Entri hujung minggu – kawan dan kahwin.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Orang - Tarikh diterbitkan: December 13, 2009 onlineWahhh… banyak betul jemputan dari kawan-kawan dan juga jemputan kahwin. Ini belum kira yang terpaksa di tolak pada minggu hadapan. Maklumlah 19hb Disember menjadi rebutan semua individu dan juga organisasi untuk melaksanakan apa-apa event sebab hari Jumaat adalah cuti umum Awal Muharam. Advantage orang kata…
Aku juga tidak terkecuali dari menerima jemputan-jemputan ini. Boleh katakan sebelah siang, aku kenyang…. sebelah malam pun aku kenyang. Seperti 4 malam yang sudah, aku di jemput oleh 2 orang blogger untuk perbincangan projek yang mereka ingin laksanakan di masa akan datang. Alhamdulillah…
Dan 2 malam lepas, aku dan beberapa orang member lain di jemput pula oleh seorang lagi blogger (Zaki Yamani) untuk tujuan yang sama. Aku tidak ada masalah untuk menghadirinya kerana kalau ada masa terluang, memang aku akan datang untuk membantu apa yang patut.
Yang pelik dan menariknya, kedua-dua jemputan tersebut berlokasikan tempat yang lebih kurang sama iaitu di belakang Jusco Taman Universiti. Tapi itu kira okay lagi CUMA bila bab makan tu yang memang tak boleh blah. 2 kali datang, 2 malam bedal NASI AYAM PENYEK!!! Astaghfirullah… dah takde menu lain ke yang hendak di bedal?
Walaupun begitu, tekak ini tidak pula menolak Nasi Ayam Penyek sebab hanya Ayam Penyek sahaja yang boleh membuatkan kita “menangis sambil makan”…. fuhhh…
Apa pun, terima kasih kawan-kawan semua sebab sudi jemput dan belanja makan. Di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat di ambil:

Ini dia “blogger” Zaki (kiri) yang berbesar hati untuk belanja malam tu. Dialah juga bloger yang menggunakan nama Cyza. Tapi apalah yang di sengihkan mereka berdua itu ya?

WanMus kalau dah bercerita, memang kena bagi fokus dan perhatian yang tinggi. Kalau tak, tak dapatlah peserta Seminar Smart Blgoging 19hb Disember ini makan Nasi Penyek nanti….

Itu dia IM Zamrin (kanan) yang memang tidak boleh bawak main. Dialah satu-satunya IM di Malaysia yang telah mencipta REKOD dalam sejarah Internet Malaysia dengan ideanya yang sungguh gempak dan brilliant!!

Peraturan dan hasil perbincangan yang telah di bentangkan sedang “di gulung” oleh En Zaki kita. Member yang lain mendengar dengan penuh khusyuk.

Total semua gelas minuman genap 20 biji. Jadi maknanya sorang minum 4 jenis air. Nak meletup perut nih.
Banyak projek dan discussion yang di bentangkan untuk tahun 2010 termasuklah projek “luar negara”. Tapi yang pasti TOPIK yang paling HOT di bincangkan pada sesi itu ialah kisah Upin dan Ipin! huhuhuhu…
Apa pun, semoga perancangan masing-masing diberkati Allah dan semoga mata hati ini tidak di tutup dengan lambang RM$$$USD sepanjang masa.
Itu cerita tentang KAWAN. Sekarang jom kita bercerita tentang KAHWIN. Pheeww…. jarang rasanya topik kahwin masuk dalam blog rohaizad dot com ini. Last entri blog ini mengenai “kahwin” adalah pada bulan May 2008. Tapi dah namanya cuti sekolahkan… cerita mengenai majlis kahwin cukup sinonim.

Semalam, 2 best friend aku melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Seorang lelaki (Mustaqim) dan seorang wanita (Sharifah Hashimah).

