Ingin beriklan? Sila klik di sini


Buat duit dari blog dan dunia blogging itu luas dan tidak tertakluk kepada mana-mana topik. Ianya bercabang-cabang dan mempunyai banyak perkara subjektif yang panjang untuk dihuraikan.

Begitu juga dengan pendapatan yang boleh di jana melalui blogging. Hampir semalaman aku memikirkan apakah bentuk pemahaman yang ingin aku gunakan untuk menyampaikan mesej kepada semua pembaca blog yang masih belum mempunyai blog.

Sebenarnya ramai di kalangan mereka yang belum mempunyai blog keliru dan belum jelas dengan cara yang boleh digunakan untuk buat duit melalui blog. Malah ramai juga yang telah mempunyai blog tetapi tidak masih lagi tidak nampak jalan untuk buat duit dari blog.

Jika kita katakan menjana pendapatan melalui blogging itu sebagai A, orang lain pula akan mengatakannya sebagai B. Tapi apabila kita katakan boleh menjana pendapatan melalui blogging itu sebagai C, maka akan timbul pula pendapat yang mengatakan ianya adalah D.

Hari ini, aku akan membuat perkiraan ringkas bagaimana seorang blogger di Malaysia boleh menjana pendapatan sampingannya hanya dengan blog yang dia miliki. Dalam kes ini, aku cuba untuk memberikan gambaran mengenai seorang blogger yang mempunyai 2 jenis blog iaitu personal blog (blog Melayu) dan juga niche blog (English)

Blog Melayu (personal).

- Pendapatan yang boleh di jana dari blog sebegini selalunya bergantung pada sejauh manakah blogger itu ingin MELIHAT PELUANG yang ada di blognya sendiri. Kalau dia katakan yang dia blogging hanya untuk suka-suka, maka dia harus terima kata yang keluar dari mulutnya sendiri (tidak serious).

- Tidak serious di sini bukanlah bermaksud dia berblogging just untuk meluah perasaan. Maksud di sini ialah dia MALAS untuk belajar bagaimanakah cara untuk menarik perhatian pembacanya sendiri.

Dia juga akan di katakan tidak serious jika dia tidak mahu mencari teknik yang sesuai untuk menarik traffik. Pembaca dan pengunjung adalah salah satu faktor yang akan membawa kepada pertambahan NILAI BLOG.

- Apabila NILAI SESEBUAH BLOG itu meningkat, program seperti Nuffnang dan Advertlets boleh di cuba. Malah, tidak kurang juga dengan program Google Adsense.

Lebih mencabar untuk mereka yang sudah mempunyai pengikut, program affiliate juga layak untuk di sertai. Begitu juga dengan private advertising.

- Untuk satu blog yang boleh menarik perhatian dan mempunyai nilai yang bagus, bagaimanakah perkiraanya?
Mari kita lihat anggaran MINIMUM yang ringkas untuk di fahami bagi tempoh SEBULAN:

Nuffnang + Advertlerts: RM50.00
Google Adsense (sehari $0.50 cent sahaja): RM50.00
Program affiliate (seperti produk IM tempatan): RM50.00
Private advertising: RM50.00

Niche blog (English).

Google Adsense (sehari $0.50 cent sahaja): RM50.00
Text-Link- Ads/Inlinks.com: (USD30) RM100.00*
TNX.net: (USD15) RM50.00*
Sponsoredreviews.com: USD30 RM100.00*
Blogsvertise.com: (USD20) RM65.00*
Payu2blog.com: (USD30) RM100.00*
Reviewme.com: (USD20) RM100.00*
Linkworth.com: (USD10) RM30.00*
BuyBlogReviews.com (USD10) RM30.00*
Direct advertising: ($10) RM30.00
Dan lain-lain

* = lebih banyak niche blog yang ada PR kita ada, lebih banyak pendapatan yang dapat di jana.

Sekarang cuba kita kira berapakah pendapatan sampingan yang telah di jana:
Personal blog: RM200.00
Niche blog : RM655.00
Jumlah : RM825.00 (RM800.00)

Katakanlah kita turunkan lagi menjadi RM500, rasanya itu pun sudah cukup memadai untuk menampung perbelanjaan dapur dan mungkin juga duit sekolah anak. Perkiraaan ini adalah antara estimation yang aku rasakan logik untuk dikira.

Jika ada yang rasakan ianya tidak logik, satu sahaja yang aku akan katakan bahawa mungkin dia tidak mempunyai semua blog yang sepatutnya dia harus ada. Tiada blog lain cerita, ada blog BARULAH boleh cerita.

