Ingin beriklan? Sila klik di sini


Ubat Yang Disangka Penawar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Penulis undangan - Tarikh diterbitkan: November 20, 2009 online

Sepanjang tahun 2009 ini, blog rohaizad dot com telah menghubungi beberapa blogger dan Internet Marketer secara private melalui email dalam menjemput mereka menjadi GUEST WRITER (penulis jemputan) di blog ini.

Disebabkan masa yang agak terbatas, kebanyakan artikel mereka itu semua masih lagi belum siap untuk di terbitkan. Sungguhpun begitu, blog rohaizad dot com berasa sungguh bangga sekali kerana permintaan yang telah di hantar kepada saudara SmartZul telah mendapat respon yang amat baik dari beliau.

Jadi pada pagi hari Jumaat yang mulia ini, ingin dinyatakan bahawa artikel yang sungguh bermanfaat dan berharga di bawah ini telah di sediakan oleh Saudara SmartZul sendiri dan ianya amat sesuai sekali di letakkan bersama di bawah kategori Renungan Hari Jumaat.

* Ribuan terima kasih di ucapkan kepada saudara SmartZul atas artikel yang penuh dengan informasi ini. Sekali lagi, terima kasih!

[Jika artikel ini terlalu panjang, anda juga boleh download versi ebook di sini.]

Tidak semua ubat sesuai untuk semua orang dan juga penyakit. Setiap badan seseorang, hanya ubat tertentu sahaja yang sesuai untuknya.

Begitu juga setiap penyakit, hanya ubat tertentu yang berkesan untuk penyakit tersebut.

Namun, apakah yang akan berlaku apabila seseorang pesakit itu mengambil (memakan) ubat yang tidak sesuai untuk dirinya?

Sudah pasti sakit akan bertambah parah. Malah kemungkinan besar akan membuatnya tidak bernafas lagi di dunia ini…!

Tetapi di satu sudut yang lain, walaupun ubat yang diambil itu sudah betul, namun jika ia terlebih sukatan (dos), sudah pasti biasanya akan membawa kepada kemudaratan juga.

Maka sebab itulah di dalam Agama Islam sendiri, konsep kesederhanaan itu amatlah penting dan sentiasa ditekankan. Tidak kurang, tidak juga lebih….

Manap (bukan nama sebenar), masih mentah di dalam dunia buat duit di internet. Namun, kerana telah melihat begitu ramai orang yang telah buat duit dengan banyaknya di internet, dia pun mahu turut serta juga.

Boleh dikatakan, setiap kali ada ebook atau panduan buat duit yang dilancarkan oleh kebanyakan Internet Marketer, dia pasti beli. Wajib katanya. Duit demi duit, sampai duit tabung pun dikorek-korek, malah tidak cukup dengan itu, duit isteri kesayangan pun turut dipinjam. Katanya, pelaburan untuk jangka panjang!

Satu ebook demi satu ebook, satu produk panduan demi produk panduan buat duit dibelinya. Boleh dikatakan orang yang menjual itu menjanjikan sesuatu yang amat menarik. Empat angka dalam seminggu, tidak perlu tahu komputer sangat, tak tahu buat blog atau laman web pun boleh buat duit dan beraneka ragam janji manis lagi.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, sudah banyak duit yang Manap belanjakan. Mencecah ratusan dan hampir ribu ringgit dia gunakan gara-gara membeli “ubat” yang disangka dapat meyembuhkan “sakitnya”.

Duit simpanan hampir habis. Duit gaji lambat lagi masuk. Duit susu anak pun terpaksa pinjam dengan saudara maranya. Isterinya, Salmah (bukan nama sebenar) tidak bekerja, surirumah sepenuh masa. Jadi dia tiada sumber kewangan untuk membantu belanja keluarga. Gaji bulanan Manap bukan banyak pun, itu belum ditolak belanja itu ini.

Manap duduk termenung, sambil menggaru-garu kepalanya yang botak itu. Lantas di sebuah kedai mamak, semasa dia sedang cuba menenangkan fikiran mencari jalan keluar, dia terserempak dengan seorang kawannya, Farid (bukan nama sebenar).

Melihat muka Manap yang suram dan muram itu, Farid terus bertanya, apa yang sedang dia fikirkan. Lantas Manap menceritakan dari A hingga Z kejadian yang telah berlaku dan apa yang telah dia lakukan.

Nasib Manap baik, kerana Farid adalah seorang yang telahpun menjana pendapatan daripada internet. Lantas Farid menerangkan bahawa, sebenarnya Manap selama ini telah tersalah membeli ubat dan telah terlebih dos ubat. Ubat yang disangka oleh Manap itu sebagai penawar, rupanya adalah racun.

