Keliru – beri peluang pada diri.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: November 7, 2009 onlineHari ini hari Sabtu dan pastinya ramai yang mempunyai agenda masing-masing. Ada yang hendak pergi bermain bowling, ada yang ingin bersama keluarga di rumah, ada yang ingin memancing dan mungkin juga ada yang ingin makan Nasi Ayam Penyek. Tapi walau apa pun yang ingin di lakukan, pastikan keselamatan diri dan keluarga di titikberatkan.
Kalau hendak diikutkan, rasanya blog ini juga ingin berhujung minggu tetapi ada satu perkara yang aku harus kongsi. Ini kerana aku risau jika ada yang keliru dengan entri-entri yang aku terbitkan kebelakangan ini.
Begini, ramai yang tidak percaya bahawa TIADA ISTILAH WANG MUDAH dalam dunia internet. Ramai yang bertanya kalau semuanya susah, bila pula mereka akan berjaya seperti orang lain yang telah berjaya? Adakah mereka perlu tunggu sehingga 1 tahun? 2 tahun? 3 tahun atau 5 tahun?
Baiklah.
Biarlah aku berterus terang dan semoga apa yang aku kongsikan di sini dapat membantu.
Sebenarnya pendek atau panjang masa yang di ambil untuk berjaya bergantung pada inisiatif dan usaha tambahan yang ada pada diri kita. Setelah banyak wang kita di habiskan untuk beli itu, beli ini, bayar itu dan bayar ini…. ada satu lagi yang kita selalu tidak perasan iaitu TINDAKAN.
Mengikut kajian, apa yang kita belajar atau apa yang kita jumpa untuk di jadikan santapan MINDA hanya dapat bertahan dalam 48 jam sahaja. Maknanya kalau hari ini kita terjumpa satu info yang BARU + BERGUNA dan dalam masa 48 jam kita TIDAK PRAKTIKKAN ilmu yang kita jumpa itu… maka amatlah susah untuk kita “recall” semula ilmu itu.
Begitu juga kalau kita sedang surf internet kemudian terjumpa teknik-teknik baru yang boleh membantu kita menjana wang. Jika kita “tangguh” untuk mempraktikkan teknik yang telah di baca itu lebih dari 2 hari, maka fokus kita akan lari. Dan akhirnya ia akan terbiar begitu sahaja.
Jadi bagaimana pula dengan info yang di perolehi dari seminar-seminar/bengkel ilmu atau consultation?
Jawapannya: Sama JUGA tetapi lebih BAHAYA!
BAHAYA?
Iya benar.
Sebab dalam kes untuk seminar/bengkel, kita telah mengeluarkan MODAL dan ini bermakna ada WANG yang telah di belanjakan. Tidak kiralah seminar blogging ke, eBay ke, web development ke, self development ke, business management ke, wealth planning ke atau apa sahajalah… semuanya bermodal dan PERLU DIPRAKTIKKAN.
Pendek kata, semurah atau semahal mana pun seminar/bengkel yang kita sertai, tetapi kalau kita TIDAK PRAKTIKKAN apa yang telah diajar atau di perolehi dalam masa 48 jam… maka memang agak sukar untuk kita recall semula apa yang telah diberitahu dalam seminar/bengkel tersebut.
Dari 2 hari, di tangguh ke 3 hari. Dari 3 hari, di tangguh ke 4 hari. Dari 4 hari, di tangguh ke 5 hari pula. Lama-lama sampailah seminggu. Tapi seminggu itupun rasanya okay lagi sebab hakikat yang selalunya terjadi ialah kita masih lagi terus menangguh sehingga kita tidak sedar, rupa-rupanya sudah lebih dari 30 hari (sebulan) kita still tidak buat apa-apa.
Sebab itulah apa yang di katakan di atas tadi iaitu TINDAKAN amatlah penting. Buat sedikit-sedikit pun tidak mengapa, janji ada “continuity” atau kesinambungan dari apa yang telah di pelajari. Malah, itulah yang TERBAIK untuk di lakukan.

Kerana apa?
Kerana di situlah terletaknya perbezaan antara ORDINARY dan EXTRA-ORDINARY people. By the way, tahukah kita perbezaan di antara ordinary people dan extra ordinary people?
Tidak tahu?
