Ingin beriklan? Sila klik di sini

Tahukah anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Orang - Tarikh diterbitkan: December 5, 2009 online

member

Tahukah anda bahawa idola anda itu sentiasa berada di sekeliling anda?
Tahukah anda bahawa rakan di sebelah anda juga kadang-kala boleh dijadikan contoh terbaik?
Dan tahukah anda bahawa kelompok yang positif akan sentiasa memberikan anda aura yang positif sepanjang masa?

So hari ini aku ingin berkongsi siapakah mereka di kalangan pengunjung dan pembaca blog ini yang aku sendiri hormat kerana mereka mempunyai satu aura yang boleh aku jadikan sebagai contoh terbaik.

Samdaddycool.
- SamdaddyCool adalah antara pengunjung awal sejak blog ini di tubuhkan. Nama sebenar beliau adalah Rosman Sham. Orangnya agak “rock” dan berambut panjang. Pernah berdating di Zoo Melaka sebelum ini (hahahah) tetapi satu perkara yang kamu perlu tahu adalah beliau sebenarnya seorang “master” dalam eBay!

Adly a.k.a Labanon.
- Anak muda Melayu Malaysia yang berusaha dengan usaha yang tinggi dalam menentukan masa depannya sendiri. Semangat yang jarang ada pada anak muda dan sebagai seorang yang melihat pencapaian beliau, aku boleh katakan dia adalah antara ikon yang wajar di jadikan sebagai satu ikutan. Pernah jatuh dan terus bangun sehinggalah sekarang ini.

WanMus.
- WanMus adalah seorang penuntut di UTM Skudai dan beliau sekarang sedang dalam peringkat akhir untuk menamatkan Master dalam bidang Mechanical Engineering. Makmalnya penuh dengan enjin kereta prototype tetapi beliau sebenarnya adalah pemilik kepada Jomhosting.net. Pelik tetapi benar!

Kujie.
- Blog beliau ini umpama satu portal rumahtangga yang memang seronok untuk di baca. Kalau hendak diikutkan, bukannya ada apa pun di blog beliau tetapi pengisian dan perkongsian yang ada pada sesetengah artikelnya amat berharga. Seronoknya, apa yang di kongsikan sama dengan kisah hidup seharian yang kita lalui. Bercakap dari pengalaman adalah sesuatu perkara yang mahal bagi diri aku kerana konsep yang sama juga yang aku terapkan di blog ini. Kak Jie, you are the best!

Titan.
- Nama sebenarnya adalah Ahmad Faizal dan beliau adalah antara 2 blogger yang bertuah sepanjang sejarah penubuhan blog rohaizad dot com ini. Satu perkara yang ada pada Titan untuk di jadikan sebagai contoh ialah keberaniannya untuk mencuba. Cuma janganlah mencuba sesuatu yang boleh membawa buruk untuk jangka masa panjang. Maknanya jangan pula esok kamu mencuba dadah dan kemudian beritahu yang “rohaizad kata kita perlu mencuba”… cehhh.

PakarHowTo.
- Arigato kozaimas!
Memang blog beliau penuh dengan info-info menarik untuk di jadikan bahan bacaan. Kalau dah baca satu artikel, mesti nak baca artikel yang lain. Beliau boleh di panggil dengan nama Syukri dan antara rakan blogger yang ada di Malaysia ini, beliau merupakan blogger yang FASIH dan boleh boleh menulis dalam bahasa Jepun. Sekarang ini kalau tak silap, beliau baru berlepas ke Jepun. Aku bangga wehh!!

Taukey.
- Timothy adalah nama sebenarnya. Beliau adalah seorang yang “independent” dan banyak tulisan beliau yang seronok untuk di kongsi bersama. Dia memang minat berblogging tetapi kerjanya yang agak banyak telah membuatkan dia jarang update blognya. Di harapkan semangat juang yang tinggi seperti yang di kongsi pada entri terkininya akan terus bersemarak!

PcUserz.
- Ini seorang lagi blogger yang “independent”. Dari blogspot, beliau mula beralih kepada dot com sendiri. Kemudian, study dunia blogging dengan tekun (dari dulu lagi memang rajin komen di blog ini) sehinggalah tiba pada satu ketika, beliau membuat keputusan untuk menghadiri Seminar Smart Blogging yang di adakan di Melaka bulan Julai lepas. Dan screenshot Paypal (berjumlah RM2,091.27) yang di tunjukkan baru-baru ini cukup memotivasikan peserta seminar blogging yang lain!

Alone.
- Jika ada yang belum kenali beliau, bolehlah memanggilnya dengan nama Nas (Nasrul). Produk Masterkit beliau amat bagus untuk lepasan SPM yang ingin belajar permasalahan komputer. Satu perkara yang cukup bagus untuk diwar-warkan mengenai beliau adalah blognya sendiri. Semakin hari, penguasaan Englishnya semakin baik dan ini cukup untuk menjeleskan aku.

Shaffik.
- Ada sesuatu yang telah aku belajar dari beliau. Dahulunya beliau memang suka betul dengan skim cepat kaya ala-ala Swiss Cash dan sebagainya. Kalau ikutkan pengalaman aku, amat susah untuk mereka bangun setelah jatuh terduduk kerugian beribu, belas dan berpuluh ribu ringgit, apatah lagi untuk belajar selok belok dunia blogging yang sememangnya memakan masa. Tapi beliau bukan orang seperti itu. Beliau bangun dan terus bangun dan akhirnya telah berjaya “mengubati” hati beliau sendiri (dengan income bloggingnya!)

Aqif.
- Muda, newbie dan beginner… masih banyak lagi yang perlu pelajari. Itulah yang selalu di katanya bila berchatting. Tapi beliau tetap mencuba dengan caranya yang tersendiri. Selalunya orang macam Aqif ini ketika di peringkat permulaan, selalu di pandang rendah oleh orang lain.. termasuklah sahabat handai sendiri. Tapi hakikatnya, orang seperti beliau inilah yang dapat mencapai target ataupun impian dalam hidupnya. Tak percaya, kita tunggu progression beliau dalam masa 1 atau 2 tahun dari sekarang.

Nuaeman.
- Ahmad Fairus adalah antara seorang yang banyak mengajar aku erti kesabaran. Dahulunya aku ini memang seorang yang panas baran tapi cara dan perwatakan beliau telah mempengaruhi aku. Kalau ikutkan, dah lama aku bongkar kes-kes internet yang panas di Malaysia ini, tetapi nasihat-nasihat beliau telah mematikan hajat aku. Beliau pernah berkata, “jangan sampai emosi memberikan kita darah tinggi”… hahahah.

Cyza.
- Abang kepada rakan baik aku, Aziruddin. Ini bukan kisah kroni sebab sebelum aku mengenali beliau, memang aku pernah melawat blog beliau yang masih menggunakan blogspot suatu ketika dulu (waktu itu blogspot beliau berwarna hitam) cuma tak pernah tahu bahawa beliau ialah abang kepada Aziruddin. Aku cukup respek sebab setahu aku, hanya beliau sahaja seorang blogger yang memiliki niche “chemical engineering” di Malaysia. Oh yaaa… kalau ada yang ingin melihat bagaimana beliau menjana pendapatan dari blognya, nantikan “hadiah” darinya beberapa hari lagi. Jangan terperanjat yea!!

Mazuki Selangor2u.
- Jangan salah sangka kerana beliau bukanlah orang Selangor, tapi orang Terengganu. Pertama kali berjumpa beliau di Jusco Taman Universiti. Masa parking motor saja dah tahu yang dia ini sempoi orangnya. Apa yang pasti, beliau adalah orang yang suka berterus terang. Dan siapa yang “terkena” dengan beliau itu, janganlah kecil hati kerana perkara yang benar itu memang pahit. Aku suka!

Zool.
- Kalau sesiapa yang selalu pergi ke blog beliau, memang mereka akan kenal dengan cara penulisannya sekaligus dapat mengetahui yang itu adalah blog orang Melaka… ahahahah. Zool adalah seorang pembaca yang setia. Bila dia dah minat dengan sesuatu blog, maka dia akan terus berkunjung ke blog tersebut. Orang gomen tetapi still aktif berblogging. Dah beli MyVi dahh….

