Ingin beriklan? Sila klik di sini

peraduan komen rohaizad dot com

Esok adalah permulaan bagi bulan yang terakhir untuk tahun 2009. Bermakna 1hb Disember esok akan menghitung kesemua hari dalam setahun ini kerana tinggal hanya lebih kurang 31 hari sahaja lagi untuk menyambut tahun baru 2010 (Masihi).

Jadi bersempena dengan tahun baru dan juga Hari Raya Aidil Adha ini, blog rohaizad dot com ingin menganjurkan satu contest atau peraduan untuk semua blogger, IM dan juga semua rakyat Malaysia amnya. Menariknya, peraduan ini merupakan satu peraduan yang JULUNG kalinya di adakan!

Hadiah untuk pemenang bagi peraduan ini amat menarik kerana 3 PEMENANG pertama akan mendapat SATU DOMAIN dan SATU AKAUN HOSTING PERCUMA setiap seorang. Di bawah adalah butir-butir untuk bakal pemenang:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Selamat Menyambut Aidil Adha.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: November 26, 2009 online


qurban

Esok kita akan menyambut Aidil Adha dan pastinya pada ketika entri ini di tulis ada di antara kita yang telahpun berada di kampung masing-masing.

Di Johor Bahru, sambutannya di sambut dengan biasa sahaja. Maksudnya kalau hendak di bandingkan dengan Hari Raya AidilFitri, ianya jauh ketara sekali. Berlainan pula dengan Aidil Adha yang di sambut di bahagian Utara, umum semua telah ketahui sambutan yang di berikan cukup seronok untuk di nikmati.

Tapi walau apa pun, inilah peluang untuk kita berkumpul sekali lagi. Bukan senang hendak berkumpul adik beradiks, anak saudara, keluarga serta sahabat handai kalau tidak kena pada masanya. Di tambah pula dengan cuti sekolah macam ni, pasti Hari Raya Aidil Adha kali ini cukup meriah.

Tapi apabila bercerita mengenai Hari Raya Qurban (Aidil Adha), mesti ramai yang mempunyai visi dan misi pada keluarga sendiri. Tidak terkecuali pada yang kurang bernasib baik. So apa kata kali ini kita berkongsi APAKAH PENGORBANAN yang telah kita lakukan pada diri sendiri.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

100 cerita perniagaan yang berlaku di sekeliling kita.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: November 24, 2009 online

1. Memiliki perniagaan makanan itu bagus, tapi…
===> Kalau semua bahan mentah itu hampir luput tarikh gunanya (semata-mata murah untuk di beli), maka pelangganlah yang akan menjadi mangsa. Bukan semua peniaga makanan faham akan situasi ini.

2. Memiliki perniagaan tailor (menjahit) itu bagus, tapi…
===> Kalau selalu menerima tempahan jahitan tetapi tidak mampu untuk menyiapkan dalam waktu yang sepatutnya di siapkan, itu sama seperti mereka yang hanya tahu menjual… tetapi support selepas jualan hampeh.

3. Memiliki perniagaan servis komputer itu bagus, tapi…
===> Kalau asyik memberikan spare part yang 2nd hand/tiruan (nak untung lebih) tetapi caj pelanggan dengan harga spare part baru (original) yang sememangnya mahal, dia sendiri akan kehilangan pelanggan. Ingat, bukan dia sahaja yang tahu repair komputer.

4. Memiliki perniagaan khidmat rundingan itu bagus, tapi…
===> Kalau selalu ingat akan bayaran untuk dirinya tanpa memberi penekanan pada apa yang di perlukan oleh client, maka selalunya ia akan fail. Idea dan support adalah nilai sebenar seorang consultant. Selepas itu, the money will come later sebab client akan merasakan ianya berbaloi.

5. Memiliki perniagaan jual lampu hiasan itu bagus, tapi…
===> Kalau dah sampai “adjust” meter elektrik TNB (dengan tujuan untuk mengurangkan bil elektrik), itu adalah petanda yang para pelanggannya juga adalah antara mereka yang akan menjadi mangsa (untuk di tipu). Kadang-kadang mereka tidak boleh tampung bil elektrik kerana lampu mestilah di hidupkan untuk tujuan display. Itu pasti.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ubat Yang Disangka Penawar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: November 20, 2009 online

Sepanjang tahun 2009 ini, blog rohaizad dot com telah menghubungi beberapa blogger dan Internet Marketer secara private melalui email dalam menjemput mereka menjadi GUEST WRITER (penulis jemputan) di blog ini.

Disebabkan masa yang agak terbatas, kebanyakan artikel mereka itu semua masih lagi belum siap untuk di terbitkan. Sungguhpun begitu, blog rohaizad dot com berasa sungguh bangga sekali kerana permintaan yang telah di hantar kepada saudara SmartZul telah mendapat respon yang amat baik dari beliau.

Jadi pada pagi hari Jumaat yang mulia ini, ingin dinyatakan bahawa artikel yang sungguh bermanfaat dan berharga di bawah ini telah di sediakan oleh Saudara SmartZul sendiri dan ianya amat sesuai sekali di letakkan bersama di bawah kategori Renungan Hari Jumaat.

* Ribuan terima kasih di ucapkan kepada saudara SmartZul atas artikel yang penuh dengan informasi ini. Sekali lagi, terima kasih!

[Jika artikel ini terlalu panjang, anda juga boleh download versi ebook di sini.]

Tidak semua ubat sesuai untuk semua orang dan juga penyakit. Setiap badan seseorang, hanya ubat tertentu sahaja yang sesuai untuknya.

Begitu juga setiap penyakit, hanya ubat tertentu yang berkesan untuk penyakit tersebut.

