Tipu statistik traffik – solution.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: October 28, 2009 onlineIni adalah sambungan dari entri “Tipu statistik traffik – apa tindakan kita sebagai pengiklan?”
Semalam kita telah membincangkan mengenai kisah penipuan yang telah di lakukan oleh sesetengah pemilik blog ataupun website. Dalam diam-diam, rupanya ada di antara mereka yang berani untuk memanipulasi screenshot traffic di blog masing-masing dengan menunjukkan FAKE screenshot.
Dalam dunia internet, bermacam penipuan boleh wujud. Untuk kes ini, penipuan dilakukan dengan tujuan supaya mereka boleh menjual ads space yang ada di blog mereka pada harga yang tinggi. Pendek kata, semuanya dilakukan kerana duit.
Tetapi sebagai seorang pengiklan, kita haruslah mempertimbang dengan teliti akan KESAHIHAN screenshot tersebut. Iyalah… setakat screenshot, semua orang boleh letak. Betul tak?
So apakah yang boleh kita lakukan SEBELUM membuat keputusan untuk beriklan di sesuatu blog/site?
Mudah sahaja.
Gunakan FREE online tools yang ada di sekeliling kita dengan bijak. Percaya atau tidak, ada online tools yang kita guna selama ini boleh membantu kita dengan cemerlang.
Tools ini sememangnya PERCUMA dan kita tidak perlu membayarnya. Cuma kita sahaja yang “tidak perasan” akan kewujudan “feature” tersebut.
Apakah antara perkara yang perlu untuk dipertimbangkan sebelum beriklan?
Antara perkara utama yang boleh kita pertimbangkan sebelum beriklan di sesebuah blog ialah:
1. Kredibiliti blog dan kredibiliti pemilik blog tersebut. – Jika blog tersebut di miliki oleh blogger yang sudah ada nama seperti Hongkiat.com, Liewcf.com, Hemmy.net dan Paultan.org, maka semestinya tidak perlulah kita ragu lagi. Yang penting ialah modal yang kita ada untuk beriklan di blog mereka.
2. Tetapi jika blog tersebut tidak begitu dikenali seperti blog ini, maka sudah tentu kita sebagai pengiklan mahukan sesuatu yang lebih TERJAMIN. Maksudnya, apa yang perlu di lakukan oleh pengiklan seperti kita dalam mendapatkan info traffik blog yang ingin kita beriklan dengan tepat dan accurate?
3. Jika kita ragu-ragu dengan screenshot traffik sesuatu blog itu, kita boleh contact pemilik blog tersebut untuk memberikan KERJASAMA. Jika traffik yang diletakkan di dalam blog mereka itu betul, maka sudah tentulah kerjasama penuh akan di berikan.
5. Tetapi jika KERJASAMA tidak dapat diberikan dan di selang seli dengan pelbagai alasan, mungkin ada sesuatu yang hendak di sembunyikan.
Tapi apakah bentuk kerjasama yang perlu kita wujudkan?
Hermm… di sinilah tools online yang disebutkan di atas tadi boleh memainkan peranannya. Sitemeter.com adalah salah satu dari online tools yang boleh dipercayai. So cubalah sign up pakej yang PERCUMA satu.
Mengapa?
Kerana Sitemeter dapat membantu kita dalam mendapatkan data yang accurate. Dengan KERJASAMA yang diberikan oleh pemilik blog tersebut, sudah tentulah kita dapat melihat KESAHIHAN traffik blog tersebut.
Bagaimana untuk mendapatkan KERJASAMA dari pemilik blog tersebut?
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh di gunakan:
1. Jika traffik itu VALID, apa yang boleh kita lakukan ialah dengan meminta pemilik blog tersebut untuk meletakkan button Sitemeter (milik kita) di dalam blog mereka WALAUPUN hanya UNTUK 1 HARI.
2. Tujuannya ialah untuk membandingkan statistik traffik yang mereka letakkan pada screenshot dengan stats yang ada di dalam Sitemeter itu tadi. Jika terdapat sedikit perbezaan, itu standardlah. Tapi kalau melampau jauh bezanya, sepertinya ada sesuatu yang tidak kena pada screenshot yang ditunjukkan.
3. Sebaik sahaja buton itu diletakkan, kita boleh memantau dan monitor aliran traffik blog tersebut dan setelah kita berpuas hati, maka sudah tentu kita akan beriklan di blog tersebut. Win win situation (sila lihat contoh button Sitemeter (tracker) yang ada di bahagian sidebar blog ini sebagai contoh).
Pro dan kontra:
Bagi seorang pemilik blog yang mempunyai traffik yang VALID, ini tidak menjadi satu dari masalah yang berat bagi mereka. Apa yang penting, KERJASAMA yang dia berikan dapat memastikan pengiklan yang beriklan di blognya itu puas dengan info yang ada.
Pemilik blog dapat WANG, dan pengiklan dapat sesuatu yang mereka inginkan. Kalau traffic yang ada di dalam screenshot itu betul, maka sudah tentu kerjasama boleh di berikan tanpa sebarang masalah.
Tapi bagaimana pula kalau pemilik blog itu juga menggunakan Sitemeter.com?
Bagaimana pula keadaanya jika pemilik blog tersebut telah setkan Sitemeternya pada setting PRIVATE (seperti yang ada pada Sitemeter blog ini?)
Perlukah kita sebagai pengiklan meletakkan button Sitemeter sekali lagi di blog mereka?
Jawapannya TIDAK!
Apa yang perlu kita lakukan ialah meminta kerjasama pemilik blog itu untuk melihat TRAFFIC STATISTIC secara langsung dari LINK SERVER Sitemeter.com itu sendiri.
Haaaaa?
Melihat TRAFFIC STATISTIC dari LINK SERVER Sitemeter.com secara langsung (LIVE)?
Iya.
Jika kita menggunakan Sitemeter.com, terdapat satu cara yang ramai tidak perasan akan kegunaannya. Cara ini dapat memberikan kepuasan kepada pengiklan kerana ia boleh menunjukkan data traffic blog kita dengan VALID tanpa perlu memberikan KATA LALUAN kepada pengiklan untuk MENGAKSES ke dalam dashboard Sitemeter.com kita.
Sila lihat screenshot di bawah:

Walaupun itu adalah screenshot original blog ini, tetapi sesiapa sahaja boleh membuat version yang PALSU. Jadi, untuk memberikan pengiklan melihat screenshot traffik blog kita ini SECARA LIVE dari Sitemeter.com, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan LINK dari IMAGE PROPERTIES yang sememangnya telah disediakan.
Bagaimana?
Mudah sahaja:
1. Untuk pengguna Google Chrome, klik kanan pada statistik itu dan “Open Image In New Tab”
2. Untuk pengguna Mozilla Firefox, klik kanan pada statistik itu dan “View Background Image”

Inilah SERVER LINK yang akan kita berikan kepada pengiklan nanti. Ia bukan FAKE, PALSU ataupun seumpamanya kerana link tersebut datangnya dari Sitemeter.com sendiri (dari server mereka).
Walaupun pemilik blog tersebut telah setkan Sitemeternya kepada PRIVATE setting (hanya pemilik blog sahaja yang boleh login ke dashboard panel), mereka masih lagi boleh memberikan LINK kepada sesiapa sahaja untuk melihat traffic flow blog mereka. Sama juga kesnya bila KITA setkan Sitemeter pada level PRIVATE.
Soalan: Kalau begitu, habislah semua data peribadi seperti keyword dan traffic source blog kita di ketahui orang?
Jawapan: Usah risau kerana feature yang satu ini HANYA MEMBENARKAN orang luar melihat graf statistik sahaja. Tidak lebih dari itu. Lagipun, bukankah itu yang para pengiklan mahukan iaitu TRAFFIK STATISTIK.
Jadi pokok pangkalnya, terdapat banyak cara untuk kita tidak di tipu dan di atas itu hanyalah salah satu dari cara yang ada. Siapa yang nak tambah lagi, bolehlah kongsikannya di dalam kotak komen di bawah yea
p/s: Dah boleh buat ebook dah rasanya entri ini dan yang entri sebelumnya. Panjang betul… huhuhuhuhu







[...] tau? Kalau nak tau, kenalah tunggu entri selanjutnya [...]
Diulas pada October 28th, 2009 at 2:53 pmerk….semlm kak jie buat post ttg trafik kat blog, bukan pelesu ye…original cop sirim :p
blog kak jie bukan nak jual iklan, tapi seronok juga dpt intai trafik blog orang lain
thx utk info nie.
oklah cuba pulak sitemeter dot com, terima kasih atas info…
info yang menarik mengenai trafik..terima kasih..
wanmus.com pun jujur punye graf tau..tak baik tipu2 ni
Ijad, kalau pasang add on Mozilla Seo Quake tu, ok gak kan? Semua leh tengok, kan?
erm..camne plak statistics kat Awstats tu?memang real kan?
wah.. macam ni caranya nak convince pengiklan.. terima kasih bro! =p
Artikel berguna ni.kalau tak kena caranya.duit kita melepas pada pihak si penipu.
sebenarnya aku dah buat mnde ni selepas join sitemeter…dan memang aku punye sitemeter sesiapa pon leh tengok dan live lagi…jadi orang nak beriklan tak perlu lagi nak tanya berapa trafik sehari…screen shot terbaru la…screen shot hari ni semalam dan macam-macam lagi….
link untuk gambar tu pon valid kalau nak letak dalam forum…
Bagus artikel ni. Memudahkan pelanggan sama seperti memudahkan diri kita jugak
Salam. Maklumat yang berguna. Dalam dunia sekarang, macam-macam cara untuk orang menipu. Bukan susah sangat, cut and past aje graf statistik tu. Hehehe.
Sitemeter? aku dah lama regsiter, dah install pun kat blog..tp tak function pun…salah letak kot? Nak letak kat file mana erk?
rohaizad Reply:
October 29th, 2009 at 2:26 pm
Login balik, dah sila perhatikan ada dua jenis code. Satu javascript dan satu lagi HTML. Cuba salah satu dulu, kemudian baru lagi satu. Kadang-kadang theme tu tak support.
mazuki blog Reply:
October 29th, 2009 at 5:56 pm
better guna html punye…. pahtu paste la mana2 kat footer ke…janji dia kuar gambar dia tuh…
try n error the good way how to learn
try n right the best solution
Hai…macam cara sekarang ini
orang nak dapatkan income
sanggup menipu
ya….duit banyak dapat dengan mudah
tapi tanya hati, hati senang ker tenang ker???
wah salah satu tip yg cun dari saudara izad!
rasanya perasan pasal ada blogger yang menipu seperti yang digambarkan catatan kat atas ni.
tapi skang ni dah tahu serba sedikit mengenai caranya. tip yg menarik!