7 Sebab Mengapa Blogging Bukan Untuk Anda.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Penulis undangan - Tarikh diterbitkan: December 17, 2009 onlineBagi mereka yang sudah mempunyai blog ataupun masih lagi teragak-agak untuk memiliki blog, maka artikel ini amat sesuai untuk ditatapi.
Oleh disebabkan pertumbuhan blog kini umpama “cendawan selepas hujan” dan kebanyakannya “indah khabar daripada rupa”, maka saya tergerak hati untuk menulis artikel yang berkemungkinan besar dapat memperluaskan lagi pemahaman anda tentang dunia blogging.
Artikel ini ditulis atas dasar muhasabah diri dan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada para pembaca-pembaca setia blog ini.
Bagi anda yang terasa, maka segera lihat kembali kesilapan diri anda dan perbetulkannya, bukannya menuding jari pada orang lain. Sesungguhnya sifat untuk memajukan diri sendiri adalah permulaan untuk mencapai kejayaan.
Sebagai seorang blogger yang baru sahaja memulakan aktiviti blogging dalam beberapa tahun, mungkin ada yang mengatakan bahawa saya tidak layak untuk memberikan hujah-hujah sebegini.
Namun, inilah hakikat blogging yang sebenar dimana segala idea, pemahaman, pengetahuan, pendapat dan perkongsian dapat disalurkan melalui medium interpretasi maklumat yang dinamakan blog yang tiada batasnya tidak kira siapapun anda.
Jadi, mari kita selami sedalam-dalamnya 7 sebab mengapa blogging bukan untuk anda. Antaranya ialah:
1. Anda tidak tahu apa itu blog.
Apabila asas blogging pun tidak kita ketahui, maka tiada guna untuk kita mulakan aktiviti blogging. Sepertimana yang telah saya kongsikan sebentar tadi, blog merupakan sebuah medium yang memberikan kita ruang sepenuhnya untuk menyalurkan segala idea yang terlintas dalam minda. Dimana aktiviti berblogging ini hanya sesuai untuk dilakukan oleh mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea bernas untuk dikongsikan oleh para pembaca.
2. Anda mempunyai masalah untuk menulis.
Amatlah jelas bahawa anda tidak sesuai untuk berblogging jika anda mengalami masalah yang serius untuk menulis sesuatu. Blogging memerlukan beberapa kemahiran asas yang wajib dimiliki. Antaranya ialah:
- Kemahiran menulis.
- Kemahiran mengolah idea daripada minda ke dalam bentuk pemahaman menggunakan kaedah penulisan
- Mengetahui asas-asas menaip menggunakan papan kekunci (keyboard).
- Apabila anda menguasai ketiga-ketiga kemahiran diatas. Maka anda adalah calon sesuai untuk mulakan aktiviti blogging. Jika sebaliknya, anda boleh mula pelajari dari sekarang atau lupakan sahaja niat untuk mempunyai blog dot com sendiri.
3. Anda tidak tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Komunikasi merupakan perkara yang penting untuk membina hubungan antara tuan empunya blog dan pembaca mereka. Ini termasuklah menjawab persoalan daripada mereka, memberikan pendapat berdasarkan komen pembaca dan pelbagai lagi.
Jika anda sedar bahawa kemahiran komunikasi anda “tidak seberapa”, aktiviti blogging masih lagi sesuai untuk anda. Cuma anda perlu tingkatkan dari semasa ke semasa. Jangan takut untuk belajar, lebih-lebih jika kita belajar melalui pengalaman sendiri.
4. Anda takut akan kritikan.
Perkara ini agak sensitif untuk dibincangkan, namun untuk kebaikan para pembaca Rohaizad dot com, saya beranikan jua untuk menerangkan mengapa “takut akan kritikan” adalah salah satu sebab utama anda tidak patut berblogging.
Bagi mereka yang mempunyai rasa takut “untuk dikritik”, fikirkan semula bahawa diari kehidupan anda setiap hari sentiasa penuh dengan kritikan. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, kritikan tetap akan datang pada anda. Begitu juga blogging, anda tidak akan terlepas dengan kritikan walaupun hujah-hujah anda berbentuk positif, membina dan sebagainya.
