Alhamdulillah… selesai sudah Seminar Smart Blogging yang telah di anjurkan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semalam. Terima kasih kepada semua para peserta yang telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi terhadap apa yang di sampaikan.

Sampai sahaja rumah, terasa benar letihnya. Penat menganalisis ada… penat berdiri (sepanjang hari sambil bercakap) pun ada dan penat makan pun ada.

Yang peliknya, semua rasa penat itu tidak terasa walau sedikit pun waktu berseminar bersama-sama SMART BLOGGERS semalam. Mengapa?

Sebab semalam adalah antara hari yang happening dalam kehidupan aku sebagai seorang blogger. Bukan senang hendak berjumpa dengan bloggers-bloggers lain dalam satu tempat, betul tak? Pendek kata, memang seronoklah!

So sekarang aku ingin berkongsi corat-coret yang berlaku di dalam seminar semalam (banyak lagi gambar yang belum siap di edit dan di update, semuanya akan di update sekali lagi nanti)

Aku dan yang lain sampai ke bangunan CICT dalam pukul 7.45 pagi. Sampai sahaja, terperanjat sunguh bila lihat dah ada peserta yang sampai terlebih dahulu! Sebab selalunya kalau pendaftaran pukul 8.30 pagi, pukul 8.15 pagi baru peserta datang. Tapi rupa-rupanya brother Johari, Zainolzamir dan Puan Fynn dah menunggu… respek betul.

Tapi seperti yang telah dinyatakan.. kalau siapa yang sampai dulu, bermakna bolehlah kita berkenalan dan berborak lebih lama sket. Dan memang betul, kita dapat berborak sebelum menantikan dewan seminar disiapkan. Baru pertama kali jumpa, tapi macam dah lama kenal…. hahahah.

Kemudian, setelah pendaftaran dilakukan semua peserta pun mengambil tempat masing-masing. Tapi ada satu dugaan diberikan iaitu hanya 5 dari 30 komputer sahaja yang boleh surf internet, walhal hari Jumaat sebelum itu telah di periksa sepenuhnya.

Setelah diberitahu pada technician bertugas, semuanya settle dan yang dahsyatnya… technician tersebut adalah seorang wanita. Awek tuhhh…. tak percaya? Sekarang cuba lihat gambar di bawah:


Di belakang blogger Muaz itulah technician tersebut. Tapi apa yang membuatkan Muaz tersenyum tersipu-sipu ye? amboi…. cuit-cuit manja nampak…


Ya Allah… berkatilah majlis ilmu kami hari ini… Amin….

Genap pukul 9.00 pagi, acara di mulakan dengan ucapan alu-aluan oleh blogger WanMus selaku penganjur bersama seminar ini diikuti dengan bacaan doa oleh blogger Nuaeman. Kemudian sedikit intro mengenai objektif seminar dan sesi suai kenal pun berlangsung. Masa sesi suai kenal pun, dah nak pecah perut!!!

Hahahaha… bestlah kan bila semua blogger berkumpul? “We sing the same song!”

30 minit selepas itu, atur cara majlis di ubah untuk memberikan laluan kepada perut yang keroncong. Maklumlah, semua datang tanpa sempat bersarapan. Selepas itu, seminar bersambung seperti biasa. Di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat di edit sebentar tadi untuk tatapan semua:


Khusyuk mendengar… lagipun, perut pun dah kenyang… Yang berbaju biru itu adalah blogger Alif, peserta dari Kelantan… jauh tuhhhh… terima kasih kerana sudi datang. :)


Cakap…rohaizad… cakap… jangan berhenti! (alamak, maca mana boleh lupa ada hanger baju di belakang tu… kantoi laaa…


Puan Fynn dan bro Johari sedang observe dan mengupload semua info yang dikongsi. Sampai di rumah, akan di download kembali.


Penatnyer bercakap… nasib baik ada bekalan air. Tapi seronok sebab peserta semua sempoi-sempoi belaka. Memang blogging itu cool, enjoy dan relax.


