Ingin menggantikan iklan di bawah ini dengan iklan anda? Sila klik di sini

Artikel untuk seorang “kawan”.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Bahasa, Orang - Tarikh diterbitkan: November 8, 2009 online

“Kawan”,
Aku menulis artikel ini khas untuk kamu.

Dahulunya engkau itu susah,
Dahulunya engkau itu sukar,
Dahulunya engkau itu bermasalah,
Dahulunya engkau itu gundah gulana.

Waktu itu aku hanya melihat,
Waktu itu aku hanya memerhati,
Waktu itu aku hanya simpati,
Waktu itu aku hanya mendoakan.

Di suatu hari engkau inginkan kehidupan,
Di suatu hari engkau perlukan teman,
Di suatu hari engkau perlukan anjakan,
Di suatu hari engkau perlukan pengharapan.

Hari itu aku telah membuat keputusan,
Untuk datang sebagai rakan,
Untuk datang sebagai insan,
Untuk datang sebagai “bantuan”.

Kerana apa?
Kerana aku mempunyai harapan,
Yang engkau boleh ke hadapan,
Yang engkau boleh berketrampilan.

Aku luangkan masa yang ada,
Aku belanjakan wang yang ada,
Aku ikhlaskan semua rasa,
Aku halalkan segala tanpa sebarang syak wasangka.

Kerana apa?
Kerana atas dasar nama KAWAN.

Tapi inilah dunia yang di cipta,
Sekejap sahaja engkau sudah lupa,
Engkau ingat engkau betul,
Tapi sebenarnya engkau dah banyak “melukakan”.

Jangan di balut muka yang kononnya baik,
Jangan di tunjukkan muka yang kononnya cantik,
Kerana sebenarnya aku semakin jelik,
Dengan perangai engkau yang semacam plastik.

Engkau war-warkan pada semua orang,
Seolah-olah engkau sahaja betul,
Seolah-olah engkau tidak dipedulikan,
Seolah-olah engkau dijadikan mangsa oleh rakan sendiri.

Apa yang engkau mahu sebenarnya?
Apa yang engkau ingin kawal?
Apa yang ingin engkau sampaikan?
Kalau berani, cakaplah depan-depan!

Adakah engkau sudah lupa semuanya kawan?
PERNAH pukul 2 pagi aku masih di perjalanan,
Waktu itu aku memang beranggapan,
Yang engkau faham apa itu erti pengorbanan.

Aku bukan inginkan balasan,
Malah tidak pernah terlintas di fikiran,
Aku cuma hanya inginkan penjelasan,
Mengapa susu yang diberi,
Tapi tuba pula yang dibalas?

Walhal rakan inilah yang dah banyak berhabis untuk engkau,
Tiada apa yang aku minta,
Melainkan kesejahteraan sentiasa,
Tapi engkau…. benar-benar alpa dan lupa.

Iya…kau dah lupa satu perkara,
Apa yang kau “war-war” kan itu telah sampai ke pengetahuan aku,
Pada mulanya aku tidak percaya,
Tapi setelah aku lihat mesej engkau di ________, maka kini aku tahu segalanya.

Engkau sekarang sudah bongkak,
Engkau rasa engkau sudah bagus,
Engkau lupa pada keperitan yang lepas,
Engkau cuba bertalam 2 muka.

Aku tahu engkau akan komen di sini nanti,
Dan aku mahu lihat bagaimana engkau berpura-pura,
Kerana engkau memang handal menyembunyikan kesalahan sendiri,
Perbualan di telefon pun seperti tiada apa yang terjadi.

Hebat benar kau bersandiwara,
Bagus sungguh engkau bermain muka,
Tapi sekarang satu sahaja yang aku tahu,
Engkaulah antara kawan aku yang paling mengecewakan.

Kalau engkau rasa bersalah,
Aku rasa engkau tahu apa yang perlu di lakukan,
Tapi kalau engkau tidak sedar lagi dengan perbuatkan engkau itu,
Aku bukan boleh buat apa-apa pun.

