rohaizad dot com

ASAS PERNIAGAAN dan SISTEM PERNIAGAAN – cerita tentang punca rezeki.

Saban hari, semakin banyak email yang telah di terima bertanyakan tentang bagaimana hendak menjana duit/wang secara online. Kalau sebelum ini satu soalan telah di pilih untuk topik buat duit dari blog, tetapi hari ini kita kongsi mengenai buat duit dari internet.

Soalan ini memang sengaja di pilih kerana ianya di rasakan bersesuaian dengan kategori untuk hari Jumaat yang mulia ini iaitu “renungan Hari Jumaat”. Ianya berkenaan dengan hasil rezeki yang kita dapat untuk diri sendiri, anak-anak, isteri dan juga ibu bapa.

Sebenarnya ada beberapa persoalan yang telah timbul di kalangan mereka yang baru hendak bertapak dalam dunia internet (atau lebih mudah di katakan “menjana wang dari internet”). Mereka ingin menambah pendapatan melalui internet (kaedah online) tetapi mereka tidak pasti jalan mana yang harus dipilih.

Akhir-akhir ini, aku perasan semakin banyak program-program ‘make money from internet’ mengarut yang muncul di Malaysia ini. Buat pengetahuan semua, kebanyakan program ini telah memilih untuk menjalankan perniagaan melalui platform online dan atas sebab itulah maka aku rasa ianya satu perkara yang wajib untuk di bincangkan di blog-blog.

bankrap 2

Mereka ini buat duit atas duit dengan cara yang paling mudah. Beli domain, set up web dan masukkan script ataupun software yang diperlukan untuk menaja. Konsep yang simple di perkenalkan… klik sini, klik sana, lepas tu ada bayaran dari advertiser dan untuk blogger pula kena taja baru dapat duit. Simple giler.

Apakah nama syarikat-syarikat tersebut?
Aku rasa tidak payahlah aku sebut atau listkan nama-nama program ini kerana bukan nama program itu yang aku ingin sampaikan tetapi SISTEM PERNIAGAAN yang mereka jalankan.

Yang sedihnya, ramai di kalangan kita yang merasakan program make money online (buat duit di internet) tersebut SAH dan tanpa siasatan yang teliti, maka mereka terus MELABUR.

Baiklah, di bawah ini aku senaraikan beberapa perkara yang seharusnya KITA fikirkan bersama. Berfikirlah dengan HATI KECIL kamu semua, bukannya dengan mulut dan minda yang entah apa-apa:

Ramai yang tidak tahu apakah perbezaan di antara ASAS PERNIAGAAN dengan SISTEM PERNIAGAAN.

  • Ini adalah 2 perkara yang berbeza. Apabila kita hendak menjana wang di internet, kita seharusnya tahu apakah ASAS PERNIAGAAN bagi sesebuah syarikat yang kita AKAN laburkan wang di dalamnya.
  • Yang wujud bagai cendawan selepas hujan di Malaysia kebelakangan ini sebenarnya ialah SISTEM PERNIAGAAN, bukan ASAS PERNIAGAAN yang kukuh. Sebab itulah bila orang bertanyakan kepada aku “berbaloi ke melabur dengan program ******* ini?”

    Aku akan jawab satu jer:
    ==== > Adakah pelaburan yang di buat itu berpaksi pada syarikat yang ASAS PERNIAGAAN mereka kukuh ataupun sistem perniagaan yang berorientasi BUAT DUIT ATAS DUIT (money game)?

Ramai yang tidak melakukan apa yang seharusnya mereka lakukan.

  • Ini adalah perkara yang paling simple sekali dalam menentukan sesuatu pelaburan itu harus di lakukan atau tidak. Dan bagi sesetengah orang, mungkin fakta ke-2 ini bagai PISAU yang MENUSUK ke dada mereka. Tapi yang pasti, aku hanya sekadar berkongsi info.
  • Pernah satu keadaan di mana apabila aku cuba untuk highlightkan perihal dunia BLACKHAT, tetapi aku di salahkan kerana cuba untuk bercakap mengenai perkara yang kononnya aku tidak tahu. Tapi takper, at least tanggungjawab aku dah lepas.
  • Tapi bukan isu blackhat yang hendak sentuh di sini. Yang aku hendak aku tekankan di sini ialah mengapa alasan yang diberikan pada aku seperti:

    “Alaaa… Mufti pun belum keluarkan fatwa mengenai Blackhat, ko plak yang nak bising” ini tidak pula diterapkan pada “money game” yang telah mereka daftar.

