Ingin beriklan? Sila klik di sini


BuyBlogReviews.com – wang tambahan untuk blogger.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: November 9, 2009 online

Ramai yang suka pada istilah “banyak” tetapi ramai yang kurang beri perhatian pada istilah “selalu”. Pada aku, kadang-kadang kita harus melupakan istilah banyak kerana kalau yang banyak itu datangnya hanya sekali, tidak seronok juga.

Istilah selalu mestilah di ambil kira kerana pepatah orang-orang lama ada menyebut “biarlah sedikit… tapi selalu ada”. Maksudnya di sini cubalah sesekali beri perhatian pada rezeki yang kecil, bukan pada rezeki harimau. Sekali baham sahaja … habis.

Inilah yang ingin di kongsikan pada hari ini iaitu program BuyBlogReviews.com. Program ini dah lama dah tapi aku baru perasan yang blog ini masih lagi belum mendedahkannya lagi.

Program ini sebenarnya lebih kurang sama saja dengan program pay per post/ paid to blog atau paid post yang lain. Kita buat karangan/blogpost/artikel/review, lepas tu kita akan di bayar. Asalkan kehendak advertiser itu di penuhi, itu dah memadai.

Mungkin ada yang kurang jelas mengenai program ini. Bagi mereka yang masih lagi blur, cubalah baca dan fahami sepenuhnya bagaimana program buat duit dari blog ini berjalan (sila ke ruangan F.A.Q).

Untuk mereka yang pernah menjana wang dari program sebelum ini, sudah pasti mereka dah faham tetapi apakah perbezaannya dengan program SponsoredReviews.com?

Sebenarnya tiada perbezaan pun.
Cuma satu sahaja yang aku akan katakan ialah program ini seperti ADIK kepada program SponsoredReviews.

Inilah KLON kepada SponsoredReviews.com kerana sistem BID`nya sama tetapi JUMLAH amount yang terlibat lebih kecil. Kira standard dia lebih rendah sket dari SponsoredReviews.

Yup, SponsoredReviews.com mempunyai STANDARD yang lebih tinggi. Buktinya, bulan lepas ada satu job dari SponsoredReviews yang bernilai USD9999.00 untuk di BID (hampir USD10,000.00).

Bayangkan… giler besar punya amount tu (kaya advertiser tuh). Tapi bukan hendak cakap yang kita boleh dapat USD9999.00 (RM34,000.00) untuk satu review, cuma kalau dapat 1% dari jumlah tu pun dah cukup seronok.

buyblogreviews-opportunity

Opss.. itu cerita “rezeki harimau”. Sekarang kita berbalik pada BuyBlogReviews semula. Dalam program ini, nilainya tidaklah sebesar itu tetapi program ini memang akan memberikan kita peluang untuk menjana wang dari blog. Walaupun nilainya kecil tapi yet, still lagi duitkan?

Siapa yang harus menyertai program BuyBlogReviews ini?
Siapa lagi kalau bukan kita (bloggers)!

Cuma kalau ada yang rasakan program ini memberikan pulangan yang sedikit, itu terpulanglah. Lagipun program ini bukanlah untuk mereka yang ingin jadi jutawan. Program ini hanya untuk menambahkan pendapatan.

Tapi serious, aku memang rekomen program ini untuk semua bloggers tidak kiralah mereka itu newbie. Heyyy… TIDAK bermakna yang aku dah expert okay, sebab aku sendiri pun masih menjana wang dari program ini.

Walaupun pembahagian income berdasarkan ratio 70%-30%, tapi macam yang aku katakan, jobnya banyak. Maknanya kalau job itu nilainya USD30.00, kita akan mendapat 70% daripadanya. So nothing to loose bebeh.

Tapi kalau katakanlah kita still tidak berkenan dengan job-job yang rendah, masih ada banyak lagi job lain yang kita boleh grab. Sket-sket, lama-lama jadi bukit!

buyblogreviews_payment

Best`kan?
Tulis dan review jer dah boleh dapat duit.
Tapi sebelum kita bercerita tentang duit, kita kenalah tahu apa yang diperlukan untuk mendapatkan duit tersebut. Hendak menjana wang melalui program ini memang memerlukan BLOG. Yup, tidak lain dan tidak bukan ialah BLOG.

PR1 pun dah lepas wehhh… janji ada PR (domain English dot com sendiri) dan content kat blog tu banyak (selalu di update). Lepas jer semua syarat tu, pergilah apply program tersebut. Kalau approved, rajin-rajinlah masuk dalam dashboard untuk melihat job-job kosong yang ada.