Cukuplah,
Cukuplah untuk semua yang dah aku berikan,
Jangan harap engkau akan mendapat pertolongan dari aku lagi.
Hati aku sudah “tawar”.

Aku ingat,
Aku akan ingat,
Aku akan ingat sampai bila-bila,
Terima kasih…… “kawan” !!!

« « Keliru – beri peluang pada diri.*** BuyBlogReviews.com – wang tambahan untuk blogger. » »

Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 62 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Menyentuh jiwa betul bila dengar lagu background tu..hehehe

    rohaizad Reply:

    Aku sedih dengan kawan yang tidak menghargai apa yang kita buat untuk dia.

    Dia cakap talam 2 muka. Dengan orang lain… kita pulak yang kelihatan seperti tidak mahu menolong dia. Kita beri dia FREE, tapi akhirnya orang lain sampaikan pada kita lain.

    Orang yang sampaikan tu kata, dia beli dari kita. Walhal kita kasi dia FREE. Kita bukan hendak dia cakap kat orang lain yang kita beri dia, tapi mengapa dia mengada-adakan cerita?

    Dunia ini kecil, orang yang dia percaya itu sendiri yang beritahu kita sebab dia tak percaya semua yang diceritakan.

    Takper… aku masih lagi waras nak melayan karenah dia.

    Sakitnya

    emyshahril.com Reply:

    Sabar lah jad. Adat dunia, “kacang lupakan kulit”.
    Percayalah, ramai lagi yang akan menghargai pengorbanan yang telah dan akan kau berikan.
    Untuk pengatahuan kau, hari ni ‘telur’ aku dah menetas. Aku ucapkan jutaan terima kasih kerana telah berkorban untuk ‘kami’ semua. Sekurang-kurangnya hari ini, kau akan tersenyum dengan perngorbanan yang telah engkau berikan bro… :)

    rohaizad Reply:

    Wahhh.. dah pecah telur ya?
    Tadi aku memang agak bengang, tapi bila dapat berita gembira ini, hilang rasa bengang tu. Tahniah Emy!!

    p/s: Nanti aku turun Melaka, bolehlah belanja… :D

  2. titan said:

    sape yang wat ko bengang nih???

    rohaizad Reply:

    Adalah seorang hamba Allah tu. Tapi aku cukup sedih dengan tindakan dia.

  3. hafiz said:

    takpela bro..nak buat camne..mmg perangai manusia mcm tuh..mase nk mintak tolong..semut pijak pun x mati,dah senang..dinosour tinosorus pun senang2 jer kene jentik..insyaAllah..ade hikmah tuh..sabar la yer..

    rohaizad Reply:

    Entahlah… macam tak percaya pula bila di hadapan kita lain, di belakang kita lain.

  4. alone said:

    sabar bro. semua benda tu ada hikmah untuk kita sama2 jadikan pengajaran. InsyaAllah.

    rohaizad Reply:

    Tengah bersabarlah nih… ingat esok aku nak pergi main bowling… lepaskan tension. hahahahaha

    alone Reply:

    baguslah gitu. hehe.

    rohaizad Reply:

    Pssstttt…. ada sorang awek yang jaga counter esok tu cun woo…

    alone Reply:

    patutlah semangat benar. hohoho.

    rohaizad Reply:

    keh keh keh

    alone Reply:

    pssst.. bro, kirim salam kat dia ye. oho3!

    samdaddycool Reply:

    ..itu bukan main bowling beb.. itu suda main mata.. kikikiki… jap.. jap aku tgh doakan ko ni…. amin… fuuuhhhh

    nuaeman Reply:

    aku nak ikut kolah main bowling.. hehe

    rohaizad Reply:

    Cehhh… dah tu, ko nak ponteng kerja ke? Biar betik?

