Dik, bertenanglah dan fokus serta tawakkal – never stay in the comfort zone.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: November 18, 2009 onlineHari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji fokus mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji semangat mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji adrenalin mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji tawakkal mereka.
Dan hari ini, aku akan menulis sebagai seorang abang kepada semua adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Yup, satu saat dalam kehidupan yang boleh di katakan penting.
Dik,
Dahulu abang juga adalah seorang pelajar. Abang bersekolah tadika, bersekolah rendah, bersekolah agama, bersekolah menengah. Dalam perjalanan setiap satu peralihan, abang pernah menjadi pelajar yang boleh di katakan cemerlang kepada diri abang sendiri.
Tetapi setelah UPSR dan PMR, abang sudah mula merasakan yang semuanya mudah. Ini adalah kerana abang pernah berkata dalam hati kecil ini bahawa abang “boleh buat”. Waktu itu, abang memang tidak tahu perbezaan di antara CONFIDENT dan OVER CONFIDENT.
“Alaa… belajar main main pun boleh score, tak payahlah belajar gila-gila”.
Itulah mind setting yang pernah wujud dalam hati abang sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Ini adalah kerana 3 tahun di Sek Menengah Aminuddin Baki Johor Bahru itu sebenarnya tidak memberi banyak pengajaran buat abang kerana abang adalah antara mereka yang dipilih untuk measuk ke kelas “Rancangan Khas”.
Dik,
Kelas ini di khaskan hanya untuk pelajar Melayu sahaja. Dalam kelas ini, semua “subsidi” diberikan dan semua kelebihan di peruntukkan. Sehingga abang berasa kononnya hebat. Maklumlah, satu sekolah tahu yang kelas ini umpama “projek khas”.
Tapi anggapan abang semuanya salah dan sangat TIDAK BETUL. Walaupun kelas itu hebat, tetapi abang ini tidaklah sehebat mana kerana abang telah meletakkan diri abang dalam “comfort zone”. Bayangkan, belajar main-main pun boleh dapat 4A 3B dan 1C dalam PMR. Serious!
Tetapi kehidupan abang sebagai seorang pelajar berubah dengan drastik sekali selepas PMR. Selepas sahaja masuk tingkatan 4, abang merasakan yang saingan belajar terlalu hebat kerana abang telah di letakkan di dalam kelas 4 SAINS 1. Bermakna kelas abang itu di penuhi oleh pelajar hebat dari pelbagai bangsa. Bukan kelas yang di penuhi oleh pelajar Melayu sahaja.
Dalam kelas ini pelajarnya semua hebat-hebat belaka. Begitu juga dengan mata pelajaran yang abang kena study. Add math, Biologi, Fizik dan Kimia adalah satu mimpi ngeri. Nama seperti Ho Chin Kun, Koh Whye Liang, Twe Eng Sing dan lain-lain cukup menggerunkan bagi abang. Semua markah mereka 95/100 ke atas pada setiap ujian bulanan.
Akhirnya abang tersungkur di dalam kelas sendiri. Barulah abang tahu yang diri ini tidaklah sehebat mana dik. Bangsa lain sudah jauh ke hadapan dan abang masih lagi dengan kaedah menghafal, bukan “memahami”. Hebat di kalangan bangsa sendiri tidak ubah seperti “hero kampung” sahaja. Hakikatnya kita perlu melihat pada kemajuan dan cara belajar bangsa lain.
Sehinggalah 3 bulan sebelum peperiksaan SPM tiba, abang sudah mula memikirkan alasan untuk menjawab dengan ayah abang sekiranya abang gagal SPM nanti. Abang tahu yang keputusan SPM abang akan ke longkang. 3 huruf keramat iaitu S.A.P (Sekadar Ambil Peperiksaan) akan abang miliki dengan mudah.
