Ingin beriklan? Sila klik di sini


peraduan komen rohaizad dot com

Esok adalah permulaan bagi bulan yang terakhir untuk tahun 2009. Bermakna 1hb Disember esok akan menghitung kesemua hari dalam setahun ini kerana tinggal hanya lebih kurang 31 hari sahaja lagi untuk menyambut tahun baru 2010 (Masihi).

Jadi bersempena dengan tahun baru dan juga Hari Raya Aidil Adha ini, blog rohaizad dot com ingin menganjurkan satu contest atau peraduan untuk semua blogger, IM dan juga semua rakyat Malaysia amnya. Menariknya, peraduan ini merupakan satu peraduan yang JULUNG kalinya di adakan!

Hadiah untuk pemenang bagi peraduan ini amat menarik kerana 3 PEMENANG pertama akan mendapat SATU DOMAIN dan SATU AKAUN HOSTING PERCUMA setiap seorang. Di bawah adalah butir-butir untuk bakal pemenang:

  • Setiap seorang pemenang akan mendapat satu domain yang akan di sediakan oleh rohaizad dot com. Pilihan domain adalah terdiri dari .com, .net, .org, .info dan .biz sahaja dan ia akan di taja sepenuhnya selama 1 TAHUN.
  • Salah satu domain itu pula nanti akan di hadiahkan bersama dengan satu akan hosting dari JomHosting.net berkapasiti 1GIGABYTE selama 1 TAHUN PERCUMA. Jadi bagi sesiapa yang belum mempunyai blog berdotcom sendiri, maka ini pasti menguntungkan.
  • Walaubagaimanapun, tidak semestinya domain itu mesti di beli bersama di Jomhosting. Pilihan boleh di buat sama ada domain itu hendak di simpan di Godaddy.com atau Name.com kemudian barulah di hostkan ke JomHosting.net.

Untuk memenangi peraduan ini, apa yang perlu di lakukan adalah MUDAH SAHAJA. Sila baca dan fahamkan syarat-syarat pertandingan di bawah dengan penuh perhatian:

1. Peraduan ini memerlukan kamu untuk meneka berapakah JUMLAH KOMEN yang ada di dalam blog rohaizad dot com ini sehingga tepat tengah malam 31hb Disember 2009. Sebaik sahaja jam di laptop ini menunjukkan pukul 11:59:59 saat, maka peraduan ini akan mula melabuhkan tirainya.

2. Semua orang boleh menyertai peraduan ini dengan syarat mereka mestilah mempunyai blog. Tidak kiralah jika anda memiliki blog Blogspot, WordPress.com, Vox.com, Myspace.com, Friendster.com, Facebook.com atau apa sahaja blogging platform, maka anda telah di kira layak. IM juga di jemput untuk memeriahkan lagi peraduan ini.

3. Prosedurnya mudah sahaja. Setiap seorang di beri peluang untuk meneka sebanyak 1 kali sahaja dalam masa peraduan ini berlangsung. Tekaan mestilah mengikut format yang di kehendaki iaitu JUMLAH KOMEN mestilah di letakkan di sebelah nama (sila rujuk komen pertama untuk contoh). Ini bagi memudahkan proses memilih pemenang di lakukan nanti.

4. Jika kamu membuat review ataupun cerita mengenai pertandingan ini di blog kamu dan di takdirkan kamu adalah pememangnya, maka kamu akan mendapat BONUS dari rohaizad dot com. Untuk pengesahan bonus, kamu haruslah meletakkan link URL review kamu itu sekali di dalam ruangan kotak komen.

peraduan-komen-rohaizad-dot-com

5. Gambar di atas ini adalah “HINT” mengenai jumlah komen yang telah sedia ada di dalam blog rohaizad dot com. Jadi jika kamu inginkan blog dot com sendiri beserta hosting TANPA MENGELUARKAN SATU SEN MODAL sekalipun, maka menyertai peraduan ini merupakan cara paling bijak untuk merealisasikan impian tersebut. Begitu juga dengan blogger yang ingin menambahkan koleksi blog yang telah sedia ada.

1 malaysia

Oh ya, peraduan ini sebenarnya memang berkonsepkan 1 Malaysia. Jadi semuanya di alu-alukan kerana kita semuanya orang Malaysia.

Jadi adakah kamu sudah bersedia?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 118 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Formatnya adalah seperti yang telah di tunjukkan. Jumlah tekaan komen mestilah di letakkan di sebelah nama. Dan jika ada yang hendak melayakkan diri BONUS, anda bolehlah membuat review dan letakkan sekali URL review anda di dalam kotak komen ini. Terima kasih.

    Contoh URL:
    http://www.rohaizad.com/2009/11/30/peraduan-teka-jumlah-komen-di-blog-rohaizad-dot-com-dapatkan-3-akaun-hosting-dan-3-domain-percuma/

  2. motokriss said:

    Menarik nih. untung nasib bleh dapa free domain.
    aku pasti akan buat review di blog aku. tunggu…

    rohaizad Reply:

    Terima kasih… ini peraduan hujung tahun, jadi rezekinya adalah awal tahun. :D

    Syed Akmal Reply:

    yes yang free jangan ditolak, lagi lagi join secara free kan. hahaa. nanti kan bro, aku ni kureng sikit ilmu hisab tapi boleh la try. ahhaha.

  3. aleh said:

    nak kne join ni..
    nak kira dulu setiap comment yang ada pastu bru teka..heehee..nnt wat review gak..:)

    rohaizad Reply:

    Boleh… kalau sanggup kira, apa salahnya. :)

  4. pedagangIT said:

    menrik peraduan macam nie…tidak terfikir saya …

    yang pasti jomhosting sedang di iklankan..
    good job bro.

    rohaizad Reply:

    Mari.. mari … mari…!

  5. donny said:

    nak join juga..mana tahu dapat free web + hosting..
    tahniah bro rohaizad blog kamu mendapat komen ramai..

    rohaizad Reply:

    Thanks Donny. Marilah buat tekaan. Mana tau menang?

  6. reezluv said:

    bagus2..jap lagi aku hebahkan kat blogpost aku..hehe

    rohaizad Reply:

    Orait bos… no problem. Thanks.

  7. adakah termasuk komen yg dibuat pada post ini?? atau jumlah komen sebelum post ini dibuat???

    banyak siot komen…hahah

    rohaizad Reply:

    Total semua komenlah bang… cettt!

  8. Aku bukanlah nujum pak belalang
    Tapi izinkan aku menjadi orang pertama
    mencuba nasib…”Pertandingan yang unik”
    Teringat memori lama
    pernah jadi johan teka kacang masa di
    Universiti dahulu :-)

    rohaizad Reply:

    Teka kacang?
    Ahahaha… macam-macam Pak Belalang kita nih… :D

    cyberzul Reply:

    huhu cukup sebulan hari ni
    pertandingan berlansung…
    harap2 boleh menang la hehe
    apa2 pun selamat thn baru saya
    ucapkan buat bro izad

    rohaizad Reply:

    Kita tunggu jawapan dia… 5 jam 26 minit sahaja lagi!

  9. aminjohar said:

    Kalau total komen alamatnya kena tunggu sipi2x nak kul 11.00PM lebih 31 Dis r start wat calculation ni… hehehe :D

    Still awal lagi..

    Kira yang paling tepat @ hampir tempat r kan dipilih y bro Ijad? :D

    rohaizad Reply:

    Tidak kisah, asalkan paling tepat dan paling hampir, itu dah kira terror!

    aminjohar Reply:

    Hehehe Ok. roger2x. :-)

  10. Zulazis said:

    Huh! saya kalo menang tempat ke – 11 pun jadi ler….

    Apapun Tahniah & Syabas kepada siapa yang menang menjawab tekaan yang tepat serta cepat nanti

    rohaizad Reply:

    Peraduan ini senang sahaja. Cuma TEKA!

  11. Nanti aku tilik berapa jumlah keseluruhan..

    rohaizad Reply:

    Belalang… ooo… belalang :D

  12. anuarkarimz said:

    bagus juga idea buat pertandingan ni, kena selalu buat site visit kat blog ko nih :)

    rohaizad Reply:

    Silakan.. terima kasih :D

  13. Fatin Pauzi said:

    Dekat dateline nanti, baru saya teka. ;)

    rohaizad Reply:

    Boleh.. no problem :D

  14. ZaidiRazali said:

    hehehe…memang dasat peraduan nih..tapi kalau tul2 rajin, sempat tuhh kira satu persatu komen sebelum tamat masanyer…hehe ;)

    rohaizad Reply:

    Nak kira? Isshhh…. baik jangan sebab lebih 10 ribu komen wehh… baik TEKA jer… mudah sket. :D

    ZaidiRazali Reply:

    hihihi… tu kalau tul2 nak menang la bro… so, kiranyer boleh menang tanpa depend on nasib, ada usaha gigih gak tuh nak dapat sesuatu… ;)

    rohaizad Reply:

    Fuhhh… fokus.. fokus..

  15. Wahab said:

    Teringat dulu-dulu kat sekolah teka kacang dalam balang.Jenuh nak kira.
    Ko bijak la Jad….kira bonus tahun baru tu…
    Memang menarik idea tu…mari…mari kira kacang kat balang Jad ni….

    rohaizad Reply:

    Wahahahah… kira, jangan tak kira.. :D

  16. wanmus said:

    hoho..nak masuk jugak contest nih :)

    pcuserz Reply:

    aik?
    tokei pon nk join ke?

    wanmus Reply:

    hehe..bos tak bagi join, so takleh nak joinlah..hehe

    rohaizad Reply:

    Wehhh… gila kuasa ke apa? Sendiri punya hosting pun nak amik! hahaha

    wanmus Reply:

    bukan..saja nak meriahkan walaupun dah tau konfirm tak boleh menang..hehe

    rohaizad Reply:

    Iyolah tu…. ayat baik punya ehh.

    wanmus Reply:

    hehehe..mestilah

  17. nuaeman said:

    Wah aku nak join gaklaa.. ingat nak tukar hadiah ngan duit.. hehehe

    rohaizad Reply:

    Amboi… otak bisnes juga ye :D

  18. Anwar Yassin said:

    Tokei Hosting ni Wanmus ke ? :) Cayalah bro. hehe. Boleh buat review ni. tak boleh teka awal2. nanti jumlah komen dah berubah. ;)

    rohaizad Reply:

    Dia tokey besar wooo…

  19. abdfatah said:

    aku nak teka berkali kali lemon boleh?

    rohaizad Reply:

    Satu jer bro… barulah namanya teka. Kalau banyak, namanya teka-teki…. hihihihi

  20. Penang said:

    menarik gak nie boleh la try… last2 minute baru teka jawapannya…

    rohaizad Reply:

    Cantek!

  21. [...] iaitu Rohaizad.com telah mengadakan satu peraduan yang agak mudah tetapi susah sedikit iaitu Peraduan Teka Jumlah Komen di blog Rohaizad.com. Hadiahnya sangatlah menarik dan lumayan bagi seorang blogger part time seperti aku malahan untuk [...]

  22. siti said:

    Salam, first of all nk wish slmt ari raya korban u abg ijad,
    poning kepolo den nk teke jumlah komen ni…
    apa2pn ia sesuatu peraduan y menarik diadakn even hadiahnya tu aku pn xberapa nk paham, hehehe, almaklumlah sy budk msh buta blogging ni…hehe…

    rohaizad Reply:

    Takper, pelan pelan… nanti boleh belajar semuanya. :D

  23. kita said:

    best jugak ni….nnti nak cari software yg leh kira komen,,,,hehehehe

    rohaizad Reply:

    Ada software untuk kira komen?
    Wahhh… ini sudah bagus… power, power.

  24. Wahab said:

    Den tak kiro (kire kacang)Den dah booking Pak Belalang ahlil NUJUM NEGARA entah mane….
    Sape-sape tak leh BOOKING Pak Belalang melainkan anta.
    Wahai Pak Belalang sesiapa pun tak leh komen blog Ijad melainkan melalui ante saje…tau…(daftar sekarang )
    Pas tu Pak Belalang kire depa punya komen antar same Ijad…itu hadiah Doman sama itu dia punya Horse kasi sama ante (BUKAN UNTE)tauuu…
    Kalau ingkar Pak Belalang boleh kena FIRED (SUDAH TUKAR Fire kaa..)
    Anta mau itu Horse mau kejar itu Ijad punya BLOG banyak laju la..tahun baru mau mali.
    (HAPPY NEW YEAR TO IJAD & FAN – B the first Pak Belalang – jumlah komen dalam poket hamba – ahlil Nujum Negara….he…he…

    rohaizad Reply:

    Ini peraduan memang untuk semua…. so tahun 2010 nanti akan ada 3 orang lagi hamba Allah yang akan dapat domain dan hosting percuma.

    Wahab Reply:

    Semuga murah rezeki tahun baru 2010…amin..

    Siapakah gerangan 3 sahabat bertuah tu…
    ( 3 Abdul -Wahab,Wahib,Wahub )

    rohaizad Reply:

    Mestilah kamu Wahab :D

  25. zool said:

    AKu main teka gak.. tunggu dpt ilham dulu.. he heheh

    rohaizad Reply:

    Jangan tak teka. Sebab ini memang PERCUMA!

  26. semutapi said:

    maka ramailah orang yg tak tido pada 31hb Disember 2009 jam 11:59:59 saat…

    :)

    gua dah link lu punya blog x payah riview x apa kot..bole dpt double bonus.

    tunggu gua joint..tq 4 the contest..

    rohaizad Reply:

    Boleh.. apa salahnya. Kalau gentleman, buatlah review sekali, boleh dapat hadiah BONUS!

  27. Wizurai said:

    menarekk…

    x dapat le tunggu tgk bunga api mlm tahun baru sebab nak spot jumlah komen ni…

    rohaizad Reply:

    Ahahahah…. jangan lupa teka sudah… :D

  28. shahrul said:

    Menarik pertandingan ni. Nnti tunggu hujung2 baru teka, sempat lagi nk bertapa kumpul ilmu teka meneka ni, hehe.

    rohaizad Reply:

    Sila… sila… rugi tak teka wooo..

  29. Alhamdulillah…dah pun wat review peraduan ni kt blog aku…80% content aku copy paste je…x tau dah nak olah camne….kira review jugak ke ni Bro Ijad…heheheh

    ps: Bolelah start mengira berapa ribu la komen kt blog Rohaizad Dot Com ni

    rohaizad Reply:

    Itu kira review gak tu… “forward review”. Tapi apapun, kalau tekaan yang di buat nanti melayakkan untuk kamu jadi pemenang, maka BONUS pasti akan di beri.

    aktechpage.com Reply:

    Wokeh, beyehhh

  30. Haha…aku cuba luck aku je…mana tau ada rezeki…so, itulah angka bertuah yang aku persembahkan…

    rohaizad Reply:

    Hermmm…. satu tekaan yang ________ :D

  31. cyza said:

    hehe…harap ok lah tekaan tu…tapi aku tak kisah pun…ada rezeki adalah tu…

    Sorry ijad,

    aku tak dapat nak join ko punya seminar kali ni gaks…sebab aku memang tight december ni…with conferences dan seminar…insya Allah ada waktu aku join…

    rohaizad Reply:

    No problem… proceed yang penting dulu. Blogging is coooool..

  32. tetiba rasa nak teka nombor tu, manalah tau dpt menang…

    pakcik menang motor

    rohaizad Reply:

    Ermmmm… jumlah itu ______ sangat. :D

  33. reezluv said:

    haha..kelakar betui aku tengok video kat sebelah ni..angkat laptop kat tapak tangan.haha.tapi video tu cantik kualitinya.pakai ape ek?

    rohaizad Reply:

    Pakai handphone jer… Nokia N95 8GB. Black Colour lagi…. ahahahah

    reezluv Reply:

    patut la dasat quality..N95 rupanya..:D

  34. Taufik SM said:

    bagus ke jomhosting ni ..uptime dia 99.9% ke

    rahmanbasri Reply:

    Most recommended hosting provider..

    saya salah seorang customer Jomhosting ni.. Bro wanmus punya support, memang tiptop…

    wanmus Reply:

    Insyallah..kami mencuba memberikan yang terbaik

  35. hafiz said:

    mmg mantopla hadiah nie..akupun tgh bertape di gue berdekatan..hehe..tunggguuuu!!

    rohaizad Reply:

    Mantap .. mantap juga, tapi still tak teka. Rugi wooo….

  36. bro nak bagi jawapan kat post nie ke??

    rohaizad Reply:

    Rsanya dah jelas di beritahu dalam entri di atas. :D

  37. [...] Contest Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad - walaupun hadiahnya bukan wang tunai tetapi ianya tetap lumayan! [...]

  38. hehe, senang jer.. amek average komen stiap hari, darab 30 hari tambah 12000.. hhohohoo..menang laa aku..

    rohaizad Reply:

    Teka sahaja… jangan tak teka.

  39. [...] Peraduan TEKA JUMLAH komen di blog rohaizad dot com semakin hampiri pada tarikhnya, jika kamu ada buat review… jangan lupa untuk inform aku [...]

  40. first time bg blog sini, terus msk peraduan nih… heheh

    rohaizad Reply:

    Dah dekat tuh….

    firdaush(16852) Reply:

    ada makna tuh di sebalik no tuh … kalo menang baru bole reveal…

  41. aku rase,niela jumlh komen kt blog rohaizad.com nie..
    yes yes yes..dah nampak dah hadiah tuh..hahaha

    rohaizad Reply:

    Haaa… betul betul! ahahahah

  42. bro..xramai join lagi nih..mesti malam ni nak2 kul 12 baru ramai.hehe

    http://double87.info/2009/12/jom-main-teka-tekuk/html

  43. Aku dah scan no yg Ijad blurkan tu and the jawapannya adalah tepat seperti kat atas tu kompom….menang..kalo tak menang…menang-menangkan hu..hu..

  44. wanmus said:

    saya nak teka jugak..saya teka 42890…

  45. 125

  46. Fuuhhhh kanan, Fuuhhhh kiri….
    Fuhhhhh belakang, Fuhhhhh depan….

    Harap2 betul….ameennnnn…. :D

  47. rezeki jangan ditolak…

  48. Dah teka! TQ, Ijad for giving the chance.

    Fatin Pauzi (28,507) Reply:

    Alamak, no blkg sekkali lupe nk tukar… :(

  49. fuh fuh…degawan degawan degawan………

  50. napalah silap taip tadi

  51. rahmanbasri said:

    Nak try juga… last minit setelah dengar fuhyoo fm tdi..

    Rasanya 11, 279 komen :)

  52. 1250 itu yg nak saya taip tadi

  53. Jom komen…

    17,333 komen.. pasti betul lah nie.. :)

    hehehe….

  54. Mintak2 lah betul.hehehe

  55. 12500

  56. rohaizad said:

    Peraduan ini dengan RASMINYA TELAH DI TUTUP!
    Selamat Tahun Baru!!!!

  57. pakli said:

    alamak..tak sempat lah pulak nak teka nya.. huhuhu

  58. [...] hari ini adalah hari yang amat bermakna sekali kerana aku akan mengumumkan pemenang bagi keputusan peraduan TEKA JUMLAH KOMEN di blog rohaizad dot com [...]

  59. [...] : Terima kasih kepada Rohaizad.com & JomHosting.net kerana menganjurkan pertandingan yang mudah & sempoi [...]

  60. siapa pemenang itu

  61. mana komen aku

  62. [...] : Terima kasih kepada Rohaizad.com & JomHosting.net kerana menganjurkan pertandingan yang mudah & sempoi [...]

  63. [...] iaitu Rohaizad.com telah mengadakan satu peraduan yang agak mudah tetapi susah sedikit iaitu Peraduan Teka Jumlah Komen di blog Rohaizad.com. Hadiahnya sangatlah menarik dan lumayan bagi seorang blogger part time seperti aku malahan untuk [...]