    Petang tadi aku dah belasah si dak ezad. hahahhah….

    nuaeman Reply:

    ezad bolehlaa ko belasah… tu budak-budak seme tu.. hahah

    Ezad Reply:

    Wei aku baru jek main dah lama xmain..hoho, mmg la kalah..hehe

    Ezad Reply:

    Cis nuaeman..nnti aku beli bola sendiri baru tahu..hahaha

    Shaffik Reply:

    weii..jgn gaduh2..kptsnnya dah tau…aku yang mng..huhuhhu

  5. kinghelmi said:

    kes mcm nie slalu gak wa kene…mmg bikin hot. sabar la bro aizad. biar la ape org kata…kite harus pd keje kite.
    disini wa nak quote lyric lagu dr sebuah band yg wa minat, Machine Head:

    “the more they say, the more they stay the same”

    jd biarla diaorg ngan molot diaorg, bkn kite leh tutup pun.

    rohaizad Reply:

    Herrmmm.. betul.. betul.

  6. AmirMohamad said:

    aihh..ijad..tak macho sedih2 nih ;) jom bowling

    rohaizad Reply:

    Mana ada sedih… cuma terkilan saja. Apa pun, esok confirm pecah semua pin bowling tu aku balun.

  7. Aqif said:

    Salam bro. Artikel macam ni dulu pernah juga ingin saya tulis di blog. Tapi x pandai susun ayat n taruk lagu bagi ada emotional touch.

    Hm..btw, bersabar je bro. Lambat laun orang tu akan kena balasannya. Jangan risau, bro Ijad masih ada AqifStrategi.com, Nuaeman, RezaMohyin dan lain-lain lagi para pembaca yang setia dengan Rohaizad dot com. :)

    Smile always bro. Saya tahu bro Ijad tabah orangnya. :)

    rohaizad Reply:

    Pasal letak lagu tu, aku pun heran kenapa akhir-akhir ini macam dah jadi satu kebiasaan pulak.

    Tapi apa pun yang seseorang blogger itu ingin sampaikan, dia akan cuba buat yang terbaik untuk “sentuh” perasaan pembacanya. Tak kiralah walau dia tengah tension…

    p/s: that’s what blogging is all about… huhuhuhu

    Aqif Reply:

    Xpe. Janji lagu tu memang terbaik.

    p/s: soalan tu masih belum ku temui jawapannya. Rasanya setiap jawapan berbeza bagi setiap individu. Bagi bro pulak?

    rohaizad Reply:

    Soalan itu dah takde dahhh… dah diganti dengan “kesimpulan”

    Aqif Reply:

    aiseh..x perasan pulak. lambat refresh. Sory bro :)

    Btw, tabik ar kat bro. Banyakkan bersabar kayh? Papehal igt Nora Danish. Hehe

    rohaizad Reply:

    Nora Danish?
    Siapa itu Nora Danish?

    hahahahah

    Aqif Reply:

    Eh, dah x kenal?

    Cayalah, boleh daku ambil kesempatan ini.
    hahaha

    Boleh bawak ke putus sedara ke bro ijad? :D

    rohaizad Reply:

    Wahahahhaah

  8. abkadir.com said:

    Sabau je…

    tip 1…Kayuh basikal naik bukit sampai mengah2….
    Kalau x boleh hilang juga..
    tip 2….gi driving range….bayangkan bola tu ‘kawan’….swing!!!!

    rohaizad Reply:

    Memang swing tahap maksimum punyalah… hahahah

  9. UstazCahaya said:

    Teringat lagu Ruhil dulu2 kala..

    “.. kawan, jangan main api kelak membakar diri..”

    rohaizad Reply:

    Kisahnya dia dah main api pun… :D

  10. hirman said:

    aku pun tak tahu entry nie pasal yg aku baca kat forum atau tidak?(tabiat rajin mencari)hehehee.
    Saat kita sudah terngantuk dan terngadah baru kita faham pengorbanan kawan.