Aku malas nak provoke balik sebab aku tahu ada yang tidak boleh jawab bila aku keluarkan soalan-soalan seperti ini:

1. Siapakah OWNER ataupun founder skim yang mereka sertai? Kalau ada, mereka ini semua “VALID” ke?
2. Adakah mereka mempunyai lesen perniagaan yang sah?
3. Adakah program tersebut mendapat kelulusan dari badan berkanun yang ada?
4. Apakah jaminan yang wang mereka akan selamat? Jika YA, siapa TRUSTEE mereka? Pihak bank?
5. Adakah program sebegitu telah dikeluarkan fatwanya oleh MUFTI? (seperti alasan yang mereka guna pakai untuk membuat blackhat!)


alasan 2

Sebab yang BERBEZA untuk ALASAN yang sama.

  • Ini pun boleh tahan gak untuk orang Malaysia. Ramai yang buat-buat tidak tahu jika sesuatu program pelaburan baru mula masuk dalam “market”.
  • Ramai yang berkata:
  • “Kita kalau hendak melabur, kita kena lihat dulu RISIKO!”

    Betul, itu memang betul.
    Tapi percaya atau tidak, kata-kata itu semuanya akan keluar setelah mereka di tipu atau sebagainya. Yang lebih menarik lagi, pelaburan beribu ringgit akan diberatkan tapi yang serendah RM10 tidak pula diberikan penekanan.

  • Hey…. RM10 pun duit juga! Jika pelaburan itu dilakukan atas dasar “ingin mencuba”, itu semua bullshit. Mengapa?
  • Sebab kita mesti INGAT bahawa beberapa tahun dahulu ALASAN yang SAMA juga TELAH DI GUNAPAKAI untuk menyertai sistem skim cepat kaya (Pak Man Telo/Swiss Cash dan seumpamanya) dan akhirnya di manakah semuanya pergi?

Semuanya kerana DUIT, mata ini dah tak nampak cara lain lagi dah…. selain $$$$ memanjang.

  • Semua nak duit senang, semua nak duit mudah. Labur sket, rekomen orang untuk duduk dalam networking dan kemudian buat duit atas duit. Produk langsung TIADA.
  • Sekarang memanglah sedap, sekarang memanglah masyuk tetapi LIHAT PADA SEJARAH dari dahulu hingga sekarang… ada tak program buat duit duit atas duit ini bertahan lama?
  • Bila dah dapat duit, semua senyum tapi katakanlah esok mereka “SHUT DOWN” laman web mereka, boleh bayangkan apa yang terjadi? Perhatikan betul-betul maksudnya… bukan LOG OFF ya (reboot, restart atau sebagainya), tetapi SHUT DOWN!!!
  • Lepas tu, diaorang blah gitu jer. Nak cari owner mereka, jangan haraplah. Sebab aku baru saja cek kat page “Hubungi” mereka dan apa yang ada hanyalah contact form, bukannya ALAMAT PERNIAGAAN mereka… hahahaha… bijak kan?
bankrap

* Sebenarnya bukan mereka yang bijak, tapi KITA yang malas, kurang selidik dan ingin buat kerja mudah. Dah besar panjang tapi tidak boleh berfikir secara logik. Benda yang terlalu COMMON macam ni pun still dipromot gila-giler.

ASAS PERNIAGAAN adalah sesuatu yang harus di beri pertimbangan, bukan KEUNTUNGAN semata-mata. Kesimpulannya, when it come to the worst… owner program sebegini tidak akan dapat di kesan. Itulah yang aku maksudkan antara ASAS PERNIAGAAN dan SISTEM PERNIAGAAN.

rohaizad

Rohaizad merupakan seorang blogger yang berasal dari selatan tanahair. Memulakan karier sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2004, kini beliau semakin suka menceburi dunia online. Selain dari aktiviti blogging, beliau juga seorang photographer dan speaker untuk seminar yang berbentuk keusahawanan.

Terkini beliau sedang bekerjasama dengan pihak RTC Negeri Johor dalam menjadikan platform online sebagai kaedah tambahan untuk semua usahawan dalam menjual produk dan perkhidmatan yang ada.

  • reply Wan Zaki ,

    Yang paling penting adalah keberkatan dan halal.
    Ingat , apa yang kita dapat akan kita beri anak bini makan. Sebab itula pentingnya keberkatan. Jangan terlalu gelap mata kerana wang. Ingat. Allah itu sentiasa menguji hambanya dan ujian yang paling besar ialah kekayaan di dunia.

    Sama-sama kita muhasabah diri.
    InsyaALLAH.

