Blogging itu haram.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: October 21, 2009 online
Baru sahaja menerima satu email dari salah seorang pengunjung blog ini iaitu Saudara Aiman pagi tadi. Beliau ingin mengetahui apakah status rezeki yang diperolehi dari aktiviti blogging. Adakah ianya haram ataupun halal?
Sebenarnya blog tidak ubah seperti sebuah journal, diari, portal, web, site, kertas kajang, majalah, suratkhabar dan kertas A4 yang telah di “elektronik”kan. Dalam dunia blog, fungsinya adalah sama seperti apa yang disebutkan tadi cuma cara, kaedah, skop dan ruang lingkup serta daya penyebarannya sahaja berbeza.

Sebenarnya aktiviti blogging di blog itu adalah halal. Tapi kalau ada yang menjadikan blog itu sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan ataupun aktiviti haram, maka haramlah jadinya.
Sebagai seorang blogger yang mencari rezeki dari blog network yang dia ada, aku ingin menyatakan satu sahaja bahawa blogging juga bukanlah MLM seperti yang disebut oleh beliau dalam emailnya.
Blogger yang mencari rezeki melalui aktiviti bloggingnya tidak ubah seperti seorang PENULIS BEBAS yang mendapat bayaran dari pihak akhbar ataupun majalah.
Cuma apabila di transformkan corak dan gaya serta gaya penulisan di antara PENULIS BEBAS dan seorang blogger, di situlah terletaknya perbezaan antara kedua-dua insan tersebut.
Senarionya:
Seorang (penulis bebas) di bayar oleh syarikat akhbar/majalah atas usahanya meletakkan hasil tulisan sendiri di akhbar/majalah tersebut manakala yang seorang lagi (iaitu blogger) dibayar oleh pengiklan untuk meletakkan iklan mereka di blog yang dimiliki oleh blogger tersebut.
Beliau juga meminta penjelasan berikut:
“kalo ada pendapat atau dalil yang mengatakan ia halal dr ustaz bertauliah atau mufti mana2 ke leh la btau sy”
Baiklah.
Sebenarnya bukan semua perkara perlu di letakkan di atas bahu para Ulama’. Jika perkara itu terlalu mudah dan boleh diterima akal yang waras, maka sudah terang lagi bersuluhlah akan kesahihannya.
Contohnya seperti ini:
“Apakah hukumnya rezeki yang di terima dari blog yang menulis, mengeji, memfitnah serta mengaibkan orang lain?”
Rasanya tidak perlulah kita membebankan para Ulama’ dengan meminta kata putus bagi perkara yang memang sah akan kesahihannya. Agama kita sendiripun telah melunaskannya dengan jelas (Amar Ma’aruf Nahi Mungkar).
Begitu juga dengan blogging. Bila mana apa yang dilakukan dalam blog itu tidak melanggar hukum, maka tentu halal rezekinya. Selalunya, tanggapan yang kurang jelas mengenai sesuatu perkara itu kadang kala boleh menyebabkan kita sekadar “meneka” isi yang ada di dalamnya.
Pendek kata, jika seseorang itu JELAS dengan kedudukan perniagaan/industri yang wujud di dalamnya, pasti istilah seperti “MLM” tidak seharusnya disebut kerana kaitan di antara keduanya bagaikan langit dengan bumi.
Mungkin pengalaman, pertimbangan, pengalaman dan juga pendapat salah seorang peserta yang baru menghadiri Seminar Smart Blogging di UTM pada 18hb Oktober yang lepas iaitu saudara Reezluv boleh Aiman jadikan sebagai rujukan tambahan. Boleh bacanya di sini. Terima kasih kepada Aiman atas soalan yang diberikan
Tapi walaubagaimanapun, apa kata kita dengar pula pendapat blogger lain yang sudah menjana pendapatan dari aktiviti blogging mereka selama ini. Rakan-rakan blogger yang lain, dipersilakan!



Blogger dpt untung dari aktiviti pengiklanan. Jadi rasanya (diyakini halal la…).
Tp blogger juga kene hati2 memilih pengiklan. Jgn main rembat jer…iklan judi, arak,seks pun tangkap muat jer…pilihan terletak pada tangan kita.
Begitu juga dgn content dia…kalu content blog tue cerita yg mengarut, mencaci dan maksiat jer memanjang….walaupun iklan nya bersih jer..mungkin (atau pasti )akan jatuh haramnya.
UstazCahaya Reply:
October 21st, 2009 at 10:53 am
..boleh rujuk di themuslimblogger dotcom. Ada artikel tentang bagaimana cara untuk menyaring dan memastikan ke’halalan’ iklan adsense di blog.
Salam tuan punya blog.