Tengah harinya, sesi berbuka beramai-ramai pun berlangsung. Seperti yang di janjikan, nasi Ayam Penyek yang menjadi hidangan.


Memang tempat makan tidaklah sebesar ballroom hotel. Tapi ianya sucah cukup membuatkan aku dan para peserta selesa. Kecil manapun, tapi kami tetap seronok!


Nampak je macho muka tu tapi yang sebetulnya, sedang menahan kepedasan yang amat! Apa-apa pun kenalah maintain… cover…cover…


Team WanMus Technologies ni comel-comel belako. Tapi kerja diaorang memang TIP-TOP. So kalau ada mana-mana IM yang cari tempat di JB untuk seminar, hubungi sahaja mereka.


Sesi testimonial dan LIVE PROVEN dari mereka yang sudah merasa nikmat Smart Blogging. Cakap banyak tak guna, tembak tak kena… kalau berani, mari ke hadapan! Chewahhh…. itulah dia blogger WanMus kita!


Salah seorang blogger yang sempoi, itulah dia Blogger Shafik. Beliau kalau memberikan ucapan, mesti ada “bunga-bunga silat”. Gerak yang sedang di tunjukkannya itu di namakan sebagai Jurus ke-7 Belahan Bumi Halilintar Petir Sabung menyabung berperingkat Pagerank 5!

Jika ada yang berfikiran orang biasa tidak boleh mendapat income dari niche blog berbahasa Inggeris, kita silap. Hendak ditakdirkan Tuhan, petang semalam ada PAYMENT masuk dan beliau terus menunjukkannya di hadapan semua perserta. Takde sembunyi-sembunyi dah… :)

Tidak percaya? Tanyalah mereka yang hadir semalam. Yang penting, asas blogging kena diperkuatkan dahulu. :)


Kalau ada di antara kita yang sudah bergelar bapa, kisah blogger Nuaeman cukup memotivasikan. Semangat dan komitmen beliau cukup tinggi untuk anak-anak dan isterinya. Yang penting, rezeki tidak datang bergolek. Syabas!

Oh ya, blogger Nuaeman juga SEMPAT menunjukkan DEAL dan TRANSACTION dari advertiser secara LIVE semalam di hadapan para peserta. Tiada apa yang di sembunyikan :)


Akhir sekali, blogger Boy (RezaMohyin.com) kita menerangkan bagaimana seorang yang ZERO boleh menjadi HERO. Walaupun tiada asas langsung, tetapi jika kita PERCAYA pada apa yang kita lakukan, Insya Allah akan ada hasilnya. Siapa yang hadir semalam, memang tahu punyalah kisah Boy ini.

Sekarang, Boy sudah ada ## niche blog network. Cuba teka berapakah jumlah ## blognya itu? Pendek kata, kalau kita telah mendengar cerita dari keempat-empat blogger di atas, kita memang tiada alasan untuk TIDAK boleh berjaya.

Selesai sahaja seminar, sesi penyerahan sijil pun di lakukan. Untuk semua peserta, semua gambar sewaktu penyerahan sijil akan di upload di dalam forum private. Berikan sedikit saja masa untuk gambar itu di edit :)


Untung betul peserta seminar kali ini. Siap dapat sijil dari pihak UTM lagi. Takperlah, at least ada juga kenangan untuk dibawa pulang`kan?


Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan :)

Oh ya… di sini ada sedikit lagi gambar-gambar candid yang sempat di edit. Nak simpan rugi, so baiklah di kongsikan di sini… jangan marah haa…


Blogger Zamrin diduga sewaktu dalam perjalanan ke seminar. Beliau terpaksa berpatah balik untuk membawa anak kecilnya ke klinik kerana sakit. Tapi walau apa pun dugaan, beliau sempat memecut untuk ke seminar. Respek!

Saya adalah seorang AYAH MITHALI !!!