Ini adalah kerana kita harus menerima hakikat yang sebenar-benarnya bahawa naluri manusia adalah “suka mengkritik”. Jadi, bagi mereka yang mempunyai rasa takut untuk dikritik, segeralah tukar cara minda anda berfikir (mindset anda). Anggaplah kritikan tersebut sebagai satu cabaran yang dapat mengajar anda untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.
Jika anda masih lagi mempunyai rasa takut tersebut, maka jelas sekali bahawa blogging bukan untuk anda. Lebih baik anda berdiam diri atau menjadi “silent reader” sahaja.
5. Anda takut untuk melaburkan wang, masa dan tenaga anda untuk berblogging.
Jika anda tanya pada otai-otai blogger yang lain, mereka akan akui bahawa aktiviti blogging sememangnya memerlukan pengorbanan wang, masa dan tenaga. Apabila anda membuat keputusan untuk serius berblogging, maka tanggungjawab anda yang pertama adalah membeli domain dan hosting sendiri (wang).
Kedua pula ialah mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti niche yang anda ingin ceburi (masa) dan yang terakhir sekali ialah menulis post-post menarik untuk para pembaca anda (tenaga). Oleh itu, jika anda mempunyai masalah kekurangan masa, wang dan sebagainya (walaupun ianya alasan semata-mata), maka terpaksalah saya sarankan agar anda tidak melakukan aktiviti blogging ini.
6. Anda inginkan “wang segera” melalui blogging.
Boleh ke buat duit dengan blog?
Banyak ke duit yang boleh dibuat dengan blog?
Jika kita sedari, soalan-soalan sebegini diajukan oleh mereka yang menganggap blogging sebagai mesin penjanaan wang. Jangan salah sangka kerana saya sendiri akui bahawa blog memang boleh buat duit. Tetapi apa yang saya setuju ialah blogging tidak akan memberikan “wang segera” untuk anda.
“Blogging itu cool dan relaks”.
Apabila kenyataan tersebut digunakan, maka ia bermaksud aktiviti blogging ini adalah seronok untuk dilakukan dan apabila kita menghayati keseronokan itu, maka secara automatik kita dapat membina sebuah mesin penjanaan wang melalui blog .
Jadi, bagi mengelakkan diri anda supaya tidak hampa apabila mempunyai niat untuk menjana wang segera dari blog, maka saranan saya adalah anda kurang sesuai untuk menjalankan aktiviti blogging. Mungkin anda sesuai lakukan perniagaan yang lain.
7. Anda tidak menghargai para pembaca.
Sebab yang ketujuh (dan yang terakhir) ini merupakan salah satu nilai murni yang sentiasa diterapkan dalam diri setiap blogger iaitu menghargai para pembaca mereka. Bagi anda yang mempunyai sifat pentingkan diri sendiri atau tidak pernah meluangkan masa untuk berkomunikasi antara pembaca, maka anda sedang merobohkan dunia blogging anda sendiri.
Kesimpulannya:
Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah aktiviti blogging ini sebenarnya sesuai untuk sesiapa sahaja, cuma terdapat segelintir mereka yang tidak memahami apakah manfaat yang boleh anda berikan pada orang lain. Sesungguhnya blogging kini lebih banyak dilihat sebagai pusat perkongsian ilmu. Semoga perkongsian ini dapat meluaskan pengetahuan kita tentang dunia sebenar blogging.











saya mengenali dunia internet ni dengan blogging
mula2,agak sangsi halal ke tidak, boleh buat duit ke tidak
namun skang main income saya pon dari bloggin
alhamdulillah
p/s-saya d merasa 100usd pertama melalui video blog
anda plak bagaimana ya? dengan 100usd pertama tula
saya anggap satu titik permulaan untuk saya mencari ‘LUBUK’ yang lebih bnyak lagi dar dunia blogging
nice post
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 8:46 am
Tahniah kerana telah berjaya menjana pendapatan daripada blogging. Saya masih lagi baru dalam dunia blogging ni.
Sama-sama kita kecapi kejayaan. Insyaallah.
Jbcool Reply:
December 19th, 2009 at 10:42 pm
Akhirnya kita bertemu juga tadi dalam seminar smartblogging nya sdr Aqif… hehe…
Aqif Reply:
December 20th, 2009 at 2:51 pm
Yup2. Sungguh seronok dapat bertemu dengan rakan-rakan sekalian.
artikel yg sgt menarik utk dibaca n difahami oleh semua bloggers. Tahniah Aqif
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:31 pm
Terima kasih Miziology.
