Ingin beriklan? Sila klik di sini


* Dalam dunia ini, ramai yang melakukan perkara sama seperti apa yang kita lakukan dan menyerah pada keadaan bukanlah satu perkara yang bijak.

Begitu juga dengan aktiviti blogging. Seperti yang kita telah sedia maklum, semua orang mempunyai blog. Aku pun ada blog. Sama seperti kamu.

Tidak kiralah platform apa yang kamu guna. Selagi kamu berblogging, maka kamu adalah seorang blogger. Jika kamu menggunakan platform Blogspot, kamu juga blogger… jika kamu menggunakan dot com sendiri, kamu still juga seorang blogger.

Kemudian, kamu dengar pula kisah dan cerita mengenai blogger yang menjana pendapatan dari blog yang mereka miliki. Kamu semakin pelik kerana semakin kamu mencari, semakin banyak yang kamu tahu. Maksudnya, banyak lagi cara yang kamu lihat bagaimana orang lain gunakan blog mereka dalam menampung perbelanjaan harian.

Kalau hari ini kamu tahu di Malaysia ini Nuffnang boleh menyumbang dalam pengiklanan di blog, tetapi esok kamu semakin bingung kerana naaahhh… di luar sana, pelbagai cara telah di gunakan oleh blogger dalam menjana beratus dollar $$$ dari blog mereka yang banyak itu di peringkat antarabangsa.

Kamu semakin teruja untuk mempelajarinya sehingga tiba pada satu tahap, kamu rasa terdapat jalan singkat untuk mempopularkan blog kamu. Kalau tidak percaya, cuba buat satu entri yang mendakwa Darren Rowse dan JohnChow adalah anak didik kamu! (pastinya beribu HITS yang kamu akan perolehi…)

Secret Of Success

Buy Now

Tapi hakikat yang sebenarnya ialah kamu boleh melakukan lebih baik dari itu. Kamu boleh menerbitkan entri yang jauh lebih professional seperti entri yang berunsurkan motivasi dan juga pendidikan/tips.

Nak senang, gunakan sahaja cara “short cut” seperti yang aku terangkan di atas tadi…. ahahahah.

  • Tapi apa pula yang harus di lakukan oleh blogger (seperti aku) yang lebih kepada “melayan” dan “menggalak” pembacanya sendiri?
  • Apa pula yang harus di lakukan oleh kamu dalam memastikan suara dan tulisan kamu di terima oleh orang lain?
  • Apa yang perlu di fikirkan supaya perkongsian kamu itu mendapat respons yang baik pada pandangan dan mata orang lain?

Sudah pasti soalan ini pernah berlegar tapi sama ada kamu sedar ataupun tidak, kamu telahpun berada di separuh fasa dalam dunia blogging. Ini adalah kerana apa yang kamu kongsikan di blog itu adalah sesuatu yang berunsurkan “pendidikan”. Iya… pendidikan adalah satu perkara yang berbaloi untuk “dijual”.

Benar.
Dalam fasa itu, kamu semakin seronok kerana kamu berkongsi segalanya. Kamu berkongsi kegagalan, kejayaan, percintaan, kekecewaan, kegembiraaan dan banyak lagi “an” yang wujud. Tapi dalam keadaan kamu sedar ataupun tidak, kamu juga sebenarnya bukan “memberi” di blog kamu, malah kamu juga mencari di blog orang lain.

Sebagaimana pengunjung lain tiba di blog kamu, begitu jugalah kamu berkunjung di blog orang lain. Dalam proses kamu yang kononnya cuba untuk mengenali blogger lain dan blog yang mereka miliki, kamu sebenarnya telah memasuki satu lagi fasa yang lain.

Apakah fasa itu?

Itu adalah fasa di mana kamu melihat dunia blogging orang lain melalui blog yang mereka tonjolkan. Dan kamu terus melihat… dan melihat… dan melihat… dan melihat. Selepas itu kamu menilai… dan menilai.. dan menilai… dan menilai… dan menilai….

Dari penilaian-penilaian yang kamu tafsirkan itu, kamu mula merasakan bahawa ada saingan rupa-rupanya (antara kamu dan blogger yang lain). Jadi kamu mula mengorak langkah untuk pergi lebih jauh lagi dengan harapan untuk menjadi lain dari yang lain. Kamu ingin menjadi seorang yang “outstanding” … barangkali?