Inilah dialogue yang berlaku:
Scha: Ehhh…. aku punyalah cantik, takkanlah brader 3 orang ni tak perasan aku kot?
Brader hensem: Pedulik apa… kalau dah Nasi Ayam Penyek sudah berada di meja, mak mertua lalu pun dah tak nampak… apalagi ko Scha… Nasi Ayam Penyek dulu, baru yang lain…. !


Haaa… kalau posing, memang semua handal termasuklah Bro ReezLuv kita. Untuk pengetahuan semua, ini adalah aksi sewaktu beratur untuk mendapatkan hidangan Nasi Ayam Penyek.

Kelihatan Bro Zaki kanan sekali) sudah tension sebab Nasi Ayam Penyek sudah memanggil-manggil nama beliau. Sebelah kiri sekali ialah Bro Kamarudin… salah seorang peserta yang paling cooooool sekali dalam seminar. Cayalah!


Entah apalah yang di gelakkan oleh Bro Shafawi kita tu yea… mentang-mentang semuanya dah penuh perut, bukan main senyum lagi… ahahahah

Apa-apa pun………..


Inilah dia keluarga baru Smart Blogging !!!! Untuk ahli keluarga Smart Blogging sebelum ini, nantikan info terbaru mengenai gathering yang akan di anjurkan nanti.

Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Gambar penyerahan sijil akan di upload ke dalam forum tetapi untuk semua peserta seminar semalam, sebarang soalan hendaklah dihantar terus melalui EMAIL SEPERTI BIASA. Jika urgent, sms atau call terus pun boleh.

Oh ya… sila nantikan SATU LAGI EMAIL KHAS hari ini. Ada satu lagi perkara PENTING yang perlu diberitahu. Salam blogging !!! :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 124 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. aman said:

    wah. best2. gambar aku mana ijad? huhu.

    rohaizad Reply:

    Ada… tapi dalam next seminar kot… hehehehe :)

    aman Reply:

    hehe. next seminar, bg aku spesel price. nak blaja monetize blog bm aku tue. wahahaha.

    rohaizad Reply:

    Blog BM?
    Ermmm… seminar ini tak fokus pada blog berbehasa Melayu Aman.

  2. ejam said:

    terima kasih utk ilmu yg dikongsi.
    semalam dalam perjalanan balik pun masih lagi dok fikir macam2…nasib baik perjalanan ok…jangan amalkan yer kawan2..hehe

    tak sabar nak mulakan langkah pertama…sama-samalah kita bertindak…

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… aku sentiasa doakan kejayaan team Smart Blogging :D

    motokriss Reply:

    bro,
    Langkah pertama jangan ditanguh-tangguh.
    Buat Terus. Jangan jadi macam aku, balik coaching peram jer semua tak buat apa2.Lepas 7 bulan baru aku nak mula dan sekarang terkial-kial nak mula.
    Alhamdulillah dah start dapat rentak. Tapi belom pecah telur lagi. hehehe. belom rezeki ku lagi.

  3. hafiz said:

    sempoi hbis tuh..bro ijad..lpas ni ktne mane plak?insyaAllah nk join nie..moge tercpai hasrat nie..amin..

    rohaizad Reply:

    Wallahu`lam.. kalau ada, akan di beritahu :)

  4. Een Rockstar said:

    Mmg Happening….

    rohaizad Reply:

    Gila-gila semuanya !

    kabu Reply:

    mmg btul tu….

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… sebab semuanya blogger kental, itu yang boleh layan kepala masing-masing.