Aman.
- Satu perkara yang menarik tentang beliau ialah sikap KONSISTEN`nya dalam berblogging. Cakaplah apa sahaja seperti gossip artis ke, gunung berapi ke, rumah jiran terbakar ker, bom meletup ke… semuanya tidak akan di beri keutamaan. Yang beliau ingin tahu adalah niche web 2.0 dan tech news. Sebab itulah niche yang beliau “pegang” selama ini sudah cukup dahsyat untuk menonjolkan identitinya. Iya benar, niche web 2.0 dan tech news dalam blog bahasa Melayu adalah niche yang berjaya menjulang nama beliau di arena blogging tanah air. Syabas!

Fatin.
- Satu-satunya bloggernita yang mempunyai visi yang tinggi. Aku cukup respek pada mereka yang ada visi. Portal Wanita eMall beliau adalah antara usaha beliau untuk merintis perniagaan produk fizikalnya secara online. Muda lagi dan kalau ada sesiapa yang ingin berkenalan, silalah berbuat demikian…. hihihihi.

Baiklah… semua di atas adalah antara mereka-mereka yang sempat aku listkan dalam entri ini. Jika ada di antara nama yang tidak tersenarai, cukuplah jika aku katakan yang kamu semua HEBAT dan sentiasa menjadi role model untuk diri aku. Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri.

* Baru tadi tangan ini gatal untuk mengira jumlah pendapatan yang telah di jana sepanjang dengan program Text Link Ads. Rupa-rupanya dah cecah RM30,000.00 ! Sayang Text Link Ads!!!

« « Bagaimanakah kesudahan blog anda?*** Hanya kerana ramai yang melakukannya, tidak bermakna kamu harus menyerah pada keadaan. » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 76 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. titan said:

    aku dah cuba dadah lama dah. Sejak aku belasan tahun. Menghisap rokok tu bukan sebahagian dari keluarga dadah ke? hehe..tapi aku dah lama berhenti sejak merokok itu menghabiskan duit aku sahaja..

    Panadol pun sama. Sejak aku sakit dulu, banyak duit abah mak aku habis. Sejak tu, sebolehnya aku tak nak sakit. Bila sakit, kene makan ubat atau panadol. Itu bermaksud, aku telan dadah juga. So, aku dah cuba dadah sejak kecil sebenarnya. Hehe..

    Apapun, antara blogger melayu yang hati kering gila dalam dunia blogger yang aku kenal adalah ko. Hehe..

    Ps: Eleh, ko pun rajin mencuba gak apa..

    Aqif Reply:

    Bro Titan juga salah seorang individu yang saya respek apabila bercerita tentang “buat duit melalui internet” kerana beliau sentiasa ada perasaan untuk merungkai kebenaran setiap perniagaan internet.

    Titan, bro terbaik! :)

  2. reezluv said:

    best betui aku baca..haha..

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… kelakar pun ada gak.

  3. bluedianthus said:

    salam singgah jap kat blog ni..semuanya hebat belaka…semoga ianya menjadi pendorong buat sy dan semua…:)

    rohaizad Reply:

    Ramai lagi sebenarnya tapi mata dah mengantuk malam tadi… huhuhuhu

  4. alone said:

    baca kali kedua baru perasan aku turut ada di situ. huhu. trimas bro.

    ya. tidak dapat dinafikan blogging banyak membantu aku dalam membiasakan diri menggunakan English. tambahan pula jobs asyik masuk tiap2 hari sampai terasa biasa menulis in English.

    secara x langsung, aku kini yakin utk present in English, buat assignment in English, speaking English dan jawab exam in English. memang membantu.

    dapat income + improve diri sendiri.

    aku tukar dari free blogspot kepada hosted wordpress dan seterusnya part-time blogging sebab baca artikel2 kejayaan bro rohaizad. ko blogging idol aku. thanks bro!

    *ouch. panjang lak.

    rohaizad Reply:

    Tapi serious, aku suka dengan tahap penguasaan English ko skang. Way to go!

  5. Aqif said:

    Terima kasih abg Ijad kerana sertakan nama saya dalam entri blog ini (walaupun ada kesalahan ejaan “afiq” disitu). hehe..

    Terus terang saya katakan blog Rohaizad dot com adalah salah satu inspirasi terbaik saya dalam meneruskan perjuangan dalam blog untuk mendidik rakan-rakan di dunia maya ini.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Rohaizad bahawa setiap orang disekeliling kita boleh dijadikan idola. Cuma kita sendiri tidak sedar.

    Terima kasih sekali lagi saya ucapkan pada bro Ijad dan saya harap kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan untuk memajukan diri sendiri dalam apa jua aspek dalam kehidupan.