Semenjak daripada itu, Manap sudah berhenti membeli panduan-panduan buat duit yang teramat manis janjinya atau harganya adalah harga yang tidak patut (hanya mengayakan si penjual itu sahaja).

Manap bersama isteri tersayangnya mula fokus, belajar dengan konsisten, sabar dan belajar daripada beberapa orang Internet Marketer yang sebenar serta cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai potensi blog dari blogger yang bagus seperti Problogger. Ebook tetap dibeli, tetapi ebook yang benar-benar sesuai dan membantu.

Kini, 5 bulan selepas kejadian yang hampir menelan kebahagiaan rumah tangganya, Manap dan isterinya sudah boleh bernafas panjang dan hidup dengan tenang. Selain gaji bulanan Manap, mereka berdua telah mempunyai rangkaian blog yang menyumbang pendapatan sampingan empat angka sebulan.

Pelajaran

Daripada cerita di atas, begitulah hakikat dunia kini. Begitu ramai manusia yang hanya mementingkan diri mereka sahaja dengan menjual “ubat” tanpa mengambil kira “pesakit” (pembeli) mereka itu sesuai atau tidak dengan ubat tersebut. Kiranya, ubat mereka adalah ubat ajaib yang boleh menyembuhkan semua penyakit.

Di sebalik yang lain, si pesakit itu pun sama juga dengan sikapnya yang menganggap semua ubat adalah penawar. Walaupun mereka telah membeli ubat yang betul, namun apalah gunanya jika terlebih dos atau sukatan yang boleh membawa mudarat.

Terlebih dos di sini dalam konteks membeli ebook atau panduan buat duit adalah, terlampau banyak membeli ebook yang sepatutnya sudah tidak patut dibeli kerana sudah ada ebook seumpama itu telah dibeli ATAU membeli ebook yang isi kandungannya terlalu general.

Kiranya, membeli ebook yang sama saja isi kandungannya. Atau dalam kata lain, yang membeli itu semakin keliru, hanyut dan semakin tidak dapat melakukan tindakan kerana limpahan maklumat (information overload). Pi mai pi mai… tang tu juga.

Penawar Kepada Racun

Bagi anda atau sesiapa sahaja yang sudah terkena racun yang amat berbisa seperti yang diterangkan di atas, segeralah bertindak dengan beberapa saranan berikut agar racun itu tidak memakan diri sehingga menyesal tidak berguna:

Cara 1. Cari Mentor Yang Ikhlas

Ya, teramat sukar atau tiada kaedah tertentu untuk tahu seseorang itu ikhlas atau tidak. Namun, kita boleh mengukur daripada apa yang mereka berikan kepada kita sama ada ilmu yang berkesan dan juga “bantuan” yang sepatutnya terutama yang telah dijanjikan.

Orang-orang yang ikhlas, mereka akan cuba membantu walaupun dengan sebaris ayat. Jika mereka tidak mampu membantu, cukup mereka hanya memberikan saranan lain yang boleh digunakan.

Mentor yang ikhlas juga tidak terlalu menekankan soal caj. Walaupun mereka kenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka, namun mentor yang ikhlas akan memberikan ilmu lebih bernilai berbanding bayaran yang ditetapkan itu (amat berbaloi).

Mentor yang ikhlas teramat penting kerana selain mereka memberikan ilmu yang betul tanpa sorok-sorok, mereka juga tidak sesuka hati akan mempergunakan kita untuk keuntungan mereka semata-mata.

Cara 2. Makan Ubat Ikut Sukatan

Jika telah membeli sesebuah ebook, mungkin ebook itu sudah memadai untuk dipelajari tanpa membeli ebook yang lain. Atau jika mempelajari sesuatu dengan seseorang sama ada personal coaching, bengkel atau seminar, ikut saja 100% formula yang mereka berikan. Jangan sekejap guna formula mereka dan kemudian pergi cari dan belajar pula formula orang lain.

Kita semua sedia maklum, kalau makan ubat yang bercampur-campur, sudah pasti kita akan mengalami kesan sampingan sama ada kesan sederhana atau kritikal.

Jadi, gunalah “ubat” ikut dos. Jangan berlebih-lebihan.

Cara 3. Jangan Terlampau Mudah Terpedaya

Di laman web jualan, pelbagai janji, bukti dan aneka kaedah yang digunakan untuk meyakinkan kita membeli produk mereka. Maka, apakah cara untuk mengelak kita daripada tidak membeli produk informasi yang terlalu “hype”?