  5. wanmus said:

    Lambatlah ko update..orang dah update semalam..hahaha

    http://wanmus.com/sepanjang-seminar-smart-blogging-di-utm.html

    rohaizad Reply:

    Biasalah… hero kalah dulu … ahahahah

  6. Jmay said:

    Tahniah semua kerana telah mengikuti seminar smart blogging dengan jayanya.. makin bertambah la keluarga smart blogging dan yang penting makin ramai la kawan2 bru peserta seminar sblm nih akan dpt yer.. :)

    rohaizad Reply:

    Wahhh…. JMay sekarang dah berstatus “senior member” laaaa… ekekeke

  7. wanmus said:

    Lupa nak cakap..smartlah yang pakai tshirt biru ngan jaket kat atas tu..hehe

    rohaizad Reply:

    Cehhh…. sempat promosi diri sendiri tuhhhh…

  8. samdaddycool said:

    Wah..tahniah atas seminar yang berjaya dianjur dengan jayanya…

    p/s – melepas aku nasi ayam penyet.. :(

    rohaizad Reply:

    Power betul sambal Nasi Ayam Penyet tuhh….

    kabu Reply:

    ramai yg jejak kasih,

    …..sambil makan air mata leleh :D

    rohaizad Reply:

    Pedas yang amat!

    samdaddycool Reply:

    Aku ingat apa yang jejak kasih.. rupa-rupa keluar air mata sebab pedas.. tapi selitan tempe tu buat aku teruja kat nasi ayam penyet ni!

  9. baem said:

    wah,bestnya ada seminar mcm nie,tak nak buat seminar kat kuching ke bro….berminat sangatlah.

    rohaizad Reply:

    Boleh… tetapi kalau seorang dua sahaja yang berminat, rasanya tak terdaya nak ke sana. Al maklumlah… :)

    wanmus Reply:

    yup..kalau dapat kumpul ramai2, mesti bro ijad sanggup datang

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… ada rezeki sampailah kita.. betul tak WanMus?

  10. Shaffik said:

    Memang gempak laa…perserta yang hadir semua sporting..nampak semua bersemangat untuk memulakan langkah pertama..ada masa kita jumpa lagi yea.

    rohaizad Reply:

    Betul tuh… sokong!

  11. lizz said:

    huhhuhu. aku gak lah yg ketinggalan zaman. padahal, study tiap2 ari kat CICT tu.muahahaha

    rohaizad Reply:

    Hahahahah

    wanmus Reply:

    tulah..takde sorang pun student UTM join tau..sedih giler..

    rohaizad Reply:

    Huhuhuhu… kita tak laku kot WanMus… sedey larr

    wanmus Reply:

    student UTM tak berkenan kat kita lah ijad..huhu..nak wat cmner

    rohaizad Reply:

    Takde harapanlah kita…. sedey…sedey…

    denn Reply:

    huhu..trase2..bukan student xnk join da..tp ni da r tngah akhir sem..smggu dua g da hbs..al maklumlah student..akhir2 sem ni kering lar ckit..blog da jln da..cuma br jln..income brape lar sgt..kalu buat awal2 cam kt dewan senat aritu confirm join pnye..cuba buat bulan 1 ni..pasti ramai student join..hehe..

    wanmus Reply:

    hmmm harap nanti kalau betul jadi wat sekali lagi, harap ramailah budak UTM, UiTM dan UTHM yang datang..sebab diroang ni beli HandPhone 400-500 boleh je..huhu

    rohaizad Reply:

    Wahahaha.. haaaa tuh dia!
    Henpon selamba jer tukar setiap semester… ahahahah

    denn Reply:

    haha..itu yg bkn blogger..sy da bthn2 pkai hp yg sama ni..huhu..nokt keypad pun da xnampak..

  12. zaki said:

    wah dah keluar gambar aku. Gila glamour betul hahaha

    rohaizad Reply:

    Gambar wanted.. biasalah tuh… huhuhu

  13. nuaeman said:

    Selamat Maju jaya kepada keluarga baru seminar blogging.. semoga apa yang dah dipelajari mampu diterjemahkan serta membuahkan hasil..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah…

    kabu Reply:

    Terima kaseh…..InsyaAllah….

  14. [...] : Entri ini tercipta selepas aku diundang berkongsi pengalaman sewaktu seminar blogging saudara Rohaizad di UTM semalam. Bookmark Artikel [...]

