Tipu statistik traffik – apa tindakan kita sebagai pengiklan?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: October 27, 2009 online

* Ini adalah sambungan dari ‘Soalan untuk dijawab dan dibincang’ soalan no 2:

Dalam dunia pengiklanan, terdapat bermacam-macam perkara yang perlu di pertimbangkan. Tidak kiralah sama ada pengiklanan offline mahupun online, kedua-dua pihak haruslah jujur dalam memberikan fakta sebenar mengenai perjanjian yang akan di persetujui bersama.

Untuk pagi Selasa ini, ingin sekali aku berkongsi sedikit info yang mungkin dapat “menyelamatkan keadaan” dan juga duit poket kita sebagai pengiklan. Walaupun sebelum ini blogger bertindak sebagai mereka yang “menerima wang” dari advertiser, tetapi blogger juga boleh menjadi seorang pengiklan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Aku sendiri sehingga hari ini masih lagi beriklan di “certain” blog yang aku rasakan berbaloi untuk aku beriklan. Dan aku boleh katakan bahawa amat berbaloi untuk aku beriklan di situ. Percaya atau tidak, aku telah membayar payment untuk 3 bulan sekaligus di blog tersebut (sejak bulan lepas)!

Tetapi apa yang membuatkan aku terus beriklan di situ?

Mudah sahaja.
Ini adalah kerana aku percaya yang aku boleh “gain” sesuatu dari blog tersebut. Itupun setelah aku diberikan peluang untuk meletakkan iklan aku di blog itu selama seminggu secara percuma. Dan dalam masa seminggu, aku agak berpuas hati kerana TRAFFIK yang di terima telah membawa results yang aku inginkan.

Maknanya apa yang di katakan dan di tunjukkan oleh pemilik blog tersebut bukanlah omongan kosong. Jelas sekali ADS PLACEMENT selama seminggu itu cukup untuk membuatkan aku terus beriklan di situ.

Tetapi satu perkara yang perlu diingat, bukan semua pemilik site/blog yang boleh menawarkan offer sebegitu. Dalam hal ini, terpulanglah pada kita sebagai pengiklan untuk berbincang dengan owner blog tersebut.

Walaubagaimanapun, silalah timbang fakta di bawah sebelum sebarang keputusan di ambil untuk beriklan (* tips di bawah hanya sesuai di gunakan untuk blog yang di ragui kesahihan traffiknya sahaja):

1. Katakanlah kita tidak dapat meletakkan iklan secara PERCUMA selama seminggu di site yang kita inginkan, apa yang perlu kita lakukan?

2. Adakah kita akan terus membayar untuk sesebuah harga HANYA bersandarkan pada stats yang selalunya di tunjukkan pemilik blog itu kepada kita?

3. Adakah stats itu merujuk kepada stats yang TERKINI (sekurang-kurangnya 3 bulan terakhir)?

4. Atau lebih teruk lagi, adakah STATS itu boleh di percayai (real stats atau FAKE stats)?

5. Jika ini berlaku, bagaimanakan caranya untuk mendapatkan stats yang sebenar?

6. Berbaloikah kita mengeluarkan wang kita pada pemilik blog yang “tipu traffik” demi untuk manipulasi wang para pengiklan?

Sebenarnya, ramai yang tidak perasan betapa mudahnya kita di tipu. Aku sendiri pernah melihat satu “stats” yang agak pelik di sebuah blog kerana pada hemat aku yang tidak seberapa ini, adalah amat TIDAK LOGIK jika sekiranya blog yang KONONNYA menerima unik visitor beribu-ribu lemon tetapi TIDAK mempunyai sebarang traffic graf di Alexa rank.

contoh stats

Contoh jenis stats yang di gunapakai (gambar hiasan)

Yup, itulah yang di maklumkan oleh pemilik blog tersebut di page “pengiklanan”nya. Pemilik blog tersebut siap meletakkan lagi stats blognya yang lebih kurang sama seperti yang di tunjukkan di atas itu (tetapi still TIDAK mempunyai sebarang traffic graf di Alexa rank)

Haaa.. macam mana tu?
Jika kita sebagai pengiklan yang ingin beriklan di blog “power” seperti itu, adakah terdapat cara lain untuk kita mendapatkan kepastian tentang kesahihan traffic yang diterima oleh blog itu?