Masalah klise umat kita. Suka menyusahkan syariat sedangkan syariat Islam adalah yang paling mudah di antara semua agama. Dan dalam sejarah manusia, syariat yang dibawa oleh Baginda Rasulullah (SAW) adalah yang paling mudah antara syariat yang pernah dibawa oleh Nabi dan Rasul sebelumnya.
Di sebuah surau dalam kuliah mingguan saya, saya pernah ditanyakan soalan yang sama. Saya jawab simple saja:
“Contohnya berbohong.. jika di dunia nyata ini kita berbohong dosa kan? Begitu juga jika kita berbohong, mengumpat, memfitnah dan menipu di alam maya (internet) hukumnya tetap sama”
Ps; Kehidupan kita sudah dimudahkan oleh banyak teknologi tapi agama kita semakin di’complicated’kan oleh para mufti;-)
Maaf ya bahasa nya:-)
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:03 am
Di sinilah datangnya “Matlamat tidak menghalalkan cara, tapi cara yang menghalalkan matlamat”.
Thanks Ustaz.
Fatin Pauzi Reply:
October 21st, 2009 at 4:36 pm
Setuju sangat. Bukan umat kita ustaz, orang Melayu itu sendiri. Suka menyusahkan syariat dan kadang2 berpegang pada syariat berdasarkan dalil dari hadith memane je, sebab tak tahu ada hadith yang kita tak leh pakai sesuka hati je. Mereka even tak kaji sama ada hadith tu sahih ke, da’if ke.
mesti baca TOS …
Mesti drp source yg dibenarkan… cth News…
p/s: aku akan start tidak lama lagi… sori jad… aku agak lambat…
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:41 am
Takper… aku sentiasa ada untuk membantu. Mana yang terdaya, Insya Allah.
yup…
kalo blog crita pasal fitnah ja memanjang, haram la jadinya…
tp saja nk sentuh bab MLM sket…
MLM tu x haram…
yg haram tu sistem piramid…
sebab piramid menindas org bawah…
MLM plak, sapa rajin dia untung, so xda unsur penindasan…
tapi memang ada pihak jahat menggunakan perkataan “MLM” sebagai konsep diorang…
dalam perniagaan, mesti ada produk, perkhidmatan @ kedua-dua skali…
blog ni dikira sebagai perkhidmatan @ servis…
kalo ada program jana duit tapi xda produk @ perkhidmatan, maka disitu ada sikit kemusykilan dan kemungkinan itu adalah 1 scam dan boleh jadi ianya haram…
sekian…
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:02 am
Fuhhh…. sungguh terang lagi jelas komen yang diberikan. Mantop!!!
Terimas kasih Aizat.
NurulFarhana Reply:
October 21st, 2009 at 12:29 pm
Salam…
Betul kata2 Ustaz dan rakan2 lain. Saya pun berblog.Biasa2 aje. Janji niat.. kalu niat tak betol.. mmg jadi ler tak betol & jadik la haram..
Cam affiliate produk tu baik.. and kt promote.. bagus sgt ler jadiknye… itu sajer ler komen sy yg biasa2 nih.. mekasih…
Saya first time komen. Selalu baca jer entry2 en rohaizad nih..
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 12:34 pm
Finally, keluar juga Farhana. Yayyyyy!!!
Apa pun, apa yang dikatakan Farhana memang ada kebenarannya. Pokok pangkalnya hati sendiri. Ini kalau semua bergantung pada Ulama’, susah jadinya sebab Ulama’ adalah pewaris nabi dan kebanyakan dari apa yang mereka ragukan sudahpun diterangkan oleh Nabi.
Cuma dalam sesetengah perkara yang keraguannya muncul dek kerana perbezaan zaman (zaman Nabi dan zaman kita), Ijtimak Ulama’ sememangnya di hargai dan di perlukan.
NurulFarhana Reply:
October 21st, 2009 at 1:37 pm
timer kasih
btul sgt2 ape yg dperkatakan..
i always folow ur blog lah hehe…
byk ilmu sy perolehi.. pelan2 sy pelajari
Insya Allah…
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 1:40 pm
Thanks a lot !
Janji pastikan pakai Windows ori atau Linux. Huhu.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:17 am
Tak pasti pula sebab Aiman tidak jelaskannya dalam email tersebut.
Ustaz Cahaya dah jawap tu.. Kak Jie pun dah puashati.
Blog pun ada macam-macam , jadi pandai2lah kita menapisnya. Nak buat apa pun mesti dgn ilmu, jadi carilah ilmu utk berblog, kan?
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:18 am
“Pandai-pandailah kita menapisnya”
Suka dengan ayat tulah Kak Jie. Yelah dah besar panjang, jadi sendiri buat keputusan. Tapi Nabil cakap lagi direct kak:
“Lu fikirlah sendiri!”