Dik,
2 bulan sebelum peperiksaan abang cuba untuk ubah cara abang berfikir. Abang cuba mendekati mereka yang mempunyai “AURA” positif dan mereka yang cemerlang. Dan cara itu abang rasakan berkesan kerana abang tidak lagi gelabah.
Sebulan sebelum peperiksaan, abang cuba untuk “memahami” subjek yang abang belajar, bukan menghafal. Satu ayat yang di berikan oleh cikgu kelas abang iaitu Cikgu Chua sangat memotivasikan abang. Inilah ayat Cikgu Chua yang masih lagi terbenam dalam fikiran abang:
“Matematik dan Add Math (matematik tambahan) ini senang sahaja. Malah kita sudah belajarnya dari darjah satu lagi. Pernah kamu bayangkan yang sejak kita kecil sampailah sekarang ini kita hanya belajar 4 perkara sahaja dalam matematik iaitu TAMBAH, DARAB, TOLAK dan BAHAGI?” Mana ada perkara lain dalam matematik? Kalau ada, sila beritahu saya….
Mendalam sungguh maksud ayat Cikgu Chua itu dik. Sehinggalah tiba pada hari peperiksaan, abang cuba untuk menyediakan persiapan dari segi mental. Abang lakukan apa yang abang rasakan patut seperti membuat sembahyang hajat minta ditenangkan perasaan sewaktu ambil peperiksaan nanti.
Abang tahu yang mungkin sudah terlewat untuk berpatah balik tetapi abang juga tahu bahawa SPM juga bukanlah penentu masa hadapan (jangan salah faham ayat ini ya). Maksudnya selepas SPM masih ada lagi Diploma, Ijazah, PHD, Master dan sebagainya.
Tiba pada waktu peperiksaan, abang menjawab dengan penuh tenang. Abang tahu kebolehan abang dan abang cuba untuk menjawab semua soalan sehingga ke tahap yang maksimum.
Sekali lagi, abang menjawab soalan dengan keadaan yang sungguh “bertenang”. Maksudnya di sini abang menjawab soalan yang mudah san senang dulu. Abang tahu kalau abang “gabra” dalam menjawab soalan, semua yang ada dalam otak ini akan hilang begitu sahaja.
Dik,
Alhamdulillah… selepas peperiksaan, abang merasakan SPM itu tidaklah sesusah mana yang abang fikirkan. Mungkin abang berasa demikian sebelum masuk ke dewan peperiksaan, segala masalah telah abang campak ke luar dewan. Iya dik, abang fokus pada waktu itu (meskipun abang tidak sedar yang abang sedang fokus sebenarnya!)
Yang pasti, semua masalah termasuklah 3 huruf keramat (S.A.P) itu telah abang lontarkan jauh ke luar dewan peperiksaan. Semuanya berdasarkan apa yang kita belajar, itu sahaja yang perlu kita ingat mengenai PEPERIKSAAN. Betul tak?
Selang sebulan selepas itu, keputusan SPM pun keluar dan abang agak fobia sehingga pernah terdetik kalau abang mendapat S.A.P, abang akan terus lari dari rumah… keluar merantau mencari kerja dan kembali ke kampung setelah menjadi “orang” yang berjaya, bawa balik Mercedes dan mempunyai banglo besar (macam dalam drama TV tu).
Hakikatnya, abang agak menggigil apabila memegang salinan transkrip Sijil SPM abang itu. Abang dapat sahaja, terus abang bawa lari ke belakang blok sebab tidak mahu orang lain lihat.
Setelah abang melihat score yang ada dalam Sijil SPM itu, abang rasakan dunia ini TERLALU INDAH. Ini adalah kerana semua subjek yang abang rasakan FAIL/GAGAL pada mulanya mendapat kredit. Pendek kata abang LULUS semua matapelajaran dengan 5 subjek mendapat kepujian termasuklah English dan Matematik.
Nak luahkan perasaan itu pun abang tidak tahu kerana abang hanya ke kelas Kimia + Fizik dengan hanya membawa sekeping TISU untuk di tulis di atasnya!
Tapi Tuhan itu Maha Adil. Siapa yang berusaha, pasti ada ganjarannya. Dan abang tahu bahawa abang layak untuk berkongsi kegembiraan ini dengan mak dan ayah. Rasa tidak sabar untuk pulang pun ada kerana abang adalah anak lelaki yang pertama. Malu mak dan ayah kalau jiran tahu yang anak lelakinya FAIL dalam SPM.
Jadi bagi adik-adik yang sedang menghadapi peperiksaan, mungkin tips-tips ini boleh membantu:
- Janganlah GABRA dan berfikiran yang bukan-bukan. Kadang-kadang kita sahaja yang merasakan sebegitu walhal sebenarnya TIDAK.
- Cuba untuk bertenang kerana hanya pemikiran yang tenang sahaja boleh membawa kepada jawapan yang rasional dan tepat.
- Fokus pada apa yang ada dalam dewan peperiksaan. Jangan di bawa masuk cerita luar/masalah yang ada dalam diri.
- Kurangkan bercakap dengan rakan-rakan lain sebelum peperiksaan dan bawalah air minuman yang secukupnya. Elakkan dari membawa air minuman yang masam seperti air oren dan sebagainya.
- Paling penting, cium tangan mak dan ayah kerana KETENANGAN itu bermula sebaik sahaja kita cium tangan mereka. Jika ayah adik ingin air serta doa penenang hati, itu adalah lebih baik untuk di minum.
- Mana yang duduk di asrama, telefonlah mereka minta mak dan ayah doakan. Doa mak dan ayah amat berkat dik. Kemudian, berserahlah pada Allah kerana usaha telahpun kita buat.
Dik, kita adalah ANAK kepada ayah dan ibu kita. Kitalah yang akan membawa keluarga kita lebih jauh lagi ke hadapan. Kalau kita dah tersungkur, di mana dan kemanakah arahnya nasib dan taraf kehidupan kita di masa akan datang?
Adakah ianya susah ataupun lebih susah?
Kalau keluarga kita perlukan pembelaan, adakah ianya datang dari orang lain?
Jiran tetangga?
Kawan-kawan?
Atau Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Dik,
Abang berkata begini kerana abang tidak di lahirkan dalam keluarga yang kaya. Iya… abang dibesarkan di dalam keluarga yang susah. Kalau abang di lahirkan dalam keluarga yang senang, itu lain cerita. Tapi hidup ini memerlukan pengorbanan.
Cuma kalau katakanlah satu hari nanti kita di uji dan setelah mencuba atau memberikan yang terbaik, kita tersungkur jua, janganlah sesekali SERIK untuk bangun ye dik. Teruskan hidup kerana nasib, ajal dan maut kita di tangan Tuhan… bukan di tangan orang lain.
Kesimpulannya, satu sahaja pesanan dari abang:
===> Bertenanglah dan fokus serta tawakkal – never stay in the comfort zone!
***Catatan: Anda di benarkan copy paste artikel ini untuk di kongsi bersama bersama pembaca dalam blog anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah letakkan link ini di bawah artikel anda, itu sahaja: http://www.rohaizad.com/2009/11/18/dik-bertenanglah-dan-fokus-serta-tawakkal-never-stay-in-the-comfort-zone/







hehe..aku zaman SPM dulu…abes paper jer..tros panjat pagar pegi main game…mlm buta br balik…esok ada paper lg..muakkakakaka..study sket..lps tuh tido..giler btl!
boy_bersahaje Reply:
November 18th, 2009 at 9:43 am
Ko power dowh yam…Sebab tu ko dapat keje kat c2. Kihkhihkhihkhih
Mari Buat Blog Reply:
November 18th, 2009 at 9:31 pm
haha..power kejadah nyer…result cukup2 makan jer..tuh nak tunjukkan betapa lalai nyer zaman muda2 dulu..hehe
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 9:56 am
Ahahahah…. itu takleh citer.. nanti ayah aku tahu. Tapi masa dalam exam, aku tak main game. Aku terus balik rumah.