Untuk Mustaqim, Selamat Pengantin Baru dan untuk Sharifah Hashimah… juga Selamat Pengantin Baru. Semoga mahligai yang kalian bina, berkekalan sehinggalah ke akhir hayat dan di kurniakan zuriat yang banyak serta comel-comel belako.
Terima kasih kawan-kawan semua, semoga rezeki kalian lebih murah di masa akan datang dan terima kasih kepada yang menghantar mesej bertanyakan khabar. Ingat lagi kalian pada aku yea… ahaksss!
Bagi member sekolah semua, ada sedikit lagi gambar yang dah di upload di Facebook aku. Silakanlah ke facebook.rohaizad.com.
p/s: Untuk Rafi, kamu bila nak kahwin?
p/s/s: Untuk Nazrul, kamu juga bila nak kahwin?
p/s/s: Untuk Rohaizad… kamu pun sama, bila lagi nak kahwin?



jad..lain macam jer gambo ko ngan shima kat atas tu..ko biler plak jad..
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 11:29 am
Oiittt… jangan gossip haa. Itu best friend aku. tapi soalan ko tu aku susah lah nak jawab… ahahah
ruhaizat Reply:
December 13th, 2009 at 11:38 am
saper soh wat post kawen..antara post terhangat di musim2 kawen ni..haha
nanti ko wat kawen live on internet tau..hehe
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 11:44 am
Okay gak tu… member yang tak dapat datang, tengok stream live je.
ruhaizat Reply:
December 13th, 2009 at 11:46 am
bantai sekali 10 cctv tau..
tapi malam kena off la..xkan nak live gak..hahaha..
aik..semangat jer sebot kawen ni jad..dah ader calon ker.. hehe
reezluv Reply:
December 13th, 2009 at 7:24 pm
haha..soklan standard yang aku nak tanya ko..haha..ko bila plak?kekekeke…
mesti tiap kali gi kenduri, mesti orang tanya tu kan?haha..sama la ngan aku..hahaha
Persoalan yang bermain difikiran saya sekarang.
“Abang Ijad ni bila plak nak kahwin?”
Hehehe
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 11:31 am
Satu lagi soalan yang belum ada jawapan… hampess arr.
Aqif Reply:
December 13th, 2009 at 1:34 pm
Xpe bro. Slow2
Memang hujung-hujung tahun ni ramai yang mengakhiri zaman single mereka.Kawan dan kahwin, bulan ini saja ada 5 orang kawan saya yang akan berkahwin, minggu lepas kakak sepupu saya baru saja mengikat tali pertunangan. Minggu terakhir bulan ni abang sepupu pula yang akan bertunang, dengan kawan baik saya pula tu…Apapun, semoga segala yang dirancangkan pada hari bahagia berjalan dengan lancar..amin..:)
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 11:34 am
Kitakamu punya persandingan bila pula ya?bluedianthus Reply:
December 13th, 2009 at 12:11 pm
Wah…memang soalan ni soalan sepanjang masa kawan-kawan tanya…apa kata biarkan soalan tu terjawab sendiri..tapi tak tahu bila laa..huhu..
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 12:14 pm
Takper, nanti kita jawab “sama-sama” pada diaorang ye
samdaddycool Reply:
December 13th, 2009 at 12:26 pm
ehem.. ehem….
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 12:36 pm
Cehhh… ada saja paparazzi ni ye
samdaddycool Reply:
December 13th, 2009 at 12:43 pm
nuaeman Reply:
December 13th, 2009 at 9:45 pm
Aku mendoakan…
cyza Reply:
December 13th, 2009 at 10:00 pm
Kalau ini di “amin” kan, maka aku assume ijad dan zamrin tak perlu lah berebut yang satu itu?!!! huhu
rebut dengan zul pulak…hoho
samdaddycool Reply:
December 13th, 2009 at 10:36 pm
Ijad. tgk tu, Nuaeman pun dah tolong doakan..
