Sosialnya seorang full time blogger di mana ya? – bahagian 2.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: November 1, 2009 onlineFLASHBACK:
Dulu pada tanggal 7hb Disember 2008, aku pernah menerbitkan satu artikel bertajuk “Sosialnya seorang full time blogger di mana ya?“. Pada waktu itu, aku hanya mempunyai beberapa orang rakan blogger sahaja di JB. Malah tidak keterlaluan jika aku katakan mereka ini sahajalah rakan blogger yang aku ada (termasuklah Megat.net dan Zairizad.com).
Mengapa?
Kerana hanya mereka sahaja yang betul-betul ingin tahu apa yang aku lakukan untuk meneruskan hidup. Nak kecoh-kecoh pun buat apakan… sebab kawan-kawan sepermainan yang lain semuanya buat hal masing-masing. Gaji mereka pun besar-besar .. ada yang RM5000, ada yang RM8000 dan yang lebih tinggi dari itu pun ada. Maklumlah, belajar pun tidaklah tinggi.
Bila di fikirkan, memang betul juga. No point aku ceritakan kisah aku dan dunia blogging pada mereka kerana “memang mereka tak ambik port”. Niche pendapatan mereka dengan niche pendapatan aku sungguh berlainan. Life aku hanyalah menjana pendapatan secara international. Mungkin itu jugalah yang membuatkan aku duduk “under radar”.
Bukan itu sahaja, aku juga berpendapat yang tiada apa yang boleh aku lakukan untuk dunia internet Malaysia. Hidup aku pada waktu itu lebih kepada untuk “buat harta” dan “buat duit” sebab dah lama hidup dalam kesempitan/kesusahan. Yup, ingin merubah kehidupan.
- Sehinggalah apabila aku berada di dalam keadaan yang agak stabil, maka niat untuk menubuhkan blog Melayu yang satu ini (rohaizad dot com) tercapai. Dan agak terperanjat apabila semua perkongsian yang aku ceritakan di dalam blog ini mendapat perhatian.
- Walaupun semua yang diceritakan itu hanyalah pengalaman yang sudah berusia hampir 4-5 tahun lamanya, tetapi respons yang diberikan cukup baik. Dan akhirnya hati ini semakin terbuka untuk berkongsi dengan lebih kerap lagi.
- Syukur Alhamdulillah…. kerana blog ini semakin diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Walaupun kadangkala mungkin bahasa yang aku gunakan terlalu “straight to the point”, tetapi itulah aku. Dan hari ini, aku rasa rakan blogger yang aku kenal semakin ramai.
- Sekarang, aku mempunyai ramai kawan yang aku sendiri tidak pernah kenal suatu ketika dulu. Yang kelakarnya, semakin hari semakin banyak peluang perniagaan yang boleh di pertimbangkan. Tidak kiralah dalam bidang online ataupun offline, semuanya ada… tinggal hendak mencari dan mencubanya sahaja. Pendek kata… bumi Tuhan ini terlalu luas untuk diterokai.
- Tidak keterlaluan jika aku katakan kehidupan sebagai seorang full time blogger amat mencabar kerana bukan hanya setakat dunia blogging, malah perniagaan offline juga semakin mendapat sambutan.
** Sepertinya tiada kaitan di antara keduanya, kan?
Tetapi percayalah akan satu perkara:
Pengalaman yang ada pada kita selama bertahun-tahun cukup untuk memberikan mereka (individu dan syarikat) yang memerlukan perkhidmatan khidmat rundingan (consultation).
Apabila peluang semakin banyak, maka masa yang dahulunya “banyak” semakin mencemburui. Sehinggakan pernah suatu hari tu aku LUPA pada hari. Peristiwa ini membuatkan aku tidak pergi ke solat Jumaat. Habis aku digelakkan oleh mak dan ayah aku sendiri (berlaku pada bulan puasa yang lepas). Kelakar betul.
Kesimpulannya, sesuatu perlu di lakukan untuk merehatkan minda yang semakin berserabut dek kerana projek-projek yang belum siap. Jika di tolak, dicampur, di darab dan di bahagi… hakikatnya semakin hari.. semakin tiada masa untuk diri sendiri.
