100 cerita perniagaan yang berlaku di sekeliling kita.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: November 24, 2009 online

1. Memiliki perniagaan makanan itu bagus, tapi…
===> Kalau semua bahan mentah itu hampir luput tarikh gunanya (semata-mata murah untuk di beli), maka pelangganlah yang akan menjadi mangsa. Bukan semua peniaga makanan faham akan situasi ini.

2. Memiliki perniagaan tailor (menjahit) itu bagus, tapi…
===> Kalau selalu menerima tempahan jahitan tetapi tidak mampu untuk menyiapkan dalam waktu yang sepatutnya di siapkan, itu sama seperti mereka yang hanya tahu menjual… tetapi support selepas jualan hampeh.

3. Memiliki perniagaan servis komputer itu bagus, tapi…
===> Kalau asyik memberikan spare part yang 2nd hand/tiruan (nak untung lebih) tetapi caj pelanggan dengan harga spare part baru (original) yang sememangnya mahal, dia sendiri akan kehilangan pelanggan. Ingat, bukan dia sahaja yang tahu repair komputer.

4. Memiliki perniagaan khidmat rundingan itu bagus, tapi…
===> Kalau selalu ingat akan bayaran untuk dirinya tanpa memberi penekanan pada apa yang di perlukan oleh client, maka selalunya ia akan fail. Idea dan support adalah nilai sebenar seorang consultant. Selepas itu, the money will come later sebab client akan merasakan ianya berbaloi.

5. Memiliki perniagaan jual lampu hiasan itu bagus, tapi…
===> Kalau dah sampai “adjust” meter elektrik TNB (dengan tujuan untuk mengurangkan bil elektrik), itu adalah petanda yang para pelanggannya juga adalah antara mereka yang akan menjadi mangsa (untuk di tipu). Kadang-kadang mereka tidak boleh tampung bil elektrik kerana lampu mestilah di hidupkan untuk tujuan display. Itu pasti.

6. Memiliki perniagaan cyber cafe itu bagus, tapi…
===> Kalau tidak di pantau aktiviti pelanggan dalam cyber cafenya sendiri, maka dia bukanlah seorang yang boleh menyumbang dalam masyarakat. Mana tidaknya, ada owner yang sanggup buat satu bilik khas untuk main kuda (judi), tengok video lucah dan juga seumpamanya. Rosak… rosak…

7. Memiliki perniagaan produksi filem itu bagus, tapi…
===> Apabila keseronokan untuk menerbitkan filem telah melebihi kemahuan fikiran, maka selalunya aksi ghairah dan berahi akan menjadi taruhan. Penerbit sebegini bukanlah terdiri dari mereka yang kreatif kerana ini jelas menunjukkan mereka telah terpengaruh dengan barat.

Natijahnya, filem Seniman Bujang Lapok (1961) dan filem Remember The Titan (2000) masih lagi seronok untuk di tonton sehingga hari ini walaupun tanpa unsur seks sebagai pelaris.

8. Memiliki perniagaan hosting itu bagus, tapi…
===> Kalau dah asyik menyalahkan client sendiri, lebih baik tutup sahaja syarikat hosting tersebut. Mengapa perlu di salahkan client yang membayar?

Jangan pasal nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan pasal client kita bermasalah, rakyat Malaysia lain akan lari ke hosting luar negara. Jangan disebabkan perangai kita yang hangin tidak tentu pasal, ianya akan memberikan effect pada syarikat hosting Malaysia yang lain.

Kalau katakanlah client kita salah sekalipun, itulah adat berniaga hosting. Kalau tidak tahan berniaga hosting, pergilah berniaga nasi lemak. Alang syarikat hosting yang BESAR (big boys) di luar sana pun cuba hidup dengan dugaan yang mereka terima. Inikan pula kita.

Satu sahaja perkara yang harus kita sedari, lebih banyak karenah dari client yang kita dapat atasi, maka lebih baguslah nama syarikat hosting kita pada masa akan datang.