    • reply rohaizad ,

      Fokus itu memang perlu, tapi kalau dah TERLALU FOKUS, masalah gak. Nak nak bila TERLALU FOKUS pada duit. :D

      • reply Mohd Razil aka Abangmali ,

        Assalamua’laikum bro Izad n semua pembaca Setia Blog Izad nie… ,

        Semoga selamat kita berJUMAAT hari nie , insya’Allah! Bro Izad , saya agak tertarik dengan artikel bro Izad kali nie. Panasss telinga , menggelegak OTAK bila baca post tu …hehe…

        Bro Izad … banyak insan2 yg tercunggap-cunggap di dunia luar sana (terutamanya org2 kita sendiri), bekerja siang malam cari rezeki utk anak bini atau utk diri sendiri , tapi duit yg didapati dr hasil usaha mereka tersebut digunakan utk mencuba mengubah keadaan hidup mereka dgn menyertai program2 jana wang yg entah apa2 entah.

        Kurang FOKUS (nawaitu dah hilang pedoman), kurang nak SELIDIK , malas nak AMBIK TAU perkara yg WAJIB , main ikut2 jer.. , tak TAHAN GODAAN dgn AGENDA2 Skim Cepat Kaya (buta mata hati , mata kepala pulak dah pinar dgn duit jer) , nak cari JALAN MUDAH , nak KAYA CEPAT , nak BUAT KERJA SENANG dan SENANG DAPAT DUIT(dah tak larat nak bersusah payah),inilah antara2 sikap kebanyakan org2 kita termasuklah saya sendiri dulu kerana nak BUAT KERJA SENANG DAN DAPAT DUIT SENANG melalui program yg entah apa2 entah.

        Excellent bro Izad … sekurang2nya pembaca di blog nie ada sedikit KESEDARAN HATI akan perkara yg bro Izad sampaikan nie. Ikhlas betul cara penyampaian bro Izad sampai menusuk HATI …

        Entahlah sampai bila laa … org2 kita nie nak berubah (asyik2 kena tipu jer pasal mudah sangat benarkan diri sendiri ditipu – tak sedar diri lagi tue).Harap2 dengan point2 yg bro Izad berikan nie mudah2an terbeliaklah sikit mata kepala dan fikiran mereka2 tersebut , Amin!

        Banyak dah Internet Marketer di negara kita dah berikan penjelasan tentang “Apa itu perbezaan program jana wang di online dgn bisnes online yg sebenar?” Masih jugak yg malas2 nak ambik tau hal2 sebegini – dah kena batang hidung sendiri barulah nak salahkan org lain padahal diri sendiri yg tak nak beringat.

        Bro Izad , amat tepat sekali artikel kali ini , kena pada masanya(pekung org2 jahat nie perlu dibuka kerana merosakkan ekonomi masyarakat jer..). Pasal TERLALU FOKUS PADA DUITLAH(spt yg bro Izad cakapkan tu…) ORANG2 KITA HILANG HARTA BENDA.

        Maaf bro Izad komentar saya nie panjang sikit ..hehe. Bro Izad , bagus juga kalau artikel nie kuar kat akhbar tempatan muka depan. Pasti BOOM punyer …!

        Salam kasih buat semua bangsa2ku dan terima kasih bro Izad benarkan komentar saya ini dipaparkan.

        Hidup Izad!!!

        • reply rohaizad ,

          Aku tak kisah panjang mana pun komen yang diberi, janji banyak p;oint yang di ketengahkan. Thanks untuk komen yang sangat membantu :)

          p/s: Komen panjang-panjang ini bagus untuk di baca. By the way, ingat senang ke nak komen panjang-panjang. Betul tak?

          Sebab silap haribulan, nak komen pun takde idea weyyy…. hahahah

    • reply taukey ,

      hahahahaha……siapa nak rasa peda makan cili….aku pun ada join program entah apa apa dan nasib baik aku belajar dari pengalaman tersebut. tapi niche aku memang bukan kepada perniagaan internet. Aku masih tak berapa pandai bab tu. jadi aku tekankan pada diriku utk buat duit dengna blog. muahaha.

      Majulah Blog Untuk Negara

      • reply rohaizad ,

        Oiittt… En Tim!!
        Lama benar tak nampak ko kat sini. Blog ni dah ridu giler dengan nama “taukey” tuh…

        Apa projek terbaru skang?

        • reply taukey ,

          Muahahahahahaha…..aku tak buat banyak sekarang. Aku nak potong broadband dan pasang streamyx sekarang. Projek terbaru nak buat video blog dari Alang. Dan aku rasa internet connection kena mantap dari broadband. Aku masih menelaah dan analisa lagi panduan tu. Banyak benda kena aku belajar.