Sekarang boleh di katakan hampir setiap malam aku dan blogger lain cuba untuk lari dari kesibukan itu. Siang hari dah memang takleh nak cakap, masing-masing ada hal masing-masing. Jadi nak tak nak… bila malam menjelang, itulah masa yang sesuai untuk hang out sama-sama.
Biasalah… bukan buat apa pun, just keluar makan sambil membincangkan projek yang boleh di buat bersama. Walaupun projek ini tidaklah sebesar mana, tetapi impaknya mungkin boleh mengubah “sesuatu” dalam dunia internet Malaysia kelak (jangan ditanya projek apakah itu kerana tidak pasti lagi bila boleh di siapkan huhuhuhu…
).
Berbual, berdiskusi dan mencari peluang yang ada juga sudah menjadi sebahagian dari topik perbualan. Yang paling tak bleh blah sekali bila setiap kali perbincangan di mulakan, perkataan NASI AYAM PENYEK mesti termasuk sekali. Inilah gambar Nasi Ayam Penyek yang selamat di bedal oleh aku, SmartZul dan Azree Hanifiah di medan selera Kg Melayu Majidi (depan masjid).

Dan ini pula antara gambar-gambar aktiviti yang berlangsung dalam minggu ini:



Oh yaaa…sebenarnya banyak lagi cerita yang ingin dikongsikan bersama. Contohnya malam tadi aku dan Boy sempat berjumpa dengan saudara Hirman dan brader Joe kita. Pukul 2.00 pagi baru balik rumah. Insya Allah… selepas sahaja kerja yang ada di hadapan mata ini siap, segala kerja yang tertangguh akan diselesaikan dengan segera.
Apa pun, kerja tetap kerja tetapi apabila tiba pada waktu riadah, maka kita juga perlu untuk beriadah. Di bawah ini pula adalah antara video-video yang sempat di rakam semasa bermain bowling dengan Nuaeman, SmartZul, Boy dan Azree Hanifiah semalam:
Seronok betul sebab dah lama tak main bowling. Yang penting, aku tetap maintain at least dengan Pagerank 1 (100 points dan ke atas untuk setiap satu frame -4 frame kesemuanya-). Masih lagi gagal untuk dapat Pagerank 2 (200 points and above).
Takper… dah dekat 4 tahun tak main.. so “tune” dah lari. Oh yaaa… kalau ada yang tanya apakah aktiviti riadah lain yang aku lakukan selain perkara di atas, senang sahaja. Esok petang jangan lupa untuk menonton sambungan Sumpah Bunian … itupun riadah jugak apa.







fuuuh.. tak sangkah pula, sifu Zul pun hebat juga dalam boling..
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 3:41 pm
Hebat… power tuh.
Haaa..sape kata blogger xde life??hihi..bleh jerk ajak membe2 online hang out.
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 3:41 pm
Hahahah… betul-betul.
sumpah bunian tu riada mata. jom tengok esok.
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 3:41 pm
Riadah juga tu namanya
Shukor Reply:
November 2nd, 2009 at 10:17 am
hohoho…baru nak cakap, riadah mata
Sekrang sudah on radar bukan under radar dah lagi.hehehehehe.Akan muncul banyak kapal2 atas radar tur..thanks to brother joe.ehehehe
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 3:43 pm
Brader Joe belanja sampai takleh handle satay-satay tu.. 5 orang tapi order sampai 250 cucuk!!! Giler satay apa? fuhhhh
oho..boy pun ada g JB lagi, leh ar gi kuar ke nanti..haha..tapi aku bawak yg tersayang la plak.haha..tak best la plak nanti..hehe..
apa pun kena la ada gak masa untuk diri sendiri.duk depan laptop je bosan wo..
dulu mana ada orang baca blog..skang ni je blogger dah semakin popular..peningkatan mendadak pembaca blog di Asia..aku terbaca Reader’s Digest bile tah..haha
p/s:ngah online kat big apple..:P
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:19 pm
Yup, industri blogging sebenarnya semakin extreme!
patut lah tersedak, rupanya ada orang sebut nama kah3.
sedapnya nampak ayam penyek tu? bila agaknya dpt pegi bersama.
boling!? aduila satu sukan yang aku minati. bola pun dah lama tak polish he3.