  15. safwanhussin said:

    KL pulak pas ni. Hehe

    rohaizad Reply:

    Itupun kalau ada permintaan… sebab pernah kita buat 16hb ogos dulu, tapi tak laku rupanya seminar ini di KL…. huhuhuhu

    safwanhussin Reply:

    InsyaAllah laku. Hehe

    hafiz Reply:

    insyaAllah laku..dah de 2 org dah nie..aku ngn safwan..sape lagi nk join? :D

    wanmus Reply:

    hmm..bukan ape, kesian ijad aritu dah setting cantik nk wat kt KL tapi last minute ramai tarik diri sebab ada seminar yang “LEBIH MENARIK”..so harap tak terjadi lagi..kesian pengorbanan blogger kita

    rohaizad Reply:

    Huhuhuhuhu… :D

    hafiz Reply:

    oooo..camtuh citernyer..so aku rase lau bro ijad de plan wat kt kl lagi,ade baiknyer tmbah sedikit syaratnyer..contohnyer kene bayar dulu 30% yuran tuh..kalau cancel..kire hangusla duit tuh..ok x?huhuhu

    rohaizad Reply:

    Dulu memang nak buat, tapi takperlah… kang burn duit orang tu.. kesian pula.

    safwanhussin Reply:

    InsyaAllah next Seminar/Personal Coaching aku akan cuba jugak melapangkan diri untuk pergi walaupun tak dibuat di KL. Jangan Sabah/Sarawak sudah.

    Bila difikir-fikir balik, aku yang nakkan ilmu tu. Jadi kena la bersusah sikit pergi. Takkan nak suruh sifu pulak terhegeh-hegeh datang mengajar kan. Makin lama aku tunggu, makin ketinggalan la.

    hafiz Reply:

    btul tul safwan..aku setuju..akupun lau asyik nengok jer org lain..mane jdi..meleleh dah nie..tgk saje mane jadi..insyaAllah..

    rohaizad Reply:

    Kalau ada niat macam tu, baguslah sebab kita saja yang boleh merubah nasib, untung dan rugi diri sendiri :)

    hafiz Reply:

    btul tu bro..aku mmg dah pasang niat nk join the next seminar..jgn lupe ek inform aku..taksabar nak join famili smart blogger yg semuanye mmg smart2 blake..:D

    rohaizad Reply:

    Kalau berminat, sila hantarkan butir yang diperlukan di dalam kolum yang disediakan pada bahagian sidebar.

  16. Zulazis said:

    Tahniah & Syabas… moga2 para peserta Seminar Smart Bloging 2009 tersebut akan buat Seminar Bloging sendiri pada masa akan datang.

    rohaizad Reply:

    Bunyi macam geram jer nampaknya tuh…

  17. msarbin said:

    fuh..mmg layan seminar ini..ini seminar internet kedua pernah aku hadiri dan setakat ni yang paling sempoi. mmg fresh dari start sampai abis. memang syok jumpa hgpa semua. cumanya aku tak sempat nak tangkap gambar ramai2 semalam..huhu

    p/s: aku sampai rumah jam 3 pagi. mengantuk giler dah tu kul 9 pagi ada meeting pula.

    rohaizad Reply:

    Terima kasih Shafawi. Semoga dapat mengorak langkah yang seterusnya.

  18. Terika kasih kepada Rohaizad and the geng kerana telah berkongsi ilmu yang sangat berharga. Yang paling best, dapat tengok ‘GAJI’ dia secara ‘LIVE’ tuu…

    rohaizad Reply:

    Gaji?
    Shhhhh…jangan cakap kuat sangat.. nanti orang dengar :)

  19. safar said:

    Jurus silat tu memang gaya begitu ke.nasib baik tak lari semua peserta.mana entanya tiba-tiba nak bersilat.

    rohaizad Reply:

    Itu baru “bunga” jer,, kalau siap dengan buah pukul, kamera DSLR Nikon dia confirm keluar sekali…

  20. titan said:

    hoho..best la korang. :)

    rohaizad Reply:

    Bolehlah…. alaaa.. blogger ni rezeki dia tak macam IM yang lain… sedikit-sedikit pendapatannya tapi seronok. Yang penting, tidak menggunakan teknik blackhat :)

    titan Reply:

    haha..serius. Memang aku nak pegi ke seminar ko. Tapi aku tak tahu plak aku cuti hari isnin. Kalau aku tahu aku cuti isnin ni, memang aku gi ke johor ni aritu. Ni, ada benda aku nak tanya ko. Part buat syarikat ni. keliru sket aku dibuatnya.

    mazuki blog Reply:

    dah bersyarikat dah titan skrg…aku nak buat gak la…hahaha

  21. kay said:

    terima kasih yg teramat sgt pada Rohaizad n rakan2 yg telah bersusah payah menganjurkan seminar yg best&sempoi..sepanjang dalam bas balik KL,tak lena aku tido..macam2 benda aku duk fikir..InsyaAllah,1 demi 1 aku praktikkan..thanks tuk ilmu yg telah diberi..

    rohaizad Reply:

    Sama-sama Kay. Jangan serik bila lepak dengan kita orang lagi ye.

    khairol Reply:

    tak de nak serik2..lagi la aku suka..boleh korek ilmu lagi..

    rohaizad Reply:

    Kalau begitu, baguslah. Pasti boleh! :)

  22. Fatin Pauzi said:

    HAha. Seronok2. Sekarang dah kenal Shaffik dengan WanMus. Kekeke. Terserempak kat tengah jalan nanti aku tegur.

    rohaizad Reply:

    Jangan.. bahaya. Sebab diaorang tu gatal sket… hahahaha

    wanmus Reply:

    aii bro, jual minyak sekali sekala tak leh dikira gatal lagi..hehe

    reezluv Reply:

    bebaik..wanmus ni ensem..:P

    Shaffik Reply:

    Alamak tak perasan laa die mention nama aku…tegur jgn tak tegur..hehehehe…..

    wanmus Reply:

    tegur ape shaffik? hehe

  23. Kobot said:

    Tak ada rancangan ke nak buat seminar kat Sabah?

    rohaizad Reply:

    Ada… tapi kalau yang berminat tu seorang je… susah gak tu.

  24. sara said:

    ku tgk y ikut sminar ni smua llaki jek..wanita xde ke wat bloging ni..huhu

    mazuki blog Reply:

    bukan ada ke perempuan sorang tuh…kak fyn tuh

  25. [...] Cerita pada hari seminar boleh baca disini.. [...]

  26. AmirMohamad said:

    well..ijad..thanks ye(walaupun agak sedih gambar aku takdek dlm post nih..hehehe)..mlm tu aku terpaksa lah bermalam kt Hotel yg jd PORT(terdengar laks suara2 sumbang..wakakaka)..kerana semua hotel dah FULL

    Just nak ‘UP’kan lagi suasana selepas seminar smart blogging kelolaan Bro Ijad (kang dia ckp kita sombong lak..hehe, first honest dealing jual link kt MAT SALLEH hari ni seperti yang ijad ajarkan..akan sedikit sebanyak akan cerita dekat blog aku nanti(tp jgn masuk skanglah..fivio hosting punya servis tu agak bermasalah selalu)..tak lah banyak cuma eloklah dikongsikan sama-sama kan..Blog Niche PR 3 lah katakan ye..hehe..

    Well ijad, ada banyak lagi nak tanya ijad sebenarnya..xmo kacau waktu seminar semalam..lagi bagus di YM atau di forum rasanya (ha..jeng3x)

    Apa pun semalam..you all just rock guys!!bravo2!

    Add saya di facebook.com/amirmohamad

    rohaizad Reply:

    Pujian ini juga ingin aku sampaikan kepada blogger Nuaeman, Shaffik, Boy dan juga team WanMus Technologies. Tiada mereka, tiadalah layan dan environment seperti semalam.