    “Making a decision to success is easy, but progressing your way to success is such a big challenge. So ask yourself. Do u prepare for it?” :)

    rohaizad Reply:

    Semoga tahun 2010 lebih banyak kejayaan yang akan dapat di capai.

  6. aleh49 said:

    senarai kat atas tu mmg terbaik…
    mmg tidak dapat dinafikan..
    setiap orang mempunyai kelebihan masing2..

    rohaizad Reply:

    Betul.. betul.. kamu pun sama. So membaca cerita kawan-kawan sendiri juga boleh membaca manfaat.

  7. Sekarang baru ku tahu…

    Tahniah utk mereka yg tersenarai, inilah untungnya apabila kita mengamalkan sifat kesetiaan…

    Setia mengunjungi blog, heheheh

    rohaizad Reply:

    Ramai lagi cuma tak larat nak senaraikan sahaja :D

  8. Syed Akmal said:

    azam aku tahun 2010:

    1. Jadi antara IM yang terulung di Malaysia. SALAH.
    2. Tersenarai dalam pegomen/BBF dalam blog rohaizad.com. BETUL.

    heheheheh. betul tak bro?

    rohaizad Reply:

    Salah tuh…
    Yang betul ialah jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.

    Syed Akmal Reply:

    heheh. betul betul. saje je main main.

  9. topo said:

    hohoho semua tu memang idola tu..
    mantap-mantap semuanya.. :D
    tapi kenapa link PakarHowTo pi kat gambar batik.gif ye.. dia jual kain batik ke sekarang ni? hohoho

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… kesilapan teknikal rupanya. Thanks Topo.

  10. shah said:

    bile la name sy nk ade dalam senarai tu,huhu.

    rohaizad Reply:

    Tersenarai tak penting. Yang penting usaha yang berterusan. Kalau tersenarai then lepas tu berhenti pun no point.

  11. denaihati said:

    semua tu blogger-blogger hebat dengan niche tersendiri memang seronok ikutan blog ni semua.

    rohaizad Reply:

    Harap mereka tetap memblogging sampai bila-bila.

  12. shah said:

    btul jugak tu
    yg penting kredibiliti

    rohaizad Reply:

    Kredibiliti adalah sesuatu yang membawa maruah kita bersama. Jadi, always show our best to people :D

  13. hafiz said:

    yeah,,list yg terbaik bro..hampir semua blog yg bro tulis dah jadik ‘part of my life’..cukup utk terus memotivasikan diri utk terus berjuang..yeahhh…

    rohaizad Reply:

    Ye ker? Wah… samalah kita ye :D

  14. awe 9 said:

    kejayaan anda semua menjadi pendorong saya untuk terus explore dunia blogging ini..

    Terima kasih semua..

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita yea :)

  15. Kujie said:

    Whats a sweet compliment…!

    Kak Jie sorang je makcik-makcik kat sini, kadang2 datang sini malu nak drop komen, tengok dari atas ke bawah semua avatar macho2..bila kak jie mencelah sorang, tgok avatar diri sendiri rasa mcm salah tempat.

    terimakasih kerana banyak yang kak jie belajar di sini

    rohaizad Reply:

    Kak Jie, janganlah malu-malu yea. Kak Jie ni ramai peminat tau.

    Pssst…!
    Ada orang cakap dengan saya,

    ” Kak Jie tu nampak je macam makcik-makcik, tapi dia comel… maintain jer”

    Macam mana tuh? ekekekeke…

    Kujie Reply:

    * nak pengsan kejap *

    nak awet muda kena baca komen ni ulangkali- ulang sengeh!

    rohaizad Reply:

    Hahahah… Kak Jie ni ada-ada sahaja… :D

    Kujie Reply:

    tweet this entri…harap2 dpt sumbang trafik

    azlan Reply:

    salam..sapa yg leh tolong lan..

  16. Fazreen said:

    Seronok baca entry ko ni bro..tumpah bangga dgn mereka yg dh berjaya dan semakin berjaya…

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya baca entry orang lain pun seronok juga. Pure dan unik!!

    (Sebab tu kalau baca tentang gossip, agak boring… sama jer jalan ceritanya @stereotype, betul tak?)