Buktinya setahun yang lepas, salah seorang rakan blogger kita yang bernama Shaffik (www.shaffik.com) tidak pernah menyangka yang dia boleh menjana pendapatan melalui program SponsoredReviews.com. Dengan tahap Englishnya yang “ke laut”, program sebegitu di rasakan TERLALU STANDARD untuk orang Melayu kampung sepertinya.

Tapi naaahhhh… sekarang salah satu blog Englishnya mula mendapat job dari SponsoredReviews. Bukan job kecil 2-3 dollar… tetapi USD35.00 dollar. Begitu juga dengan program TNX`nya yang baru di cash out sebanyak USD18.00.

Persoalannya, mengapa dulu dia merasakan mustahil?
Jawapan: Sebab dulu dia tidak memiliki blog, jadi semuanya di rasakan seperti TIDAK BOLEH. Tapi sekarang jangan kata blog, Pagerank pun sudah menjadi permainannya. Alah bisa, tegal biasa.

Rasanya kalau Shaffik tidak bersungguh-sungguh, di manakah pencapaian dia sekarang?

  • Sebenarnya semua orang BOLEH.
  • Cuma beza di antara kita dengan orang lain ialah USAHA dan PERCAYA. Jika kita rasa kita boleh, maka kita akan teruskan walaupun mengambil masa selama 1 tahun!
  • Maknanya bukan hanya setakat BERMULA, tapi sejauh manakah fokus dan pengorbanan kita dalam sesuatu bidang.
  • Selalunya yang berkata TIDAK itu kita, bukan advertiser kerana pada waktu kita mula-mula hendak menceburi dunia blogging, advertiser tu bukannya kenal kita pun… kan? Betul tak?
  • Jadi, pokok pangkalnya ialah BUKAN HANYA SETAKAT bila kita bermula, tapi bagaimanakah kita akan berakhir!

p/s: Adakah anda “sudah bermula”?
Jika belum, anda bolehlah isikan data dan maklumat yang di perlukan di sini kerana Seminar Blogging yang terakhir untuk tahun 2009 sedang di rangka pada penghujung bulan Disember.

Yang pasti, harga pada tahun hadpan akan lebih tinggi. Sekali lagi, hanya mereka yang membuat tempahan sahaja akan di hubungi. *** Hanya untuk mereka yang minat dengan dunia blogging, ingin buat duit dari blog dan cukup syarat sahaja. Harap maklum


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 73 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. danzaimar said:

    bagus info ni..saya memang minat nak buat duit dalam blogging ni..especially dalam niche blog…tapi maslaha BI saya cm bro cakap..ke laut..huuhuh..lagipun tak pandai sangat SEO..

    rohaizad Reply:

    DanZaimar, mengapa perlu di masukkan perkara SEO yang tidak penting ke dalam kepala?

    Dalam segala apa yang disebutkan di atas, ianya langsung tidak menyentuh sedikit pun mengenai SEO. Jadi kesimpulannya, buatlah kerja satu-satu. Kalu semua nak dibuat dalam satu masa, mana boleh kan?

    Jangan cerita pasal SEO, cuba periksa dan tanya diri sendiri adakah kita sudah mempynuai blog dot com sendiri. lepas tu baru boleh cerita perkara lain seperti SEO.

    So pelan-pelan kayuh.

    wanmus Reply:

    yup..teknik bro ijad tak perlukan SEO, SERP dan sebagainya..tapi kalau blog ada PR lagi bagus tapi tak wajib. Tak reti BI? tak usah risau..semua bro ijad ada tekniknya

  2. Banyak tu RM500 sebulan…Bila lah merasa duit sebanyak tu…huhuhu

    rohaizad Reply:

    Masanya akan tiba, tapi jangan diingatkan duit. Kualiti blog perlu di jaga terlebih dahulu, then the money will come later.

    Aqif Reply:

    Setuju sangat dengan nasihat ini. Saya sendiri dah membuktikan. :)

    Aqif Reply:

    aahla.
    x perasan ar bro. sorry..
    dah la rabun. agagaga.
    btw saya xpayah nak subscribe la kan?

    yes2..ade seminar lagi. doa2 la xde halangan yang menduga. amin. :)

  3. Nozi said:

    Salam Izad,

    Betul tu. Belum cuba belum tahu.Bagi saya,jika betul2 ingin menjana duit,gunakan blog sebagai landasan.Semuanya perlu ada permulaan.Jadi lebih baik sekiranya bermula dengan blog.Berkongsi ilmu berkongsi idea.Dari situ,timbullah rasa teruja untuk buat sesuatu yang mendatangkan manfaat seperti menjana duit.