Agaknya, bagaimana pula pengiklan luar boleh mendapatkan ACTUAL TRAFFIC STATS dari blog rohaizad dot com sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli ruang iklan selepas ini?

Kesimpulannya, apakah terdapat cara yang SMART di dunia ini untuk “usha” atau “menilik” TRAFFIK sebenar sesebuah blog?

Nak tau?
Kalau nak tau, kenalah tunggu entri selanjutnya ya!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 36 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. faisalhanim said:

    benda2 penipuan mcm nie la yg boleh menyebabkan blogging tue jd haram…betul tak?

    rohaizad Reply:

    Itu sudah semestinya. :)

    Apeh Reply:

    Aik … sejak bila haram dan menipu nie same?

    Haram adalah haram.Contoh,makan b*bi adalah haram.
    Menipu nie tipu lah.Contoh,Ijad dah bg kat atas tuh.

    faisalhanim Reply:

    apa maksud bro? Menipu tu halal ker? tak paham? Bukan ker perkara yg mendatangkan dosa tue haram??

    Apeh Reply:

    Haram atau Menipu,mana2 pun adalah berdosa.Apa yg patik nak bagitaw … dua benda tuh adalah b’beza.Ada lg hukum yg lain … ada sunat,makruh,harus,wajib dan tidak lupa har har haram.Itu saje.Jgn pening2,sbb patik bukan USTAZ.Mungkin tuan hamba boleh minta pandangan USTAZ b’dekatan.

    Maaf jika ada terkasar bahasa,

    ps:pandangan drp ilmu yg tidak seberapa sahaje .. sekian.

  2. safwanhussin said:

    Cis, ada jugak sambungan tu. Macam drama TV la pulak. Wat saspen je. Haha

    rohaizad Reply:

    Biasalah… hidup ini adalah satu pentas lakonan… hahahah

  3. Aqif said:

    Ish..ade juga yang menipu trafik ni?
    Tetapi biasanya kalau dah terkantoi advertiser boleh minx refund ke?

    rohaizad Reply:

    Itu terpulang pada kita dengan pihak tuan punya blog. huhuhu

  4. shahrul said:

    Tu la pasal. Senang2 je org nk tipu statistik. Itu kn cuma nombor je. Aku pula beriklan kat blog yg aku suka masuk. Jd boleh lah aku tgk iklan sendiri.

    rohaizad Reply:

    Dun worry. Ada teknik dan skill mudah untuk memastikan apa yang di paparkan itu sama dengan apa yang kita “usha”.

  5. Mantra said:

    Oh ade jugak yang menipu eh. Takpe lepas entry sambungan ni pasti lebih ramai orang akan cerdik dan bijak dan susah untuk mereka-mereka ni tipu kita lagi…Yezza…

    rohaizad Reply:

    Betul… teknik ini memang akan menyebelahi kita PIHAK PENGIKLAN. Confirm!!!

    p/s: Tapi kalau blog/site mereka itu VALID, so takde apa yang perlu hendak di risaukan. “Berani kerana benar”

  6. ejam said:

    seronok plak ikut blog entry bersiri camni, saper pengarah ini citer? khabir baktiar ker? hehe
    pelakon utama mesti Nora Danish kan…huhu

    pepehal pun thx utk tips nie.

    rohaizad Reply:

    Nantikan sambungannya ye :)

  7. Ini pun antara masalah yang kadang-kadang aku alami. Ada satu blog aku, Alexa 500k. Tapi aku tgk sebulan traffic x la gempak sangat dalam 2-3k je. So Jad, kita boleh caya ke dengan Alexa.com ni? Thanks :)

  8. AmirMohamad said:

    Saya tunggu tips selepas ini ;)

  9. Kobot said:

    Alamak.. tak sabar pula nak baca entri selanjutnya hehe..