Cyza> perghh.. ada plak “best man win”.. kena kental neh.. hik.. hik..
wanmus Reply:
December 14th, 2009 at 1:02 am
tau xpe..masa ayam penyet pun duk berebut yang satu tu..padahal banyak lagi pompuan lain kat dunia ni..hahaha
cyza Reply:
December 14th, 2009 at 12:42 pm
Haha…yang penting aku dan wanmus tak rebut yang satu tu…hehe…
Kita biarkan Ijad, zamrin dan penentang baru… rebut sesama…
kita jadi referee sudah la
bluedianthus Reply:
December 14th, 2009 at 5:27 pm
Wah meriahnya entri kali ni. Rasanya ayat kat atas ni ni yang membuatkan rakan-rakan blogger lain musykil…baik jelaskan dengan mereka…baru tak pening kepala…:)
nuaeman Reply:
December 15th, 2009 at 1:17 pm
tak pasal-pasal nanti si warnie jadi bahan gosip plak ye.. heheheh..
Bulan ni kenduri kahwin kat kampung, kat alor staq tak putus2x. Jalan dari Merbok ke alor setar ada aja kenduri. Macam Event kenduri kahwin 1 kedah lak.. heheh
Dah musim kahwin lak kot.
P/S: 19hb dis. Nak wat apa ye hari birthday aku ni, fikir sat. ?:-)
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 11:45 am
Tuh dia…sampai nak datang rumah pengantin ini, tapi rumah pengantin lain yang di kunjung. Dah habis makan baru tau salah rumah… ahahahah
Bestnya bila semua blogger2 dan IM berkumpul, byk yg boleh dibincangkan serta ilmu yg dikongsikan…
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 12:02 pm
Biasalah… dunia yang di bincangkan itu sama, cuma tak serupa. Tapi macam mana hebat pun dia, masih lagi berada di bawah takluk kekuasaaan Nasi Ayam Penyek!
aktechpage.com Reply:
December 13th, 2009 at 9:53 pm
Aku x pernah lg makan Nasi Ayam Penyek….
Kalo ade rezki turun JB, nak rasa sekali…
Hebat betullah penangan Nasi Ayam Penyek ni…
Kalo tambah budu mesti lg beshhh, heheheeh
Nasi Ayam Penyek Budu, meletopppp….
cyza Reply:
December 13th, 2009 at 10:03 pm
ayam penyek ni, bagi ijad perlu extra sambal…
tu je…
aku tak tahan pedas sambal, tapi dia boleh minta extra…waahhh
semoga bro rohaizad cepat2 kawin. Amin. hoho. er.. memang ‘menangis’ ke makan nasi ayam penyek? xpenah makan pula.
p/s: ‘semoga perancangan masing-masing diberkati Allah dan semoga mata hati ini tidak di tutup dengan lambang RM$$$USD sepanjang masa’ –> ini perkara paling penting sekali =)
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 12:03 pm
Memang menangis punya kalau makan Nasi Ayam Penyek. Tak percaya, nanti cuba baca testimonial peserta yang datang pada 19hb ini ya
duh! saya xsempat nak merasa nasi kenduri sbb bulan 11 xda pun kenalan yang kawin.
dan terlepas nasi kenduri sbb gi seminar blogging bulan 10..tapi dapatlah rasa nasi ayam penyek..1st time tu dan memang menangeh..keh
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 12:07 pm
Haaaa… panjang umur. Baru je cakap, dah ada testimonial Ayam Penyek… ahahahah!
fuhh… banyak gila gelas tu…
mesti bengang yang tukang angkat gelas tu…
hihihi
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:37 pm
Bengang tak bengang, tapi kita kasi dia sales wooo…
cyza Reply:
December 13th, 2009 at 10:05 pm
Penglipur lara Upin Ipin sponsor tu… haha
apelah yang best sangat dengan ayam penyet ni..hehe. kat pontian ada tak bro ijad?minggu depan akan kesana. anyway, gudluck for your project!
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:36 pm
Mana ada best ayam penyek tu. Dah lah simple, pedas giler. Cuma ketika makan tu jer yang menangis.. itu jer.
Ijad tnggu blogger girl kot baru nk kawen..
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:34 pm
Ermm… itulah, ingat nak suruh Nora Danish datang Bengkel Asas Blogging (not Seminar Blogging) bulan Januari depan kot.
JANGAN BAGI BRO IJAD KAWEN AWAL!
nti x dek plak seminar blogging pasni
asyik dok umah jep layan isteri
hoho
gurau jep bro ijad
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:33 pm
Betul… betul…. itu memang 100% betul!! Tidak dapat di nafikan…
p/s: biasalah, nak ajar isteri berblogging… ekekeke
nuaeman Reply:
December 13th, 2009 at 9:47 pm
dah kahwin nanti baru dia tau…hehehe
hasbul Reply:
December 14th, 2009 at 3:15 am
heher
kire bro ijad kene tunggu saya dulu la
aku juga jemput ko dan rakan blogger lain ke majlis perkahwinan aku, 19/12/2009 ni… di Langkawi…
esok, 14/12/2009 jam 8.05am aku fly dgn AirAsia ke sana… huhu… amik cuti sampai hujung tahun ni utk smart blogging…
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:32 pm
Langkawi okay lagi. Tapi bab 19hb memang masalah. kalau aku pergi ke majlis kahwin ko, gerenti aku makan kasut peserta seminar yang akan ke seminar aku 19hb tu nanti… wahaha
cyza Reply:
December 13th, 2009 at 10:07 pm
Selamat kawin Wizurai…
Best tau kawin…
Rohaizad..dulu masa di `Jepun` mmg susah nak cari partner kena cari org kerja jepun gak…tapi skrg dah freedom takkan masih terlekat mentaliti masa kerja di `jepun`tu hehehe..at least aku dah sempat sambar sblm berenti kerja di `jepun` .anda bila lagi ??
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:31 pm
Nanti-nantilah kot… adalah tu nanti.
dh musim kawen ape lg bt duitla
ni pn br je abis shut wedding
yahoo!!
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 7:30 pm
Ahahahah.. bagus bagus.
mmg ramai nk kawin skrg ni..
ada sj jemputan kawin..
bro. ijad nnt nak kawin jgn lupa jemput
semua pembaca..heehee..
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 10:32 pm
Akan ku jemput semuanya – 1Malaysia -
Ijad kawen ti kami wat live kat radio internet.. hehe…
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 10:33 pm
Boleh… ada orang sponsor, kita menerima dengan hati terbuka ~~~
Ijad kahwin nanti sape nak sponsor nasi ayam penyek macam kat umah Mawi aritu..?
rohaizad Reply:
December 13th, 2009 at 10:40 pm
Yang akan sponsor ialah LC Catering (sila tanya Encik Tarmizi – person incharge- )
tu ar..tak tahu dah angkara sape yang membawa ayam penyet ke dunia blogger ni..asyik tempat lepak je mesti restoran ayam penyet keluar kat mulut tu..aduss..teruk sungguh penangan tu..hehehe
dahlah ayam penyet, minum air sampai 4 gelas sorang..dari penuh giler orang kat kedai tu sampai last 2 meja je diorang ni lepak..tak tahulah nak jadi apa korang semua ni..lalalalalalalalalala
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 10:25 am
Sudah gaharu cendana pula… sudah tahu bertanya pula…
nuaeman Reply:
December 14th, 2009 at 12:54 pm
Itulaa pasal, sampai aku ngan orang rumah pun dah terkena penangan nasi ayam penyek.. setiap minggu mesti makan sekali.., tempat yang sama ngan korang lak tuh..
wanmus Reply:
December 14th, 2009 at 1:38 pm
haha..tulah bahayanya ayam penyet ni..so pesanan penaja
“Jangan biarkan hidup anda diselubungi Ayam Penyet”
hahahaaha
samdaddycool Reply:
December 16th, 2009 at 5:41 pm
Ganas gak nasi ayam penyet neh.. tak pasal2 Ijad yang macho asyik nangis je bila makan
p/s – aku kena try juga sekali..
kalau sebut bab nasi ayam penyet tu, memang tak holeh tahan….gara2 member aku ofis aku kat cyberjaya ni perkenalkan nasi ayam penyet dkt MMU cyber
last week member aku siap sponsor nasi ayam penyet untuk satu ofis selepas habis meeting…memang best
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 10:24 am
Mijie, itu belum kena sambal nasi ayam penyek kat sini. Kalau dah kena, menangis wooo..
mijie Reply:
December 14th, 2009 at 12:10 pm
itulah, hari rabu ni aku turun jb ada kerja skit, nak gi check tesco baru nak bukak…
nanti sesaper ada kat sana nak jemput aku gi merasa nasi ayam penyet boleh gak, aku belanja,,,
contact me please…heheeheh
aku usha gambar dulu,terkujat tengok gambar ko ngan shima tu..tapi bila baca,baru tau..haha..ko bila lagi bro?
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 10:21 am
Cehhh… korang ni kalau bab-bab gossip, memang handal yea… ahahaha.
p/s: masih lagi tiada jawapan untuk soalan ko tuh.
khairolghani Reply:
December 14th, 2009 at 5:11 pm
tak pe..jawapan mesti ada..cuma mungkin bukan sekarang,ye tak?
salam,
1. Tahniah kepada yang sudah mendirikan rumah tangga.
2. Tugas sekarang ialah untuk mengisi perkahwinan tersebut. Adakah anak-anak yang akan lahir menjadi Islam, majusi atau nasrani.
3. Bagi insan-insan yang belum berkahwin (khususnnya Tuan Rohaizad) jangan risau! Allah memberikan tuan isteri yang cantik, comel, beriman, solehah, lemah-lembut, bersopan santun, IM dan daripada keluarga yang baik-baik dan kaya raya.
4. Tidak berkahwin bukanlah pengakhiran dalam kehidupan. Banyakalgi tugas kita di dunia yang fana ini…
Just my 50cent!
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 10:18 am
No 3 yang tak tahan tu, ada kriteria “IM”… kelakor juga bila bayangkan situasi itu.
wanmus Reply:
December 14th, 2009 at 10:34 am
habislah kalau laki bini dah im..hahahaha
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 11:19 am
Cehh… cakap aku, entah-entah dia pun sama.. ahahah
wanmus Reply:
December 14th, 2009 at 1:40 pm
mujur sangatlah kalau dia minat ber’im’ ni
samdaddycool Reply:
December 16th, 2009 at 5:42 pm
kalau yang bukan IM.. macam aku, tensen gak nak ngajor buat video youtube.. tapi bukan jiwa dia..
2 la banyak betul kenduri kahwin nie..pernah gak saya tersilap rumah pengantin..dah kenyang baru tanya sape tuan rumah..hehehe..
rohaizad Reply:
December 14th, 2009 at 11:20 am
Memang betul, dah menjadi kebiasaan kadang kadang … hahahah
hai..selamat pengantin baru..
SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI IUNEETY DOT COM
Ha ha ha…hehehe…mesti pu3 org last sampai sini utk mengomen…tapi pu3 enjoyyyyyy
emmm…bro tak yah pening pala pq sangat pasal kawin tu..mmg la semua org nak kawin tp jodoh pertemuan allah yg maha mengetahui…
apa kata bro cari jek super women blogger..hahaha nanti boleh port sama2…hek hek hek ( ketawa org separuh kaya)
takper bro, silakan enjoy masa bujang untuk mengumpul kekuatan bisnes, esok dah kahwin bisnes bro auto-pilot. Tinggal coordinate jerr, client,networking semua dah kuat. Mesti bro punya bakal bini banyak suka sbb boleh bagi penumpuan penuh pada keluarga
dua-dua projek besar nih….