    Saya lihat,ada juga yang blog suka2.Tapi buat saya,tidak ada faedahnya,buang masa.Lebih baik buat sesuatu yang ada nilai.

    Ambillah peluang internet yang ada.Berblog salah satu caranya..Kerana ilmu di sini luas tak terkira.Boleh digunapakai sampai ke tua dan dibawa ke akhirat jua.. :)

    rohaizad Reply:

    Bagus lah kalau berfikiran seperti tu. Positif.

  4. hafiz said:

    thanks bro..mcm biase..ade ilmu yg boleh diceduk dan perlu diamalkan..trimass..

    ps.insyaAllah..nk join the last seminar..jgn lupe yer kt ambe nie..(dah register :D )

    rohaizad Reply:

    Thanks, nantikan info yang selanjutnya mengenai seminar blogging. :D

  5. dr.aku.la said:

    “bukan senang nak senang”
    kene berbekalkan usaha dan semangat yg gigih

    rohaizad Reply:

    Yup, itu adalah hakikat yang sebenarnya.

  6. Assalamualaikum Tuan Rumah

    Akhirnya sebuah huraian berkenaan perkiraan buat duit dari blog sudah pun tersurat!

    …yang tersirat hanya Tuan Rumah yang tahu.

    Pendapatku pula, Blogging,Playing,Writing,Singing,Managing,etc…punyai potensi yang besar,(sila baca dengan teliti)..potensi, bukan gerenti ya pak!..

    Potensinya itu sehebat imaginasi, minat dan usaha pelakunya…

    “Hebatnya Pencipta mengatur rezeki sebanyak ciptaannya..”

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamulaikum

    rohaizad Reply:

    Rezeki memang banyak cuma memerlukan sedikit inisiatif untuk menambahkan lagi yang telah sedia ada.

  7. alone said:

    setuju!

    wah. x pernah pula aku terfikir nak buat kira2 ni. selalunya maintain blog and then siapkn jobs jek. bagus gak. at least ada earning target =)

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya kalau di buat betul-betul, lebih banyak yang boleh di rangka.

  8. siti said:

    1 ilmu y dpt dkongsi bersama, tq bang ijad

    rohaizad Reply:

    You are always welcome :D

  9. mijie said:

    betul tu, dulu sy buat secara serius, sebulan dptlah dalam 50usd untuk blogvertise

    pastu dah busy ngan kerja, blog terabai….maknanya skrg ni saya dah hilang fokus

    insyaAllah saya akan bermula kembali

    rohaizad Reply:

    Tahniah kerana berani mengambil peluang yang ada. :D

  10. Shukor said:

    Wah, satu perkiraan yang bagus dari bro. Betul kata bro Ijad, jika kita tak bertindak macam mana nak dapat hasilnya?Betul tak?

    rohaizad Reply:

    Tindakan adalah langkah pertama yang paling penting untuk merealisaikan impian.

  11. Zulazis said:

    Boleh juga jika sudah ada kerja tetap, tapi dalam masa sama jadilah free lance Blogger secara part time (tak kira ada banyak blog BM ke BI) sebagai cara untuk tambah pendapatan teras atau sampingan. Rasanya masa 24 jam sehari terlebih cukup kalau bijak menguruskannya.

    p/s : tak tahulah apa akan jadi kalo 29 juta rakyat M’sia memilih untuk jadi blogger sepenuh masa….????

    rohaizad Reply:

    Blogging memang cukup santai kalau di lakukan separuh masa. Sebab itulah blogging boleh membantu kita mendapatkan wang tambahan.

  12. smartzul said:

    Yang penting adalah asas. Bina tapak yang kukuh dulu dan dapatkan rentak. Bila dah dapat rentak tu, blog demi blog akan wujud dan kemudian cabang demi cabang income akan terbuka luas. Yang penting, sabar dan bagi masa.

    Belajarlah dengan orang yang sudah ada rentak seperti Ijad ni. Gunakan konsep dan formula beliau. Ikhlas saya katakan, susah untuk dapat orang yang seikhlas dia ni dalam menyampaikan ilmu dan membimbing orang lain.

    rohaizad Reply:

    Thanks Zul. Memang asas itu penting untuk pergi dengan lebih ajuh lagi :D

    Aqif Reply:

    Tambah sikit. Dan susah juga nak dapat orang yang suka belanja nasi ayam penyek.