Point2 yang bernas utk bloggers.
Best! Semuanya ada ‘point’ dan hujah yang kukuh.
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:41 pm
Terima kasih.
Sekadar berkongsi pendapat berdasarkan ilmu yang dipelajari dan pengetahuan yang diperoleh dalam blogging.
terbaik!!! at least ade yang sudi nak share pengalaman. siapa yang terasa, nasiblah. hehehe
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:32 pm
Sebenarnya ia ditujukan pada diri sendiri yang masih lagi fresh dalam dunia blogging ini. Segala idea penulisan ini dikarya berdasarkan pengalaman sendiri.
Terima kasih atas perkongsian. Bagi saya, sebenarnya blogging itu luas skopnya, tujuan setiap orang yang menulis blog tidak sama. Saya pernah terjumpa satu blog yang langsung tidak ada interaksi di antara pembaca blog, padahal banyak komen yang ditinggalkan sebagai jejak. Mungkin pemilik blog itu sekadar ingin meluahkan apa yang ada di dalam hati dan tidak kisah sangat pun kalau blognya tidak ada pembaca setia.Tapi tidaklah dapat kita simpulkan dunia blogging itu bukan untuknya. Siapa tau blog itu juga mempunyai silent reader nya yang tersendiri..:)
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:35 pm
Sebab itu pada awal artikel saya terangkan bahawa artikel ini ditulis atas dasar munasabah diri dan perkongsian untuk para pembaca tegar Rohaizad dot com.
Terdapat pelbagai aspek yang boleh diguna pakai untuk blogging. Saya sendiri mempunyai pandangan individu terhadap perkara ini dan begitu juga rakan-rakan sekalian.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.
Nice artikel aqif..nampaknya dah boleh jadi motivator untuk remaja2 menceburi bidang ni..
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:37 pm
Motivator untuk remaja2? Wah..terasa mudanya diri ini.
Thanks bro!
p/s: kalau tidak kerana blog Rohaizad dot com, saya berkemungkinan besar tidak akan memaparkan artikel ini. Beliau merupakan salah satu individu yang saya respek dalam apa jua perkara yang dibincangkan.
Terima kasih bro Ijad kerana sudi mengambil artikel ini untuk dipaparkan kepada para pembaca Rohaizad dot com.
Sebab No 2 itu ia bukan suatu kemestian. Oh ada blog mesti reti menulis artikel. Panjang2x.
Kalau tak reti menulis boleh buat blog bergambar. Ada blog yang main-main gambar aja pun boleh menarik pelawat yang ramai.
Mahir sikit boleh buat Video blog. Lagi mahir tahap gaban boleh buat autoblog.
Jadi hal berblog nak kena tahu menulis ni bukan suatu kemestian. Ia adalah pilihan (optional)
rohaizad Reply:
December 17th, 2009 at 11:39 am
Rasanya AJ tidak memahami artikel yang di tulis di atas.
Blogging dalam erti kata yang sebenar adalah MENULIS. Manakala video blog, autoblog dan yang lainnya itu hanyalah serpihan dan pecahan kepada dunia blogging yang sebenar.
Problogger yang di kenali di dunia adalah mereka yang MENULIS, bukan di kalangan mereka seorang photographer atau mereka yang membuat video dalam blog.
Cuba lihat problogger ini:
1. http://www.Problogger.net
2. http://www.JohnChow.com
3. http://www.StevePavlina.com
* Jangan sampai online portfolio pun di kategorikanpun sebagai sebahagian dari dunia blogging, sudahlah ye.
nuaeman Reply:
December 17th, 2009 at 1:27 pm
itu sebab kita panggil penulis blog..
Aminjohar Reply:
December 17th, 2009 at 3:29 pm
Jika diikutkan tajuk artikel bukan menjelaskan untuk blogging tuk menjadi problogger bro ye.
Apa yang bro jelaskan yang saya faham adalah untuk menjadi problogger melalui penulisan. Ya sememangnya penulisan itu penting. Yang saya jelaskan adalah aktiviti blogging bukan untuk menjadi problogger ya.
Aktiviti blogging adalah pelbagai mengikut kreativiti dan keunikan tersendiri.