Tiba-tiba pada suatu hari kamu bertanya pada diri kamu:

  • Apa yang akan terjadi kalau orang mula berkata-kata dengan apa yang aku cuba lakukan?
  • Adakah kamu membuat perkara yang betul?
  • Cukup bagus ke kamu untuk bersaing dengan blogger lain?

Dan di sinilah kemuncak kepada apa yang kamu usahakan semalam ini. Sebagai rekod, kamu mula goyah kerana kamu rasa kamu lemah sehinggakankan kamu mula berkata di dalam hati sendiri:

“Kalau semua orang hendak berblogging, baik aku tinggalkan dunia blog ini dan ceburi dunia perniagaan internet yang lain!”

Hey!
Sebenarnya kamu tidak perlu mengalah pada keadaan. Kamu seharusnya meneruskan apa yang kamu telah lakukan. Kamu harus mengisi setiap kekosongan yang ada dan kamu perlu hargai pembaca/pengunjung yang telah kamu ada selama ini.

Tidak semestinya orang lain melakukan perkara yang sama, maka kamu pula yang harus melakukan perkara yang lain. Ingat satu perkara, terdapat BERBILLION blog dan blogger di dunia ini dan kebanyakan dari mereka melakukan perkara yang sama!

PERSAINGAN tetap ada di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kamu mesti terus mencuba dan terus mencuba. Jika kamu tidak mahu, baiklah kamu buat perkara lain. Atau pilihan terakhir, baik berhenti sahaja setelah kamu melakukan sedaya yang terbaik selama ini. Ada berani?

Cuma kalau ada orang datang dan menyuruh kamu berhenti di sebabkan oleh “orang lain”, maka itu adalah satu petanda yang kurang baik sebab ada kemungkinan mereka itu semua hendak “singkirkan” kamu!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 111 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. safwanhussin said:

    Hanya kerana ramai yang memilih untuk berjaya, takkanlah kita memilih untuk menjadi looser pulak..

    rohaizad Reply:

    Ahahaha… betul.. betul. Tapi masih ramai yang cepat mengalah :D

    Mohd Razil Mohd Zaini aka AbangMali Reply:

    Salam Bro Izad ,

    Sedikit pertanyaan dari saya mungkin soalan ini off topik tapi ada la kena mengena kot dengan kaedah buat duit dengan blog …!

    Saya dengar Google Adsense telah ditutup utk rakyat Malaysia betul ker… huhu?

    Minta sedikit jawapan atau ada tak info2 pasal perkara ini yg bro Izad boleh kongsikan?

    Harap membantu …!!!

    Thanks bro Izad.

    rohaizad Reply:

    Ermmm… takde pula dengar berita itu lately. Mana dapat source ini ya?

    Kalau di tutup pun, memang terpaksalah terima sebab rakyat Malaysia ni suka cari duit melalui Adsense dengan cara blackhat.

    Mohd Razil Mohd Zaini aka AbangMali Reply:

    Salam Bro Izad ,

    Sumber ini masih 50-50 lagi , sumber saya perolehi dr seorg blogger yg giat beradsense juga … saya ada juga masuk forum terkemuka cyberwang dan dapati maklumat ini belom ada lagi di sana …!

    Saya dapat tahu ia GA akan menutup keahlian utk Malaysia … saya harap si pemberi maklumat ini silap , jika betul mmg sukar nak digambarkan bagi pengiat2 GA di Malaysia… Maaf saya bukan nak buat gempak di blog bro Izad yg Mulia ini … saya cuma nakkan maklumat yg boleh membantu saja dan saya harap adalah otai2 di sini yg sudi memberikan maklumat …!

    Tahun 2010 akan memberikan impak yg besar bagi pengiat2 Affiliate Antarabangsa kerana ada beberapa syarat akan dikenakan oleh FTC Amerika .. gitulah yg saya dapat dr newsletter Ammar Zahar! Ini sekadar perkongsian saja bro Izad , saya rasa bro Izad lebih pakar dalam hal ini.

    Salam sukses , Razil.

    wanmus Reply:

    bahaya betul, bila ada je blackhat orang kita buat besar-besaran, pasti program tu akan block penyertaan dari orang kita..adusss…

    cyza Reply:

    Aiseyman…kalau adsense tutup, payah lah….
    itu sumber konsisten aku tiap bulan…

    harapnya tak betul…

    rohaizad Reply:

    Rasanya hanya untuk new applicant je kot. Yang existed, tidak terlibat.

    Mohd Razil Mohd Zaini aka AbangMali Reply:

    Salam Cyza ,

    Saya harap pon begitu … Maaf la saya postkan pasal perkara ini di sini. Saya harap tajuk post komen saya ini bukan utk menganggu komuniti bro Izad.

    @Wanmus – Betul tue bro … ada jugak (segelintir pihak) yg sanggup daftar dengan beberapa kaedah utk dapatkan akaun GA mereka aktif terus dalam masa 3 hari saja … ish ish ish …!

    Ok lah , thanks kerana reply dan saya rasa elok saya biarkan dulu perkara ini … dan saya harap kpd Otai GA sudi utk buat satu thread pasal perkara ini di CW utk dibuat rujukan terkini utk newbies2 mcm saya.

    rohaizad Reply:

    Tapi takde adsense pun takper, sebab ada satu program yang lebih hebat dari adense … hihihi

    Mohd Razil Mohd Zaini aka AbangMali Reply:

    Huhu … nampaknya saya kena ikut la kursus smart blogging dengan bro Izad yer …huhu!

    Tahun depan ada lagi tak bro Izad kursus tue … sedih dengar kalau dah tak dianjurkan lagi … nangis saya …!

    Tahun nie ingat nak pi tapi masa tak mengizinkan…!

    Insya’Allah , harap2 tahun depan ada la lagi peluang utk kami ikut kursus MANTOP bro Izad tue .., permintaan saya jika ada masa bro yg tak terlalu sibuk dengan planning utk tahun depan … anjurkanlah kursus tue yer …TQ!

    Salam sukses , Razil.

    rohaizad Reply:

    Opsss.. yang di katakan program lain dari adsense itu bukan mengenai seminar bloggingmtapi satu lagi program PPC yang sama seperti adsense, cuma program itu bukan bersifat contextual.

    p/: sedang dalam proses penyiapan ebook untuk program tersebut (berbentuk laporan).

    Mohd Razil Mohd Zaini aka AbangMali Reply:

    Owh , gitu ! Excellent bro Izad , kalau sudi bro Izad boleh jadikan saya sumber testimoni …huhu! Saya pon baru nak belaja2 buat online bisnes nie ..!

    Sekarang ini utk makluman bro Izad saya terlibat di dalam forum komuniti gdi-team.ning.com Sifu Zamri Nanyan dan saya merupakan salah seorang moderator di laman tersebut.

    Masih banyak yg perlu saya pelajari dan timba ilmu dr blogger2 seperti bro Izad nie … Harapan saya dapatlah saya mendampingi sisi bro Izad yg mulia utk saya mengambil berkat.

    Saya dengar saudara Aqif pun akan turut serta di dalam seminar bro Izad bulan Disember 2009. Saya turut kagum juga dengan si Aqif nie .. ada AURA tersendiri … Jika bro Izad sudi jadikanlah saya sebagai salah seorang testimoni utk projek2 bro Izad tue nanti yer (muka tak tau malu la saya nie ..huhu).Saya nie mmg suka berkongsi peluang keemasan …Buku problogger dr Darren Rowse nie pon saya baru dapatkan tapi saya beli dr web dia … Jika saya tahu bro Izad pon ada jual(reseller)saya pasti beli dr bro Izad …huhu!

    Ok , bro Izad , bro mmg problogger Malaysia yg paling MANTOP pernah saya jumpa. TQ kerana sentiasa reply setiap komen2 peminat.

    Salam sukses , Razil.

  2. kalau korang semua nak tahu…rohaizad ni sebenarnya anak didik aku…hahaaha

    aku cuba aplikasikan apa yg ko tulis….jgn marah aaaa

    rohaizad Reply:

    Ahahahah… nampaknya berjaya tuh.

    wanmus Reply:

    ehh mana, rohaizad tuntut ilmu ngan aku dulu..hahahaha…

    mazuki selangor2u Reply:

    bukan ke ko dua orang yg menuntut ngn aku???

    wanmus Reply:

    haha..dahlah zuki..tak baik tak hormati cikgu..hahaha

    rohaizad Reply:

    Kena panah petir jugak budak ni kang… ahahahah

    aman Reply:

    bukan korang tiga belajar ngan aku ker? huhu~

  3. reezluv said:

    satu post untuk memberi semangat..hehe.bagus2..

    rohaizad Reply:

    Thanks Reez.. just berkongsi dari pengalaman :D

  4. hasbul aqill said:

    persaingan ttp ada
    tp belum cuba belum tahu
    asal ada rezeki dan usaha
    percyalah pada tuhan..
    insyaallah murah rezeki
    :D

    rohaizad Reply:

    “Sudah cuba baru tahu… “

    hasbul aqill Reply:

    yeah
    cuba+usaha+tawakal
    :)

  5. bluedianthus said:

    Persaingan adalah suatu yang sihat dari sudut positifnya…iaitu menimbulkan daya saing untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Dari sudut negatif ianya boleh menimbulkan perasaan hasad dengki dan perasaan ingin menjatuhkan orang yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang di mana si pencemburu itu tidak mampu untuk mengatasinya. Pada saat perasaan yang negatif ini wujud, si pencemburu itu telah pun ketinggalan satu langkah ke belakang…

    p/s: Sori, yat skema..huhu…

    rohaizad Reply:

    Skema pun tidak mengapa… kerana ianya lebih baik dari menggunakan short form yang entah apa-apa (seperti yang di gunakan untuk berSMS).

    bluedianthus Reply:

    yup…penat otak nak fikir short form a.k.a abbreviation tu untuk perkataan apa..

    rohaizad Reply:

    Short form SMS = salah satu perkara yang paling benci untuk di baca. SERIOUS!

  6. pedagangIT said:

    menarik artikel ini… saya dan kamu … lebih dekat dengan pembaca..

    fuh sampai habis saya baca bro…mmm teknik baru nie

    rohaizad Reply:

    Teknik baru?
    Takdelah.. dah lama dah blog ini menggunakan kata nama “aku dan kamu”.

    p/s: cuba cek balik.. :D

    bluedianthus Reply:

    perkataan “aku” di negeri sabah sering digunakan untuk orang-orang atau teman rapat sahaja. Saya guna “aku dan korang” dalam blog saya…terasa lebih dekat dengan pembaca…macam monolog yang dizahirkan melalui tulisan.

  7. Aqif said:

    Apa yang kita lakukan hari ini, pasti ramai yang telah melakukannya. Cuma yang membezakannya adalah sejauh mana kita mampu bertahan dan mencapai matlamat yang diinginkan.

    Jika ingin menyerah, silakan. Tiada apa yang boleh menahan kamu. Hanya kamu sahaja yang boleh bertindak untuk kebaikan diri sendiri.

    Jika rasa goyah, maka fikirkan saat kali pertama kamu mula bertindak melakukan perkara tersebut. Apakah perasaan yang dapat diungkapkan?

    Jika mahu berhenti berblog, maka fikirkan kembali apakah tujuan kamu ketika melangkah ke dunia blogging? Adakah untuk mendidik anak bangsa berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan kamu?

    Semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua perkara. Persaingan tetap ada dimana-dimana. All you need to do is know how to play the game.

    To your success.
    - Aqif

    rohaizad Reply:

    Sedihnya ramai yang selalu buat “main” dengan mengatakan “ini adalah entri terakhir saya”…. kononnya dengan tujuan mendapat simpati dan publisiti.

    p/s: sebenarnya itu adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan malu pada diri sendiri.

    nuaeman Reply:

    betul betul betul…!

  8. Fazreen said:

    Mengalah pada keadaan 1 perkara yg bangang. Setiap hari bilangan pengguna internet bertambah. Kalau seseorang tu mengalah hanya kerana merasakan dia xdpt menjana income dr blogging disebabkn ramai yg ada blog, dia sebenarnye berfikiran cetek + malas. Kalau seseorang itu dapat menguasai 1% dr statistik pengguna internet pn dh cukup utk dia berbelanja sesuka hati.

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya itulah yang terjadi pada ramai blogger. Ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah seperti di atas.