p/s: Sebelum sebelum tu, memang adalah panjat pagar sekolah. Aku rasa abang kedai manggis kat jalan Wong Ah Fook tu bukti hidup… memang tu tempat aku lepak. Teruknya aku dulu… huhuhu
emyshahril.com Reply:
November 18th, 2009 at 2:12 pm
Terkenang zaman-zaman ‘jahiliah’ ke jad?…Hehehe. Biasalah, masa dulu mana la nak sedor diri, sekarang ni baru lah insaf yer…
Cerita yang sangat memotivasikan di pagi hari yang sejuk dan tenang ini. Wow!Semangatnye aku..
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 10:00 am
Dah macam citer motivasi plak bila ko cakap macam ni.. hahahah
Gilela..ni entri khas untuk pelajar SPM.
Btw, hebat gak ye bro masuk kelas sains. Tp betul semuanya memerlukan pengorbanan + usaha.
Btw, pasal bangsa lain dan hero kampung tu. Memang setuju sangat le coz saya sendiri pernah alaminya di UiTM. Rasa macam dah bagus..sekali bila masuk swasta, Ya Rabbi..jauh ketinggalan rupanya dengan bangsa lain terutamanya ca ya nun alif.
Ape-ape pun, goodluck kepada para pembaca Rohaizad dot com yang mengambil SPM hari ini. Wish you all the best! (Focus on your result! There’s no turning back dude!)
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 9:57 am
Semoga adik-adik kita dapat ketenangan untuk menjawab soalan.
Aqif Reply:
November 18th, 2009 at 9:59 am
Yup. Siapa yang cemerlang tu. Abg ijad belanja kereta kontrol. kan? kan? haha
Aku hanya dapat kata satu saja untuk artikel ni: HEBAT!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 9:59 am
Thanks Zul.
p/s: kes SPM ko sama dengan kes aku gak ke Zul? hahahahah
smartzul Reply:
November 18th, 2009 at 10:06 am
Secara riaknya, aku dapat 9 kredit.
Result di luar jangkaan aku dan membuatkan budak2 bijak pandai tak percaya menggeleng kepala. Mana taknya.. Dalam kelas, test biasa, percubaan, nak dapat 1A pun sakit. Tapi result SPM, aku top 10 best student. Itu kalau ikut sistem kredit lah.
Pencapaian aku tu sebab kes mcm kau jugak kot. Pecut di saat akhir, yakin dan teknik belajar tu.
Kalau ikut pencapaian setiap subjek, Add Math aku dapat 4 je kot. Math biasa aku Ok, tapi Add math problem sikit. Sudah nak hadam. Haha..
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 10:11 am
Itulah pasal… kalau kita buat persediaan awal, mesti boleh score lebih baik lagi. SO adik-adik, janganlah buat perkara last-last minute yea… nanti dapat markah pun yang last-last juga…
emyshahril.com Reply:
November 18th, 2009 at 2:16 pm
Kalau buat persediaan awal, I.B.U pun ko tak pandang ye jad….hehehe.
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:13 pm
Bukan tak pandang, tapi dah dapat offer ke New Zealand. So hati tu dah nampak “oversea”.. hehehe
Selamat menempuh alam peperikasaan. Selangkah sebelum menuju alam menara gading..bukan merana daging yeeee
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 10:01 am
Kita doakan sama-sama….
Aku nak buat pesanan kat adik-adik SPM sekalian.
Walau apa pun cita-citamu seperti mahu jadi blogger full time ke, IM full time ke, jadilah blogger yang cemerlang dalam akademik. InsyaAllah dirimu boleh pergi jauh ke hadapan.
Jangan jadi macam kami.
Yeah!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 10:10 am
Terima kasih Abang Zul….
Wah Bro, rupa nya kita satu sekolah SAB tapi saya jauh senior ambik MCE in 1979.
