Ingin beriklan? Sila klik di sini


Pelabur risau, internet di Malaysia lembab – adoiii… malunya!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: October 20, 2009 online

siput

Adehhh… akhirnya segala yang tersirat sudahpun tersurat. Malunya Malaysia kerana akibat dari kelajuan internet kita yang TIDAK memuaskan (memang betul, aku sendiri ada pengalaman yang pahit), kita kehilangan pelabur yang berpotensi besar.

Apabila ini berlaku, peluang pekerjaan juga tidak dapat diberikan pada rakyat Malaysia. Terus terang, aku sendiri mengutuk merasai tekanan dan stress yang teramat sangat bila BAYAR untuk perkara yang tidak setimpal.

Dari Streamyx (dah cancel bermasalah) sampailah sekarang (Celcom Broadband) semuanya sama. Ingatkan bila tukar pada Celcom Broadband, ada perubahan. Sama jer… hampeh.

marah

Lambat bayar, dia punya mengamuk, bagai nak rak. Sket-sket nak block, sket-sket kena block. Bila di tanya pada customer servis .. biasalah.. ayat yang stereotype zaman tok kaduk/Letfenan Adnan itu jugalah yang diberikan pada kita.

Bukan memburukkan produk negara sendiri, tetapi bukan ker bagus bila tindakan awal di ambil HASIL dari aduan rakyat sendiri daripada di tegur oleh orang luar? Malu weyyy… saling tak tumpah macam cerita dalam kain.. orang luar yang “tegur”.

Nak buat perubahan?
Tak payahlah nak pergi ke Australia untuk belajar sistem internet diaorang.. aku sarankan pergi ke negara jiran kita tu haa…. Singapore!!!! Berdezut internet kat sana, laju gilerrrr!!!! Bayar pun berbaloi!!!

* Tidak kiralah negara apa pun, kalau benda yang baik… kita ikut jelah.. apa salahnya? Betul tak?

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

bengang

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.” [via]

Tengok tu, malukan?
Negara kita sedikit lagi hendak di samakan tarafnya dengan negara Vietnam!!!!! Ya ampun….

Kalau macam ni, sampai tua berkerepotlah kita akan berada di dalam dunia internet yang SLOW.. dan lebih banyak lagi pelabur akan cabut lari.. apa nak jadi?

Haaa… komen… komen.
Kongsilah sket apa yang terbuku dalam hati tuh…. bila lagi nak luahkan?!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 152 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. aizat kamal said:

    btol tu…
    terpaksa gak cakap internet kat Malaysia memang slow…
    kadang2 x bergerak langsooong…
    haih…

    rohaizad Reply:

    Itulah pasal.. kalau rakyat salam negara sendiri cakap, kira okay lagi. Ini orang luar daaaa….

    aizat kamal Reply:

    ni la masalah government linked company…
    diorang xkesah sgt bab2 speed ni…
    asalkan ada customer sudah…
    lg pon x bnyk company kat Malaysia provide internet…
    cuba kalo bnyk company wat, masa tu baru la terhegeh2 nak upgrade sana upgrade sini…

    rohaizad Reply:

    Sebab sekarang ini lebih bersifat monopoly. Nanti bila betul betul semuanya bersifat oligopoli, pada masa tu lah semua akan memberikan yang terbaik.

    motokriss Reply:

    Betul Jad. Tiada persaingan yang sihat langsung.
    Sebab kelebihan monopoli pengguna dibuli.
    Bila kita komplen diaorang naik angin,
    Bila lambat bayar, segala ugutan keluar,
    Sebagai pengguna, hak kita nak letak mana?
    Tiada ruang untuk berjuang.
    Yang penting perut provider penuh berisi,
    Pengguna yang asik makan hati.

    p/s: ada tak yang dah guna P1 Wimax..bagi komen sikit.

    rohaizad Reply:

    Ada… pergi tengok komen dari Nuaeman kat bawah…

  2. miziology said:

    aku setuju!!!

    aku pakai celcom broadband 3.6mbps tapi servis mcm pakai 0.1kbps
    lembab gile.
    bayar mahal tp servis mcm hampeh

    xtau la bile akn berakhir masalah ni. bg komplen pun xguna

    rohaizad Reply:

    Mizi,
    Aku suka betul dengan ayat terakhir tu:
    ” bg komplen pun xguna”

    Kalau dia ambil tindakan, taklah jadi macam nih. Betul tak?

    miziology Reply:

    ya betul..
    aku ade gak komplen haritu sebab byk web aku xleh masuk termasuklah web bro n seminarblogging. connection cantik superb tapi web xleh masuk. wat komplen sama jer siap suruh aku listkan web xleh masuk die nk check WTH!

    sorry bro ter”emosi” lak haha

    rohaizad Reply:

    Ramai giler yang komplen, bukan kita jer… tapi macam gitu gak.

  3. Izo said:

    Tak cuba internet provider lain ke slain streamyx? :D

    rohaizad Reply:

    Dah cuba. Itu yang amik Celcom Broadband, tapi still tak stabil. Member lagi sorang pulak amik Celcom, terus DOWN. Skang dia pakai P1. Lagi sorang plak pakai Digi. Dan sorang lagi pakai Maxis. Yang pasti, semuanya tu tak cover certain area. Tension .. tension.

    shahrul Reply:

    Kalau pakai salah satu internet provider, mesti tension punya.
    Kalau mampu, kene pakai semua skali la jawapnya. Kalau celcom buat hal, pasang maxis plak. Kalau dua2 buat hal, cari yg ketiga.

    rohaizad Reply:

    Kat Singapore, mak aii…. indah betul kelajuan internet di sana. Takleh nak cakap.

    aizat kamal Reply:

    x penah rasa lg la speed kat s’pore…
    tp still rasa slow streamyx ni…
    kalo penah rasa speed kt s’pore, lg bebal la…
    hohohoho…

    Logam Reply:

    S’pore tu negara maju mmg ssh nak lwn, aper kater kalau kiter compare dgn Phil ataupun Indon. Kalau saper2 yg prnh pi 2 negara tu sure rasa mcm nak bom jer TM.