          • reply rohaizad ,

            Teruskan geng, aku doakan semoga success!

            p:s/ jangan lupa belanja aku nanti.. ekekeke :)

      • reply Azhar ,

        Kesimpulan nye :-

        Bila nak melabur, jangan berebut rebut…selidik dulu, kalau prouknya kukuh , akan dapat bahagian jugak.
        Company mesti ada produk..dan tengok kekekalannya (continuity) mesti ada…kalau setakat produk bermusim, payah juga dan bermacam macam lagi lah…

        Apa apa pun balik semula pada konsep menanam pokok yang saya sebtu tempohhari..

        • reply rohaizad ,

          Yup. macam maca skang nih…. fenin jugak memikirkanya.

        • reply alone ,

          setuju!

          sebba itulah kena kaji dulu sebelum buat apa2. pastikan yang sistem itu benar2 satu perniagaan. kadang2 kita dimomokkan dengan modal yang rendah serendah RM1!

          think twice.

          • reply rohaizad ,

            Yup, sebenarnya dari pelaburan RM1.00 yang kita join inilah dapat membuatkan mereka kumpul modal untuk set uop syarikat penipu yang lebih besar saiznya.

            That time, orang yang melabur beratus ribu plak yang di tipunya. Tapi semuanya berpunca dari kita sendiri yang beri mereka modal (walaupun RM1.00, tapi kalau dah 2 juta orang?) suatu ketika dulu.

            Fikir-fikirkanlah wahai kengkawan semua.

          • reply shahrul ,

            Dulu aku selalu terlibat ng program2 cam tu. Bkn x de produk. Produk ada, tapi produk yg x berguna dan fokusnya bukan jual produk tp collect duit org ramai. Skg dh sedar dh.

            • reply rohaizad ,

              Betul Shahrul. Produknya setakat “ada” sebab ramai pengguna internet tak sedar yang banyak produk MRR dan produk GIVEAWAYS yang diberikan.

              Tapi itulah, bukan isu produk yang ingin di ketengahkan sangat. Kalau produk itu memang bagus tapi “permainan” di belakangnya itu yang harus di titikberatkan.

            • reply dr.aku.la ,

              apa-apa pun kita kerja buat sahaja nak dapatkan duit semata-mata.
              yang penting.
              “kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun”
              ke-ber-kat-an.

              • reply rohaizad ,

                Satu komen yang simple tapi straight to the point! Best!

              • reply UstazCahaya ,

                S.C.A.M= scam = Siapa Cuba Akan Menyesal

              • reply PakarHowTo ,

                Bagus sekali artikel ini.
                Aku memang tak jemu membaca setiap post ko ijad.
                Bak kata ko…
                Mungkin inilah yang dinamakan “Sense of blogging” yang perlu ada pada setiap blogger.

                • reply rohaizad ,

                  Ciss.. apa kurangnya En PakarHowTo kita nie… semua artikelnya memang cukup memotivasikan :D

                  • reply smartzul ,

                    Tanda kejayaan seseorang blogger itu salah satunya adalah apabila beliau dan/atau blognya berjaya menjadi seperti magnet. Tidak perlu menarik orang ke blognya, tapi orang yang tertarik ke arahnya.

                    • reply PakarHowTo ,

                      Setuju tu SmartZul.
                      Dan tanda2 itu memang ada pada Saudara Rohaizad dan/atau blog nya ini.
                      Bermakna memang saudara Rohaizad kita ni merupakan seorang blogger yang berjaya laaa.

                      Saya ingin sekali menjadi sepertinya…
                      serius aku tak tipu ni…
                      kaulah idola ku, Ijad…cheewahh…hehe

                      • reply hafiz ,

                        yeps..aku pun stuju..2 blog yg aku musti msuk punyer..tiap2 hari..lau x msuk..xtaula..1)blog smartzul 2)blog ijad..magnet tuhhh…layannn..:D

                        • reply rohaizad ,

                          Thanks Hafiz :D

                          • reply Aqif ,

                            Magnet blog diorang ni dashyat oh. Orang kata sampai “addicted” la katakan. Tapi addicted dalam positive way, which is the content. :)

                • reply smartzul ,

                  Makan nasi ayam penyet lagi best dari dok join benda-benda scam tu. :D

                  • reply rohaizad ,

                    Ahahahahah… macam mana plak aku boleh terlupa pasal yang satu ini ya!!!?