  9. joegrimjow said:

    top notch
    kekadang benda pentg camni xtepk
    tu pasal ku lebey suke jelajah blog dari pk karangan entry
    sbb nak dapatkan idea
    nantila bile da dapat idea
    baru start menulis

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya lebih bagus kalau kita menulis dahulu, then lepas tu barulah kita menjelajah. :D

    joegrimjow Reply:

    DEPend pada org la kot
    ku suka jelajah dulu
    huhu

  10. Kujie said:

    Tahun depan kak jie nak bersaing dgn Rohaizad.com utk mengejar alexa ranking di bawah 100 ribu, sekarang 282 ribu +.

    Boleh ke?

    Kenapa tidak, dulu ranking juta-juta
    Kemudian sembilan ratus ( detik yang pasti dikenang oleh blogger bila angka mencecah bawah sejuta )

    Pada tahap 500, kenapalah lambat sangat nak turun-turun, rupanya bila berada dalam radius 500, saingan semakin kuat, kebanyakkan blog punya identiti, personaliti dan kestabilan yang kukuh. Bukan senang nak mengugat kedudukan orang lain.

    Saingan untuk berada dalam ranking 100 ribu pastinya bukan mudah – tetapi itulah indahnya hidup – semangat!

    go makcik jie go…! :)

    rohaizad Reply:

    Tahun depan tu cuma tinggal 23 hari je lebih kurang. Apa-apa pun, saya kena berlari lebih laju lagi dari Kak Jie. Mari kita berlati bersama-sama…

    p/s: jangan lari dari rumah yeaa… nanti menangis en abang tu pula… ahaksss :D

    Kujie Reply:

    mcm lagu saripah aini dgn broery la pula

    ‘berlari berkejaran….

    rohaizad Reply:

    Citer pasal berlari ni, ada satu lagulah untuk Kak Jie…

    ~~~ Kudaku lari gagah berani… ~~~~

    Hahahahah… alahai Kak Jie ku…

  11. Nie semua yang buat jiwa aku kacau ni….huhuhu. Think positif…

    rohaizad Reply:

    Jiwa kacau…?
    Ahahahah… rileks, semua orang akan mengalaminya :D

  12. faisalhanim said:

    persaingan perkara biasa dlm hidup…lumrah alam.

    cuma nak berjaya kene kerja keras lebih dari pesaing kita, bukan sama atau spt pesaing kita…

    Satu perkara lg, kita kene la bak kata org “think differently”…kalu dah ramai sgt org buat benda yg sama, kita cuba la twist skit.

    Contohnya buat duit berblogging dgn iklan…kat Malaysia nie iklan di internet cuma 1 percent dari jumlah perbelanjaan iklan negara…nak kongsi dgn berapa ribu blog?? berapa yg korang dpt? So kene la pikir2 kan cara lain tuk dpt income dr blog tue.

    Jadi, aku stuju dgn bro jgn cepat mengalah…cuma kene sedar cepat kalu apa yg kita buat tue mmg tak menjadi. jgnlah bertahun2 disimpan…kalu tau tak jadi segera la muhasabah balik tgk blog kita tue mana yg tak kene.

    wallahualam.

    rohaizad Reply:

    Tapi ramai yang banyak mengalah sebenarnya. Sebab itu kita lihat isi kandungan mereka semuanya “sudah lari”.

    p/s: kalau isi kandungan dah “lari”, itu petanda awal sebenarnya…huhuhuhu.

  13. Sain said:

    Persaingan yang sihat akan menjadikan kita ke arah blogger yang sentiasa nak meningkatkan kualiti..

    rohaizad Reply:

    Yup, betul tu Sain. Tapi perlu di beri perhatian juga pada tujuan sebenar kita berblogging :D

  14. mijie said:

    menulis blog bagi aku adalah minat, tanpa minat dan dorongan untuk duit semata2 pasti suatu hari pasti akan mengalah….

    tetapi kalau kita menulis untuk berkongsi bersama pembaca, pasti anda akan dapat ganjarannya suatu hari nanti

    rohaizad Reply:

    Ianya cukup berkait rapat dengan tujuan kita berblogging. Antara blogging untuk “kesedapan” atau “kewangan”, kedua-dua itu mempunyai tujuan yang berbeza tapi masih lagi di dunia yang sama.

    mijie Reply:

    betul tu, masih lagi di dunia yg sama…..tapi perjalanan yang berlainan

    rohaizad Reply:

    Yup betul. :)

    faisalhanim Reply:

    Tak salah kalau kita set kat minda tuk blogging kerana duit. Blogging itu bisnes.

    ramai org kita takut nak mengaku mereka blogging sbb duit krn ‘johnchow’ kata dia blogging bukan sbb duit. mmg la sbbnya dia start dulu sblum dunia blogging nie kecoh satu dunia.