Ingat!
Air Asia tidak akan gah seperti sekarang jika mereka tidak dapat menerima KUTUKAN dari rakyat Malaysia sendiri suatu ketika dulu (masih ingat lagi kan?). Tapi Tony Fernandez menghadapinya dengan tenang.

air-asia-airline

Cuba bayangkan:
Apakah yang akan terjadi kalau Tony Fernandez mengeluarkan kenyataan seperti ini:

“Kalau anda semua tidak boleh mengikuti peraturan yang saya tetapkan selaku pemilik Air Asia ini, baik anda angkat bagasi anda dan pergi ke syarikat penerbangan yang lain!!!”

9. Memiliki perniagaan jual beli ebook itu bagus, tapi…
===> Janganlah jual ebook sampah yang info di dalamnya dah basi atau janganlah menjual dengan menggunakan kata-kata HYPE sampai tahap mengarut. Kalau kebanyakan dari pelanggan menyumpah-seranah ebook yang kita jual dengan teguran yang amat benar kebenarannya, maka cubalah tidur dengan hati yang nyenyak. Gerenti tidak boleh punya!

Tapi kalau ebook kita itu bagus, maka DOA dari pelanggan itulah yang membuatkan bisnes ebook kita itu maju sampai bila-bila. Yang pasti, doa dari orang yang di aniaya itu senang di makbulkan oleh Allah kerana macam mana sekalipun DISCLAIMER yang di letakkan untuk membela kita sebagai penjual, tetapi setelah pelanggan membelinya… di situlah letaknya DOA dan HARAPAN.

10. Memiliki perniagaan jual beli kereta terpakai itu bagus, tapi…
===> Kalau asyik menipu speedo meter dengan niat untuk menunjukkan kereta itu masih baru, maka penjual itu bukanlah seorang penjual yang hebat. Penjual yang hebat mampu menjual walau hanya bercerita tentang lampu belakang kereta itu sahaja…!!!

Aikkkk..!!!
Mana lagi 90 cerita?

Lerrrr… kan aku dah kata, entri ini berkenaan dengan “100 cerita perniagaan yang berlaku di sekeliling kita“, maknanya lagi 90 cerita lagi itu kamulah yang kena isi di bahagian komen di bawah yea… :D

p/s: Jangan lupa untuk copy paste ayat intronya dahulu:
11. Memiliki perniagaan (jenis perniagaan) itu bagus, tapi…

Silakan… silakan….


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 50 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. wanmus said:

    11. Memiliki perniagaan kedai makan itu bagus, tapi…
    ==> janganlah jual makanan kalau duk pikirkan untung semata2 tanpa fikir mutu dan rasa makanan kita. Kalau mahal sekalipun tapi best seperti nasi ayam penyet pinang, orang tetap beratur tunggu tempat duduk..jangan juga nasi lemak kalau just letak nasi putih n sambal ikan bilis yang tawar n telur sikit..

    **janganlah kerana syarikat anda, habis rosak semua syarikat yang lain..nak tau cara jaga pelanggan? dapatkan ebook percuma saya 101 tabiat punca kehilangan pelanggan

    dr.aku.la Reply:

    sempat lagi promote.
    hehehe.

    wanmus Reply:

    promote benda betul n utk kebaikan takpe bro..hehe

  2. taukey said:

    Air Asia tu betul ke salah erkk? Freddie Fernandez ke Tony Fernandez.

    taukey Reply:

    sori ayat aku tungang langang plak atas tuh

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… thanks, aku dah betulkan.

    taukey Reply:

    ada lagi tu. ekekekeke. kat bawah gambar. ekekeke. Mesti ingat kat nora danish tu. hahahaha

  3. motokriss said:

    11. Memiliki perniagaan networking (mlm) itu bagus, tapi…
    ==> janganlah asik kondem syarikat itu tak betul, ini lambat, ini lain, itu haram yang ini pasti untung modal sikit. Lepas tuh bila dah joint biarkan sahaja. duit dah labur tapi terpinggir. mana perginya semua janji-janji sebelum ini?

    kesian pada yg mempunyai impian untuk cepat kaya tapi akhirnya teraniaya.

    rohaizad Reply:

    Ermmm… 2 x 5 = 10. Kadang-kadang orang kita ni pun tak serik-serik. Dah kena sekali, boleh terken alagi sampai 9 kali!

    p/s: semua nak cepat kaya punya pasal.