                    Malam ni jugak aku layan Nasi Ayam Penyek :D

                    • reply wanmus ,

                      haha..ayam penyet tetap di ingatanku..hehe

                  • reply Hirman ,

                    Yang penting Siapa yang ada kesedaran kena r berkongsi.Mana ynag pernah jadi mangsa penipuan especially newbies(ISTILAH SAJER),bolehlah berkongsi,Sharing is Caring.Ramai yang akan jadi supporter kalau kita berani bersuara.
                    Walaupun RM10 kecil tapi kalau dah ramai join boleh jadi bukti yang program “mereka” berjaya.
                    So jangalah jadi nama anda sebagai list mereka.
                    Renungan Hari Jumaat.

                    • reply rohaizad ,

                      Yup, sebenarnya newbies itu istilah sahaja. Buktinya ramai yang dah lama berkecimpung dalam dunia internet pun still berminat pada benda macam ni.

                      Alasan dia ialah “ingin mencuba”. Dulu masa kena tipu dengan HYIP, easy money pun alasan yang sama di gunakan. Cubalah benda yang VALID, bukan “money game” … kan?

                    • reply madlut ,

                      tulisan bro ijad nie boleh kata always bagi kesan..
                      sentiasa ada “isi” dan nasihat…
                      best baca blog nie.
                      good jobs.

                      • reply rohaizad ,

                        Thanks Madlut, bukannya apa… sekadar berkongsi dan menulis sahaja (setelah melihat segala yang berlaku di sekeliling dan di hadapan mata) :D

                      • reply Fazli ,

                        saya pun awal2 dulu teruja dgn pendapatan yg diorang tunjuk dan byk kali tertipu gak sebelum ni. tapi pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati. sekarang ni saya lebih bertumpu kepada membina perniagaan daripada buat duit. ada beza kan jat? tq untuk aritkel yang sangat baik.

                        • reply rohaizad ,

                          Membina perniagaan itu memang bagus, tapi lagi bagus kalau dibina dengan ASAS PERNIAGAAN yang VALID. Tahniah!

                        • reply Kujie ,

                          topik kita hari ini mcm bersankut je tapi dari sudut lainlah.. entri kak jie agak personal.

                          Dalam soal ni, kita kena tanya diri sendiri, produk yang sedang kita war-war itu keperluan ke atau keutamaan.

                          Setakat jadi ahli kemudian lebur..lesap

                          • reply rohaizad ,

                            Kalau Kak Jie nak tau, ayat “Setakat jadi ahli kemudian lebur..lesap” tu dah terlalu sinonim dengan orang kita, tapi MASIH lagi ada yang memperjuangkan program sebegini di blog masing-masing.

                          • reply Shukor ,

                            Memang susah kalau cakap dengan orang yang menegakkan benang yang basah ni bro Ijad.

                            Doakan agar mereka-mereka ini mendapat hidayah untuk kembali kepada ASAS PERNIAGAAN yang sebenar…Insyaallah!

                            • reply rohaizad ,

                              Sebenarnya entri ini tidak di tujukan khas pada sesiapa. So sama-samalah kita consider setiap apa yang datang, specially pada sistem perniagaan yang TIDAK KUKUH.

                            • reply kadir ,

                              salam….engkau punya last 2 posts ini benar2 buat aku berfikir pasal buat duit dari internet…..dan juga bantu aku buat conclusion yg tepat…..thx bro

                              • reply rohaizad ,

                                No problem… ini semua cerita “masyarakat” atau dengan lain perkataan:

                                Mengeluarkan kejadian yang berlaku pada “satu kertas kajang online” yang dinamakan “blog”.

                                Sesuai benor untuk di simpulkan dengan tagline blog ini:

                                Ada mata pandang,
                                Ada telinga dengar,
                                Ada blog?

                              • reply Khairudin ,

                                pada pandangan saya la. Saya yakin ramai yang tahu. kalau bab sistem taja2 orang tu tak berkesan sangat kepada mereka yang macam kita semua ni, buang tenaga, wang dan masa. Kita tahu sistem lainlah kalau yang guna power affiliate manager sistem ke. Lagipun benda ni kita boleh nilai sendiri “join boleh” tapi boleh ke kita nak taja orang online. Delete je link hujung tu..ops! Berbeza pula untuk kepentingan bisnes. Contohnya jika Rohaizad yang ajak tak perlu lah nak ubah link tu ops!

                                • reply rohaizad ,

                                  It’s all about exposure. Lebih banyak exposure yang kita dapat, lebih bijak kita membuat pilihan. Tapi sayangnya orang kita malas membaca.

                                  Orang kita?
                                  Siapa tu?

                                  p/s: Akulah tuh… tapi itu dulu sebelum menjadi blogger. Dah jadi blogger ini makin seronok membaca wehh… serious, memang seronok!!