Mudah sahaja. Di sini diberikan petua yang mudah dan cepat untuk dilakukan:

i. Ucap dan ingat kepada Allah: La Haula Wa La Quwwata Illa Billah (bagi yang berAgama Islam). Atau apa saja ucapan yang memuji-muji kekuasaan Allah SWT.

La Haula Wa La Quwwata Illa Billah – “tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah”

Kita kembalikan segala kehebatan manusia itu kepada Allah SWT. Kejayaan, kekayaan dan segalanya adalah hak milik Allah yang diberikan kepada mereka. Jadi, dengan mengucap kalimah tersebut, kita tidak akan terlalu terkesima dengan mereka atau janji-janji manis mereka kerana mereka pun makhluk Allah yang biasa dan lemah seperti kita juga.

Kebanyakan orang terkesima dengan kehebatan si penjual dan bukan sebab mahu mendapatkan ilmu. Ingin tahu itu sudah jadi sebab kedua, yang pertamanya sebab teruja. Maka biasanya yang teruja itu tidak akan berakhir dengan cerita-cerita yang menggembirakan.

ii. Tekan Button Close Browser (tutup laman web itu) dan usahakan untuk melupai tawaran hebat di laman web tersebut. Tip di sini, berhenti seketika melayari internet sama ada berjalan-jalan sekejap, ke dapur minum air, jumpa kawan-kawan dan sebagainya mengikut cara yang difikirkan boleh melupakan tawaran hebat tadi.

4. Perlu ada Perancangan dan Sistem

Kita perlu tahu apa yang perlu kita buat, bila, di mana dan bagaimana? Dengan adanya perancangan sebegitu, kita mudah untuk fokus. Yang penting, utamakan jadual atau perancangan itu dahulu sebelum melakukan perkara lain. Utamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain.

5. Jangan Dekati Penjual Ubat

Kalau sudah tahu ubat itu tidak diperlukan, atau sudah tahu penjual ubat itu hanya banyak kelentong, maka mengapa kita perlu dekati mereka lagi? Maka jangan cari padah atau jangan cari masalah.

Di dalam Internet Marketing, biasanya kita banyak subscribe (melanggan) newsletter melalui emel. Satu demi satu, sehingga mencecah ratusan newsletter. Kemudian, tawaran demi tawaran, promosi demi promosi masuk ke Inbox emel kita.

Jadi, untuk tidak lagi menerima emel sebegitu, unsubscribe sahaja newsletter Internet Marketer (IM) yang tidak kita perlukan. Tip saya di sini jika sebelum ini anda telah subcsribe puluhan atau ratusan newsletter, unsubscribe secara berperingkat. Contohnya unsubscribe paling kurang lima hingga 10 newsletter sehari.

Sila rujuk artikel Panduan Cara Unsubsribe Newsletter di sini.

Begitu juga di forum Internet Marketing, banyak tawaran dan jualan ubat di sana. Saya sendiri jika boleh, mahu mengelak daripada memasuki ruangan jual beli “ubat” tersebut. Atau, saya hanya masuk apabila mahu mencari dan membeli ‘ubat’ apabila perlu sahaja.

Jika saya masuk ke forum, saya akan utamakan tiga perkara berikut:

i. Bertanya soalan (membuka perbincangan)

ii. Memberi pendapat di thread yang berkaitan

iii. Melakukan promosi produk

6. Buat Senarai Semak

Buat senarai semak yang mengandungi perkara yang perlu kita lakukan sahaja, senarai panduan yang sudah kita ada dan apakah panduan yang perlu kita dapatkan.

Contoh:

Fokus: Hanya Buat Duit melalui Blog (Blogging).

Panduan Yang Sudah Ada:

1. Panduan Buat Blog dot Com WordPress (oleh XYZ)

2. Panduan Buat Duit Dengan Blog (oleh ABC)

3. Panduan Internet Marketing (oleh KLM)

4. Keahlian Kursus Insentif Blogging (oleh IOU)

Panduan Yang Perlu/Akan Dibeli:

1. Belum ada yang perlu ditambah setakat ini. :D

Panduan Yang Perlu Diutamakan:

1. Yang berkaitan dengan bidang fokus

2. Teknikal

3. Cara promosi, pemasaran dan strategi penggandaan pendapatan

Anda boleh tambah lagi senarai yang berkaitan seperti blog siapa (blogger) termasuk laman web rujukan yang perlu diutamakan untuk dibaca, siapa yang boleh dirujuk seperti mentor dan kawan-kawan blogger atau IM.

