Tips untuk web hosting – bagi mereka yang masih lagi keliru.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: December 16, 2009 onlineDalam memilih web hosting, terdapat beberapa kriteria yang perlu kita lihat. Kebanyakan dari kita selalunya memilih hosting atas dasar rekomen dari kawan-kawan. Dalam banyak hal, rekomendasi adalah satu perkara yang kuat pujukannya kerana itu semua adalah testimonial yang kita tidak dapat “tolak”.
Tetapi bukan itu sahaja yang perlu di berikan perhatian. Terdapat banyak lagi aspek ataupun kriteria yang harus di jadikan panduan sebelum memilih hosting. Web Hosting bukanlah sesuatu yang boleh “didengar” kehebatannya sahaja, tetapi perkhidmatan yang yang perlu “di rasa” itu adalah klimaks kepada “setianya” seseorang kepada syarikat hosting tersebut.
Seperti yang telah kita ketahui, terdapat beberapa kes “berat” yang melibatkan syarikat hosting tempatan kebelakangan ini. Mereka mendapat tamparan hebat kerana budi bicara yang digunapakai langsung tidak mencerminkan daya upaya mereka dalam berniaga.
Ini adalah satu perkara yang menyedihkan kerana dalam apa keadaan sekalipun, “bahasa” dan budi bicara itulah yang melambangkan maruah mereka sebagai pemilik hosting. Lebih teruk lagi, semua tamparan hebat itu datang dari pelanggannya sendiri.

Perniagaan itu adalah 9/10 daripada kelebihan rezeki yang kita boleh jana, bermakna cabaran dan dugaan yang akan kita terima juga adalah 9/10. Jika tidak tahan dengan dugaan 9/10 itu, pergilah makan gaji kerana itu adalah lebih “aman”.
Akibat dari senario ini, maka ramailah dari kita yang mencari solution. Sebagai buktinya, aku sendiri terima soalan dari aktiviti chatting dan kesimpulannya, ada di antara mereka yang memilih untuk menggunakan web hosting luar negara.
Ini sedikit sebanyak akan mengganggu gugat syarikat hosting tempatan yang baru hendak naik. Dalam kes ini, perumpamaan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” amat bertepatan sekali.
Opsss… perlu diingat juga, bukan semua hosting luar negara itu bagus. Jadi sebelum membuat apa-apa pilihan, ada baiknya luangkan sidikit masa untuk survey dan baca apa-apa yang patut kerana itu adalah lebih baik.
Dan jika ada yang inginkan sedikit sumber rujukan untuk bahan bacaan, website Web Hosting seperti ini mungkin boleh membantu kerana di dalamnya terkandund 200 web hosts yang telah di sahkan dan juga lebih dari 400 pakej web hosting murah yang mungkin menarik perhatian.
Baiklah… itu sahaja untuk hari ini. Untuk esok pula, nantikan satu artikel dari saudara Aqif bertajuk “8 Sebab Mengapa Blogging Bukan Untuk Anda”.
Iya… ia akan di terbitkan di blog ini.









okey, tunggu artikel dr saudara Aqif ler…
Sdr Rohaizad,bagus bongkarkan juga syarikat atau individual yang menyediakan Service penyediaan Hosting dan Laman web yang haprak,menipu,lebih gebang dari service yang sedang menguasai pasaran Malaysia sekarang.”Bila TAMAK menguasai diri,inilah jadinya..” – geram -
dr.aku.la Reply:
December 16th, 2009 at 10:14 am
marah betul bunyinye ni.
mcm pernah terjadi je kat ko.
samdaddycool Reply:
December 16th, 2009 at 5:36 pm
Aku ada guna hosting tempatan utk online store, tapi asyik ‘down’, tak jadi nak sambung.. sampai sekarang terbengkalai pasal tak buat backup…
Taufik SM Reply:
December 18th, 2009 at 12:43 am
guna server freak bro…..
lawat https://secure.web-hosting.net.my/clients/cart.php?a=add&pid=91
rm80 – setahun – 2 gb space, 10 gb bandwith sebulan…
nk tahu lebih lanjut lawat justkhai.com …haha
samdaddycool Reply:
December 18th, 2009 at 7:40 am
boleh dipertimbang…
Taufik SM Reply:
December 18th, 2009 at 2:34 pm
x perlu bro…. rembat je harga promosi tu …
tempah la sebelum terlambat….
gerenti puas hati …ada jaminan wang dikembalikan lagi dlm 30 hari .
cepat2….haha
hahaahhaha makan gaji pun tak aman…..nak jaga hati bos, nak jaga hati bos kepada bos, nak jaga hati rakan sekerja, wajib berusaha dalam pembangunan rakyat (utk kakitangan kerajaan), pastikan keuntungan dimaksimakan (kakitangan swasta-ada target jualan cthnya).
