Dalam kamu berblogging untuk personal blog (peribadi) sebenarnya kamu juga perlu tahu akan satu lagi dunia yang wujud dalam blogging iaitu “niche blog”.

Apakah itu niche blog?

- Niche blog ini bukanlah satu blog yang pelik. Niche adalah blog biasa, sama seperti blog yang kamu ada sekarang. Apa yang berbeza ialah persembahan blog itu serta isi kandungannya sahaja (pengkhususan).

  • Katakanlah sekarang kamu mempunyai blog Melayu yang lebih bersifat kepada business online, maka itulah niche kamu.
  • Katakanlah kamu mempunyai blog Melayu mengenai internet, tech web dan web 2.0 (seperti blog Aman), maka itulah niche yang kamu miliki.

Sebenarnya niche blog ini kadang kala bunyinya terlalu stereotype dan agak CLICHE. Malah tidak keterlaluan jika ada di antara kamu yang sudah bosan, muak dan menyampah dengan perkataan “niche blog” itu.

Tetapi dalam beribu tanggapan orang terhadap niche blog, aku masih lagi seronok dengan niche blog network yang aku ada sekarang ini. Untuk mengatakan niche blog itu membosankan, tidak sekali tetapi kalau “letih” dengannya, itu mungkin (mana ada orang yang tidak letih dalam mencari rezeki`kan? kerja menjual sate pun letih).

Mengapa?

Sebab niche blog`lah yang telah membuka mata aku mengenai dunia blogging dan potensinya di peringkat antarabangsa. Niche blog`lah yang memberikan aku pendapatan sehinggalah ke hari ini. Mempunyai masalah English yang sungguh teruk bukanlah satu masalah lagi kerana teknik “Smart Blogging” amat membantu. Alhamdulillah.

“Untuk memiliki sebuah komputer, kita tidak perlu tahu semua mengenai komputer (software dan hardware), tepai memadailah untuk kita tahu cara-cara untuk mengelakkan komputer itu dari rosak”.

“Tidak perlulah kita menjadi seorang mekanik sebelum memiliki kereta, memadailah dengan hanya menjaga waktu servisnya. Paling tidak pun, simpanlah nombor telefon mekanik supaya boleh di hubungi sekiranya berlaku kecemasan,”

Itulah konsep Smart Blogging yang aku aplikasikan selama ini.

Bagi kamu yang masih lagi blur mengenai potensi niche blog untuk pasaran antarabangsa, tiada cara lain melainkan membaca dan terus berblogging. Dunia blogging semakin pantas dan drastik sekali perkembangannya.

Sama ada kamu mengikuti terus perkembangan itu atau kamu hanya melihat, itu tidak membawa apa-apa solution kerana dunia blogging masih tetap akan meninggalkan kamu. Jadi mulalah dari sekarang kerana lagi lewat kamu untuk bermula, maka lagi banyaklah peluang yang terpaksa kamu LEPASKAN.

paypal-8hb-dec

Kadang-kadang pernah juga aku berkata dalam hati:
“Kalau`lah aku tidak memberi peluang pada diri sendiri untuk melihat akan potensi blogging dalam menjana pendapatan 5-6 tahun yang lepas, pastinya aku tidak akan cuba untuk mengambil tahu sampai bila-bila”

Tapi sekarang ini aku sudah boleh berkata di hadapan sesiapa sahaja yang aku sudahpun berada di dalam “potensi blogging” itu sendiri. Sehinggalah beberapa hari lepas semasa aku update info untuk program Text Link Ads, aku baru perasan sudah hampir RM30,000.00 yang telah di jana dari program itu sahaja.

tla accummulative

Itu belum di campur dengan program-program lain yang boleh di ceburi sebagai side income:

  1. SponsoredReviews
  2. PayPerPost
  3. Smorty
  4. ReviewMe
  5. BloggerWave
  6. Blogitive
  7. BuyBlogReviews
  8. BloggingAds
  9. BlogToProfit
  10. SocialSpark
  11. LinkyLoveArmy
  12. LoudLaunch
  13. Blogvertise
  14. PayMeToBlogAboutYou
  15. BuyABlogger
  16. PayU2Blog
  17. WiseBread
  18. LinkPost
  19. PaidPost
  20. Helium
  21. WeblogsInc
  22. Ciao!
  23. DayTipper
  24. SnapBomb
  25. 451Press
  26. B5Media
  27. AssociatedContent
  28. CreamAid
  29. SharedReviews
  30. Contextual Links
  31. BlogPayz
  32. Gather
  33. Bloggertizer
  34. CreativeWeblogging
  35. DeWittsMedia
  36. Squidoo
  37. DigitalJournal
  38. InblogAds
  39. CashTalk
  40. MyLot
  41. * Sesetengah program di atas ini ada yang sudah tidak aktif dan memerlukan syarat tertentu. Sila baca F.A.Q di laman web mereka terlebih dahulu.

Dan itu belum di campur lagi dengan direct advertising dari “otai-otai besar” pengiklanan blog di dunia internet ini:

Antara contoh pengiklanan yang seorang blogger boleh mendapat hasil darinya ialah dengan meletakkan widget ini seperti yang aku letakkan di blog automobile aku sendiri. Tapi janganlah kamu letakkan widget itu sesuka hati kerana kamu hanya akan di bayar setelah mereka “mengenali” kamu:

widget ads copy

Jika ada yang kurang pasti mengenai siapa “otai-otai” pengiklanan blog di dunia ini, Insya Allah satu hari nanti aku akan reveal. Untuk peserta seminar, sila rujuk thread di forum ya.

Tetapi untuk bakal peserta Seminar Smart Blogging di UTM Skudai yang akan datang nanti, kamu semua akan di perjelas mengenai siapakah “mereka-mereka” ini.

Kita jumpa di sana ya!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 105 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Aqif said:

    Terima kasih bro Ijad kerana membuka mata untuk saya mendalami apakah yang dimaksudkan niche blogging.

    Dengan imej plan niche blogging yang ditunjukkan dalam post ini. Ia sedikit sebanyak dapat membuka mata bahawa tiada yang mustahil untuk menjana pendapatan yang lumayan melalui blog, asalkan “kena pada caranya”.

    Looking forward to meet all of you guys at Seminar Blogging.

    PERHATIAN: Sila kosongkan perut anda sewaktu seminar kerana ayam penyet bakal memenuhi perut anda disebelah tengahari nanti. Hahaha. :)

    rohaizad Reply:

    Nantikan email yang selanjutnya mengenai jadual seminar :)

  2. fadzlihani said:

    Posting yang penuh berinformasi. Tetapi seperti yang selalu dikatakan oleh mentor saya ; FOKUS, FOKUS, FOKUS. Menjana pendapatan dari blog bukanlah FOKUS saya (buat masa sekarang, LOL).
    Terima kasih di atas pendedahan ini! Keep up the good work!

    rohaizad Reply:

    Terima kasih sebab sudi meneruskan kunjungan ke blog ini :D

  3. miziology said:

    mula-mula mmg muak tp bila dh dpt tune..
    mmg seronok hehe

    rohaizad Reply:

    Haaaa… tuh dia En Mizi kita dah masuk.

    p/s: Pssst Mizi, bulan lepas berapa dapat? FYI, Sain member kita di Seminar Melaka bukan main lagi, USD600.00 dari niche blog dia sahaja. Betul-betul hardcore!

    miziology Reply:

    bulan lepas dpt dlm $487..bulan ni myb xdpt nk tekan minyak sbb baru dpt baby so slow2 skit hehe

    rohaizad Reply:

    Alhamdulillah… USD487.00 = RM1600.00!

    Siapa nak kasi, betul tak?
    Apa pun, jangan sampai terlupa anak, sudah… ahahahah

    p/s: Bapak kerja keras untuk anak. Tapi rezeki anak tetap ada. Rezeki anak itu rezeki bapak juga :D

    miziology Reply:

    hehe mna leh lupa anak sbb wat “smart blogging” pun depan anak n bini hehe

    rohaizad Reply:

    Wahhh… sweet giler ayat tu!

    Dulu kita bagai nak rak buat kerja part time. Terpaksa keluar rumah tinggal anak bini begitu je semata-mata hendak mencari nafkah.

    Tapi sekarang, anak di sebelah… bini lipat baju sambil tengok TV.. kita dengan laptop di riba membuat duit.