So selain dari kita buat niche blog untuk adsense, kita juga bleh buat duit dari program sebegini. Oh yaa… dengar cerita banyak blog yang mendapat PR selepas Google pagerank update minggu lepaskan?
So tunggu apa lagi?

Apply sekarang juga!
arow


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 47 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zyrontyez said:

    sayang beribu sayang, xda blog dan domain sendiri lagi..tapi banyak dapat info blogger dari bro..
    thanx..

    (jadi orang pertama komen?)

    rohaizad Reply:

    Yup, kamu ialah orang pertama yang komen! :)

    Tapi tidak mengapa, saudara Nuaeman dan Shaffik akan anjurkan Kelas WordPress untuk mereka yang ingin mulakan pembelajaran mengenai dunia blogging.

    Bayar untuk SEHARI tetapi mereka sedang plan untuk menjadikannya kepada 2 hari pada harga yang sama. Gilerrr…kan?

    Nantikan perkhabaran terbaru mengenai projek yang julung kali di adakan ini. Kalau berminat, jangan lepaskan peluang ini :D

    zamrin Reply:

    boleh ke kalau nak join kelas Nuamen dan Shaffik?
    2 hari dalam 1 harga?..lokasi? Nak kena berguru pada sifu-sifu blogger ni

    rohaizad Reply:

    Cehhh… ko jangan nak ngengada. Ko dah ada blog, kelas ini untuk orang yang nak belajar buat blog je. Blog ko dah siap pun.. aku cekik ko kang…

    zamrin Reply:

    waduh…belajar tu kan sampai ke negeri china..dah kena warning…apa leh buat…melukut di tepi gantang la jawabnya..:)

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… siap boleh berperibahasa lagi… nanti aku contact.

    zamrin Reply:

    ok..blog aku pun sedang dalam salin kulit..nak dapatkan sentuhan awek cun…

    rohaizad Reply:

    Jangan salah cakap sedara… Awekmu awekku jua…ahhahahaha

  2. aman said:

    adoi. English ka? Hmm.

    rohaizad Reply:

    Yup Aman. Blog English sebab advertiser banyak dari Canada dan di US.

    p/s: dari Indonesia dan Malaysia pun ada juga, cuma nilai job dan bayarannya sahaja yang berbeza.

    aman Reply:

    nak kena wat blog english gak ar camnie. huhu.

    ejam Reply:

    kau kan dh ada blog gadget tu, cari job gadget jeler…hehe

  3. bonneyan13 said:

    salam jad,
    bila daa itu kelas?seblm ujung tahun ke?
    booking satu seat!!!

    rohaizad Reply:

    Nanti akan di informkan. Tunggu… mesti jadi punya. :D

  4. Aqif said:

    Ade satu niche blog yang naik PR1. Leh try ni. :)

  5. madlut said:

    emm…blog english yang x fokus ape2 topik pun xpe kan?
    janji blog yg selalu update je kan?
    maaf klu byk tnya, memang x tau sgt..huhu

  6. alan tan said:

    Sudah daftar.

    Terima kasih..

    Betul ke, semua review post yg dibuat kena letak code Review sponsored by http://www.buyblogreviews di hujung post

    Kalau ye, Google akan tahu?

    rohaizad Reply:

    Ohhh.. sebenarnya it’s not a compulsary. Siapa yang hendak letak boleh, tak nak letak pun boleh. But it is better to stick on the 2nd option (tak payah letak).

    “More secure” :D

  7. alone said:

    sayang BBR!!! hehe =D

  8. zool said:

    tak tunggu lagi.. cuba je lah kan…
    mana tau untung sabut..
    dpt tambah sedikit pendapatan..

  9. zam said:

    boleh try gak nih… hehehe.. bro bila ader kelas..kalau kena masanyer boleh join…

  10. dr.aku.la said:

    satu lubuk dollar didedahkan rohaizad!
    mesti cuba!
    dengan pantas aku register.

  11. Nozi said:

    Bagus juga ni. Tapi belum ada blog english lagi.Tkpe.Nnti bila dah ada boleh la join sekali.

  12. ummie said:

    Saya ada existing blogspot macamana? I’ve read somewhere kita boleh tukar ke WordPress. Let me know.

    Lagi satu, sesiapa yang nak polish Englishnya, kita polish sama2. InsyaALLAH kita buat sama2. Tapi kena minta izin tuan rumah dulu.