  4. alan tan said:

    Selagi ada Monopoly, semakin “Bagus” speed Internet

    rohaizad Reply:

    Setuju!!!
    Kalau esok lusa ada StreaMax atau CelKom yang menggunakan CABLE OPTIC, memang aku orang pertama yang akan menukar talian yang ada sekarang.

    wanmus Reply:

    Memang akan ada.HSBB atau High SPeed Broadband daari TM akan masuk JB lepas diorang pasang kat KL tu. tapi harga tak tahulah berapa.

    rohaizad Reply:

    Boleh percaya ke kelajuan dia nanti? huhuhuhu

    wanmus Reply:

    tu tak pasti tapi member TM cakap laju sebab setiap rumah direct dari kabel diorang, bukan dari splitter lagi..ntahlah betul ke x..

  5. dr.aku.la said:

    bagus jugak diorang komen macam tu.
    aku setuju sangat2.
    biar terbukak sikit mata.
    MSC status konon. internet lembab.
    ps.: ape cerite MSC skrg. sumer dok sibok 1Malaysia jek.

    rohaizad Reply:

    Susah untuk “dimengertikan”

    aizat kamal Reply:

    front end ja hebat…
    back end mengarot…

  6. [...] aku mem"blog-hopping" pagi2 ni. Tertarik aku kat satu artikel rohaizad.com pasal internet lembab kat malaysiakini.com. Al-maklum la. Sudah berulang-ulang kali disuarakan [...]

  7. Sabar pak…sabar. Janji ada connection. Kalau takde langsung,lagi haru dibuat nya. Mau si ijad jadi saleman semula ni.heheheh.

    rohaizad Reply:

    Huhuhuhu… sekarang ni pun salesman pak. Tapi salesman di internet.

  8. ejam said:

    komen pelabur luar kena diserahkan dalam surat hitam putih ke kementerian yg bertanggungjawab agar tindakan lebih cepat tapi macam kerja sia-sia jer sebab benda nie sudah terang lagi bersuluh, takkan nak pakai spotlight stadium suluh ke muka diorg baru nak ambil tindakan.

    diharapkan PESAING segera bertindak bijak dgn memantapkan servis dan kawasan liputan. biar diorg yg selama nie bangga dengan tahap kelembapan perkhidmatan dan servis diorg tu sedar bila income mula merosot.

    cepat bertindak wahai PESAING TMNut dan Celcom Berukben.
    Anda Mampu Mengubahnya.

    rohaizad Reply:

    Wahahahah… tersengih aku baca komen ko ni Ejam. Tapi memang 100% betul, aku setuju dengan apa yang ko suarakan.

    wanmus Reply:

    pesaing pun takleh nak hidup sebab memang kena guna line dari TM jugak..lagi2 line ke oversea tu..semua bergantung dengan line TM. Kalaulah ada nanti syarikat boleh tarik line sendiri, perghhh tu baru betul boleh menggugat kedudukan TM. Masa tu mungkin TM baru nak tukar kabel diorang..aduss sengal betul

  9. nuaeman said:

    Aku sebagai orang yang dah menggunakan hampir kesemua servis internet di Malaysia dari dial up ke streamyx kemudian terus ke wireless2 broadband seperti Celcom Berukband, Max Cis..! dan terbaru P1 Why mek…?? semuanya hampeh..

    Mula-mula jee cam bagus tetapi lepas beberapa minggu mmg bagi orang sakit jiwa jee…

    Aduhai…

    rohaizad Reply:

    Haaa… kan?
    Aku dah cakap, ini satu perkara yang memang mendukacitakan.

    nuaeman Reply:

    kekadang aku rasa zaman-zaman dial up dulu lebih baik dr sekarang.. yang kononnya dah upgrade.. tapi hampas! eii geramnye aku bila cakap pasal talian internet di mesia ni.. adeh deh deh.. sakit dah jantung aku ni..

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… bukan jantung jer, buku lali pun boleh demam kalau internet slow nih.

    motokriss Reply:

    Ha Ha…nasib baik aku “tak potong” Lagi.
    Iklan kat tv bukan main lagi…
    tap hakikatknya…..hampeh juga yer..

  10. wanmus said:

    haaaa..ni semalam baru terjadi..geram giler…nak bukak blog sendiri pun slow tau..apatah lagi nak bukak blog lain. Yang sedihnya, nak bukak laman web streamyx sendiri x boleh..lahabau betul snailmyx ni..bayar dekat RM100 sebulan tapi perkhidmatan macam bayar RM20 je sebulan. TOLONGLAH upgrade wahai TM yang selalu duk rilex sebab banyak dapat projek2 kerajaan tu. Taulah dapat bantuan kerajaan tapi servis tu biarlah tip top jugak.

    serius geram..Bukan pelabur oversea je, businessman online Malaysia pun geram. Yerlah, kekadang nak upload files pun makan masa..kekadang tu berbelas kali try baru dapat. servis terbaik ke macam tu?

    Yang paling best, ayat kat bawah tu. Kita bandingkan negara kita dengan negara jiran yang mundur tu. Kalau banding dengan yang mundur, memanglah kita sentiasa ke depan..Tapi kenapa tak bandingkan dengan negara jiran Singapore dan Australia, hmmm malu nak ngaku kesalahan..adusss..sedihnya

    rohaizad Reply:

    Sabar bang… nanti tak pasal-pasal darah tinggi naik…

    p/s: tapi aku pun GERAM gakkkk!!!!

    wanmus Reply:

    serius geramm..semalam banyak benda nak buat tapi sebab slow giler snailmyx ni, hilang terus mood.

    rohaizad Reply:

    Gini, ada satu petua nak hilangkan rasa geram tu. Start enjin motor, then terus pergi ke kedai Nasi Ayam Penyet, lepas tu bedal.. Insya Allah, rasa tension tu akan hilang. :D

    wanmus Reply:

    tu bukan lepas tension, tu tambahkan lagi berat badan..haha

    siti Reply:

    haha, waaaa lawak ko wanmus, kelako jgk ko ni ye,

    Logam Reply:

    Hahahhahahah… kebenarannyer kalau nak compare dgn negara jiran kiter yg mundur pun internet M’sia lg mundur. Bukan omongan tp saper2 yg prnh pi Phil dgn Indon tau ler betapa mundurnyer negara kiter nie.