Walhal ada penggiat blogger yang mempunyai status traffik dan rangking yang setanding problogger yang pandai menulis tanpa pun nak menulis sehebat penulisan problogger penulisan tersebut, tanpa perlu memperkenalkan diri atau mendedahkan identiti.
Aktiviti blogging itu bukan 100% hanya penulisan semata-mata. Aktiviti blogging adalah pelbagai mengikut elemen-elemen utama yang digunakan samada tulisan, gambar, audio, video, program atau source coding.
Sedangkan di http://www.problogger.com pun mengabungkan 3-4 elemen – penulisan, susuan gambar, dan video bro.. Aktiviti blog sebegini jika memfokuskan penulisan semata-mata tanpa gambar, tanpa video tanpa audio apa yang terjadi bro ye?
Bergantung kepada kemahiran masing-masing. Jika seseorang itu pandai menulis boleh lah menjadikan blog sebagai blog penulisan. Penonjolan penulisan itulah dititikberatkan.
Jika mahir dalam photograph aktiviti blog banyak lah memaparkan gambar yang menarik yang boleh dipanggil Photo blog. http://en.wikipedia.org/wiki/Photoblog
Jika mahir dalam web development boleh juga menjadikan blog sebagai galeri themes ex http://wordpressthemesbase.com/ (Menggunakan Weblog WordPress)
Jika mahir dalam programming pula boleh menjadikan blog sebagai blog jualan produk ex http://www.sendblaster.com/ (Menggunakan Weblog WordPress)
Aktiviti bloging perlu mengabungkan beberapa elemen supaya suatu elemen utama yang diingini itu mampu menonjol. Penulisan adalah salah satu elemen.
Jadi tidak perlu nak memperkecilkan minda berblog semata-mata penulisan sahaja sudah cukup boleh mempengaruhi seseorang atau meningkatkan jualan sesuatu produk atau mampu menjana traffik yang jauh lebih tinggi atau pendapatan yang lumayan.
Penggabungan beberapa elemen untuk menonjolkan elemen utama tersebut adalah cukup mustahak.
Penjanaan traffik adalah pelbagai. Maka aktiviti blogging juga adalah pelbagai.
Tujuan bro blogging untuk apa ya? Untuk menarik traffik ke blog kan? Bila traffik tinggi potensi untuk memperoleh pendapatan melalui blog juga tinggi. Jadi selagi mana sesuatu sistem weblog dan aktiviti berblog itu mampu dimanipulasikan untuk menarik traffik, selagi mana minat dan hobi seseorang berbeza-beza, maka aktiviti blogging yang pelbagai ini harus dikuasai.
Buatlah apa sahaja cara asalkan ia kreatif dan unik lain dari yang lain maka tidak hairanlah blog tersebut boleh menerajui sesuatu Niche.
rohaizad Reply:
December 17th, 2009 at 5:06 pm
Panjang dan jauh betul “menulis”. Cuba baca semula apa yang AJ tulis di komen asal. Dan bandingkan dengan apa yang di tulis di artikel.
p/s: takper, blog ini memang suka pembacanya “menulis” komen yang panjang-panjang.. standard.
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 6:41 pm
“Memperkecilkan minda”
Adakah ini tujuan saya menulis artikel ini kepada para pembaca blog Rohaizad dot com? Sudah tentu tidak.
Walaupun trafik itu penting, namun apa yang saya tekankan ialah prinsip “blogging” itu sendiri, bukan kehadiran trafik. Harap ia tidak disalah faham.
Walaubagaimanapun, apa yang saudara bincangkan tersebut ada betul dan baiknya. Saya sendiri tidak sangka ia mampu diolah sehingga begini.
Ingat..“Blogging itu cool dan relaks”.
Terima kasih atas pandangan saudara.
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 2:39 pm
Terima kasih atas ulasan yang diberikan AJ.
Saya harap pandangan daripada abang Ijad kita itu dapat meningkatkan lagi pemahaman kita tentang sebuah medium interpretasi maklumat yang dipanggil “blogging”.
Tidak kira ia adalah autoblog, blog bergambar, ataupun video. Hakikat yang sebenarnya kita tetap memerlukan kemahiran untuk menulis walaupun ia berbentuk abstrak (tidak dapat dilihat).
Salam kejayaan.