    Alhamdulillah… kehidupan semakin bertambah baik :D

    miziology Reply:

    betul tu ijad..hehe tp pe pun terima kasih juga kpd bro sbb tunjuk jln yg betul dlm mndapatkan side income hehe..

    seminar smart blogging mmg bagus dan sy mmg rekomen kn kpd anda hehe

    rohaizad Reply:

    Syukur… tapi yang pasti, perjuangan belum lagi selesai… (dan takkan pernah selesai) :D

  4. mijie said:

    wah rohaizad ko memang hebat,

    untuk mempunyai niche blog dan buat secara berterusan memerlukan kesungguh, MASA dan FOKUS

    rohaizad Reply:

    Mana ada hebat. Tu haaa.. John Chow, sebulan RM70,000.00 dari blog advertising je, baru hebat!

    mijie Reply:

    hebat la tu…hehehehe

    apa2 pun screen shoot tu memotivasikan saya untuk kearah itu juga

    projek tahun depan

    rohaizad Reply:

    Insya Allah… kita jumpa nanti “ke arah” itu. :)

    mijie Reply:

    ok..terima kasih ijad..

    rohaizad Reply:

    :) :D

  5. Wizurai said:

    mari.. mari.. mari…
    pergi seminar!

    rohaizad Reply:

    Chewahh… otai smart bloggers dah muncul.

    p/s: Amacam bisnes? Ada bagus? Aku nak gi KL ni jumpa korang untuk Revision Session, boleh tolong organizekan? huhuhuhu

    Wizurai Reply:

    bila mau buat & dimana?
    mana tau boleh tolong apa yg patut…
    boleh aku jumpa PakarHowTo kita tu…

    rohaizad Reply:

    Zack, lepas 20hb Dec ini aku FREE. So ko bolehlah arrangekan. Then boleh aku kow team dengan budak-budak lain.

  6. Wizurai said:

    aku 15 – 27 Dis ni kat Langkawi…
    nak buat time tu ke?
    melepas la aku!!!

    rohaizad Reply:

    Weyyy.. aku cakap LEPAS 20hb, bukan PADA 20hb. Cehhhh….

  7. Wizurai said:

    hahaha…
    ko tak on YM ke?

    rohaizad Reply:

    YM aku collapsed.

    Wizurai Reply:

    apa2 info kat aku jela…
    mana yg boleh aku bantu, aku tolong…

    rohaizad Reply:

    Orait cun. Thanks :)

  8. bluedianthus said:

    Bukan saja fokus yang diperlukan, satu lagi yang TIDAK boleh lupa, niat dan kesabaran dan semangat untuk belajar. Sabar, sabar, doa, sabar, belajar..huhu..Bila nak buat Seminar Smart Blogging kat Sabah ni??? Buat kat UMS ke…hehe..

    Wizurai Reply:

    ala, org Sabah boleh turun semenanjung jugak bah…

    bluedianthus Reply:

    Boleh, it’s all about time constraint…huhu

    rohaizad Reply:

    Take ur time :D

    rohaizad Reply:

    My dear,

    Sepanjang tahun 2009 ini, baru ada 3 request dari Sabah.

    But it’s okay, manalah tahu satu hari nanti kita akan berseminar bersama-sama. I will.

    bluedianthus Reply:

    Baru 3 requests? Frankly speaking, nampaknya blogging activities belum berkembang kat sabah ni. Ataupun tak nampak potensi blogging. I see then. Okies, looking forward into it..;)

    rohaizad Reply:

    Yup, dan nampaknya kamu antara blogger hebat di sana :)

    bluedianthus Reply:

    Saya masih tahap belajar “merangkak” dan baru aktif berblogging few months ago. Sekadar suka-suka. At first tak tau tentang monetization blog. The more I read, the more question marks appeared..hehe.. Anyway, dah lama juga saya jadi silent reader blog ni. Kelebihan blog ini, GENUINE contents…and this made you outstanding from the crowds..

    rohaizad Reply:

    Finally, “that” silent reader has shown herself :D
    Thanks.