  11. Zoelhilmi said:

    Salam…
    setuju sangat.mmg lembap..

    http://zoelhilmi.blogspot.com
    http://simplyzoel.blogspot.com

    rohaizad Reply:

    Setakat ini belum ada lagi yang mengatakan internet connection di rumah masing-masing LAJU dan MEMUASKAN!

    capth Reply:

    Internet lembab…..memang dah lama pun lembab !!!dan dah tak larat nak komplen…Biarkan pelabur lak fire kat dia orang ni.. Tunggu dan lihat lepas ni..

    rohaizad Reply:

    Setuju sangat!
    Sebab dah tiba masanya “orang luar” bersuara.

    ejam Reply:

    harap bukan pelabur jer, kalau bleh menteri2 luar negara yg bertanggungjawab dlm melepaskan pelabur mereka keluar ke negara kita nie.
    lagi best kalau masuk berita Al Jazirah ker, BBC ker, CNN ker…biar diorg tau, benda2 nie kena bg pemimpin malu baru ler best tgk diorg kena bambu…tak sabar rasanya…

    rohaizad Reply:

    kalau itu dapat membantu manaikkan nama negara, maka tak menjadi masalah. Tapi sket punya hal pun diaorang takleh cover. Malu laahh

  12. Kujie said:

    kalau kita ckp, dia wat dono je…mcm masuk telinga kiri keluar telinga kanan…

    skrg ni tak pasti apa tindakan yang pihak berwajib tu nak buat

    rohaizad Reply:

    Rasanya dia buat derkk jer tak Kak Jie?

  13. shahrul said:

    Wimax kat Shah Alam pun hampeh. Aku ambil masa sejam utk setting wimax modem tu. Sekejap ON/OFF, restart, ubah modem sana sini. Call customer service pun, dia org suruh buat tu semua gak. Padahal aku dh buat byk kali. Buang masa la sebelum nk guna internet ni.

    rohaizad Reply:

    Perghh…. itu lagi tension :(

  14. Shaffik said:

    Inilah realitinya Kelajuan Internet Di Malaysia. Kita bersungguh-sungguh belajar mencari rezeki di Internet yang merasakan bahangnya. Tapi nak buat macam mana? Kita tiada pilihan lain..Semuanya sama.

    rohaizad Reply:

    Aku ada bertanya dalam hati, adakah mereka mengalami masalah kewangan? Tapi tentulah tidak.

    Sebab apa?
    Sebab diaorang boleh membayar DUTA iaitu artis punyalah mahal!!! Ada baiknya diaorang upgrade kelajuan. At least, pelanggan berpuas hati.

    Tak gitu?

    UstazCahaya Reply:

    Komen ini yang paling saya suka. Budaya negara kita tidak pandai memilih keutamaan. Korang cite pasal TM/ Celcom. Bayar duta wat program berbaloi2 etc.. BSN pun sama. Lagi satu, erm.. Baitulmal. Wat kompleks Islam berjuta2 kat Kuching. Tapi di tepi2 kompleks tu masih ada lagi fakir miskin eh. Bagi sumbangan orang dhaif RM60 sebulan siap masuk paper lagi. Astaghfilrullah…

  15. Mantra said:

    Itu di Malaysia, kalau di zoom-in lagi, internet di tempat belajar ni. Haih, teruk2. Nak tunggu load email satu hal punya lama. Tapi apa nak buat, kang kutuk lebih2 tak pasal-pasal kene buang pulak. Nasib badan…

    rohaizad Reply:

    Teringat dialog dalam cerita Nujum Pak Belalang…
    “Hai lah Badan… hai lah Nyawa” sewaktu di dalam gua..

  16. yea dah 7 tahun lebih dah streamyx… masih tak dak perubahan.

    rohaizad Reply:

    Tuh dia…. 7 tahun!!!!!

  17. msarbin said:

    menteri mana boleh jawab. mana broadband penetration yang dijanjikan.

    rohaizad Reply:

    Ye tak ya jugag… alamak, banyak lagi yang sepatutnya kita boleh dapat. Phewww…

    aizat kamal Reply:

    tu nak raih sokongan ja…
    dah dapat sokongan, diorang wat2 lupa…
    standard la tu…
    kang kalo masok bab politik mcm lari jauh lak…
    tp memang ada kaitan pon…
    kalo x, masakan connection speed masih begitu jua…

    rohaizad Reply:

    Logik !!!! logik!!!

  18. Zulazis said:

    Kepenggunaan Internet di Malaysia masih rendah tu pasal tak berbaloi nak up-grade kelajuan Internet walaupun mereka mampu berbelanja berbillion RM untuk mengatasi masalah yang boleh di katakan bukan masalah.

    dr.aku.la Reply:

    ko ade point jugak kat situ…

    rohaizad Reply:

    Tapi ini bukan urusan kepenggunaan internet, ini soal DAH BAYAR tapi tidak SETIMPAL. Kalau di ukur dari aspek kepenggunaan, aku SYORKAN sebulan kita hanya bayar RM10.00…. boleh?

    MoYus Reply:

    ye..bukan soal kepengunaan..ini soal hak pengguna..habis tu ade orang tunggu internet dah laju baru nak langgan, ISP pulak tunggu orang ramai langgan baru nak bagi laju..memang sampai bila-bila la Malaysia tak maju..

    fuh pueh hati..

    rohaizad Reply:

    Yup betul tu. Sokong!

    wanmus Reply:

    sokong sangat2..