                                • reply Mantra ,

                                  Pesanan yang macam ni bagus untuk mereka-mereka yang baru jumpa ‘dunia internet’. betul tu ijad memang program macam ni bagai cendawan tumbuh lepas hujan…

                                  • reply rohaizad ,

                                    Kesian kan “cendawan” palk yang selalu jadi mangsa… hahahahah. Walhal irang yang meniaga cendawan itu bukanlah mereka yang terdiri dari skim cepat kaya. Mereka adalah peniaga yang jujur dan berjaya.

                                    Kelakar betul… dunia… dunia.. :D

                                  • reply hafiz ,

                                    pulau kambing jauh kat ganu
                                    gunung kinabalu kat sabah tu haa
                                    sape yg dah kene tu,tersipu-sipu
                                    sape yg belum,sendiri mau igt laaa..

                                    sekian..
                                    ps.terima ksih kt bro ijad utk entri terbaikkk..

                                    • reply rohaizad ,

                                      Orang jual kita beli:

                                      Terima kasih daun keladi,
                                      Kalau boleh datanglah ke sini lagi,
                                      Bukan nasib yang menentukan kita begini,
                                      Tapi pilihan di tangan sendiri.

                                      So yang penting, buatlah pilihan dengan bijak :)

                                      • reply hafiz ,

                                        100% stuju..pilihan di tgn kite..jomm join ijad…

                                        tq sudi beli..:D

                                    • reply Aqif ,

                                      Serius artikel ini menyedarkan siapa diri ini pada mula-mula terjerumus dalam mencari wang di internet.

                                      Nasib baiklah cepat sedar. Kalau x, alamat memang terbungkus sekali la jawabnye.

                                      Harap-harap pembaca blog ini dapat iktibar daripada artikel ini. Jangan nak amik mudah je. Lagi satu yang saya nak tekankan ialah apabila bro Ijad kata “RM10 pun duit jugak”.

                                      Sememangnya betul disitu, walaupun pelaburan serendah RM10, ia tetap dinamakan pelaburan. Jadi, pastikan anda lakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melabur.

                                      Btw, dengan RM10 inilah yang akan mengubah kehidupan anda jika anda bijak. :)

                                      *P.S: Bro, nape dah xde gravatar skarang? Ada problem ke?

                                      • reply rohaizad ,

                                        Nampaknya Aqif lebih matang sekarang. Congrats!

                                        p/s: pasal avatar tu, memang ada sebab. Theme ini akan crash dengan plugin GRAVATAR.com. Sedih betul..

                                        • reply Aqif ,

                                          Thanks bro. Ini pun atas perkongsian ilmu daripada mereka yang berpengalaman termasuk abg ijad sendiri.

                                          p/s: camne boleh crash pulak? pasal tukar themes hari tu ke?

                                          • reply rohaizad ,

                                            Haaa… itu belum dapat di kenal pasti kerana team CSI sedang investigate… ekekekeke

                                            • reply Aqif ,

                                              Wah. Siap ade CSI. Memang dah maju betul blog Rohaizad dot com ni. Hehehe

                                      • reply Shaffik ,

                                        Program-program yang tak tentu hala inilah yang membuatkan aku sedar. Sedar dan terus bangun dari tidur bahawa lebih baik berusaha kepada pekerjaan yang lebih mendatangkan hasil. Yang lebih nampak hala tujunya di masa hadapan. Sesiapa yang pernah berbual atau berjumpa dengan aku pasti aku ceritakan akan hal ini. Walaupun tidak berpuluh ribu dalam masa seminggu, atau 2 hari tetapi hati puas. Puas dengan apa yang di usahakan berbaloi.

                                        • reply rohaizad ,

                                          Kita sentiasa mempunyai pilihan. Tapi satu yang pasti kita selalu membuat pilihan yang salah. So always get back to basic.

                                      • reply Zulazis ,

                                        Saya tertarik dangan sepotong ayat dalam Khutbah Jumaat dari Khatib yang saya dengar tadi yakni “tiada manusia yang pandai di dalam dunia ini kecuali Allah Ta’ala”

                                        Yea, Sdr. Rohaizad posting kali ini membuatkan saya bertambah insaf…. di harap banyakkan lagi pendedahan2 sebegini di masa akan datang….

                                      • reply zaki ,

                                        org Malaysia ni dah banyak yg kemaruk nak duit. Tak kira halal ke haram.. semua sebat. Adsense Blackhat.. guna **** Advertising pun ramai rakyat Malaysia yg dah guna.

                                        • reply rohaizad ,

                                          Cuma rasanya belum terlambat untuk back to basic. Setiap orang ada peluang ke-2 :)

                                        • reply pedagangIT ,

                                          skim cepat kaya adalah perkara yang paling mudah untuk di manipulasi di internet…

                                          kerana apa ?