    Untuk pihak UTM Skudai, terima kasih daun keladi… :)

    p/s: Kalau ada masalah, roger terus. Tak kiralah email ke, sms ke… janji sampai. :D

  27. reezluv said:

    fuh, aku baru sampai dari JB sat tadi..haha..tak sangka betul la..cepat sesangat la plak update nya..aku esok baru upload semua gambar.haha.

    apa pun aku nak mintak maap dulu la kot ada sesape yang tak sempat aku salam pada hari nak balik tu..aku rasa aku tak sempat salam Boy masa nak balik aritu, awek aku plak masa tu nak cepat..so memang agak kelam kabut..lau tak aku nak tangkap gambar ngan semua orang..tapi apa nak buat.time memang mencemburui..chewah..

    apa pun aku rasa memang masa tak cukup elok buat 3 hari 2 malam.baru best..hehe,but thanks for the ilmu yang diberikan tu..memang susah nak dapat kat memane..lepas ni jadi blogger tegar ar nampaknya…hehe

    rohaizad Reply:

    Tak cukup 1 hari?
    Wahhh… kalau 3 hari 2 malam, seram juga nak membayarnya. Tapi apa pun, syukur Alhamdulillah kerana peserta dapat apa yang mereka mahu.

    Bagi blogger yang seperti aku, terus terang aku katakan kata-kata sebegini semakin mebuatkan aku terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi rakan blogger sekalian :)

    Mari kita teroka dunia blog advertising habis-habisan!

  28. dr.aku.la said:

    welcome to the club!
    semakin meriah la “keluarga” smart blogging skrg

    rohaizad Reply:

    Yup… makin ramai abang angkat, adik angkat dan macam-macam lagi selepas ini :)

    dr.aku.la Reply:

    ewah… ewah…
    nk berangkat2 pulak da.
    hehehe

  29. wanmus said:

    Alhamdulillah ramai balik dengan muka senyum dan gembira..sebab ilmu dah penuh n tggu masa je nak boost balik ilmu tu kat blog masing2..hehe..semoga semua dapat amalkan dan praktikkan ilmu tu sebaik mungkin dan jangan dipendam je..rugi bayar mahal2..

    rohaizad Reply:

    Haaa…best betul ayat ni:

    So apa lagi?
    Jangan tunggu lama-lama… nanti berkarat pula minda.

    Shaffik Reply:

    1st target…dapatkan modal pergi seminar, hosting and domain tu dulu…

    rohaizad Reply:

    That’s right!

  30. Aqif said:

    Salam sejahtera bro ijad..

    Haish..terasa sedih sekali hati ini x dapat pergi ke seminar blogging. Tapi ini bukan penghalang untuk menuntut ilmu.

    Saya sedang merancang untuk turun ke jb dalam bulan ini untuk memperkuatkan asas blogging. Saya akan hubungi bro ijad kelak.

    Apa-apapun. Goodluck pada semua peserta. :)

    rohaizad Reply:

    No problem. Aqif pun dah ada masa yang sesuai nanti.

    Aqif Reply:

    thanks bro ijad. nampaknya mungkin kita akan personal coaching je kot. itupun kalau diizinkan. Insyaallah.

    Saya ucapkan terima kasih kepada abg ijad sebab bagi peluang.

    Saya akan hubungi selepas saya sembuh sepenuhnya. :)

    rohaizad Reply:

    No problem :)

  31. Mantra said:

    Best seminar smartBlogging. Terbuka minda, terbuka jalan. InsyaAllah ilmu itu tidak akan dipersiakan. Thanks kepada bro ijad dan pihak penganjur.

    P.S Bro ijad sape paling muda kat seminar tu?

    rohaizad Reply:

    Terima kasih kerana dapat memahami dengan baik konsep blog advertising, SEO, keyword, Gogle Index dan sebagainya. Ada soalan, jangan malu bertanya secara private yea.