  19. [...] lain yang berkaintan : Pelabur risau, internet di Malaysia lembab – adoiii… malunya! Tiba-tiba teringat lagu IT dan MSC. Saya dok recall balik lirik lagu IT yang selalu berkumandang [...]

  20. taukey said:

    hahahaha…alasan biasa dia bagi. Ramai sangat orang tengok video tak senonoh la, torrent la. Bosan aku. Sedangkan aku rasa ramai juga yang buat perkara yang baik. kenapa yang jahat perlu dipaparkan. Paparkan lah kebaikan…..dari situ baru nampak potensi internet bukan sahaja utk individu tapi untuk NEGARA.

    Celcom Broadband? hahahaha.. macam beruk ada lah speed. Kalau dah kena limit….tutup jer komputer. Tak yah guna internet. kalau kat luar negara, meskipun ada limit, tapi speed internet masa kena limit adalah jauh lebih tinggi dari berukband sebelum kena limit. muahahahaha……

    aku nak komen lah kat blog PM di 1malaysia dot com tu nanti. minta internet laju sikit. hahahaha.

    rohaizad Reply:

    Rasanya kalau apa alasan sekalipun yang di beri seperti yang ko sebutkan tu tadi, memang tak masuk akal langsung. Sebab kita bayar, dan dia tak boleh samakan kita dengan pengguna internet yang lain.

    Contohnya:
    Jalan raya untuk kita gunakan, tapi kalau pasal mat rempit punya cerita…maka semua orang takleh guna jalan raya. Susah gak tu.

    MoYus Reply:

    betul2..setuju sangat..siap bagi contoh tu..hehe..

    taukey Reply:

    itu yang aku maksudkan bro. Kalau tak silap pernah terbaca dalam suratkhabar mana entah. Alasan internet slow sebab perkara yang aku sebutkan tadi tu. hahaha.

    tapi kita bayar gak kan. takkan kita gak yang sengsara. ho ho ho.

    rohaizad Reply:

    Taukey, memang betul Aku setuju 200% pada apa yang ko komen. :D

  21. awe 9 said:

    TM memang macam tu.. dia lebihkan kepada yg invest byk kat dia, contohnya.. cyberjaya,, speed internet boleh tahan gak laju. sebab? byk company besar2 dan pelabur2 besar dekat area cyberjaya..

    lagi satu tempat.. Melaka.. TM ada satu menara dekat MITC ayer keroh, dan diorang nak jadikan Area MITC ni macam Cyberjaya. setakat ni yg diketahui, kawasan berhampiran dengan MITC ni akan dapat speed internet berkelajuan 10mbps dalam masa terdekat, sebab apa? Syarikat solar terbesar dunia, SUN power akan siap pembinaan x lama lagi, dan antara projek investment terbesar dari luar negara yg ada kat melaka ni.. tu sebab kerajaan negeri jaga betul2 diorang ni.. dari segi infrastructure dan lain2. diskriminasi.. rakyat sendiri terbiar, kera di hutan disusukan..

    rohaizad Reply:

    Haaa… tu dia!
    Satu perumpamaan yang paling tepat!

    awe 9 Reply:

    selagi ada monopoli, selagi tu internet malaysia macam siput sedut.. ngeh3..

  22. nuaeman said:

    Hari ni terima bill statement dari P1 W1Max aduh.. lagilah.. sakit hati dibuatnya.. kata server down nak rebatelaa.. apalaa.. tgk bil makin mencanak adalah.. tak agak-agak nak sembelih aku.. eiiii….

    rohaizad Reply:

    Berapa amount dia tuh?

    Shaffik Reply:

    alamak..baru puji P1 Wimax hari tu…nuaeman..buat review sikit…

  23. reezluv said:

    pasal ni tak heran sangat pun..memula start ada streamyx tu aku dah tau dah..memang speed internet Malaysia lembab doh..kalau kat sini 1Mbps pun dah kira bangga…

    ha..kan?hehe

    rohaizad Reply:

    Adehhh.. semuanya mengalami pengalaman yang sama.. huhuhuhu… sakit jiwa macam ni wehh

  24. Helmi Asyraf said:

    Aku setuju. Memang internet Malaysia lembap gile. Boleh kene culture shock kalau org dr overseas dtg blk Malaysia.

    Klu kat tpt aku – cube bygkan utk 75 ringgit internet speed die 72 mbps. Macam nak rak download movie ngan tv series (n_n). Plg mantap, ade plan nk naikkkn maximum speed smpai 120mbps.

    Bab ni ade gak naek time aku ngan kwn2 aku borak politik.

    Yg plg obvious cost die cnfirm melambung klu nk internet nk laju. Klu tpt aku gune euro – so utk dpt internet 72mbps kat mys, kene roughly bayar RM 375. So, ade ke org sanggup bayar?

    Satu lagi, utk gov nye point of view, dgn perlahan nye internet, infrastructure cost akan rendah dan kurang sket bende bukan2 kat internet lagi klu bab2 politik.

    Ape yg ko rase?

    rohaizad Reply:

    Haaaa… mari.. sila…sila.. kita ajak rakan blogger kita untuk menjawabnya.

    Ada sesiapa yang ingin share dia punya pendapat?
    Dipersilakan :)

  25. sweetlulu said:

    bet0l3! line tenet kat malaysia memang lembap.. kaka aku pakai maxis hampeh gak.. ari tu k0n0n2 nye w1max nak upgrade service.. siap anta email lagi..tapi xde beza p0n..hmmm
    p/s : tumpang tanye en naueman, bil w1max tak fix ke tiap bulan? saye baru sebulan pakai..

    rohaizad Reply:

    Harap bro Nuaeman dapat jawab salan Lulu nanti ya :)

    sweetlulu Reply:

    nampaknye belum ada jawapan..en naueman bz k0t?