Penerangan yang jelas lagi nyata oleh ijad. Kebelakangan ni, memang ramai juga yang mempertikaikan halal / haram apa bila mencari rezeki di alam cyber ni.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:22 am
Emy – Itu cuma pandangan aku sebagai seorang blogger kerdil yang tidak semenggah mana.
Kenyataanya, lebih banyak lagi mereka di luar sana yang boleh memberikan idea yang rasional. Di harapkan mereka sudi berkongsi dan memberi komen yang membantu. Bukan bagi komen lepas tu chow gitu je.
p/s: Betul, banyak yang akan memberikan komen yang EMOSIONALn bukan rasional. Kalau tak percaya, tunggu dan tengok jelah nanti… hahahahah
emyshahril.com Reply:
October 21st, 2009 at 11:25 am
Tak sabar aku untuk membaca komen yang EMO tu….hehehe.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:31 am
Kita tunggu dan lihat
Aku puas pikir ni. Macam mana boleh dikaitkan blogging dengan MLM ni. Konpius.. Konpius..
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:23 am
Haaa… itulah yang aku fikirkan masa mula-mula membaca email ni. Tapi takperlah, mungkin Aiman perlukan pendedahan dari kita. So marilah kita discusskan sama-sama
Aku sangat suke membaca artikel-artikel yang mengetengahkan hukum agama berkaitan dengan dunia internet ni. Al-maklumlah, dunia internet ni boleh dikatakan baru di Malaysia. So, banyak pihak yang kadang-kadang mengambil kesempatan dari hal ini. Kebanyakan nya memandang enteng terhadap janji-janji palsu, penipuan yang bukan secara langsung dan juga pengiklanan yang melibatkan syarikat-syarikat haram seperti arak judi dan sebagainya. Maknanya, seperti yang telah Ijad terangkan dan juga dari Ustaz Nur, bahawa matlamat adalah pucuk pangkalnya! Thanks!
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:37 am
Sama-samalah kita ya
Salam…
setuju dengan u. Saya ni si penjual ebook dan perfume guna blog..Macamana tu? Apala..
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:36 am
Itu ada pecahannya, tapi tidaklah 100% berbentuk blogging kerana ianya lebih kepada jualan PRODUK FIZIKAL. Apa pun, tidak nampak pula salahnya kalau berniaga dengan menggunakan blog sebagai platform seperti yang telah disebutkan.
Teruskan perniagaan tersebut dan semoga berjaya
[...] Ulasan dan komen-komen oleh pembaca boleh rujuk di sini. [...]
Diulas pada October 21st, 2009 at 11:35 amBagi saya kalo pendapat itu bikin,
“kalo ada pendapat atau dalil yang mengatakan ia halal dr ustaz bertauliah atau mufti mana2 ke leh la btau sy”.
kebiasaannya hanya nampak kesalahan orang lain dari diri sendiri,umpama nyamok diseberang lautan nampak tapi gajah didepan mata tak nampak.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:41 am
Phewww… mendalam sunguh maksud komen Cik Rosli…
Mungkin ada yang kurang jelas dengan dunia blogging ini. Tapi takper, kita bincangkan sebaik mungkin.
Thanks En Rosli
Blogging tu tak haram kalau penyampaian nye positif. macam u kata lah informasi melalui elektronik. Tapi ia nya jadi tak baik kalau asyik bloggin sampai lupa sembahyang atau tangungjawab yang lain terabai kan.. Tapi so far, rakan bloggers semua tau time management sebab tu lah u all boleh berjaya kan.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 11:53 am
Cakap pasal semabahyang ni teringat pula dengan gelaran baru yang diberikan pada blogger Nuaeman.
Sekarang dialah ustaz merangkap Imam kita orang kerana di mana-mana seminar pun, memang dia akan jadi Imam untuk solat sewaktu seminar sedang berlangsung.
p/s: Tak gitu Ustaz Nuaeman? ekekekeke
cookdong Reply:
October 21st, 2009 at 11:40 pm
ustaz nuaeman baca doa sedap
muhammad fakhrudin Reply:
October 24th, 2009 at 11:34 am
=) sepatutnya semua orang boleh jadi imam…
x kesah doa sedap ke tidak,baca doa dlm BM pun Allah faham
Yang menjadikan haram apabila berbohong, memfitnah dan putar belit dalam menyampaikan sesuatu..kerana segala urusan adalah jelas dan sama rata antara kedua2 transaksi yang terlibat, rasanya En.Aiman kena belajar berblogging atau anda mmg seorang blogger? tapi baik betul soalan diajukan ini, bagi semua buka mata.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 12:14 pm
Memang soalan ini bagus, sebab itulah diterbitkan. Terima kasih pada Aiman juga
Rasanya kita selalu disalahtafsirkan antara pendapat dengan hukum dimana kedua-dua ini ternyata berbeza sekali.