Anak saya pun ari ini ambik SPM di SSP Pontian. Pagi tadi berpusu pusu ibubapa ke dewan membaca yassin dan doa selamat bersama sama guru sekolah dan mengiringi anak anak ke dewan peperiksaan. Semua nya hasil kerja guru sekolah yang melambangkan betapa sayang nya guru guru pada anak murid mereka…..
Mudah mudahan mereka berjaya dengan baik.. Anak gadis saya ni pun pernah sebut SAP dan nak jadi blogger pulak….
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 11:24 am
1979?
Alahai bang… masa tu saya baru sahaja lahir ke muka bumi nih… hahahah
Salam;
Entri ni jatuh hari SPM pula. Kalau awal sikit, dapatlah adik saya baca entri ni. Dia dah balik asrama.
Bagus entri ni, beri kesedaran untuk tidak main-main. Nanti cuti raya haji, nak suruh adik saya R.Khairuddin baca, bro, doakan dia ye….risau saya….
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:12 pm
Takper… untuk adik-adik yang lain, tahun hadapan still kena prepare juga
Selamat menempuh peperiksaan SPM wat adik2 saya gak. Entri ni agak nostalgia gak la, teringat dulu saya camne. Amik SPM pun macam takder arah je. Klu dalam kelas, harap jadi jaguh kg je la kut.
Baik la berubah time masuk matrix. Klu tak, tatau la..huhu.. Hmm, best pulak dengar lagu ni sambil baca entri. Layan…
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:11 pm
Kakeru ni mesti result gempak punya`kan?
kakeru Reply:
November 19th, 2009 at 4:05 am
Isk3x… Takder la cam gitu sekali Ijad. Try klik kat link saya nih, nanti boleh baca sedikit coretan kisah masa lalu yang sering memberi motivasi pada diri saya sendiri.
Tak dinafikan, kejayaan mmg seronok utk dikenangkan. Sampai bila2 pun, aura itu masih bersisa…
kakeru Reply:
November 19th, 2009 at 4:07 am
Isk3x… Takder la cam gitu sekali Ijad. Try klik kat link nih (http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/22668-pertandingan-menulis-kisah-motivasi-rm177-untuk-dimenangi-2.html), nanti boleh baca sedikit coretan kisah masa lalu yang sering memberi motivasi pada diri saya sendiri.
Tak dinafikan, kejayaan mmg seronok utk dikenangkan. Sampai bila2 pun, aura itu masih lagi bersisa…
penampilan yang agak retro juga untuk kali nie…
Mata Pelajaran yang paling saya benci & selalu tuang kelas ialah Rampaian Sains, tapi bila SPM boleh dapat kredit 3… ganjil sungguh….
Kami doakan pada semua calon SPM /STPM 2009 lulus dengan cermerlang. Selamat Maju Jaya.
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:10 pm
Kredit 3?
Power tuhhhh…
Pengalaman Saya 7 gagal semasa percubaan SPM 05!
Alhamdulillah jumpa MR Right In the right time.
Keputusan Sebenar Semua Lulus dengan plus satu A1(math)dan A2 (BM)
**Kedua-dua nya saya gagal masa percubaan
***Apa yang penting adalah anda _____!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:08 pm
Tak faham sebenarnya nih. 7 gagal tu stand for apa ye?
norazuan Reply:
November 18th, 2009 at 10:58 pm
7 subjek saya gagal bro !
dari 11 subjek yang saya ambil.
Keputusan SPM saya tak lah sehebat bro Rohaizad, cukup-cukup makan aje. Yang peliknya sekarang ini, saya dah ade Ijazah…
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:07 pm
Hebat?