  9. nanahana said:

    salam,

    trime kasih!! :D thx 4 sharing! ;)

    rohaizad Reply:

    Kasih diterima, Nana :D

  10. Thanks bro ijad kerana berkongsi ilmu blogging anda di dalam artikel ini…

    rohaizad Reply:

    Sama-sama, memang niat hendak berkongsi dengan pembaca setia blog ini. :D

    aktechpage.com Reply:

    Saya mmg pembaca setia blog bro ijad, cuma jarang komen je…tp insya allah akan cuba try komen jika ada idea2 yg bernas…hehehehe

    rohaizad Reply:

    Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia (rohaizad dot com sangat menghargainya!)

  11. Salam bro Izad ,

    Alhamdulillah baru terang sikit mata kepala saya apa itu niche blog yg dimaksudkan sebenarnya … barulah saya sedar dr lena rupanya AMAT luas lagi dunia niche blog nie dr buat blog peribadi(blog ala buku diari).

    Kena sangat tajuk nie utk newbies2 macam saya nie yg baru nak tumbuh membesar dengan dunia smart blogging.

    Thanks bro Izad. Salam sukses , Razil.

    rohaizad Reply:

    Sebenarnya lagi luas dari apa yang di paparkan di sini. Tapi takper, buat ke pelan-pelan .. janji konsisten.

  12. aiman said:

    tq bro atas perkongsian di atas.. dari aku duk pk mcm mana nk buat niche blog yg bro tulis tp tak dapat2 sampai sekarang….myb mcm abgmali ckp.. kurang fokus kot.. selamat maju jaya bro :)

    rohaizad Reply:

    Pelan-pelan kayuh.. mesti boleh.

  13. cyza said:

    wah….memang hebat la ijad nie…

    bagus lah …

    post pun ada banyak pendedahan tentang platform dapat duit tru blogging…

    Bagus…

    rohaizad Reply:

    Takdelah sehebat mana. Sama dengan blogger lain juga, cuma maybe program je yang berbeza.

    cyza Reply:

    rendah diri nampak…tapi baguslah tu…

    aku tgh pikir camna aku nak buat sebab dah la aku tak sempat join seminar ko yang akan datang…pastu ko dah tak nak buat seminar lagi… so, aku tgh pikir camna nak rasuah ko supaya aku boleh menimba ilmu dari ko…

    rohaizad Reply:

    Takper, banyak lagi program make money from blogging yang boleh di join :D

  14. reezluv said:

    aku gak masih belum dapat payment..hahah..tapi takpe..yang penting 3 niche blog aku sudah run..tunggu masa jek..hehehe..sabar..

    rohaizad Reply:

    MAsanya akan tiba … cool and steady.

  15. hasbulaqill said:

    bro jad
    x tw plak ade seminar dua hari lagi
    xsempat la den
    :D
    ades
    2 kali melepas sudah

    rohaizad Reply:

    2 hari lagi?
    Siapa cakap lagi 2 hari lagi ?
    Bukan 19hb ke?

    reezluv Reply:

    sape tak pegi memang rugi la kan?haha..makin bertambah la family smartblogging..hehe..

    kat ne ye Ijad next seminar?

    rohaizad Reply:

    Seminar terakhir ini akan di buat di UTM Skudai juga.

    Sebab utama: Nasi Ayam Penyek.

    reezluv Reply:

    aiyak..terasa plak aku nak makan..haha

    hasbulaqill Reply:

    err
    silap tgok
    :D
    err…
    kene tmbh dalam kalendar nih
    :D
    azam baru dengan blogging

  16. aleh49 said:

    masih melihat..dan belajar..
    tentang niche blog ni…
    ingat tahun depan nk join bengkel bro ijad ni..

    setiap kali bc blog ni semangatku semakin tinggi..:D

    rohaizad Reply:

    Tahun depan?
    Kalau ada , Insya Allah.

    aleh49 Reply:

    tahun depan la p..
    yg untuk 19 hb ni…tak cukup budget lg..
    heehee.

    rohaizad Reply:

    Insya Allah :D

  17. aman said:

    salam bro ijad, saya pun sedang berusaha mendalami niche tech dengan pelbagai kan blog-blog berkaitan niche tech termasuk gamers, linux, gajet dan sebagainya.

    mengemaskini setiap hari itu sudah menjadi seperti satu cabaran bagi yang mengendalikan blog network ini bersendirian. Hmm. Tapi, kita gembira dengan hasil yang kita perolehi suatu hari nanti.