    YOU’LL NEVER WALK ALONE-…HEHEHE.
    Malam nie the blues will roar like a lion.

    nuaeman Reply:

    roar like a lion?? Ceh! layan blues jee laa ko malam ni hirman..

  11. Khairudin said:

    Ni kawan laki ke kawan perempuan ni sampai terasa macam ni? Itu lah bukan senang nak dapat kawan yang benar-benar dapat mengisi dan menyelami suka duka perjalanan hidup ni.

    rohaizad Reply:

    Lelaki ke perempuan ker.. kalau attitude dah macam ni, tetap aku lontar jauh-jauh dari hidup aku. Penat.

  12. wanmus said:

    Perghh..sape tu yang tak tahu kenang budi? Ijad pernah cakap, nilah yang akan jadi kalau benda di beri percuma..huhu..

    rohaizad Reply:

    Tidak kenang budi… ermmm, aku rasa itu perkataan yang paling TEPAT.

  13. denaihati said:

    Suatu hari aku terjumpa seorang hamba Allah yang kehabisan minyak keretanya jadi aku bantu sehingga selesai. .Di suatu hari yang lain kereta aku problem di pertengahan HIGHWAY jadi bigung juga aku sebab aku tak pandai sangat pasal kereta ni. Tapi alhamdulillah datang seorang hamba Allah yang lain membantu. Setelah selesai aku bagi dia sedikit RM sebagai token tapi dia menolak katanya ikhlas. Begitulah hidup ini tidak semestinya apabila kita membantu seseorang maka seseorang itu akan membantu kita mungkin dia datang dan pergi begitu sahaja malah lebih teruk tak pernah ucap terima kasih pun. Tetapi apabila bantuan kita itu ikhlas kerana ALLAH pasti suatu hari nanti ALLAH akan menolong kita melalui hamba ALLAH yang lain PASTI ada. Yang berperangai buruk tu juga pasti ada balasan nya kelak daripada ALLAH.

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya aku memang tak pernah pun harapkan balasan sebab memang aku cukup ikhlas. Tapi yang aku agak terkilan bila dia pusingkan semua cerita yang menunjukkan aku ni menyusahkan hidup dia.

    Apa motifnya, hanya Allah sahaja yang tahu.

    Sekali tu pernah gak aku terfikir “dia ni tak puas hati pasal apa?” sebab selama ini aku yang kuarkan modal.

    So logiknya, baru aku perasan senario ini tak ubah seperti parasit (pokok tumpang). Dia yang “pau” dan amik kesempatan atas kebaikan aku.

  14. zakeri said:

    jad,

    aku rasa dah sampai masanya kau berumahtangga la jad… bila dah ader isteri, ader anak, masalah ttg kawan2 ni ko dah tak amik port dah…. percayalah !!

    mungkin ko dah rancang… tapi aku tak tahu, walaupun aku kawan kau…

    friends is not always forever !!!

    rohaizad Reply:

    Hahahahha.. ke situ plak dia. Sebenarnya kalau dah kahwin tapi ada kawan macam ni pun, still the same thing akan berlaku.

    Dia rasa orang lain yang tahu cerita dia akan bersimpati pada dia. Tapi orang lain tu sebenarnya lagilah tak percaya!

    Kalau tak, takkanlah orang lain tu tanya aku akan kebenaran cerita yang di sampaikannya?

  15. NurulFarhana said:

    salam, hanya sy boleh katakan.. bersabarlah.. setiap sesuatu yg terjadi adalah ujian dr Allah… balasan tetap akan ada.. cume kt sbg umatNya.. byk2 la berdoa agar kt xjadi seperti mereke2 itu… Insya Allah…..

    rohaizad Reply:

    Thanks :)

    Nurul, betul ke Nurul kerja di VidaSprint yang dekat area Kuchai Lama tu?

    NurulFarhana Reply:

    Welcome!
    Huh?? Tau? Betol2… ala co kecik je… hehe.. awat nye..? ade kenalan?