Itu pangkat 2 wehhh… Aggegat 32 pun pangkat 2 gak… hahahaha (hujung dunia dah tuh)
Amboi2, dgr tu adik2 tips2 dr abg Ijad kita, ye btl jgn gabra, nnti jd blank,
Nk kongsi 1 cete jgk, tp ni cte msa amik paper degree dmna aku ni jns y study last2 minit, mna xnya hari2 ln sibuk bt duit(hehehe), esk ada paper malam tu bru study gila2 smpi xtido, akibatnya ddewan peperiksaan aku jd blank gila xtau apa y aku aku bca mlm tu, n aku hnya mmpu mingati apa y lecture ajr ddlm kls, dr hari itu bru ku sedar rupanya fokus ddlm kelas adalah amat2 penting, nasib baik ppr tu lulus ngam2 y mbolehkan aku x repeat papaer tu,
So kpd adik2 sekelian y mengambil SPM n STPM (adik akulh tu ada 2orang amk SPM n STPM) good luck u korng, do d’best, cahyok!!!!!!!!!!!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:07 pm
Ganas jugak Siti ni rupanya
siti Reply:
November 19th, 2009 at 2:21 am
Pmpn zaman skrang ni bro Ijad jgn jd lemah lmbt, nnti kena tindas je ngn kaum2 bro ni(y ska amk ksmptnlh),
(Siti:ganaz diluar, lembut didalam)hehehehehe
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 2:25 am
Tahu… tahu… alahai….
siti Reply:
November 19th, 2009 at 2:32 am
hehehe, alahai, tu bunyi perli tu bro…
selingan motivasi hari ni..thanks bro..w/pun i dah lepas exam tu suma, tapi post ni membuatkan i ingat kisah2 yg lepas..
buat adik2 yg nak exam, cahyok!!! (tiru ayat siti kat atas tu)..hehe..ingat, hati kena tenang..insyaAllah kejayaan bersama kalian semua..amin..
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:06 pm
Sama-samalah kita ya
fuh bro ko buat aku rasa rindu la dengan zaman persekolahan. hahah. budak laki mana yang tak buat masalah time sekolah kan. hahah. btw aku nak cakap gud luck kat budak budak spm. ok je. bykkan tawakal & tidur mesti cukup. no hal punya la.
blogging for fun, people & information
syed akmal
wwwsyedakmalcom
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:03 pm
Haaa… itu lagi satu lupa untuk di selitkan. TIDUR MESTI CUKUP. Thanks.
Syed Akmal Reply:
November 18th, 2009 at 7:21 pm
yeahhhhh. heheh. rindu plak nak masuk dewan peperiksaan. hehe.
blogging for fun, people & information
syed akmal
wwwsyedakmalcom
dulu time SPM ada break seminggu sebab Hari Raya Puasa.. Haha.. Pastu time tu plak time musim tengkujuh.. takut gak banjir nanti tak leh nak pergi amik exam.. alhamdulillah.. semua OK~!
besok last paper untuk semester ni..!! tak sabar rasanya nk berpoya².. huahahaa..!!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:05 pm
Ooo… ye ker?
Good luck untuk ko bro~~!
Bro kira ok lagi 2 bro. Rata2 yg komen kt sini semua dh bekerja. Sy masih ada setahun tuk abes degree. Sy dulu siap kena buang lg dr skolah masa F5.
jahat sgt dulu (sekarang nakal je
) tp alhamdulillah result SPM xmngecewakan.
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:02 pm
Perjuangan masih belum selesai…
Apa pun, good luck untuk final year. Hanya diri kita sahaja yang boleh menentu dan mencorakkan masa hadapan kita. Itu sebab kita kena fikir minimum 5 tahuh ke hadapan (di manakah kita pada waktu itu?)
entri pasal spm! menarik!
terkenang zaman muda mudi dulu kala.
tapi jangan belajar setakat nak ambik exam aje.
abih exam abih la.
sematkan dalam hati untuk menuntut ilmu.
mudah2an ilmu lekat lebih lama.
tuntut ilmu sepanjang hayat!