  26. hirman said:

    Sebenarnya diaorang memahami kehendak pengguna.
    kira sekarang nie bg sebahagian area dapat merasa internet..
    tue yang internet slow giler.
    nanti bertambah “memahami” bila projek satu malaysia ada internet.
    mesti lagi giler-giler slow.

    rohaizad Reply:

    Fuhh… tuh dia… sound direct nampak. Tapi memang ya tak ya jugak.. ada point kat situ.

  27. mazuki blog said:

    eh aku punye interne laju je……… speed dia laju sket dari siput b***

    rohaizad Reply:

    Wahahahah… “makan dalam” ayatnya tuh..

  28. kadir said:

    dari atas sampai bawah aku baca komen semuanya negative. Realitinya aku pengguna stmyx juga…tapi ok je…siap boleh tgk youtube lagi…Celcom berukband pun aku pakai juga….rumah aku ok…balik kg ok…tapi rumah aku yg satu lagi tak ok. Complaint & follow up…skrg dah ok. Skrg ni banyak piliha bro.ada guna teknology cable,3g & wimax..survey2 ler dulu…jgn main terjah je… tak da pun tunggu ler HSBB…fiber to home lagi…samada kita mampu atau tak je bayar bln nya!

    http://abkadir.com

    rohaizad Reply:

    En Kadir,

    “Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang”

    * Bukan semua orang “bernasib baik” seperti En Kadir yang mendapat kelajuan yang bagus. Ingat itu.

  29. Fazli said:

    kacau beb internet slow. nak buat keje pun susah. mmg betul ckp pelabur tu. pelabur asing komplen baru nak gelabah. pelabur dalam negara ni buat tak peduli je. padan muka diorang dengan kita2 sekali.

    rohaizad Reply:

    Yup Fazli. Betul sungguh pendapat kamu.

    Takkanlah pelabur tu nak cakap mende yang tak betulkan? Takpun, takkanlah pelabur tu nak cakap mende yang tidak berasas. Tak gitu?

  30. hafezf said:

    aku dah guna umobile dekat setahun. alhamdulillah ok je. cuma billing department teruk.

    rohaizad Reply:

    UMobile?
    Ermmm… bagus juga. Nanti aku nak cuba usha pakej dia.

  31. abgzol said:

    Pergh! Ramai betul yang bagi respon. Ni yg best Ijad hampir semua dia reply..aku seminggu ni sibuk tolong member kat kedai gambar dia. Memang ler ada streamyx..tapi mak aiiiiiiiiiii selalu jer tengah2 aku surfing tu hang! Lagi mengamuk tu tengah download sangkut memanjang!!!! Streamyx kat rumah aku pon 2×5 = 10..kekadang nak login pon problem :( huh!!!

    Tahniah kat mat salleh tu ketengahkan isu nih. Harap pihak yang berkenaan akan bersikap lebih rasional & serius dalam masalah ini. Komplen tu memang amat-amat menjatuhkan air muka 1Malaysia “Rakyat didahulukan….” bla..bla..ooooooopsss!!!

    rohaizad Reply:

    Wahhh… betul-betul marah abang Zol kita… biasalah, kalau dah sampai orang luar pun “sound” kita, paham-paham sahajalah…

  32. safwanhussin said:

    Dulu antara saranan-saranan kerajaan :

    Bandaraya kita kena bersih, kalau tidak pelabur asing lari – aku setuju.

    Jangan kerap sangat demonstrasi jalanan, nanti pelabur asing lari – aku setuju jugak.

    Penduduk rumah pangsa tidak harus menyidai baju di kawasan terbuka kerana menjejaskan imej negara di mata pelancong asing – pun aku setuju..

    Jadi mari kita tambah lagi satu saranan, internet kita kenalah laju. Barulah tak malu dek pelabur dan pelancong asing..

    rohaizad Reply:

    Ahahahahah!!!!
    Smart…smart… memang creative laaa!!!

  33. Wizurai said:

    disebabkan braodband yg teruk rosak misi blogging aku…
    kecewa dan hampa…
    apa yg perlu aku lakukan? hohoho…

    company2 ni sibuk nak wat press conference bgtau profit diorang naik mencanak, untung juta2…
    tapi, disebalik tu? servis hampeh tahap babes… yg tu nak diperbaiki…
    ntah le… dulu ada idea nak wat line internet guna kemudahan elektrik tu nak wat… mentang2 la yg bagi idea bukan kroni2 dia…

    rohaizad Reply:

    Uiksss… betul-betul luahan hati yang terpendam nih.. phewww. Hahahahah

    Shaffik Reply:

    Aku pun sama smlm…sampaikan nak sent email pun tak boleh..sakit hati punyer pasalll…tutup laptop..layan TV lagi bagus…

  34. megat said:

    akhirnya, aku dah jangka! malah lagi memalukan hu3.

    selama ini, kerap aku dok komplen. sama juga macam ko bukan nak komplen produk negara tapi biarlah mengikut standard kemajuan.

    kat celcom dh bape byk kali komplen, siap komplen kat SKMM pun masih tak jalan.

    malu, memang malu hu3.

    rohaizad Reply:

    Siapa yang malu nanti?
    Mereka dan keluarga mereka juga!

  35. Hahaha, aku x leh bla dengan perumpamaan dengan siput sedut tu. Macam jelas lagi bersuluh!!!!

    rohaizad Reply:

    Sendiri mau ingat laa… tak gitu?

  36. mazuki blog said:

    sebelum ni aku pernah kol celcom cakap nak berhenti guna celcom…pahtu dia tanya kenapa??

    aku cakap la tak puah hati dengan service dia kasi..bayar mahal..

    pahtu dia cakap, sebenarnya celcom dalam proses untuk meningkatkan kualitinya…persoalannya : berapa lama lagi ??? setahun??2tahun ??? 3 tahun ??? atau sempat kita semua ada cucu dlu baru nak laju…

    Tapi akhirnya aku xjadi jugak untuk terminate celcom bb aku…kalau terminate nak guna apa???