  10. samdaddycool said:

    Thanks Jad bagi satu info menarik camni. Aku dan mungkin kebanyakan orang lain mungkin tak pernah sedar orang menipu trafik graf semata-mata untuk menjual slot iklan. Selama ni aku tak pernah tahu orang tergamak buat camni untuk dapatkan duit HARAM. Aku punyalah fikir kalau dia letak graf, dah tentu memng betul (sebab orang boleh tengok sendiri guna segala widget dan gadget yang ada PERCUMA dlm internet).. Tapi dah nama PEROMPAK, selamba badak je dia kencing orang..

  11. Wizurai said:

    newbie bolehlah nak kelentong camni agaknya…
    tapi kalau kita sebagai pengiklan, banyak tools yg boleh digunapakai…
    atau, mungkin bila kita bukak saja website/blog berkenaan, dari situ pun secara rambang boleh kita dapat impression terhadap blog/web itu…

  12. aizat kamal said:

    terbaek…

  13. mazuki blog said:

    skrg aku guna site meter dia boleh update outomatik…jadi xde la penipuan…

  14. wanmus said:

    akhirnya bro ijad melepaskan yang tersurat dihatinya selama ini.yerlah, nak menipu orang yang tak tahu bolehlah..ni tipu orang yang memang duk tengok statistik hari2..hehhee

  15. Fatin Pauzi said:

    Herm, nak offer servis pun, nak tipu orang. Ape da…
    Tapi, ade je yang tunjuk trafik tak banyak,
    tapi semua trafik die tu unik. Aku rasa ko faham ni, Ijad.

  16. alone said:

    ikhlas dan jujur. dengan itu orang akan suka deal dengan kita.

  17. Shaffik said:

    Macam-macam benda kat dunia Internet..Baik yang dalam negara n luar negara mesti ada penipuan kan…Hmmmm…

  18. titan said:

    check kat seomoz, alexa, compete dengan dnscoop. Itu boleh membantu kalau nak beli iklan kat blog seseorang. memang ada yang ubah suai data dan trafik tu. Jadi, hati-hati. Aku sendiri check dulu stat sesebuah website kalau nak beli iklan.

  19. safar said:

    Banyak penipu.sebagai para pengiklan aku nak yang terbaik.
    alexa tu selalu aku buka.sebelum membuat keputusan beriklan.

    kena aku tunggu sambungan artikel ni.hehe…

  20. Nozi said:

    Salam..

    Ishk..ada juga yang tipu ek.Hmm..macam2 lahai.Sanggup ke guna duit tipu jadi darah daging pulak?

  21. Zulazis said:

    Macam/bagaimana mereka manipulasi traffic rank….?

    kena sabar & tunggu entery seterusnya….

  22. Ezad said:

    Hehe..ada org panas bontot pula bila baca entri ni, walaupun bukan masalah dia? siapa dia? hehehe

  23. hasbul said:

    bos,ade ke tipu trafik mcm tuh????
    awstat leh edit gk ke??

    rohaizad Reply:

    Hasbul, dalam dunia internet… setakat nak amik screenshot orang lain dan palsukan dah terlalu biasa. Cuba klik pada link ini:
    http://images.google.com.my/images?rlz=1C1CHMB_enMY321MY321&sourceid=chrome&q=awstats&um=1&ie=UTF-8&sa=N&hl=en&tab=wi

    Haaa..pilih…pilih. Lepas tu, edit sket-sket… TADAAAAA… dah siap!

    p/s: Mudah tak? :D

  24. [...] Ini adalah sambungan dari entri “Tipu statistik traffik – apa tindakan kita sebagai pengiklan?” [...]

  25. zaki said:

    aku pun pernah kena iklan.. di blog yg takberbaloi.. mungkin dia fake dia punya statistic traffic

  26. Dermajuv said:

    Itu terpulang pada kita dengan pihak tuan punya blog.