  17. aman said:

    wah. thanks bro sebab senaraikan saya sekali. terharu seh. hope kita semua akan berjaya bersama-sama. 2010, here we come. yayy~

    rohaizad Reply:

    Kalau bagus, aku akan cakap bagus. Itu sudah pasti Aman :)

  18. ye ke aku seorang yang berterus terang???hahaha

    rohaizad Reply:

    Ye…
    Lebih-lebih lagi dalam WangCyber… hahaha

    mazuki selangor2u Reply:

    kalau ikut rasa nak tulis memang boleh je kan..tapi pikir periuk nasi orang banyak perkara perlu didiamkan…

    rohaizad Reply:

    Cayalah!

  19. samdaddycool said:

    Terharu aku diletakkan sebagai salah seorang senarai ‘idola’. Aku hanya manusiabiasa yang taklari dari melakukan kesilapan, pernah jatuh dan bangun. Bertatihdan merangkak dalam dunia ebay, blogging serta affiliate. Blog serta bidang kawan-kawan yang lain tak kurang hebat, dengan pendekatan niche masing-masing. Setiap orang dianugerahkan dengan kelebihan serta keistimewaan. Percayalah dalam diri kita ada potensi – gilap dan asah potensi itu. Usah riak, bongkak dan sombong walaupun kita telah dikenali dan berada dipuncak kejayaan.

    Allah Maha Kaya dan Maha Adil, beringatlah sebelum nikmat yang kita kecapi ditarik bila-bila masa sahaja. Hormati orang lain walaupun mereka digelar junior atau newbie.

    p/s – Melaka best! :P

    rohaizad Reply:

    Tak tahan betul aku baca ayat yang terakhir tu. Promote Melaka tu… cehhh… hahahah

    p/s: amacam bisnes skang? ada bagus?

    samdaddycool Reply:

    Alhamdulillah.. bisnes makin baik.. bz biz offline.

    Promote Melaka? Visit Melaka means visit Malaysia.. kikiki..

    awe 9 Reply:

    waaa.. bro samdaddycool meniaga kat melaka ke?

    samdaddycool Reply:

    Aah bro, Melaka ada , Tangkak ada, Muar pun ada..

    samdaddycool Reply:

    Awe 9 > Kalau aku gi Melaka, boleh kita lepak2 sambil cerita tentang ebay… kg org rumah kat Merlimau je. Aku biasa gi Mydin ayer keroh…

    azlan Reply:

    salam bro..
    leh tolong tak

    samdaddycool Reply:

    Azlan> Wsalam.. boleh emel samdaddycool@gmai.com

  20. cyza said:

    Ijad,

    Sungguh aku terharu kerana ko meluangkan sebuah tempat untuk aku dalam post ini. Terima kasih…sempat juga aku kenang ko dalam doa lepas solat Zuhur tadi…cewah…Aku pun memang tak sangka ko ni member baik adik aku… haha… nak jadi adik ipar aku ke? hehe…

    By the way, ikhlas aku katakan yang sudah Allah tentukan pertemuan kita di dunia virtual dan realiti…InsyaAllah ada hikmah nya… Mungkin satu hari nanti satu bisnes synergy boleh terjalin…mana lah tau…hehe

    Tapi, pucuk pangkal, senarai ko tu memang semuanya ada kekuatan, kehebatan dan keunikan masing2…

    Well done… dan selamat berjaya semua pembaca rohaizad.com

    rohaizad Reply:

    Wahhh… doakan aku?
    Alhamdulillah… aku doakan semua sekali supaya di rahmati dan di berkati rezekinya.

    Bisnes synergy?
    Sedap bunyinya tu… itu bisa di atur pak…

  21. siti said:

    Wahhhh, baguslah bro ijad bt senarai list cmgini, blh tgk kelebihan pd blog2 mereka y tersenarai ni,

    rohaizad Reply:

    Sekadar berkongsi apa yang ada dalam hati… :D

  22. donnyien said:

    Satu idea yang bagus skali bro!tahniah kpd mereka yang tsenerai.harap satu hari blog aku juga akan tersenerai..hehe.

    aku suka blog ROHAIZAD.COM!cayalah..

    rohaizad Reply:

    Tersenarai?
    Boleh… itu tidak mustahil. Sekarang pun tersenarai dalam hati aku ni haa.