GABAN Reply:
December 21st, 2009 at 6:09 pm
terima kasih atas pujian anda…
tapi saya pun belum mahir hahaha
tunggulah lagi 30 tahun baru dikira mahir tahap gaban..
blogging semestinya menulis betul tu En Rohaizad… yg lain tu depend pada masing2 nyer definition.. hakikinya.. blogging is about writing … hehehe.. cheh.. kalau salah tulung betulkan yerrk..
Aminjohar Reply:
December 17th, 2009 at 3:44 pm
Penulisan adalah elemen utama. Elemen2x utama lain ialah gambar, video, audio. Bergantungalah nak berblog nak menonjolkan elemen apa. Adalah lebih baik menggabungkan beberapa elemen tersebut untuk menonjolkan satu-satu elemen utama.
Jika hanya ada penulisan sahaja tanpa elemen gambar/grafik, elemen video, elemen audio tidak boleh juga.
Pandai sahaja menulis, tetapi jika dalam penulisan tersebut tidak diletakkan sekali elemen gambar apa kan terjadi. Tengok pun dah malas nak baca.
sy pon baru lg dalam menulis blog..
masih banyak perlu belajar..
point yg bagus..thanks…
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 3:21 pm
Baru atau lama itu tidak penting. Apa yang penting ialah kesungguhan kita untuk mendalami ilmu-ilmu yang berkait dengan dunia blogging.
Aminjohar Reply:
December 17th, 2009 at 3:56 pm
Lain-lain rujukan blog.
en.wikipedia.org/wiki/Blog
en.wikipedia.org/wiki/Art_blog
en.wikipedia.org/wiki/Photoblog
en.wikipedia.org/wiki/MP3_blog
http://en.wikipedia.org/wiki/Podcast
Selagi mana aktiviti berblog itu mampu menjana traffik dan pelawat unik/tetap tersendiri, tak kisahlah nak buat aktiviti apa pun. Coz matlamat PALING UTAMA dalam dunia online adalah penjanaan trafik sebanyak yang boleh dan rangking yang tertinggi sebaik/setinggi boleh. Maka blog mestilah berkualiti tinggi mengikut penonjolan elemen utama.
Nak mengharapkan elemen penulisan semata-mata, maka lambatlah nak naik rangking coz persaingan blog yang memfokuskan elemen penulisan kini semakin banyak. memanipulasikan pelbagai elemen ini mampu untuk penjanaan traffik yang banyak mengikut niche masing-masing.
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 6:51 pm
Nampaknya sebab yang “kedua” dalam artikel ini mendapat sambutan hebat dan pandangan dari sudut yang pelbagai daripada saudara AJ.
Apa yang diterangkan ini adalah betul dan saya juga bersetuju bahawa beberapa elemen lain seperti mp3 blog, podcast mampu dimanipulasikan.
Namun tidak salah juga jika saya berpendapat bahawa elemen penulisan merupakan “elemen utama” yang perlu ada dalam blogging.
Kerana asas blogging banyak berkait dengan penulisan. Namun akibat kreatititi dan inovasi yang tidak pernah berhenti, lalu elemen penyampaian dipelbagaikan (podcast, mp3 dan sebagainya) serta dinaiktaraf.
* maklumat tambahan untuk para pembaca.
Aminjohar Reply:
December 17th, 2009 at 7:26 pm
Yup memang benar. Penulisan itu suatu kuasa menyampai untuk semua jenis web/weblog. Peningkatan teknologi dan kemahiran serta persaingan semakin hari semakin mencabar dan kini didapati banyak problogger pun menggabungkan pelbagai elemen penyampaiannya untuk mempertahankan rangking dan kefamousannya.
Asalnya Pelbagai kreativiti dan inovasi pun memang dah berjalan lebih awal sebelum lahirnya weblog dan terfamousnya weblog.
Kebanyakkannya juga diserap masuk ke weblog kerana kemampuannya untuk menarik perhatian audien/pelawat cukup menakjubkan. Dalam weblog terdapat kuasa Social Networking yakni Komunikasi secara langsung dari pemilik/owner dan sesama para pembaca.
