Ingin beriklan? Sila klik di sini


Feedburner – adakah ianya untuk anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: November 12, 2009 online

Rasanya semua blogger tahu apakah itu Feedburner dan mungkin pernah menggunakannya sebelum ini. Bagi mereka yang belum pernah menggunakannya, mungkin artikel ini boleh membantu kerana rasanya ramai dikalangan kita di luar sana yang masih lagi tidak pasti apakah tujuan Feedburner dipasang di sesetengah blog.

Persoalannya, adakah seorang insan yang digelar blogger perlu menggunakan FeedBurner dalam kehidupannya sebagai seorang blogger?

Mungkin soalan ini nampak ringkas tetapi ianya boleh dikaitkan dengan komen yang pernah di berikan oleh saudari Lizz (Liza Razak) seperti di atas.

So di sini kita akan bermain KUIZ:

Soalannya:
Ada sesiapa di sini yang boleh membantu untuk menghuraikan dengan lebih lanjut bagaimana ataupun apakah kaitan di antara komen Lizz itu dengan penggunaan Feedburner?

Jika ada, silalah nyatakan pendapat kamu di ruangan komen bawah sana. Kita lihat adakah tajuk ini boleh membawa kepada satu perbincangan yang menarik untuk disimpulkan nanti. Yaaayyyy!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 25 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    email akan penuh dengan artikel dari blog tersebut dan seterusnya menimbulkan rasa marah pada penerima. Selain itu, setiap satu artikel tersebut tidak dapat dibincangkan dalam tempoh masa yang lama kerana update yang terlalu kerap.

    aku first ke

    Adney Reply:

    ye.. anda first.. hehe

  2. Zulazis said:

    sebenarnya belum khatam lagi tentang Feedburner ni… ia bagus digadgetkan dalam blog, umpama satu listing menyimpan email atau lain2 maklumat tukang komen dalam database… entah betul ke tak tak tahu ler….

  3. Mantra said:

    Salam,

    Bagi saya Feedburner tu tujuan kita gunakan untuk memudahkan pembaca yang datang untuk subscribe atau bahasa melayunya langgan blog kita. Jadi pembaca akan diberitahu jika ada entry baru yang telah diupdate diblog kita. Pendek kata feedburner ini digunakan untuk menjemput trafik ke blog kita.

  4. PakarHowTo said:

    Dalam 2 minggu lepas, ada dalam 4 orang subscribers blog aku telah unsubscribe dari list feedburner aku. Sebabnya, aku rasa tak lain dan tak bukan ialah kerana aku terlalu kerap update blog. Kadang-kadang 2 post sehari…

    Terutamanya kalau mereka yang jarang bukak email, tiba2 buka, tengok2 ada berpuluh2 email yang masuk dari orang yang sama…berderet2 email dari blog pakarhowto jer…saper tak tensen dan rasa terganggu.

    Itu pasal laa…ada 4 orang subscribers aku yang tak tahan dengan ‘gangguan’ email blog update tu…aku tak salah mereka…terpulanglah, kalau suka stay…klu dah tak tahan…unsubscribe jer lah…takde saper yang paksa.

    Tapi yang pasti…feedburner memang bagus terutamanya bagi blog yang buat duit dengan iklan seperti nuffnang…contohnya, income dari nuffnang memang banyak bergantung kepada jumlah unique visitor yang berkunjung ke blog kita…so, kalau pakai feedburner, bila kita update blog, orang yang mendaftar, bleh terus dapat update melalui email…bile diorang bukak email, dan tengok ada update…sure diorang akan pi ke blog kita untuk membacanya…jadi, hari2 la diorang akan pi blog kita kalau kita update hari2…

  5. Khairudin said:

    Pada pandangan saya mempermudahkan dalam perkongsian dan penyebaran maklumat(isi blog/laman dapat diterima,dihantar dan disebar dengan mudah) . Di samping itu dapat menarik trafik. Izad masa sekolah dulu cikgu pesan saya maksud ia = nya, jadi cikgu kata kalau pakai ia kita tak perlu guna nya. Sekadar berkongsi jika saya silap tegur-tegur la sama :-)

  6. shahrul said:

    Feedburner digunakan utk mencari pembaca tetap, supaya mereka akan sentiasa masuk blog apabila ada post terbaru. Tp ye lah, mmg x bleh update terlalu kerap. Nnti subcriber dihujani dgn e-mail update yg byk melainkan kesemua update mmg best2 utk subcriber baca.

  7. dr.aku.la said:

    aku rase kalau terlalu kerap jadi macam spam.
    reader tak sempat nak hadam content entri sebelumnye
    da masuk entri baru.
    jadi lame2 reader rase semak.