    Nak guna maxis bb aku tengok mmbe aku guna bila dah habis bandwith limit dia bukan stakat slow terus dc…lagi teruk dari celcom

    sekian hujahan saya yang arif

    rohaizad Reply:

    Maxis pun probelm juga kat area Taman Universiti sana? Biar betik!!!

    mazuki blog Reply:

    kelajuan dia ok jad…tapi bila bandwith dia penuh rm100 = 3g teruk gile..lagi teruk dari celcom…

    membe aku load google page 30 minit bila bandwith penuh…

    masalah dia bandwith la

    rohaizad Reply:

    Lerrr.. patutlah. Adehhh.. letih lah macam ni kan?

  37. Azhar said:

    Pergh.. sambutan hangat ni.. rakyat malaysia semuanye geram . Adake bulan raya ari tu line HP pun boleh down..memalukan. line provider ni tak ada cerita nak upgrade.. promo bagai nak giler. yang ada ni tak di improvekan. cukup time , staff dapat bonus.

    Ari tu cuba pakai prepaid broadband. alaih alih sesuka dia orang aje tolak RM1-00 dari akaun. last last tak dapat pakai weekly , kena pakai daily, terrible betul lah dia orang ni…

    kita ni baru gak nak tulis blog… half way karang nak preview tak leh, last last idea hilang , cam ner…ni…..

    rohaizad Reply:

    Perghh…. lain kali kena save dalam email atau notepad dulu. Then baru publish. No choice…. sedey betul dengan kelajan internet Malaysia ni.

  38. Kobot said:

    Kekadang tension juga aku guna celcom broadband ni, time update blog la dia buat hal.. Adusss…

    rohaizad Reply:

    Itu dah kira standard … hahahah.
    Kalau laju, sebaliknya itu yang perlu di “pelikkan”.

    Wizurai Reply:

    memang… sebab tu blog aku susah nak update…
    setakat wat lawatan ke blog2 lain ok lah…
    nak update blog sendiri, mau je aku nak cekik tuan punya broadband nih…

  39. kabu said:

    Dia kalau nak berubah kena tunggu satu generasi pemimpin negara beertukar kalau setakat generasi skrg silap2 kena pakai posmen balik utk htr emel. Mentality dah berkarat mana boleh handle benda baru. LOL :D

    rohaizad Reply:

    Memang inilah yang perlu di baca oleh internet provider Malaysia ni. Cakap sinis-sinis dia buat-buat tak faham.

  40. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Entry di atas menarik untuk di komen.

    Saya incharge pihak warranty team (dari Rusia) daripada pakej pembelian jet pejuang sukhoi ATM.Ada 35 buah keluarga pakar yang didatangkan khas dari sana. Mereka sudah menetap selama 2 tahun bersama saya di sini. (Pangkalan Udara Gong Kedak)

    Antara budaya dari negara maju ini yang saya pelajari adalah:
    1)Mereka benar-benar menepati masa. (Lazimnya mereka akan datang sebelum tiba waktu yang dijanjikan)

    2)Bilamana ada sebarang masalah mereka terus berurusan kepada pihak yang ada kuasa untuk membuat keputusan. (walau hal sekecil manapun)

    3)Mereka tidak ada budaya mengumpat dan mengata.

    Adakah sesiapa dikalangan pengulas di atas yang boleh berfikir seperti warga negara maju?

    Moga ada satu idea yang boleh direalisasikan untuk menjadi pemangkin bagaimana supaya masalah di atas boleh diselesaikan

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

    Kujie Reply:

    kita pun berharap pihak berwajib pun ada budaya seperti negara maju.

    kebanyakkan blogger di sini sudah hafal no bebas tol streamyx

    1300 88 1515

    rohaizad Reply:

    Wahahahah… tergelak saya bila tiba part Kak Jie cakap “kebanyakkan blogger di sini sudah hafal no bebas tol streamyx”…. memang tajam menikam maksudnya.

    Kalau tak sampai maksud ke pihak tersebut, tak tahulah nak cakap apa lagi. huhuhuhuhu

  41. faisalhanim said:

    haha..harap2 bila dah org luar tegur mcm tue ada la tindakan dari kementerian dan suruhanjaya komunikasi dan multimedia…atau sesapa la yg berkaitan…

    rohaizad Reply:

    Yup, sebab itulah entri ini diterbitkan. Untuk memeriahkan lagi “komplen” yang telah sekian lama tersimpan dalam bilik customer service diaorang.

  42. Kujie said:

    Jawapan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di bernama hari ini – [link]

    Mengenai kritikan yang dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Australia Michael Halpin mengenai tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, Rais berkata tidak semua yang diperkatakan itu benar.

    Katanya kenyataan yang dibuat oleh Halpin seolah-olah meletakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara membangun sedangkan perkhidmatan jalur lebar dalam negara sudah mencapai 27 peratus hampir menyamai Hungary yang berada di tahap 30 peratus tahun ini.

    p/s – tak pasti Menteri Kita faham atau tidak apa yang diperkatakan oleh Halpin…

    rasanya kita menegur tentang perkhidmatan bukan setakat “ada”

    rohaizad Reply:

    Sekali lagi… straight to the point.
    Bestlah kak Jie ni… FAST update sungguh!

    Kita ni nak cakap lebih-lebih, tak boleh. Tapi untuk orang-orang besar di atas sinun, kami just nak memberitahu bahawa kami semua bercakap dengan hak sebagai seorang consumer.

    1. Bayar penuh, tak pernah lewat, tapi kelajuan macam siput.

    taukey Reply:

    hahahah 27 peratus….kalau kat sekolah GAGAL dengan CEMERLANG tuuuu muahahahahaha

  43. Assalamualaikum Tuan Rumah

    Ingin bercerita sedikit berkenaan pengalaman peribadi.