Namun, apakah yang akan berlaku apabila seseorang pesakit itu mengambil (memakan) ubat yang tidak sesuai untuk dirinya?

Sudah pasti sakit akan bertambah parah. Malah kemungkinan besar akan membuatnya tidak bernafas lagi di dunia ini…!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dik, bertenanglah dan fokus serta tawakkal – never stay in the comfort zone.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: November 18, 2009 online

Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji fokus mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji semangat mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji adrenalin mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji tawakkal mereka.

Dan hari ini, aku akan menulis sebagai seorang abang kepada semua adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Yup, satu saat dalam kehidupan yang boleh di katakan penting.

Dik,
Dahulu abang juga adalah seorang pelajar. Abang bersekolah tadika, bersekolah rendah, bersekolah agama, bersekolah menengah. Dalam perjalanan setiap satu peralihan, abang pernah menjadi pelajar yang boleh di katakan cemerlang kepada diri abang sendiri.

Tetapi setelah UPSR dan PMR, abang sudah mula merasakan yang semuanya mudah. Ini adalah kerana abang pernah berkata dalam hati kecil ini bahawa abang “boleh buat”. Waktu itu, abang memang tidak tahu perbezaan di antara CONFIDENT dan OVER CONFIDENT.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dalam apa jua bidang, kalau kita faham dan yakin dengan apa yang kita lakukan… maka keputusan yang bakal diterima selalunya dapat memuashatikan diri sendiri (sekurang-kurangnya). Tetapi kalau kita tambahkan satu lagi perkara iaitu AZAM atau CITA-CITA, maka segala impian yang kita inginkan pasti akan terlaksana.

Begitulah keadaaanya bagi sesiapa yang punyai objektif dalam kehidupan mereka. Kalau tidak percaya, tanyalah pada Tony Fernandez, Tan Sri Al-Bukhary dan juga Lim Goh Tong. Mereka ini memulakan lankah kejayaan hanya dengan satu IMPIAN.

Dan alhamdulillah… aku terpaksa akur dengan kenyataan itu bahawa IMPIAN itu penting kerana dengan adanya impian, maka akan wujudlah langkah seterusnya iaitu TINDAKAN. Tindakan itulah yang membuatkan aku dapat apa yang aku hajati selama ini.

honda

Yup, dahulunya aku pernah berhajat untuk memiliki kereta jenis compact iaitu MyVi SE Full Specs. Selang setahun selepas itu aku berhajat untuk memiliki kereta Honda Type R. Kalau dulu aku membeli MyVi berwarna hitam, tetapi untuk kereta ke-2 ini, aku berkenan pula pada warna putih. Kira sepasanglah tuh.

Selepas aku membelinya (pada minggu lepas), aku terus sahaja menelefon Boy dan WanMus untuk berkongsi berita gembira ini. Respons daripada Boy agak cool tetapi respons dari WanMus agak pelik.

Beliau (WanMus) tidak percaya sampai dimintanya aku bawa kereta baru aku tu ke UTM Skudai… alahai WanMus, manalah boleh bawak sebab nanti awek asyik sweet kat aku… susah pula nanti.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Feedburner – adakah ianya untuk anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: November 12, 2009 online

Rasanya semua blogger tahu apakah itu Feedburner dan mungkin pernah menggunakannya sebelum ini. Bagi mereka yang belum pernah menggunakannya, mungkin artikel ini boleh membantu kerana rasanya ramai dikalangan kita di luar sana yang masih lagi tidak pasti apakah tujuan Feedburner dipasang di sesetengah blog.

Persoalannya, adakah seorang insan yang digelar blogger perlu menggunakan FeedBurner dalam kehidupannya sebagai seorang blogger?

Mungkin soalan ini nampak ringkas tetapi ianya boleh dikaitkan dengan komen yang pernah di berikan oleh saudari Lizz (Liza Razak) seperti di atas.

So di sini kita akan bermain KUIZ:

Soalannya:
Ada sesiapa di sini yang boleh membantu untuk menghuraikan dengan lebih lanjut bagaimana ataupun apakah kaitan di antara komen Lizz itu dengan penggunaan Feedburner?

Jika ada, silalah nyatakan pendapat kamu di ruangan komen bawah sana. Kita lihat adakah tajuk ini boleh membawa kepada satu perbincangan yang menarik untuk disimpulkan nanti. Yaaayyyy!!!

Buat duit dari blog dan dunia blogging itu luas dan tidak tertakluk kepada mana-mana topik. Ianya bercabang-cabang dan mempunyai banyak perkara subjektif yang panjang untuk dihuraikan.

Begitu juga dengan pendapatan yang boleh di jana melalui blogging. Hampir semalaman aku memikirkan apakah bentuk pemahaman yang ingin aku gunakan untuk menyampaikan mesej kepada semua pembaca blog yang masih belum mempunyai blog.

Sebenarnya ramai di kalangan mereka yang belum mempunyai blog keliru dan belum jelas dengan cara yang boleh digunakan untuk buat duit melalui blog. Malah ramai juga yang telah mempunyai blog tetapi tidak masih lagi tidak nampak jalan untuk buat duit dari blog.

Jika kita katakan menjana pendapatan melalui blogging itu sebagai A, orang lain pula akan mengatakannya sebagai B. Tapi apabila kita katakan boleh menjana pendapatan melalui blogging itu sebagai C, maka akan timbul pula pendapat yang mengatakan ianya adalah D.

Hari ini, aku akan membuat perkiraan ringkas bagaimana seorang blogger di Malaysia boleh menjana pendapatan sampingannya hanya dengan blog yang dia miliki. Dalam kes ini, aku cuba untuk memberikan gambaran mengenai seorang blogger yang mempunyai 2 jenis blog iaitu personal blog (blog Melayu) dan juga niche blog (English)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya