Selamat Menyambut Aidil Adha.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: November 26, 2009 online
Esok kita akan menyambut Aidil Adha dan pastinya pada ketika entri ini di tulis ada di antara kita yang telahpun berada di kampung masing-masing.
Di Johor Bahru, sambutannya di sambut dengan biasa sahaja. Maksudnya kalau hendak di bandingkan dengan Hari Raya AidilFitri, ianya jauh ketara sekali. Berlainan pula dengan Aidil Adha yang di sambut di bahagian Utara, umum semua telah ketahui sambutan yang di berikan cukup seronok untuk di nikmati.
Tapi walau apa pun, inilah peluang untuk kita berkumpul sekali lagi. Bukan senang hendak berkumpul adik beradiks, anak saudara, keluarga serta sahabat handai kalau tidak kena pada masanya. Di tambah pula dengan cuti sekolah macam ni, pasti Hari Raya Aidil Adha kali ini cukup meriah.
Tapi apabila bercerita mengenai Hari Raya Qurban (Aidil Adha), mesti ramai yang mempunyai visi dan misi pada keluarga sendiri. Tidak terkecuali pada yang kurang bernasib baik. So apa kata kali ini kita berkongsi APAKAH PENGORBANAN yang telah kita lakukan pada diri sendiri.
Ini bukanlah entri untuk mendabik dada tetapi lebih kepada MOTIVASI. Mungkin pengorbanan yang kita lakukan selama ini dapat memberikan jalan yang baru kepada rakan kita yang lain. Atau setidak-tidaknya dapat memberikan wadah yang baru sempena Hari Raya Qurban ini.
Cuma kalau di takdirkanlah tidak dapat pulang ke kampung, itu juga bukanlah satu masalah kerana secara tidak langsung, kamu juga sedang membuat pengorbanan untuk rakan yang lain supaya mereka dapat pulang ke kampung.
Jadi apa kata sambil kita duduk bersama keluarga atau duduk seorang di tempat kerja, kita renung-renungkan sesuatu yang boleh dikongsi bersama. Isikan sahaja semua yang ada dalam dada kamu itu dalam kotak komen yang telah di sediakan supaya AKU JUGA dapat membacanya.
Opsss.. aku juga ingin belajar sesuatu dari pengorbanan yang pernah kamu lakukan!







Selamat hari raya bro
dalam apa jua yang kita lakukan pasti ada pengorbanannya, bro. sebab kejayaan perlukan pengorbanan. yang kedua, pengorbanan tu pula mestilah berpaksikan hukum syarak iaitu berdasarkan perintah dan larangan Allah s.w.t.
Itu antara mesej utama yang perlu kita fahami dari kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Macam blogging.. kita perlu berkorban sedikit (duit, masa, tenaga, kerahan fikiran) untuk kejayaan masa akan datang tapi dengan syarat tak menyalahi hukum syarak.
Salam Aidiladha buat bro Rohaizad dan teman2! =D
Selamat menyambut hari raya aidiladha bro.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ada yang menyambutnya dengan meriah, ada yang sedang sedang saja. Tapi apa yang penting, kita hendaklah sentaiasa bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Usaha lebih gigih dan pada masa yang sama jangan lupa tanggungjawab kita kepada agama, keluarga dan muslimin semua.
Semoga Aidiladha kali ini memberi kesedaran samada dari segi rohani ataupun motivasi kepada semua. Salam Aidiladha!
Kalau ada yang sudi tu, hantar hantar la daging korban ke Kuching, Sarawak ni. Haha. Kalau korban kambing ok jugak kan, buat BBQ. Hehe.
Selamat Hari Raya Aidiladha.. dalam plan nak balik kg Melaka… InsyaALLah…. dan InsyaALLah kalau ader rezeki saya akan join kelas seminar Smart Blogging… kalau ada kekosongan la… nanti boleh la jumpa..hehehe
selamat berkorban semua…
eid mubarak to rohaizad n sekeluarga, keluarga smartblogging dan sumenya..
sok leh tengok unta tumbang lagi
Aku dah tulis kat blog..
Tapi beritau gak lah..
cita-cita nak lepaskan mak n bapa pegi haji.. lepas tu target aku plak sebelum umur 40.
harap2 tercapai
Salam Aidil Adha.
“Berkorban Untuk Menjadikan Umat Islam Lebih Kaya”
smartzul Reply:
November 27th, 2009 at 12:04 pm
Tahniah ustaz. Biasanya kita banyak dengar perkataan berjaya berbanding kaya. Saya pun punyai matlamat yang sama.