    Tidak tahu dari mana puncanya, tiba-tiba rumah saya dicaj melanggan hot spot RM18/mnth. Saya merujuk kepada kaunter TM Point. Masalah tidak selesai walau sudah berkali laporan di buat.

    Bulan berganti bulan caj terkumpul semakin bertambah. Saya terus mencari jalan menuntut hak saya sebagai pengguna. Hingga ke peringkat membuat laporan polis. Akhirnya perjuangan itu berhasil bilamana semua caj yang terkumpul itu telah mendapat rebet dari pihak telekom.

    Begitu juga dengan satu kes wireless yang dipasang di apartment ini, tidak dapat kelajuaan sebagaimana yang dijanjikan. Walhal pakej bayarannya adalah Rm600 sebulan. Bila buat laporan di kaunter TM point perkara yang sama berulang. Kononnya apa pun masalahnya kontrak masih berbaki 11 bulan. Saya harus terus membayar walau pun servisnya tidak memuaskan. Saya tidak dibenarkan membatalkan kontrak tersebut. Akhirnya saya menulis surat kepada Head of Department di K.L. Masalah selesai. Saya dapat rebet sekali lagi.

    Memetik ulasan Ijad,

    “Kita ni nak cakap lebih-lebih, tak boleh. Tapi untuk orang-orang besar di atas sinun, kami just nak memberitahu bahawa kami semua bercakap dengan hak sebagai seorang consumer.

    1. Bayar penuh, tak pernah lewat, tapi kelajuan macam siput.

    Jika merasa hak diri terabai, jangan takut berjuang. Berani kerana benar.

    Saya pernah mendapat rebet atas beberapa hari tiada connection di sebabkan masalah yang berpunca dari pihak Internet Providor.

    Jika tidak sanggup memperjuangkan hak orang ramai, sekurang-kurangnya boleh memperjuangkan hak sendiri.

    Perlu ada kemahiran berbincang. Dan kemahiran ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang mahu.

    Oh ya, bukan semua agen/operator bebas tol streamyx

    1300 88 1515, mahir menyelesaikan masalah pengguna. Ada yang baru bekerja beberapa hari.Jika kedengarannya kelihatan ragu-ragu minta terus bercakap dengan “supervisor” mereka.

    Moga mencetus idea untuk bertindak memperjuangkan hak pengguna, khususnya hak sendiri.

    Salam ceria dan inspirasi

    “Pemburu Impian”

    rohaizad Reply:

    Satu lagi pengalaman pahit yang terpaksa di telan. Tapi mengapa perkara yang sama berulang kembali? Dan di manakah panghujungnya?

    Kadang-kadang nak gelak pun ada, marah pun ada.

    taukey Reply:

    penghujungnya dapat 27 peratus dah kira ok la tu. muahahahahaha

  44. Assalamualaikum Tuan Rumah

    Tumpang lalu, nak tambah sedikit lagi,

    Saya berurusan dengan pihak streamyx boleh dikatakan beberapa kali dalam seminggu. Setiap minggu sejak 2 tahun yang lepas. Bilamana keadaan internet slow, beberapa kali terbukti bukan dari kelemahan pihak Telekom sahaja.Ada baiknya check pada pihak kita juga.

    1)Network card pada pc/laptop
    2)Memori pc/lap top yang begitu berat
    3)Virus
    4)Spliter (cabang tel dan modem)
    5)Talian telefon (ada ketikanya talian telefon ok, tetapi internet tak ok dan sebaliknya)
    6)Cabel & connector
    7)Dial up (mungkin corrupted)
    8)Modem

    Dengan mengambil tahu hal2 teknikal ini, kita tidak akan bergantung sepenuhnya pada internet provider.

    Dengan peka terhadap berita-berita semasa(yang mungkin menyebabkan gangguan internet) , kita boleh merancang kerja untuk bergerak dengan plan B.

    Oh ya, ada ketikannya kelajuan di cybercafe lebih lagi berbanding di rumah.

    Oh ya, ada kalanya jarak sekitar beberapa kilometer memberikan perbezaan yang ketara kepada kelajuan internet.

    Oh ya, kelajuan internet berbeza mengikut negeri dan geogerafinya.

    Bukankah info2 diatas boleh dijadikan platform untuk menggunakan plan B, bilamana kelajuan internet bermasalah dikediaman kita?

    Kesimpulan yang cuba saya sampaikan ialah.

    Kita selalu sahaja berhadapan dengan persimpangan untuk mencari jalan atau mencari alasan.

    Berbahagialah mereka yang selalu melatih untuk diri fokus kepada penyelesaian berbanding sebaliknya (merungut dan terus merungut).

    Maaf ye tuan2 pembaca, saya tidak bermaksud untuk menujukan ulasan ini kepada sesiapa.Harap jangan ada yang terasa pedas.

    Maksud saya adalah untuk memberi inspirasi agar fokus pada penyelesaian.

    Bila saya selesai menulis ulasan ke-2, di atas, terdetik di hati saya, bagaimanakah agaknya respon pembaca jika Ija menukar tajuk posting di atas kepada:

    “Internet di Malaysia lembab, kongsikan pengalaman anda bagaimana cara kreatif mengatasi masalah tersebut”

    Salam ceria dan inspirasi

    “Pemburu Impian”

    rohaizad Reply:

    Apabila kita bayar, kita mesti dapat apa yang dijanjikan.

    Nabieel Reply:

    Ya betul tu, sepatutnya kita sebagai pengguna berhak bersuara.

    Macam saya menggunakan Celcom Broadband unlimited, mengapa pihak Celcom boleh menghantar mesej mengatakan saya sudah lebih limit menggunakan Celcom.

    Adalah lebih baik jangan di namakan UNLIMITED, namakan saja SOUND WHEN LIMIT..baru pelanggan puas hati :)

    rohaizad Reply:

    Yup, itu sudah tentu.