Dengan ada senarai sebegini, kita sentiasa sedar dan tahu apa yang HANYA perlu kita lakukan dan apa yang telah kita ada. Biasanya kita lupa bahawa ubat tertentu telah pun kita beli. Jadi dengan adanya senarai sebegini, kita boleh mengelak daripada membeli ubat yang sama berulang-ulang kali.

Amaran: Banyak “ubat” yang isinya sama, tetapi dijual dengan “bungkusan” (packaging) yang berbeza. Jadi tidak perlu terlalu mudah terpedaya dengan topik ebook yang sama walaupun ayat-ayat jualan di laman web adalah berbeza.

Kebanyakan ebook atau panduan buat duit yang ada di internet biasanya berbentuk “Pil Ajaib”. Sepatutnya di dalam dunia blogging atau perniagaan internet, kita mesti mengutamakan beberapa perkara sahaja untuk menggerakkan satu-satu usaha kita. Antaranya adalah cara pemasaran, promosi dan kaedah produktiviti usaha perniagaan/blogging. Jadi utamakan ebook atau panduan yang menyentuh topik-topik tersebut.

Penutup

Akhir kata sebagai penutup bagi artikel yang panjang ini, niat penulisan artikel ini bukanlah mahu mengatakan semua penjual ebook atau panduan buat duit di luar sana adalah semuanya tidak bagus. Atau bukan niat untuk menyuruh orang ramai tidak membeli ebook. Hatta saya sendiri pun menjual ebook.

Cuma, kita tidak mahu melihat bidang perniagaan internet dan juga arena blogging di Malaysia ini didominasi secara rakus oleh sesetengah pihak sama ada pihak dari luar mahu pun dari Malaysia sendiri.

Ketahuilah, tidak semua ubat itu adalah penawar. Beli dan guna ubat yang diperlukan sahaja.

Sekian.

Penafian: Semua nama di dalam artikel di atas tidak berkaitan dengan mereka yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Kisah-kisah di atas hanyalah rekaan sahaja untuk menyedapkan lagi penyampaian artikel ini.

_______________
Mengenai Penulis: Mohd Zulfadli atau lebih dikenali sebagai SmartZul adalah seorang Usahawan Internet dan juga seorang blogger sepenuh masa. Anda boleh membaca artikel beliau di blog perniagaan internetnya, www.smartusaha.com.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 80 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Wizurai said:

    bagus tazkirah hari Jumaat camni…

    memang ramai pun yg tersalah beli ubat dan terlebih dos…

    pd aku yg kurang berkemampuan ni… hehehe… nasib baik le tak beli mcm2 ubat yer…

    rohaizad Reply:

    Satu peringatan untuk aku juga :D

  2. Aqif said:

    Salam bro ijad.

    Ini perkongsian yang amat menarik dan amat bermakna daripada saudara Zul dalam hidup saya sendiri. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Zul dan Ijad kerana berkongsi artikel ini seterusnya dapat mengembalikan semangat saya untuk berjuang dalam dunia perniagaan yang dipilih.

    Panduan seperti ini seharusnya diketengahkan pada mereka yang kerap kali berubah fikiran dalam perniagaan internet (saya salah seorang daripadanya).

    Apa yang boleh saya katakan, SUPERB! Kita jumpa di seminar blogging nanti. Insyaallah. :)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.. kita akan berjumpa pada seminar bulan hadapan. :D

  3. zam said:

    best tips from pro… apa yang penting… FOKUS…

    rohaizad Reply:

    Untung woo dapat tips dari SmartZul!

  4. Azhar said:

    Emmmm. satu artikel yang bagus untuk menyedarkan betapa penting nya rasa sifat sabar dan tidak tergopoh gapah… Selain dari membeli ebook dan panduan , perlu juga live coaching sebab itu yang lebih bernilai sebab resultnya lebih berkesan.

    Bro Ijad .. bila lagi nak buat seminar blogging..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah, akan di anjurkan pada bulan hadapan. Tunggu call dari saya :D

    Aminjohar Reply:

    Ya betul 2.

    Pemasaran di Internet ni perlukan teknik promosi dan strategi. Merancang untuk berjaya. Jadi perancangan yang rapi perlu dilaksana. Tidak boleh nak tergopoh gapak. Akan hilang rasa kesabaran.

    Perancangan akan melibatkan masa dan afford dan mungkin sedikit kos. Befokus kepada suatu matlamat.