    Kalau kali ni jadi datang, saya tempah 2 nasi ayam penyek awal2 lagi dari bro ijad. hehe. kidding.

    :)

  13. Aqif said:

    Sebenarnya banyak lagi perkara berkenaan buat duit dengan blog ini. Seperti saya sendiri, dengan gunakan blog melayu (AqifStrategi) pun dapat sponsor beberapa downline GDI kerana pemberian informasi.

    Dan kebanyakkan cara penyampaian dan idea penulisan datang dari salah satu blog yang terkenal iaitu Rohaizad dot com. Terus terang blog ini banyak mengajar pelbagai ilmu dalam blogging.

    Terima kasih bro ijad.

    p/s: sambil buat muka frust x dapat datang seminar blogging. :)

    rohaizad Reply:

    Tak dapat datang seminar
    Kenapa Aqif?

    Aqif Reply:

    Kan yang latest seminar blogging x dapat datang pasal eksiden ngan tetibe bleh plak kene chicken pox?

    Skarang tgh menunggu next seminar dari bro.Insyaallah. hehe

    rohaizad Reply:

    Aiseymen… ini mesti tak baca last part artikel kat atas tuh. :D

  14. faisalhanim said:

    info yg sgt baik… ini la baru dikatakan
    serius berblog..siap buat kira2…

    mcm aku, siap buat biz plan lg…tp blum mnjadi lg ler…sumernya dah kelain … hee :)

    rohaizad Reply:

    Takper,kita buat lagi sampai berjaya Insya Allah… :D

  15. madlut said:

    bro ijad…
    nak tanya 1 soalan…
    berapa lama bro ijad ambik untuk menghasilkan 1 post yang “cukup rasa” dan “pasti sedap”.
    Dalam setiap post yg bro hasilkan, saya dapati ia lengkap dengan “isi”, “fokus”, “ada nasihat” dan “motivasi” serta tidak kelaut…huhu
    apakah teknik pemikiran yang bro gunakan???..

    taukey Reply:

    dia guna teknik pemikiran “Nora Danish”…. hahahahaha muahahahaha………

    rohaizad Reply:

    Madlut,

    Semuanya di tulis hasil dari pemerhatian sekeliling. Tapi yang pasti, kita harus banyak membaca.

    Kerna dari pembacaan itulah kita boleh kaitkan semuanya sekali dalam tulisan kita.

  16. PakarHowTo said:

    Ijad…
    ingin aku katakan,
    sejak aku sertai seminar aritu,
    income aku dari blog sudah bertambah 2 kali ganda
    dari yang sebelum ni…
    walaupun belum cecah angka ribu,
    tapi ia semakin menghampiri…
    alhamdulillah,
    berkat ilmu yang sifu curahkan…hehe

    rohaizad Reply:

    Wahhh… inikena belanja makan sushi nih… hehehehe

    PakarHowTo Reply:

    Ijad…
    kalau ko mai KL,
    just contact me.
    InsyaAllah, pasti dan pasti aku akan belanja.
    Bukan setakat sushi…
    tempura,tendon,udon dan segala macam makanan jepun
    ko nak sebat pun dipersilakan…
    InsyaAllah, PakarHowTo akan tanggung semuanya…hehe

    rohaizad Reply:

    Boleh.. insya Allah.. :D Yayyy!

  17. reezluv said:

    dasat ar shaffik..hehe..apa pun blogging ni bukan skim cepat kaya..ala-ala saham ASB le untuk jangka masa panjang..lagi lama blog tu,lagi valueable la nanti..

    aku dah start blogging untuk niche english..haha..cuma skang ni masih dalam proses matang..cukup masa.tuai je le.kekeke..

    Shaffik Reply:

    biasa jer reez..apapun usaha yang berterusan…

  18. Shaffik said:

    Jat..inilah penangannya kalau kita sentiasa bersabar dan terus berusaha. Sekarang aku sedang usahakan untuk menjana income dari Nuffnang untuk blog melayu aku.. Insyallah beberapa minggu lagi aku boleh withdraw dr nuffnang..100% dari 1 blog melayu..