  4. donnyien said:

    hi rohaizad,ni satu lagi memang hampeh punya!

    memiliki kedai urut tapi..
    ==>biasa dengar ni kat bandar-bandar besar..mereka berselindung disebalik lesen kedai tersebut,rupa-rupanya kedai jual badan.jadi paling selamat minta urut kat bini hehe..

    wanmus Reply:

    ni dah kira untuk bacaan 18 tahun ke atas je ni..hehe

    Syed Akmal Reply:

    betul tu wanmus. ni dah bahaya dah ni. haha.

  5. Shukor said:

    Saya testing pulak…

    Memiliki perniagaan perabot (kilang perabot) itu bagus, tapi…
    ==>Kalau asyik mencuri,membalak secara haram…tak guna juga.

    Nak berniaga biarlah dengan cara yang halal…

    rohaizad Reply:

    Masalah negara nih… :D

  6. norazuan said:

    Apa-apa Perniagaan Pun
    Pastikan Halalan Tayyiban

    hehe :)

  7. faizal said:

    Memiliki perniagaan jual beli kereta terpakai itu bagus, tapi…

    kalau gune kerete control untuk buat entri blog bagus jugak haha. gurau je en ijad. ;)

    yer2.. berniaga mesti ikut etika & cara yg betul :)

    rohaizad Reply:

    Kereta kontrol ye? :D

  8. khairolghani said:

    nak try gak..

    Memiliki perniagaan dobi itu bagus, tapi
    =kalau asyik guna sabun murah,basuh 5,6 kali pun busuk lagi..kalau nak iron baju tu,iron elok2 la..kalau tak nak hantar dobi,basuh je sendiri..habis cerita..

    rohaizad Reply:

    Marah nampak…. apa kedai dobi tu dah buat kat baju ko Kay?

    khairolghani Reply:

    ada la kedai tu..dobinya siap memang cepat,tapi bila ambil,bau busuk giler..ntah2 dia campur ngan baju2 orang lain yg busuk ke..balik rumah aku basuh sendiri..padan muka aku..hehe

  9. reezluv said:

    Memiliki perniagaan internet itu bagus, tapi..
    =kalau gunakan cara SPAM untuk promote product, rasanya itu dah salah kan?matlamat sebenarnya tidak menghalalkan cara..:P

    rohaizad Reply:

    SPAMMING?
    Itu memang masalah besar. Sekarang ni aku bengang sebab orang dah SPAM melalui Facebook plak… alahai…

  10. Syed Akmal said:

    Memiliki perniagaan jual telefon itu bagus, tapi….

    –> janganlah sampai handphone second hand pun diorang touch up sikit pastu jual dengan harga baru. pastu battery, charger semua made in china, handphone je ori. pastu kata handphone ori. hmm.

    rohaizad Reply:

    Haaa.. ini bagus.. sebab memang berlaku.

    ellyas zaidy bin masdek Reply:

    niaga dulu la bru tau..x slah if org lg smart dr org lain.hehe

    Ezad Reply:

    SMART kalau penipu buat apa!!, sama juga kalau suruh orang berniaga atau cari org baru, lepas tu ajar utk tipu orang lain..huu haruu

    Syed Akmal Reply:

    setuju bro setuju. smart menipu takkan ke mana. jujur yang penting, baru bisnes flow baik.

  11. zaki said:

    pandainya ko ni ijat.. haha. Da tak larat nak tulis.. skrg nak suruh org penuhkan komen pada blog kau ni. Kau ingat kita org ni macam publisher yg kau deal utk dapat diskaun ker? . Patut la kau dapat maintain blog byk2 tu ..hahaha

    rohaizad Reply:

    Isshhh… ni baru first time ler. Saja jer nak dengar dan membaca pengalaman orang lain pula. :D

  12. hjh sapiah said:

    1. Memiliki perniagaan pisang goreng/goreng pisang itu bagus, tapi…

    -> tak elok bagi makan pelanggan benda yang merosakkan kesihatan. contonya memasukkan(MENCAMPURKAN) kepingan pelastik kedalam minyak panas dikuali untuk menjadikan pisang goreng itu rangup walaupun dah sejuk. Carilah petua lain yang dapat menjadikan goreng pisang itu kaw….

    rohaizad Reply:

    Kepingan plastik?
    Mak aiii…..!

    sweetlulu Reply:

    ish3.. ni yang wat saye takut nak beli pisang goreng nih..hmm

    ellyas zaidy bin masdek Reply:

    betul…x nafi…

  13. sweetlulu said:

    macam ni bleh tak?
    memiliki perniagaan gerai nasi lemak itu bagus. tapi kalau jual kat sebelah orang yang memang masak sedap dan dah ramai yang suka gerenti tak laku hahaha..