Halal dan haram itu juga seperti kata bro ijad “jika dijadikan blog itu sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan ataupun aktiviti haram, maka haramlah jadinya”.
Dan pendapatan yang bro ijad peroleh daripada blog kebanyakkan daripada pengiklanan (advertising).
Tidak salah saya katakan tetapi jika ia bergantung pada iklan apa yang kita siarkan. Jika iklan arak, maka sebaliknya.
Tidak begitu?
Sekadar pendapat.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 12:16 pm
Pendapat yang bernas juga tu Aqif
Aqif Reply:
October 21st, 2009 at 12:49 pm
Thanks bro ijad.
Lagipun perbincangan halal dan haram ini tidak akan ada penghujungnya. Dan rata-ratanya yang mengatakan pendapatan blogging atau internet itu menipu kerana mereka sendiri tidak pernah merasainya atau tidak mampu merasainya.
No offense. It just my 2 cent.
Jadi, marilah kita mencari rezeki yang halal bersama-sama. Blogging adalah salah satu potensi pendapatan yang dapat dihindarkan dari rasuah. (yeke?)
Fikir-fikirlan sendiri:)
penerangan yg bagus. aku juga pernah ditanya sebegini. yang penting, jgn smpai matlamat menghalalkan cara.
p/s: jeles tengok gambar2 bro. aku mau berusaha juga! =p
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 12:12 pm
Setuju. Yang penting, pilihan di tangan kita.
for me, blogging tu is slah satu care kite cari rezeki utk hidup.tang mane plak haramnya? ok, itu depends on how kite gune blog utk dapatkna rezeki. kalau kene care, xder unsur2 haram…tak salah pun.
mcm org cr rezeki kat luar lah, kalau keje JPJ katekan. mmg keje tuh betul tu, tp kalau ade yg terime rasuah…HARAM jugak
FIKIR-FIKIRKAN dan selamat mencari rezeki halal. lalalala
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 12:21 pm
Mantap!!!! Mantap!!!!
Komen kali ini memang cukup PADAT dan sungguh berinformasi. Ringkas tapi mesej yang nak disampaikan… mak aiihhh.. sendiri fikirlah… tak gitu Liza?
lizz Reply:
October 21st, 2009 at 3:37 pm
kehkehkeh! harap-harap sangat sape2 yg amik rasuah bace blog ni and sedar2 diri
Haram ker? Lps komen nie aku tobat xmo blogging lg, huhuhu… Kekadang biler kiter terikut sgt dgn pemikiran rasional dlm bab agama sebenarnyer kiter menjadi semakin x rasional. Soklan aku pd Saudara Aiman, keje askar dgn merompak maner yg haram? Pi disco dgn pi surau maner yg haram? Common sense, ngko buat duit guna blog duk maki hamun, buat citer seks, gosip dgn ngko buat blog citer psl mlm nie gerhana, pg esok ujan lebat, hp nokia aku buruk… so maner yg halal?
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 1:09 pm
Huh Saiful… marah benar nampak
Bertenang, mungkin Aiman tidak nampak lagi hakikat dunia blogging, sebab itulah dia bertanya. Dan di harapkan penjelasan dari rakan blogger lain di atas dapat membantu Aiman untuk pergi lebih jauh lagi dalam dunia blogging.
Manalah taukan, satu hari Aiman boleh jadi problogger Malaysia yang terkenal. Insya Allah
Logam Reply:
October 21st, 2009 at 1:23 pm
X mrh ler, bro. Aku reply pun sengih2 jer. Soklan kebudakan so jawapan kena kebudakan gak.
reezluv Reply:
October 21st, 2009 at 5:57 pm
mungkin die taktau blogging tu apa kot
wanmus Reply:
October 21st, 2009 at 1:18 pm
yang epnting niat dan jalan mana kita pilih..pilih niat dan jalan yang haram, haram lah..kalau blog tu jual dadah, takkan halal lagi duit tu..tu dah haram..just my2cent
Saudara Aiman,
Kalau ragu2 tinggalkan saja tak payah berblogging, Kalau nak gak, cari lah ilmu supaya benar faham dan datang keyakinan.
Tak payah nak melalut dalil2 plak. Perkara yg lebih berat pun mufti tak boleh nak keluar hukum, lagikan pulak melaksakan hukum. Ini dah nak tambah keluarkan hukum untuk org yg tak cukup cari ilmu :~
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 1:14 pm
Pedas… pedas…!
hafiz Reply:
October 21st, 2009 at 4:01 pm
ginila..aku rase mmg ade baiknyer si aiman ni bertanye..barangkali nak memuaskan hati yg keliru, barangkali dah tau..tp cube untuk menyebarkan ilmu yakni melalui perbincangan ilmiah seperti di blog bro ijad nie..sbbnye Malaikat Jibral pun pernah bertanye pada Rasullullah dalm 1 mjlis ilmu ttg suatu perkara, masakan Malaikat Jibril penyampai wahyu tak tahu?so, soalan yg ditanye boleh membuke mata kite utk trus mnmbah ilmu..sbb yg halal itu jelas,yg haram itu jelas..kite jer yg tutup mate buat2 tak nmpak..just my 2 cents
kabu Reply:
October 22nd, 2009 at 12:02 pm
Betul tu hafiz,
Cuma Jibril tu kita memang tau dia malaikat, dia buat2 tanya pun kita tau dia nak meyampaikan wahyu dgn kaedah yg berbeza.