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:20 pm
Akan datang, kita akan bermain dalam kelompok yang lebih besar.
ya.. ya.. itu aktiviti sihat tu.. lama dah tak main boling.. hurmm… teringin la pulak..
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:21 pm
Jangan bermula.. nanti ketagih woo…
nikillas Reply:
November 1st, 2009 at 9:58 pm
ingat lagi dulu.. 1st time main.. pastu main.. main.. main.. tak ingat dunia.. haha.. skarang lama dah tak main.. bro dah ketagih ke..?
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 10:11 pm
Dah ketagih dah nih… esok kul 11.00 pagi nak gi main sorang-sorang. Saja jer layan…
haha..nasi ayam penyek wat aku terliur…
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:21 pm
Aku pun dah rasa macam nak makan lagi nih..
gwe failed main bowling. main wii punyer version pun kalah ngn anak sdare. muahahaha
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:23 pm
Kena kuatkan latihan lagi tuh nampaknya… huhuhuhu
aku lepas balik semalam terpikir-pikir ngan org rumah apa nak makan.. hari ni macam terasa nak makan nasi ayam penyek plak.. huhu
reezluv Reply:
November 1st, 2009 at 4:56 pm
lau ko datang ipoh..ada nasi ganja…haaha
jad,mn ada 250 cucuk!!!150 cucuk daaa,
itupun korang x leh nak abiskan….boy kekeringan idea plk nak cari pot lepak,balik2 osman…..wahkahkahkah
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:24 pm
Oh ye ker?
Oooo.. takper, next time orderlah lebih lagi.. hahahah
nuaeman Reply:
November 2nd, 2009 at 12:41 am
kalau tak abis bungkus jee bagi aku.. hahaha
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 1:32 am
Semua tu Boy bawaak balik.. dekat 80 cucuk rasanya.
Hebat ijad main bowling.. Tak terlawan. Last game tu yang tak boleh tahan. Semua dah kepenatan… Point pun jatuh mendadak..
ps. Buat full time blogging atau IM memang banyak masa terluang.. Malah terkadang, tak tahu nak isi dengan apa. Tapi kalau diisi dengan baik, insyaAllah ada hasilnya.
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:25 pm
Kalau hanya untuk setakat concentrate pada blogging, memang ada banyak masa. Tapi ni haa… ada lagi 3 order untuk weblog budget nak kena siapkan.
p/s: payment dah dapat, tapi tak siapkan lagi.
Azree Hanifiah Reply:
November 3rd, 2009 at 4:57 pm
Weblog bajet ni yang menyebabkan kerja sendiri terbantut… Hehe.
rohaizad Reply:
November 3rd, 2009 at 5:03 pm
Ahahahah… memang pun, tapi rezeki jangan di tolak.
[...] nak melihat kehebatan mereka-mereka yang bermain bowling semalam bolehlah kesini. Bookmark Artikel [...]
Diulas pada November 1st, 2009 at 6:43 pmNanti kita layan boling kat MIBC, MITC Melaka..
pusat boling terbesar Asia Tenggara dengan 52 lane…
he hehe.. aku cakap je.. tak penah pun main lagi kat situ…
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:26 pm
Boleh Zool… ko belanja, YESSS!!!
kalau buat futsal ok gak…tapi rasa cam xcukup korum je…haha
rohaizad Reply:
November 1st, 2009 at 9:53 pm
Tak sesuai rasanya. Sebab ada yang dah anak ramai, so bowling lebih praktikal.
Wei terlepas aku menunjukkan bakat aku bermain bowling…takpe nanti aku repeat..huhuhuuhuh
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 1:29 am
Ada berani ka? Hahahahah
camni ar member..dah jumpa port baru ayam penyek, kita ditinggalkan..sobb soobb..huhu..
haha..akhirnya malam ni aku berjaya melarikan dan menjauhkan diri dari ayam penyek sebab pergi ke burger king..hahaha
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 1:30 am
Burger King?