Begini,
Mereka yang melakukan kerja yang LEBIH (EXTRA ordinary people) pasti akan melahirkan result yang BERBEZA. Dan di sinilah kita harus bertanya pada diri sendiri:
“Pernah kita beri ruang pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang “EXTRA ORDINARY”?
Jika ada, maka kita seharusnya percaya yang kejayaan tidak akan datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha yang EXTRA. Selepas itu barulah datang NIKMAT WANG MUDAH.
Yup… untuk “merasa” nikmat WANG MUDAH, itu memang boleh dan POSSIBLE sangat cuma sanggup atau tidak kita BERSABAR dan YAKIN serta PERCAYA dengan apa yang kita lakukan.
Contoh ringkas nikmat WANG MUDAH yang kita boleh “rasa” ialah seperti apabila kita bangun dari tidur dan melihat ada pembayaran yang masuk ke dalam akaun Paypal kita. Di bawah adalah contoh kes “bangun tidur duit masuk” (WANG MUDAH) yang aku “rasa” Subuh tadi:

Itu bercakap pasal “rasa”. Tapi dalam masa yang sama, kita sebenarnya telah BERSUSAH PAYAH terlebih dahulu. Dan kesusahan itupun kita telah “rasa”. Jadi apabila kita mendapat imbalannya, maka di situlah wujudnya rasa WANG MUDAH.
Memetik kata-kata dari sesi ngeteh bersama rakan blogger dan IM malam tadi, semuanya memerlukan semangat dan niat yang betul. Jika niat dah tak betul, lagilah haru biru jadinya.
Jadi sebagai kesimpulannya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku mempunyai banyak contoh yang boleh aku kongsikan tetapi untuk menulisnya di sini, rasanya sampai esok pun tidak habis.
*Congrats untuk blogger Zairizad.com yang baru mendapat USD45.00 malam tadi.
Dan dalam banyak perkara yang terjadi dalam dunia internet, aku lebih suka mengambil contoh dari peserta seminar aku sendiri yang telah berjaya menempuh pelbagai kesusahan dalam masa setahun ini. Aku bangga dengan semangat yang mereka ada. SERIOUS!
Mengapa mereka dan tidak orang lain?
Sebab income dari dunia blogging ini pada mulanya TIDAKLAH sama dengan mereka yang menjana wang dari internet melalui program-program lain.
Income blogging ini memang kecil pada permulaan tetapi lama kelamaan, mereka yang bersabar dan fokus sahaja yang akan dapat lihat peningkatannya.
Bukan hendak memuji seminar sendiri, tetapi aku cuma rasa tanggungjawab itu ada untuk melihat mereka dapat apa yang mereka bayar. Lagipun, baiklah aku fokus pada peserta seminar sendiri. Boleh juga eratkan hubungan silaturrahim.
Lagipun, kejadian beberapa seminar di tanah air akhir-akhir ini yang telah mendapat kritikan HEBAT dari para pesertanya sendiri cukup untuk mematangkan aku dalam mengenal erti “tanggungjawab”.
Sedih betul bila mendapat tahu ada seminar baru-baru ini yang di anjurkan oleh mereka yang “ADA NAMA” gagal! Lain yang di janjikan dalam salesletter, lain pula yang diterangkan di dalam seminar. Yang di janjikan bagaimana hendak menjana pendapatan dari *******, tapi yang di tunjukkan screenshot jualan produknya di pasaran tempatan.
Adehh… kesian orang yang datang dari jauh. Duit dah lebur, intipati seminar FAILED, soalan yang di tanya oleh peserta tidak di jawab. Kalau di jawab pun, ke laut jawapan yang diberi.
Sekarang berbalik kepada tajuk kita pada kali ini iaitu “KELIRU – berilah peluang pada diri sendiri”.
====> Lihatlah sejauh mana kita boleh pergi dengan nilai EXTRA itu tadi dan jangan cepat putus asa. Jika usaha itu berterusan, pasti akan ada hasilnya. Batu sekeras manapun tapi kalau di titiskan air sepanjang masa ke atasnya, lekuk juga akhirnya.
Oh ya, sekali lagi jangan keliru yea.. bukan semua perkara di dalam seminar ataupun bengkel mahupun kursus seperti yang disebutkan di atas memerlukan PRAKTIKAL dalam masa 48 jam.