    Tapi bg kita yg baru nak melangkah ke dunia blogging nie, boleh ke guna pemikiran yg sama mcm ‘johnchow’?

    Bagi sy, tak mungkin! Kalu serius nk buat duit dgn blog, kene la layan blog kita tue mcm buat bisnes…real bisnes.

    Kita boleh bicara apa sja dlm blog, tp pastikan matlamat asal tue tetap ada & fokus.

    Org kita takut nak pikir pasal duit…kalu tny bisnesman2 yg berjaya tue, pernah ker diorg tak pikir pasal duit tuk dptkan duit?? rasanya tak.

    Duit adalah motivasi!!
    bukan segalanya, tp pemangkin.

    wallauhualam

    :) sori..dah melalut lak.

    mijie Reply:

    maksud aku kat sini, kalau dah awal2 kita set untuk blog kerana duit, tapi setelah sebulan, dua bulan, setahun mencuba tp duit tidak juga kunjung tiba

    hasil pun tak dpt, maka selepas tu kita akan give up dan rasa macam aku buat blog ni tak boleh buat duit la…situ maksud aku

    kalau kerana minat, so bila minat pastu kita tahu dgn minat tu boleh menghasilkan duit…itu yg akan terus memotivasikan diri kita

    sekian pendapat dari hamba pacar yg hina

    rohaizad Reply:

    Absolutely right!

  15. Zulazis said:

    Tak pandai tulislah… tapi kena pandai belajar… than jadilah sebahagian dari masyarakat blogger

    rohaizad Reply:

    Menulislah dari akal, kemudian turun ke hati dan langsung ke papan keyboard. Mudah sahaja.

  16. Shaffik said:

    Di sinilah wujudnya satu perkataan “blogger tegar”, bagaimana seorang blogger tu boleh menghadapai pelbagai situasi di masa hadapan. Kadang-kadang bila bosan tu datang, inilah masa blogger2 berlawan dengan kesabaran dan dugaan. Jika diteruskan kebosanan itu, maka jadilah ayat di atas “Kalau semua orang hendak berblogging, baik aku tinggalkan dunia blog ini dan ceburi dunia perniagaan internet yang lain!”.

    Persaingan ada di mana-mana. Bukan di dunia blogging sahaja. Jangan takut untuk bersaing. Semua yang bersaing di dunia blogging juga manusia kan. Bukannya harimau. Tak perlu takut atau gentar. Blogging seperti biasa, mengapa perlu berhenti setelah blog yang di tuai sudahkan mendapat perhatian ramai. Jangan ingat apa yang di tulis hari ini, besok orang akan cari. Mungkin bulan depan atau tahun depan siapa yang tahu.

    Alamak terpanjang pulak…

    rohaizad Reply:

    Panjang takper, lagi bagus sebenarnya.. banyak isi kandungan yang bernas ada dalam komen ko tu.

  17. zool said:

    Kena yakin ngan diri sendiri ..
    kadang2 sampai satu tahap tepu atau bengang..
    Tapi kena teruskan.. Kalau asyik pk gagal je tak kemana..

    Eh kena ke komen aku ngan tajuk artikel ko izad?? ha hahahha

    rohaizad Reply:

    Kena.. memang bernas pun sebab aku percaya apa yang ko tulis itu berdasarkan pengalaman ko sendiri. Insya Allah.

  18. kenwooi said:

    hey this is interesting..
    but i think making money from blogs is not easy..
    it needs lots of effort.. and networking.. =)

    rohaizad Reply:

    It needs lots of TIME actually. But hey, no pain, no gain. Just keep our blogging job as usual.