Tak mainlah…..
Ask promot nasi aym penyek je bro ni, mcm sdp je, nk try rasalh,
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 1:30 am
Rasalah…
ei, bro ijad aku bru tperasanlh, eh knpa backgrnd dh tuka y lma plk, isk2 konfuse aku, but i like it, oren clr,
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 1:31 am
You like it?
This is all for you…
Can’t you feel it?
terrer betul main boling.. masing2 strike je.. leh menuntut ni..haha..bukan setakat blogging,bowling pon leh menuntut ni..
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 6:49 am
Dekat-dekat je bunyinya… huhuhuhu
patutla si SmartZul tak balas mesej, main boling rupanya. Sumpah Bunian tu la yang menganggu waktu untuk ku study..huhu. Kekadang berblogging ni terbawak sampai ke pagi
. Tak pa cari ilmu
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 6:46 am
SmartZul power wooo… tapi kalau sebelum dia baling bowling tu ada awek cun lalu di kawasan tuh, memang sah bola akan ke longkang punya. Dia hilang fokus… hahahaha
smartzul Reply:
November 3rd, 2009 at 1:21 am
Siapa yg tengok awek tu? Aku tak ngaku.. :p
ps. Khairudin, mesej apa ye? Kot2 saya termiss utk membalas.
Ijad ni hensem sebenarnya….
Dulu prasan dh tp skang ni makin menyerlah..
Hehehe…
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 6:44 am
Wahhh… kembang kuncup aku dibuatnya dengan ayat ko ni Milsum, hnnss…hnnsss…hnnsss…
Sebuah artikel yang berjaya mengubah persepi ramai orang terhadap seorang blogger. Apa-apapun tahniah saya ucapkan.
P.S: X sabar rasanya nak merasa kebebasan masa dan wang. Tidak berhenti-henti mendaki tangga kejayaan.
Its not about whats waiting on the other side. It is about the climb.
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 7:12 am
Not only about “the climb”, but it’s also about “how you’re gonna finish that climbing”
Betul3 (suara ipin)
Salam,
Wah..seronoknya main.Lama jugak tk main ni.Tp apa yg pasti,merasmikan longkang adalah sememangnya.
Hmm,suka jugak ek korang tgk sumpah bunian tu..huhu.Cerita skrang byk kpd cerita mcm tu la pulak.Tkpe la kot sekadar hiburan.
rohaizad Reply:
November 2nd, 2009 at 10:37 am
Kadang-kadang cerita yang ringan macam ni seronok untuk di tonton. Yup,sekadar hiburan…
saya tak percaya yang blogger nie ada yang anti sosial…. tapi tak pelah… bagi saya selain tu, blogger juga boleh jadi guru pada sosial…
Bro, tempat kita discuss kat jalan tapah ari tu pun ada ayam penyet jugak cuma tak da rempah macam dlm gambo tu….
Seminar blogging, here i come…hehehehh
[...] Ijad la paling banyak strike diikuti Smartzul dan Nuaeman. Nak cerita selanjutnya, baca kat sini dan sini. Habis 4 frame, kami menjamu slera Nasi Ayam penyet di Kg Melayu Majideee. Sempat juga [...]
Diulas pada November 2nd, 2009 at 6:19 pmApa yang hang sampai banyak perkara yang bagus.kelakar pun ada.teruskanlah kehidupan sebagai blogger.hidup sebagai bloggerkan seronok.
apa kata kali kita cuba ”NASI AYAM PENYEK BEREMPAH” mana nak tahu lebih sedap ke.hehehe…
rohaizad Reply:
November 3rd, 2009 at 5:00 pm
Ayam Penyek lagi? hahahahah
bagi saya, untuk beriadah, saya pergi berenang..cuma buat masa ni stop dulu untuk bagi ruang pada aktiviti blogging.
Hmm, mungkin satu hari nanti saya akan ke Johor juga!