                                          sebab mudah orang melayu suka duduk diam dapat duit

                                          4D bro ….

                                          tidak kira laki atau perempuan ( sama saja :) )

                                          mereka malas untuk belajar
                                          mereka malas mengadap PC lebih dari 12jam sehari untuk mengasah memahiran mereka untuk menggunakan internet dengan menjual barang keserata duit ..!

                                          merek hanya ingin letak duit besok jadi duit!

                                          • reply rohaizad ,

                                            Yup, betul. Sebab tu lagi maju negara ni, lagi banyak cerita manusia kena tipu dek kerana program sebegini.

                                            p/s: garuk kepala…

                                          • reply Rjuna ,

                                            dapatwang dot com, klik klik dapat wang, produk takde, konon duit dibayar atas dasar mempromosi web penganjur (yg pelik penganjur berniaga apa? duit? hampeh)

                                            semua kerja nak senang je diorang ni, report bank negara karang baru menggelupur akaun kena beku

                                            • reply rohaizad ,

                                              Nanti aku nak usha web yang ko rekomen nih.

                                              • reply pedagangIT ,

                                                memang sengal…

                                                • reply mazuki blog ,

                                                  dapatwang dot com :

                                                  aku pon nak komen jugak pasal website sebab aku dah 2,3 minggu usha(tu sebab ada orang taruk iklan kat blog aku) dan aku tengok jugak populariti website ini dari masa ke masa..huhu

                                                  dari segi produk memang ada diorang berikan..berkualiti ke tidak tahu la plak kan…

                                                  tapi memang website ini tepat dengan apa yang ko katakan iaitu “money game”…

                                                  bayar then kembangkan networking + income per klik…

                                                  Halal dari segi undang2? Tidak tahu la plak…

                                                  yang pasti mnde ni Money Game…

                                                  Kepada yang join adakah anda tahu siap owner? kurang-kurang kita leh rujuk…

                                                  • reply Aqif ,

                                                    Mari kita sama-sama jalan penyelidikan berkenaan dapatwang.com :)

                                                    • reply AJ ,

                                                      Susah nak kaji kalau takda otai2x berani nak amik risiko join.

                                                      So AJ dah join untuk test berani gagal benda2x nih. Untung dapat duit belakang citer janji AJ study sistem dia berfungsi camna dan camna nak mengatasi suatu2x masalah coz bidang AJ adalah bidang pembangunan sistem web jualan. Sistem web jualan adalah sistem pengurusan perniagaan K.. website adalah sistem pengurusan perniagaan dimana asas2x perniagaan perlu diterapkan terlebih dahulu dalam sistem, baru lah ia boleh berfungsi mengikut kehedak perniagaan yang diinigi. sistem camna ia berfungsi terpulang kepada admin itu.

                                                      Takda pelaburan untuk kajian, camna nak tingkatkan kualiti servis/sistem pengurusan perniagaan kan? So AJ join dapatwang atas bidang lain K. Bab duit belakang citer. Janji 1st dapat idea/teknologi sistem Paid To Promote (PTP) ini, 2nd dapat iklan, 3rd kalau dpt duit buat pelaburan pengiklanan dan kajian semula.

                                                      Setakat ini, klik3x pun bukan semudah nak dapat duit semudah klik. Tak semudah dan apa yang AJ lihat dari pandangan kasar ini. Hanya klik berkualiti sahaja dipilih dalam dapatwang ini.

                                                      Macam mana nak pilih klik berkualiti? korang tau? Ini bukan bidang korang so takpalah AJ tak perlu tanya korang coz tak leh jawab punya apatah lagi nak banggunkan sistem itu… huhuhu

                                                      Kesimpulan di sini, ikut niat hati. Nak duit semata2x kalau kena tipu padan muka, Nak ilmu dan pengalaman & kemahiran berani untuk gagal rugi dan 100% tanggung risiko.

                                            • reply safar ,

                                              Lebih baik mereka ni berdaftar skim perniagaan mereka dengan kerajaan.banyak skim yang tak berdaftar.itu fakta.

                                              Jadi.jangan malu dan segan.daftarlah pada badan yang berkanun ye.

                                              • reply rohaizad ,

                                                nanti nak minta Safar buat satu post pasal skim yang di taja oleh kerajaan ini. Lepas buat tu, bolehlah Safar postkan di blog ini. Mesti ramai yang akan baca, boleh?

                                              • reply zool ,

                                                Tu la pasal semua nak senang je.. Mana ada senang.. Kena usaha gak sehingga ke kerlipan mata terakhir,,, huargh ngantuk.. tido dulu.. esok baru tengok reply ko zad..