Apa kata Izad tanya Si Aiman tu, dia nak cari ilmu ke nak sampaikan ilmu,
Kalau nak cari imu bole sertai Seminar, kalau nak sampaikan ilmu bole buat seminar
amacam?
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:46 pm
“To be or not to be”
HAHAHAHA..akhirnya ijad buat diriku ini marah dan jelez..haha..gambar pegang duit tu dari semalam lagi tunjuk, last2 arini dia masuk jugak dlama blog ni..serius jelez..hahaha
Logam Reply:
October 21st, 2009 at 1:20 pm
Tu ler, bongkak sungguh gmbr tu. Kalau kat dpn mata sure ilang dah tgn aku ragut
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 1:29 pm
Bongkak ker?
Aiseymen… kalau macam tu, aku “HIDE” kan gambar tu ye
wanmus Reply:
October 21st, 2009 at 1:31 pm
semalam mujur tunjuk gambar..kalau dia wat keluar duit tu, dah lama masuk kocek ni..hahaha
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 1:36 pm
Ganas betul WanMus nih… bahaya… bahaya. Tapi bahaya mana pun WanMus, lagi bahaya Nasi Ayam Penyet.
wanmus Reply:
October 21st, 2009 at 2:02 pm
tau xpe..sampai ade yang berulang gi toilet..kesiannya..tulah bahayanya penangan Nasi Ayam Penyet ni.
Logam Reply:
October 22nd, 2009 at 2:22 pm
Huhuhuhu… smbl tu besh giler. Tp rasa mcm lain skt, cuka byk kot. Tp hrtu menu krg 1 benda, kalau ader smbl kicap pekat br besh sental dgn tempe.
faisalhanim Reply:
October 21st, 2009 at 2:06 pm
bab duit nie org2 kat sini emosi skit..jaga2!…:)
wanmus Reply:
October 21st, 2009 at 4:12 pm
ramai jugak yang berminat ngan duit tu rupenya..hehe
saya setuju dengan pendapat ijat jangan letakkan semua beban di bahu ulamak atau mufti. kita sebagai manusia sendiri boleh berfikir setiap kerja dan upah yg kita terima itu adalah halal atau haram. bab dalil2 ni, saya kurang setuju kepada mereka yang mengambil dalil secara selapis saja. perlu mengaji utk mentafsir. jangan main guna je.
ada seorang hamba Allah yang menggunakan hadis untuk berhujah dengan saya mengenai MLM. katanya MLM haram berdasarkan hadis tersebut.
mungkin panjang sangat utk saya huraikan di sini. kalau ada masa saya akan ceritakan di blog saya. huhuhu…
tq ijat. good info.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 2:28 pm
Kadang-kadang sesetengah dari kita ni lupa dengan apa yang tertera dalam kitab. Sket-sket Ulama’, sket-sket nak tunggu Ulama’.
Jadi sementara hendak “menghalalkan” kerja “haram” yang dia buat (demi untuk sedapkan hati sendiri), Ulama’ pulak yang ditudingnya.
Bila di tanya, ini jawapannya:
“Ulama’ belum keluar fatwa lagi, so jangalah nak memandai-memandai”
Aiseymen, kalau perkara itu dah termaktub dalam kitab, memanglah Ulama’ tak perlu nak kuarkan fatwa lagi. Back to the basic jelah….tak gitu?
p/s: Orang kalau dah biasa menghalalkan cara, memang dia mempunyai banyak ALASAN yang power untuk MANIPULASI fikiran orang lain supaya dia mendapat sokongan.
Walhal dalam hati kecil dia berkata:
“aku pun tak pasti dengan apa yang aku cakap nih” …
huhuhuhuhu
Bro,
cubalah tanya pendapat Nora Danish pulak.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 2:43 pm
Kalau tanya Nora Danish, saya tak tanya pasal blogging bang… saya tanya perkara lain. Macam jumlah hantaran ker… hahahahah!!!
p.s: Tiap-tiap petang dapat jumpa Nora Danish sekarang kat TV3. Best betul…. lalalalalala
agak terkejut masa mula2 baca tajuk..rupanya ada kisah di sebalik tajuk..Alhamdulillah,ada penerangan pasal haram@tidak dengan blogging..