Kesimpulannya disini, tiada benda mudah. Yang penting kena rajin berusaha, buang perkataan jemu dan putus asa dalam hidup, dan selalulah tambah ilmu dari masa ke semasa. muahahaha
aku nak beli hosting hostgator / dreamcast pun tak tercapai lagi. ahahaha. alang bagi 6 bulan free hosting.
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 9:21 am
Taukey, makan gaji kita di bayar. Tapi kerja sendiri, kita hidup dengan duit orang yang bayar untuk produk/servis kita.
2 situasi yang berlainan. Kalau kita herdik pelanggan, mungkin akan di warning oleh bos sahaja.
Tapi kalau kita bekerja sendiri dan mengherdik pelanggan, alamat lepas tu melingkup lah company kita. Sekali lagi, 2 situasi yang berlainan.
taukey Reply:
December 16th, 2009 at 10:08 am
ok bos….hahahaha…..
Tak ramai yang tahu pasal web hosting. Lagi ramai yang tak tahu lagi bagus.
Coz tak ramai yang tahu web hostin luar negara tu kebanyakkannya boleh buat duit berbanding web hosting dalam negara yang jauh lebih mahal.
try tgk ni…
http://webhostinggeeks.com/
bagus kalau nk compare web hosting and service diorang.
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 2:18 pm
Thanks… memang femes web site tu.
Perumpamaan “Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga” amat sesuai diberikan pada syarikat webhosting tempatan akibat beberapa layanan buruk daripada pemilik perniagaan tersebut.
Bukan hendak mengkritik, tetapi saya sendiri alaminya apabila admin webhosting itu sendiri menggunakan bahasa yang agak kasar apabila berbual dengannya.
Ingatlah bahawa bahasa dan tingkah laku amat penting jika kita ingin terus berada di puncak kejayaan dalam perniagaan.
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 2:17 pm
Yup, itu satu pengalaman yang mendewasakan.
kadang2 aku pun serik sebenarnya dengan hosting kat malaysia ni…..yg paling sakit hati bila bab customer servisnya..
p/s: tapi apakan daya, nak beli hosting dari luar tak mampu lagi
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 2:16 pm
Nasib baik kamu pakai Jomhosting.net. Servisnya bagus
mijie Reply:
December 16th, 2009 at 2:21 pm
tahun depan rancangan nak sambar hostgator satu
makan gaji di syarikat Hosting atau Domain atau whatever syarikat pun bukan ‘aja ‘aman’ malah kalau bijak bermain dengan helahnya pasti boleh hidup senang dan cabaran/dugaan juga sama 9.5/10
aku pun memang tak setuju bila pemilik hosting tunjuk “kerek”…sori la, kalau aku korang wat camtuh, herdik2, kompem aku rekomen orang tak join dah korang….dah jadi owner, kena la pandai2 kawal emosi, biaselah customer support..belajar bersopan walaupun customer tak sopan..pasal customer yan kasi duit kat korang..
jangan api lawan api, alamatnyer sendiri tau la..
apa pun, aku nak syorkan webhoting malaysia paling aku puas hati, internet webhosting dot com.. support bagus sangat..sume soalan remeh pun dilayan..so, nak stable, nak support bagus, dapatkan hosting dari diorang…aku dah tukar bape kali hosting..ni yang aku kekal..banyak yang aku join tu, biase owner sorang je..bila dah lama, prob…dah malas dah nak amik hosting dari owner2 sorang nih..except shuth la..shuth terkecuali
hihihi
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 4:21 pm
Agak keras, tapi komen macam inilah yang membuka minda sesetengah orang yang “tidak sedar” akan kejadian yang sedang berlaku. Tahniah!
ramzy0 Reply:
December 22nd, 2009 at 1:41 am
hosting company yang one-man stand ne, gue agak risaw nak ambek sebab sorang dua je yang uruskan support. tapi kalau yang company hosting ni, maksud gue yang ada pekerja-pekerja, elok sikit
salam en ijad.
hmm..cakap pasal hosting ni.. memang ada baik dan buruknya. Samada tempatan atau luar negara. semuanya bergantung kepada pelanggan untuk mencari maklumat yang tepat.
sepanjang pengalaman saya, masa pilih hosting yang pertama dulu, servisnya agak lembab, setelah perkara macam tu berlaku, saya pindah ke hosting yang baru. Alhamdulillah, setakat hari ini servisnya “cantik”.
setiap soalan yg saya ajukan dengn email, sekejap sahaja dah di balas. selain tu jugak semua persoalan yang saya tak gheti, dijawab dengan bagus. saya guna yg tempatan jek.
eh..macam panjang pula tulis ni..
. okey bro ijad, sekadar sedikit perkongsian sahaja.
rohaizad Reply:
December 16th, 2009 at 3:52 pm
Faizal, apa kata kongsikan syarikat web hosting tersebut. At least, boleh tolong kawan lain buat keputusan. Thanks
faizal Reply:
December 16th, 2009 at 6:46 pm
yup..boleh2… nak berjaya, nak kaya..jangan sorang2..
eh merapu pule yek.
syarikatnya adalah http://www.netkl.com/
saya guna yang ini jek. setakat ni tak ada masalah, alhamdulillah. tapi kalau ada kawan2 yang “fail” guna hosting ni, saya minta maaflah yek.
tentang hosting nie subjectif ,
jika anda ingin traget pasaran UK , anda kena beli hosting local di UK .
ianya lebih senang di indexkan di google
salah 1 tip SEO untuk anda.
Aqif Reply:
December 16th, 2009 at 5:00 pm
Terima kasih atas perkongsian bro.
pedagangIT Reply:
December 16th, 2009 at 5:05 pm
biasa biasa je… supaya anak melayu tak sengal …
faizal Reply:
December 16th, 2009 at 6:49 pm
anak melayu sengal ke??..
pedagangIT Reply:
December 16th, 2009 at 6:52 pm
kalu ramai yang tak sengal …
masakan mereka lepak kat cc untuk abiskan duit dengan hanya main game??
ramzy0 Reply:
December 22nd, 2009 at 1:42 am
[baca] segelintir sahaja lol
)
saya sangat teliti bila bab2 hosting ni.bagi saya,hosting tempatan pun apa kurang hebatnya sebab saya sendiri mengunakannya sekarang http://donnyien.com/ lagipun layanannya bagus.apa je soalan tetap dijawab.lagipun saya dah survey semua hosting dlm negara dan saya dapati hosting ni no1 dimalaysia.so far lum ada lagi masalah yang saya hadapi dengan company ni.
Setakat ni blog personal aku dah 3thn lebih pakai hosting netonboard.com, customer support services sangat bagus & cepat. Cuma kena tulis speaking la ckit. Setakat ni amatlah berpuas hati
GoDaddy coupon baru dah keluar, cuma 99 cents utk 1 domain…details sini http://www.yusri-zakaria.com, aku dah sambar satu dah,domain apa takleh bagitau, nanti ada orang mare….
Huhu, awal2 dulu memang ade prob sket dengan hosting, tapi bila dah kenal dah brak dengan owner hosting buatkan masalah yang datang leh settle dengan mudah. Yang penting, owner x sombong dan x lari dari customer. itu pun dah cukup untuk aku puas hati dengan sesebuah hosting. Dah pkai 2 hosting sekarang dan nak masuk 3. Lagipun, sekarng ni hosting Malaysia pun dah leh dapat kan server luar. So, meman best la. Kita pun ade masalah leh bile2 call dan cerita masalah yg berlaku. Aku tabik spring kat owner hosting Malaysia yang sentiasa ada untuk mendengar rintihan customer2 nye. Huhuhu.
ehm..biasalah. Bagi aku, customer service yang bagus dan pantas masih salah satu sebab untuk kita memilih hosting yang bagus. Selain harga yang berpatutan dan plan hosting yang bagus, kita juga mahu syarikat hosting menunjukkan result yang bagus.
Bab yg maki hamun customer diorang tu, aku rasa kurang sesuai. Tapi biasalah, orang tengah marah. Memang selamba je diorang maki hamun..
wah
nice sharing
saya hosting pertama saya langgan
netkl.com
perh,mmg xdek masalah
support saya kol 3 pagi dyangkt
p/s-ada kt wc ckp hosting dy hampeh,owner hosting provider tuh jawab plak x senonoh bahasa
masyalllah
Yang penting pelbagaikan hosting untuk memastikan tidak semua perniagaan @mini site @blog kita down dalam satu masa.
sy baru lagi…
sy cadang nak amik plan dari http://www.ecommercemastery.com ..
tapi sql die cume leh sampai 10….tapi server us….
penting ke sql ni?? ramai member cakap kalau unlimited lagi baguih…..
tgk pelan http://www.justhost.com ok…tapi server malaysia pulak untk yg murah pnye….
pening sekarang ni….duit kene budget plus international outreach (us server)…
senang2 amik due2 plan je kot….
Yea, saya pun guna netkl.com, support service ok juga…expectation blom tinggi lagi kot.
baru je beli justhost semalam…bertambah lah hosting aku..
aku pun try and error gak sebelum ni.. tapi aku sarankan cuba google review company webhosting tu dulu tgk ok ke tidak..