    Logam Reply:

    [quote]Oh ya, ada kalanya jarak sekitar beberapa kilometer memberikan perbezaan yang ketara kepada kelajuan internet.

    Oh ya, kelajuan internet berbeza mengikut negeri dan geogerafinya.[/quote]

    Perbezaan jarak mmg memberi effect kpd kelajuan internet tp sbg provider sepatutnyer TM tau bagaimana nak mengatasi masalah nie. Bkn hanya tau mengeluarkan iklan yg hanya utk bermegah, buktikan iklan tu mmg setanding dgn perkhidmatan yg diberikan. Compare dgn Indon dan Phil, even bayaran dorg mrh tp perkhidmatan dorg tip top, mmg jauh beza dgn M’sia. Dah tau cable yg digunakan skrg dah byk yg berkarat pandai2 ler tkr, gunakan optic lak.

  45. safar said:

    SAH!!! tak berbaloi-baloi internet di Malaysia.
    bila nak naiktaraf entahlah.bila lambat bayar sebulan je.
    sudah mahu hantar surat potong bekalan.3-4 bulan
    tak bayar nak saman dekat mahkamah.harga mahal.cermin dulu
    diri sendiri.aku terfikir bagaimana Google nak
    melabur di Malaysia dan terus buka adsense melayu.
    sekiranya internet Malaysia masih perlahan.

    Pasal p1 wimax langsung tak berbaloi.sebab kawasan
    bandar je yang ada coverage.balik rumah langsung tiada.
    memang tak berbaloi-baloi.boleh blah.

    PS : Tahun 2020 agaknya baru nak laju.masa tu pelabur
    dan sekali kita sudah reputlah.kalau izad ada duit banyak
    nak tak buat khidmat internet sendiri.apa yang penting
    lebih laju dari persainglah.

  46. Jmay said:

    yup2..celcom broadband sedikit sebanyak membantut urusan blogging aku. Elok2 ngah semangat nk update blog..ttba internet cam siput kat atas tuh..hoho..terus blank nak update per..haish

    rohaizad Reply:

    Itu dah di kira STANDARD. Takleh nak buek camno laei..

  47. ummie said:

    Wal hasil balik asal.

    Dari dial-up – streamyx – broadband & skarang balik streamyx.

    Upgrade lagi (tambah bulanan RM sudah pasti) untuk dapatkan speed yang laju sikit dari sedara kita kura2.

    ‘Jiran Selatan’ terperanjat tengok bil internet rumah saya yang jauh lebih mahal dari S$ mereka.

    rohaizad Reply:

    Haaa… tuh dia!!!
    Kita punya lebih mahal dari jiran tetangga kita tapi dalam aspek kualiti, MURAH lagi servis dan kualiti kita!!!

  48. safar said:

    Berbaloi-baloi ke? kura-kura dan siput kata depa lagi lajulah.
    panggil je ”scammyx” lagi bagus.tak laju pun tak pe.

  49. wanmus said:

    Akhirnya TM keluarkan kenyataan ni:

    http://wanmus.com/internet-malaysia-laju-tahun-depan-omongan-kosong.html

  50. samdaddycool said:

    Kesian gambo last tu.. sampai jadi tengkorak tunggu fail upload / download… Aku dah cancel digi broadband. Nak ambil P1 W1 max.. Muar lom ada coverage. Celcom broadband.. kampung aku di luar kawasan liputan. Maxis broadband.. aku nak cuba yang ni plak.

  51. Syukran86 said:

    sebenarnya talian internet kita laju…cuma kena ‘kontrol’…xtau knapa perlu dikontrol begitu..

  52. BAGAk said:

    Cerita 1
    korea selatan dan singapura antara negara internet terlaju di dunia. Korea selatan jatuh tempat ke 2 atau 3 dunia kelajuan internet dunia.

    Cerita 2
    Waktu memulangkan modem P1 di HQ mereka, ada 3-4 desktop untuk uji kelajuan broadband mereka. Kesimpulannya di HQ pun laju macam hampas kelapa sawit. Jadi tak mereka hidup atas dasar promosi dan pemasaran. Bukan atas dasar servis.

    Cerita 3
    Sebuah kawasan elit di KL tidak dapat menyediakan Streamyx dan P1. Streamyx beri alasan papan suis penuh. P1 beri alasan signal tak sampai ketingkat 20, hanya sampai ke tingkat 5 sahaja….hahahahh

  53. minna said:

    Saya setuju dengan anda semua.. isk kawan baru je potong line celcom broadband.. muka budak counter tu masamm je.. padan muka. diorang ni tak tau berdosa ke tipu-tipu macam kawan saya suhaimi tu.. penipu besor.. harap bagi warning kawan-kawan yang berurusan dengan spesis orang yang begini..

  54. mabo said:

    bagai nak rak.. nk pecah kpala aku dgn internet kt Malaysia nie.. jemmmm… kt Singapore tuh.. pergh… mcm concord…

  55. Fauzan said:

    aduh, pening kepala aku baca semua komen korang…skrang ni aku nak tgk youtube setiap saat pasti buffer…..download laju….jom snailmyx

  56. ihate celcom said:

    aku sokong celcom berukband mmg ternyata ternyata lembap lembap lembap sangat..nak bukak blog nie pon 10minit itupon blom kuar gambar lagi!!!!

  57. Fauzi Saad said:

    apa kata buat group di facebook.

    ” aku benci internet di malaysia yg lembab”

    hahaha…

    P.s : seminggu dah celcom broadband aku lembap. hmmh !

  58. pirun said:

    semenjak fifa 2010 ni celcom broadbend buat hal tak berhenti2 3G tak boleh pakai langsung, bila coll celcom center dia cakap suruh pakai GPRS Onli kerana internat tidak stabil dan tak saport, aku tak paham la diorang ni, kita bayar tiap2 bulan internet, slow macam siput babi, kadang2 siput babi lagi laju