    P/s : Tak sangka cerita aku masuk dalam blog popular ni…huhuhu..terharu rasernya…

    taukey Reply:

    kau kan artis….hehehehe

    PakarHowTo Reply:

    Shaffik…kalau nuffnang, kene tengok jumlah visitor yang masuk…lagi banyak visitor, memang lagi masyuukk….

    aku punye blog…unik visitor sekarang sehari dalam 1500…dan dari nuffnang aku bleh dapat dalam RM300~400 sebulan…insyaAllah memang boleh cari makan…hehe

    Shaffik Reply:

    Haaa tu dia..itulah yang aku target untuk tahun hadapan…thanks for sharing good info.

    rohaizad Reply:

    Power sehhh…. bagus tu kalau boleh dapat Rm500 sebulan dari Nuffnang jer.

  19. alongovtx said:

    Jad,rangkanya hujung bulan dibuat di mana ya?Lama tak jalan jauh ni…

    rohaizad Reply:

    Plan asal ingat nak buat di UTM Skudai lagi. Sebab lengkap dengan PC. Tengoklah dulu macam mana ye Along. Akan di update kemudian :)

  20. donnyien said:

    hai tuan rumah,apa khabar?saya donny dari sabah bah,

    saya sangat sokong denga artikel diatas,blog memberikan pendapatan sampingan yang berterusan untuk yang rajin dan mau belajar.

    rm500 sebulan,siapa yang nak bagi kan..tahniah kepada semua yang mempunyai blog mcm saya..

    all t best dan teruskan berusaha..

    donnyien.com

    rohaizad Reply:

    Donny, RM500 itu adalah pengiraan dan estimation minimum. Sebenarnya boleh buat lebih lagi :)

  21. [...] blog tu banyak? Kalau anda kata banyak, tidak pada blogger tegar. Rohaizad ada lebih dari 30 blog yang diselia..belum campur yang terbiar. Tu bilangan blog Pengetua Sekolah [...]

  22. zool said:

    Betul tu.. Aku pun dah mula rasa kenikmatan blogging ni.. Kurang2 lepas gak nak bayo bil-bil kan.. Insyallah lepas ni ada satu lagi blog niche.. Walaupun gerak ku cam kura-kura tapi jalannya semakin luas di hadapan..

    hapa aku melalut dah..

    rohaizad Reply:

    Zool… yang penting, kita tepao bergerak, baru ada progression :D

  23. razak said:

    wahh entry kali ni betul bagi naik semangat nak berblog dgn lebih serius la bro….

    rohaizad Reply:

    Boleh… janji jangan information overloaded. Fokus pada satu dahulu. :D

  24. Bent said:

    Teruskan Ijad dalam membimbing membina pendapatan melalui blog, saya akan cuba menghadiri seminar bloggign yang Ijad akan anjurkan nanti. Walaupun bukan blogging yang saya focuskan sekarang tetapi saya pernah mencuba bidang blogging suatu masa dahulu. Penting untuk menambah ilmu dan pendapatan.

    rohaizad Reply:

    Cantik tu, teruskan usaha dan jangan sesekali putus asa :D

  25. blalang said:

    Tahniah ijad, semakin bagus post di blog, semakin ramai tak sabar nak attend seminar ko hehehe. Bila nak belanja kopitiam?

    rohaizad Reply:

    Haaa.. itulah, aku pun memang dah lama nak ngeteh ngan ko nih. Bila ye?

  26. zam said:

    semakin hangat.. semakin berkobar.. mmg aku nak booking nih…. atleast ilmu baru….hehehe

    rohaizad Reply:

    Booking? Booking apa tu ye? :D

  27. Penang said:

    info menarik… nanti boleh praktikan..

    rohaizad Reply:

    Bagus tu kalau ingin di praktikkan. Sebab praktikal akan mematangkan setiap kemajuan diri.

  28. benar2x bikin semangat ni.. ilmu baru cari kerjaan part time.

    rohaizad Reply:

    Bermulalah walaupun hanya dengan langkah yang kecil. :)

  29. naim said:

    info bro nie..dah menaikkan semangat saya..
    kali pertama saya lawat blog & baca artikel2 bro mmg best..mmg x dinafikan lagi..

    rohaizad Reply:

    Thanks Naim :)

  30. Kimizo said:

    Thanks atas info yang diberi
    Memang menaikkan semangat untuk berblogging ni
    :-)

  31. [...] harap rakan aku yang satu ini ‘nampak’ tentang potensi blogging yang dia kata ‘muak’ itu. Aminnn…. « « Tips – Chitika [...]

  32. posh76 said:

    bagusla blog ni bnyk info…i pun tak berapa pandai masih belajar

  33. ohbelog said:

    Info yang bagus En. Rohaizad rasa bersemanagat lak nak berbloging TQ!