    Adney Reply:

    nasib baik “macam spam” kalau “SPAM” terus x ley diterime.. hehe

  8. wanmus said:

    entahlah..tapi kalau tiap2 hari buka email dan nampak “UPDATE OF LIZZRAZAK” memang tension jugak..hehe

    tapi tengok atas oranglah sebenarnya..mungkin dia tu jealous atau memang tak suka tengok email dia penuh..hehe

    saya suka update atau buat 2 post dalam 1 hari..sebab bila 1 hari saya perah idea untuk menulis, 2-3 idea keluar..huhu

    UstazCahaya Reply:

    Saya setuju dengan WanMus. Saya sendiri ada satu email khas untuk rss. Bagi blog yang saya suka, saya memang tertunggu2 updatenya.

    Tak masalah pun jika dapat empat update sehari dari blog feveret:-)

    Ps; Tapi kisah nya.. bagaimana ya untuk jadi feveret?:D

    wanmus Reply:

    tu kena tanya pakar, macamana nak jadikan blog anda feberet

    taukey Reply:

    hehehe….aku selalu kalau idea mencurah aku set supaya dia schedule publish. hehehe

  9. reezluv said:

    aku lebih senang mengatakan..ianya lebih menyenangkan reader..dari blogger..tapi blogger pun dapat gak kebaikan..aku hanya letakkan butang untuk subscribe to reader.aku tak suh masukkan emel..hehe

    pasal kalau aku nak selalu baca, aku akan pegi kat Google reader, dan baca memane blog yang aku subscribe tu..senang sikit pilih..hehe..

    Afra Yuri Reply:

    yup same here. kenapa perlu semak kat email? check je la kat reader. easy on the eyes. just my 2 cents tetibe menyampuk hehe.
    btw blog rohaizad is one of my feed. lots of info keep it up

  10. mazuki blog said:

    ada yang suka buat satu emel lain just untuk subcribe blog2 yang diorang ske….kalau aku plak aku hanya gunakan google reader…

    so, disini pentingnya feedburner….

  11. waka said:

    kalau hari2 masuk emel dari feedburner tensen gak, tapi bergantung juga dari siapa, tapi kalau dah banyak sangat padam je,kalau ada masa bc di blog:)

  12. hasbul said:

    yeah
    jadi mcm serabut je dalam inbox
    kalau saya 2 hari satu post d ok
    traffic lebih kurang je
    200-300 sehari
    p/s:blog man u memang la traffic cepat
    ke mcm mana bro ijad
    :D

  13. AJ said:

    Aku guna feedburner atas sebab SEO. Pasal subscriber sikit pun aku tak kisah. Janji banyak bot2x masuk dalam blog aku. :-)
    :D

  14. faisalhanim said:

    hari2 pertama subscribe ok lg…tp lama kelamaan org yg subscribe tu akan jemu (cpt jemu mcm aku..:) )…so bila dtg jer update feedburner yg kerap sgt dari blog yg sama…aku cuma terus delete jer…tak baca pun (sbb dlm hati kata, nnti2 la aku g singgah blog dia…)

  15. zakeri said:

    bagi aku simple.

    kalau visitor dah jatuh cinta dengan blog anda, feedburner amat membantu utk visitor tahu blog tersebut ader update baru :D

    kalau dah jatuh cinta, semuanya indah..

    p/s: ade satu MLM tuh, kalu tak silap jual webhosting, satu hari 3 hingga 4 kali hantar newsletter… nak unsubcribe tak pulak bagi link… aku del jer…

  16. Lizz said:

    hahahaha. ya Allah, awatlah aku plak yang dijadikan contoh daa??? no wonder lately dok rase macam ade orang mengutuk2 diriku ini. kehkehkehkeh *kidding

    benda2 macam ni,maybe depends on orang tu berblog utk ape. for me, tak ada hal untuk hal2 cam ni. its small matter.

    bila dah kata saya subscribe blog orang tuh, maksudnya saya dah fall in love with their blog. update selalu saya suka. kalau 1 atau 2 kali 1 week saya tak suka tapi tak pernah delete lagi.

    macam Rohaizad punya blog, i memang subscribe cuz i love his writing so much and content untuk improve ilmu berblogging saya. update 3 kali sehari pun, it still make me smile. no problem.

    kalau blog teman2 blogger lain, even tak berilmiah langsung, tapi for me itu tetap tak ada masalah. balance kan saja and take it easy. jangan tensen hal kecil2 :)

  17. Adney said:

    pada aku, x salah nak update byk2.. ini la ape yg subscriber pegang dan harus terime.. lagi pun ade option..

    Gunekan google reader bg blog2 tech yg sudah pasti update 2 ke atas sehari..

    Dan option read by email, pilih bg blog2 yg update payah.. selalunye blog personal payah nak update..

    ni sume bergantung pada bagaimana subscriber tu sendiri manage dri die untuk subscribe mane2 blog..

    Ape2pun, lain org lain pendapat..

  18. Penang said:

    update blog selalu… masalah juga rupanya… tak update lansung lagi masalah…

  19. [...] tidak kisah dengan kritikan. Saya selalu juga terima kritikan, teguran dan nasihat. Rohaizad.com pernah menggunakan  blog saya sebagai salah satu idea untuk menulis entri beliau. Komentar juga boleh tahan yang menghentam saya. Tapi,  saya tidak kisah sebab Rohaizad [...]