Adsense: Rahsia Kegagalan Newbie (REPORT PERCUMA)
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: October 24, 2009 online
Aku baru sahaja habis membaca satu ebook percuma yang baru di releasekan oleh rakan internet kita saudara Zamlan bin Shamsuddin. Sebenarnya terus terang aku katakan aku tidak pernah kenal pun siapa Zamlan ini tetapi setelah membaca ebooknya yang satu ini, agak terharu juga kerana ianya bukanlah cerita yang sengaja di reka-reka.
Bukanlah kerana ebook ini bersifat Pay Per Lead, tetapi info di dalamnya itu yang membuatkan aku terdorong untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sehingga khatam membacanya sampai habis.
Ya, email ringkas ini membawa berita khabar malang buat saya, akaun saya telah di BATAL kan oleh pihak Google Adsense. Saya hanya mampu tersandar selepas membaca email ini. Harapan menggunung saya kini lebur dengan perkhabaran ini. Dalam tempoh masa setengah jam, mood gembira saya bertukar kepada sedih yang amat sangat.
Sebagai seorang blogger, info sebegini haruslah di miliki kerana kita ini semuanya menuju jalan tua. So kadang-kadang tu ada sahaja yang membuatkan kita alpa dan lupa dengan T.O.S adsense itu sendiri. Di tambah lagi dengan kemaruknya blogger Malaysia yang sanggup mengenepikan halal haram semata-mata kerana wang.
Dan mesej yang di sampaikan di dalam ebook ini cukup JELAS sekali. Syabas kepada penulis ebook ini!
Google tidak menerangkan secara detail mengapa mereka membatalkan akaun saya. Seperti yang anda boleh lihat melalui email mereka di atas sana, mereka hanya menerangkan bahawa langkah ini di ambil demi menjaga kepentingan Advertiser dan Publisher lain yang berdaftar dengan mereka.
Jika merasakan diri kita di pihak yang benar, kita hanya boleh membuat permohonan untuk penilaian semula akaun. Namun, harapan untuk mereka pulihkan akaun adalah sangat-sangat tipis.
Ramai yang “menonggeng” dan “jatuh terduduk” kerana akaun adsense mereka di banned tetapi tidak ramai yang mencari pengajaran di sebaliknya. Yang paling sedih, apabila teknik blackhat sanggup di guna pakai semata-mata kerana wang.
BAHAGIAN 4 – BUKAN SEKADAR KEHILANGAN WANG RINGGIT SAHAJA
Secara kasarnya, berikut ialah nilai kerugian dari segi wang ringgit ;
Baki dalam akaun Google Adsense : RM 3400 ( USD 980 )
Jumlah wang digunakan utk PPC : RM 1200
Duit untuk domain dan hosting : RM 100
Jumlah wang yang hilang : RM 4800*Jumlah di atas tidak termasuk beberapa ratus ringgit dilaburkan untuk membeli ebook-ebook berkaitan Adsense.
Apabila wang menjadi paksi kepada perasaan tamak, maka di situlah hasil haram diberikan kepada anak, isteri dan juga ibu ayah sendiri.
Hasil dari proses muhasabah diri, barulah saya sedar banyak kesilapan yang telah berlaku sepanjang saya menyertai program Google Adsense. Ada kesilapan yang saya tidak sedari dan ada juga yang saya sedar, tapi SILAPnya, saya endahkan sahaja.
BAHAGIAN 7 – PANTANG LARANG DI DALAM ADSENSE
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, memahami dan mempraktiskan terma yang disyaratkan (TOS) oleh pihak Google Adsense adalah sangat-sangat penting… ”
Penulis: Zamlan bin Shamsuddin“
Aku berani cakap kalau siapa tak dapatkan ebook ini, memang dia rugi. Ebook ini adalah satu “realiti” seorang insan yang cuba untuk menjana wang dari program Google Adsense tetapi akibat dari sifat tamak dan ingin mendapat duit cepat, maka diri sendiri yang menerima padahnya.
Terus terang, aku suka apabila seseorang itu sanggup berkongsi kisahnya demi untuk pengajaran umum (sebab aku pun suka berkongsi juga!)
Info-info sebegini cukup memberi makna kerana dalam kehidupan kita ini, hanya ada 2 cara sahaja untuk belajar melalui kesilapan iaitu:
1. Belajar dari kesilapan sendiri.
2. Belajar dari kesilapan orang lain.
Jadi janganlah lakukan kesilapan yang telah di lakukan oleh orang lain.

=====> Download sekarang JUGA!!!
p/s: Kalau dah habis baca, bolehlah kongsikan pengalaman masing-masing di kotak komen di bawah sinun!



Wah ebook baru. kena download ni. tahnks for the info
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 11:16 am
Ada “sesuatu” yang boleh di ambil iktibar. Opsss… member SmartBlogging kita Alan ada tau dalam ebook nih!!!!
p/s: rugi tak download woooo….
cyza Reply:
October 24th, 2009 at 10:06 pm
Aku dah download, print dan “dengar” isinya tadi. Yang specialnya kali ini adalah aku tak baca tapi bini aku yang bacakan dari A to Z. Aku tumpang simpati lah pada penulis…tapi nak buat camna…nasib lah…
aku pun pernah kena banned, tapi aku rayu dan nasib aku baik, google terima aku balik…sampai sekarang aku jaga betul2 akaun aku…
Anyway, minta bini bacakan ebook adalah satu cara mengeratkan hubungan suami isteri…huhu
Raman Reply:
October 25th, 2009 at 10:19 am
betul betul betul
salam ijad,
adsense oh adsense
apapun 22/10 lps dpt poskad dr CA 94043 USA
insyaallah awal nov leh isi form WU utk kali pertama
(sekadar berkongsi rasa ini dgn sifuku)…..wahkahkahkahkah
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 12:07 pm
Selalunya maca tu, step by step. Biar lambat, tapi berkat
Thnaks Jad kongsi sumber baru yang berguna ni. Aku dah download. nak baca sekarang..