    Jadi kena banyak bersabar dan tidak tergopoh gapah. Jika kita bersifat sebaliknya maka kita sebenarnya telah merancang untuk gagal.

    P/S: Aku sebelum ini suka main game. Sekarang aku mulai adapt Pemasaran internet ini suatu permainan game. Cukup mencabar! perlukan 1001 strategi untuk berjaya. Masa bermain pun cukup panjang. Peh…

  5. Ezad said:

    Satu pagi yang melapangkan tambahan dengan artikel dari SmartZul bertambah ubat saya dan fokus saya.

    “Selidikilah kandungan ubat sebelum beli ubat” :)

    rohaizad Reply:

    Jangan lupa bayar untuk ubat itu yea… hahahaha

  6. faisalhanim said:

    satu catatan yg sgt menarik…mesti dari pengalaman sendiri nie…

    rohaizad Reply:

    Memang dari pengalaman beliau sehaj bertahun-tahun. :D

  7. Adney said:

    walaupun panjang.. tapi semakin baca, semakin nak baca lagi sampai habis :)

    Penyakit ubat terlebih ni pernah saye lalui tahun lepas.. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat kawal :)

    dan lebih fokus pada satu2 kerja sahaja.. bile da selesai dan rase selesa, brulah saye beralih ke bahagian lain..

    Terime Kasih kepada saudara Zul & rohaizad :)

    rohaizad Reply:

    Sama-sama…. :D

    Aminjohar Reply:

    Bagus. Ini r perlu dipraktiskan. Walaupun ia agak memakan masa namun konsep dan kaedah ini, berfokus kepada 1 per 1 adalah yang cukup berkesan.

    Janganlah bersifat tamak haloba, semuanya nak cuba, semua peluang nak amik sedangkan kalau tidak ada masa dan kesungguhan tuk lakukan semua itu serentak, sekali semua, 1 peluang pun belum tentu leh dapat hasilnya.

    Pengalaman AJ, biar fokus 1 per 1 peluang coz 1 per 1 peluang ini memerlukan masa dan kesungguhan yang cukup banyak sekali apatah lagi nak ambil/rebut 2 peluang serentak.

  8. motokriss said:

    catatan yang sangat berguna. saya jumpa apa yang saya cari disini. terima kasih zul dan rohaizad

    rohaizad Reply:

    Sekadar berkongsi seperti biasa.

  9. hafiz said:

    alhamdulillah..terima kasih Zul n Bro Ijad..suatu pengisian yg baik di pagi jumaat nie..itula..kite sentiasa lupe pada:
    1) pepatah “ukur baju dibadan sendiri”
    2) konsep wasothiyyah dlm kehidupan
    3) menuntut ilmu tanpa berguru dgn guru yg benar ingin membantu
    4) ……

    just my 2 cents thought.. :D

    rohaizad Reply:

    Komen yang bernas untuk tatapan bersama.

  10. faizal said:

    Pagi2 lagi dah singgah ke blog en ijad :) , pasti ada sesuatu menarik di sini, tengok, memang betul pun.

    Satu artikel yang sangat berguna untuk semua IM dan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini. Sejak akhir2 ini saya perhatikan saudara zul selalu menulis artikel berkaitan dengan pembelian ebook. Samada lebih kepada kritikan atau nasihat.

    Baguslah, bukan apa, selama ni pun dah ramai yg terkena, cuma tak sampai hati nak cakap dlm blog atau sebagainya.

    Sebagai pembeli (pandangan peribadi saya) saya akan beli untuk support IM2 yg hasilkan produk (yg terpilih juga), tetapi sebgai penjual anda juga ada peranan (jangan ambil kesempatan).

    Kesimpulannya, kedua-dua pihak kena faham, setiap tindakan yg dibuat akan memberi kesan. sama-sama kita fikirkan. -lu pikirlah sendiri

    rohaizad Reply:

    Tapi yang di risaukan sekarang ini satu pihak lagi sibuk menganiayai orang dengan menjual produk sampah. Camno tuh?

    faizal Reply:

    hehe..betul2 aku setuju. :) produk sampah memang menyakitkan hati..apolah kono eh diorang ni..

  11. pedagangIT said:

    mmmm…
    nak buat macam mana bro…dorang jual sebab mereka tau , lelaki tgk internet sebab mereka nak sex je…

    so mereka tak jual perempuan la… mereka jual ubat je…

    case study bagus.. tapi dorang bukan doktor …tapi hantu.. :)

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… simple je komen tapi mendalam!