  16. smartzul said:

    Orang bertalam tiga muka ni… amat bahaya. Tapi orang sebegini, mereka tidak sedar… sebenarnya perbuatan mereka tu kelak akan menikam diri mereka sendiri.

    Dari bertalam-talam muka tu, adalah lebih baik rasanya bertalamkan nasi ayam penyek. :D

  17. bowlboiz said:

    salam ijad,kwn org baru ni.
    Just singgah melawat je.
    Dalam setandan pisang mesti ada 1 atau 2 yg ‘busuk’. Malah dalam sesikat pisang pun kengkadang byk yg ‘tak elok’ nye.
    Cuba tengok nora danis,era pajila,nana,nor aliyah lee,dan bnyk lagi…..CERAI juga. Ini kan pula kita dlm berkawan. Sabar je lah. Maafkan lah dia. JANGAN balas di dunia ni. Tunggu lah ‘nanti’.

    Eh, u all biasa bowl kat ner?
    Angsana,skudai parit,daiman,bestworld?
    kalau main hook tu,jga finger kena tarik sket n followthru kena ada gak. Baru power.hahahah
    jumpa lagi

    rohaizad Reply:

    Yup, biasalah tu. Tapi Nora Danish tu cekal orangnya … heheheh. By the way, selalu main kat Daiman. Privasi sket :)

  18. Nozi said:

    Salam,

    Memang terkilan bila dapat kawan mcm ni.Tapi apa boleh buat,dia nak rosakkan hubungan yang baik..Tp itulah pelik manusia ni kan, bila kita baik dia nak burukkan kita pula. Baik toksah ada kawan dia ni.

  19. Zulazis said:

    Dua Tiga kawan berlari,
    mana nak sama si kawan yang tunjuk belang,
    Dua tiga kawan Blogger boleh ku cari,
    mana nak sama Cik Abang Rohaizad ku sorang.

    tiada apa yang penting kat dunia ini selain SABAR….

  20. nolita said:

    relax la zad…mana izad yang aku kenal dulu.buat b.o.d.o jerrr

  21. Lizz said:

    talam 2 muka?? bosan dengan manusia sekarang ni. tak pernah percaya sesiapa. serik dengan kengkawan. huhuhuh

  22. mijie said:

    itulah adat bila berkawan,
    kadang2 bila kita tolong dgn hati yang tulus ikhlas, tetiba dia makan kita lak

    pastu siap canang kita yg teruk then pastu leh pulak tunjuk kebaikkan dgn semua orang….

    mcm seolah2 kita sebenarnya yang salah, apa yg aku buat kalau mcm ni, tak yah layan…biar kan je…

    biar mcm anjing menyalak bukit, takkan runtuh bukit tu, kalau runtuh pun sbb bencana alam ke atau sbgainya

  23. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Kisah menarik, bak ulang tayang cerita P.Ramlee

    Pendapat peribadi:

    “Life is like that tuan…macam2 ada …just go on with another plan…”

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  24. Lia Qistina said:

    saya mempelajari sesuatu dari artikel ini..kawan, kawan juga, tapi kena hati-hati ..hidup sentiasa ingin mengajar kita sesuatu.

    -Qistina-

  25. siti said:

    Sabo jelh bang Ijad, inilh dunia pelbagai bentuk dan ragam. Hopefully experience ini xmembantutkan lg perkara2 baik y abg ijad bt u mbantu kwn2 y ln. Perkara y baik dlakukan dgn ikhlas pasti ada balasan dariNya. Kena yakin itu. Jika hari ini kita memudahkan urusan orang lain, pasti 1 hari nanti Allah akan membantu memudahkan urusan kita jga. “kawan” bang ijad tu pasti dh rasa serba salah sekrg klu dia bhati manusia. Redhalah, pastinya hatimu akn lbh tenang.

wpaffiliates