Perihal masalah untuk menulis bukan suatu halangan untuk kita menyampai di blog contoh nak menulis artikel dalam bahasa inggeris tetapi tidak pandai menulis dalam bahasa inggeris. Mestilah arikel bahasa dan grammer hancur. Nak cover line, perlulah kurangkan menulis dan lebihkan sedikit gambar. Lama kelamaan bila dah mahir menulis bolehlah dikurangkan gambar dan fokus kepada elemen penulisan. Apapun ramai yang memperbaiki penulisan mereka dari blog. AJ juga.
Masalah menulis ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dan terdapat macam-macam alternatif untuk menyampai yang boleh dicuba dan diguna asalkan kreatif.
Apa yang AJ cuba sampaikan di sini setelah panjang lebar explain adalah halangan tidak pandai menulis tuk berblogging dan menghebahkan kelemahan ini bukan boleh menaikkan jumlah bilangan blogger, sebaliknya akan menjatuhkan minat dan galakkan orang dalam menceburkan diri dalam bidang blogging terutamanya untuk berblog dengan domain.com sendiri.
Case study AJ. blog yang simple macam ini pun boleh menjana trafik yang cukup tinggi. Nak kategorikan blog ini apa pun AJ tak pasti. Online profile? Erm kategori Themes Weblog? pakai Weblog WordPress nih..
http://getk2.com/
PR8
Alexa Rank 61.7 K
Trafik/Pelawat sehari 400 – 1000 sehari.
Didapati dalam blog tersebut hanya terdapat penulisan yang sedikit iaitu tak banyak posting pun, tak update hari-hari pun artikelnya. Tak menarik pun penulisannya tetapi macam mana blog simple macam ini boleh menjana traffik dan PR yang cukup tinggi?
Apa yang ingin ditonjolkan? Penulisan? mungkin juga coz tak ada elemen gambar2x. Ada lah posting tu. Cara-cara nak gunakan theme free 2. Tetapi adakah kerana penulisan tersebut mendatangkan janaan trafik yang cukup tinggi pula?
Jawapannya ada pada theme yang ingin diberikan secara percuma itu.
Themes (elemen/aktiviti source coding)
Disebalik elemen ini ada kekuncinya dan kekunci ini tidak ada kaitan dengan penulisan yang mengujakan.
Jadi, haruskah untuk melupakan elemen2x sebegini? Oh bagi AJ, dapat kuasai yang ini pun best giler daripada membuat penulisan di weblog yang tiptop mantap habis.
Apa Matlamat Utama dalam elemen/aktiviti weblog source coding? Lagi ramai yang tak tau lagi bagus!
thanks aqif sudi kongsi ilmu..
pe2pun..kite mesti korek n kenali potensi diri..insyaAllah..ape jua bidang..berjaye hendaknyer..
p/s – kite jumpe sabtu nie yer..
Aqif Reply:
December 17th, 2009 at 6:43 pm
Insyaallah.
Mungkin apa yang di tulis oleh saudara Aqif adalah di tujukan kepada mereka yang ingin menjadi pro blogging iaitu pendapatan bulanan anda di blog semata-mata pada setiap bulan.
Secara umumnya semua mengetahui blog boleh di miliki oleh sesiapa sahaja. Tidak kiralah mereka tahu menulis atau tidak, ada traffik ataupun tidak, lawa ataupun tidak, itu bukan menjadi alasan untuk mengatakan anda tidak boleh blogging.
Kakak saya tidak tahu mengarang pun dan hanya meletakkan gambar-gambar familinya di blog. Ada juga orang komen
Apa-apa pun kita kena lihat arah tujuan sebenar blog kita. Jika ingin menjadikan blogging secara pendapatan sepenuh masa. Jawapan ada di atas. Jika saje-saje, bedallah manapun anda nak lakukan dengan blog tu janji tidak menyalahi undang-undang
Saya ceritakan sedikit tentang saya menceburkan diri dengan blogging. Mula-mula saya copy artikel orang dan diletakkan ke blog saya. Pada suatu hari blog saya hilang dari pandangan mata kerana ada orang telah melaporkan peniruan artikel kepada blogspot.com . Nasihat saya nak blogging cara free boleh, tapi kalo hilang macam saya, tanggung sendiri :p
Dari cerita inilah saya nekad membeli domain dan membuat artikel sendiri walaupun susah untuk memerah otak mencari idea. Kini blog saya sudah berusia 1 tahun 6 bulan
emme Reply:
January 2nd, 2010 at 10:05 pm
Yup, setiap penulisan pasti ada khalayaknya dan kepada siapa tulisan itu dikarang.