  12. zamrin said:

    3 jam untuk tulis artikel ni…kalau bagi masa seminggu…satu novel boleh dihasilkan ni..:) good info

    rohaizad Reply:

    Nantikan novel yang “real” punya selepas ini dari SmartZul… hahahaa

    p/s: ada ke Zul? kalau ada, mesti best!

  13. Zulazis said:

    Saya nie taklah smart macam Smartzul & Rohaizad tapi cuba berkomen di Jumaat kali ini….

    Ubat penawar yang paling berkesan sekali di dalam dunia sementara ini ialah MENCEGAH

    Berhati-hati itu kadang-kadang adakalanya terkena juga, jadi tukarlah berhati-hati itu kepada berpada-pada

    Selamat Berjemaah….

    rohaizad Reply:

    Wahhh…. ada beza rupanya antara berhati-hati dengan berpada-pada yea… (baru tahu hari ni) :D

  14. wanmus said:

    wahh..panjangnya zul..hehe..tahniah atas artikel yang harapnya dapat membuka mata penjual dan pembeli ubat-ubat di luar sana..

    Pesanan penaja:
    “jangan terbeli ubat gigi untuk ubati sakit gigi”

    rohaizad Reply:

    Itu mana punya peribahasa daaaa.. tapi peribahasa tu unik!

    wanmus Reply:

    peribahasa dari wanmus.com daaa..hehe

  15. Syed Akmal said:

    Fuh bagus ni dah dapat tazkirah jumaat pagi sebelum pergi solat jumaat. isi yang sangat berguna & padat. dalam maksudnya dan diberikan contoh yang mudah difahami. syabas bro smartzul.

    tapi kan, aku aku minat nak baca sekarang ni,

    Cara 1. Cari Mentor Yang Ikhlas. Hmm boleh jugak kan bro rohaizad jadi mentor aku. ikhlas kan bro? heheheh.

    blog for fun, people & information.
    syed akmal
    wwwsyedakmalcom

    rohaizad Reply:

    Memang ikhlas pun. Sebab itulah aku tak jual tips affiliate yang berharga ini:
    http://www.rohaizad.com/2009/08/15/panduan-percuma-tips-untuk-menjana-pendapatan-dari-program-affiliate-melalui-blog/

    Itupun ada orang yang pelik kenapa aku beri FREE je. Sebab diaorang sendiri cakap kalau tips tu dia punya, confirm dia dah jual buat ebook. Ada benarnya juga bila difikirkan sebab itu semua adalah antara RAHSIA aku dalam menjana income affiliate hanya melalui blog. Kajian dan trial-error itu semua makan masa berbulan-bulan. Itu semua bukan report SAMPAH. Serious!!!

    p/s: Insya Allah, next time semua tips baru akan aku jual pulak. Ikhlas nih… (ikhlas dalam berniaga).

  16. denaihati said:

    sesuai sangatlah untuk orang-orang macam aku yang kadang mudah terpengaruh…aku pernah beli suatu produk online yg harganya ratus USD tapi akhirnya membazir gitu je…TQ

    rohaizad Reply:

    USDXXX?
    Fuhhh… mahalnya!

  17. alone said:

    setuju sangat2. ubat yang ada banyakkk, tapi bukan semuanya penawar!

    rohaizad Reply:

    Antara ubat dan penawar – harus di perhatikan dan di teliti maksudnya dengan lebih mendalam lagi. :D

  18. hasbul aqill said:

    bagus artikel nih
    mmg kata bro
    ia lebih kepada fokus kepada sesuatu bidang
    daripada buat byk2 cara tp xdek earn
    baik fokus je
    :D
    saya ade kongsikan disini pengalaman saya dulu
    disebabkan x fokus
    http://hasbulaqill.com/motivasi/fokus-penentu-masa-depan-anda/

    rohaizad Reply:

    Thanks Aqill – bagus artikel kamu!

  19. norazuan said:

    Tahniah Zul and Rohaizad!

    Teruskan Perjuangan Belum Selesai.!

    Nak Jadi hebat berkawan dengan orang Yang HEbat!

    Terima Kasih Bro.

    rohaizad Reply:

    Zul memang hebat, kalau duduk dengan dia… memang dia akan story pengalaman dia dari duklu sampai la ni… kalau di bukukan, memang berbaloi untuk di beli!

