Google SERP nih rupanya. Satu kapal lah kita ya?

  4. abrablog said:

    blog aku mengalami perubahan yang baik. Alhamdulillah, klik masih ada. Yup. Takde blackhat. Main seo aje..

    rohaizad Reply:

    Kalau takde main blackhat, baguslah. Tak matipun kalau tak main blackhat… ahahahah!

    Whitehat lagi cool sebab selalunya orang yang main blackhat ini terdiri dari mereka yang:

    1. Malas, tapi nak cepat kaya.
    2. Kaki kelentong.
    3. Suka aniaya orang lain.

    p/s: Hidup Whitehat!

    AJ Reply:

    Ya. Hidup WhiteHat!

    Sib bik aku tak tau langsung pasal BlackHat.. :D

    titan Reply:

    memang ramai orang tak tahu pasal blackhat. tapi dalam masa yang sama depa buat blackhat walhal depa ingat depa buat whitehat. Yang ni memang berlaku kat ramaiii orang..

  5. motokriss said:

    Aku tak ada alami gangguan apa2.
    hanya gangguan jiwa sahaja. ha ha ha

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… itu lagi bahaya bro… tapi kawan aku kata, kalau jiwa kita kacau, kahwin lagi satu. Itu jer ubatnya… :D :D :D

    p/s: jaga-jaga periuk belanga.. takut terbang bila balik rumah petang nanti.

  6. Adney said:

    hurmmm…… blog aku, aku x pasan sangat sebab BM…….

    rohaizad Reply:

    Cuba tengok statistik traffik dan juga adsense klik. Kalau ada perbezaan ketara, maknanya dah terkena lah tu.

  7. safar said:

    Dah elok.baguslah tu.tak payah risau ke sana
    ke mari lagi.

    rohaizad Reply:

    Yup.. memang betul.

  8. Huhuhu,….aku lagi tak faham satu benda pun…hehehe. Banyak lagi nak kena belajar dengan sifu-sifu ni..

    rohaizad Reply:

    Nanti dalam seminar tu, ada diterangkan.

  9. mazuki blog said:

    aku tak pernah perasan plak pasal ni…tapi yang aku perasan satu blog aku dah adsense tak kua…tapi aku tahu sebab memang blog tuh kena ban ngn google…hahaha tapi dia ban adsense aku

    rohaizad Reply:

    Kena banned jugak ker? huhuhuhu

    zaki Reply:

    ko main speed adsense ker? hehe

  10. zool said:

    Memang ada kesannya.. tu yg adsense menjunam 50%..
    takpe kena usaha lagi..

    rohaizad Reply:

    Cubaaaan….

  11. samdaddycool said:

    Aku pun ada rasa gak.. tetiba blog aku ni teruk sangat trafik organik dia…

    rohaizad Reply:

    Ermm… masalah jugak kalau tu. Belum secure lagi ke?

    samdaddycool Reply:

    Sekarang dah naik sikit organik trafik

  12. zaki said:

    saya pulak mengalami masalah..
    1- Ada 2 blog wordpress saya masih lagi tak diindex oleh Google. Tak tau kenaper. Banyak dah backlink dari socialbookmarking dan lain2 dah buat tapi pakcik G ni langsung tak nak index.

    2- Satu lagi nak tanya Rohaizad.. CPA aper yg kamu gunakan pada page ni.. nampak boleh cari untung utk pasaran malaysia heh

    rohaizad Reply:

    1. Dah add URL?
    2. AdsMarket.com

  13. Zulazis said:

    tahun 2009 Analitik adsense di klik dlm blog2 kami & teman2 puratanya sama.. mmg tidak di ketahui knp boleh terjadi pada bulan september 2009 aja… G-SERP nie hacker ke….????

    rohaizad Reply:

    G Serp bukan hacker tapi Google Search Engine Result Page.

  14. donnyien said:

    Elok lah kalau dah kembali normal bro.. all the best to 2.

    rohaizad Reply:

    Thanks :)

  15. razak said:

    google nih kiranya ada mood juga kot..kejap ok kejap tak.
    pernah juga baru ni blog aku di muncul di rank no.1 google dengan keyword yg pelik- ping padahal takda kaitan langsung.macamana ni bro…

    rohaizad Reply:

    Biasalah… ada masanya Google bi meroyan jugak.

    p/s: selalunya bila dia upgrade algorithm dia, ada sistem yang tidak stabil.

  16. wan said:

    Kalau tgk trend aku pulak, byk kena hits dari Ukraine, pelik pulak aku. Ada sapa yang kena cam aku?

    Countries (Top 25) – Full list
    Countries Pages Hits Bandwidth
    ua Ukraine ua 11432 11432 142.85 MB

    jp Japan jp 1261 4104 44.98 MB

    kang aku block kang takut yang bebetul nya traffic

    rohaizad Reply:

    Ye tak ya juga.. pelik pelik…

  17. Raman said:

    Salam bro explain ringkas maksud blackhat tu isk isk sedihnya rasa mcm ketinggalan plak

    rohaizad Reply:

    Nanti aku aan terangkan dalam satu entri khas. Tak cukup ruangan komen ni kalau nak citer pasal blackhat.

  18. Kotoh said:

    Hi Bro, Mengikut pemerhatian saya baru2 ni, ia disebabkan oleh Google SERP update. Organic traffic menurun pada bulan Sept kerana keywords yg berkaitan dgn blog/site kita muncul dalam keadaan yg tidak tentu hala dalam SERP’s pages (sekejap page 1,2,5,100 dsb & kekadang tu x ada langsung). Tapi ia kembali normal pada awal bulan Oct.

    Kalau ada buat analysis keywords, mesti ada diantaranya yg mendapat ranking tinggi dalam SERP dan ada yg sebaliknya. Pasal tu la organic traffic meningkat (itu pun kalau ada mendapat natural backlinks, kumpul backlinks dan teknik2 SEO yg sewaktu dgnnya). Tapi masih ada beberapa data centers Google yg masih dalam proses update sekarang. Mungkin hujung bulan ni baru selesai kut.

    Begitulah serba sedikit yg saya tahu. Nampaknya traffic Bro ni naik mencanak, income pun mencanak sekali la kan? :) Alhamdullilah…

  19. wanmus said:

    patut pun trafik jatuh..huhu..
    tapi macam dah makin ok skrg ni

  20. Nak maen black hat, memang cepat naik. Tapi cepatlah jatuh. Bersedialah berhadapan dengan risiko. Yosh….
    agaknya kes kena dengan google ini, untuk “insan yang terpilih” kot zad :D

  21. vrempire said:

    Walaweiiii…ini memang salah satu risiko bisnes dalam berblogging la. mende yg out of kita punya control. cabaran, cabaran..anyway, mana ade bende takde risk ye tak?