                                                • reply rohaizad ,

                                                  Hahahahahah… lawaklah Zool ni… mesti tulis komen ni masa tengah ngantuk giler..kan?

                                                • reply wanmus ,

                                                  TOLONGLAH rakyat Malaysia semua..stop dari join program money game ni..JAUHkan diri anda dari duit tak halal ni..bisnes takde tapi duit dapat..so fikir2lah

                                                  • reply rohaizad ,

                                                    Sebenarnya kita bolehg berfikir, tetapi bila sampai pada simbol $$$, semuanya punah ranah.

                                                  • reply abdfatah ,

                                                    aku pun nak duit cepat jugak laa… cepat sikit dapat duit kepul2…

                                                    • reply rohaizad ,

                                                      Kalau nak duit cepat, pergi jer cucuk kat ATM tu tu… ekekekeke :D

                                                    • reply fadil ,

                                                      Thank you and jangan ikut ilmu blackhat. Nanti merugikan diri sendri. :)

                                                      • reply rohaizad ,

                                                        Baik bos… thanks for the reminder :)

                                                      • reply Lia Qistina ,

                                                        saya berpendapat masalah ni berpunca dari mentaliti “mahu cepat senang” .. kebanyakan daripada “pelabur” tu sebenarnya tak berapa suka berniaga dari interney, cuma mahu menjana wang saja tanpa mengkaji dalam-dalam halal haramnya.

                                                        -Qistina-

                                                        • reply rohaizad ,

                                                          Hermmm.. satu teori yang ada benarnya juga. Itu juga adalah satu fakta.

                                                        • reply yazidyahaya ,

                                                          Bagi aku,seseorang tu mesti ada sebab untuk membuat sesuatu perkara itu..

                                                          macam saya,duk sibuk belajar je ni ,tiada masa sangat nak buat bisnes internet dan juga blogger,tapi tunggu la dah habis belajar,,akan ku cuba lakukan apa yang telah dipelajari oleh mu bro rohaizad..ceywah..

                                                          p/s: Dua blog eden dapat PR 2,tapi dua-dua blog gadget,,aduhai,,hehehehe

                                                          • reply rohaizad ,

                                                            FOkus itu adalah satu jaminan yang baik untuk sesuatu perkara.

                                                          • reply Gaban ,

                                                            semuanya dari akad jual dan beli…ada buyer ada lah duit mashukk.. bukan komputer bagi duit…apa2 pun yg penting halal kalau tak masuk neraka kena makan bara api yang mendidih sehingga mengeluarkan nanah yang busuk…
                                                            peace bro.

                                                            • reply rohaizad ,

                                                              Oiittt…lama menghilang bos! Mana pergi?

                                                              Apa pun, apa yang ko cakap tu memang betul. Nak berniaga ni kena bersih dari segalanya.

                                                            • reply hairulbiz ,

                                                              satu artikel berbentuk muhasabah diri.banyak juga program buat duit di internet tetapi dari sudut hukum islam perlu juga diteliti.konsep Perjudian murni terlalu banyak digunakan dalam beberapa program buat duit dan rata2nya jelas menunjukkan ia tidak selaras dengan kehendak islam.Saya berpendapat sekiranya hasil lebih ditekan kepada “pay per head” wajarla dijauhi sebab bercorak kepada sistem piramid.boleh rujuk laman web ustaz zaharuddin sebagai panduan.sekadar berkongsi pandangan.

                                                              • reply Penang ,

                                                                pendapatan kat internet terlalu banyak, sehingga org2 yang baru tak dapat beza yang mana bisnes internet dan yang mana bukan. Pastu tak tahu bagaimana nak mula buat bisnes internet.

                                                                • reply rohaizad ,

                                                                  Itu yang di namakan information overloaded… adehhh

                                                                • reply aman ,

                                                                  semua nak senang jer, janji dapat duit sudah, sehingga lupakan asal usul duit tersebut. hmm.

                                                                  p.s : macam tau jer syarikat yang diperkatakan tue. hehe.

                                                                  • reply ramzy0 ,

                                                                    korek korek korek. yg biz mlm yang tengah hot skunk ni, modal rm21k tu, jauh disudut hati gue rasa macam money game jugak tu. ramai bdk yg terjebak skrg

                                                                    • reply Mengapa buat duit dari blog BUKAN untuk anda. | serikinmari ,

                                                                      […] rohaizad dot com » Asas perniagaan dan sistem perniagaan – cerita tentang punca rezeki.(1407 days […]

                                                                      Leave a comment

                                                                      • Follow saya!


                                                                      • Facebook

                                                                      • Instagram saya


                                                                      • Hubungi