    Tk.Wslm.

    nuaeman Reply:

    content dr blogspot boleh diimport terus ke wordpress bila dah ada blog dengan domain sendiri nanti. jangan terkejut kalau PRnya jugak akan berpindah ke domain baru… :)

  13. Zulazis said:

    interesting…. boleh try nie…. thanks for info

  14. reezluv said:

    kena ada PR tu kot eh?hehe..

  15. titan said:

    yup. aku dah join benda ni lama. Memang leh wat duit. Kene cepat bid dan ada blog yang berbeza niche. Time tu, banyak job leh dapat.

  16. kita said:

    memang banyak betul job tapi kena power mat saleh ler coz nak tulis karangan kot bahasa mat salehhh…ada cara cepat tak pandai tulis orang putih :)

  17. kinghelmi said:

    bg wa cara cepat nak cr idea nak tulis artikel dlm english ialah dgn cara view writer lain punyer artikel, ambil ayat diaorang dan tulis dalam ayat anda sendiri. akhirnya nanti jadilah ia artikel anda sendiri. PERHATIAN!! dilarang sama sekali copy bulat2 artikel org lain. salah di sisi undang2 beb.

    rohaizad Reply:

    Haaa.. betul. Itu memang betul. Gunakan artikel sebagai pencetus idea sahaja.

  18. Mantra said:

    Salam bro ijad,

    saya dah daftar.
    Thanks atas recommendation :)

  19. galut said:

    T.Q.bro…dgn info anda,saya dah apply dan kali ini kena lulus pula,mcm ok sikit lah BBR ni,saya sdah bynk kali cuba di SponsReview,Pay2Blog lah tapi selalu kena reject aku agak tkejut sikit juga namun happy sbab kena lulus di BBR,skrang tengah tunggu BID,saya dah antar offer,Budget dorang 20$ dan saya cuma offer 15$,mcmana boleh kah buat bgitu bro?

    rohaizad Reply:

    Boleh… cuma lagi rendah lagi advertiser suka. Sebab tu kalau kita ada blog yang berkualiti… maka kita boleh bid tinggi.

  20. Lia Qistina said:

    Hi bro Rohaizad, saya terjumpa blog ni dari Google Malaysia…a lot of info you have here!

    Honestly saya merasa amat bangga tahu bro Rohaizad seorang blogger sepenuh masa, sebagai orang Melayu beragama Islam, saya amat bangga sekali. Semakin bersemangat rasanya mengejar impian untuk menjadi blogger sepenuh masa juga.

    I’m looking forward to learn anything I got from your blog here..Thanks sebab bro Rohaizad banyak berkongsi ilmu.

    -Qistina-

  21. Afra Yuri said:

    thanx for the info!

  22. wanmus said:

    Sukanya kalau ada banyak masa terluang untuk berblog lagi..huhu

  23. hasbul said:

    yeah
    info bagus
    leh la ambik blog man u aku wt bende nih
    p/s;bro ijad ni anti man u kan
    :D

    rohaizad Reply:

    Bukan anti, cuma tak sokong je. Kita orang Liverpool… hahaha

  24. Aminjohar said:

    Dah register under bro Ijad. Leh r try2x nasib kat blog AJ :D

    Alahai slownyer nak dapat verification…

  25. Aminjohar said:

    Blog AJ dah diapprove. Try test2x bid :-)

    rohaizad Reply:

    Ye ker?
    Alhamdulillah… nanti rajin-rajinlah BID yea.

    Aminjohar Reply:

    Alhamdulillah. Yup.. Baru pas buat 9 bid. Tak banyak new bidding. Letak bid murah-murah :D

    TQ bro Ijad coz perkenalkan paid per review nih. :-)

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya banyak lagi program untuk blogger. Maybe AJ boleh usha pada entri-entri lama. Contohnya entri yang satu ini:

    http://www.rohaizad.com/2008/11/10/peluang-menjana-pendapatan-melalui-blog-selain-dari-adsense-bahagian-2/

  26. zaki said:

    Ijat.. aku masih belum boleh apply BuyBlogReviews.com. sebab blog aku ni takde PR lagi. lambat betul nak dapat PR ni

    rohaizad Reply:

    Ermm… PR ni memang susah hendak di duga. Takper, stay dulu… mesti akan dapat PR punyalah nanti!

  27. [...] Artikel berkaitan: http://www.rohaizad.com/2009/11/09/buyblogreviews-com-wang-tambahan-untuk-blogger/ « « Dan pemenangnya adalah…*** innity_pub = [...]