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 3:17 pm
Biasalah… skill untuk “attract” attention readers. hahahah
kalau haram, aku takkan start tulis blog sejak 5-6 tahun lepas. Benda ni simple, kita boleh fikir sendiri.
tak perlulah sampai perlukan fatwa mufti…
benda ni basic je… mcm offline jugak…
kalau blogging untuk mengajar org wat kejahatan, wat bom ke untuk bunuh membunuh ke… mestilah salah…
kalau blogging untuk sumber pendapatan, samalah mcm kita keje kat luar tu jugak…
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 4:27 pm
Haaa… inilah dia kesimpulan dari artikel ini. Simple je kan?
Congrats Wizurai
Abu Samah Reply:
October 21st, 2009 at 5:45 pm
Aku tak pasti haram atau halal,yang menjadi haram sebab leka kat depan komputer tak hindar kan yang lain-lain seperti waktu sembahyang,betulkan bro ijad.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 7:13 pm
Itu memamng betul. Cuma kalau nak cerita pasal tak sembahyang, lagi banyak. Apa kata kita khaskan pada “aktiviti blogging” sahaja dulu.
bila dapat income dari berblogging ni secara tak langsung kita dapat duit dari advertising sebenarnya kan..
blogger merupakan satu ejen media elektronik baru yang dah makin popular sejak media seperti televisyen..tak hairan ar kalau kos pengiklanan sahaja dah memakan jutaan ringgit..fungsinya cuma satu..untuk mengetengahkan produk atau service sedia ada tu…
so secara tak langsung blogger ni bertindak sebagai platform di mana para advertiser ni mencari peluang untuk marketkan produk mereka melalui advertising blog..
jika mau kata blogging itu haram aku tak nampak plak dimanakah perkara yang menyebabkan ianya menjadi haram..adakah sumbernya?adakah blogger itu sendiri menulis perkara fitnah dan memudaratkan orang lain?
orang Malaysia terutamanya Melayu seringkali berprasangka bila ada sesuatu yang luar dari kebiasaan..memang takde mazhab yang menulis blogging itu adalah haram atau dalilnya..sebab masa dulu tak wujud lagi perkara ini..
samalah macam dadah..kalau dulu mana ada dadah..tapi sudah termaktub di dalam Al-quran yang mana segala perkara yang mengkhayalkan, memabukkan serta memudaratkan adalah haram disisi Islam..
Itulah sebabnya dunia MLM di Malaysia ni amat terkenal, sampaikan blogging pun orang kata MLM..tak gitu?
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 7:12 pm
Perghh.. powrlah komen Reezluv ni, sehingga berjaya membuat aku berfikir lebih dari 10 minit akan hal yang berlaku di sekeliling.
Thanks atas komen yang “berisi” ini
Sebenarnya tak boleh nak salahkan dia jugak. Ingat lagi masa aku jaga CC aritu. Ada sorang brader ni tanya aku apasal tak boleh bukak blog dia. Aku pun dalam hati (fuyo!! blogger jugak tu..). Akupun pergilah tengok PC dia tu.
Rupanya nak bukak web browser pun dia tak tau. Patutlah tak boleh bukak. Dan selepas aku bukakan firefox untuk dia, barulah dia mula menulis alamat blognya.
Blogstarz.my rupanya.. Huhu..
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 7:10 pm
Yup… macam yang aku katakan tadi, at least dia bertanya.
Cuma cara dia approach soalan dia tu agak “lain” sedikit.
reezluv Reply:
October 21st, 2009 at 8:06 pm
mesti panjang gilebabas urlnya kan?hehee
Biasalah tu mereka yang baru belajar memang agak konfius sikit pasal ilmu internet ini..Saya juga lebih kurang Macam saudara Aiman ini..lama-kelamaan bila kita expose kat benda ni hampir setiap hari barulah kita akan nampak apa yg dicari oleh kita selama ni..tapi saya rasa saudara Aiman ini memang agak bagus (sebab bertanya) Selamat berjaya!
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:22 pm
Yup, betul.
Dan tujuan entri ini diterbitkan sebenarnya boleh membantu blogger-blogger lain dalam mencari jawapan yang sama.
Saya ingin rasa terpanggil untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka yang mengatakan bisnes internet adalah haram di sisi undang-undang Islam.
Haram
1) Sekiranya anda ragu-ragu. Maka jatuh hukum haram walaupun bisnes itu halal.
2) Menggunakan duit dari sumber haram, tetap haram, walaupun bisnes itu halal.
3) Meletakkan gambar seksi atau lucah di blog dan mendapat hasil, itu adalah haram.
Seperkara lagi sekiranya anda join program MLM terutamanya, saya ada mendengar pertikaian dari segi memaksa downline melakukan perniagaan mengikut sesuatu had baru menerima bonus, menerima bonus tanpa mengenali downline ia seperti makan atas angin, meletak harga yang terlalu mahal dari harga biasa dan beberapa perkara lagi. Ia sudah di labelkan HARAM.