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:01 pm
Haaa.. itu memang tepat. Tuntut ilmu sepanjang hidup, bukan untuk peperiksaan semata-mata.
saya memang mempraktikkan apa yg bro ijad tulis di atas. alhamdulillah. walaupun tak semua A1 atau A2, tapi boleh lah dibanggakan
apa-apa pun..itu adalah sejarah untuk dikenang di kala susah & senang
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 7:00 pm
Memang kelakar betul bila teringat kisah nakal zaman dulu dulu nih.
ko ni ijad memanglah bab memotivasikan orang memang aku respek..so sape nak amik abg ijad ni sebagai fasilitator program motivasi tu bolehlah hubungi dia..:)
hmm..berkongsi kenangan SPM dulu, sama jugak teknik iaitu pulun habis di saat akhir..sampai 2 tuisyen sekaligus tu..takut tak terkejar, so kejar tuisyen. Alhamdulillah, inilah hasilnya walaupun kecut perut jugak masa pecut2 saat akhir ni.
rohaizad Reply:
November 18th, 2009 at 6:58 pm
Masalahnya kecut perut tu zaman dulu, sekarang ni rasanya perut tu dah takleh kecut lagi dah. Makin mengembang pulak.
tau xpe..makin mengembang jadinya..hehe
siti Reply:
November 19th, 2009 at 2:28 am
btl2, actly perut sapa y mengembang tu wanmus? hehehehe
wanmus Reply:
November 19th, 2009 at 6:53 am
tu kene tanya tuan blog, mesti dia tahu jawapannya..hehe
siti Reply:
November 19th, 2009 at 11:54 am
arrr, btl2, stuju sajooooooooooo
hari ni adik aku yg bongsu ambik spm, aku call dia dan pesan satu jer kat dia
“masa nk masuk dewan peperiksaan, tenangkan diri dan masuk dengan penuh kayikanan, baca doa, selawat kat nabi muhammad s.a.w, then jawab dengan tenang, yakin dengan jawapan serta yakin yang adik boleh berjaya”
sbb aku pun amalkan benda mcm tu dulu, lagi satu kalau teringat spm tahun 1998 dulu, aku bukannya jenis kaki study, 2 subjek jer aku fokus, math ngan add math
buat latihan setiap hari add math ngan math sampai tertidor pun pegang pen, sbb kalau kita buat latihan math ngan add math, ianya mengajar otak kita untuk terus berfikir, insyaAllah subjek2 yg lain boleh dpt result yg baik….
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 2:47 am
Wahhh… handal matematik rupanya. Pheewww.. cayalah!
mijie Reply:
November 19th, 2009 at 10:57 am
takder lah pandai sgt, tp minat sejak dari kecik lagi…
teringat masa kecik, berjalan pun tangan asyik mengira je…
sampai dalam toilet pun dok berfikir pasal math, heheehh
Anak sulung Kak Jie pun SPM tahun ni… nak pesan apa, nak cakap apa…semuanya sudah. Usaha dan Doa sudah….hari ini hanya Tawakal.
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 2:46 am
Semoga dapat menjawab soalan dengan cemerlang…
Bagus pesanan izad.. semoga menjadi panduan adik-adik semua..
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 2:44 am
Pesanan melalui pengalaman… biasalah tu. Sharing.
Lepas cemerlang di SRP, aku hampir gagal di SPM (masih lagi gred 1 la) sebab melayan keseronokan sahaja. Nasib baik aku sedar, kalau tak aku mungkin tak habis buat degree dulu.
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 2:44 am
Degree?
Bersyukur siot dapat segulung ijazah. Aku Universiti pun tak dapat masuk… huhuhuhu
Bagus betul pesanan…
Boleh buat tips untuk last paper petang nih
rohaizad Reply:
November 19th, 2009 at 12:01 pm
Good luck beb!!!
[...] Dulu abang ada berkongsi mengenai kisah sewaktu menjadi pelajar SPM dalam blog ini. Dalam entri itu, semuanya berkisar kepada apa yang telah berlaku pada diri abang. [...]
Diulas pada March 12th, 2010 at 1:15 am