  14. Zulazis said:

    cyber cafe saya agak pelahan sikit akhir2 nie… apapun sabarrrr….

  15. Ezad said:

    11. Memiliki perniagaan Jalur Lebar (Broadband) itu bagus, tapi… kalau kadang2 macam siput B**I macam mana nak meyakinkan masyarakat dan mengutamakan rakyat dan nak meningkatkan prestasi, makin menambah tekanan dan menambah bilangan pesakit adalah..hehe

    aizat kamal Reply:

    ini saya suka ni…

    Syed Akmal Reply:

    yeah saya sokong. kualiti tak ada. harga je mahal.

    nuaeman Reply:

    memang hampas laa broadband kat mesia nih

    ellyas zaidy bin masdek Reply:

    pakai p1 la…potong!!!hehe…no money no talk..

    rohaizad Reply:

    P1 kat sini lagilah hampas.

    nuaeman Reply:

    P1? huh! Aku dah gunakan hampir kesemua broadband di Malaysia laa bang.. memang sesetengah kawasan ada yang ok.. tapi masih jauh lagi untuk dikatakan perkhidmatan broadband di Malaysia ni di tahap terbaik.. kebanyakkan hanya indah khabar dari kenyataan sebenar..

  16. auzan said:

    perniagaan menulis blog tu bagus tapi…

    anda tentukan….hehe

  17. zool said:

    memiliki perniagaan kedai makan itu bagus tapi
    1. jagalah tatasusila.. masa azan seeloknya berenti dan g solat.. kalau tak pun diam..
    2. jagalah mulut.. sampai melaga-lagakan orang sana sini buat pe..
    3. tak perlu jaga tepi kain org.. buat keje memasing .. ni sibuk ambil tahu hal org.. diri sendiri terlungkup
    4. tak eloklah pakai pelaris sana. bomohkan org, nanti dpt balasannya..
    5. guna lauk 2-3 ari punya.. jujur la dalam meniaga.. jgn pikir untung je… azab ko nanti..

    p/s :- ayat di atas tiada kena mengena dengan anda semua..

  18. mijie said:

    Memiliki perniagaan rumah sewa itu bagus, tapi kalau hanya bagi sewa tapi kebajikan seperti grill pintu tak nak pasang, kipas kena pasang sendiri,dan segala mcm karenah owner lagi si penyewa nak kena hadapi baik takyah buat rumah sewa…

  19. Penang said:

    tak memiliki apa2 lagi senang… tak yah tapi-tapi dah…hehe…

    zool Reply:

    Oh tak yah memiliki apa2 ye.. Tak payah lah memiliki panduan asas bisnes internet.. :)

  20. aksi ghairah said:

    [...] Hamil … Tak payahlah nak ghairah kasi info yang kita sendiri tidak pasti. Niatnya bagus tapi …rohaizad dot com 100 cerita perniagaan yang berlaku di …Apabila keseronokan untuk menerbitkan filem telah melebihi kemahuan fikiran, maka selalunya aksi [...]

  21. Hamba Allah s.w.t said:

    assalamualaikum saudara/saudari. Blog anda nie bagus tapi penulisnya yang kurang bagus. Saya melihat blog saudari ni lebih kepada sindiran bukannya meningkatkan mutu perniagaan. Saya fikir smua orang tahu apa yang anda katakan 2.Jadi buka la minda sikit untuk maju kedepan. Bukan mencari masalah smata mata.

    rohaizad Reply:

    Tuan,
    Memang entri ini di tulis untuk menyindir. Tuan ada masalah dengan entri ini?