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 12:08 pm
Yup, best sebab ini bukan tips-tips mengarut. Ini kisah benar dan boleh mengingatkan kita yang kadang-kadang alpa.
samdaddycool Reply:
October 24th, 2009 at 12:14 pm
Wah.. dah ada email notifications kalau ada ‘someone replied to your comments’
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 12:15 pm
“Untuk kebahagiaan bersama”… hahahahah, tak gitu En Sam?
samdaddycool Reply:
October 24th, 2009 at 12:17 pm
Yeah.. bebeh.. aku turut merasa bahagia.. muahahahhaha
Fatin Pauzi Reply:
October 24th, 2009 at 1:03 pm
Rasa bahagia lagi tak? Saya tambahkan rasa kebahagiaan. hehe
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 1:05 pm
Maunya tak bahagia… lama giler orang di sana kita tak bertandang ke sini. Ingat orang di sana dah lupa orang di sini….
samdaddycool Reply:
October 24th, 2009 at 9:57 pm
Ada iras-iras dialog cerita P.Ramlee nih..
Fatin Pauzi Reply:
October 25th, 2009 at 1:00 am
Mane ade lupe. Still bertandang tapi hanya melihat2. hehe. Saya lak rasa bahagia. haha
Dah baca separuh jalan tadi, nanti sambung lagi sebelah petang. memang bernilai buat saya yang baru nak cuba ni.. at least ambil ikhtibar..
jangan lupa malam ni pukul 10.00 mlm, TV3, Nora Danish ….
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 12:09 pm
Yes…. yes….!
Untuk Nora Danish, semua acara malam ini dengan rasminya akan DIBATALKAN. huhuhuhu
Tunggu kat rumah baru boleh download.
Baru tenang dan senang nak baca..
Mesti byk panduan ni
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 12:09 pm
panduan tu tak berapa banyak Zool, tapi yang mahal dalam ebook ini ialah PENGAJARAN.
terima kasih for info. xpernah buat teknik blackhat tapi buku ni memang beri banyak pengajaran (-_-)
Thanks bro atas perkongsian ini. Btw, dalam minggu depan saya akan hubungi bro ijad pasal JB tu kalau saya dah sembuh ye.
* minggu ni medical checkup lagi. Haish..
saya salah seorang peminat adsense. sy bace sekali imbas saja.bila selak, sy dah tepu dengan info2 dan pengajarannya.tp bila terpandang 1 ayat tu,terus sy buat sb ade logiknya.hehe
thanks bro sbb share ebook ni.
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 1:18 pm
Kamarul, dapat satu pengajaran dan info baru setiap hari pun dah cukup seronok.
Bagus ebook ni, saya dah baca.. siapa yang tak download memang rugi..
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 1:19 pm
Yup, jangan baca sekali.. baca at least 3 kali. Mesti ada satu yang akan “sangkut” dalam kepala.
fuh..br je habis bace ebook ni..
gile arh..
sempat je curi masa bc ebook…
nak exam ni..
Takleh bukak lah pulak
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 6:41 pm
Dah boleh dah.. agaknya server dia problem kot.
nice info ni…kira satu motivasi juga macamnana tak mau terlibat dengan benda benda salah dari segi agama dan undang undang.duit cari juga tapi jgn la susah kemudian hari kan bro2 ku sekalian….
Tak leh download ler bro…
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 6:40 pm
Dah boleh dah.. agaknya tadi server dia problem kot.
Ebook yang lain daripada yang lain…
Bagus…
-smartzul, KL.
rohaizad Reply:
October 24th, 2009 at 7:35 pm
Betul tu Zul. Mesej yang ingin di sampaikan amatlah berat, tapi niat penulis itu baik.
yup. berat dan aku terpaksa mengaku yang ianya agak menarik.
mazuki blog Reply:
October 25th, 2009 at 2:43 am
kenapa berat bro???hahaha
dah download…
so x rugi la…sebab da download…
hehehehe…
Tq bro..ebook yg sangat berguna..
awal2 aku dah sedut..
thanks bro..
biler nak buat ebook yg utk dijual..
baru gempak sebab mesti ko x kedekot ilmu kalo bayar heheh..
thanks bro..
Ebook yang amat berguna. Sedih jugak bila di baca. Tetapi report ini boleh di jadi panduan dan pengajaran kepada sesiapa yang bergiat di dalam adsense. Tahniah untuk penulis atas kekesalan yang di hadapai dan di terjemahkan dalam bentuk peringatan kepada semua. Report ini memang berharga untuk semua.
wah..!
info yg bagus.
tapi byk yg perlu dihadamkan.
tgh bace pelan2.
Kisah benar yang sememangnya benar. Pengalaman yang sememangnya juga pengalaman. Terima kasih bro.
orang pernah kena tutup akaun dulu adalah aku.
malu dah nak letak iklan google adsense.kena aku
muatturun report ni.
Pastinya ebook ini sangat menarik..Memang sangat-sangat disyorkan.Aku tak mampu untuk bersuara kepada yang asyik nak bertekak dengan aku pasal BH adsense.
But, ebook ini mewakili suara aku daripada anak murid ku sendiri.tahniah Lanchini!