  19. norfadli said:

    nasihat yang bernas…terima kasih satu pemberi semangat….nanged and smile nuffy

    rohaizad Reply:

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ni :D

  20. aleh49 said:

    best post yg ni sy suke..
    buat apa saja yg kita nak buat
    selagi tak salah…jgn pikirkan sgt gangguan luaran dan pesaingan..hanya pikir untuk maju dan terus maju..
    terus kehadapan..: )

    rohaizad Reply:

    “Terus ke hadapan”… best ayat tu.

  21. cyza said:

    Aku nampak kematangan yang ketara dalam entri ko kali ni ijad. Dah hampir masuk unsur falsafah dan phychology blogger.

    Disamping moral yang ada dalam post ini yang mana dapat menyedarkan sekaligus memotivasikan para blogger, aku rasa ada ruang untuk dibentuk falsafah dalam blogging… @ Blogging Philosophy.

    Sebab blogging memang nampak straight forward…beli domain, beli hosting, tahu dan apply strategi itu ini….pasang plugin etc , bina traffik, letak content bagus dan seterusnya…semua straight forward…Tapi the mental strength dan kekuatan hati perlu dalam jatuh bangun blogger dan IM….

    Wallahua’lam…

    mengarut ke aku ni….?!!!??^&^%

    rohaizad Reply:

    Aku pun rasa entri ni lebih kepada falsafah…. ahahaah.

    p/s: falsafah atau falsampah? huhuhu

  22. hafizmd said:

    thanks bro ijad..mmg artikel yg cukup menusuk kepala hotak aku..cukup mmberi motivasi utk trus bertahan dan berjuang..

    bro..aku mmg kekadang rase down..tp bile bace balik entri cmni..alhamdulillah..dpt aku rase..yg aku x keseorangan..ade insan2 yg baik hati mcm bro yg sudi berkongsi pengalaman..

    thnks bro..:D

    rohaizad Reply:

    Blogger ni “hati” dia sama. Sebab dia berblogging dari dalam hati barulah turun ke PC.

  23. Syed Akmal said:

    tq bro izad atas entri yang sangat menarik. bersemangat aku bro lepas baca entri ni. huhuh. mencurah curah je idea apa yang hendak dilakukan lepas ni. hehe.

    steady la bro izad!

    rohaizad Reply:

    Wahhh… bersemangat yea? Baguslah kalau macam tu. :D

  24. awe 9 said:

    wah! satu entry yang menarik dari sifu ijad.. bersemangat kembali semangat saya untuk berblogging. =)

    rohaizad Reply:

    TEruskan sahaja sebab blogging memang boleh mengisi masa lapang. Dari bergossip sahaja, baik memblogging kan? :)

  25. fadzlihani said:

    salam,

    Apabila ditanya kepada sasterawan negara A. Samad Said “Apakah rahsia untuk menjadi penulis yang hebat dan prolifik?”
    Beliau menjawab “Oh senang jer, baca, baca, baca, kemudian baru tulis.”
    Banyak pembacaan, banyaklah benda yang nak ditulis..

    ps ; Fadzli, tulis, tulis, tulis….

    rohaizad Reply:

    Haaa.. tulis, jangan tak tulis. Tapi kalau nak tulis, mestilah ada “rasa”, baru “lazat”.

  26. donnyien said:

    Panjangnya komen..larat ke abang kite ni membalas?..saya pon nak komen gak ni..hehe

    Saya pon suda jatuh cinta dengan dunia blogging ni..
    makan blog,tidur blog,mandi blog,kerja blog..dan sebagainya..:)

    semakin lama semakin syok pula ber-blog ni.dah ketagih agaknya..

    nasib baik tak ketagih rokok.

    all the best blogger semua..

    limpas dulu..

    rohaizad Reply:

    Lagi bagus kalau kita ada banyak blog yang boleh kita tulis. Kalau boring tulis pasal itu, kita tulis pasal ini… dan seterusnya :D

    p/s: Donny, “limpas” tu apa yea?

    donnyien Reply:

    tq sbb balas bro,owh..orang sabah selalu guna ‘limpas’ instead of ‘lalu dulu’..hehe..

  27. naim said:

    aku pun dah mula minat blogging..

    rohaizad Reply:

    Blogging, jangan tak blogging. Tak kena bayar pun :D

  28. norazuan said:

    Salam

    Bro amat memahami erti seorang blogger,
    Teruskan penulisan bro merungkai kekusutan blogger
    Penulisan bro memang ikhlas dan tepat!