    Berkaitan dengan Google PageRank, saya tak pasti samaada ramai sudah sedar atau tidak, ianya bukan hanya bergantung kepada inbound link, tetapi, sekiranya kita rajin mengemaskini, PageRank kita akan naik secara automatik. Adakah bro Ijad alami perkara sama atau sebaliknya?

    Anyway, great article. Thanks for sharing.

    P.S: ReviewME rox coz boleh review dalam BM. Yayy~

    rohaizad Reply:

    Pagerank ini sebenarnya bukan boleh di”layan” sangat sebab Google ni gila sebenarnya. Unpredictable sebab bila di belai backlink, tak naik PR. Tapi kalau di biar, tetiba pula PR`nya naik… huhuhhu.

    Tapi cakap pasal Reviewme, itu memang best!

  18. blalang said:

    En Rohaizad, saya newbie.

    Macam mana pula kalau niche blog ni guna auto blog? Ok x?

    rohaizad Reply:

    Cehhh… newbie ye?
    Bukan main lagi otai tu yea, berlakon jadi newbie plak… ahaahahah

    Tapi pasal auto blog ni, sebenarnya tak pernah buat. Selama ini semua blog yang di buat adalah original blog.

  19. safwanhussin said:

    Screenshot yang menambah keterujaanku..

    rohaizad Reply:

    Taklah teruja sangat sebab orang lain punya SS lagi banyak kot.

  20. hafizmd said:

    thanks bro ijad..entri yg boleh memberi sedikit hint ape yg bakal aku dalami 19hb nie..moge dipermudahkan Allah jue..ameen..

    kite jumpe 19hb nie..yeah..

    rohaizad Reply:

    Yup, kita berjumpa 19hb ini dan boleh bercerita panjang lebar lagi.

  21. Fazreen said:

    Thanks for sharing Ijad. xkisah sgt maklumat yg len yg penting ada list program2 pengiklanan tu. hehehe..

    Aku nk share sket. baru2 ni aku dpt direct ads. First time dpt direct ads. Amount yg dbyr pn boleh tahan tuk 2 review posts.

    Terus terang aku menjana lbh krg $100 sebulan dgn blog personal aku yang mn lebih mengfokuskan kpd make money online even ada jga aku rambling xtentu pasal dlm tu. Semua tu aku kecapi setelah 8 bulan berblogging. Satu jangke masa yg pnjg aku rsa tuk aku dpt 1st dollar. Tp aku puas sbb aku berusaha sendiri tanpa sertai mana2 seminar atau membeli apa2 ebook(sbb aku btul2 xmampu)

    Dan baru2 ni niche tech blog aku tlh dbgunkan wlaupun aku telah setup blog tersebut pd bln 7 yg lepas. Aku harap tech blog tersebut dpt memberikan sesuatu hasil kpd aku nnt.

    Berharap pd thn hdpn aku dpt sertai seminar ko dn menambah bil niche blog. Dan kpd pembaca blog ko, semoga dorg termotivasi sedikit sebanyak dgn kisah aku..

    rohaizad Reply:

    Wah… hebat Inspektor Sahab!

  22. azwan said:

    Kau masih buat duit dgn mylot?

    rohaizad Reply:

    Ini hanyalah list sahaja. Nak buat semua, tak terlarat. Ada setengah program tu dah tak wujud lagi pun (semua tu list lama).

  23. tahniah bro
    insya-allah 2010 nie target saya ada 5 niche bahasa english punya blog
    leh berhenti kerja nanti

    rohaizad Reply:

    Keep it up dan semoga berjaya ya :)

  24. Aizul said:

    aku blur2 lg dunia blogging nie…tapi ak kagumlh bro ijad nie, betul2 share ilmulh…

    rohaizad Reply:

    Takdelah… biasa sahaja. Dah namanya pun berblogging. :)

  25. Shaffik said:

    Aku pasti sudah ramai peserta Smart Blogging sudah pun pecah telur. Sudah pun merasa manisnya. Betul tak aku cakp hari, manisnya akan muncul jua. Yang penting terus Fokus, Usaha dan sabar. Semua dah tersenyum sorang2 kan..Alhamdulilah..

    rohaizad Reply:

    Bukan pecah telur lagi… dah ada yang “flying” pun!