Umat Islam perlu kaya. Baru orang susah nak tindas kepala dan orang luar pula akan melihat Islam itu satu ajaran yang tidak sempit.
UstazCahaya Reply:
November 27th, 2009 at 8:18 pm
Terima Kasih SmartZul:-)
Pada zaman Rasulullah (SAW) dan para khalifah Ar-Rasyidin, umat Islam bukanlah umat yang miskin dan papa. Kita dalam sejarah adalah umat yang makmur dan kaya raya. Dikhabarkan, semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah, setiap tahun wakil kerajaan berkeliling negara mencari orang yang layak untuk menerima harta zakat. Jika benarlah khabar itu, betapa kayanya umat kita ketika itu.
Para Imam Fiqh yang empat itu juga bukan daripada kalangan keluarga yang miskin. Mereka adalah daripada keluarga bangsawan dan hartawan. Oleh kekayaan keluarga, mereka mampu mengembara dan berkelana mengumpul ilmu, menjilidkan ilmu menjadi kitab dan menyebarkan ilmu sehingga diwarisi oleh kita hari ini.
Dengan kekayaan dan iman serta taqwa, Insya Allah.. tidak ada umat kita yang menjadi pelacur, penjenayah, perompak, pengedar dadah, penghutang dengan along dan sebagainya.
Perjuangan dan pengorbanan utama dan perlu untuk kita hari ini adalah agar kita menjadi kaya setara Yahudi dan Amerika.. kerana umat Islam ini dulu adalah umat yang kaya. Bukan saja kaya harta, mereka juga kaya dengan peribadi yang mulia berserta iman dan taqwa.
Kat utara meriah ke. Saya rasa biasa aje, lagipun area butterworth boleh dikatakan bandar. Yang meriahnya kat kampung-kampung…
Apa pun saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua…
selamat hari raya idul adha
dari kami iuneety dot com
Salam Aidiladha, Maaf Zahir Batin
Best lah lagu dlm video YouTube, ape ek tajuk lagu tu….x silap lagu indon tu kan??
salam bro,
Untuk tempoh 8 bulan akan datang, aku berkorban demi career. AKu akan ke pasir gudang untuk praktikal. Walaupun mak bapak tak berapa setuju tapi ku tabahkan diri tuk yakinkan diorang. Orang kata time praktikal nak dekatkan diri dengan keluarga, nak enjoy, duit banyak. Tapi aku ke sana dengan kos yang tinggi, poket yang kering, jauh dari family semata-mata nak cari ilmu. Amacam bro rasa-rasa ni pengorbanan tak? huhuhu
Pengorbanan…..
Terlalu banyak. Salah satunya, kalau orang balik kg beraya, aku pula ke KL esok untuk ‘meneruskan perjuangan’… (aku dengan kawan aku….).
Kejayaan masih jauh untuk digapai. Perjuangan masih belum selesai. Setiap orang ada impian dan matlamat tersendiri. Semakin besar impian, semakin banyak pengorbanan perlu dilakukan.
Semoga perjalanan esok memberikan nafas baru untuk perjuangan ini…
UstazCahaya Reply:
November 27th, 2009 at 8:20 pm
Saya doakan saudara, Amin.
Andai perjuangan itu adalah sebatang tubuh, pasti pengorbanan itu menjadi ruh nya.. kerana tiada perjuangan tanpa pengorbanan.
Pengorbanan perasaan banyak di buat setelah berkeluarga… itu sudah pasti…banyak hati dan perasaan yang perlu dan mesti di jaga.
rohaizad Reply:
December 2nd, 2009 at 6:37 pm
Aku cukup setuju dengan statement ini. Walaupun aku belum berkeluarga, tapi aku sangat-sangat faham.
Kekadang, takde siapa pun paham perasaan kita. Tapi kita yang kena jaga hati dan perasaan semua orang.
Kalau dah berkeluarga, kekadang bukan hati je berkorban, tetapi wang ringgit yang besar juga..
macam aku, kalau nak berjalan2, dah takde jalan sorang2…aku bawak satu family…5 orang… ni december ni, pegi trengganu dan penang ada conference pun aku heret semua sekali…berapa ribu la aku kena korbarkan…hehe…
itu belum dengan family sendiri dan mertua…etc…
korban masa lagi…
korban tidur…utk blogging…hehe
rohaizad Reply:
December 2nd, 2009 at 7:04 pm
Setiap pengorbanan akan ada hasil di hadapan