    Berkenaan dengan siapa yang muda, itu satu soalan bagus. Akan di periksa sekali lagi… agak-agaknya siapa yea? jeng…jeng…jeng…

    Shaffik Reply:

    Aku laa yang paling muda…

    rohaizad Reply:

    Perasanlah tuhhh

    dr.aku.la Reply:

    ceh..!!

  32. sorry la ejad takleh datang…tak dapat nak bg surprise kat boy…hehe…banyak benda nak kena setel la weekend ari tuh…

    rohaizad Reply:

    N problem Yam. Nanti kita akan jumpa lagi dalam waktu yang terdekat. :)

  33. Muaz Hadi said:

    huish aku pun tak perasan ada awek blakang aku masa tuh. sapa la suka candid ni! haha. btw tQ ijad n da team utk seminar yg best. step 1-3 yg flowchart tuh dah settle! mungkin seminggu lagik leh start running sampai ‘tempoh bertenang’. huh jauh lagi perjalanan, tapi yang penting jalan dah nampak, tgu nak mula je.

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… pastikan perancangan diikuti dengan baik. Baru best !! :)

    Shaffik Reply:

    Muaz..tak per..kalau segalanya berjalan lancar..ko akan merasa manisnya nanti..insyallah…

  34. [...] Hujung minggu lepas aku sempat menyertai Seminar Smart Blogging 2009 bersama Rohaizad di UTM JB. Sekali lagi aku diberikan kesempatan untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih Ijat.  Lebih kurang 25 orang peserta yang hadir. Ada yang dari JB, KL, Perlis, Pahang, Perak dan mereta Malaysia.  Nampaknya Seminar Smart Blogging semakin mendapat sambutan di kalangan pengiat Usahawan Internet. Laporan Penuh.. [...]

  35. reezluv said:

    akhirnya berjaya gak aku review..haha..

    http://reezluv.com/review-seminar-smarblogging

    rohaizad Reply:

    Wahhh.. thanks Reezluv!
    Nanti aku usha jap :)

  36. kabu said:

    Aarrghh baru sempat nak baca post nih…

    Ijad n team, tq utk ilmu yang menggunung

    dan juga lubuk emas yg korang tunjukkan

    Bak kata pepatah Cina:

    Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.

    Itulah yg korang dah buat pada seminar ari tu….

    Tahniah & trima kaseh Bros.

    rohaizad Reply:

    Sama-sama bang.
    Diharapkan dapat menjana income dari blog-blog baru yang bakal di bina dengan segera :)

    kabu Reply:

    InsyaAllah step 1-3 dah sedang rancak ni….:)

    rohaizad Reply:

    Keep it up !!!

  37. aktechpage.com said:

    Tahniah & Syabas….

    Bestnya tgk…insya allah…kalo buat kt KL….confirm sertai seminar smart blogging ni…

    Cuma skrg ni masa sgt terhad kerana komitmen kpd kerjaya…Amanah kerja perlu di dahulukan, blogging tetap my 2nd job…heheheh

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.

  38. Logam said:

    Seksa btl xde line tenet nie. Ilmu dah abis aku korek tp x dpt lg nak tnjkkan, tensionnyer. A’way, seminar nie beshnyer mmg tahap gaban ler. X rugi aku merantau dr utara. Saper sangka PR0 pun bole buat duit. Semuanyer didedahkan kat seminar nie, xde yg disorok lgsg. Respect giler aku…

    rohaizad Reply:

    Sebab itu dalam seminar tu ada diutarakan peribahasa:

    “Tepuk dada… tanya _________ ”

    * Sila isikan tempat kosong di atas… wahahahah

  39. [...] Smart Blogging. Untuk mereka yang tidak dapat hadir Seminar Smart Blogging di UTM Skudai pada 18hb Oktober yang lepas, kamu bolehlah [...]

  40. [...] akan bercerita tentang apa yang berlaku pada hari seminar tersebut sebab korang boleh baca di blog Rohaizad, Wanmus atau peserta-peserta seminar yang lain. Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah, Apa [...]