  23. Labanon said:

    Fuh, terharu juga apabila tersenarai ni. Apapun rasanya masih belum layak sepenuhnya untuk menjadi idola kepada sesiapapun. Masih banyak target/impian yang masih belum dapat dicapai.

    Apa-apapun, bro Ijad tetap rawk!

    p.s: Bila mau jumpa sekali?

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… rasanya tahun depan mungkin akan “banyak kali” naik KL… :D

  24. Sain said:

    Best nya baca idola blogger malaysia…Saya sibuk ijad dengan tesis akhir saya…semester ni saya last dah berada di semenanjung malaysia…

    Walau apapun, aktiviti blogging aku tetap jalan..Alhamdulillah, aku dah ada income bulanan 4 angka setiap bulan. Bulan lepas aku dpt adalah dekat $ 600 je…Semuanya hasil dari tunjuk ajar ko Ijad aku dpt mcm ni…Ya Allah, syukur Alhamdulillah..

    Sebelum saya meninggalkan semenanjung malaysia ni, buat cepat2 gathering khas untuk keluarga Smart Blogging Ijad… Aku tak pernah join gathering yang ko buat selama ni..maklumlah, jauh kat Johor sana..

    Terima kasih Sifu..

    p/s : Insya Allah, tahun depan ni aku akan ada blog personal aku sendiri ..heheheeh

    rohaizad Reply:

    USD600.00?
    Alhamdulillah… nak menitis air mata aku bila ko dapat buat dekat RM2000.00.

    Insya Allah, aku akan buat gathering secepat mungkin Sain.

  25. taukey said:

    RM30,000 tu buat belanja kawen dah lebih dari cukup dah bos. hahahahaha…..aku plak tersenarai ke? Tima kasih…..

    Dua tiga kerja ku lupa
    pergi berjalan di pasar pekan
    ada hari kita berjumpa
    masa tu kau belanja makan…

    hahahahahahahaha

    rohaizad Reply:

    Orang menjual, aku mesti membeli:

    Tujuh lapan kerja ku buat,
    Pergi berlari di pasar malam,
    Aku kerja kuat, makan pun kuat,
    Kalau ko tak belanja, aku kerjakan ko sampai pitam.

    hahahahah….

  26. Zulazis said:

    Dalam banyak2 pakar nie tak de ke yang terror Matrix….????

    taukey Reply:

    Cerita Matrix pelakon keanu Reeves tu aku tau gak. nak kata pakar tu tak juga…sikit sikit jer aku tau tentang cerita tu. tak hafal. tapi cerita tu best :D

  27. pcuserz said:

    trimas bro.
    aku terharu gak tersenarai dalam list kat atas tu.
    aku masih baru & mentah lagi dalam blogosphere ni.
    byk lagi kene blaja.. :)

    rohaizad Reply:

    Yup, semuanya bermula dengan langkah pertama. Success..! Success….!

  28. Shaffik said:

    Aku baru berkesempatan membaca entri ini. Thanks sebab nama aku pun tersenarai. Aku masih baru lagi dalam dunia blogging. Tetapi kalau kerana kau Ijat, aku mungkin tidak akan berada di dunia bloggging. Kalau orang bertanyakan pada aku, siapakah idola aku dalam dunia Internet. Tidak lain dan tidak bukan kaulah orangnya. Orang yang bernama Rohaizad. Banyak jasa yang telah kau curahkan kepada aku. Tidak terbalas rasanya. Aku bersyukur kepada Tuhan di pertemukan dengan orang yang bernama Rohaizad. Dikala susah senang kau akan tetap membantu.
    Apapun You Are The Best!!!!….

    Sorry teremosional kejap..heheheheh

    rohaizad Reply:

    Apa kata belanja aku Pizza Hut hujung minggu nih? ahahahah

  29. Fatin Pauzi said:

    Saya ada jugak? hehe. Thanks, Ijad. ;)
    Rohaizad pun, masih bujang tran tang2 lagi.
    Boleh la sape2 nak berkenalan. ;)

    rohaizad Reply:

    Alaaa.. kita tak lakulah … ahahahah

  30. [...] Masih ingat lagi pada entri Tahukah Anda? Dan sila lihat semula pada cerita blogger yang bernama Cyza (Zaki). Report bagaimana dia menjana [...]

  31. Ramai bloger2 Malaysia yang hebat2 ye. :)

    rohaizad Reply:

    Ramai… yang lebih hebat lagi ramai.