terima kasih atas info berguna ini..nampaknya saya dah berjaya melepasi 7 halangan besar utk menjadi seorang blogger..yess!..
setakat ini saya dah belajar banyak bab2 blogging ni.terima kasih kepada semua yang melawat blog saya di http://donnyien.com
dan selamat blogging..!:) cool
nice article bro….really open my mind about blogging. it’s not as easy as said…thanks for sharing. keep up ur good job
p/s: already bookmark your blog. xP
Aqif Reply:
December 18th, 2009 at 7:32 am
Thanks for spending your precious time reading this article bro.
Tips 8: Anda buat blog kerana orang lain ada blog.
Bukan buat dan berblogging kerana minat, tapi kerana “orang lain ada blog, aku mesti ada blog jugak”.
Aqif Reply:
December 18th, 2009 at 7:15 am
Thanks atas penambahan info.
Tabik spring dgn artikel ni. Boleh dikatakan 95% dari yg ditulis adalah benar-benar belaka.
Aku ada ramai kawan yg nak berblogging tapi selalu tanya “eh khai aku nak tulis ape eh”.. “eh khai, aku letak camni camtu ok tak?”… blahblahblah… adoi la.. sakit jiwa nak layan.. elok lah aku kasi entri ni je suruh dia baca.. better dia pi cari kerja lain dari memasang harapan nak buat duit dari blog..
PENAFIAN: untuk mengelakkan aku dituduh x support member yg baru nak belajar, ditegaskan di sini yg dia dah di ajar hampir bertahun2.. sama juga standardnya dengan hari pertama aku ajar dia.. masuk kanan keluar kiri agaknya.. telinga takde GAP. hehe..
rohaizad Reply:
December 18th, 2009 at 6:29 am
Oiiittt… Khai,
Wahhh…. masih tak tidur lagi ye? Dah nak masuk waktu Subuh ni (5.25 pagi) tapi still on internet. Mesti kerja banyak nih…
Tapi apa pun, Insya Allah… kita doakan mereka dapat membaca dengan “jelas” artikel ini.
Khai Reply:
December 18th, 2009 at 7:16 am
Hehe.. hari2 pun macam ni la bro.. selagi belum 9 pagi, selagi tu la mata ni ringan melayang2..
Aqif Reply:
December 18th, 2009 at 7:21 am
Beginilah kehidupan seorang blogger tegar.
Aqif Reply:
December 18th, 2009 at 7:18 am
Salam bro Khai. Terima kasih banyak2 kerana memuji artikel ini. Sekadar berkongsi pendapat dan ilmu untuk para pembaca.
Berkenaan penafian tu, mungkin boleh bagi dia baca artikel ni kot. Hehe
satu artikel yg berguna utk blogger2 .. especially newbie
Aqif Reply:
December 21st, 2009 at 12:05 am
Sebenarnya artikel ini sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira mereka yang digelar “otai” atau “newbie”.
Terpulang kepada mereka untuk menganggap diri mereka siapa. Yang penting, KERJASAMA!
salam semua..
satu info yg ringkas tetapi padat..
apa yg bro aqif sampaikan tu mmg tepat n setiap blogger mesti memahami teknik berblog..
keep it up bro!
Aqif Reply:
December 21st, 2009 at 12:03 am
Terima kasih bro.
Sekadar berkongsi ilmu yang bermanfaat dan memberikan yang terbaik kepada para pembaca Rohaizad dot com.
terima kasih untuk afiq kerana menulis satu topik yg menarik dan membuka minda saya
semua 7 point yg saudara bg tu ada dalam diri ini, cuma dari segi point 5 iaitu masa, agak terhad memandangkan sy kerja sepenuh masa
Wah…rupe nyer hebat juga orang melayu ni dalam arena blogging yer…
banyak kupasan yang bernas dari pengetahuan dan pengalaman masing2…
Nak tambah #8 Blogging itu juga satu sumber interaksi antara manusia
hormati, hargai pembaca setia blog anda tu.. jangan tulis ikut sedap hati je.. blogging juga kene beretika..
rohaizad Reply:
March 22nd, 2010 at 1:12 am
Perghhh… sekarang dah terror ye bab blogging nih… ahaha