  26. spatt said:

    skali lagi hajat nak pergi seminar bro Ijad xtercapai..nak kena jadi bodyguard mak gi holiday.. :(

    rohaizad Reply:

    Bawak mak pergi holiday lagi besar pahalanya. So selamat bercuti ya! :)

  27. aminjohar said:

    Bagus2x. Amat bermotivasi :-)
    Screen shoot yang mengujakan.

    rohaizad Reply:

    Ada lagi yang mengujakan dari ini sebenarnya… :D

    aminjohar Reply:

    Yang mengujakan itu sicret weapon 2…. rahisa2x.
    :D

    Xpa AJ explore rahsia Izad slow2x.. Janji cool. :-)

    rohaizad Reply:

    Sila… boleh apa salahnya. Selalunya orang yang rajin mencari ini dia akan dapat dulu. :D

  28. Tokwear said:

    aku suka sgt baca kat sini, kekadang leh pecah perut hehehe

    rohaizad Reply:

    Apa yang kelakar tu yea?
    Rasanya takde yang boleh membuatkan orang ketawa. Please clarify.

  29. zool said:

    Banyaknya program side income yang aku tak join lagi ni.

    rohaizad Reply:

    Ada banyak lagi sebenarnya program yang baru. Tinggal nak Google je :D

  30. Syed Akmal said:

    Bro nak tanya sikit, bila nak buat seminar blogging kat sarawak bro? kena usaha ni. aku minat sangat.

    rohaizad Reply:

    Akmal, seminar yang di UTM Skudai 19hb ini adalah seminar yang terakhir. Lagipun, permintaan di Sarawak tak sampai pun 4 orang setakat ini. So agak susah sket untuk teruskan seminar.

  31. Zulazis said:

    taraf jutawan dah nie… seperti Ifran & Zamri Nayan atau yang lainnya…

    rohaizad Reply:

    Wehhh… mana ada. Diaorang tu yang jutawan. Sebab tu diaorang declare diri mereka itu sebagai jutawan.

    p/s: “Jutawan sebenar selalunya tidak akan declare diri mereka jutawan…”

    * ehhh betul ke apa yang aku cakap nih?

  32. Fatin Pauzi said:

    Aaaa…jelesnya tengok kejayaan awak, Ijad. Saya masih menternak satu blog ni bagi naik PR. Satu2nya blog english yang saya ada…. Aja2!

    rohaizad Reply:

    Alaa… biasa-biasa saja. Lama-lama nanti, mesti boleh buat punya. :D

  33. omecool20 said:

    :) Satu post yang betul padat dan menarik yg mencelikkan pembaca kepada potensi dunia blogging :) Saya berharap dpt dtg ke seminar Tuan Januari ini, InsyaAllah :)

    rohaizad Reply:

    Januari?
    Tapi seminar terakhir adalah pada 19hb Disember iaitu seperti yang telah di beritahu sebelum ini.

  34. mr ron said:

    pengisian yg tiptop….

    pssttt:leh g ngeteh ni kalo seh g uma m.cik kat kg melayu…. :)

  35. mcd said:

    wah, hebatnya rohaizad..
    memang semua info kat sini berguna..
    bagus gak untuk saya yang baru agi ni

  36. [...] pernah menulis perihal niche blog network sebelum ini di sini. Dan hari ini aku ingin meneroka lagi semangat juang yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin [...]

  37. [...] Contohnya untuk program text Link Ads ini, jumlah bayaran yang akan di terima akan bertambah sejajar dengan pertambahan post yang ada dalam blog. Lebih banyak post yang di terbitkan, lebih tinggi peluang untuk kita di bayar secara tetap setiap bulan. [...]

  38. [...] tidak akan selesai kalau kita selalu bersedih”. Oh ya, dah dapat PR`kan? So jangan lupa untuk submit blog itu ke program make money yang lain [...]

  39. [...] paid post ini, saya sarankan anda membaca dahulu artikel saudara Rohaizad yang bertajuk “Niche blog network – Apa yang seronok mengenainya?” untuk tahu secara ringkas tentang apa yang perlu anda lakukan untuk blog anda. Kemudian [...]