  20. reezluv said:

    nampaknya best sekali artikel oleh zul ni..aku bila masuk blog zul, memang penat kekadang tu nak baca artikel-artikelnya..semuanya rasa macam nak baca lagi dan lagi..hehe..

    tentang makan salah ubat tu, aku pun pernah terkena sejak dah keje ni,kekadang tu sesaje beli ebook tu untuk lihat apa strateginya..padahal ebook atau panduan tu aku tak perlukan pun..hehe..bila dah ada kuasa membeli tu, itu yang payah..tapi nak wat camne..hati plak terasa nak membeli..nafsu kot..huhu

    tapi skang ni aku cuba untuk fokus kepada yang satu, iaitu blogging for profit..macam kata Ijad sebelum ni..blogging bukan IM, dan blogger sebenar je yang tahu bila blog mereka akan mendapat hasilnya nanti..yang penting sabar..

    best artikel kali ni..congrat

    rohaizad Reply:

    Tak lama lagi, satu lagi blogger hebat dengan DSLR`nya akan muncul!

    Reezluv – another new Saiful Nang in the making? Yes..!!!

    reezluv Reply:

    aiyok..saifulnang tu terlalu hebat..haha..aku bese2 jek

  21. donnyien said:

    tengah menikmati buah epal dan baca artikel ni memang kena betul lah bro rohaizad..masyukk…hehe

    ngam lah artikel ni utk semua terutama yang baru berjinak2 nak bukak bisnis online..termasyuk saya..

    smartzul memang penulis yang SMART..hehe..tahniah bro..

    aku tengah cari MENTOR nih..siapa agaknya yang sesuai a..tolong rekemen kat aku?yang ikhlas tau..

    ikhlas..
    donnyien bah..

    rohaizad Reply:

    Mentor untuk apa ye?
    Blogging?
    Ebay?
    ADsense?
    Affiliate?

    donnyien Reply:

    fokus saya kepada bidang affiliate.adakah zamri nayan?selain dia?

  22. Pokjat said:

    Bila tengok gmail inbox aku sama mcm smartzul ni, aku pun baru saja subscribe satu persatu entah berapa byk newsletter dari IM yang menyemak di inbox aku haha

    rohaizad Reply:

    Tindakan telah dimulakan ya?
    Teruskan!

  23. osbi said:

    Bagi aku, dunia IT penuh dgn tipu daya, yg well informed sahaja yang boleh survive, sebagai contoh, pernah kita dgr org kita yang lulus PHD ditipu oleh online marketing (sila check balik keratan akhbar yg lama), dunia blogging pon tak terkecuali dari terkena serpihan dari isu keselamatan (it sekuriti) ada yang kena hijack domain sebab tersalah tekan email je (mungkin ade keylogger atau XSS script ), ada yang kena ceroboh masuk dan ditukat content jadi lain, so pendek kata apa yang kita buat sila berhati2

    rohaizad Reply:

    Thanks Osbi.
    Memang betul apa yang di katakan. Itu semua adalah perkara yang nampak remeh tapi penting untuk di ketengahkan.

    zamrin Reply:

    Osbi..di sebabkan dunia IT ni penuh tipu daya, kadang kala..ada yang tak nak guna internet..

    Wajib potong ke internet? Kalau kerajaan potong internet..mengamuk Ijad ..hehehe..’x masyuk’

    Kehebatan teknik ‘scammer’ dan ‘hacker’ini telah mula diguna pakai oleh IM cepat kaya.. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang terlalu mahal dan ‘gerenti’ bagus..

  24. omecool20 said:

    Satu perkongsian yang padat dan menarik :) Yang penting, seperti cerita di atas, fokus dan konsisten !

    rohaizad Reply:

    Aku setuju sebab aku pun masih banyak lagi yang perlu belajar dari SmartZul sendiri.

    zamrin Reply:

    Betul la..saya pun banyak nak kena belajar dengan Ijad dan Zul..maklum la..pucuk masih hijau..

  25. Penang said:

    Betul yg penting fokus kpd sesuatu bidang dulu… tak boleh buat semua benda dalam satu masa

    Memang bagus ada senarai semak supaya tak terbeli produk-produk yang tak diperlukan…

    Terima-kasih…banyak ilmu dapat belajar dari artikel ini…

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita berkongsi. Sebab ada yang kurang dan ada yang lebih :D

  26. msarbin said:

    baru terbaca entry ini. memang susah mencari orang yang jujur dan ikhlas di tengah kelambakan mentor dan orang yang menjual produk. Namun aku masih bersyukur adanya insan seperti Rohaizad and Smartzul. Semoga usaha murni kalian berpanjangan sampai bila-bila.

    rohaizad Reply:

    Doakanlah sihat sentiasa, banyak lagi yang hendak di kongsikan nih… hehehehe

  27. looseControl said:

    Standard la tu dunia skrg nie..nak senang dan berjaya mesti terkena tipu-tipuan oo oo..senggol-senggolan…kurap panau kayapnya makin parah dlm internet nie..bg yang penipu senang sekejap jer..susahnya lama “DI SANA”….sib baik ada pawang smartzul gn ijad..bawa satu tong KFC sesapa mau buat treatment..sila ambil no. yaa..hehe

    rohaizad Reply:

    KFC?
    Boleh… tapi Pizza hut lagi masyuk rasanya.. hahaha

  28. akuchey said:

    sungguh terkesima aku bila membaca artikel ni..akulah mangsa yg telah membeli banyak ubat sehinga sakit kepala sampai sekarang tak hilang2.Bila la dapat berguru dgn Ijad..dgn smartzul dah beli bukunya..

    rohaizad Reply:

    Buku akan di releasekan satu hari nanti… Insya Allah..

  29. cyza said:

    Saya hanya boleh kata ini adalah mesej ikhlas dari Smartzul.

    Tepat pada masanya…

    Thanks

    rohaizad Reply:

    Sama-sama Zaki.
    p/s: bila mau ngeteh?

    cyza Reply:

    hmm..

    apa kata kita ngeteh jumaat malam sabtu akan datang ni…Tempat lebih kurang macam itu hari…

    Biar sekali harung dgn boss Projek N… amcam…?

    rohaizad Reply:

    Boleh… nanti calling-calling boss projek N tu, lepas tu kita jumpa sekali.

    cyza Reply:

    OK, cun la tu…

  30. naim said:

    inilah corak kehidupan..artikel seperti ini adalah sebagai panduan untk saya yng bergelar newbie..

    rohaizad Reply:

    Dun worry, jangan berhenti membaca. Ilmu mesti sentiasa di top up.

  31. fadzlihani said:

    Terima kasih kepada Tuan Rohaizad dan Tuan SmartZul di atas perkongsian ilmu ini. Saya berjanji akan berhenti membeli ebook, panduan dan sebagainya dan memberi fokus kepada panduan niche2 yang saya sudah miliki.LOL!

    rohaizad Reply:

    Fadzli, berat juga wo bila buat janji begitu. Sebenarnya boleh beli, tapi jangan beli ebook yang “kandungannya sama”… atau ebook sampah.

    fadzlihani Reply:

    insyaAllah! mungkin selepas saya siapkan manuskrip buku terbaru ni,
    1. saya akan buat proses penyaringan dan pembersihan.
    2. tumpukan kepada niche tertentu sahaja dahulu.
    3. dapatkan mentor untuk mementor.

    tk, Tuan Rohaizad di atas perkongsian ilmu.

  32. Phero-X said:

    Waah! Saya sangat suka dengan artikel yang panjang lebar seperti ini. Bukan suka sebab panjang, tapi sebab penceritaan yang sangat mantap!

    Anyway, satu perkara yang perlu diambil bahagian. Dahulu saha seperti Manap, yang tercari-cari ubat untuk menguatkan diri dengan ilmu. Kesemua ilmu saya cari, Google Adsense, Affiliate, Ebay, nuffnang, Video Blog dan banyak lagi.

    Tapi mujur saya mula sedar tentang pentingnya “kuasa fokus” selepas membaca di beberapa blog yang menceritakan pentingnya apa itu fokus.

    Satu artikel yang rasanya sangat bagus untuk dibuat backlink. ;)

  33. faizal said:

    hai obat hai obat mari beli obat kalu la terlambat tak dapat…he3…bila baca artikel ni teringat pulak aku citer kungfu panda….semuanya inginkan skrol rahsia kungfu terhebat tu tetapi apa yg ada dalam tu cumalah kertas kosong je….RAHSIANYA ADALAH TIADA RAHSIA – inilah yg sy boleh katakan terhadap kebanyakan ebook skrg ni (bukan semua)…:)

  34. Subhanallah ilmu ini mematangkan lagi perjuangan untuk lebih komited

  35. Blogger75 said:

    Sungguh mantap dan berkesan.Ilmu yang banyak jika tiada fokus belum pasti memberi hasil positif.

  36. [...] Azamkan pada diri sendiri tidak akan membazir wang lagi untuk membeli sesuatu yang tidak perlu seperti ebook yang tidak diperlukan. Gunakan wang untuk [...]

  37. [...] Azamkan pada diri sendiri tidak akan membazir wang lagi untuk membeli sesuatu yang tidak perlu seperti ebook yang tidak diperlukan. Gunakan wang untuk [...]