Sebab kalau kita baru sahaja selesai Kursus Kahwin dan ingin PRAKTIKKAN apa yang di pelajari….lain pula jadinya nanti….. huhuhuhuhu







uish..ada screenshots baru..hehe
kelu jari jemari aku nk taip ape..sbb entri ni mmg dah jelas..terang lg bersuluhla katakan..thanks bro..
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 12:58 pm
Sama-sama… no hal punya.
Lagi syok kalau income blogging tu masuk masa tengah makan nasi ayam penyek. Hehehe..
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 12:58 pm
Hahahah… sebenarnya itu yang terjadi semalam. Masa sedang makan, Zairizad.com call beritahu dia baru dapat USD45.00… memang syok wooo…
Bestnye jana income blogging USD. Walau apapun, memang boleh berjaya jika letakkan fokus. Nampaknya banyak lagi le saya kene korek ilmu daripada bro ijad ni.
Btw, tahniah saya ucapkan. Rezeki tu..kalau nak transfer ke akaun maybankku diizinkan. Hahaha. Kidding
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:44 pm
Transfer?
Boleh…..
itu yang aku cuba beritahu, usaha dengan lebih gigih, lari dari zon selesa, gandakan kerja tetapi masih dalam keadaan terkawal.
Dan akan dapat duit mudah seperti yang ko kata.
Masalahnya, orang kita ni dah sebati nak dapat duit dengan mudah. Mahu cepat. Mahu yang segera. Mahu disuapkan dari A hingga Z. Sebab itu ramai yang kata mereka gagal, mereka kurang berjaya..
Pendek cerita, tanya pada diri kita, sejauh mana kita mahu pergi dan sejauh mana usaha yang kita telah lakukan. Tapi aku akui, pengalaman dan pendapat setiap orang itu berbeza.
Tahniah juga kepada saudara zairizad. Bukan senang nak dapat 45usd tu.
Ezad Reply:
November 7th, 2009 at 5:12 pm
Titan memang bukan senang, tapi tidak mustahil, semua orang boleh buat.
titan Reply:
November 7th, 2009 at 8:02 pm
betul. ianya tak mustahil.
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:25 pm
Cehh… aku ingatkan USD45, tapi USD55.00 rupanya. Ini memang kena belanja Pizza daaa…
titan Reply:
November 8th, 2009 at 8:32 pm
lebih 10 dollar tu, leh tambah beli deli wing tu. Haha..leh dapat 6 kepak ayam tu..
Jmay Reply:
November 8th, 2009 at 3:19 am
Hahaha..tahniah bro.. nak pizza jugak.
Sabar ajelah aku tengok screenshot ko ijad. Aku masih lagi menunggu telur untuk menetas ni. Lom ada yang confirm nk meminang. Merisik tu ada lah..huhuhuh :p
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:27 pm
Insya Allah… blogger Muaz, Miziology dan saudara Nuar kita dah pecah telur. Tahniah untuk mereka.
kalau wang senang dapat tentu semua orang akan jadi malas.Hatta merompak untuk mendapatkan wang pun bukan sesuatu yang mudah.tapi kalau menipu maybe senang cket dapat wang kot.Kalau pasal seminar memang sifu tip top.Pengalaman yang selama 3,4 tahun dicurahkan untuk kita aplikasikan.Just terpulang untuk kita berambil TINDAKAN atau tidak.
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:28 pm
Yup, semuanya akan terjadi jika ada TINDAKAN.
syarat pertama untuk berjaya mesti BERANI GAGAL…apabila minda sudah bersedia untuk GAGAL maka kita juga bersedia untuk buat macam2 strategi untuk berjaya…kerana KEGAGALAN itu adalah langkap pertama untuk BERJAYA … tak gitu. DOAKAN AKU BERJAYA SEPERTI BRO.
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:30 pm
Aku doakan semuanya sekali …
btul tuh. banyak ilmu n info tapi tak buat tak jadi jugak. tapi ada jugak yang dah buat tapi tak berhasil terus putus asa, tu pun satu hal jugak bagi aku lah aku rasa yang penting kita yakin dan konsisten dengan apa yang kita buat. jangan buat sekerat jalan atau tak buat langsung!
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:38 pm
Buat sikit-sikit pun takper, tapi ada kesinambungan. Dari situ, kita akan bergerak dengan lebih laju lagi.