Persoalannya di sini bagaimana anda boleh mengatakan ia HARAM, kerana ia adalah perjanjian perniagaan. Had untuk dapat bonus, dapat duit dari downline yang tidak diketahui atau meletakkan harga tinggi dari normal itu bukan satu ukuran HARAM.
Apabila perjanjian telah di setujui oleh anda, TIDAK ADA perkataan HARAM melainkan ia membuat sesuatu yang sememangnya haram.
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 10:44 pm
Itulah yang di namakan AKAD perniagaan.
Hmm, seperti biasa blog ni sure meriah dengan komen! Bagi aku ler topik kali ini sama ler macam AYAM asal hukumnya HALAL tapi kalau disembelih tak mengikut tertib & hukum Islam..akhirnya jadi HARAM ler dimakan. Itu ler pandangan seposen aku
P.S – Kat negaraku ini walaupun mufti dah keluarkan fatwa sekalipun menyatakan sesuatu perkara itu haram..tetapi ‘dihalalkan’ jugak! Atau pun jatuh hukum HALAM (haram + halal) (uisk..apa aku cakap nih? Muahahahahahaaa!!!)
rohaizad Reply:
October 21st, 2009 at 10:49 pm
Walaupun komen bro Zol ni simple, tapi mendalam sebenarnya… lalalalala
Buat terkejut aku je izad ni.tajuk tu buat aku
tertanya apa yang haram ni.baru bulan lepas tengok
ceramah agama.cari maklumat sekarang senang melalui
blog.takkan kita tak tahu.memfitnah orang
tanpa unsur periksa.
hebat benar tajuk ni.nasib baik tak sakit jantung.
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:19 pm
Itu baru tajuk… hahahahah
aku tak kisah haram ke halal duit blogging…sebab aku tak nampak sebab haramm…..
so, teruskan je
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:18 pm
Simple tapi padat. Keep on going!
Assalamualaikum,
Tidak timbul isu blogging itu haram jika blog tersebut tidak melakukan perkara yang haram (Macam porn punya blog tu dah tentu haram kan).
Sebenarnya konsep blogging ni ada akad perniagaan. Iaitu advertiser bersetuju untuk meletakkan iklan diblog dengan kadar bayaran yang dipersetujui oleh kita juga. Jadi terjadi urusan jual beli disitu.
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:17 pm
Yup.. simple kan?
die tak nampak lagi blogging tu camne..kalau dah gi seminar, sure mudah dan dia jelas blogging itu talak halam punya
indahnya dunia blogging ni ijad..asal jalan ke sana kesini sikit ada je idea..muhaha
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:17 pm
Insya Allah.. satu hari nanti dia akan nampak. Berikan dia masa.
mcm perlu hadiah je untuk jawapan aku yg di atas tu…
hahaha…
ermmm, bilalah nak dpt blogging dgn jayanya ni… broadband hancus… ada idea?
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:13 pm
Zairizad member kita (www.Zairizad.com) terpaksa bertungku tangga tiap-tiap malam di kedai mamak semata-mata nak dapatkan WI-FI.
Padahal amik Celcom Broadband tu. Apa kes?
Tak percaya, pergilah tanya dia. Sedey….
blogging yang haram adalah apabila anda memblog sambil meminum arak..
hehehe
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:10 pm
Pulakkkkk….. hahahhaa. Salah tu. Kalau begitu bagai di kata, sebenarnya yang haramnya ialah perbuatan minum arak tu. Blog tersebut tetap halal, sebab takde kena mengena.
hehe..menarik tul entri kli ini.. terang dan jelas penjelasan yg telah diberikan oleh bro Ijad tuh.. blogging sma seperti anda membuka kedai iklan.. as long as anda tidak mempromosikan bnda2 yg haram.. insyaAllah maka..halalah rezeki yang anda peroleh
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:08 pm
Haaa… simple je kan? Tak susahpun penjelasan berkenaan blogging ni.
erm….tak perlu komen lebih kot halal haram…..
cuma GDI dengan blogging adalah lain…
Blogging dengan blogstarz juga lain…
ni aku rasa mungkin orang menjadi sangsi sebab munculnya blogstar kononnya membuat duit dari blog…padahal ala-ala mlm….
perosak betul
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:05 pm
Wahhh… lain macam bunyi nampak.
assalamualaikum,
ini adalah nasi tambah untuk blog itu halal ke?
blog adalah satu alat sahaja, senang cakap kita ada kereta, ya kereta itu alat dan halal. semua alat halal selagi tidak dibuat dari bende yang haram, kasut halal guna(bukan halal makan. tapi kalau nak makan terpulang) selagi tidak dibuat dari kulit babi.