    Thanks

    rohaizad Reply:

    Sama-sama :) Banyak lagi nih… nantikan yang lain yea

  29. Sifu_Din said:

    Salam bro Rohaizad. Memang post ni bagi motivate pada saya. Apa yang bro kata tuh kena betul dengan saya.saya giveup gak tapi selepas baca post bro yg penuh motivate ni rasa bersemangat balik. Bro ni betul-betul sifu la….Syukran

    rohaizad Reply:

    Jangan berhenti sebab kalau kita berhenti, orang lain tetap akan teruskan perjalanan mereka. So fokus seperti biasa :)

  30. fadzlihani said:

    Tahniah! Tuan memang problogger, habis semua komen dijawab!

    rohaizad Reply:

    Klau sempat, selalunya akan di jawab. Tapi dalam certain case, mungkin sekadar meletakkan smiley sahaja.

    Di harapkan itulah respon yang boleh di terima untuk mereka yang menghantar komen.

    Buat masa sekarang, “musuh ketat” untuk membalas komen ini bukanlah masa, tapi CELCOM BERUKBAND yang semakin memeberikan tekanan jantung, buah pinggang dan juga pankreas.

    p/s: alahai Celcom…. “laju betul” connectionnya!

    donnyien Reply:

    streamyx lagi bagus bro..

  31. fadzlihani said:

    Potong jangan tak potong

    rohaizad Reply:

    Dah lama potong dah sebenarnya :D

  32. nanahana said:

    sangat menarik! memberi inspirasi utk saya 2010 nih ehhehehe… caiyokk!

    rohaizad Reply:

    Ye ke?
    Ohh.. terima kasih :D

    nanahana Reply:

    betol3…..hehe…sama2… ;)

  33. Fatin Pauzi said:

    Bagi saya, dalam banyak2 perkara yang telah banyak dilakukan oleh orang lain, blogging adalah perkara yang takkan luak even ramai orang dah buat. :D

    rohaizad Reply:

    Yup, tapi ramai jugak yang berhenti separuh jalan. That is true.

    Fatin Pauzi Reply:

    Bukan blogger tegar macam Ijad la tu…
    Kadang2, kalau dia berhenti separuh jalan,
    then akui kesalahan diri sendiri, takpe.

    Tapi, kadang2, ada berhenti separuh jalan,
    then salahkan blogging yang tak menjadi pun
    untuk dia jana pendapatan. :(

  34. Pokjat said:

    Bes jugak entri ko bila bace ni jad.Bak omputih ckp, well said..

    rohaizad Reply:

    Hanya bercakap hari pengalaman sahaja. Yang lain masih di peringkat belajar lagi.

  35. samdaddycool said:

    Aku still terkedek-kedek berblog (sambil buat GA dsb).. penat juga nak maintain 3-4 perkara online.. tapi Ijad tetap sifu aku untuk peringkat jurus ke 8

    rohaizad Reply:

    Macam Pedang Setiawan plak… ada jurus ke 8 ye?

  36. mesticun said:

    Blog kita mesti membawa kelainan.lepas ada pembaca yang ikut blog kita.kita turut sama blog orang lain.tanpa segan silu.pesaing tetap ada didalam dunia ni.

    rohaizad Reply:

    Itulah dunia blogging yang sebenar :)

  37. Zaireey said:

    Saya telah berjaya menjana pendapatan melalui blog

    rohaizad Reply:

    Syabas :)

  38. Zaireey said:

    Saya juga telah dpt ramai downline melalui blog utk ****

    rohaizad Reply:

    Maaf, komen anda telah di edit kerana ini bukanlah tempat yang sesuai untuk anda mencari downline. Sila baca etika blog commenting sebelum memberikan komen.

    Terima kasih.

  39. Zaireey said:

    ok sori,krn terlalu seronok tak sedar tadi

  40. [...] dalam dunia yang dia handal, kita dah terus surrender. Jangan hanya kerana ramai yang melakukannya, tidak bermakna kita harus menyerah pada keadaan. Even cerita tukang kasut pun boleh menarik perhatian pembaca kalau kena pada gaya dan perisan yang [...]