Sebab tu ramai yang bercerai berai sekarang. Amik kursus kawin semata2 nak sijil. Bukan nak belajar. Kalau tak praktik 3-4 hari lepas kawin, mesti tak terbuatnya. So, kesimpulannya, amik la kursus kawin bila da dekat tarikh perkahwinan. huahuahuahauhau… Jangan marah Ijad.
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:39 pm
Tak marah pun.. ni tengah berkira-kira nak amik kursus kahwin.
Aqif Reply:
November 7th, 2009 at 9:51 pm
Kursus kahwin? Wah2. Ni kalau x invite memang emosional habes ohH~~
haha
Kepada Fatin Fauzi: Saya sudah berkahwin hampir 30 tahun. Masa dulu tiada kursus perkahwinan tapi sampai sekarang alhamdulillah…
Now it’s all about paper-chase. Yes! You can excel theorically, but marriage is more of sincere commitment in self & monetary sacrifice before you reap the reward in showings of your kids.
Lihat Rohaizad, dia ‘committed’ korbankan social life dengan blogging and now the reward is heaping on him.
Congrats on you Rohaizad. Kalau ‘Nora Danish’ kata ok jangan lupa jemput kerana saya sering ke Kampung Melayu.
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:40 pm
Boleh… apa salahnya. 3 hari 3 malam Kampung Melayu tu tak tidur jadinya.
huu banyak lagi nak belajar dari yang lain2 yg power tp senyap2 jek duit masyuk, kongsi la kongsi la..jgn la segan
dr.aku.la Reply:
November 7th, 2009 at 6:53 pm
tahniah ezad!
jgn berhenti di situ shj.
teruskan usaha lagi!
Ezad Reply:
November 7th, 2009 at 9:48 pm
Terima kasih, sy doakan utk semua juga rakan2 lain..:p
tahniah bro ijad…”no sacrifice no victory” sam witwicky quote..hehe..sy pon masih dlm proses mendalami dan memahami apa yg nk dismpaikan dkt http://www.problogger.net link yg bro bg arituh.. kabel TM kena curi haritu..bru ja dpt online..geram gila bru ja besmgt nk mendalami ilmu blogging ni..
akhir kata moga bro succes salu…
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:42 pm
Haaa… Darren Rowse tu sebenarnya memang satu blog yang tak pernah di lupakan. Kalau nak berbaloi, pergilah baca semua post lama dia yang dulu-dulu tuh. Lagi “original”!
wah..
lagu yg best!
bersemangat2 aku bace artikel ko ni sambil melayan lagu nih.
takde bende yg semudah yg kita sangka.
takde kejayaan tanpa usaha.
“to double your success rate, what you have to do is to double your failure rate”
tak bermakna suruh kita gagal selalu.
ia bermakna lagi byk kita usaha lagi byk pengalaman yg kita jumpe
rohaizad Reply:
November 7th, 2009 at 8:43 pm
Banyak point bagus tuh.. bagus.. bagus.
keliru ni perkara biasa. belajar, kerja. kita sebagai manusia biasa memang keliru sebab kita sentiasa belajar dan belajar.
lagi keliru, lagi bagus kerana ia bermakna kita belajar sesuatu yang baru.
bukan senang nak senang =)
betul2…
mula2 tangguh 1 hari, then 2, 3, 4..last2 sedar tak sedar dah sebulan…
benda nie memang selalu sangat terjadi, sejak dari kecik, dari time study, time wat homework sampai lah sekarang..
Irfan Khairi pun cakap, bertangguh adalah PEMBUNUH DALAM SENYAP..
Malas —– musuh no 1
Bertangguh —– musuh no 2
Kalau dua-dua ni tag team, habis hancur!
Ijad, boleh cayer ke screenshot kat atas tu?