bila ada alat mesti ada pengguna/pemilik.
kepada pemilik blog yang menjadikan pekerjaan/perniagaan/pengiklanan menggunakan blog itu halal atau pun haram ialah berpandu kepada guna blog itu, kalau promosi web porno dah sah haram. jadi di dunia ni banyak bende yang halal.
kesimpulannya, blog ialah alat buatlah kerja haram atau halal menggunakan blog ia masih tetap blog dan tidak bersalah. Jadi usah pening-pening ayuh berblog beramai-ramai. samada blog itu nak jadi haram atau halal berpandu kepada driver blog itu:)
selain al-quran & hadis….
haram halal biar fatwa yg menentukan….
dengan dikaulah aku sembah dan dengan dikaulah aku minta pertolongan (fateha ayat 5)
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:03 pm
Semua orang tahu tu Zul … hahahahah
Salam blogger semua..pertama skali sy pon x sangka soalan yg sy tnya ni menjadi topik entries pro blogger malaysia ni.. niat di hati juz ragu2 bertnya mengenai dunia blogging ni..xsangka lak ramai yg beri maklum balas… sy mntk maaf kerana bertnyakan soalan kebudak2kan ni…seperti yg sy btau dlm emel kat ats..sy ni masih naive/mentah lg dlm bab2 dunia blogging,cari pendptn kat int dan sebagainya..so tahap curiosity tu tinggi..xde niat langsung sebenarnya nk menyinggung perasaan bloggers2 yg dh lama bekecimpung dlm dunia cri pndpatan kat int ni..sy mntk maaf.. sy cuma keliru..mungkin cara sy approach bertnya tu x kena bila membabitkan hukum halal haram…dan sy septtnya buat research dulu dlm bab2 ni bknnya main hentam keromo je bertnya..
Terima kasih pada bloggers2 yg memberikan penjelasan.. Penjelasan blogger suma membuatkan sy tetarik nak mendalami ilmu2 dlm membloggerskan diri.diharap suma dpt memberikan tunjuk ajr.
Akhir kata..apakah platform yg sesuai bg beginner cam sy untuk bljr dan mendalami ilmu2 dalam bidang2 ni.. sy amat sgt berminat..memandangkan sy ni seorang penggangur yg blum2 dpt keja tetap dan dh tu skang plak ngah mengusahakan ternakan lemak secara besar2ran kt umh hhehe..drpd sy dok membesarkan perut bek sy bljr sumthing yg bermanfaat…
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:02 pm
Takper Aiman… sebenarnya semakin lama kita mengetahui apa yang ingin diketahui, semakin elok untuk diri sendiri. Mengenai penjelasan blogger lain yang diberikan di atas, just jadikan satu batu loncatan untuk ke hadapan.
Lagipun seperti yang aku katakan di awal komen, ada yang akan menjawab secara rasional dan juga emosional. So take it easy.
Niat kamu memang baik tapi mungkin cara kamu approach itu kurang sesuai kot. Untuk mendalami ilmu blogging, lebih elok jika kita mempunyai personal blog terlebih dahulu.
Mengapa?
Sebab kalau blog semata-mata untuk duit, ianya tidak akan ke mana. Blogging ini kena ada “feeling” sket… ekekekeke
aiman Reply:
October 22nd, 2009 at 8:33 pm
tq abg rohaizad…sy ni muda belia lg so bahasakan pggl abg la ek huhu… dah ada blog sndri(blogspot)…juz dok tulis kisah2 diari kehidupan je…tp xtau nk start camana..apa langkah pertama skali utk beginner..abg ada x sumber2 ilmiah yg mudah difahami how to start at first..ataupon learn by hard…menggooglekan diri mencari maklumat.. sy teringin nk p seminar abg,ataupon personal coaching..sy salu lpk JB
rohaizad Reply:
October 22nd, 2009 at 8:44 pm
Begini, dalam dunia blogging.. aku selalu refer pada Darren Rowse. Lawatilah blog dia di http://www.Problogger.net.
aiman Reply:
October 22nd, 2009 at 9:01 pm
tq…sy akn cuba mendalami setkt mana yg termampu…
Shaffik Reply:
October 22nd, 2009 at 9:56 pm
Aiman,
Jika ada keraguan sila bertanya sebelum sesat jalan. Rasernya apa jawapan yang aiman mahukan rasernya sudah pun terjawab kan..Tak salah rasenya mengucapkan Selamat datang ke Dunia Blogging…
Internet is just a medium.
[...] punya stail ni. Aku punya la tak pkiaq panjang aku terus semberono tanya soalan yang sangat naive. Soalan yang aku tanya menyebabkan aku dihentam balik oleh para commentor dan diberi penjelasan oleh bro rohaizad sendiri. [...]
Diulas pada July 12th, 2011 at 3:40 pm