Muaz Hadi Reply:
November 8th, 2009 at 12:54 am
hahaha. bro.zul jgn wat camtuh. kena saman nanti! :p
Betul tu tindakan.. AKu pun kadang2 terlupa nak bertindak.. Tapi sekarang dah bertindak dan apa yang diajar oleh ijad di seminar aku guna dan dapat sedikit sebanyak..
walau tak banyak tapi kira ok dari takde.. kurang2 lepas duit minyak sebulan…
kalau macam tu kursus kahwin perlu dihadiri 48 jam sebelum kahwinlah kan? hehehe… nice post… tapi saya sebelum tidur nak tgk duit masuk dulu… kalau duit tak masuk tak boleh tidur… mungkin kene ubah sikit cara keje lepas ni… tq jat…
Hmm..betul sgt la tuh..ilmu banyak didada tp klu xpraktikan..hampeh la jadi nyer.. Bila da praktikan plak, jgn la mengharapkan result nyer dpt sepantas kilat.. slow and steady..result akn dtng kemudian
pendapat aku pulak…pada permulaan kita cuba semua teknik baru yang kita jumpa…
buat eksperimen beberapa bulan tengok teknik mana yang menguntungkan atau memberi hasil yang baik kepada kita…
then, apa lagi all out la teknik yang kita rasa selesa tu…
kalau teknik yang kita cuba tuh semuanya tak berjaya…apa lagi kita berhenti dari dunia blogging…hahaha (gurau hari ahad)
pendek kata, jangan putus asa
Insya-Allah saya akan praktikan apa yang saya baca dalam posting kali ini… pecayalah ianya tidak akan hilang selepas 48 jam akan datang…
Izad nak tanya sket tu nama company ke? atau saja bagi je “OhMyWeird”. Sebab type business tu. Bukan apa sekarang Paypal dah start minta no lesen la. Ke Izad memang guna no lesen syarikat? Maybe tidak sesuai untuk saya tanya di sini tapi selepas tengok screenshot tu terdetik mau tanya
rohaizad Reply:
November 11th, 2009 at 10:26 pm
Sebenarnya kita dibenarkan buka 2 jenis akaun Paypal. Satu untuk akaun personal dan satu lagi akaun business.
Kalau ada no lesen, just submit sahaja pada Paypal. Sebab skang Paypal agak strict.
winning is a pleasure, losing is a small matter
rohaizad Reply:
November 11th, 2009 at 10:31 pm
Damn right!!!
jangan berlumba di jalan raya, mari berlumba mengejar ilmu
mcm 3rd newton law, “whenever there is action, there will be reaction”…
kalo ada action, ada hasil…
kalo xda action, xda hasil…
sekian…
Thanks dan aku akan menjana pendptn dengan jalan yang betul serta usaha yang extraordinary. wow! tak nak main shortcut lagi.
rohaizad Reply:
November 11th, 2009 at 10:29 pm
Boleh.. semua orang boleh buat .. yang penting PERCAYA
saya suka ayat ni:
…beri ruang pada diri sendiri untuk menjadi seorang yang “EXTRA ORDINARY”. You’re an inspiration.
thanks bro!
-Qistina-
rohaizad Reply:
November 11th, 2009 at 10:28 pm
Sama-sama Qistina
[...] pernah juga aku berkata dalam hati: “Kalau`lah aku tidak memberi peluang pada diri sendiri untuk melihat akan potensi blogging dalam menjana pendapatan 5-6 tahun yang lepas, pastinya aku [...]
Diulas pada December 8th, 2009 at 8:46 am[...] Kadang-kadang apabila sesuatu kerja itu kalau diberikan dengan usaha yang “lebih kurang”, maka hasilnya pun lebih kurang juga. Tetapi kalau di berikan usaha yang “lebih”, maka lebihlah hasilnya. Inilah perbezaan yang ketara antara maksud ORDINARY dan EXTRA ORDINARY. [...]
Diulas pada January 5th, 2010 at 3:23 pm[...] blog. Baiklah, sebenarnya masalah yang disebutkan di atas sangat berkait rapat dengan “kekeliruan“. Kekeliruan ini terjadi kerana arah panduan dalam berblogging tidak wujud dalam diri [...]
Diulas pada January 26th, 2010 at 1:54 pm[...] menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya? Mudah sahaja. Apa yang perlu ada ialah SEMANGAT, TINDAKAN, PENGORBANAN dan juga fikiran seperti seorang TUAN TANAH. Jika hendak mendapat pendapatan yang [...]
Diulas pada February 2nd, 2010 at 3:26 pm[...] ini pernah menerbitkan satu artikel mengenai KELIRU sedikit masa dahulu. Dan di hujung minggu yang berbahagia ini, ingin sekali aku kongsikan beberapa [...]
Diulas pada February 20th, 2010 at 12:10 pm